POKOK SELASIH (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat
di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih di percayai natif atau berasal dari India dan sekitarnya. Nama Selasih ada
berbagai seperti Kemangi, Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Pokok selasih dan kemangi ini
memang banya berbeza. Kajian menunjukkan daun kemangi banyak digunakan dalam masakan di Malaysia dan juga
di Indonesia. Baunya seperti bau serai yang meningkat selera hendak makan. Pokok selasih ada banyak jenis
diantaranya sebagai nama 'English' atau 'Sweet Basil' yang termasuk dalam resepi masakan ala-barat (western
cooking). Terdapat Jenis Selasih Hijau (ruku hijau, thulasi, holy basil) yang selalu ditanam oleh kaum India. Sementara
itu juga terdapat Jenis Selasih Hitam dimana daunnya adalah kerinting dengan warna batang hitam merahan. Jenis
Selasih Hijau adalah yang sering digunakan untuk menguatkan jantung. Sementara itu ada selasih ungu yang selalu
dijual sebagai ulam. Beberapa laporan menyatakan daun selasih mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi.
Sebagai contoh bagi kaedah cara perubatan ayurveda yang berasal dari India, ia akan dikenali sebagai herba
penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain daripada ia
mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih. Dalam
laporan kajian menunjukkan antara kegunaan pokok ini adalah dari segi perubatan. Antara jenis kegunaan selasih yang
didakwa sebagai perubatan seperti mampu untuk Merawat demam. Dipercayai juga ia boleh meningkatkan daya
ketahanan badan terhadap penyakit. Khasiatnya juga sebagai kemampuannya untuk meredakan muntah-muntah dan
loya serta menngubati masaalah kecacingan. Ia juga boleh digunakan sebagai antiseptic dan ia juga digunakan juga
sebagai analgesic (ubat tahan sakit). Sebenarnya daun selasih akan menolong untuk memperkuatkan fungsi hati.
Khasiat daun dan pokok selsih amat diketahui ramai seperti dapat mengurangkan ketegangan (stress) dan tekanan.
Ia juga boleh dijadikan sebagai ubat batuk dan sebagai herba pencuci darah. Tumbuhan ini ia boleh digunakan untuk
melegakan penyakit kurap (ringworm) dan boleh di tampal pada luka (setelah dihancurkan) untuk melegakan luka-
luka.
Kemangi dari jenis Ocimum basilicum juga terdiri dari dua jenis iaitu satu berdaun agak kerinting. Jenis ini amat popular
dalam masakan Padang di Sumatera dan ia sering dimasak bersama ikan. Jenis kedua pula lazimnya mempunyai daun
yang agak kecil dan sering dimakan sebagai ulam. Di India dan Afrika daun selasih atau pun kemangi digunakan sebagai
produk teh yang boleh diminum menggantikan teh biasa. Disamping aromanya yang menyelerakan lazimnya ia akan
disajikan ketika pertukaran musim untuk mengelakkan penyakit seperti batuk, selesema dan demam. Di Eropah pula
minyak pati kemangi lazimnya diekstrak dan digunakan sebagai bahan campuran untuk ubat atau pun bahan rawatan
tubuh badan seperti sabun, perfume, losyen dan minyak aromaterapi. Aroma minyak pati kemangi akan hilang selepas
24 jam selepas disapu pada tubuh dan ia dikelaskan sebagai minyak pati bernilai tinggi. Minyak patinya daun selasih
dikatakan dapat membantu meringankan dan dapat menyegarkan tubuh badan. Kemangi didapati kaya provitamin A
dan dimana setiap 100g kemangi mengandungi 5000 Sl vitamin A. Ia juga mengandungi banyak kalsium dan Posforus
yang baik untuk kesihatan . Kemangi digunakan dalam masyarakat melayu untuk mengatasi masalah kembung perut
bagi bayi dan kanak-kanak.Ramasan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa boleh digunakan untuk
mengatasi masalah ini. Kemangi segar yang dimakan sebagai ulam dapat menambahkan air susu, menghilangkan bau
mulut dan bau badan. Ia juga dapat menyembuhkan masaalah seperti kes cirit birit, batu karang dan masalah albumin
yang berlebihan dalam air kencing. Aromanya juga dikatakan dapat menghalau nyamuk.
Nama saintifiknya Kaempferia parviflora merupakan sejenis herba yang biasa terdapat di Asia Tenggara dan telah
digunakan secara turun-temurun untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ia banyak tumbuh subur di negara-negara
seperti Malaysia, Pulau Borneo, Sumatera, dan Thailand. Oleh kerana terdapat banyak kebaikan dalam masyarakat,
termasuk rawatan darah tinggi dan penyakit ganjil seperti gangguan, ia telah menarik banyak minat saintis dari
pelbagai negara termasuk Malaysia, untuk membuat kajian terhadap herba yang ajaib itu. Hasil kajian saintis telah
membuktikan terdapat banyak kebaikan Halia hitam terhadap tubuh badan manusia.
MEMBANTU MENGAWAL ALIRAN DARAH DENGAN LEBIH LANCAR
Halia hitam didapati dapat meningkatkan nitrik oksida iaitu unsur yang membolehkan saluran darah menjadi lembut
dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan kita menjadi lancar dan mengelakan
salur darah tersumbat.
MENGANDUNGI KANDUNGAN ANTI OKSIDAN YANG TINGGI
Halia Hitam mengadungi polymethoxyflavones yang tinggi iaitu jenis anti oksidan sangat kuat yang jarang ada pada
tumbuh-tumbuhan lain. Anti oksidan mempunyai banyak fungsi untuk kesihatan badan manusia seperti anti
penuaan, menguatkan sistem imun, boleh mencegah penyakit jantung, melindungi sistem saraf dan menyihatkan
mata. Ia juga dapat membantu menghalang perkembangan pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser.
MEMBANTU MENGUATKAN FUNGSI OTAK
Keradangan dan tekanan oksidatif ada kaitan dengan penyakit Parkinson, Alzheimer, dan penyakit neurogeneratif
lain. Sebagai anti oksidan dan anti-radang yang kuat , halia hitam membantu meningkatkan kesihatan otak dan
prestasi kognitif serta mencegah penyakit berkaitan dengan otak. Herba ini juga boleh menambah tumpuan dan
rentang perhatian.
MENCEGAH PENYAKIT BERKAITAN DENGAN SINDROM METABOLIK
Kelebihan-Halia-Hitam-produk-terlarisSindrom metabolik merujuk kepada penyakit yang timbul akibat metablisme
yang terganggu. Antara penyakit yang berkaitan dengan sindrom ini ialah diabetes, strok, tekanan darah tinggi,
kadar trigliserida atau paras kolesterol yang tidak normal, dan lemak perut yang berlebihan dan penyakit jantung.
KEBAIKAN HALIA HITAM SEBAGAI ANTI DEPRESI
Dengan Halia hitam tahap dopamin dapat ditingkatkan supaya dapat membangkit mood yang baik. Oleh itu, halia
hitam adalah sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa
bimbang. Halia hitam juga boleh membantu tidur malam yang lebih baik. Kesimpulannya, herba kunyit hitam boleh
boleh menjadi perubatan alternatif semula jadi untuk ubat-ubatan untuk orang yang mengalami masalah psikologi
dan mood yang berbeza.
Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica dari famili Apiaceae/Umbelliferae adalah sejenis ulam yang bukan
sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan. Herba
berdaun hijau berbentuk kipas ini biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin
mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. Pegaga juga dikenali dengan nama Gotu
Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari,
direbus atau dikisar menjadi minuman.
Pegaga mengandungi pelbagai nutrien seperti asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin
C, tiamin, niasin, riboflavin, protein, gentian, zat besi, dan vitamin A. Sementara bahan aktif yang ada dalam pegaga
ialah saponin dalam bentuk triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik,
madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), minyak mudah meruap (vallerin, camphor, cineole dan sterols
tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid
bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik.
1. Menaikkan seri muka / Awet muda / Menegangkan kulit
2. Merawat selulit
3. Menyembuhkan luka dengan cepat dan mengelakkan parut
4. Menghilangkan stretch mark
5. Menghilangkan masalah urat bersimpul
6. Melawan jangkitan bakteria dan virus
7. Mencantik dan melebatkan rambut
8. Menambah selera makan
9. Mencegah masalah kekurangan nutrien di kalangan kanak-kanak
10. Menyejuk dan menyegarkan badan
11. Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong
badan dari bahan toksik.
12. Digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.
13. Mengatasi masalah kulit.
14. Mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.
15. Pegaga juga digunakan untuk masalah kesuburan wanita.
16. Merawat/Mencegah Pembengkakan Hati.
17. Merawat Demam campak.
18. Merawat Sakit Tekak.
19. Merawat Batuk Kering.
20. Merawat Radang Mata Merah.
21. Merawat Keputihan.
22. Merawat/Mencegah Tekanan Darah Tinggi.
23. Merawat/Mencegah Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir.
24. Menambah Selera Makan.
25. Merawat Keracunan Makanan.
HALIA BARA (Zingiber officinale var rubrum) merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering
dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai
ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan. Halia Bara juga kadang-kala digelar
sebagai Halia Merah, Halia Udang atau di Indonesia dinamakan Halia Emprit.
Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya didalam mengubati penyakit kulit seperti Panau dan
Kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab.
Halia Bara juga mampu menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-
sengal otot serta sendi urat saraf. Halia bara juga didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria,
didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung. Paling
seronok diperkatakan adalah kerana pati halia bara mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki. Bagaimana
pun perlu diambil ingatan bahawa adalah tidak digalakan minum air rebusannya selalu kerana ia akan merosakkan
usus perut dan menyebabkan pedih ulu hati. Dalam temuan lain dinyatakan bahawa halia bara mampu melembutkan
perut serta membantu didalam proses penghadaman makanan . Seperti air minuman halia, minuman halia bara juga
mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'. Ramai penduduk
kampong dan orang asli yang menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal gigitan serangga. Selain itu ia
melegakan demam dan kadang-kadang digunakan sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas bersalin.
Sirih Cina juga dikenali dengan nama ketumpang air, mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Berikut adalah
khasiat dan kegunaan Sirih Cina :
1. Merawat Gout
2. Penawar Sakit Sendi
3. Penawar Sakit Perut (minum air perahan sirih yang ditumbuk)
4. Meredakan Dan Merawat Cirit-Birit
5. Merawat Batuk
6. Merawat Demam Panas (Ramas Daunnya Dengan Sedikit Air Suam, Sapukan Di Kepala)
7. Merawat Buasir
8. Melegakan Selsema
9. Merawat Jangkitan Pada Pundi Kencing
10. Merawat Kayap
11. Merawat Kencing Manis
12. Alternatif Kepada Ubatan Darah Tinggi
13. Merawat bisul, jerawat dan iritasi kulit (minum air rebusan sirih)
14. Merawat luka bakar atau melecur (tampal luka dengan sirih yang teklah dilumatkan)
15. Merawat buah pinggang (minum air rebusan sirih)
Penyakit Jantung: Elemen piperina dan kromium yang aktif dalam lada hitam adalah sebagai anti radang yang dapat
membantu memulihkan inflamasi dinding dan saluran jantung. Kemunculan lada hitam dalam tubuh diberitahu dapat
melancarkan darah kolestrol dan mencegah kolestrol daripada menjadi teruk sehingga boleh mengakibatkan saluran
jantung tersumbat dan akhirnya boleh mendapat masalah kardiovaskular.
Darah Tinggi: Lada hitam mempunyai elemen utama yang dapat melancarkan tahap tekanan darah di dalam tubuh
badan kita. Lada hitam juga kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mencegah darah tinggi dengan
meningkatkan penyingkiran angin dan toksin dari badan kita. Seperkara lagi, lada hitam juga kaya dengan mineral
yang penting seperti potassium, kalium dan zat besi. Mineral-mineral ini adalah elemen yang dapat merendahkan
tekanan darah. Punca utama darah tinggi disebabkan oleh tahap sodium yang tinggi dalam tubuh. Potassium yang
ada di dalam lada hitam dapat mengurangkan kesan tahap sodium yang tinggi dalam badan kita.
