The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam Karnival STEM tahun 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KELVIN DALE YUBIDI KPM-Guru, 2024-06-14 23:53:04

Kertas Konsep Karnival STEM 2024

Pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam Karnival STEM tahun 2024

Keywords: STEM

KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 1


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 2 ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK MUKA SURAT 1. PANDUAN AM PERTANDINGAN 3 2. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW 7 3. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING COMPETITION 27 4. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE 41 5. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN GAMI-CODE 51 6. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN WATER ROCKET CHALLENGE 57 7. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROBOT BATTLE CHALLENGE 70 8. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW 76


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 3 1 PANDUAN AM PERTANDINGAN 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar. Setiap tahun, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) menganjurkan Karnival STEM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam Karnival STEM berfokuskan kepada kemahiran fizikal dan aplikasi digital dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid. Melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, murid berpeluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 2.2 Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu. 2.3 Memberi peluang untuk murid mengemukakan idea kreatif dan kritis serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM bersepadu. 2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM bersepadu. 2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM bersepadu.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 4 2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 2.7 Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN 3.1 Pertandingan dijalankan secara bersemuka dan terbuka kepada murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 3.2 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta- merta. 3.3 Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. KPM berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN. 3.4 Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan. 3.5 KPM berhak membatalkan penyertaan lewat dan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 3.6 Keputusan penjurian/penghakiman adalah muktamad. 4.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut: Johan : Trofi + sijil pencapaian Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian Ketiga : Trofi + sijil pencapaian Keempat : Sijil pencapaian Kelima : Sijil pencapaian


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 5 5.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan. Keanggotaan Panel Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum, BSKK; 2. Pegawai BSKK; 3. Wakil Pengelola Kebangsaan Karnival STEM KPM; 4. Ketua Teknikal Kebangsaan Karnival STEM KPM; dan 5. Pegawai Teknikal Pertandingan. 6.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK. Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk kepada BSKK, KPM.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 6 SENARAI PERTANDINGAN KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 BIL. PERTANDINGAN KATEGORI BIL. PESERTA CATATAN 1. Gami-code Sekolah Menengah SM: 1 kumpulan 2 orang Dibawa dari Karnival Kemahiran Digital 2. Innovators for Tomorrow Sekolah Rendah & Menengah SR: 1 kumpulan 3 orang SM: 1 kumpulan 3 orang Pertandingan inovasi dibawa dari Karnival STEM 2022 - 2023 3. Bridge Building Competition Sekolah Rendah & Menengah SR: 1 kumpulan 3 orang SM: 1 kumpulan 3 orang Pertandingan dibawa dari Karnival STEM 2022 - 2023 4. Water Rocket Challenge Sekolah Rendah & Menengah SR: 1 kumpulan 2 orang SM: 1 kumpulan 2 orang Pertandingan yang pernah dianjurkan dalam Karnival STEM 2017 - 2019 5. Drone Challenge Sekolah Rendah & Menengah SR : 1 orang SM: 1 orang Pertandingan dibawa dari Karnival STEM 2022 - 2023 6. Robot Battle Challenge Sekolah Rendah & Menengah SR: 1 kumpulan 2 orang SM: 1 kumpulan 2 orang Pertandingan dibawa dari Karnival STEM 2022 - 2023 7. STEM Talent Show Sekolah Rendah SR: 1 kumpulan 2 orang Pertandingan dibawa dari Karnival STEM 2022 - 2023


