PENGAKAP KLM34 BUKU LOG NAMA : UNIT : PENSYARAH : MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR PENGAKAP UNIT 2 ENCIK ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
1.0 BIODATA NAMA : NO KAD PENGENALAN : ANGKA GILIRAN : UNIT : PROGRAM : ALAMAT RUMAH : ALAMAT IPG : NAMA PENSYARAH : PENGALAMAN : PENGAKAP MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR 031118-01-1023 2021112340333 BAHASA MELAYU 4 PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 NO 26, JALAN ALAM INDAH 2, TAMAN ALAM INDAH, 8490, TANGKAK, JOHOR IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG 1.ENCIK ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN 2. ENCIK AZAMRI BIN ABDUL RAHIM RAMBU KUNING PENGAKAP REMAJA
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus MPU3431 dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman iaitu pensyarah untuk tugasan ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta bantuan dari segi wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti yang diminta. Malah, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkuslumus demi menghasilkan tugasan ini dan juga bertukartukar idea dalam membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua warga IPG Tengku Ampuan Afzan kerana turut memberi kerjasama yang baik dalam tempoh saya melaksanakan tugasan ini. PENGHARGAAN
Bil. Isi Kandungan 1.0 Pengenalan, konsep dan sejarah Pengakap 2.0 Carta organisasi pengakap peringkat PPM, IPGM, IPG, Sekawan 3.0 Persetiaan, undang-undang, hormat pengakap 4.0 Istiadat Pengakap 5.0 Logo Dan Lencana 6.0 Bendera Dan Lagu 7.0 Laporan Aktiviti Mingguan 8.0 Aktiviti kemahiran perkhemahan 9.0 Kawad Kaki 10.0 Pertolongan Cemas 11.0 Perancangan Takwim Sekolah Rendah 12.0 Lampiran
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid- murid sekolah rendah). Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KSSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerak kerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanakkanak mudah dikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka. PENGENALAN SEJARAH RINGKAS Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord BadenPowell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
SEJARAH PENGAKAP
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagal Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell ~ kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura di mana pengasanya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909) tetapi gagal. Bermula di sini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat di mana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia di mana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
SEJARAH PENGAKAP IPGM Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (MPKLM/BPG)ialah sebuah Negeri Pengakap yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut PengurusanPendidikan Negara yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB). Perasmian telahdilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud selaku Ketua PengakapNegara merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Perkara ini telah direstui oleh Y.B. Dato’ Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran pada 8 Ogos 1985, semasa merasmikan Seminar Penubuhan MPKLM/BPG di tempat yang sama. MPKLM/BPG ditubuhkan sebagai negeri bagi mentadbirkan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan (kini Institut Pendidikan Guru) di Malaysia yang merangkumi 31 buah semasapenubuhannya. Kini, selaras dengan pentadbiran Institut Pendidikan Guru secara induk,MPKLM/BPG ditukarkan kepada MPKL/IPG KPM dan terdapat 6 zon MPKLM/IPG KPM iaitu MPKLM/IPG KPM ZON TIMUR, MPKLM/IPG KPM ZON UTARA, MPKLM/IPG KPM ZONSELATAN, MPKLM/IPG KPM ZON TENGAH, MPKLM/IPG KPM ZON SABAH dan MPKLM/IPGKPM ZON SARAWAK. Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG KPM : 1. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ahmad (KLM 14) 1985 - 1994. 2. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin (BPG) 1994 - Julai 2007. 3. Tuan Haji Ahmad Kamar Zainuddin (KLM 10) 2007 - 2010 . 3. Tuan Haji Mohd. Radzi bin Johari (KLM 22) 2011 - kini
CARTA ORGANISASI PENGAKAP
CARTA ORGANISASI Semua majlis pengakap ini mempunyai struktur organisasi dan kepemimpinan yang tersendiri. Misalnya: Majlis Pengakap Negara (MPN) diketuai oleh Ketua Pengakap Negara (KPN) selaku Yang DiPertua MPN dan dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) dari segi pentadbiran. Majlis Pengakap Negeri (MPNg) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (KPPNg). Beliau terikat secara langsung dengan KPPN dan KPN selain Pengerusi Pengakap Negeri. Majlis Pengakap Daerah (MPG) diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah (PjD). PjD terikat secara langsung dengan KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri. Di peringkat Majlis Pengakap Kawasan (MPK) atau sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin pengakap (PP). PP terikat secara langsung dengan PjD, KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Kawasan atau Kuasa Penganjur, Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Malaysia atau MPKLMIPG merupakan sebuah negeri sama seperti PPM negeri Perak, Selangor dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, MPKLMIPG mempunyai struktur dan organisasi tersendiri yang bergerak berpandukan kepada Undang-undang Kecil MPKLMIPG, namun masih terikat di bawah PPM Empat jenis Majlis Pengakap dalam Persekutuan Pengakap Malaysia
