MODUL Politeknik Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi
INSPIRASI
DIRI EDISI 2022
(MInD)
SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK (SPAk)
https://mypolycc.edu.my/index.php/muat-turun/garis-panduan-c/bahagian-instruksional-dan-pembelajaran-digital/category/53-politeknik
MODUL INSPIRASI DIRI (MInD)
SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK (SPAk)
POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
EDISI 2022
Terbitan Edisi 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat,
sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh:
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
e ISBN 978-629-96546-3-6
Modul Inspirasi Diri (MInD) Politeknik Malaysia Edisi 2022
KPT
Semakan Pertama Edisi 2022
Pengenalan Edisi 2016
Gambar Modul ini Milik
Nama :
Nama Panggilan :
No. Kad Pengenalan :
No. Pendaftaran :
Sesi Kemasukan :
Program :
Jabatan :
Politeknik :
No. Telefon Bimbit :
E - mel :
Penasihat Akademik :
Alamat Tetap :
Media Sosial a) Facebook :
b) Instagram :
Life holds special magic for
those who dare to dream...
MATLAMAT dan IMPIAN saya berada di
Politeknik :
”I am who I am today because of the choices
I made yesterday.”
- Elearner Roosevelt
I’M NOT
HERE TO Be
AVERAGE
I’M HERE
TO BE
AWESOME
Politeknik Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi
KANDUNGAN
Prakata M.S - 01
Cadangan Pemudah Cara Domain M.S - 02
M.S - 03
Pengenalan
Domain 1 : Kesedaran Diri M.S - 07
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART M.S - 25
Domain 3 : Pemerkasaan Jati Diri M.S - 52
Domain 4 : Pembelajaran Berkesan M.S - 66
Domain 5 : Kecemerlangan Kerjaya M.S - 99
Penutup M.S - 111
Rujukan M.S - 112
Lampiran A - Resume Bahasa Inggeris M.S - 113
Lampiran B - Resume Bahasa Melayu M.S - 116
M.S - 119
Lampiran C - Contoh Surat Iringan Permohonan
Jawatan
Lampiran D - Contoh E-mel Permohonan Jawatan M.S - 122
Lampiran E - Persediaan Menghadapi Temu Duga M.S - 124
Ahli Jawatankuasa M.S - 129
PRAKATA
Tahniah dan selamat datang kepada anda kerana berjaya menempatkan diri di
politeknik ini.
Modul Inspirasi Diri (MInD) ini didedikasikan khas untuk anda sebagai salah
seorang pelajar di Politeknik Malaysia. Modul ini akan memandu anda ke arah
kecemerlangan diri sepanjang pengajian. Harapan kami agar anda mampu
merancang kecemerlangan kerjaya seawal semester satu pengajian.
Pelaksanaan modul ini bergantung kepada kesesuaian dan keperluan di
sesebuah politeknik. Politeknik, jabatan dan unit-unit akan bertindak sebagai
pemudah cara semasa anda menggunakan modul ini. Kami akan berusaha
membantu anda mencapai kejayaan gemilang yang diimpikan. Kecemerlangan
adalah milik semua orang yang gigih berusaha tidak mengira kaum, bangsa atau
agama. Setiap individu boleh mencapai kecemerlangan sama ada dalam
kerjaya atau kehidupan sekiranya mereka benar-benar berusaha serta mengeta-
hui rahsia di sebaliknya. Harapan kami agar anda menjadi pelajar yang
cemerlang akhlak dan tingkah laku sekali gus mencapai keseimbangan dalam
kehidupan.
Kami menaruh harapan yang tinggi agar anda berjaya menamatkan pengajian
dengan cemerlang dan melangkah keluar sebagai alumni terbaik yang pernah
dilahirkan di politeknik. Semoga kejayaan menjadi milik anda walau dalam apa
jua bidang yang diceburi. Semoga bermanfaat!
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
2022
CADANGAN PEMUDAH CARA DOMAIN
Domain Cadangan Aktiviti Cadangan Muka
Pemudah Cara Surat
1 Kenal Diri
Kesedaran Diri Ujian Psikometrik PPsi 8
(Muka Surat 7) PPsi 10
SMART
2 Analisis SWOT PA 25
Matlamat Yang Jelas Kaedah Pengiraan PNM & HPNM PA 30
Kemahiran Insaniah PA 32
& i-SMART Aktiviti 1 - My3S PPAP/PPsi 37
(Muka Surat 24) Aktiviti 2 - Pengucapan Efektif PPAP/PPsi 42
Aktiviti 3 - Kemahiran Tegas Diri PA 45
3 Aktiviti 4 - Kemahiran Pengurusan Stres PA 46
Pemerkasaan Jati Diri PPsi 49
Bagaimana Memperkasa Jati Diri?
(Muka Surat 51) Faedah Pemerkasaan Jati Diri PA 52
Aktiviti 1 - Penglibatan Program Akademik PA 55
4 Aktiviti 2 - Penglibatan Program Bukan Akademik PA 58
Pembelajaran Aktiviti 3 - Inspirasiku PA 59
PA 60
Berkesan Elemen 1: Perancangan Pembelajaran
(Muka Surat 65) Elemen 2: Pengurusan Masa PA 67
Elemen 3: Gaya Pembelajaran PA 81
Elemen 4: Teknik Pembelajaran PA 86
PA 92
5 Panduan Membuat Pilihan Kecemerlangan Kerjaya CISEC 82
Kecemerlangan CISEC
Tatacara Penyertaan Sistem Kajian Pengesanan Graduan CISEC 113
Kerjaya TVET (SKPG-TVET) CISEC
(Muka Surat 99) 119
Penyediaan Resume & Surat/E-mel Permohonan
Perjawatan 124
Persediaan Menghadapi Temuduga
Nota : : Penyelaras Penasihat Akademik Politeknik
PPAP : Penasihat Akademik
PA : Pegawai Psikologi
PPsi : Unit Collaboration, Industrial Services and Employment Centre
CISEC
If you want to make your dreams come true,
The first thing you have to do is wake up
PENGENALAN
Penekanan kepada aspek kecemerlangan menyeluruh memainkan peranan
yang penting dalam usaha membangunkan individu yang holistik dan berprestasi
tinggi. Holistik dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada
disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek
pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangu-
nan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina
menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan sokongan moral. Modal insan
dengan ciri-ciri tersebut mampu memenuhi keperluan untuk membolehkan
transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan
dunia berlaku secara lebih berstruktur.
Segala aspek penting yang berkesan perlu didedahkan supaya setiap individu
lebih fokus kepada mencipta diri ke arah kecemerlangan. Bakat dan kelebihan
semula jadi seseorang individu perlu dikenal pasti dan dibangunkan secara sedar
dan sistematik agar menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang diri.
Pembangunan diri perlu dicanai dan dibentuk dengan teliti agar dapat
menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis untuk memenuhi kehendak
pasaran, masyarakat tempatan dan global. Bimbingan sewajarnya yang
diberikan dalam aspek pembangunan akademik, pembangunan sahsiah,
pembangunan kerjaya dan pembangunan kesediaan diri berupaya membantu
ke arah pencapaian kecemerlangan diri.
Justeru, Modul Inspirasi Diri (MInD) dibangun dan direka bentuk untuk membantu
dan melengkapkan pelajar dengan pemikiran, kepercayaan, ekspektasi, sikap,
tingkah laku dan prestasi yang diperlukan oleh institusi pendidikan dan
majikan. Penggunaan MInD melalui Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) dari
semester 1 hingga semester 5/6 di politeknik merupakan satu landasan terbaik
dalam memperkukuhkan nilai jangka panjang diri untuk memasuki dunia
pekerjaan serta masyarakat agar lebih terarah dalam meningkatkan potensi dan
merencana kecemerlangan diri. Selain itu, MInD juga bertujuan untuk
mewujudkan persekitaran sokongan yang dapat meningkatkan pembangunan
insaniah, jati diri dan juga suasana pembelajaran yang berterusan.
Modul Inspirasi Diri (MInD) ini menitikberatkan LIMA (5) domain utama iaitu:
Domain 1 - Kesedaran Diri
Saya ‘mengenali’ diri saya. Sebagai seorang individu, saya hendaklah mengenal pasti
personaliti, minat, dan nilai diri yang ada dalam diri saya. Mengenal pasti kekuatan,
kelemahan yang ada pada diri saya agar dapat membangunkan potensi dan keyakinan diri.
Apabila seseorang mengenal pasti diri mereka sendiri, maka proses menuju kecemerlangan
diri akan lebih bermakna.
Domain 2 - Matlamat yang Jelas dan i-SMART
Matlamat yang jelas berfungsi sebagai petunjuk arah kepada kecemerlangan. Pembinaan
matlamat yang ditetapkan hendaklah berciri SMART: Specific, Measurable, Attainable,
Relevant, dan Time-Bound bagi memudahkan pelajar mengadaptasi diri pada posisi
kecemerlangan yang tepat. Penekanan terhadap kepentingan kemahiran komunikasi,
kemahiran asertif, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menguruskan stres secara
berkesan.
Domain 3 - Pemerkasaan Jati Diri
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak
serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau
keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap
sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Perlu bersedia untuk belajar mengubah sikap dan tingkah laku agar lebih positif. Pelajar
seharusnya berupaya mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna kerana
kecemerlangan pelajar dalam akademik perlu diimbangkan dengan kecemerlangan sahsiah
individu. Kenal pasti individu yang sesuai sebagai role model. Bagaimana saya boleh jadi
sehebat role model saya? Apakah nilai-nilai baik, cemerlang, positif dan lain-lain dalam diri
role model yang boleh diserap dalam diri saya untuk menjadi inspirasi kepada orang lain?
Domain 4 - Pembelajaran Berkesan
Sebagai seorang pelajar, saya perlu mengurus masa dan menyediakan strategi pembelajaran
yang berkesan supaya dapat menumpukan perhatian dalam membuat semua perkara yang
dirancang.
Domain 5 - Kecemerlangan Kerjaya
Pendedahan mengenai peluang dan kaedah mencari perkerjaan, menjadi usahawan /bekerja
sendiri atau melanjutkan pengajian melalui aktiviti / program yang dianjurkan.
Domain 5:
Kecemerlangan
Kerjaya
Domain 4:
Pembelajaran
Berkesan
Domain 3:
Pemerkasaan
Jati Diri
Domain 2:
Matlamat Yang
Jelas & i-SMART
Domain 1:
Kesedaran
Diri
MODUL INSPIRASI DIRI (MInD)
Destiny Is Not A QUOTE
Matter Of
Chance, It Is A
Matter Of
Choice. It Is Not
A Thing To Be
Waited For, It Is
A Thing To Be
Achieved.
- William Jennings Bryan
Individu yang berinspirasi dan cemerlang dibentuk untuk memberikan kebaikan
serta manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi,
masyarakat dan negara. Ia membentuk individu untuk sentiasa bermatlamat ke
arah kecemerlangan dan seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan
negara. Semua individu perlu melakukan transformasi untuk terus cemerlang
melalui pelengkapan minda, hati dan juga tenaga (mind, body and soul) serta
melihat sesuatu kecemerlangan untuk hari ini dan juga masa hadapan. Modal
insan yang menjadi hasrat negara bukan sekadar berasaskan kecemerlangan
akademik, malahan cemerlang dari segi keperibadian dan sahsiah.
You are responsible for your life. You can’t keep blaming
somebody else for your dysfunction.
Life is really about moving on.
~ Oprah Winfrey~
Domain 1 : Kesedaran Diri
DOMAIN 1
Kesedaran Diri
Setiap individu mempunyai suatu gambaran atau pandangan
tentang diri sendiri yang dipanggil konsep kendiri. Konsep kendiri
bermaksud penilaian atau pandangan seseorang ke atas dirinya
sendiri, sama ada secara positif atau secara negatif. Kesedaran
kendiri merangkumi gambaran tentang paras rupa, kesihatan fizikal,
kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita (Azizi Yahaya, Sharin
Hashim & Yusof Boon, 2008).
Pelajar akan dibantu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemah-
an diri yang penting dalam memahami diri sendiri dan seterusnya
membantu memilih kerjaya yang sesuai dengan keinginan dan
minat pelajar. Kepuasan kerjaya, kebolehan dan pencapaian
dalam kerjaya hanya akan wujud jika jenis personaliti yang dimiliki
selaras dengan jenis persekitaran kerja (Holland 1973 dalam Sidek
Mohd Noah, 2002). Justeru, dalam domain ini pelajar akan diperke-
nalkan dengan :
• Kepentingan mengenal potensi diri melalui Ujian Psikometrik.
• Cara mengenal potensi diri dengan menggunakan Ujian
Psiko metrik.
• Jenis-jenis Ujian Psikometrik:
i. Ujian Inventori Personaliti Sidek (2013)
ii. Ujian Inventori Personaliti Warna (2013)
iii. Ujian Inventori Minat Kerjaya Sidek (2013) atau Ujian
Inventori Minat Kerjaya (1984)
~ Dr. Shukri Abdullah
07
Domain 1 : Kesedaran Diri
KENAL DIRI
Proses Mengenal Diri dan Membina Matlamat
Love Yourself~
08
Domain 1 : Kesedaran Diri
SIAPA DIRI SAYA?
Kesedaran kendiri adalah :
Persepsi atau imej yang menggambarkan kebolehan dan keunikan
diri kita sendiri (Pastorino & Doyle-Portillo, 2013).
Kepercayaan terhadap keadaan diri sendiri, kualiti dan sikap yang
dimiliki.
Bersifat umum dan boleh berubah mengikut masa.
Contoh: gambaran paras rupa, kesihatan fizikal, kebolehan,
kelemahan dan tingkah laku.
Apabila usia meningkat, konsep kendiri berubah menjadi lebih
tersusun, lebih mendalam dan lebih spesifik.
Merujuk kepada gambaran terhadap diri sendiri dan bagaimana
anda melihat diri sendiri (Weiten, Dunn, & Hammer, 2012).
Contoh: “Saya seorang yang mudah mesra dengan orang lain”,
“Saya seorang yang rajin” atau “Saya seorang yang cantik”.
(http://psychology.about.com/od/sindex/f/self-concept.htm)
Pandangan kita mengenai APA Pandangan kita terhadap
diri kita sendiri ITU KENDIRI ? penilaian orang lain mengenai
Penilaian orang lain diri kita
terhadap diri kita
(Azizi Yahaya, Sharin Hashim & Yusof Boon, 2008)
09
Domain 1 : Kesedaran Diri
UJIAN PSIKOMETRIK
Keperluan Penggunaan Ujian Psikometrik
Data Diri Jelas Matlamat Individu Gembira
dan Lengkap Jelas dan Hala Tuju
1. Personaliti Kerjaya Jelas
Ujian 2. Nilai
3. Minat Individu Tidak Jelas
Individu 4. Pencapaian dengan Matlamat yang
Tiada Data Diri Banyak Diinginkan dan Hala
Ujian Kabur Matlamat Tetapi Tuju Kerjaya Kabur
Kabur Individu Tidak
Bersemangat dan
Tiada Data Tiada
Diri Matlamat Tidak Dapat
Menetapkan
Hala Tuju Kerjaya
“Saya tidak mampu untuk mengubah arah angin, tetapi saya boleh
mengubah layar saya untuk sampai ke destinasi yang diinginkan”
~ Jimmy Dean
10
Domain 1 : Kesedaran Diri
UJIAN PSIKOMETRIK
Keperluan Penggunaan Ujian Psikometrik
Janji temu bagi menjalankan
Ujian Psikometrik bersama
Pegawai Psikologi
Pilih Ujian Psikometrik yang ingin dijalankan.
Contoh Ujian Psikometrik:
• Inventori Personaliti Sidek (IPS)
• Inventori Personaliti Warna (IPW)
• Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) / Inventori Minat Kerjaya (IMK)
*Ujian Psikometrik lain turut boleh digunakan dengan mengambil kira kesahan dan
kebolehpercayaan, dan mengukur personaliti dan kerjaya atau minat kerjaya.
Interpretasi skor Ujian Psikometrik
akan membantu saya mengenal pasti personaliti,
bakat, minat dan nilai diri yang menjadi
potensi dan kekuatan diri
INGAT!!!
Tiada personaliti yang SIFAR
Tiada personaliti yang SEMPURNA
Tiada personaliti yang GAGAL
Personaliti Boleh Berubah
(Sidek Mohd Noah, 2002)
“Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall”
~ Confucius
11
Domain 1 : Kesedaran Diri
1 INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)
Pembangun: Prof. Dr. Sidek Mohd Noah (UPM), tahun 1987 dan versi terbaharu
yang diguna pakai adalah tahun 2013.
Instrumen: Inventori/Ujian psikologi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti
ciri-ciri/tret-tret personaliti individu.
Format jawapan: Dwi pilihan (YA/TIDAK).
Kandungan: 16 skala yang berkaitan 15 tret personaliti individu.
Panduan Mengira Skor & Pentafsiran IPS
Kira skor “YA” sahaja secara lajuran melintang dari kiri ke kanan (bukan atas ke
bawah).
Sekiranya ada 10 jawapan “YA”, tandakan 99% di tepi jawapan terakhir lajur
tersebut.
Jika tiada langsung jawapan “YA” pada lajur berkenaan, tandakan 1%.
Kira sehingga selesai kesemua 16 lajur dan tulis di tepi kotak skor.
Jumlah skor adalah seperti berikut:
P.O.T.E.N.T.I.A.L
Jumlah Skor Tahap
1% - 30% Rendah
40% - 60% Sederhana
70% - 99% Tinggi
Potential Performance
“Let yours Shine”
12
Domain 1 : Kesedaran Diri
16 tret personaliti yang diukur dalam Inventori Personaliti Sidek
AGRESIF
ANALITIKAL KREATIF
AUTONOMI
EKSTROVERT KEPELBAGAIAN
SOKONGAN BERWAWASAN MENGAWAL
KETAHANAN STRUKTUR MENOLONG
INTELEKTUAL PENCAPAIAN KRITIK DIRI
KEJUJURAN
Rajah 1 : Tret Personaliti IPS
I, Me
My Self
all that matters.......
~ Jimmy Dean
13
Domain 1 : Kesedaran Diri
Pentafsiran Inventori Personaliti Sidek
CIRI/ TRET RENDAH (1% - 30%) ITEM PANDUAN TINGGI (70% - 100%)
Agresif SEDERHANA (40% - 60%)
Pasif, banyak menyim- Agresif, suka mengkritik
pan perasaan & Tegas, menuntut hak orang lain & mahu
sendiri sambil menjaga matlamat tercapai
dimanipulasi orang lain
hak yang lain dengan abaikan hak
orang lain
Analitikal Tidak berminat dengan Minat untuk menganalisis Suka analisis orang lain,
perkara yang memerlu- diri dan keadaan diri sendiri atau situasi
sekeliling di tahap serta gemar membuat
kan analisis & lebih sederhana
bersikap praktikal pemerhatian &
penyelidikan
Autonomi Suka bergantung & Tidak terlalu sukakan Suka kebebasan
mengharapkan nasihat, kebebasan, tetapi tidak sepenuhnya, mahu
panduan dan tunjuk ajar juga terlalu bergantung
mengawal &
daripada orang lain kepada orang lain menentukan sendiri
aktiviti hariannya
Kreatif Tidak kreatif dan terikat Kebolehan kreatif Bersifat kreatif, seronok
kepada satu cara berfikir berada di tahap mereka cipta sesuatu &
sahaja sederhana boleh sesuaikan diri
dalam apa-apa
keadaan
Ekstrovert Kurang suka bergaul, Tidak terlalu pendiam Suka berinteraksi dengan
lebih selesa dalam tetapi tidak pula terlalu orang lain, mudah mesra
suasana kerja
bersendirian mudah mesra dan mudah membina
persahabatan
Intelektual Tidak suka perkara Boleh bekerja dengan Suka aktiviti mencabar
bersifat teori/mencabar aktviti yang bersifat teori minda (contoh debat
minda tetapi meminati atau catur) & rasa puas
atau berbentuk dengan aktiviti keilmuan
kerja berbentuk kemahiran
kemahiran
Memiliki penetapan Memiliki penetapan Berwawasan tinggi,
wawasan yang rendah wawasan secara sentiasa memikirkan
Berwawasan sederhana projek seterusnya dan
menganggap cabaran
sebagai motivasi
Kepel- Tidak suka perubahan, Memiliki ciri kepelbaga- Suka pada perubahan
bagaian tidak selesa dengan ian sederhana dan gemar mencuba
situasi atau pengalaman benda-benda baru
baru & tidak adventurous (adventurous)
14
Domain 1 : Kesedaran Diri
CIRI/ TRET RENDAH (1% - 30%) ITEM PANDUAN TINGGI (70% - 100%)
Ketahanan SEDERHANA (40% - 60%)
Kurang ketahanan
mental, fizikal & emosi, Ketahanan diri berada di Mempunyai ketahanan
tahap sederhana mental, fizikal & emosi,
mudah putus asa serta tidak mudah putus
apabila menjumpai
asa apabila diuji
halangan
Kritik Diri Menganggap diri sendiri Stabil dari segi emosi & Rasa rendah diri, mudah
sentiasa betul dan sering psikologi, serta mampu bimbang dan sentiasa
menyalahkan orang lain
memuhasabah diri rasa bersalah
dengan baik
Mengawal Lebih suka dipimpin dari Mampu bekerja di Suka mengawal &
memimpin, lebih selesa bawah arahan orang memimpin orang lain,
dan lebih suka memimp-
bekerja di bawah lain & juga mampu
arahan ketua berdikari in dari dipimpin
Menolong Kurang keupayaan untuk Ciri menolong di tahap Gemar menolong & ingin
simpati kepada orang sederhana curahkan simpati, kasih
lain dan lebih mement- sayang dan kebajikan
ingkan diri sendiri kepada orang lain
Sokongan Tidak berkeinginan tinggi Ingin dikasihi, tetapi Mempunyai keinginan
untuk dikasihi, difahami & pada masa yang sama yang tinggi untuk
masih mampu berdikari dikasihi, difahami &
diberi simpati diberi simpati
secara emosi
Struktur Tidak suka terikat Ciri struktur di tahap Gemarkan aktiviti yang
dengan peraturan dan sederhana memerlukan kekemasan,
arahan, dan kurang perincian, mengikut
kekemasan dalam peraturan & bersifat teliti
membuat kerja
Pencapaian Tidak kisah tentang Mempunyai motivasi dan Bermatlamat besar,
status & kuasa dalam matlamat yang sanggup bersaing
dengan orang lain bagi
kehidupan, serta sederhana dalam mencapai matlamat &
matlamat hidup tidak kehidupan
kuasa
besar
SKOR
CIRI/ TRET < 50% > 50%
Kejujuran Jawapan yang diberi adalah jujur dan Jawapan yang diberi kurang jujur dan
boleh dipercayai tidak boleh dipercayai
“A man is but the product of his thoughts what he thinks, he becomes”
~ Mahatma Gandhi
15
Domain 1 : Kesedaran Diri
Lengkapkan keputusan Ujian Inventori Personaliti Sidek dalam jadual skor
yang disediakan di bawah.
ITEM % SKOR TRET PERSONALITI INTERPRETASI BERSAMA PEGAWAI PSIKOLOGI
1 Agresif
2 Analitikal
Autonomi
3
Kreatif
4 Ekstrovert
Intelektual
5 Berwawasan
Kepelbagaian
6 Ketahanan
7 Kritik Diri
Mengawal
8 Menolong
Sokongan
9 Struktur
Pencapaian
10 Kejujuran
11
12
13
14
15
16
16
Domain 1 : Kesedaran Diri
17
Domain 1 : Kesedaran Diri
2 UJIAN INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)
Pembangun: Prof. Dr. Sidek Mohd Noah (UPM), tahun 1987 dan versi terbaharu
yang diguna pakai adalah tahun 2013.
Tujuan IPW: mengukur dan mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan person-
aliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.
Lengkapkan keputusan ujian IPW dalam jadual skor yang disediakan:
SEGERA TIDAK SEGERA
EMAS HUJAU
BOLEH DIPERCAYAI ADAT RESAM BERDASARKAN TEORI PANJANG AKAL
KEIBUBAPAAN TRADITIONAL INGIN TAHU TENANG
KOMPLKS SABAR
BERTANGGUNGJAWAB KONSERVATIF FALSAFAH BERPENGETAHUAN
IKUT PERATURAN SISTEMATIK
ROMANTIS UNIK TIDAK SUKAPERATURAN
HARMONI BERSENI
TULIN EMPATI ADVENTURES BERANI
KERJASAMA SETIA SPONTAN SUKA PERTANDINGAN
GOPOH GAPAH BAHAYA & SERONOK
BERKEMAHIRAN
BIRU JINGGA
SEGERA TIDAK SEGERA
1018
Domain 1 : Kesedaran Diri
Kod Warna Skor Yang Diperolehi Interpretasi bersama Pegawai Psikologi
Emas Peraturan
Hijau Pemikiran
Biru Perasaan
Jingga Kebebasan
19
Domain 1 : Kesedaran Diri
Ke - 3
Pembangun: Inventori Minat Kerjaya (IMK) dibangunkan oleh John Holland pada tahun
1984 dan dialih bahasa oleh Prof. Dr. Sidek Mohd Noah (UPM) pada tahun 1987 serta
versi terbaharu yan g diguna pakai adalah tahun 2013 yang dinamakan Inventori Minat
Kerjaya Sidek (IMKS).
Lengkapkan keputusan ujian minat kerjaya dalam jadual skor yang disediakan:
Realistik Investigatif Conventional
Sukakan Kerja Amali, Memerhati, Menilai Bekerja Dengan Data,
Saintifik & Cenderung dan Menganalisi Analitikal & Sukakan
Bekerja Dengan Perincian
Peralatan/Tumbunhan
dan Haiwan
Enterprising Sosial Artistik
Mempengaruh, Memberi kesedaran, Inovatif, Suka
Memujuk, Melaksana Memberi Makluman Berimaginasi dan
dan melatih Kreatif
20
Domain 1 : Kesedaran Diri
Item 1-R 2-I 3-A 4-S 5-E 6-C
Trait Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Conventional
Personaliti
Skor
Apakah Kod 3 Mata Holland yang anda perolehi?
Kod 3 Mata Holland Interpretasi bersama Pegawai Psikologi
Skor Tertinggi
Skor Kedua Tertinggi
Skor Ketiga Tertinggi
“Buku itu ibarat taman yang berada di dalam poket baju”
~ Peribahasa Arab
21
Domain 1 : Kesedaran Diri
Ikuti langkah-langkah berikut:
Kenal pasti maklumat persekitaran akademik, persekitaran
kerjaya dan persekitaran kehidupan yang sedang saya ikuti.
Adakah ciri-ciri persekitaran akademik, persekitaran kerjaya dan
persekitaran kehidupan saya menepati Kod 3 Mata Inventori Minat
Kerjaya Sidek yang diperolehi?
Individu Kod Persekitaran Pekerjaan
Individu agresif, lebih menyukai R Individu agresif, lebih menyukai
tugas-tugas yang konkrit daripada tugas-tugas yang konkrit daripada
abstrak, asasnya kurang bersosial, Realistik abstrak, asasnya kurang bersosial,
interaksi interpersonal yang lemah. interaksi interpersonal yang lemah.
Individu yang intelek, abstrak, I Kerja-kerja saintifik seperti pakar
analitis, berdikari, kadang-kadang kimia, fizik dan matematik,
radikal dan berorientasi tugas. Investigatif juruteknik seperti juruteknik
makmal, pekerja elektronik dan
Individu imaginatif, menilai tinggi A pengatur cara komputer.
estetik, ekspresif, bebas dan agak
ekstrovert. Artistik Pekerjaan seperti pelukis, ahli
muzik, penulis artikel, skrip drama,
novel, pemimpin orkestra, juruukur
dan pereka fesyen.
Lebih menyukai interaksi sosial, S Kerja pendidikan seperti
berkaitan dengan sosial, agama,
orientasi kepada kerja-kerja Sosial pendidik, pentadbir Pendidikan
kemasyarakatan dan pendidikan.
dan profesor, kerja kebajikan, ahli
sosiologi, kaunselor dan jururawat.
Individu ekstrovert, agresif, suka E Kerja-kerja pengurusan seperti
mengembara, suka peranan pengurus jualan, pengurus
memimpin, pandai memujuk, Enterprising personel dan pengurus pengelu-
mahir dan pandai menggunakan aran. Kerja-kerja penjualan seperti
perkataan. jurujual kereta, insurans dan
hartanah.
Individu praktikal, dapat mengaw- C Kerja-kerja pejabat dan
al diri, suka bersosial, konservatif, perkeranian, kerani kaunter,
menyukai tugas-tugas berstruktur Conventional kerani fail, penyimpan kira-kira
dan mematuhi peraturan yang dan penyambut tetamu.
disediakan.
(Holland, J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Careers)
22
Domain 1 : Kesedaran Diri
Kod Mata Holland tertinggi saya ialah:
23
Domain 1 : Kesedaran Diri
Tuliskan matlamat akademik, kerjaya dan kehidupan SELEPAS mengambil
kira kesepadanan antara maklumat diri dengan maklumat persekitaran
kehidupan (selepas menjalani Ujian Kod 3 Mata Inventori Minat Kerjaya
Sidek/Holland).
MATLAMAT YANG SAYA INGIN CAPAI SECARA KESELURUHAN:
MATLAMAT AKADEMIK SAYA…
MATLAMAT KERJAYA SAYA…
MATLAMAT KEHIDUPAN SAYA…
24
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
DOMAIN 2
Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Domain ini membantu anda menjadi pelajar yang mempunyai
matlamat yang jelas di dalam kehidupan, akademik, kerjaya dan
berciri i-SMART serta mampu mendapatkan pekerjaan dengan
kemahiran yang diperlukan industri. Matlamat yang jelas berfungsi
sebagai penunjuk arah kepada kecemerlangan. Ia juga dapat
mencetuskan motivasi dalaman individu.
Apa itu i-SMART? i-SMART adalah program/aktiviti yang disertai oleh
pelajar yang diterapkan dengan elemen Kemahiran Insaniah bagi
meningkatkan keterampilan dan keunggulan pelajar Politeknik
Malaysia seterusnya membantu kebolehpasaran graduan.
“Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa
yang anda ada dan di mana sahaja anda berada
kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu
kejayaan” ~ Henry Truman
25
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Matlamat yang ditetapkan perlu melengkapi ciri-ciri SMART:
S Specific - Bersifat Khusus
M Measurable - Boleh Diukur
A Attainable - Boleh Dicapai
R Relevant - Bersesuaian dengan
Keupayaan Diri
T Time-Bound - Mempunyai
Tempoh Masa
26
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
HALANGAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT
Matlamat merupakan hala tuju bagi setiap insan. Setiap matlamat pastinya
akan diselangi dengan halangan. Walau bagaimanapun, halangan perlu
diuruskan dengan sebaik mungkin, agar matlamat tersebut tercapai.
1) Masa yang ada tidak digunakan dengan betul
• Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk merancang matlamat
tidak digunakan dengan sebaiknya.
• Banyak mengambil sikap “tunggu dan lihat” dan “nanti dulu”. Sikap
bertangguh ini menyebabkan segala perancangan terganggu.
• Kalau anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk
gagal.
2) Usaha yang tidak mencukupi:
• Prinsip mudah berputus asa dan mudah berpuas hati walaupun
hasilnya tidak sempurna.
• Mudah mengalah kerana tidak mahu bersusah-payah
• Mengamalkan prinsip “asal boleh” dan “asal jadi”.
3) Tiada sikap dan pemikiran positif:
• Tidak yakin dengan keupayaan diri.
• Tiada galakan dari orang sekeliling (ibu bapa, keluarga dan
rakan-rakan).
4) Kabur dengan jalan atau matlamat yang dipilih:
• Kita lebih mementingkan apa yang kita mahu berbanding apa yang
kita perlu dalam kehidupan.
Contoh: Kita memerlukan telefon bimbit untuk belajar secara dalam
talian, namun kita lebih sibuk memikirkan jenama telefon yang
diingini berbanding kemampuan diri dan fungsi telefon tersebut.
27
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Contoh: Kita mahukan pekerjaan yang memberi gaji tinggi dan
kehidupan selesa, tetapi kita tidak pasti jenis pekerjaan apa yang
boleh diceburi.
• Mempunyai percanggahan matlamat antara matlamat diri dan
matlamat yang ditetapkan ibu bapa.
Contoh: Anda ingin bekerja sebagai Penolong Jurutera tetapi ibu
bapa anda mengharapkan anda menjadi Guru atau menguruskan
perniagaan keluarga.
• Gagal mengenal pasti laluan kerjaya bidang pengajian yang diam
bil sekarang.
5) Tidak bersemangat pada waktu permulaan hari
• Waktu terbaik untuk memulakan sesuatu urusan adalah pada waktu
awal pagi.
• Walau bagaimanapun, pelajar biasanya mengalami gangguan
tidur di mana jam biologi mereka berubah - mengantuk di waktu
siang, berjaga di waktu malam. Faktor ini berlaku disebabkan
pelajar gagal merancang masa dengan baik.
• Hal ini menyebabkan pelajar sentiasa mengantuk pada waktu pagi
dan tidak bersemangat untuk memulakan aktiviti.
6) Tidak menghargai harapan dan hasrat orang terdekat
• Mengabaikan harapan ibu bapa dan keluarga terhadap diri sendiri
untuk berjaya.
• Bersikap endah tak endah dengan matlamat kerana berangggpan
akan tetap disokong dan ditanggung oleh keluarga
Contoh: Tidak menamatkan pengajian dan mengambil keputusan
berhenti belajar secara mendadak kerana merasa bosan dengan
pelajaran.
• Tidak menghargai masa, tenaga dan wang ringgit yang telah
dicurahkan oleh ibu bapa dan keluarga.
7) Tidak pandai mengurus tekanan dengan cara yang betul:
• Kebanyakan dari pelajar menggunakan cara yang salah apabila
melepaskan tekanan.
Contoh: Bermain PUBG & Valorant, terlibat dengan bahan terlarang,
atau keluar bersiar-siar tanpa arah tujuan selama berjam-jam.
28
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
• Apabila mengalami tekanan dalam kehidupan dan kita gagal men
genal pasti cara untuk mengatasinya, kita akan mengambil sikap
mengalah, putus asa dan tidak lagi mahu mencuba.
8) Enggan mewujudkan matlamat baharu kerana:
• Takut gagal dan pernah mengalami kegagalan dalam hidup.
• Tidak mahu berubah.
• Enggan melepaskan matlamat sedia ada.
• Kurang pengetahuan.
• Kurang keyakinan diri.
Halangan dalam mencapai matlamat saya adalah:
Halangan 1 Halangan 2 Halangan 3
Contoh: Saya tidak tahu apa Contoh: Saya sukar mempe- Contoh: Saya belajar kerana
matlamat sebenar yang runtukkan masa untuk tekanan dari ibu bapa, serta
ingin saya capai. belajar kerana waktu tidur belajar bukanlah minat dan
saya terganggu. kehendak saya.
Berdasarkan info yang diberi, tuliskan kembali apa halangan yang
menghalang anda dalam mencapai matlamat.
29
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Bagaimana cara untuk mengelakkan halangan ini daripada mengganggu
anda dalam menetapkan matlamat?
1) Tetapkan matlamat berdasarkan prinsip SMART:
• Rujuk kembali halaman 25 dalam Modul Inspirasi Diri berkenaan
teknik penetapan matlamat yang betul.
2) Rehatkan diri dari gajet:
• Hadkan masa satu (1) hingga dua (2) jam sahaja dalam sehari.
• Banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam, bersiar-siar di kawasan
kampus atau kawasan rumah, mengemas bilik dan bersukan.
3) Muhasabah diri setiap hari:
• Beri masa diri untuk recharge.
• Muhasabah diri untuk kenang kembali perkara positif yang perlu
diteruskan, dan perkara negatif yang perlu ditinggalkan dalam
hidup.
4) Ingat semula BIG WHY dan tujuan asal matlamat kita:
• Renungkan kembali, apakah tujuan asal kita masuk ke Politeknik?
Adakah kerana benar-benar ingin menambah ilmu pengetahuan,
ataupun sekadar untuk memuaskan hati keluarga?
5) Beri hadiah dan penghargaan kepada diri sendiri:
• Sesekali, beri hadiah atau ganjaran kepada diri sendiri sebagai cara
menghargai diri.
• Hadiah dan ganjaran ini tidak perlu bersifat mahal, cukuplah
sekadar ianya boleh membantu memberi ketenangan dan
kegembiraan kepada kita. Contohnya ganjaran ais krim McFlurry
selepas berjaya menyiapkan tugasan, atau ganjaran bersiar-siar di
pantai selepas berjaya mencapai sesuatu sasaran yang telah
ditetapkan.
30
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
ANALISIS SWOT
Kuadran Analisis SWOT (Strengths - Kekuatan, Weaknesses - Kelemahan,
Opportunities - Peluang, Threats - Ancaman) adalah suatu bentuk analisis
diri yang dapat membantu saya memanfaatkan kekuatan, mengatasi
halangan, memanfaatkan peluang dan menghindari ancaman bagi men-
capai kejayaan dalam akademik, kerjaya dan kehidupan.
KEKUATAN KELEMAHAN
Kenal pasti kekuatan diri Kenal pasti kelemahan
anda dan
diri anda dan
manfaatkannya sebagai
makanisme untuk men- baiki sebaik yang
capai kejayaan dalam
akademik, kerjaya mungkin agar ia tidak
Sdan kehidupan. menjadi penghalang
(Strengths) untuk anda
W mencapai
kejayaan.
(Weaknesses)
PELUANG O ANCAMAN
Kenal pasti T
peluang yang Kenal pasti
ancaman
ada di sekeliling terhadap
kekuatan dan peluang
anda dan anda untuk berjaya dan
ambil langkah untuk
manfaatkanya untuk
menhindarinya.
merealisasikan matlamat
(Threats)
kejayaan anda.
(Opportunities)
31
KEKUATAN (Strengths) Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
KELEMAHAN (Weaknesses)
(Strengths) (Weaknesses)
SW
OT
(Opportunities) (Threats)
PELUANG (Opportunities) ANCAMAN (Threats)
32
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
PNM (GPA) & HPNM (CGPA)
Kaedah Pengiraan Purata Nilaian Mata (PNM) / Grade Point Average (GPA)
Purata Nilai Mata seseorang pelajar bagi sesuatu keputusan peperiksaan
semester dikira seperti berikut:
PNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi dalam semester semasa
Jumlah Jam Kredit yang diambil dalam semester semasa
Kaedah Pengiraan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) / Cumulative
Grade Point Average (CGPA)
Purata Nilaian Mata yang diperolehi oleh seseorang pelajar di dalam semua
peperiksaan yang diambil sehingga kini yang dikira seperti berikut:
HPNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi bagi semester 1 hingga kini
Jumlah Jam Kredit yang diambil dalam semua semester hingga kini
Apakah target PNM saya? Apakah PNM dan HPNM yang saya perolehi?
SEMERSTER Target PNM PNM HPNM
yang dicapai yang dicapai
1
2
3
4
5
6
“It’s not what you achieve, it’s what you overcome. That’s
what defines yor career”
- Carlton Fisk
33
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
BORANG WAWASAN DIRI
Borang Wawasan Diri ini digunakan untuk menetapkan matlamat PNM
berdasarkan Semester.
34
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
BORANG WAWASAN DIRI
35
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Berdasarkan contoh yang telah diberi di halaman
sebelumnya, nyatakan wawasan diri anda dalam Borang
Wawasan Diri di bawah:
BORANG WAWASAN DIRI
JUMLAH
JAM KREDIT X MATA
STATUS
36
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Sangat Cemerlang
Cemerlang
Kepujian
Kepujian
Kepujian
Gagal
Gagal
Gagal
gred tidak terpakai bagi program-program tertentu
37
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
KEMAHIRAN INSANIAH
Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik yang harus dikuasai oleh
saya sebagai pelajar di politeknik.
Berkomunikasi
Pemikiran Kritis
&
Menyelesaikan
Masalah
Kepemimpinan KEMAHIRAN Kerja
Berpasukan
INSANIAH
Moral & Etika Pembelajaran
Profesional Berterusan &
(Sahsiah) Pengurusan
Maklumat
Keusahawanan
Rajah 2: Tujuh Elemen Kemahiran Insaniah
38
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Kebolehan Kemahiran Kebolehan
menyampaikan idea Komunikasi mengamalkan
dengan terang, berkesan kemahiran mendengar
yang aktif dan
dan dengan penuh memberikan maklum
keyakinan, secara lisan
balas.
dan bertulis.
Kebolehan untuk 1 Kebolehan
membuat berkomunikasi dengan
peserta yang berlainan
pembentangan secara
jelas dengan penuh budaya.
keyakinan dan
bersesuaian dengan Kebolehan untuk
tahap pendengar. mencari idea dan
mencari penyelesaian
2
alternatif
Kebolehan kenal Pemikiran Kritis Kebolehan untuk
pasti dan analisis dan Kemahiran
masalah dalam situasi Menyelesaikan Masalah kembangkan dan
kompleks dan kabur baiki kemahiran berfikir
serta membuat seperti menjelaskan,
penilaian yang menganalisis dan
berjustifikasi menilai perbincangan.
39
Kebolehan untuk membina hubungan yang Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
baik, berinteraksi dengan orang lain dan
3
bekerja secara efektif bersama mereka untuk
mencapai objektif yang sama.
Kebolehan untuk memahami dan mengambil
peranan bersilih ganti antara ketua
kumpulan dan ahli kumpulan
Kebolehan untuk mengenal dan menghormati
sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
Kemahiran Berpasukan
4
Kebolehan untuk mencari dan
menguruskan maklumat yang
relevan daripada pelbagai sumber.
Kebolehan untuk menerima idea baru
dan berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi.
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
40
5 Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Kebolehan untuk mengenal pasti peluang
perniagaan.
Kebolehan untuk merangka perancangan
perniagaan
Kebolehan untuk membina, meneroka dan
merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Kemahiran Keusahawanan Kebolehan untuk bekerja sendiri
Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, 6
alam sekitar dan sosio budaya dalam
amalan profesional.
Kebolehan untuk menganalisis dan membuat
keputusan dalam penyelesaian masalah
berkaitan etika.
Kebolehan untuk mengamalkan sikap
beretika, di samping mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap masyarakat.
Etika dan Moral Profesional
41
7 Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
Kemahiran Kepemimpinan
Kebolehan untuk memahami dan mengambil
peranan bersilih ganti antara ketua pasukan
dan anggota pasukan.
Kebolehan untuk memimpin projek
42
Domain 2 : Matlamat Yang Jelas & i-SMART
JOM AUDIT DIRI
1. Aktiviti My3S
2. Aktiviti Pengucapan Efektif
3. Aktiviti Kemahiran Tegas Diri
4. Aktiviti Kemahiran Pengurusan Stres (DASS)
(Inspirasi Transformasi Diri, 2012)
1 Aktiviti Kemahiran Insaniah My3S (Malaysian Soft Skills Scale)
(hak cipta Kementerian Pendidikan Tinggi, 2015)
Tandakan (/) di ruangan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ semua kriteria di bawah:
43