Anti Kanser: Lada hitam yang dicampurkan dengan kunyit dapat melawan pertumbuhan sel-sel kanser. Piperina yang
terkandung dalam lada hitam dapat menyingkirkan cytokines (bahan-bahan yang terhasil dari sel-sel kanser) dari
menghasilkan tumor. Terdapat Pusat Kanser dari luar negara telah membuat kajian terhadap lada hitam dan
keputusannya adalah dapat mencegah pembentukan tumor kanser payudara. Anti karsinogen dan anti bakteria yang
berada dalam lada hitam mampu melindungi lapisan membran mukus perut, menghalang serangan bakteria dan
mikrob. Taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar ke atas hidangan kita sebelum di makan setiap hari. Jangan
taburkan ketika makanan sedang di masak!
Membantu Pencernaan: Ketika memakan lada hitam, deria rasa kita akan terangsang, kemudian dapat menghantar
isyarat ke perut bagi meningkatkan pengeluaran asid hidroklorik. Asid hidroklorik akan membantu mencernakan
makanan dan mengelak masalah berkaitan perut akibat ketidakhadaman seperti kembung, cirit-birit dan keasidan.
Kelemumur: Lada hitam mempunyai anti bakteria dan anti radang yang membuatkannya sesuai untuk dijadikan
sebagai rawatan kulit kepala. Dengan cara, campurkan 1 sudu teh serbuk lada hitam dengan 1 cawan yogurt. Selepas
itu, kacau sehingga sebati dan lumurkan pada kulit kepala. Seterusnya, biarkan selama setengah jam sebelum dibilas
dan bilas dengan air paip tanpa menggunakan syampu. Cuci rambut dengan syampu pada hari yang lain.
Selsema: Lada hitam bukan hanya berkesan melegakan selsema malahan ianya juga dapat melegakan batuk. Kahak
dan hingus juga dapat dicairkan melalui rasa panas & pedas. Dengan cara, taburkan sedikit lada hitam pada sup yang
masih panas sebelum dihirup kuahnya.
Kesihatan Gigi: Lada hitam dikatakan dapat melegakan sakit gigi, kerosakan gigi dan juga dapat menjamin kesihatan
gusi sepanjang hayat. Caranya adalah campurkan tiga sudu teh serbuk lada hitam dan secubit garam serta
tambahkan sedikit air untuk dijadikan sebagai pes. Kemudian, sapukan pes lada hitam tadi pada bahagian gigi yang
sakit serta boleh tampalkan pada gigi yang berlubang.
Menurunkan Berat Badan: Lada hitam juga dikatakan boleh membantu dalam asimilasi (proses menukar makanan
berzat kepada tisu hidup) makanan. Kulit biji lada hitam mengandungi fitonutrien yang penting bagi penguraian sel-
sel lemak.
Anti Kemurungan: Lada hitam adalah penawar kepada kemurungan secara semula jadi. Di dalam lada hitam terdapat
Piperina yang bertindak sebagai anti kemurungan dengan cara merangsang sistem saraf.
Antibiotik: Lada hitam mempunyai ciri antibiotik didalam kandungan vitamin C secara semula jadi.
Mencantikkan Kulit: Makan lada hitam dapat menggalakkan berpeluh serta dapat membebaskan toksin dari kulit.
Sifat anti bakteria dan anti radang dapat melindungi kulit dari terkena jangkitan. Untuk mendapatkan kulit yang
cantik dan menanggalkan sel-sel kulit mati, merangsang peredaran oksigen & membantu memberikan oksigen yang
lebih serta khasiat kepada kulit, ambil lada hitam dan hancurkannya untuk dibuat menjadi scrub.
Ubi bemban atau ubi belanda, panggilan sainstifiknya, Maranta Arundinacea susah nak jumpa sekarang. Mungkin
ada yang tak kenal rupa bentuk ubi ini, ubi ini ada dijual di pasar tani atau pasar basah. Pokok ubi bemban ditanam
secara pecahan rumpun dan mudah dapat hasil. Orang dulu-dulu jadikan ubi bemban makanan ringan seperti snek,
menjadi juadah pada waktu pagi atau minum petang. Isi ubi bemban ada yang sepanjang kira-kira 10 sentimeter,
direbus dengan campuran air garam atau dibakar. Tekstur ubi bemban tidak seempuk ubi kayu, ia lebih kenyal dan
banyak serat. Semakin tua ubi bemban, semakin banyak serat dan jika ubi bemban yang muda, tekstur lebih lembut
dan sedap untuk dimakan.
Merawat Jerawat
Licinkan kulit muka menggunakan ubi bemban. Hiris halus atau hancurkan ubi bemban dan letak pada kulit
yang berjerawat seperti topeng muka. Biarkan hingga kering. Jerawat akan pulih dan mengurangkan
keradangan kulit.
Ubat Untuk Sakit Mata
Batang ubi bemban diperah sehingga keluar air. Air batang ubi bemban dititiskan dalam mata. Kaedah lain
adalah rebus ubi bemban dan air rebusan tersebut dititis dalam mata. Merah mata akan beransur hilang.
Hilangkan Ulcer Mulut
Ulcer mulut biasanya berpunca kerana tidak cukup minum air. Untuk menghilangkan ulcer mulut dengan
cepat, makan isi ubi bemban. Pastikan ubi bemban dibasuh hingga bersih dan kunyah lebih lama. Ulcer akan
kecut dan mulut akan jadi bersih.
Menurunkan Haba Badan Ketika Demam
Ubi bemban bersifat sejuk. Jika demam semakin tinggi suhu, amalkan minum air rebusan ubi bemban atau
makan ubi bemban. Suhu badan akan beransur turun.
Menghilangkan Sakit Perut
Rebus ubi bemban dan campurkan dengan sedikit gula sebagai perasa. Minum air ketika suam. Ia akan
menghilangkan rasa sakit perut, cirit-birit, kembung dan tidak keselesaan lain.
Meredakan Kencing Kotor
Ubi bemban membantu meredakan penyakit kencing kotor atau penyakit yang berkaitan dengan salur atau
pundi kencing.
Meredakan Bisul Dan Sengatan Serangga
Daun ubi bemban yang matang, dilayurkan atas api hingga layu. Daun akan jadi berminyak, tampal pada
bahagian yang bisul atau disengat serangga. Cara ini akan mempercepatkan kematangan bisul.
Ubat Kayap
Ubi bemban yang sudah matang boleh merawat kayap. Hancurkan isi ubi bemban dan tepek pada bahagian
yang terkena kayap.
RUMPUT SITI KHADIJAH (Murdannia loriformis) atau BEIJING GRASS adalah sejenis tumbuhan jenis herba yang
didakwa mempunyai banyak kegunaan dan khasiatnya. Ia juga dipanggil sebagai 'Rumput Cina' dikalangan orang
yang menanam dan menggunakannya.
Rumput Beijing merupakan sejenis herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan
dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial bertujuan untuk
menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan suplemen. Terdapat beberapa kajian saintifik yang didakwa berjaya
membuktikan bagaimana kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Ianya juga dikatakan mempunyai khasiat yang hebat
seperti mampu untuk mencuci buah pinggang, mencuci darah dan membantu membuang angin dalam badan.
Berdasarkan daripada buku 'Chinese medical herbs of Hongkong' didakwa dimana tumbuhan ini memberikan rasa
yang manis serta akan menyejukan dan berupaya mencairkan kahak.
Dalam pada itu dilaporan di negara Thailand dimana tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati,
rahim, ileum, kulit dan sebagainya. Dari keterangan mereka cara menggunakannya ialah dengan mengambil enam
helai daun segar tumbuhan ini kemudian dengan menggunakan pengisar untuk menghancurkannya. Sebaiknya ia
akan dicampur dengan 4 sudu besar air kemudian perlu ditapis dan di minum sebelum makan pagi dan sebelum
tidur.
Kajian saintis mendapati tumbuhan ini mampu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system),
atasi masaalah sistem pernafasan dan atasi masaalah radang. Selain itu didakwa dimana penggunaan rumput beijing
ini mampu merawat masaalah Psorisis atau Eczema, rawat kanser buah dada, kanser kolon. menyembuhkan demam,
Aphtous Ulcers. hancurkan batu karang dalam ginjal, hilangkan kesakitan dalam kemoterapi dan terbaik didakwa
mampu membunuh sel kanser. Cara mengguna untuk tujuan menyejukkan badan dengan merebus 5-6 helai daun
segar dalam 3 cawan air dan kemudian dicampur dengan gula perang sebelum di minum. Bagi tujuan menggunakan
rumput beijing dalam menghancurkan batu karang dalam ginjal boleh diambil 7 - 9 pokok (keratan) rumput ini
bersama dengan akarnya. Kemudian pokok ini perlu dicuci bersih dan di rebus bersama dengan sukatan air 1.5 liter
(sukatan botol coca cola). Sebaiknya ia direbus dengan api yg sederhana kecil dan kemudian ia dipadamkan.
Penyediaan selesai apabila rebusan setelah airnya telah mendidih dan minum air tersebut apabila suam dan jika ada
lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk.
GANDARUSA (Justicia gendarussa) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan herba dari keluarga Acanthaceae yang
tumbuh dikawasan tropika beriklim panas lembab seperti dinegara kita. Beberapa nama lain bagi tumbuhan ini
adalah seperti Daun Ganda Rusa, Kisi-kisi (Melayu) dan Bo Gu Dan (China) atau Gandarussa (English) dengan nama
sinomim lain juga dipanggil sebagai Justicia vulgaris.
Khasiat ganda rusa adalah seperti kemampuannya untuk memberikan kesan Analgetik, Diuretik dan juga sebagai
Anti-spermatozoa. Dalam perubatan tradisional Gandarusa Hitam digunakan untuk membantu merawat Sengal-
sengal Sendi, Sakit Belakang, Pinggang, Kudis Malam (Pucuk), patah, terseliuh dan wanita lepas bersalin sementara
Gandarusa Belang pula digunakan untuk Sengal Sendi dan Bisul. Gandarusa Hijau pula ia digunakan untuk membantu
merawat Patah Tulang, Bisul, Rheumatik (Sengal Tulang) dan Sengal Sendi. Untuk rawatan biasanya orang-orang
tua kita dahulu menggunakan daunnya yang tua, digiling bersama beras dan ibu Kunyit (Kunyit tua) dan tampal
ditempat yang ingin dirawat. Ingatan: Jika kulit seseorang bermasalah atau anda tidak tahu ada baiknya bahan
tersebut dicampur minyak masak samada minyak Kelapa atau Minyak Kelapa Sawit bertujuan mengelakkan kulit
melecuh kerana daun Gandarusa bersifat panas.
CARA PENGGUNAAN:
Tulang patah, bisul:
Yang segar dilumatkan atau yang kering dihaluskan, dicampur dengan cuka secukupnya, dengan syarat
tulang yang patah sudah dalam posisi yang betul dan terfiksasi.
Memar, keseleo, reumatik:15 – 30 gr kering atau 30 – 60 gr gandarusa segar direbus minum airnya.atau daun
gandarusa segar beberapa helai; Minyak kelapa secukupnya, dilayukan di atas api kecil, ditempelkan pada
kulit yang memar.
Sakit kepala: Daun gandarusa segar beberapa helai; Lada beberapa butir; Air secukupnya, Dipipis hingga
berbentuk pasta, Diborehkan pada pelipis dan dahi, bila perlu dibalut dengan kain basah; diulang setiap 3
jam.