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT NEGARA/KEBANGSAN Empat jawatan tertinggi di dalam PPM dilantik atas nama jawatan yang disandang. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang memegang jawatan-jawatan ini secara automatik akan dilantik sebagai: (1) Penaung Utama PPM dilantik atas nama jawatan, iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (YDPA). Oleh itu, mana-mana sultan yang menjadi YDPA secara automatik akan menjadi Penaung Utama PPM. (2) Penaung PPM setiap negeri dilantik atas nama jawatan yang terdiri daripada Sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama negeri. (3) Presiden Agung PPM dilantik secara automatik atas jawatan Perdana Menteri. (4) Timbalan Presiden Agung juga dilantik secara automatik atas jawatan Timbalan Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman, sama ada dalam kalangan menteri kabinet, mantan menteri kabinet atau warganegara Malaysia lain yang berkelayakan sebagai Ketua Pengakap Negara (KPN) berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM. KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) sebuh badan yang tertinggi dalam urus tadbir perjalanan PPM. KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4) dalam Perlembagaan PPM Pegawai Utama PPM Majlis Pengakap Negara Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia & Kumpulan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PENAUNG UTAMA PPM MEJAR JENERAL PROFESOR DATUK DR. MOHD. ZIN BIDIN Ketua Pengakap Negara
CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT NEGARA/KEBANGSAN EKuasa tertinggi PPM ialah Majlis Pengakap Negara yang menjalankan tugas utamanya dalam menentukan dasar, urus tadbir dan perjalanan PPM. Berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM, KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang DiPertua MPN Selain daripada ahli rasmi, MPN juga terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih dan dilantik dalam Mesyuarat Agung PPM.Ahliahli yang dipilih ialah Wakil Ahli yang dipilih ke MPN (sekitar 22 orang) MAJLIS PENGAKAP NEGARA Jawatan-jawatan lain yang dipilih secara rasmi dalam MPN: Ahli-ahli yang dilantik ialah: ✓ Wakil Majlis Pengakap Negeri ✓ Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia ✓ Wakil Kementerian Belia dan Sukan ✓ Wakil Kementerian Kewangan ✓ Wakil Persatuan Pandu Puteri Malaysia ✓ Wakil Majlis Belia Malaysia
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT NEGERI Contoh carta organisasi pengakap peringkat negeri:
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT DAERAH
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT KLM IPGM
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT KLM IPGM
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT KLM IPGM
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT KLM34 IPGMKTAA
STRUKTUR ORGANISASI PERINGAT SEKAWAN CARTA ORGANISASI SEKAWAN HIJAU
UNIFORM PENGAKAP
UNIFORM PENGAKAP PEMIMPIN
UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK
UNDANGUNDANG, PERSETIAAN, HORMAT PENGAKAP
UNDANG UNDANG PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP TANGAN KANAN KEDUDUKAN BADAN MENURUT UNDANG UNDANG PENGAKAP TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA Semua ahli Pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan sebagal ingatan yang kuat mesti sentiasa menolong yang lemah.
HORMAT PENGAKAP KEDUDUKAN HORMAT PENGAKAP 1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan. 2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol. 3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Hormat pengakap diberikan dalam keadaan :
COGAN KATA PENGAKAP
COGAN KATA PENGAKAP
ISTIADATISTIADAT DALAM PENGAKAP
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP TUJUAN Pergerakan pengakap mempunyai istiadar-istiadat yang sentiasa diamalkan Menanam sifat cinta terhadap negara (Nyanyian lagu Negaraku/Negeri, kibar bendera dan hormat bendera) Melatih,memupuk,menerap nilai-nilai positif dan disiplin yang baik Mengeratkan semangat perpaduan dan persaudaraan Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan Melatihkan diri taat kepada Tuhan (baca doa) Tanda penghargaan kepada pemimpin LAUNGAN AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Iadilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
ISTIADAT LAUNGAN ANGUNG 1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia 2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela 3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. 4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. 5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKKmenjatuhkan tangan mereka. 6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanahsambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia. 7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK" 8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" 9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalamSekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. 2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk"memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up"sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas(Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. 6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau mintamenjalankan tugas lain. 7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKKsebelum membuat pengumuman.
ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin dan Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.
ISTIADAT MENYAMPAIKAN LENCANA KEPANDAIAN 1. Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin. 2. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 3. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 4. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 5. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh 5 penerima 6. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat Akela menyematkan lencana - Lencana Kemajuan di kiri lengan baju - Lencana Kepandaian di kanan lengan baju Akela bersalam dan ucapan "Syabas". 7. PKK tabik hormat 8. Selesai semua - Pek beri sorakan "Tahniah dan dijawab oleh penerima lencana 9. PKK balik ke sekawan masing-masing
ISTIADAT MELANTIK PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolongpenolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 1. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan 2. Ketua sekawan membawa PKK yang baru-berdiri di hadapan Akela. Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. 3. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 4. Akela: "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak 5. 6.PKK baru: "Ya, Akela Akela: "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap PKK baru: "Ya, Akela 7.
LOGO DAN LENCANA PENGAKAP
LOGO PEGAKAP MALAYSIA Logo pengakap Malaysia hampir serupa dengan logo Persekutuan Pengakap Sedunia yang berbentuk kepala anak panah bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas di dalam Persetian Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetian yang pertama, iaitu taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua, iaitu menolong orang pada setiap masa, dan cabang yang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga, iaitu mematuhi undang- undang pengkap. Ketiga- tiga cabang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan di kalangan ahli ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat kebajikan pada setiap masa. Manakala bintang pecah 14 yang terletak di tengah - tengah anak panah bagi melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Logo ini mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau yang bermaksud: warna: warna merah melambangkan keberanian; warna kuning melambangkan kedaulatan Raja; dan warna hijau merupakan wara rasmi pengakap. Logo pengakap sentiasa digunakan pada bendera, lencana dana pakaian seragam pengakap
LOGO PEGAKAP DUNIA
LENCANA PENGAKAP Terdapat 19 lencana yang boleh dipilih oleh seorang Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari senarai yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Ia dipilih berdasarkan kecenderungan ahli PKK dalam bidang yang diminati dan dikuasai oleh mereka. Untuk tujuan itu, pemimpin unit perlu membimbing agar ahli PKK dapat memenuhi keperluan bagi melengkapkan skim latihan (termasuk Lencana Kemajuan : Lencana Keris Gangsa, Perak, dan Emas) ke arah mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri @ Rambu Biru. Pemilihan lencana perlu melalui ujian tertentu bersesuaian dengan skim lencana berkaitan. Namun hanya 7 sahaja lencana ini boleh dipakai/ditampal di lengan baju kiri berdasarkan nisbah berikut : a. Warna merah : pilih satu sahaja b. Warna biru : pilih dua sahaja c. Warna hijau : pilih dua sahaja d. Warna kuning : pilih dua sahaja
BENDERA DAN LAGU
BENDERA BENDERA PENGAKAP MALAYSIA BENDERA MALAYSIA BENDERA- BENDERA NEGERI JOHOR MELAKA NEGERI SEMBILAN SELANGOR PAHANG PERAK KEDAH PERLIS TERENGGANU KELANTAN SABAH SARAWAK PULAU PINANG WILAYAH PERSEKUTUAN
LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia Lirik Lagu Pengakap Malaysia
LAGU NEGARAKU DAN NEGERI PAHANG Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman Dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami LAGU NEGARAKU LAGU NEGERI PAHANG
LAGU-LAGU PENGAKAP Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam Apa guna keluh kesah Apa guna keluh kesah Pengakap tak pernah bersusah Apa guna keluh kesah There is no reason to be sad There is no reason to be sad We are always happy together There is no reason to be sad DI SINI SENANG DI SANA SENANG KAMI PILIH PENGAKAP SAJA APA GUNA KELUH KESAH Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi DI SINI BERKUMPUL Tanya sama pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang Apa sebab goncang Nanti jawab angin Langit nak hujan Tanya sama langit Apa sebab hujan? Nanti jawab langit Tanyalah awan Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat sejuk Aku pun cair Tengok dalam air Nampak bayang-bayang Campak satubatu Bayangpun hilang TANYA SAMA POKOK
