LAPORAN MINGGUAN MINGGU 3 Tarikh : 24/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 3 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumpaan ini dijadualkan pada pukul 8.00 pagi di Astaka. Kehadiran yang tepat dari ahli-ahli unit mencerminkan komitmen mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh unit beruniform. Sekawan Hijau bertanggungjawab untuk mengetuai istiadat laungan agung pada minggu ini. Dari permulaannya, istiadat ini telah disusun rapi dan dijalankan dengan lancar termasuklah ikrar, doa, menaikkan dan menurunkan bendera semasa istiadat berlangsung. Ia membawa satu atmosfera yang mengagumkan dan memupuk semangat kesetiaan dan kebanggaan dalam kalangan ahli-ahli. Selain daripada itu, perjumpaan ini turut memberi peluang kepada ahli-ahli untuk belajar mengenai lima ikatan utama dalam pentaksiran unit beruniform Pengakap. Ini termasuk ikatan bunga geti, ikatan buku sila, tindih kasih, lilit balak dan simpul manuk. Melalui penerangan yang teliti dan perbicangan yang bersemangat, ahli-ahli unit memperoleh pemahaman yang mendalam tentang kegunaan setiap jenis ikatan. Perjumpaan ini tidak hanya memberi pengalaman dan pembelajaran kepada ahli-ahli unit, tetapi juga memupuk kesungguhan dan semangat kerjasama di kalangan ahli sekawan pengakap. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR)
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 4 Tarikh : 31/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 4 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin ABdul Rahim Perjumpaan pada kali keempat telah diadakan di astaka bagi menjalankan aktiviti kawad kaki. Kehadiran setiap ahli pengakap dicatat oleh setiausaha sebelum aktiviti dijalankan. Penerangan mengenai kawad kaki telah diterangkan lebih lanjut oleh Encik Abdul Ramit bin Sulaiman sebelum setiap ahli kumpulan berkawad. Seterusnya, kawad kaki dalam sekawan diadakan bagi meningkatkan kemahiran berkawad. Selepas kawad, kami membuat aktiviti anduh iaitu pertolongan cemas bersama En Abdul Ramit. Setiap sekawan diminta untuk berbincang dan membentang cara-cara membuat anduh yang betul. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR)
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 5 Tarikh : 7/2/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 5 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumpaan kali kelima dijalankan di astaka. Perjumpaan kali ini diteruskan dengan sesi kuliah oleh Encik Azamri berkaitan sejarah penubuhan pengakap. Sebelum kuliah dimulakan, Sekawan Merah telah mengetuai lafaz persetiaan pengakap yang diikuti oleh semua ahli pengakap. Aktiviti pengakap hari ini diteruskan dengan nyanyian lagu pengakap iaitu lagu “Kami Pilih Pengakap Saja”. Semua ahli pengakap menghafal dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat. Seterusnya, kuliah berkaitan sejarah penubuhan Pengakap diberikan oleh Encik Azamri. Kandungan kuliah tersebut merangkumi Sejarah Lord Baden Powell iaitu pengasas pengakap dunia, juga berkaitan sejarah penubuhan pengakap di Malaysia dan Pengakap KLM. Ahli pengakap diberikan kertas mahjong mengikut sekawan dan membentang hasil pembentangan di hadapan ahli pengakap yang lain. En Abdul Ramit juga menegur tentang pakaian ahli pengakap semasa sesi aktiviti. Semua ahli pengakap melakukan kawad selepas sahaja aktiviti pembentangan selesai. Sebelum bersurai, Sekawan Merah mengetuai laungan agung. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR) TAJUK: Sejarah Pengasas Pengakap Dunia, Malaysia, dan Pengakap KLM
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 6 Tarikh : 21/2/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 6 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumpaan kali ke-6 ini diadakan di astaka. Kehadiran diambil terlebih dahulu oleh pengerusi sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti diteruskan dengan nyanyian lagu pengakap bertajuk “Di Sini Kita Berkumpul”. Sekawan Biru mengetuai sesi nyanyian lagu pada kali ini. Nyanyian dilakukan dengan penuh semangat berserta gaya untuk mewujudkan suasana yang gembira. Selepas itu, Encik Azamri memberikan sedikit kuliah berkaitan laungan agung. Kandungan kuliah merangkumi kedudukan sekawan, kedudukan ahli sekawan yang bertugas, dan kelengkapan semasa laungan agung. Hal ini bertujuan untuk persediaan sebelum melakukan ujian amali agar tiada kesilapan yang terjadi semasa ujian. Aktiviti diteruskan dengan kawad mengikut sekawan. Setiap sekawan diminta untuk melakukan kawad dan dirakam oleh ahli sekawan lain sebagai bukti sebelum bersurai. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR) TAJUK: Nyanyian lagu Pengakap, Laungan Agung, Kawad mngikut sekawan
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 7 Tarikh : 28/2/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Pulako Perjumpaan Kali Ke- : 7 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman : En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumapaan kali ke-7 ini diadakan di Pulako. Pada pukul 8.00 pagi semua ahli pengakap telah berkumpul di Pulako bersama pensyarah Encik Azamri. Sekawan Kuning mengetuai sesi istiadat pagi sebelum aktiviti dimulakan. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik Azamri berkaitan tugasan pentaksiran berterusan. Istiadat laungan agung dilakukan sebelum aktiviti masakan rimba yang diketuai oleh Sekawan Kuning. Selepas itu, aktiviti masakan rimba dan ikhtiar hidup dimulakan mengikut sekawan. Setiap sekawan dipecahkan lagi kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan sekawan diiminta untuk memasak nasi di dalam tin dan juga memasak telur. Setiap kumpulan sekawan dibekalkan dengan kayu api, mancis, dan tiub untuk menghidupkan api. Setiap sekawan dikehendaki menghidang hasil masakan rimba mengikut kreativiti dan dipersembahkan pada Encik Azamri. En Azamri menjadi juri dan juga penilai terhadap hasil masakan rimba kami. Setelah selesai, setiap sekawan diminta untuk mengemas kawasan masak sebelum bersurai. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR) Tajuk : Masakan Rimba dan Ikhtiar Hidup
LAPORAN MINGGUAN MINGGU 8 Tarikh : 6/3/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Kafe Perjumpaan Kali Ke- : 8 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En Abdul Ramit Bin Sulaiman En Azamri Bin Abdul Rahim Perjumpaan kali ini diadakan mengikut sekawan. Kebanyakkan sekawan melakukan aktiviti perbincangan di kafe sebagai tempat untuk melakukan perbincangan kerana tempatnya yang mudah dan dekat. Setiap ahli sekawan dikehendaki melakukan perbincangan untuk malam kebudayaan pengakap. Tema yang dipilih untuk malam kebudayaan pengakap adalah tema tarian. Setiap sekawan bebas untuk memilih jenis dan lagu tarian mengikut kreativiti setiap sekawan. CATATAN Disediakan oleh: (MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR) Tajuk : Perbincangan malam kebudayaan mengikut sekawan
AKTIVITI KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
KEMAHIRAN MASAKAN RIMBA MENCHIDUPKAN API BAHAN-BAHAN 1. Daun kering 2. Ranting 3. Kayu kering yang besar 4. Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut CARA PENYEDIAAN Guna ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran 1. Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. 2. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering. 3. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan 4. peredaran udara. 5. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kaawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.
KRAF PERKHEMAHAN PENGENALAN Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. OBJEKTIF RASIONAL Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkelayakan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi serta habitatnya. Memupuk perasaan cinta akan alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanya-Nya. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi. Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar. Memahami sifat habitat dan alam semulajadi serta mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya.
MENGHIDUPKAN UNGGUN API MEMBUAT UNGGUN API 1. Kaedah "fire triangle" yang berbentuk huruf A. 2. Menggunakan 3 elemen iaitu haba, angin dan bahan bakar. Bentukkan huruf A menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf A menghala ke arah angin. 3. 4. Letakkan bahan mudah terbakar di dalam huruf A dan nyalakan api. Seterusnya, kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk nyalakan api secara berterusan. 5. JENIS JENIS KRAF API BAHAN 1. Hunter's fire Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat. Kertas tebal Sarang telur Surat khabar Lilin Dahan atau ranting kayu
MENGHIDUPKAN UNGGUN API 2. Reflector fire Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah seperti memanaskan badan. • Boleh digunakan untuk memanggang. 3. Starfire • Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang. 4. Teepe fire • Paling sesuai dan mudah digunakan. Akan tetapi, sukar untuk didirikan kerana perlu disusun dan seimbangkan kayu.
MENGHIDUPKAN UNGGUN API 5. Log cabin fire • Senang dan mudah untuk didirikan kerana ia sangat stabil. Apabila terbakar, api hanya membakar di bahagian dalam kayu. 6. Long council fire • Dikenali sebagai 'api piramid'. Sangat stabil dan mudah membakar. Senang dinyalakan.
KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULANI Ikatan Simmpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Fungsi 1. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. 2. Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. 3. SIMPUL MANUK
KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULANI Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. BUKU SILA 1.Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz. 2. Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. FUNGSI
KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN Simpulan Tindih Kash digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. TINDIH KASIH 1. Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. 2. FUNGSI
KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN Kelebihan 1. Ikatan yang senang dibuka dan diikat. 2. Tidak mudah terbuka dan ikatan kukuh. 3. Kerapkali digunakan untuk mengikat bendera BUNGA GETI Digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal dan penyambung tali penarik bendera. 1. 2. Boleh juga digunakan menyambungkan tali yang sama besar juga FUNGSI
KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN Kelebihan Dapat menarik barang-barang berat seperti kayu balak tanpa menggunakan alatan dan bantuan yang lain. 1. 2. Senang diikat dan dibuka LILIT BALAK Ikatan sementara untuk mengikat tali ke batang kayu, tiang atau papan dengan tujuan menariknya. 1. 2. Mengangkat kayu bulat, papan atau tiang 3. Memulakan ikatan serong FUNGSI
KAWAD KAKI
KAWAD KAKI BAHASA HUKUMAN 1.Baris, baris sedia! 2.Baris, senang diri! 3.Rehatkan diri 4.Scout...Luruskan barisan! 5.Scout...Buka barisan.. Gerak! 6. Ke kanan lurus! 7.Pandang depan 8.Bergerak ke kanan, kanan sing! 9.Menghadap kehadapan, kiri sing! 10.Bergerak ke kiri, kiri sing! 11.Menghadap kehadapan, kanan sing! 12.Menghadap kebelakang, belakang sing! 13.Menghadap ke hadapan, belakang sing! 14.Dua langkah ke kiri, gerak 15.Tutup barisan, gerak! 16.Keluar........ Baris KAWAD STATIK KAWAD DINAMIK 1.Bergerak ke kiri...kiri pusing 2.Dari kiri/kanan...cepat jalan 3.Kini belok 4.Tukar Langkah, Maju 5.Kiri belok 6.Hormat.. hormat ke kanan.. hormat 7.Pandang depan Bergerak ke kanan..bertiga-tiga.. belakang pusing 8. 9.Skuad..henti 10.Menghadap ke hadapan..kiri pusing Skuad akan mara menghadap..dari tengah..cepat jalan 11. 12. Hormat ke hadapan..hormat
KAWAD KAKI BAHASA HUKUMAN 1.Baris, baris sedia! 2.Baris, senang diri! 3.Rehatkan diri 4.Scout...Luruskan barisan! 5.Scout...Buka barisan.. Gerak! 6. Ke kanan lurus! 7.Pandang depan 8.Bergerak ke kanan, kanan sing! 9.Menghadap kehadapan, kiri sing! 10.Bergerak ke kiri, kiri sing! 11.Menghadap kehadapan, kanan sing! 12.Menghadap kebelakang, belakang sing! 13.Menghadap ke hadapan, belakang sing! 14.Dua langkah ke kiri, gerak 15.Tutup barisan, gerak! 16.Keluar........ Baris KAWAD STATIK KAWAD DINAMIK 1.Bergerak ke kiri...kiri pusing 2.Dari kiri/kanan...cepat jalan 3.Kini belok 4.Tukar Langkah, Maju 5.Kiri belok 6.Hormat.. hormat ke kanan.. hormat 7.Pandang depan Bergerak ke kanan..bertiga-tiga.. belakang pusing 8. 9.Skuad..henti 10.Menghadap ke hadapan..kiri pusing Skuad akan mara menghadap..dari tengah..cepat jalan 11. 12. Hormat ke hadapan..hormat
KAWAD KAKI KAWAD STATIK, DINAMIK, FORMASI Peserta memasuki litar pertandingan dari laluan masuk sebelah kanan secara berjalan lalu dan berhenti di tengah litar menggunakan bahasa hukuman Skuad....henti. 1. Ketua Platun memberi arahan supaya semua ahli menghadap ke pentas utama menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan.kanan pusing. 2. Sekiranya posisi Ketua Platun agak rapat dengan barisan hadapan, Ketua Platun boleh berundur dengan kaedah melangkah ke belakang kaedah Buka Barisan'. Pergerakan adalah mengikut bahasa sendiri tanpa sebarang bahasa hukuman. 3. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan maju 1 langkah dan barisan belakang berundur 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Buka barisan...gerak. 4. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah dibuka diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan. 5. Ketua Platun kemudiannya akan berpusing menghadap ke hadapan pentas utama melalui arah kanan. Seterusnya mara ke hadapan beberapa langkah jika perlu. Ketua Platun akan berhenti di hadapan Ketua Pengadil dan memberi tabik hormat, seterusnya memberi lapor pertandingan selepas tabik dijatuhkan. Bahasa hukuman lapor pertandingan ialah: 6. Assalamualaikum / Selamat sejahteta Tuan. Platun seramai 31 orang siap sedia untuk diuji Tuan. Setelah diberi keizinan Ketua Platun sekali lagi memberikan tabik hormat dan menyebut Terima kasih Tuanselepas tabik dijatuhkan. Selepas itu Ketua Platun akan bergerak ke kiri dan berjalan menuju semula ke posisi asal dan berhenti mengahadap ke arah ahli untuk memulakan pergerakan kawad statik.