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 7 2 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW 1.0 PENGENALAN Pertandingan Innovators of Tomorrow adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Ia merupakan platform untuk mengumpulkan saintis-saintis dan pereka cipta muda dari seluruh negara di mana murid-murid berpeluang untuk membuat perkongsian dan pengembangan hasil kajian penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini bakal melahirkan ramai murid yang berbakat besar di dalam dunia penyelidikan dan juga menghasilkan projek-projek STEM bertaraf dunia. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan pengaplikasian pengetahuan ilmu STEM yang menjurus kepada penyelesaian masalah, penggunaan teknologi terkini dan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis bagi menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengkaji dan menganalisis, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran bekerja secara berpasukan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kebaikan dan kehebatan STEM di dalam kehidupan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM). 2.2 Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik murid dalam membuat kajian terkini. 2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek. 2.4 Mengembangkan kebolehan dan penciptaan murid dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 8 3.0 KELAYAKAN / SYARAT- SYARAT PENYERTAAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: a. Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6) b. Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5) 3.2 Hanya SATU (1) projek bagi setiap bidang sahaja yang akan mewakili setiap sekolah yang menyertai. 3.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing. 3.4 Semua murid yang menyertai mestilah Warganegara Malaysia. 3.5 Bidang yang dipertandingkan ialah: a. Sains ( Fizik, Kimia, Biologi) atau Sains Alam Sekitar b. Teknologi (Robotik / Sains Komputer) c. Kejuruteraan (Rekacipta Kejuruteraan) d. Matematik 3.6 Setiap projek inovasi juga diwajibkan untuk memilih mana-mana satu (1) tema Sustainable Development Goals (SDG) yang dicadangkan di bawah. a. Goal 3: Good health and well-being b. Goal 4: Quality education c. Goal 6: Clean water and sanitation d. Goal 7: Affordable and clean energy e. Goal 9: Industry, innovation, infrastructure f. Goal 11: Sustainable cities and communities g. Goal 12: Responsible consumption, production h. Goal 13: Climate action 3.7 Satu projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja. Jika projek yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka penyertaan projek tersebut akan dibatalkan. 3.8 Peserta diminta untuk menyediakan 2 salinan kertas projek atau penyelidikan dan dibawa ke tempat pertandingan. 3.9 Setiap kertas projek atau penyelidikan perlu disertakan bersama 2 salinan abstrak / ringkasan projek. (abstrak / ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam satu muka surat kertas bersaiz A4). 3.10 Abstrak / Ringkasan projek perlu dihantar semasa pendaftaran penyertaan.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 9 3.11 Projek yang merupakan kesinambungan daripada penyelidikan yang lepas perlu melengkapkan Borang Deklarasi Projek Kesinambungan (Continuation Project Declaration Form) dan borang tersebut dihantar semasa pendaftaran pasukan. 4.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK 4.1 Saiz Kertas: A4 4.2 Font: Arial 4.3 Tajuk: Font 20 pt, bold, tengah 4.4 Nama murid dan penasihat: Font 14 pt, tengah 4.5 Tajuk utama: Font 14 pt, bold, sebelah kiri 4.6 Subtajuk utama: Font 12 pt, bold, sebelah kiri 4.7 Selang: 1.5 4.8 Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul. 4.9 Laras bahasa dan format penulisan perlu diedit dan disemak sebelum penghantaran laporan dibuat. 4.10 Laporan tidak melebihi 20 mukasurat bercetak termasuk muka hadapan. 5.0 FORMAT KERTAS KAJIAN Muka Surat Penerangan Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan nama guru pembimbing penasihat dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan ‘bold’ dan mudah dibaca. Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan persoalan kajian, hipotesis, methodologi, hasil analisis, kesimpulan kajian) dan kata kunci. Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik. Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung kiri setiap muka surat. Penghargaan Senaraikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, bahan, sokongan dalam menjayakan projek. Pengenalan Latar belakang projek, pernyataan masalah, signifikan, kajian, takrif istilah, Metodologi / Proses Kajian Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, rawatan atau prosedur yang dijalankan. Eksperimen Terangkan metodologi yang digunakan untuk pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto atau lakaran bahan projek atau penyelidikan Hasil Kajian Analisa data, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 10 Perbincangan dan kesimpulan Bahagian paling penting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada. Ringkasan keputusan perlu spesifik. Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format American Psychological Association Style (APA) terkini. Apendiks Rajah, jadual, gambar, graf dan apa sahaja bahan visual yang diperolehi dari eksperimen yang dijalankan. 6.0 BAHAN PAMERAN (PROJEK / PROTOTAIP) 6.1 Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan. Prototaip boleh dipamerkan sepanjang pertandingan. Saiz maksima bahan projek yang dipamerkan ialah 80 cm lebar, 120 cm panjang dan 270 cm tinggi. 6.2 Papan pameran (untuk persembahan poster / infografik) TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak pengelola. Setiap peserta perlu membawa papan pameran bagi projek masing-masing. 6.3 Spesifikasi papan pameran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut: i. Bahan: Contoh bahan (Papan lapis, styrofoam, mounting board,streamer) ii. Bilangan papan pameran: 3 keping (setiap satu bersaiz 60 cm (lebar) x 120 cm (tinggi) iii. Saiz keseluruhan: 180 cm (lebar) x 120 cm (tinggi) Contoh gambar papan pameran


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 11 6.4 Dua buah meja peperiksaan dan dua kerusi akan disediakan oleh pengelola. 6.5 Setiap pasukan perlu melengkapkan Borang Penyertaan dengan lengkap. 6.6 Semua Borang Penyertaan yang lengkap beserta abstrak / ringkasan projek serta Laporan Projek yang layak ke peringkat kebangsaan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Teknikal Inovasi PADA hari pertandingan peringkat kebangsaan. 6.7 Semua keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 6.8 Penggunaan ujian/demonstrasi terhadap haiwan tidak dibenarkan. 6.9 Pasukan tidak dibenarkan mempamer sebarang bentuk anugerah kemenangan di dalam kawasan pameran. 6.10 Hanya seorang guru pembimbing bagi kategori sekolah rendah sahaja yang dibenarkan membantu persediaan projek dalam tempoh yang ditetapkan. 7.0 HADIAH & ANUGERAH Berikut adalah cadangan anugerah pertandingan peringkat kebangsaan: 7.1 Kategori Sekolah Menengah: i. Tempat pertama: Trofi + Sijil Pencapaian ii. Tempat kedua: Trofi + Sijil Pencapaian iii. Tempat ketiga: Hadiah + Sijil Pencapaian iv. Tempat keempat: Sijil Pencapaian v. Tempat kelima: Sijil Pencapaian 7.2 Kategori Sekolah Rendah: i. Tempat pertama: Trofi + Sijil Pencapaian ii. Tempat kedua: Trofi + Sijil Pencapaian iii. Tempat ketiga: Trofi + Sijil Pencapaian iv. Tempat keempat: Sijil Pencapaian v. Tempat kelima: Sijil Pencapaian Dalam pertandingan peringkat negeri, pihak pengelola diminta memilih projek terbaik (1 projek sekolah menengah dan 1 projek sekolah rendah) yang akan bertanding ke peringkat kebangsaan.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 12 8.0 KRITERIA PEMARKAHAN Komponen Kriteria Peratus Pameran Projek / Prototaip (25%) Aplikasi pengetahuan dan prinsip sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) 10 Persembahan poster atau infografik 05 Keaslian 05 Kreativiti 05 Pembentangan (25%) Kemahiran penyampaian 10 Kemahiran Saintifik 05 Kemahiran interaksi dan menjawab soalan 05 Personaliti keseluruhan 05 Penulisan Laporan (30%) Abstrak 05 Pengenalan dan sorotan kajian (literature review) tinjauan literature 05 Metodologi 05 Hasil Kajian 05 Perbincangan dan kesimpulan 05 Projek Signifikan (15%) Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan 05 Sumbangan kepada keperluan dan kemandirian pembangunan masyarakat 05 Kesan kepada kualiti alam sekitar dan masyarakat 05 Projek Signifikan (15%) Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan 05 Keistimewaan Produk (5%) Kolaborasi 03 Patent / Daftar myIPO 02 9.0 PEMBENTANGAN PROJEK 9.1 Pasukan diberi masa selama 7 minit untuk sesi pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab. 9.2 Pembentangan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 10.0 HAKIM 10.1 Hakim boleh dipilih dari 3 sektor utama iaitu; i. Kementerian Pendidikan Malaysia ii. Industri / perkilangan / pembinaan iii. IPTA/ IPTS 10.2 Ketua Hakim dipilih oleh pihak penganjur (KPM).