LAGU-LAGU PENGAKAP Ibung o ibung Tolonglah daku Ibung o ibung Tolonglah daku Ke mana badan bergantung hendak bergantung Ke mana badan bergantung hendak bergantung Oh ibung tinggal gundar Ke mana abang melayang Ke mana abang mdelayang Mama o mama tolong nasibku Mama o mama tolong nasibku Ke mana badan bergantung hendak bergantung Ke mana badan bergantung hendak bergantung Dengarlah itu burung berbunyi Bagai suara orang menyanyi Riang gembira bercampur sayu Sambil terbang ke hilir ke hulu Terbang kerana mencari makan Selagi ada nyawa di badan Di waktu petang mencari pokok Untuk tidur menantikan esok Opek opek opek opekkkkk Buat sehabis baik Opek opek opek opekkkkk kami buat sehabis baik Anak ayam turunlah lima (opek-opek) mati seekor tinggallah empat ... Anak ayam turun lah satu lari-lari terlanggar batu.....habis Ho hoi mentari maharaja siang Hoi hoi rembulan permaisuri malam Di waktu siang mentari menjelang Di waktu malam bulan pun mengambang Di kala itu pengakap berdendang Demi cita-cita sampai ke bintang BURUNG BERBUNYI OPEK-OPEK MENTARI DAN BULAN IBUNGI tepi gunung air terjun tempat orang bermain tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang betis bagai beting padi tak jemu mata memandang tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah tapi sayang ani pergi hati ani berubah TEPI GUNUNG
LAPORAN MINGGUAN AKTIVITI PENGAKAP
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 1 Tarikh : 10/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Makmal Sains Perjumpaan Kali Ke- : 1 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumpaan pada kali pertama ini dijalankan di Makmal Sains 1 bagi menerangkan lebih lanjut mengenai Kursus Unit Beruniform Sepanjang Semester Ini. Encik Azamri bin Abdul Rahim memulakan perjumpaan dengan memberikan pengenalan tentang maklumat kursus unit beruniform sepanjang semester ini. Beliau menyentuh beberapa perkara penting termasuk jadual aktiviti, objektif kursus, dan harapan terhadap prestasi ahli-ahli pengakap.. Kejayaan dan tanggungjawab bagi Jawatankuasa Induk turut ditekankan oleh Encik Azamri. Selain itu, Aspek penting lain yang dibincangkan adalah pengenalan tentang pengakap. Encik Azamri memberikan gambaran yang komprehensif mengenai prinsip-prinsip, nilai, dan matlamat yang dipegang teguh oleh pengakap. Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama, kepimpinan, dan kecemerlangan dalam aktiviti pengakap. Turut disampaikan dalam perjumpaan ini ialah pelantikan Jawatankuasa Induk bagi KLM 34 Ambilan Jun 2021/2026. Ahli-ahli baru Jawatankuasa Induk telah diperkenalkan kepada semua ahli unit beruniform pengakap. Seterusnya, setiap unit beruniform pengakap telah diberi peluang untuk sesi penggambaran di dalam makmal sains. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti, kolaborasi, dan kemahiran komunikasi dalam kalangan ahli-ahli pengakap. Hasil penggambaran ini akan dijadikan sebagai pengenangan bagi perjumpaan tersebut. Perjumpaan agung unit beruniform pengakap di makmal sains pada 10 Januari 2023 telah berlangsung dengan lancar dan berjaya. Semua ahli unit beruniform pengakap berpeluang untuk memperoleh pengetahuan baru, memperluaskan pengalaman, dan memperkukuhkan ikatan sebagai satu unit yang padu. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR)
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 2 Tarikh : 17/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 2 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumpaan kedua unit beruniform Pengakap di Astaka telah diadakan dengan lancar dan penuh kejayaan. Kehadiran semua ahli pengakap telah dicatat oleh setiausaha sebelum aktiviti dijalankan. Kehadiran yang padu dan tepat pada masanya menunjukkan komitmen dan kesungguhan ahli-ahli Pengakap terhadap aktiviti dan isitiadat yang dijalankan. Bagi perjumpaan kali ini, istiadat agung telah dijalankan dengan penuh kekhidmatan dan kesungguhan buat pertama kalinya. Semua ahli-ahli unit beruniform Pengakap berkumpul bersama untuk menghormati nilai-nilai, tradisi, dan semangat Pengakap. Istiadat ini membawa makna dan kepentingan yang besar dalam pembentukan jati diri dan kepemimpinan dalam kalangan ahli-ahli pengakap. Pada minggu ini, sekawan kuning telah menjalankan tugas mereka dengan cekap dan bertanggungjawab. Kehadiran mereka telah memberi sumbangan yang penting dalam kejayaan perjumpaan ini. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR)