The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK LAMAN HERBA AL AZWAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AL EHYA ASSHARIFF

LAMAN HERBA ANGKAT ANUGERAH CITA ENTERPRISES

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sayang ibu, 2021-08-03 21:42:54

RAHSIA LAMAN HERBA AL AZWAR

PROJEK LAMAN HERBA AL AZWAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AL EHYA ASSHARIFF

LAMAN HERBA ANGKAT ANUGERAH CITA ENTERPRISES

6. Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi.
Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebaslah yang menyebabkan saluran
darah tersumbat dan menyebabkan pelbagai penyakit pembunuh senyap.

7. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan
Fosforus, kalsium, magnesium dan nutrien lain dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan
Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan
keseimbangan sistem badan.

8. Daun Belalai Gajah mengandungi serat mentah yang tinggi. Serat dalam usus manusia berfungsi sebagai penyerap
kelembapan dan merangsang peristalsis usus.

9. Mengeluarkan pelbagai toksin dalam badan.

10. Ia mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang sangat kuat.

11. Hipotemia -. Untuk mengurangkan demam

LEMPOYANG (Zingerber aromaticum syn Zingiber zerumbet) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga
ZINGERBERACEAE yang terdapat didalam semak samun di Malaysia dan merupakan sejenis tumbuhan herba yang
berkhasiat.

• Lempoyang merupakan sejenis herba dari kumpulan Zingiber (Halia) yang penting untuk kesihatan.

• Lempoyang yang dicampur dengan daun-daun herba lain untuk direbus sebelum digunakan sebagai air
mandian terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Air rebusan ini telah terbukti dapat memberikan
kesegaran dalaman kepada ibu-ibu selepas bersalin.

• Air rebusan rizom lempoyang juga membantu dalam mengatasi masaalah kurang selera makan. Lempoyang
yang mana rizom mudanya dituai boleh dimakan sebagai ulam dipercayai ia akan dapat membantu
meningkatkan nafsu makan (selera makan) serta akan jadi awet muda.

• Air rebusan lempoyang (Foto diatas) sering digunakan untuk mengubati sakit perut bagi kanak-kanak dan
orang dewasa.

• Kajian umum juga mendapati bunga lempoyang dan rizom lempoyang merupakan bahan terbaik untuk di
buat shampoo rambut kerana aromanya dan juga mampu membunuh kutu dalam rambut dan kurangkan
gatal akibat kelumumur.

• Jika hendak meningkatkan selera makan ambil air rebusan lempoyang dan campurkan dengan sedikit gula
atau lain-lain perasa untuk boleh diminum.

Cosmos Caudatus Kunth atau lebih dikenali dengan nama ulam raja sudah semestinya tidak asing lagi dalam
kalangan masyarakat kita. Tumbuhan yang dijadikan sebagai pembuka selera ini lazimnya dimakan secara mentah
bersama dengan sambal belacan, budu atau cencaluk. Pada asalnya herba ini tumbuh di Kawasan Amerika Latin,
namun, pada zaman penjajahan dikatakan ianya telah dibawa oleh pedagang-pedagang daripada Sepanyol ke Asia
Tenggara.

1. Mengawal Kenaikan Gula dalam Darah
Ulam Raja yang kaya dengan flavonoid, polifenol, tannin, saponoid dan alkaloid banyak memainkan peranan yang
tersendiri yang dapat membantu mengawal kadar gula di dalam darah.

2. Anti Radang
Kandungan flavonoid yang tinggi di dalam ulam raja dapat menghalang penghasilan enzim yang mengakibatkan
keradangan.

3. Membantu Melindungi Tulang
Oleh kerana ulam raja mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi, maka secara tidak lansung ia juga telah
memainkan peranan yang penting dalam melindungi tulang. Sebuah kajian mendapati bahawa ulam raja mampu
melindungi tulang terutama dalam kalangan wanita yang telah mengalami fasa menopos.

4. Membantu Menurunkan Kandungan Lemak & Kolesterol di dalam Darah
Memandangkan kandungan bahan bio-aktif adalah tinggi, ulam raja turut memainkan peranan dalam menurunkan
paras lemak dan juga kolesterol di dalam darah. Kajian telah mendapati bahawa, fungsi ulam raja dalam menurunkan
paras lemak dan kolesterol adalah setanding dengan atorvastatin, sejenis ubat yang digunakan oleh pesakit
hiperlipidemia untuk menurunkan kadar kolesterol di dalam darah .

5. Fungsi Detoks
Hati memainkan peranan yang terbesar dalam fungsi detoks. Walaubagaimanapun, enzim yang terlibat dalam proses
detoks juga turut terdapat di paru-paru, perut dan juga buah pinggang. Sebuah kajian telah mendapati bahawa
fungsi enzim detoks seperti catalase, glutathione s-transferase, dt-diaphorase dan malondialdehyde meningkat di
dalam organ-organ tersebut.

6. Bertindak sebagai Anti Fungus & Anti Mikrob
Ekstrak daripada akar ulam raja mengandungi sejenis kompoun yang bersifat seperti antibiotik iaitu fenilpropan.
Sebuah kajian mendapati bahwa kompaun ini mampu merencatkan 5 jenis bakteria yang berbahaya terhadap
manusia.

7. Mengawal tekanan darah
Di Indonesia Timur, ulam raja telah dijadikan sebagai salah satu kaedah perawatan alternatif bagi mengawal tekanan
darah tinggi. Ulam raja mempunyai satu ciri klinikal di mana ia dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah
melalui fungsi diuretik iaitu peningkatan jumlah cecair yang dikeluarkan melalui urin (air kencing).

8. Bertindak sebagai Anti-Kanser

Kandungan anti-oksidan seperti klorogenik, catechin dan juga quercetin dapat membantu untuk melawan penyakit
yang berpunca daripada radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh. Selain itu, ia juga berpotensi untuk bertindak
sebagai anti-kanser .

Komponen Berkhasiat di Dalam Ulam Raja

1. Tinggi Kandungan Anti-Oksidan

Majoriti individu yang menjadikan ulam-ulaman sebagai suatu kewajipan di dalam makanan harian adalah dengan
kepercayaan bahawa khasiat ulam mampu mencantikkan kulit. Dalam sebuah kajian, ulam raja telah ditemukan
mempunyai kadar anti-oksidan iaitu vitamin C yang tinggi. Bahkan juga, ia merupakan ulam yang mempunyai kadar
vitamin C yang lebih tinggi berbanding ulam-ulaman yang lain seperti daun selom, daun kari, pegaga dan juga petai .

2. Kaya dengan Flavonoid Glucosida

Tidak hanya popular dalam hidangan makanan, ulam raja juga turut digunakan secara meluas dalam sistem
perubatan tradisional. Kebiasaannya, ulam raja dijadikan alternatif yang dapat mengawal kadar gula dalam darah
terutama sekali bagi pesakit kencing manis. Ini kerana, ulam raja mengandungi sejenis bahan bio-aktif iaitu flavonoid
glucosida. Flavonoid glucosida akan merencatkan kadar aktiviti enzim yang terlibat dalam pencernaan karbohidrat.
Hasilnya, kadar gula tidak akan naik secara mendadak sebaik sahaja selepas makan.

Mengkudu Siam atau nama saintifiknya Pisonia alba merupakan sejenis tumbuhan yang lebih dikenali sebagai
tanaman hiasan. Namun, tidak ramai yang tahu terutamanya generasi muda akan kegunaan lain pokok ini. Pucuk
muda tumbuhan ini sebenarnya boleh dibuat ulam dan dimasak sayur. Antara masakan yang biasa digunakan ialah
masak lemak cili api dan juga boleh juga dibuat kerabu. Dari segi khasiat perubatan, dipercayai daunnya yang dilayur
dan diletakkan di kaki dipercayai dapat merawat kaki yang bengkak, bisul dan luka yang bernanah.


Click to View FlipBook Version