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 13 11.0 CARTA ALIR PERTANDINGAN


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 14 12.0 TENTATIF PERTANDINGAN Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat Perjalanan 8.30 – 10.30 pagi 8.30 – 10.30 pagi 8.30 – 9.30 pagi Penghakiman 1 Penghakiman 2 Pameran projek 2.00 – 5.00 petang 11.00 pagi hingga 1.00 petang 11.00 pagi – 1.00 petang 11.30 pagi – 1.00 petang Pendaftaran projek Pemasangan projek Penghakiman 1 Penghakiman 2 Majlis penutupan dan penyampaian hadiah 8.30 – 10 malam 2.30 – 5.30 petang 2.30 – 5.30 petang 1.00 petang Taklimat pertandingan Pemasangan projek Pameran projek Rumusan hakim Pameran projek Peleraian projek Bersurai Nota: Tentatif pertandingan tertakluk kepada penyelarasan antara Pengelola dan Teknikal Pertandingan 13. PANDUAN PENGELOLA (KEBANGSAAN / NEGERI) 13.1 Persiapan Tempat Pertandingan dan peralatan 13.1.1 Dewan (16 SR dan 16 SM projek peringkat Kebangsaan) atau Dewan/ bilik darjah/ makmal fizik (Peringkat Negeri/ Daerah) untuk mempamerkan bilangan projek inovasi. 13.1.2 2 meja lipat (banquet)/meja peperiksaan bagi setiap pasukan. 13.1.3 2 buah kerusi bagi setiap pasukan. 13.1.4 Sistem siaraya 13.1.5 Sumber tenaga elektrik (plug point) untuk setiap booth 13.1.6 Keperluan hakim a. Bilik mesyuarat hakim b. 6 unit clip file (3 SR, 3SM) c. 6 Kalkulator (3 SR, 3SM) d. 4 unit meja banquet beserta alas (2 SR, 2 SM) e. 8 unit kerusi (4 SR, 4 SM) f. Borang penghakiman g. 6 set (pensil, pen, pemadam)


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 15 13.1.7 Keperluan penolong teknikal a. 2 unit meja banquet b. 6 unit kerusi c. 6 stop watch/ buzzer d. Alat tulis e. 1 softboard f. 1 rim Kertas A4 g. 1 mesin pencetak h. 1 laptop / pc 13.2 Bilangan urus setia / pembantu urus setia / hakim Petugas Kategori Sekolah Jumlah Menengah Sekolah Rendah Hakim 6 6 12 Pembantu Teknikal (Guru) 3 3 6 Pembantu Teknikal (Murid) 5 5 10 13.3 Perjalanan pertandingan 13.3.1 Pendaftaran pertandingan akan dijalankan pada hari pertandingan. 13.3.2 Taklimat pasukan dan hakim akan diadakan pada hari pertama pertandingan. 13.3.3 Penetapan ruang pameran akan dibuat secara undian. 13.3.4 Setiap pasukan diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk memasang bahan projek. 13.3.5 Peserta tidak dibenarkan menukar kedudukan yang telah ditetapkan dengan peserta lain. 13.3.6 Pihak luar tidak dibenarkan membantu pemasangan projek termasuk guru pembimbing. 13.3.7 Semua maklumat bahan pameran hendaklah dipamerkan dengan menggunakan panel yang telah ditetapkan. 13.3.8 Semua pasukan tidak dibenarkan menampal sebarang maklumat projek pada dinding ruang pertandingan. 13.3.9 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang beridentitikan sekolah / baju-T yang berkolar / kemeja, tali leher, blazer


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 16 13.4 Proses penghakiman 13.4.1 Setiap pasukan perlu menghantar 2 salinan kertas projek kepada urus setia pada hari pertandingan (sewaktu proses pendaftaran). 13.4.2 Proses penghakiman akan dijalankan secara lawatan ke setiap projek secara individu dan berkumpulan. 13.4.3 Proses penghakiman diberikan kepada dua slot. 8 kumpulan slot pertama dan 8 kumpulan slot kedua. 13.4.4 Sesi penghakiman dianggarkan berjalan selama 12 minit (pembentangan dan soal jawab) bagi setiap pasukan. 13.4.5 Peserta diminta berada di projek masing-masing semasa proses penghakiman dijalankan. 13.4.6 Pembantu teknikal (murid) hendaklah memastikan hanya peserta pertandingan sahaja yang berada dalam dewan semasa proses penghakiman dijalankan. 13.4.7 Borang-borang penghakiman dan clip file perlu disediakan oleh pembantu teknikal (guru). 13.4.8 Hakim akan bermesyuarat di bilik khas untuk berbincang dan membuat keputusan pertandingan. 13.4.9 Keputusan pertandingan diserahkan kepada teknikal pertandingan. 13.4.10Keputusan hakim adalah muktamad. 13.5 Lokasi pertandingan 13.5.1 Lokasi pertandingan akan ditentukan oleh pihak pengelola 13.5.2 Setiap booth akan dilabelkan dengan SR1, SR2, SR3,… bagi kategori Sekolah Rendah dan SM1, SM2, SM3,… bagi kategori Sekolah Menengah. 13.5.3 Lawatan projek akan dibuka kepada pelawat selepas proses penghakiman selesai. 13.5.4 Peserta atau wakil perlu berada dimeja projek masing-masing sewaktu pameran dibuka untuk pameran. 13.5.5 Sepanjang pameran, keselamatan projek adalah di bawah tanggungjawab setiap pasukan masing-masing.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 17 13.6 Keselamatan Projek 13.6.1 Sepanjang pertandingan, pihak pengelola diminta mengambil kira aspek keselamatan projek-projek yang bertanding. 13.6.2 Dewan/ bilik pameran hendaklah dikunci apabila tidak digunakan. 13.6.3 Setiap peserta hendaklah memastikan semua projek dikemaskan dan tidak meninggalkan sebarang bahan atau peralatan projek sebaik sahaja tamat pertandingan. SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW BIL PERKARA KUANTITI CATATAN 1 Dewan / bilik bersesuaian 1 (32 projek) 2 Bilik mesyuarat hakim 1 (10 - 12 orang) 3 Softboard 1 unit 4 Meja lipat (banquet) beralas (hakim dan urus setia) 6 unit 5 Kerusi (hakim dan urus setia) 14 unit 6 Meja lipat (banquet) / peperiksaan 2 buah x 32 projek = 64 *saiz minimum: 55 cm x 120 cm 7 Kerusi 2 buah x 32 projek = 64 8 Sistem siaraya 1 set 9 Clip file 6 unit 10 Borang penghakiman 6 hakim x 32 projek = 64 set 11 Set penghakiman (pensil, pen, pemadam) 15 unit 12 Stop watch / buzzer 6 unit 13 Kalkulator 6 unit 14 Kertas A4 1 rim 15 First aid kit 1 set 16 Printer 1 set 17 Laptop / PC 1 set 18 Label Projek SM1,SM2, SM3,…SR1,SR2,SR3,… 32 keping


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 18 SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW PERINGKAT KEBANGSAAN PETUGAS BIL PERINCIAN TUGAS PEGAWAI TEKNIKAL 1 Menyediakan tempat pertandingan mengikut senarai semak peralatan oleh pengelola 2 Mendapatkan pelan lantai pertandingan daripada pihak pengelola 3 Menyediakan borang maklumat hakim semasa pendaftaran 4 Mengiringi hakim ke tempat pertandingan 5 Menyediakan alat tulis dan keperluan hakim 6 Menjalankan taklimat kepada hakim, guru pembimbing, peserta dan pembantu teknikal 7 Membuat pendaftaran peserta 8 Mengumpul Kertas Projek semasa pendaftaran dan menyerahkan kepada hakim 9 Menjalankan pengundian booth / meja peserta 10 Memberikan taklimat akhir kepada peserta sebelum pertandingan bermula 11 Menetapkan masa penyediaan tempat pertandingan 12 Memastikan hanya peserta sahaja yang membuat pemasangan projek 13 Membantu hakim merekod semasa proses pengiraan markah 14 Mengumpul keputusan pertandingan untuk diserahkan kepada pihak pengelola 15 Mengedar dan mengumpulkan semula borang soal selidik kepada peserta dan guru pembimbing 16 Memastikan keselamatan tempat pertandingan (mengunci dewan pertandingan) 17 Memastikan kebersihan dewan setelah selesai pertandingan HAKIM 1 Mendapatkan maklumat pertandingan dari Pegawai Teknikal 2 Menerima borang pemarkahan dan peralatan yang diperlukan 3 Meneliti laporan projek yang diterima semasa peserta memasang booth pameran 4 Menjalankan penilaian kepada setiap pasukan secara individu semasa penghakiman 1 secara berkumpulan semasa penghakiman 2 5 Mematuhi waktu penghakiman ( 7 minit pembentangan dan 5 minit bersoal jawab) 6 Melengkapkan borang pemarkahan 7 Menghadiri perjumpaan bersama Pegawai Teknikal untuk memaklumkan pemenang mengikut kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 8 Ketua hakim membuat rumusan pertandingan kepada peserta. Rumusan hendaklah merangkumi kekuatan dan kelemahan pembangunan projek yang perlu penambahbaikan 9 Mengisi borang soal selidik untuk penambahbaikan program