Rematik:Daun gandarusa segar beberapa helai; Daun kecubung segar beberapa helai; Lada hitam beberapa
butir; Air secukupnya, Dipipis hingga berbentuk pasta, Disapu pada bahagian yang sakit; bila perlu dibalut
dengan kain basah; diulang setiap 3 jam; tidak disarankan untuk ibu hamil.
Nama saintifik pokok rerama atau rama-rama ini adalah Mariposa Christia Vespertillonis. Ianya popular dengan
gelaran Butterfly Wing. Habitat asal adalah di rantau Asia. Ianya berketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat
bulan bermula dari benih.
Pelbagai jenis dan warna daun pokok rerama :
• Pokok rerama berdaun ungu
• Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda
• Pokok rerama berdaun merah
• Pokok rerama berdaun hijau belang ungu
• Pokok bunga rerama hiasan
Khasiat Daun Pokok Rerama
Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi ‘active
ingredient’ yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser.
Boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE,
denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit),
asma, migrain, resdung dan demam campak.
Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana
konsep merendam dan meminum air teh.
Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini
mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan. Digunakan untuk perubatan adalah daun pokok rerama
berdaun hijau sahaja.
Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga berwarna biru berasal dari keluarga
Fabaceae. Tumbuhan ini boleh didapati di Kawasan Asia, Africa, Australia dan America. Di Malaysia, bunga telang ini
sering digunakan sebagai pewarna makanan terutamanya dalam pembuatan nasi kerabu. Warna yang terdapat pada
nasi kerabu adalah warna yang diekstrak daripada bunga telang ini. Bunga ini juga turut diproses untuk dijadikan
minuman seperti teh. Di kawasan Asia, bunga ini sering digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.
Komponen Berkhasiat Dalam Bunga Telang
1. Antosianin (anthocyanin)
Antosianin adalah sejenis flavonoid yang terdapat di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna
biru bunga tersebut. Komponen ini turut ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah, dan
jingga. Kompenen antosianin ini terkenal dengan sifat anti oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan
dan anti kanser. Komponen ini telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba.
2. Flavonol glykosida (flavonol glacosides)
Flavonol glykosida adalah sejenis komponen berwarna kuning yang terdapat di dalam bunga telang. Ianya
juga boleh didapati pada mana-mana jenis tumbuhan yang lain dan bersifat anti oksida.
3. Triterpenoids
Triterpenoid adalah sejenis komponen yang boleh didapati di dalam tumbuhan herba dan buah seperti epal,
kranberi, lavender dan bunga telang. Di kawasan Asia, triterpenoids digunakan di dalam perubatan untuk
tujuan anti radang, pelali dan lain-lain.
Khasiat Bunga Telang Kepada Kesihatan
1. Mengurangkan paras gula di dalam darah
2. Bersifat anti microbial
3. Mencegah jangkitan helmintik.
4. Melindungi hati (liver)
5. Mempertingkatkan sistem neurologi
6. Mempunyai sifat anti oksida
Manjakani atau nama saintifiknya Quercus infectoria adalah sejenis keradangan atau bengkak yang terjadi pada
pokok oak akibat disuntik telur daripada serangga gall wasp. Ia bukannya sejenis buah yang selalu difikirkan ramai
orang.
Manjakani atau bengkak tersebut terhasil daripada tindakbalas pokok oak tersebut dengan bahan kimia yang
dihasilkan oleh serangga atau telurnya. Telur yang ada di dalam bengkak itu akan menetas dan akan keluar dengan
membuat lubang. Oleh itu, manjakani ini akan kelihatan berlubang. Manjakani juga mempunyai warna yang sedikit
gelap dan keras.
Manjakani mengandungi komponen tannin iaitu sejenis antioksidan yang tergolong dalam kelompok polifenol yang
berperanan sebagai antioksidan dengan pelbagai fungsi. Hampir 50% hingga 70% komponen di dalam manjakani
terdiri daripada tannin. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa majoriti kandungan komponen di dalam manjakani adalah
terdiri daripada tannin. Antara komponen tannin yang biasa dijumpai di dalam manjakani termasuklah gallic acid,
ellagic acid dan methyl gallate. Di samping itu, manjakani juga mengandungi asid fenolik, flavonoid, triterpenoids,
steroid, saponin, glikosida dan thraquinone.
1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.
4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau
kurang enak pada faraj.
5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum
minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.
7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.
8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan
zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan
bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
16. Untuk kesihatan mulut
Antara khasiat manjakani adalah ia bagus untuk kesihatan mulut. Terdapat satu kajian yang menggunakan ubat gigi
yang mengandungi pelbagai herba termasuklah manjakani. Kajian itu telah mendapati bahawa ubat gigi tersebut
boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) dan mengurangkan plak di dalam mulut.
Kajian itu juga mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi manjakani dan herba-herba lain boleh
mengurangkan bakteria anaerobik yang boleh menyebabkan jangkitan di dalam mulut.
17. Aktiviti antibakteria
Manjakani juga mempunyai aktiviti antibakteria yang boleh membantu membasmi bakteria. Kajian telah
mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antibakteria terhadap pelbagai jenis bakteria
termasuklah Streptococcus aureus, S. Sanguis, S. Mutan, Helicobacter pylori, Escherichia coli dan Salmonella
spp. Hal ini kerana manjakani mempunyai tannin dan gallic acid yang memainkan peranan penting bagi
aktiviti antibakteria tersebut.
18. Sebagai antikulat
Di samping itu, manjakani juga mempunyai aktiviti antikulat yang boleh membantu mencegah pembentukan
kulat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani
mempunyai aktiviti antikulat terhadap Candida albicasn, C. krusei dan C. glabrata.
19. Sebagai antiradang
Selain itu, manjakani juga berpotensi sebagai antiradang yang boleh membantu mencegah keradangan.
Keradangan adalah sejenis tindakbalas badan terhadap kecederaan,jangkitan kuman atau benda asing di
mana keradangan yang berpanjangan di dalam badan boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes,
sakit jantung dan banyak lagi.
20. Aktiviti antioksidan
Manjakani juga mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Hal ini kerana ia mempunyai pelbagai jenis
antioksidan seperti fenol dan tannin. Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani boleh
meningkatkan enzim antioksidan di dalam binatang. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa manjakani
mempunyai aktiviti antioksidan yang boleh membantu melawan radikal bebas seterusnya mencegah
oksidatif stres yang boleh menyebabkan penyakit.
21. Untuk penyembuhan luka
Oleh kerana aktiviti antibakteria dan antioksidan yang ada pada manjakani, ia membuatkan manjakani juga
bagus untuk proses penyembuhan luka. Kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa ekstrak manjakani
boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada tikus yang mempunyai ulser atau luka yang
disebabkan komplikasi diabetes (diabetic ulcer). Di samping itu, kajian yang dilakukan terhadap pesakit
diabetes yang mempunyai luka di kaki (diabetic foot ulcer) juga telah mendapati bahawa penggunaan
larutan ekstrak manjakani untuk mencuci luka telah membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
tersebut.
22. Kesan antidiabetik
Di samping itu, manjakani juga mempunyai kesan antidiabetik. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa
ekstrak manjakani mempunyai kesan antidiabetik yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam
darah.
23. Untuk ‘mengetatkan’ faraj wanita
Selain itu, manjakani juga telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita. Kajian yang dijalankan
menggunakan gel yang mempunyai ekstrak manjakani telah mendapati bahawa gel tersebut boleh
‘mengetatkan’ faraj, meningkatkan cecair faraj sekaligus mengurangkan masalah kekeringan pada faraj
wanita berbanding gel tanpa ekstrak manjakani.
24. Mencegah kanser
Manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser. Kajian tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak
manjakani mempunyai aktiviti antikanser terhadap sel kanser serviks dan kanser ovari. Hal ini kerana
kehadiran antioksidan seperti tannin yang terdapat di dalam manjakani yang boleh membantu mencegah
penyakit.
Selain kegunaannya dalam memberi aroma lazat pada masakan, tahukah anda bahawa daun kari juga dikenali kerana
memberi banyak manfaat kesihatan.
1. Mencegah penyakit jantung
Daun kari mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Sifat ini dapat mencegah proses pengoksidaan
kolesterol yang akan membentuk kolesterol LDL, atau lebih mudah dikenali sebagai ‘kolesterol buruk’.
Seterusnya, kadar ‘kolesterol baik’ (kolesterol HDL) dapat ditingkatkan lantas menurunkan risiko beban
penyakit seperti strok dan serangan jantung. Selain mengawal paras kolesterol, daun kari juga berpotensi
menghalang pengumpulan lemak dan keradangan (faktor risiko penyakit jantung).
*Kolesterol HDL (baik) mengeluarkan kolesterol dari salur darah dan membawanya kembali ke organ hati.
*Kolesterol LDL (buruk) cenderung untuk melekat pada dinding salur darah dan menjadikannya
sempit/tersumbat.
2. Mengawal paras gula dalam darah
Kajian yang dijalankan terhadap pesakit kencing manis mendapati daun kari mempunyai kandungan kimia
yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Kebaikan ini dipercayai terhasil daripada fungsi daun kari
dalam meningkatkan penghasilan insulin serta menjadikan kadar pengambilan glukosa dari dalam darah oleh
sel badan semakin tinggi. Melalui kebaikan ini, risiko komplikasi diabetes seperti masalah buah pinggang juga
dapat dikurangkan.
3. Melindungi organ hati
Di dalam tubuh badan manusia, hati berfungsi sebagai tempat untuk meneutralkan toksik. Dalam bahasa
yang mudah, bahan toksik (seperti yang berasal daripada ubat-ubatan) akan dibawa ke hati terlebih dahulu
untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Daun kari berpotensi untuk melindungi hati
daripada toksik terutamanya dalam tubuh individu yang sering mengambil minuman beralkohol. Ia
mengekalkan paras antioksida dan menguatkan sel dalam hati.
4. Antibakteria
Minyak pati (essential oil) daripada daun kari mampu menghalang pertumbuhan bakteria. Kesan antibakteria
daun kari ini masih kuat walaupun pada kadar kepekatan yang rendah. Selain itu, ia juga mampu mencegah
pertumbuhan kulat.
5. Anti Penuaan
Penyakit Alzheimer adalah gangguan progresif yang mengakibatkan fungsi sel-sel otak merosot. Ekstrak
daun kari didapati berpotensi untuk meningkatkan kesihatan saraf otak kerana sifatnya yang menghalang
proses pengoksidaan. Di samping itu, kajian terhadap model haiwan pula mendapati daun kari menambah
baik fungsi kognitif berikutan peningkatan skor daya ingatan.
6. Membantu penghadaman
Daun kari dengan kandungan serat yang tinggi dapat mencegah masalah penghadaman seperti sembelit,
cirit-birit, mual, serta kembung perut. Satu sudu makan serbuk kari mengandungi 1.2 gram serat, lebih kurang
bersamaan dengan kandungan serat dalam sebatang lobak merah.
7. Mencegah anemia (kekurangan darah merah)
Salah satu punca kepada masalah anemia ialah kekurangan zat besi yang berfungsi untuk menghasilkan
hemoglobin di dalam darah. Daun kari kaya dengan kandungan mineral ini dan dapat membantu
meningkatkan jumlah sel darah merah.
8. Mencegah kanser
Seperti tumbuh-tumbuhan yang lain, daun kari juga kaya dengan kandungan bahan biologi aktif yang dapat
memberi manfaat kepada tubuh badan. Kesan antioksida daun kari didapati berpotensi untuk
mengurangkan risiko kanser payudara. Selain itu, ekstraknya juga mempunyai keupayaan untuk
mengurangkan kadar neoplasma dalam usus besar.
*Neoplasma: Pertumbuhan tisu yang tidak normal dan berlebihan, mengakibatkan ketumbuhan dan kanser.
9. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Rawatan anti-kanser seperti kemoterapi mempunyai beberapa kesan sampingan. Sebagai contoh, pesakit
mungkin akan mengalami loya dan muntah, keletihan serta radang mulut. Ekstrak daun kari didapati dapat
mengurangkan risiko kesan-kesan sampingan ini. Selain itu, daun kari juga berupaya melindungi kromosom
(molekul DNA) daripada sebarang kerosakan dan menghentikan penghasilan radikal bebas dalam badan.
10. Membantu penyembuhan luka
Proses penyembuhan luka adalah rumit dan melibatkan banyak proses biokimia dan proses lain di peringkat
sel. Melalui kajian ke atas model haiwan, daun kari berupaya meningkatkan regangan luka dan merangsang
penghasilan kolagen. Hal ini membantu luka untuk sembuh dengan lebih baik dan cepat.
11. Meningkatkan kesihatan rambut
Pati daun kari di dalam minyak kelapa berpotensi menguatkan akar rambut. Ia seterusnya melewatkan
proses rambut memutih menjadi uban di samping merangsang pertumbuhan rambut. Selain itu, kekayaan
nilai antioksida dalam daun kari turut membantu mencegah keguguran rambut dan kelemumur.
KEDONDONG (Spondias cytherea) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Anacardiaceae yang ditanam di
negara kita kebanyakannya untuk dimakan segar atau di proses buat jeruk. Buah kedondong dipercayai natif di
kawasan Asia Tenggara dan juga Asia Selatan dan ditanam menggunakan bahan tanaman daripada biji, keratan , tut
atau daripada benih cantuman. Biji buah kendondong cepat bercambah iaitu kurang dari satu bulan. Pokok dari
benih tut mampu menghasilkan buah dalam masa satu tahun sementara benih dari biji selama 4 tahun.
Kajian makmal mendapati buah kedondong mengandungi 60 -85% air, 0.5 - 0.8% protin, 0.3-1.2% Lemak, 8 -10%
Sukros1-3.8% Serabut serta kaya dengan vitamin C dan zat besi.
Kulit Pokok Kedondong mengadungi bahan yang mampu menghentikan pengecutan tisu. Buah Kendondong yang
banyak mengandungi Vitamin C dan zat besi penting dalam pembentukkan haemoglobin dalam darah dan mollekul
sitokrom. Kandungan unsur Pektin iaitu sejenis serabut larut dalam buah kedondong juga berguna dalam
mengurangkan kolesterol dalam darah terutama kolesterol LDL.
Dari segi khasiat perubatan didakwa daun dan kulit kedondong boleh dijadikan ubat pupuk pada luka, kudis , bisul
dan luka akibat terbakar. Daun kedondong yang dicampur dengan bahan tumbuhan lain juga sesuai digunakan
sebagai bahan rawatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ada orang kampung yang mengamalkan mengambil kulit
kedondong direbus bersama kulit ketapang dan airnya diminum untuk rawatan masaalah cirit birit.
BAYAM BRAZIL (Althernanthera sissoo) adalah salah satu spesis tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada
Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dan mula
diminati ramaoo dinegara kita. Sayuran ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan
juga Sambu lettuce.
Bayam brazil sangat berkhasiatdan ia dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan
juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain
itu juga ada spesis tumbuhan sayuran yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan ia dapat membantu kepada
sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia,
mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut
dan mengikat kalsium.
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan
pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat
mengekalkan kesihatan ibu mengandung.
Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan iaitu Vitamin A,
Vitamin C, Vitamin K, Asid folil, Zat besi, Kalsium iaitu sebagai satu mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga
memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot. Selain vitamin dan mineral, bayam brazil juga mempunyai
beberapa komponen penting seperti Lutein dan Zeaxanthin, Kempferol (mampu untuk mengurangkan risiko
kanser), Nitrates (Penting untuk mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung), Quercetin (bahan sebagai
antioksidan yang mengurangkan jangkitan dan keradangan).
Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba dari keluarga Lamiaceae iaitu tumbuhan renek yang
banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Orthosiphon anistatus. Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya
dapat membuang dan mencuci darah dari bahan toksid (atau toxin) yang berlebihan, terutama bagi merawat
kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Teh Misai Kucing adalah bersifat diuretic dimana didakwa dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan
dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang
seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.
Selain dari itu ia juga didakwa dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah
pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan
saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikkan juga telah mendapati ianya besifat
antiseptik.
Herba Misai Kucing telah digunakan dikawasan Asia Tenggara semenjak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal
perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.
Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang
membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal
sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang.
Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah
wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat
diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.
BUAH BIDARA (Ziziphus jujuba) adalah buah yang berkhasiat daripada keluarga Rhammnaceae dimana ia ada
disebut dialam ayat al-quran. Buah bidara dipanggil sebagai Jujube (Inggeris), Nabaq atau Sidr (Arab) serta digelar
Kurma Merah atau Kurma Cina adalah diantara tumbuhan yang banyak ditanam diseluruh dunia. Buah bidara ada
disebut dalam Surah Al-Waqi'ah 56:27-31, Surah al-Najm 53:13-14 Surah a-Saba' 34:16. Surah a-Saba' tersebut memberi
maksud ''Maka mereka berpaling ingkar, kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan kami
gantikan dua kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kebun lain yang berisi pohon-pohon yang pahit buahnya,
pohon yang jarang berbuah dan sedikit pohon-pohon bidara."
Apa yang perlu diketahui dimana kandungan VITAMIN C Buah Bidara adalah sebanyak 20 kali ganda berbanding
dengab buahbuahan citrus yang lain. Ia juga mengandugi banyak bahan mineral seperti K, Mb, Ca, Fe dan lainnya.
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 80 gram air, 18 gram karbohiderat, 0.5 gram lemak,
30 mg Fosforus dan 60-70 IU Vitamin A serta 60-150 Vitamin C.
Buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta
membaiki sistem penghadaman dalam perut. Daunnya yang di rebus dapat digunakan sebagao losen serta air
mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas. Ada juga dakwaan yang air rebusan kulit dan daun bidara
sesuai untuk merawat masalah perut dan juga usus.
Buah ini didakwa boleh merawat kulit dan juga jerawat. Caranya dengan mengambil beberapa helai daun bidara dan
ditumbuk halus sebelum ianya dimasukkan kedalam cawan atau mangkuk. Kemudian masukkan sedikit air sehingga
campuran agak kental dan sapukan kepada bahagian kulit wajah sebagai 'masker'. Biarkan beberapa ketika sehingga
semua bahan ini kering dan kemudian perlu dibilas muka dengan air bersih dan jangan gunakan sabun.
Kehebatan lain adalah buah bidara mampu merawat sembelit. Ambil kulit batang bidara yang keringkan dan simpan
selama 2 tahun (Pokok sebaiknya sudah lebih 3 tahun). Ambil kulit tersebut dan diremndam dalam air bersih selama
12 jam dan air randaman diminum setiap waktu pegi dan petang hari. Amalan ini di jika dilakukan selalu boleh
mengurangkan masaalah sembelit yang akut sehinggaia sembuh sepenuhnya. Air ini juga didakwa mampu merawat
masalah jantung berdebar, lemah darah atau pun masalah sakit didalam perut.
Selain enak dijadikan minuman, limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa mempunyai pelbagai
kebaikan.
Ianya kaya dengan vitamin C, Floretin-G, asid askorbik dan bersifat antioksidan. Jom kami kongsi tips yang
mungkin bermanafaat buat anda.
1. Mewangikan rambut.
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Gosokkan ke seluruh kepala dan biarkan beberapa minit. Kemudian
barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening &
menyejukkan kepala.
2. Mencegah dan mengurangkan kelemumur.
Ramas beberapa helai daun rambutan bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian
bancuh sebati lendir daun rambutan tadi bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada
seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan
seminggu sekali.
3. Tonik kecantikan kulit.
Jus limau kasturi yang disapu pada wajah dikatakan mampu menghilangkan jeragat dan mengatasi masalah
jerawat disamping menghaluskan kulit.
4. Menghilangkan bau badan.
Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, satu cara lagi
adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
5. Ubat ketiak.
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan
beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
6. Minuman kecantikan.
Kandungan asid askorbik atau vitamin C di dalam buah ini boleh menguatkan sistem kekebalan dan
meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Sebab Itulah ianya dipanggil minuman kecantikan.
7. Ubat pening kepala.
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi
sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
8. Ubat demam.
Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk
menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu
ditempelkan pada dahi pesakit.
9. Ubat batuk.
Campuran limau, kicap dan garam diminum setiap pagi and malam agar batuk beransur pulih.
10. Ubat lelah.
Ambil sesudu madu, Sebaiknya madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minum
campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan seminggu sekali walaupun tiada lelah.
11. Ubat kurus.
Perahan limau nipis dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam
kerana kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi
kempis dan kemas semula.
12. Kilatkan cermin mata kabur.
Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih-bersih kemudian lap dengan kain kering atau tisu.
Hasilnya cermin mata lebih kuat dan jelas lebih lama.
13. Hilangkan minyak pada baju.
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak dan biarkan 5 hingga 10
minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Setelah itu, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan
pakaian lain seperti biasa.
LIDAH BUAYA (Aloe vera) merupakan sejenis tumbuhan jenis herba yang semakin popular dikalangan usahawan
untuk menanamnya. Tumbuhan ini adalah jenis herba lembut daripada keluarga Xanthoreaceae yang mudah ditanam
dan dijaga. Lidah buaya adalah tumbuhan yang telah lama digunapakai oleh masyarakat tempatan. Antaranya adalah
untuk beberapa tujuan termasuk untuk menyuburkan rambut, pemulih luka serta untuk perawatan kulit.
Kegunaan asas lidah buaya memang banyak dibuat kajian dimana memang disahkan ia mengandungi bahan kimia
seperti enzim, asid amino dan polisacaride. Bahan seperti vitamin juga ujud dalam tumbuhan ini untuk digunakan.
Kajian juga menunjukkan bahan dari tanaman ini berfungsi sebagai anti peradangan, anti kulat, anti bakteria dan
membantu didalam meregenerasi sel-sel yang mati dalam tubuh manusia.
Pengambilan lidah buaya dengan cara diambil minuman tanpa gula (pemanis tiruan) dipercayai baik bagi penderita
diabetes, hipertensi/hipotensi dan kanser. Bagi tujuan stimulasi kekebalan tubuh dan HIV/AIDS ia didakwa amat
berkesan.
Lidah Buaya dikatakan mampu mencegah kebotakan rambut. Bahan dari tanaman ini mampu untuk mencegah
kebotakan disebabkan oleh kandungannya bahan berguna seperti vitamin pada rambut yang mulai beruban atau
mudah gugur. Anda boleh menyapukan terus lendir atau jus lidah buaya di sekitar kulit kepala secara rata dan
sebaiknya dibiarkan selama 20 minit kemudian dibilas menggunakan air bersih.
Tumbuhan Lidah Buaya juga mampu mengubati gigitan kesan serangga seperti nyamuk, semut dan serangga kecil
lain. Caranya dengan menyapukan lendir pada lokasi dimana ada kesan gigitan serangga tersebut. Rasa yang sejuk
dan lembab dari gel lidah buaya ini boleh mengubati luka yang timbul akibat gigitan serangga atau kesan lainya. Ia
juga mempu mengurangkan rasa pedih dan gatal pada luka akibat gigitan serangga tersebut.
Lidah buaya juga didakwa mampu untuk melawan racun dalam tubuh. Ini kerana racun yang masuk ke dalam tubuh
manusia akan mengakibatkan kerosakan organ dalaman sehingga ia perlu dibuat pecegahan. Salah satu teknik boleh
diguna adalah dengan gunakan lidah buaya iaitu dengan membuat dan minum jus gel lidah buaya yang segar.
Kandungan bahan antioksidan didalamnya sangat baik untuk meghapuskan radikal bebas (toksik) sehingga mampu
mengeluarkan racun dari dalam tubuh.
Selain itu juga lidah buaya kaya dengan bahan Natrium, zat besi, kromium, kalium, manganese, magnesium dan zink
yang akan menyeimbangkan keperluan elektrolit pada tubuh. Gunakan lendir lidah buaya bangi mengatasi jerawat.
Caranya dengan menyapukan gel lidah buaya yang sudah terpotong menjadi beberapa bahagian di permukaan kulit
wajah yang ada masaalah jerawat dan dibiarkan selama 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Kepada mereka yang ada masaalah pencernaan (susah buang air besar) adalah disyorkan untuk anda cuba
mengambil jus lidah buaya secara teratur dimana ia akan menjaga sistem pencernaan dengan baik. Ia juga mampu
untuk meminimakan aktiviti penyebaran sel-sel kanser dalam tubuh.
Mas cotek adalah sejenis tumbuhan herba yang digunakan dalam perubatan Melayu. Nama saintifiknya ialah ‘Ficus
Deltoidea’, lebih dikenali sebagai Sempit-sempit di negeri Sabah, Sarawak dan Kepulauan Kalimantan. Terdapat juga
suku kaum di Sabah menggelarnya sebagai ‘agoluran’.
Terdapat 2 jenis Mas cotek iaitu mas cotek jantan (berdaun kecil) dan mas cotek betina (berdaun besar). Mas cotek
diberikan nama berdasarkan kewujudan bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) di permukaan atas setiap helaian
daun. Mas cotek jantan berbeza dengan mas cotek betina dari rupa bentuk daunnya yang kecil, tirus, nipis dan
ringan berbanding mas cotek betina. Di belakang mas cotek jantan juga terdapat bintik merah.
Mas cotek digunakan secara tradisional untuk mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta
mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Selain itu, ia digunakan untuk menyembuh dan
membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan
dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Selain dari daun dan akarnya yang direbus,
buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan. Antara penyakit lain yang dapat
dibantu adalah seperti berikut ;
• Mengeluarkan toksin dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah
• Gout
• Membuang kolestrol dan lemak
• Buasir
• Migraine /sakit kepala
• Senggugut
• Sakit pinggang
• Keletihan
• Masalah tidur
• Merangsang hormon Lelaki
• Sakit lutut
• Mencantikkan dan melicinkan kulit
CEKUR (Kaempferia gigantica) merupakan sejenis herba yang tidak. Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur
manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman. Cekur adalah tumbuhan yang
berkhasiat dimana dilaporkan mengandungi bahan Cineol, Borneol, 3-carene, camphene, kaempherol, kaempferide ,
cinammaldehyde, asid p-methoxycinnamic, ethyl cinnamate dan ethyl p-methoxycinnamic.
Dari segi khasiat dan untuk perubatan dikalangan Masyarakat Melayu dahulu daun dan rizom cekur ada digunakan
didalam mengatasi masalah malaria dan resdung. Dalam pada itu di kalangan orang Cina memang ada juga
menggunakan cekur di dalam kaedah perubatan cara tradisional mereka. Mereka yang ada masalah sakit gigi,
menghilangkan masalah kelumumur dan membunuh kutu di kepala mereka akan menggunakan cekur yang dijadikan
ubat. Begitu juga cekur dilaporkan ada diguna untuk merawat masaalah membuang angin dalam perut (lepas makan
cekur akan buang angin dengan signifikan), mengatasi masalah sembelit dan juga menambah selera makan.
Paling terkini dimana ekstrak rizom cekur didapati boleh digunakan untuk membunuh nyamuk Culex
quinquefasciatus dan jug membunuh nyamuk Aedes aegypati yang membawa penyakit merbahaya kepada manusia.
KURMA (Phoenix dactylifera) atau 'Date Palm' dari keluarga ARECACEAE merupakan sejenis tanaman yang hidup
semenjak beribu tahun dulu di kawasan gurun di Arab Saudi, Timur Tengah dan kawasan Benua Afrika Utara yang di
gunakan sebagai sumber makanan utama penduduk di negara-negara tersebut.
Buah kurma adalah mempunyai satu biji benih dikelilingai dengan isi dan kulit buah yang sangat manis berukuran 2-8
cm panjang dan 6-8 mm garispusat bergantung kepada varieti. Buah muda berwarna kehijauan akan bertukar
kepada kuning, merah dan merah gelap kehitaman jika cukup matang. Buah kurma mengandungi glukos, fruktos dan
sukros yang sangat tinggi dalam isi buah. Bahan ini memberikan tenaga yang sangat tinggi kepada manusia iaitu
sebanyak 230 kcal (760 kJoule) dan banyak Vitamin C untuk kesihatan jika di makan segar.
Buah kurma dipercayai dapat menyembuhkan demam, batuk, diaheria, mengurangkan kepanasan badan dan banyak
lagi. Kandungan Tanin yang tinggi didapati mampu membersihkan saluran usus penghadaman dan melancarkan
pengaliran darah.
Buah delima atau nama saintifiknya, Punica Granatum adalah merupakan buah yang berasal daripada negara Iran.
Buah delima merupakan sejenis buah yang mampu tumbuh dan hidup dalam keadaan cuaca yang gersang mahupun
separa gersang. Oleh sebab itu, buah ini juga boleh dijumpai di Utara India, China, Amerika Syarikat dan juga negara
di kawasan Mediterranean. Buah delima merupakan buah yang unik di mana isinya adalah berbentuk seperti biji-
bijian beri atau lebih dikenali sebagai aril. Aril merupakan bahagian isi yang boleh dimakan, ianya merupakan biji-biji
yang dipenuhi air dan mempunyai variasi warna daripada putih sehingga merah gelap
1. Bertindak sebagai Prebiotik
Ellagitannins adalah merupakan sejenis polifenol bio-aktif yang terdapat di dalam buah berry seperti raspberry
hitam, raspberry dan juga strawberi. Buah delima juga turut kaya dengan kandungan ellagitannins, bahkan ianya
merupakan polifenol yang paling banyak terdapat di dalam biji delima. Ellagitannins akan mengalami proses
pemecahan kompoun (hidrolisis) dan menghasilkan asid ellagic.
Seterusnya, asid ellagic ini akan melalui proses metabolisma yang dilakukan oleh mikrobiota di usus. Hasil daripada
proses ini, ia akan menghasilkan urolithins. Kajian mendapati bahawa kedua-dua ekstrak dan jus buah delima mampu
meningkatkan jumlah probiotik, Bifidobacterium di dalam usus.
2. Berpotensi dalam Rawatan Kanser (Chemoprevention)
Aril mengadungi bahan bio-aktif anti-oksidan yang sangat tinggi seperti polifenol dan flavonoid. Umum mengetahui
bahawa anti-oksidan adalah scavenger terhadap radikal bebas dihasilkan oleh badan yang menyebabkan kanser.
Walaubagaimanapun, kompoun polifenol juga turut memainkan peranan dalam meransang proses
kemusnahan/kematian (apoptosis) sel kanser. Kajian mendapati bahawa esktrak buah delima berpotensi untuk
melawan penyakit kanser prostat, payudara, kulit dan juga paru-paru berdasarkan kepada mekanisma seperti yang
telah disebutkan di atas.
3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
Fungsi tersirat yang belum diketahui umum mengenai anti-oksidan adalah ianya menyokong tahap kesihatan sistem
kardiovaskular. Kajian menemukan bahawa anthocyanins mempunyai ciri-ciri yang dapat menurunkan risiko penyakit
kardiovaskular. Antaranya ialah melalui fungsi anti-oksidan, merencatkan aktiviti penghasilan radikal bebas serta
agen vasodilators. Kajian yang sama juga mendapati bahawa, pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan
anthocyanins mampu menurunkan paras lemak (trigliserida), kolesterol ‘jahat’ (LDL) dan meningkatkan kolesterol
‘baik’ (HDL).
4. Berpotensi untuk Melawan Penyakit Kanser
Tidak dapat dinafikan buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kandungan polifenol. Sebanyak 50%
daripada polifenol di dalam buah delima adalah terdiri daripada punicalagins. Sebuah kajian mendapati bahawa
aktiviti anti-oksidan di dalam buah delima adalah tiga kali ganda berbanding dengan wine merah (daripada anggur)
dan juga teh hijau. Selain daripada aktiviti scavenging, punicalagins juga memainkan peranan di dalam aktiviti
chelation. Di dalam kajian yang sama juga turut menemukan bahawa punicalagins memainkan peranan yang sangat
signifikan dengan merencatkan kerosakkan DNA akibat daripada tekanan oksidatif .
5. Memberi Kesan Anti Keradangan & Tahan Sakit (Antinoniception)
Ellagitannins dan juga anthocyanins adalah merupakan kompaun polifenol yang ditemui di dalam buah delima yang
memainkan peranan terhadap keradangan serta rasa sakit (noniception). Di dalam kajian yang lain pula mendapati
bahawa kandungan kompoun polifenol di dalam ekstrak buah delima dapat menurunkan paras interleukin di dalam
sel usus. Sungguhpun pelbagai kajian yang menemukan keberkesanan buah delima sebagai anti-oksidan, namun
mekanisma anti-oksidan yang terdapat di dalamnya masih lagi belum diketahui.
6. Menyokong dan Melindungi Sistem Saraf (Neuroprotective)
Buah delima yang kaya dengan kompoun polifenolik berpotensi untuk melindungi individu daripada penyakit
Alzheimer’s dan juga hypoxic-ischemic brain injury. Kajian mendapati bahawa kompaun ellagitannins akan
memainkan peranan neuroprotective dengan merencatkan tekanan oksidatif, mengurangkan penghasilan cytokines
(agen keradangan) dan juga protein apoptotic [12].
7. Berpotensi Mengawal Tekanan Darah (Anti-Hypertensive)
Kajian telah mencadangkan buah delima agar dijadikan sebagai salah satu makanan yang baik untuk jantung yang
sihat. Ini adalah kerana, kesannya kebaikkannya terhadap regulasi tekanan darah. Dalam kajian yang sama
mendapati bahawa pengambilan jus buah delima segar secara konsisten dapat membantu menurunkan tekanan
darah systolic dan dystolic.
Dalam kajian yang lain pula menemukan bahawa anthocyanins yang diperolehi melalui diet berkait dengan
penurunan risiko penyakit darah tinggi sebanyak 8% . Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam masih lagi
perlu dijalankan terhadap keberkesanan jus buah delima dalam mengawal tekanan darah.
8. Bertindak sebagai Anti Bakteria
Salah satu khasiat buah delima adalah ia boleh bertindak sebagai anti-bakteria. Kompoun polifenol ellagitannins dan
juga anthocyanins mendapat perhatian dalam pelbagai kajian termasuk sebagai anti bakteria. Kajian mendapati
bahawa jus dan juga ekstrak buah delima memainkan peranan yang signifikan dalam merencatkan pertumbuhan
bakteria yang menyebabkan karies gigi (Streptococcus Mutants & Rothia Dentocariosa). Dalam sebuah kajian lain
pula turut mendapati bahawa buah delima mampu melawan jangkitan bakteria daripada makanan dan juga air
seperti Salmonella Thypi, Vibrio cholerae, Yersinia enterococitica, Shigella spp dan Listeria monocytogenes.
9. Berpotensi Menurunkan Paras Lemak
Secara keseluruhannya, tumbuhan buah delima mengandungi kadar kompoun polifenolik yang berbeza samada
pada buah, daun dan juga bunganya. Ekstrak daripada daun dan juga bunga buah delima ditemui memainkan
peranan dalam mengurangkan faktor risiko terhadap penyakit dyslipidemia dan juga kardiovaskular. Sebuah kajian
menemui bahawa ekstrak buah delima berjaya menurunkan paras lemak di dalam haiwan yang dibekalkan dengan
diet tinggi lemak dan kolesterol. Oleh yang demikian, buah delima telah dicadangkan sebagai bahan terbaik bagi
kajian yang lebih mendalam terhadap masalah dyslipidemia.
10. Berfungsi dalam Penjagaan Kulit
Ellagitannins dan juga anthocyanins adalah bahan polifenolik yang utama terdapat di dalam buah delima serta
memainkan peranan dalam melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari (UVB). Dalam fungsi ini, kedua-dua
bahan ini memainkan tugas sebagai scavenger dan juga anti-oksidan. Sebuah kajian mendapati bahawa produk
kecantikkan yang berasaskan delima berpotensi untuk melindungi kulit daripada kesan buruk akibat daripada sinaran
UVB matahari.
KUNYIT (Cucuma domestica) adalah sejenis tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai
telah lama ditanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa Sanskrit. India dan
Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari ekspedisi Marco Polo. Nama kunyit boleh
didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam Sanskrit dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil ( Manjal), Inggeris
(Tumeric), China (Kiang-hoang) dan dalam bahasa Jawa (Kunyir). Daripada perkataan Arablah kita dapat sebutan
Latin iaitu nama 'Curcuma' dan diberi nama latin sebagai Cucuma domestica.
Banyak kajian menjurus menyatakan bahawa kunyit adalah bahan semulajadi didalam kemampuannya dalam
melawan penyakit kanser. Laporan analisa daripada beberapa pusat penyelidikkan seperti kajian dari Universiti
California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan
dengan kunyit dan serta dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser. Cara aplikasi bergantung kepada tahap
serangan atau seperti dinasihatkan oleh pakar makanan dan pakar perubatan.
Kunyit juga didakwa sebagai berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Randy J.
Horwitz iaitu seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona USA mendapati penggunaan kunyit
sebelum rawatan dijalankan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti arthritis rheumatoid.
Khasiat ke 3 mengenai kunyit adalah kerana kehebatannya sebagai bahan antioksidan yang memang berkuasa
(Power punya!). Kajian yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Maryland USA mendapati kunyit mempunyai
bahan antioksidan iaitu bahan dinamakan Curcumoid yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada
terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.
Kunyit boleh meningkatkan paras antibodi di dalam badan manusa. Selain itu kunyit boleh meneutralkan kesan
radikal bebas yang menyebabkan penyakit, kemudian merangsang mekanisme antioksidan semulajadi di dalam
badan. Kunyit membantu meningkatkan fungsi dalam otak dan memori manusia yang serang mengambil bahan
kunyit dalam menu hariannya. Dilaporkan kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari
pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak.
Kunyit menyokong fungsi hati untuk terus sihat. Saintis juga mendapati kunyit membantu meningkatkan aliran
rembesan jus hempedu supaya ia meningkatkan keupayaan hati untuk memecahkan toksin yang berada di dalam
perut. Ia juga bermanfaat sebagai bahan detoksifikasi hati yang seterusnya membantu mencernakan lemak dengan
berkesan.
Kunyit mampu memperlahankan proses penuaan (ageing factor) yang signifikan untuk manusia. Lazimnya kunyit
adalah bersifat antioksidan dimana ia juga boleh membantu mengurangkan proses penuaan dengan menghalang
tindakan radikal bebas daripada terus menerus dalam merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan kesan penuaan
jelas kelihatan terutamanya pada kulit wajah.
Kunyit juga membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Ini menjadikan bahawa kunyit boleh membantu
pesakit diabetis. Bahan aktif curcumoids di dalam kunyit pula mengurangkan pembentukan lemak pada dinding
arteri yang menghalang aliran darah di dalam arteri.
Nama Botani : Curcuma xanthorhiza Roxb
Famili : Zingeberaceae
Temu lawak merupakan tumbuhan tahunan yang hidup secara berumpun. Setiap pokok biasanya mempunyai 2-9
helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga sepanjang masa, bunganya
berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom temulawak berwarna kuning tua dan ia
mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.
Kegunaan
Di kepulauan Jawa pokok temu lawak ini sangat terkenal dalam perubatan tradsional terutamanya jamu. Temu lawak
biasanya dimakan mentah atau direbus bersama herba lain untuk mendapatkan khasiatnya. Temu lawak berkhasiat
untuk mencegah dan mengatasi hepatitis, penyakit hati, membantu pencernaan, gangguan ginjal, menurunkan
paras kolesterol dalam darah, anemia/kurang darah, melancarkan peredaran darah, malaria, demam, demam
campak, reumatik, sakit pinggang, melancarkan perjalanan haid, keputihan, sembelit, menambah selera makan,
batuk, asma, radang saluran nafas, radang kulit, jerawat, bintik hitam, meningkatkan stamina, batu karang,
melambatkan proses penuaan dan menjaga bentuk badan agar sentiasa mantap dan ramping.
Temu lawak mengandungi komponen berkhasiat, seperti kurkuminoid & minyak atsiri (3-12%). Pati temu lawak terdiri
daripada abu, protein, lemak, karbohidrat, serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi,
manganese dan kadmium.
Pati rizom temu lawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau
campuran bahan makanan.
Rizomnya berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temu lawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga,
antiinflamasi, tonikum dan diuretic.
Herba temu lawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit:
- Rheumatik dan kesakitan pada otot.
- Ubat demam.
- Masalah hati dan demam kuning.
- Penyakit batu karang
- Penyakit kulit
- Menghilangkan kekejangan.
- Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
- Berak berdarah.
- Merawat masalah sembelit
- Batuk dan demam pada kanak-kanak.
- Masalah keputihan.
- Penyakit kencing manis.
- Gastrik dan gas berlebihan.
Daun Sambung Nyawa atau Sambung Nyowo atau Akar Sebiak yang nama Latinnya adalah Gynura procumbens ialah
salah satu jenis tanaman asli indonesia yang sudah lama dipakai oleh masyarakat untuk mengobati berbagai
penyakit.
1. Untuk Diabetes Melitus
• Gunakan 7 lembar daun sambung nyawa yang masih segar.
• Cuci dan bilas dengan air matang.
• Makan daun tadi sebagai lalap mentah bersama dengan nasi.
• Lakukan dua kali sehari masing-masing tujuh lembar daun.
2. Untuk Darah tinggi
• Gunakan 7 lembar daun sambung nyawa.
• Cuci bersih kemudian dimakan sehari sekali sebagai lalapan.
• Bisa juga ditumis atau dikukus sebentar sebelum dimakan atau dibuat jus.
3. Untuk Radang Tekak dan Sinusitis
• Gunakan 4 lembar daun sambung nyawa buat anak-anak atau tujuh lembar untuk dewasa.
• Cuci lalu dimakan mentah atau dinikmati dengan dibuat jus.
• Lakukan sehari sekali.
4. Untuk Tumor
• 3 lembar daun sambung nyawa segar sebagai lalapan setiap hari.
• Jangan lupa dicuci bersih.
• Lakukan secara teratur setiap kali makan nasi.
• Makanan yang harus dihindari : ikan asin, cabai, tauge, tape, sawi putih, kangkung, nanas, durian, lengkeng,
nangka es, alkohol, limun dan vetzin.
5. Untuk HatI
• Gunakan 3 lembar daun sambung nyawa segar sebagai lalapan bersama nasi setiap hari.
• Lakukan secara teratur. Jangan lupa dicuci bersih.
• Hendaknya berpantang makanan berlemak.
7. Untuk Kolesterol tinggi
• Gunakan tiga lembar daun sambung nyawa segar untuk dibuat jus atau dimakan sebagai lalapan.
• Lakukan setiap hari secara teratur.
9. Untuk Kena Bisa Ulat Dan Semut Hitam
• Gunakan 20 lembar daun. Cuci dan digiling halus, beri air garam seperlunya. Ramuan ini berguna untuk
mengurap sebanyak gigitan/sengatan,lalu dibalut (1-2 kali sehari sebanyak yang diperlukan).
Nama Saintifik : Ananas comosus
Berasal : Brazil, Bolivia
Famili : Bromeliaceae
Order: Poales
Subkeluarga : Bromelioideae
Genus : Ananas
Spesies : A. comosus
• Nanas dibawah adalah Nanas Batu yang ditanam sebagai tanaman hiasan yang dapat menyerikan kawasan
halaman rumah.
• Bentuk pokok Nenas Batu sama sahaja seperti nanas biasa yang ditanam sebagai tanaman buah
buahan.Daunya yang lebih kecil, panjang, runcing dan penuh dengan duri.
• Pokok Nanas Batu boleh dibiakkan melalui sulur anak yang keluar dari rumpunnya. Selain itu jambul buah dan
sulur pangkal buah juga boleh digunakan sebagai anak benih. Buahnya berwarna kemerahan semasa muda
dan menjadi lebih cerah apabila matang.
• Nanas batu juga terdapat khasiatnya,Buahnya dikatakan boleh mengubati penyakit batu karang dan ia juga
dapat memberikan perawatan kepada kaum wanita terutama untuk kegunaan kaum ibu selepas bersalin.
Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan
tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan
(terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran
ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda,
berjantina berasingan (dioecious).
Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan
7-15 cm panjang. Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan
pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung
bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun
hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran 2.5-5 cm Panjang.
Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang
besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya
manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . Rasa
daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan
sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di
antara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu.
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh
dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
• sembelit -sakitgigi
• demam malaria
• lemah dan sakit dalam tulang
• masalah cacing dalam perut
• batuk
• panau turut boleh dirawat
Hanya caranya berbeza.
• Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
• Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
• Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk
dan akarnya.
Daun pudina adalah sejenis daun herba yang berasal dari genus (kelompok) Mentha. Genus ini berasal dari keluarga
Lamiaceae yang mempunyai antara 15 ke 20 spesies tumbuhan herba yang mempunyai bau.
1. Merawat selsema
Semasa selsema, pasti kita berasa tidak selesa dek kerana saluran pernafasan kita yang terhalang oleh
kewujudan cecair mukus di rongga hidung. Kandungan menthol di dalam daun pudina mampu meningkatkan
pengaliran udara kerana ianya memberi kesan ke atas saraf di dalam rongga hidung. Oleh itu, saluran pernafasan
akan terbuka dengan lebih luas dan lebih banyak udara yang mampu melalui rongga hidung dan seterusnya
mengurangkan simptom selsema.
2. Melegakan sakit kepala
Pada kebiasaanya, kita pasti akan menggunakan minyak angin untuk merawat sakit kepala bukan? Tahukan
anda penggunaan minyak pati pudina yang disapu pada kulit di sekitar kawasan dahi dillihat mampu untuk
mengurangkan tekanan dan simptom sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak pati
pudina mampu mengurangkan kepekaan terhadap kesakitan sebanyak 40.3%. Satu jumlah yang agak signifikan
bukan?
3. Merawat proses penyembuhan luka
Menurut kajian, penggunaan minyak pati pudina di dalam kuantiti yang sesuai dilihat mampu membantu
dalam proses penyembuhan luka. Hal ini kerana ianya mempunyai kebaikan terapeutik yang tersendiri iaitu bersifat
anti bakteria yang dilihat berkesan untuk membasmi bakteria. Ianya juga menggalakkan pembentukan sel baru
dalam proses penyembuhan luka. Namun begitu, untuk tujuan ini, pesakit haruslah mendapatkan nasihat dan
rawatan daripada pihak yang pakar seperti doktor dan pekerja kesihatan yang sepatutnya.
4. Merawat simptom alergi
Kandungan asid rosmarinik di dalam daun pudina mampu merawat simptom alergi di mana ianya berfungsi
untuk mengurangkan penghasilan histamin. Histamin adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan
manusia yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari jangkitan. Penghasilan histamin mampu menyebabkan
simptom alergi dan keradangan terhadap seseorang. Rosmarinik asid menghalang pembebasan histamin lalu
mengurangkan simptom alergi seperti hidung berair, kegatalan kulit, dan radang mata.
5. Melegakan loya, mual dan muntah
Di dalam kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser yang sedang atau akan menjalani
rawatan kemoterapi, didapati bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kekerapan kejadian
emetik (muntah) di dalam tempoh 24 jam dan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan minyak ini tidak
memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pesakit.
6. Melegakan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
Pernahkan anda mengalami kitadakhadaman selepas makan? Komponen menthol di dalam daun pudina
mampu untuk melegakan ketidakhadaman dengan meningkatkan pengaliran jus hempedu dari pundi hempedu. Jus
hempedu mempunyai enzim yang digunakan untuk pencernaan lemak dalam makanan. Dengan peningkatan
pengaliran jus hempedu, lemak dalam makanan yang dimakan mampu dicerna dengan lebih baik,
7. Melegakan sindrom rengsa usus
Sindrom rengsa usus adalah simptom di mana pesakit mengalami perubahan fungsi usus yang akan
menyebabkan cirit-birit, sembelit, kembung perut, ketidakselesaan, kesakitan dan lain-lain. Minyak pati pudina yang
diambil dalam bentuk kapsul mampu menghalang aktiviti saluran kalsium dan mengurangkan simptom sindrom
rengsa usus. Ianya juga mampu mengurangkan kesakitan di bahagian abdomen badan akibat sindrom ini.
8. Memberi kesegaran nafas
Umum mengetahui bahawa daun pudina sering digunakan dalam produk penjagaan oral. Tahukan anda
mengapakah daun pudina sering digunakan? Di samping mempunyai bau yang nyaman dan menyegarkan, daun
pudina mempunyai sifat anti bakteria yang mampu mencegah pembiakan bakteria yang menjadi punca kepada
masalah oral seperti nafas berbau. Oleh sebab itu, daun ini digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan oral.
9. Mengurangkan kesakitan semasa haid
Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas 127 pelajar perempuan semasa kedatangan
haid di Hamadan University of Medical Science, didapati bahawa pengambilan kapsul ekstrak pudina mampu
mengurangkan tempoh dan intensiti kesakitan semasa haid. Hal ini kerana komponen di dalam daun pudina
mempunyai sifat yang mampu mengurangkan kekejangan otot.
10 . Meningkatkan dan memperbaiki emosi
Pernahkah anda mendengar istilah aromaterapi? Aromaterapi adalah satu kaedah yang diamalkan sama ada
minyak pati disapu, diurut atupun dihidu oleh pengamalnya. Kandungan minyak pati di dalam daun pudina
kebiasaanya digunakan di dalam amalan aromaterapi di mana bau yang terhasil mampu menaikkan semangat dan
emosi pengamalnya kerana ianya meransang sistem limbik di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab
keatas emosi seseorang.
khasiat kacip fatimah kepada wanita
1. Untuk Wanita Lepas Berpantang
Kebiasaannya wanita di Malaysia akan berpantang setiap kali selepas bersalin atau berpantang. Kacip fatimah
merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau dipanggil sebagai jamu
untuk penjagaan tubuh wanita yang sedang berpantang. Kacip fatimah dipercayai mampu membantu tubuh badan
wanita segar semula dan kembali cergas seperti sedia kala.
Kandungan antioksidan dan sebatian bioaktifnya membantu memberikan kecergasan. Menurut kajian oleh para
penyelidik di UTM Skudai pada tahun 2011, mereka mengakui kandungan antioksidan yang tinggi dalam kacip fatimah
yang bagus untuk kesihatan. Dalam kajian mereka juga, mereka menjumpai beberapa lagi sebatian bioaktif yang
bermanfaat seperti quercetin, myricetin, kaempferol, catechin, epigallocatechin dan asid fenolik.
2. Menjaga Kesihatan Sistem Peranakan Wanita
Sejak zaman nenek moyang kita dahulu, kacip fatimah digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan sistem
peranakan wanita. Sistem peranakan yang sihat adalah sangat penting bagi memastikan wanita tidak mengalami
sebarang masalah kesuburan dan tidak mempunyai masalah sistem peranakan yang lain seperti rahim jatuh.
Kelebihan kacip fatimah untuk penjagaan wanita (seperti yang akan disenaraikan dengan lebih lanjut dalam artikel
ini) telah diakui secara saintifik melalui ulasan oleh sekumpulan penyelidik UPM Serdang pada tahun 2012.
Mereka mengulas kegunaan tradisional kacip fatimah dalam penjagaan wanita khususnya. Hal ini boleh dikaitkan
dengan kehadiran flavonoid dan asid fenolik yang tinggi dalam kacip fatimah.
3. Memberikan Tenaga
Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika
anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu.
Hari ini, ada banyak juga air rebusan akar fatimah segera yang dijual dalam tin di kedai. Kalau tak sempat untuk
membuat air rebusan akar fatimah, air dalam tin adalah alternatif yang baik. Namun kandungan gulanya mungkin
agak tinggi.
4. Meningkatkan Fungsi Seksual Wanita
Ini adalah khasiat kacip fatimah yang paling popular. Bagi kaum lelaki, meminum air tongkat ali akan memberikan
mereka kegagahan dan kekuatan. Untuk wanita pula, air rebusan akar fatimah dikatakan mampu meningkatkan
fungsi seksual dan mengelakkan masalah seperti mati putik dan kekeringan.
Hal ini menarik minat kajian mendalam oleh penyelidik di Universiti Missisipi, Amerika Syarikat pada tahun 2011.
Analisis ke atas akar kacip fatimah mendapati bahan aktif yang meningkatkan fungsi seksual wanita ini ialah
demethylbelamcandaquinone B, fatimahol dan dexyloprimulanin.
5. Mengurangkan gejala menopos
Bagi wanita yang menghampiri menopos atau sudah menopos, anda pasti tahu bahawa gejala menopos adalah
sangat mengganggu dan menggangu urusan seharian.
Menurut kajian sains, kacip fatimah adalah herba yang kaya dengan “phytoestrogen” dan “isoflavones” yang
mampu mengurangkan gejala menopos.
6. Memudahkan Proses Bersalin
Tahukah anda, selain nama kacip fatimah, ia juga dikenali sebagai selusuh fatimah kerana khasiatnya yang mampu
memudahkan proses bersalin. Caranya, minum air rendaman kacip fatimah apabila anda mula berasa sakit nak
bersalin. Anda tidak perlu minum dengan kuantiti yang banyak, seteguk dua sudah memadai. Ini adalah petua orang
lama yang terbukti berkesan.
7. Meredakan Sakit Perut Bayi
Jika bayi anda menangis secara berterusan sambil memegang perut atau perutnya kelihatan keras dan buncit akibat
kembung, kacip fatimah boleh membantu. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:
• Anda memerlukan sedikit daun kacip fatimah dan minyak masak
• Hancurkan daun kacip fatimah dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sedikit minyak masak
• Ramas sehingga sebati
• Tampal bahan tadi ke perut bayi anda dan biarkan sehingga kering. Insya Allah sakit perut bayi anda akan
hilang
8. Membetulkan Kitaran Haid
Jika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal, anda boleh berikhtiar untuk membetulkan kitaran
haid anda dengan cara meminum air rebusan akar kacip fatimah secara konsisten. Pengambilan kacip fatimah secara
konsisten adalah salah satu cara tradisional untuk menstabilkan hormon supaya kitaran haid anda menjadi betul
semula. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:
• Ambil sedikit akar kacip fatimah dan beberapa biji manjakani
• Rebus sehingga mendidih
• Tutup api, masukkan sedikit madu untuk menghilangkan rasa pahit
• Minum satu cawan setiap pagi
9. Mengurangkan Senggugut
Jika anda selalu senggugut, petua meminum air rebusan akar kacip fatimah akan membantu untuk mengatasi
masalah tersebut. Anda boleh buat air rebusan kacip fatimah dan manjakani seperti cara yang kami nyatakan di atas.
10. Mengurangkan Sakit Sendi
Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu mengurangkan sakit sendi yang kerap dialami
oleh mereka yang berbadan besar atau sudah berumur. Jika anda dah jenuh mencari penawar untuk masalah sakit
sendi yang anda alami namun masih belum berjumpa yang serasi, apa kata anda cuba kacip fatimah pula.
11. Mengatasi Penyakit Gonorea
Gonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang selalunya dijangkiti oleh mereka yang melakukan seks bebas dan
kerap bertukar-tukar pasangan. Jika anda disahkan dijangkiti penyakit Gonorea, jadikan kacip fatimah sebagai salah
satu ikhtiar untuk mengubati tersebut. Kajian yang diterbitakan di jurnal Phytochemistry pada tahun 2011
menunjukkan kesan antibakteria kacip fatimah melalui kehadiran sebatian bioaktif.
Dalam uji kaji makmal tersebut, didapati sebatian seperti epoxyoleanane glikosida, alkenated fenolik, cerebroside
dan glycerogalactolipid memberi kesan antibakteria yang sangat baik.
Berikut 13 manfaat buah tin yang dirangkum dari berbagai sumber:
1. Kesuburan
Manfaat buah tin untuk kesuburan juga tak diragukan lagi. Pasalnya, buah tin mampu meningkatkan sperma serta
menjaga dari kerusakan karena mengandung anti oksidan yang sangat tinggi.
2. Diabetes
Ekstrak dari daun pohon tin bernama ficusin ternyata dapat meningkatkan insulin dan sifat antidiabetes lainnya.
Alhasil, perawatan diabetes dengan buah tin dapat membantu.
3. Berat Badan
Mengonsumsi buah tin disebut dapat membantu menurunkan berat badan. Pasalnya, buah tin mengandung banyak
nutrisi yang dibutuhkan sehingga tubuh akan kenyang lebih lama.
4. Disfungsi Seksual
Merendam buah 2-3 buah tin dalam segelas susu selama satu malam dapat meningkatkan gairah seksual dalam
tubuh ketika dikonsumsi. Sebab, sebagian kandungan buah tin adalah vitamin dan mineral.
5. Eksim
Buah tin memiliki vitamin, antioksidan, dan mineral yang sangat baik untuk kulit. Mengonsumsi buah ini bisa
mengobati berbagai masalah kulit, seperti eksim, vitiligo, dan psoriasis.
6. Anemia
Selain dikenal kaya antioksidan, buah tin juga mengandung zat besi yang sangat tinggi. Buah ini mampu
meningkatkan jumlah hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.
7. Pencernaan
Buah tin juga memiliki kandungan serat yang tinggi sehingga bagus untuk pencernaan. Kandungan serat yang tinggi
membuat tubuh menyerap banyak air sehingga tinja menjadi lebih lembut.
8. Tulang
Kandungan kalsium dalam buah tin dapat menguatkan tulang, khususnya mencegah keropos. Maka dari itu
disarankan untuk mengonsumsi buah tin secara berkala.
9. Luka
Selain untuk dikonsumsi, buah tin juga bisa digunakan untuk mengobati luka. Caranya dengan memasak buah tin
hingga mendidih, lalu tambahkan susu. Dinginkan adonan buah tin dan balut pada bagian yang terluka.
10. Tumor
Buah tin mengandung benzaldehid serta fenol. Zat tersebut diketahui berkhasiat sebagai zat penangkal tumor.
11. Membantu Tidur
Ingin tidur nyenyak malam ini? Buah tin bisa menjadi solusinya. Pasalnya, buah ini mengandung trytophan yang bisa
membuat tubuh merasa lebih rileks.
12. Penyakit Jantung
Kandungan omega 3 dan kalium dalam buah tin dapat mencegah penyakit jantung koroner. Zat ini juga banyak
terdapat pada buah pisang dan mangga.
13. Kolesterol
Banyaknya kandungan serat dalam buah tin juga dapat mengatasi kolestrol. Dengan begitu, kandungan kolestrol
dalam tubuh dapat terbuang dalam sistem ekskresi.
SERAI WANGI atau nama botaninya (Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga
yang sama dengan serai makan. Walaupun kelihatan serupa, namun jika dilihat dengan lebih dekat lagi, serai wangi
ini mempunyai batang yang agak pendek sedikit berbanding serai makan. Helaian daunnya pula tirus, panjang dan
lebih lebar daripada serai makan. Batangnya pula lebih langsing dan tidak terlalu membulat seperti serai makan.
1. Meningkatkan Imuniti
Daun serai juga telah terkenal berabad lamanya sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan berupaya
mencegah pelbagai gangguan penyakit.
2. Mematikan Sel Kanser
Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1 gram serai wangi mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan
sel kanser. Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel
kanser. Pesakit kanser di Israel telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani
rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.
Apa itu Citral? Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai wangi yang mempunyai pelbagai khasiat pada
kesihatan manusia. Citral terdapat di dalam beberapa tumbuhan lain juga tetapi dijumpai paling tinggi di dalam daun
serai.
3. Anti Oksidan
Kajian terbaru dari ‘Food and Nutrition Research Institue’ dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan
setiap 100 grams serai wangi yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin
merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat.
4. Membuang Toksin Dari Badan
Serai wangi mengandungi Citral yang menyah toksin di dalam badan dengan meningkatkan kekerapan urinisasi dan
perpeluhan. Aktiviti ini membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, sistem pencernaan, saluran darah
dan membuang bahan toksin yang tidak diperlukan badan melalui proses urinisasi.
5. Menurunkan Berat Badan
Serai wangi membantu membuang toksin dari badan termasuk urik asid. Penyingkiran urik asid dan bahan toksin dari
badan mampu mengurangkan berat badan berlebihan seseorang.
6. Menstabilkan Tekanan Darah
Daun serai wangi mempunyai elemen Citral yang membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin
dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Meminum air rebusan
serai wangi setiap hari mampu menstabilkan tekanan darah seseorang.
7. Menurunkan Paras Kolesterol
Ahli akademik di ‘Department of Nutritional Sciences’ dari University of Wisconsin telah menyiarkan penemuan
mereka mengenai kaitan di antara serai wangi dan kolestrol di dalam Jornal Kesihatan Lemak (medical journal Lipids)
pada tahun 1989. Mereka menjalankan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.
Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai wangi setiap hari. Kesannya, purata peserta telah
berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294. Selepas 3 bulan, kebanyakan peserta rata-rata dapat
menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.
8. Mengatasi Sembelit
Serai wangi membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan
saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.
9. Menyembuhkan Demam Dan Selsema
Tumbuhan serai wangi mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita
sebagai salah satu tumbuhan herba. Serai wangi juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana
mampu mengubati demam.
10. Melegakan Senak Perut
Serai wangi selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea
dan senak perut. Minuman serai wangi dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini
bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.
11. Anti Bakteria Dan Anti Kulat
Serai wangi mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat. Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam
masakan untuk melegakan batuk dan demam. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu mengenai khasiat serai pada
kesihatan manusia.
12. Membuang Angin Dari Badan
Serai wangi membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin kerana kandungan yang
terdapat dalam serai wangi dapat mengurangi angin yang ada di dalam usus termasuk di dalam perut.
13. Mengurangkan Artritis
Serai wangi sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis. Pesakit yang menderita kerana
masalah sendi tulang dan urat akan mendapat banyak manfaat dari khasiat serai wangi.
14. Membantu Sisten Pencernaan
Serai wangi membantu sistem pencernaan dan mampu memberi kelegaan pada sakit gastrik. Ia juga mampu
melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.
15. Merawat Jerawat Dan Jeragat
Serai wangi digunakan secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka. Ia mempunyai elemen
anti-bakteria dan membersihkan kotoran pada kulit.
16. Mengurangkan Senggugut
Serai wangi mengurangkan sakit senggugut ketika datang bulan. Jika anda senggugut, minum air rebusan serai
wangi.
Senduduk bulu (Clidemia hirta) berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia, ia tumbuh di pinggir dan lorong hutan, tepi
jalan, kawasan kediaman dan juga pertanian. Senduduk bulu tersebar dan boleh ditanam melalui bijinya.
Daun senduduk bulu boleh dibuat teh dan daunnya ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada kulit yang calar, kudis,
lebam dan ulser. Daunnya ditumbuk Bersama bahan-bahan tertentu dan digunakan untuk merawat pelbagai maslah
kulit.
1) Kandungan tanin didalam senduduk bulu bertindak balas dengan mengerakan protein.
2) Tanin yang masuk ke dalam perut boleh mengatasi bengkak atau radang.
3) Tanin juga mengurangkan cirit-birit bagi orang yang menghadapi masalah ini.
4) Sebagai ubat luaran, tannin boleh:
• menghentikan pendarahan
• mengurangkan bengkak
• menyembuhkan luka, lecur,dan terbakar
• Tanin juga, boleh melegakan mata yang terlalu letih
• Dikatakan bahawa, tumbuhan ini juga bagus untuk ternakan kambing yang mengalami cirit-birit namun jika
makan terlalu banyak daun senduduk bulu akan menyebabkan keracunan
Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae.
Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan
tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya,
yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-
bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya
yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3
mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm
KHASIAT KETUMBAR JAWA
1. DAUN
Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung,
radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.
Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-
paru.Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.
AKAR
Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan
pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan
daripada akar tersebut.
3. DAUN DAN AKAR
Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-
ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu
dan sebagai afrodisiak.
4. KHASIAT PEMAKANAN
Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut
boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar
tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat. Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun
ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.
Manfaat Pokok Kuning Telur / Khasiat Buah Canistel (Pouteria Campechiana)
Dimakan Sebagai Buah
Sama seperti buah lainnya, daging buah Alkesa boleh dimakan terus. Rasa buahnya mirip ubi jalar kuning,
manis dan agak kesat. Saat makan biasanya ditambah garam, lada, atau dicampur dengan sari jeruk dan
mayones.
Bahan Campuran Sajian Makanan
Buah kaya zat ini sering dipadukan untuk berbagai macam keperluan. Alkesa sering dijadikan bahan baku
selai, dodol atau dibuat tepung untuk bahan campuran cake, brownies, kue talam, cookies atau kuih kering.
Bisa juga dicampurkan ke dalam puding, kuih dadar (pancake), atau pai ‘labu’. Buah ini bisa juga dipakai
untuk campuran milkshakes, dan ais cream.
Alkesa Sebagai Ubat
Di Meksiko dan Kuba, kulit buah Alkesa bisa sebagai ubat demam panas. Isi buah dan rebusan daun Alkesa
bisa untuk mengubati diare atau sakit perut. Cara memanfaatkannya, buah Alkesa yang masih muda muda
diparut, diperah dan ditapis. Campur dengan air suam. Diminum, 2 kali sehari.
Mengatasi Sakit Mulut
Daun Alkesa muda dicincang dan direbus dengan air bersih secukupnya. Tunggu sampai mendidih dan
dinginkan. Pakailah air hasil rebusan untuk berkumur.
Menjaga Kesihatan Mata
Alkesa memiliki vitamin A (karoten), sehingga jika mengonsumsi buah ini akan menyehatkan mata.
Mencegah Kanser Usus
Buah Alkesa memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat akan baik untuk pencernaan di dalam usus.
Terhindar dari penyakit sembelit dan mencegah kanser usus.
Pencegahan Jangkitan Kuman
Alkesa mempunyai vitamin C dan A yang cukup baik. Vitamin A membantu menjaga kesehatan mata dan
kulit. Vitamin C perlindungan terhadap serangan radikal bebas yang berbahaya dan mencegah jangkitan
kuman.
Makanan Bayi
Buah Alkesa untuk dijadikan bubur bagi anak yang alergi dengan susu lembu. Campuran susu dengan buah
Alkesa juga mengandung zat tinggi. Di Sabah, Alkesa ditambah susu dipakai sebagai bubur makanan bayi.
KHASIAT POKOK SERAI ACEH :
• Merawat keputihan wanita.
• Ubat penenang bagi wanita bersalin yg menghadapi masalah meroyan.
• Mandian wanita baru bersalin.
• Membuang angin dalam badan.
• Melancarkan peredaran darah.
• Pengganti serai dalam masakan.
• Perencah masakan Tomyam.
• Bunga Serai Aceh enak dimakan dan dibuat ulam.
KEBAIKAN BUAH MULBERI @ MULBERRY
Malberi atau mulberi memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara. Di Indonesia tanaman ini dikenali
sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.
Kandungan Buah Mulberi
Buah Mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid
suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberi mengandungi ureas, manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-
amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen perubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan
darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah
rambut beruban.
Buah Mulberi juga merupakan buah yang kaya vitamin C dan memiliki resveratrol yang tinggi, sebuah antioksidan
yang boleh ditemui pada anggur merah yang mampu membersihkan polutan dalam tubuh.
Satu kajian pada tikus menemui bahawa resveratrol sangat efektif melawan tumor pada kulit, payudara, paru-paru
dan prostat serta ubat kanser.
• Buah Mulberry merupakan antara buah yang tergolong dalam keluarga beri @ berry sekaligus antara buah
yang tinggi antioksidan dan amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
• Buah mulberry ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan kulit, malah ia amat bagus bagi mereka yang
menghadapi anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah
rambut beruban.
• Sesetengah orang menggunakan buah mulberry sebagai salah satu masker dalam perawatan wajah untuk
kulit lebih cerah dan licin.
• Buah mulberry juga dikatakan bagus untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak
boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit serta mereka yang mengidap migrain.
• Buah mulberry ini juga boleh dijadikan gantian bagi kismis atau buah prune kering sebagai satu alternatif
lain.
• Buah mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah
gastrik dan membaiki selera makan. Malah ia dikatakan turut membantu masalah kembung perut dan
sembelit.
• Buah mulberry juga amat bagus untuk kaum wanita khususnya wanita lepas bersalin. Buah ini mampu
menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan, Malah
kaum ibu yang sukar tidur dan selalu pucat digalakkan mengambil mulberry sebagai makanan tambahan.
Mulberry juga membantu dalam mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur dengan
lebih nyenyak.
• Resveratrol antioksidan yang terkandung di dalam buah mulberry ini merupakan antioksidan yang amat
bagus dalam kesihatan jantung.
• Di Asia buah mulberry ini dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit
kulit seperti kurap.
Daun Belalai Gajah ( Sabah Snake Grass ) atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans ialah sejenis herba popular
dalam perubatan tradisional Thai dan China. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan
panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila ditiup
angin.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti
sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi
sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser. Kajian – kajian ini membuktikan bahawa
penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.
Kajian mendapati bahawa daun Belalai Gajah tidak mengandungi toksik serta mengandungi pelbagai mineral yang
diperlukan oleh tubuh badan. Penghidap kanser perlu memakan daun herba ini sekurang-kurangnya 100 helai sehari
tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.
1. Dalam tahun-tahun kebelakangan, terdapat ramai pesakit-pesakit kanser sembuh secara ajaib selepas
pengambilan Daun Belalai Gajah telah dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar dan mencetuskan kegilaan. Oleh
kerana kesan khasnya, ia mengubati pelbagai jenis kanser, termasuk limfoma, kanser hati, kanser paru-paru, kanser
buah pinggang, kanser payudara, kanser nasofarinks, kanser rahim, kanser ovari, leukemia, kanser otak dan kanser
prostat.
2. Daun Belalai Gajah menyembuhkan dan menggantikan Sel-Sel Badan yang rosak. Selepas setiap 6 bulan menerusi
proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel
perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan
sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui.
Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan
pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur
dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk
pulih sepenuhnya.
3. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi
betulin dan sebatian triterpenoids.
4. Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya
tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
5. Ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan
rawatan yang istimewa.