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 19 PETUGAS BIL PERINCIAN TUGAS PEMBANTU TEKNIKAL (GURU) 1 Membantu Pegawai Teknikal untuk menyediakan tempat pertandingan mengikut senarai semak peralatan oleh pengelola 2 Menyusun meja mengikut pelan lantai pertandingan 3 Mengedarkan alat tulis dan keperluan hakim 4 Membantu proses pendaftaran peserta 5 Menyerahkan Kertas Projek kepada teknikal untuk diserahkan kepada hakim 6 Melabelkan booth / meja projek berdasarkan keputusan undian 7 Memberi bantuan kepada peserta jika diperlukan 8 Membantu hakim jika diperlukan 9 Mengawal pergerakan peserta semasa pertandingan 10 Membantu mengedar dan mengumpulkan borang soal selidik kepada peserta dan guru pembimbing 11 Memastikan keselamatan tempat pertandingan (mengunci dewan pameran) 12 Memastikan kebersihan dewan setelah selesai pertandingan 13 Memastikan peserta bersedia di kawasan projek masing-masing sepanjang lawatan pihak luar PEMBANTU TEKNIKAL (MURID) 1 Menjaga masa semasa penilaian hakim secara individu 2 Memastikan hanya peserta sahaja yang berada di tempat pertandingan sepanjang masa persediaan dan penghakiman 3 Membantu pegawai teknikal menyusun dan mengemas tempat pertandingan


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 20 PELAN LANTAI PENTAS UTAMA MEJA URUSETIA PEGAWAI TEKNIKAL PEMBANTU TEKNIKAL SR 8 SR 16 SM 8 SM 16 SR 7 SR 15 SM 7 SM 15 SR 6 SR 14 SM 6 SM 14 SR 5 SR 13 SM 5 SM 13 SR 4 SR 12 SM 4 SM 12 SR 3 SR 11 SM 3 SM 11 SR 2 SR 10 SM 2 SM 10 SR 1 SR 9 SM 1 SM 9 PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH RENDAH PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH MENENGAH


BORANG PERMARKAHAN INNOVATORS OF TOMORROW PERINGKAT KEKOD KUMPULAN : ……………………………………………………………. TAJUK PROJEK : ……………………………………………………………. KOMPONEN KRITERIA PAMERAN PROJEK / PROTOTAIP (25%) Aplikasi pengetahuan dan prinsip sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) 1 Persembahan poster atau infografik Keaslian Kreativiti PEMBENTANGAN (25%) Kemahiran penyampaian 1 Kemahiran saintifik Kemahiran interaksi dan menjawab soalan Personaliti keseluruhan PENULISAN LAPORAN (30%) Abstrak Pengenalan dan Sorotan Kajian (Literature Review) Tinjauan Literature Methodologi Hasil Kajian Perbincangan dan kesimpulan Rujukan / Apendiks PROJEK SIGNIFIKAN (15%) Pemikiran saintifik atau matlamat kejuruteraan Sumbangan/impak kepada keperluan dan kemandirian pembangunan masyarakat Kesan kepada kualiti alam sekitar dan masyarakat KEISTIMEWAAN PRODUK (5%) Kolaborasi Patent / Daftar myIPO JUMLAH MARKAH Disediakan oleh: ……………………………………….. NAMA HAKIM:


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 21 EBANGSAAN SKALA PEMARKAHAN JUMLAH 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 /25 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 2 3 4 5 6 7 8 9 10 /25 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 /30 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 /15 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 /3 1 2 /2 /100 Tarikh: …………………………………….


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 22 BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW KATEGORI SEKOLAH RENDAH PASUKAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 PURATA RANKING SR 1 SR 2 SR 3 SR 4 SR 5 SR 6 SR 7 SR 8 SR 9 SR 10 SR 11 SR 12 SR 13 SR 14 SR 15 SR 16 Disediakan oleh; Disahkan oleh: ……………………………………… ……………………………………… (Ketua Hakim) (Pegawai Teknikal)


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 23 BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW KATEGORI SEKOLAH MENENGAH PASUKAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 PURATA RANKING SM 1 SM 2 SM 3 SM 4 SM 5 SM 6 SM 7 SM 8 SM 9 SM 10 SM 11 SM 12 SM 13 SM 14 SM 15 SM 16 Disediakan oleh; Disahkan oleh: ……………………………………… ……………………………………… (Ketua Hakim) (Pegawai Teknikal)


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 24 BORANG MAKLUMAT HAKIM PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW KATEGORI SEKOLAH RENDAH BIL NAMA BAHAGIAN KPM / IPTA / IPTS / AGENSI BIDANG / OPSYEN NO TELEFON TANDATANGAN 1 2 3


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 25 BORANG MAKLUMAT HAKIM PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BIL NAMA BAHAGIAN KPM / IPTA / IPTS / AGENSI BIDANG / OPSYEN NO TELEFON TANDATANGAN 1 2 3


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 26 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN INNOVATORS OF TOMORROW PERINGKAT KEBANGSAAN NEGERI NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MEL NAMA GURU PEMBIMBING JANTINA BANGSA NO. MYKAD NO. TEL BIL NAMA PESERTA JANTINA BANGSA NO MYKAD 1 2 3 BILANGAN VEGETARIAN GURU MURID KATEGORI (√) NAMA PRODUK STATUS PROJEK PROJEK BAHARU PROJEK KESINAMBUNGAN SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MATEMATIK * Jika projek tersebut merupakan projek kesinambungan, sila lengkapkan Borang Deklarasi Projek Kesinambungan (Continuation Project Declaration Form) Pengesahan JPN: Cop Rasmi Jabatan: ………………………………………………... ( ) Tarikh:


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 27 3 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING COMPETITION 1.0 PENGENALAN Bridge Building Competition adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform bagi mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: 2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6) 2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5) 2.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) murid terbaik daripada sekolah menengah dan tiga (3) murid terbaik daripada sekolah rendah. 2.4 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Peserta perlu membina satu jambatan dan akan menguji daya ketahanan jambatan tersebut dengan menggunakan bahan di Lampiran 3 dan spesifikasi yang ditetapkan disediakan oleh pihak pengelola, seperti di Lampiran 1.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 28 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Proses pembinaan 4.1.1 Peserta diberi masa empat (4) jam untuk membina model jambatan mengikut spesifikasi yang dibenarkan. 4.1.2 Peserta akan dibekalkan dengan bahan dan alatan yang disenaraikan di Lampiran 3. 4.1.3 Sebahagian alat dan bahan perlu dibawa oleh peserta seperti yang disenaraikan di Lampiran 3. 4.1.4 Peralatan bermotor atau bermesin tidak dibenarkan digunakan semasa proses pembinaan. 4.2 Sesi soal jawab 4.2.1 Peserta akan diberi masa tiga (3) minit untuk membuat pembentangan tentang rekaan model jambatan yang telah dihasilkan di hadapan hakim. 4.2.2 Sesi soal jawab hakim bersama peserta selama 10 minit. 4.3 Ujian ketahanan jambatan 4.3.1 Menguji ketahanan jambatan dengan menggunakan weight plate yang disediakan sebagai pemberat dan dijalankan dihadapan hakim selepas sesi soal jawab. 4.3.2 Ketahanan jambatan diuji untuk menilai sejauh mana model binaan yang dihasilkan untuk menampung beban yang diletakkan. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Proses penilaian peringkat kebangsaan 5.1.1 Hakim akan mula menilai bermula dari proses pembinaan model jambatan. Model jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 1. 5.1.2 Ujian ketahanan model jambatan akan dibuat menggunakan weight plate 5kg. Setiap penambahan pemberat akan dibuat selepas sela tempoh 10 saat pemberat pertama diletakkan dan seterusnya. Rujuk Borang A dan B1. Ujian ketahanan jambatan dijalankan sehingga model jambatan runtuh. Rujuk Borang B2 dan B3 sebagai tambahan.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 29 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Penilaian dibuat berdasarkan tiga (3) kriteria utama iaitu: Bil Kriteria Markah 1 Kriteria A: Ujian Daya Ketahanan Model Jambatan Bilangan beban yang dapat di tampung 2 Kriteria B: (Jika markah seri) Ujian Kecekapan Model Jambatan Kapasiti Beban Muktamad Jisim Jambatan 3 Kriteria C: Rekaan Model Jambatan dan sesi soal jawab: a. Sesi perancangan b. Sesi pembinaan c. Rekaan jambatan yang dihasilkan d. Sesi soal jawab Jumlah: 5 markah 5 markah 5 markah 5 markah 20 markah JUMLAH MARKAH Kriteria A + Kriteria B 6.2 Penilaian oleh hakim berdasarkan kepada kriteria penilaian yang telah ditetapkan oleh panel hakim. 7.0 PEMENANG 7.1 Pemenang keseluruhan 7.1.1 Pemenang keseluruhan dikira berdasarkan jumlah markah bagi dua (2) kriteria iaitu Kriteria A dan Kriteria B yang dinyatakan di 6.1. 7.1.2 Jika markah seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan markah Kriteria C.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 30 LAMPIRAN 1 SPESIFIKASI PEMBINAAN JAMBATAN Rajah 1 i. Panjang : 40 cm – 45 cm ii. Lebar : 5 cm – 10 cm iii. Tinggi : < 40cm iv. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 5 cm v. Model jambatan yang dibina TIDAK DIBENARKAN mempunyai tiang di bahagian bawah tapak dasar. vi. Ruang tengah disepanjang model jambatan dikosongkan vii. Tapak dasar hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate dan 7 batang sahaja untuk tulang pengikat (support) seperti Rajah 2. viii. Tapak base hanya selapis SAHAJA dan dikukuhkan hanya dengan tulang pengikat (support) seperti dalam Rajah 2.Tapak dasar juga tidak dibenarkan disusun berlapis atas bawah seperti rajah 3 Rajah 2 Rajah 3


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 31 LAMPIRAN 2 Pengujian Jambatan Peringkat Kebangsaan (weight plate) Penutup keselamatan (bahan lutsinar)


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 32 LAMPIRAN 3 BAHAN DAN PERALATAN YANG DIBENARKAN BIL PERALATAN YANG DIBEKALKAN 1. 1 pistol perekat panas (Hot Glue Gun) bersaiz besar. 2. 2 batang refill gam perekat panas (Hot Glue) bersaiz besar panjang 30cm (jumlah panjang keseluruhan 60cm). 3. Lidi berukuran 46cm panjang (30 batang lidi) 4. 1 keping kertas manila (kosong tanpa sebarang lakaran) 5. 1 keping kertas pasir (no.100) 6. 4 keping kertas A4 * Gam air tidak dibenarkan atas faktor keselamatan kepada murid. BIL PERALATAN YANG BOLEH DIBAWA OLEH PESERTA 1. Pisau 2. Gunting 3. Pembaris 4. Pensel / Marker pen 5. Playar pemotong 6. Pelapik pemotong (Cutting mat) – bersesuaian 7. Sarung tangan (jika perlu) 8. Spring clip 9. Face shield (perlu dipakai semasa sesi pengujian) * Peralatan bermotor atau bermesin tidak dibenarkan digunakan.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 33 BIL KEPERLUAN BAHAN PENGUJIAN 1. Meja pengujian (Rujuk Lampiran 3.2) 2. Weight plate (5kg) 3. Stopwatch 4. Alas keselamatan 5. Besi hook (40 biji) 6. Sarung tangan (jika perlu) 7. Tali 8. Face shield (perlu dipakai semasa sesi pengujian)


BORANG PENILAIABRIDGE BUILDINA. REKABENTUK JAMBATAN DAN PEMBENTANGAN (50 MARKAH) BIL ASPEK PENILAIAN 1 SESI PERANCANGAN • Lukisan model jambatan 2 SESI PERANCANGAN • Lukisan model jambatan 3 REKAAN JAMBATAN YANG DIHASILKAN • Konsep dan teori yang diterapkan dalam Reka bentuk mo• Nilai estetika dan inovasi dalam pembinaan model jamb4 SESI SOAL JAWAB • Penguasan terhadap projek • Penggunaan aplikasi sains yang diterapkan pembinaan m• Respon peserta semasa sesi soal jawab • Kerjasama semasa pembentangan


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 34 AN PERTANDINGAN NG COMPETITION BORANG A PEMBERATAN MARKAH MARKAH odel jambatan atan model jambatan JUMLAH 20


B. UJIAN KETAHAHAN JAMBATAN BERAT WEIGHT PLATE (kg) JUMLAH WEIGHT PLATE (kg) 10 9 PEMBERAT PERTAMA 5 5 10 9 PEMBERAT KE-2 5 10 10 9 PEMBERAT KE-3 5 15 10 9 PEMBERAT KE-4 5 20 10 9 PEMBERAT KE-5 5 25 10 9 PEMBERAT KE-6 5 30 10 9 PEMBERAT KE-7 5 35 10 9 PEMBERAT KE-8 5 40 10 9 PEMBERAT KE-9 5 45 10 9 PEMBERAT KE-10 5 50 10 9 PEMBERAT KE-11 5 55 10 9 PEMBERAT KE-12 5 60 10 9 PEMBERAT KE-13 5 65 10 9 PEMBERAT KE-14 5 70 10 9


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 35 BORANG B1 MASA (SAAT) MARKAH DIPEROLEH 8 7 6 5 4 3 2 1 8 7 6 5 4 3 2 1 5 8 7 6 5 4 3 2 1 10 8 7 6 5 4 3 2 1 15 8 7 6 5 4 3 2 1 20 8 7 6 5 4 3 2 1 25 8 7 6 5 4 3 2 1 30 8 7 6 5 4 3 2 1 35 8 7 6 5 4 3 2 1 40 8 7 6 5 4 3 2 1 45 8 7 6 5 4 3 2 1 50 8 7 6 5 4 3 2 1 55 8 7 6 5 4 3 2 1 60 8 7 6 5 4 3 2 1 65 8 7 6 5 4 3 2 1 70


PEMBERAT KE-15 5 75 10 9 PEMBERAT KE-16 5 80 10 9 PEMBERAT KE-17 5 85 10 9 PEMBERAT KE-18 5 90 10 9 PEMBERAT KE-19 5 95 10 9 PEMBERAT KE-20 5 100 10 9 JUMLAH MARKAH:


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 36 8 7 6 5 4 3 2 1 75 8 7 6 5 4 3 2 1 80 8 7 6 5 4 3 2 1 85 8 7 6 5 4 3 2 1 90 8 7 6 5 4 3 2 1 95 8 7 6 5 4 3 2 1 100


UJIAN KETAHAHAN (TAMBAHAN) BERAT WEIGHT PLATE (kg) JUMLAH WEIGHT PLATE (kg) 10 9 8 PEMBERAT KE-21 5 105 10 9 8 PEMBERAT KE-22 5 110 10 9 8 PEMBERAT KE-23 5 115 10 9 8 PEMBERAT KE-24 5 120 10 9 8 PEMBERAT KE-25 5 125 10 9 8 PEMBERAT KE-26 5 130 10 9 8 PEMBERAT KE-27 5 135 10 9 8 PEMBERAT KE-28 5 140 10 9 8 PEMBERAT KE-29 5 145 10 9 8 PEMBERAT KE-30 5 150 10 9 8 PEMBERAT KE-31 5 155 10 9 8 PEMBERAT KE-32 5 160 10 9 8 PEMBERAT KE-33 5 165 10 9 8 PEMBERAT KE-34 5 170 10 9 8


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 37 BORANG B2 MASA (SAAT) MARKAH DIPEROLEH 7 6 5 4 3 2 1 7 6 5 4 3 2 1 105 7 6 5 4 3 2 1 110 7 6 5 4 3 2 1 115 7 6 5 4 3 2 1 120 7 6 5 4 3 2 1 125 7 6 5 4 3 2 1 130 7 6 5 4 3 2 1 135 7 6 5 4 3 2 1 140 7 6 5 4 3 2 1 145 7 6 5 4 3 2 1 150 7 6 5 4 3 2 1 155 7 6 5 4 3 2 1 160 7 6 5 4 3 2 1 165 7 6 5 4 3 2 1 170


PEMBERAT KE-35 5 175 10 9 8 PEMBERAT KE-36 5 180 10 9 8 PEMBERAT KE-37 5 185 10 9 8 PEMBERAT KE-38 5 190 10 9 8 PEMBERAT KE-39 5 195 10 9 8 PEMBERAT KE-40 5 200 10 9 8 JUMLAH MARKAH: Nota 1 : Jika model jambatan tidak runtuh sehingga pemberat ke 20, penguB2. Rujuk Borang B2 untuk ujian ketahanan jambatan seterusnya. Peserta yanSaat 1 2 3 4 5Mata 0.25 0.5 0.75 1 1.2


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 38 7 6 5 4 3 2 1 175 7 6 5 4 3 2 1 180 7 6 5 4 3 2 1 185 7 6 5 4 3 2 1 190 7 6 5 4 3 2 1 195 7 6 5 4 3 2 1 200 ujian perlu diteruskan sehingga model jambatan runtuh. Gunakan Borang ng mengumpul markah terbanyak akan dikira sebagai pemenang. 5 6 7 8 9 10 25 1.5 1.75 2 2.25 2.5


Contoh Pengiraan Contoh 1 Pasukan A dapat menampung sehingga pemberat ke-19. Setelah pemberaMarkah sehingga pemberat ke-19 = 67.5 Markah 7 saat pemberat ke-20 = 1.75 Jumlah markah : 69.25 Contoh 2 Pasukan B dapat menampung sehingga pemberat ke-21. Setelah pemberaMarkah sehingga pemberat ke-21 = 72.5 Markah 7 saat pemberat ke-22 = 1 Jumlah markah : 73.5


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 39 at ke-20 disangkutkan dan pada saat ke-7, jambatan tersebut runtuh. at ke-22 disangkutkan dan pada saat ke-4, jambatan tersebut runtuh.


C. KECEKAPAN MODEL JAMBATAN Kecekapan = Pasukan Kriteria A Kriteria Kapasiti Beban Muktamad (kg) Kecekapan ModeA 95 15 B 105 10 C 135 18 D 95 11 E 80 10 F 90 12 G 120 15 H 115 12 I 80 18 J 95 16 K 90 17 L 80 17 M 95 17 N 100 16 O 110 18 P 115 16


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 40 LAMPIRAN 4 B Jumlah keseluruhan Jisim Jambatan (kg) Kedudukan l Jambatan 90.00 0.50 8 72.73 0.55 10 157.89 0.38 1 77.14 0.70 9 94.20 0.69 7 109.09 0.55 4 150.00 0.40 2 61.22 0.49 14 66.67 0.60 13 50.68 0.74 16 100.00 0.55 5 62.50 0.80 15 145.35 0.43 3 96.15 0.39 6 36.76 0.68 17 68.55 0.62 11


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 41 4 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE 1.0 PENGENALAN Drone Challenge adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid sekolah rendah dan menengah menguji kemahiran mengawal dan menerbangkan drone secara manual dan autonomous. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi, penyelesaian masalah, analisis kritis dan kemahiran berkomunikasi serta kemahiran digital. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: 2.1.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6) 2.1.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5) 2.2 Penyertaan adalah secara individu dan seorang (1) guru pembimbing. Setiap negeri hanya boleh menghantar dua (2) penyertaan sahaja (1 Rendah dan 1 Menengah). 2.3 Pertukaran peserta selepas pendaftaran tidak dibenarkan. 2.4 Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan dari ibu bapa/ penjaga bagi menyertai pertandingan ini. 2.5 Pihak penganjur dan pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan lain-lain sepanjang pertandingan berlangsung. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) tugasan; penerbangan secara MANUAL dan AUTONOMOUS.


KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN | 42 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Penerbangan manual (manual flight) 4.1.1 Tiada pelan penerbangan disebar luas kepada peserta. 4.1.2 Peserta hanya akan didedahkan mengenai pelan penerbangan di lokasi pertandingan dan mereka akan diberikan masa untuk mengukur jarak antara halangan (obstacles). 4.1.3 Percubaan (Test run) berjadual akan diadakan untuk semua peserta membiasakan diri dengan kawasan penerbangan. 4.1.4 Peserta akan diuji dalam disiplin-disiplin penerbangan seperti slalom, forward up and under, figure of 8, tunnel, sideward up and under dan point of interest (POI). 4.1.5 Peserta boleh bergerak mengikut dron semasa proses pengujian, namun tidak boleh menyentuh dron dengan tangan sehingga tamat. 4.1.6 Peserta tidak boleh menyentuh mana-mana marker atau halangan semasa pengujian penerbangan. 4.1.7 Sekiranya dron menyentuh halangan tapi masih mampu dikawal, peserta boleh meneruskan penerbangan sehingga selesai. 4.1.8 Sekiranya dron terkena halangan dan terhempas, peserta boleh mengangkat dron tersebut ke tapak pendaratan sebelumnya. Terdapat tiga (3) tapak pendaratan bagi setiap bahagian. 4.1.9 Peserta boleh menerbangkan dron secara menghadap ke hadapan semasa semua disiplin kecuali POI. Untuk POI, bahagian hadapan dron haruslah menghadap ke tiang penanda. (pole marker) 4.1.10 Setiap peserta hanya diberikan satu (1) percubaan sahaja semasa pengujian penerbangan manual. 4.1.11 Side coaching semasa pengujian penerbangan adalah TIDAK DIBENARKAN. 4.2 Penerbangan autonomous (autonomous flight) 4.2.1 Tiada pelan penerbangan disebar luas kepada peserta. 4.2.2 Peserta hanya akan didedahkan mengenai pelan penerbangan di lokasi pertandingan dan mereka akan diberikan masa untuk mengukur kawasan penerbangan. 4.2.3 Untuk penerbangan autonomous, peserta akan diuji dari segi kebolehan mengekod dron dan sekurang-kurangnya satu (1) arahan untuk setiap maneuver dalam senarai Navigation iaitu fly forward, yaw, fly up, fly to dan curve; satu (1) arahan untuk flip, dan sekurang-kurangnya satu (1) arahan Loops.


Click to View FlipBook Version