KAWAD KAKI KAWAD STATIK 1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. 2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa hukuman Begerak ke kanan... belakang pusing. 3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa hukuman ke kanan...pusing. 4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan... belakang pusing. 5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan...gerak. 6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan
KAWAD KAKI KAWAD DINAMIK 1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. 2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan. 3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini. 4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah "3 kali sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga. 5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini. 6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan.....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan. 7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kanan...bertiga-tiga...belakang pusing. 8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad....henti. 9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing. 10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama-sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman hormat ke hadapan....hormat. Perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan 3 saat sahaja.
PERTOLONGAN CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1.Untuk Menyelamatkan Nyawa Jika tidak sedar diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak terganggu. 2. 3.Pastikan ia bernafas. Hentikan pendarahannya. 4.Untuk Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah Teruk Jangan alihkan pesakit kecuali terpaksa elakkan sebarang kecederaan bertambah parah. 5. 6.Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit. Berikan lindungan daripada kesejukan, kepanasan dan keadaan yang lembab. 3. Mendapatkan Bantuan Kecemasan 7. Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans atau doktor dengan kadar segera. 8. Pastikan anda sentiasa berada disisi pesakit sehingga bantuan sampai. 9. TUJUAN PRINSIP 1.Menyelamatkan nyawa. 2.Mengurangkan kesakitan. 3.Mengelakkan keadaan bertambah teruk. Mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital 4.
PERTOLONGAN CEMAS ANDUH DAN BALUTAN Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang 140 cm x 90 cm x 90 cm. I boleh digunakan bagi menuap atau menjauhkan bahagian yang patah daripada bengkak, menyapu bahagian yang cedera, menahan darah keluar di arteri, dan menolong mengangkat atau membawa pesakit. Kegunaannya bergantung kepada perkara di atas dan dapat diubahsuaikan saiznya dengan penggunaannya. Sebesar kain-sehelai penuh Pembalut besar-lipatkan dua Pembalut kecil-lipatan tiga Gunakan ikatan buku sila semasa menggunakannya Pembalut Segi Tiga
PERTOLONGAN CEMAS Anduh Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu dan leher. Terdapat tiga jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segitiga. Jenis-jenis Anduh Anduh besar (large arm sling): mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. Anduh tiga segi/Anduh St. John's (triangular sling): menahan pendarahan anggota atas. -Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula. - Mengampu anggota atas yang cedera. Anduh kecil (small arm sling): mengampu kecederaan di bahagian bahu. - Mengampu tulang klavikal yang cedera. - Mengampu anggota atas yang cedera. Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling): mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal. Balutan anduh besar/ anduh lengan Fungsi ikatan anduh besar di lengan ini adalah untuk menyokong bahagian anggota atas badan yang luka atu tercedera serta mengurangkan pergerakan serta sakit di bahagian atas anggota badan. Anduh besar (large arm sling): mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
PERTOLONGAN CEMAS Anduh Balutan pergelangan tangan Balutan bahu Balutan kepala Balutan lutut
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN Contoh takwim tahunan pengakap sekolah rendah
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
LAMPIRAN
AKTIVITI MINGGU 1 Sesi Bergambar Unit 1 Sesi Bergambar Unit 2
AKTIVITI MINGGU 2 Encik Azamri dan Encik Abdul Ramit memberikan penerangan berkaitan istiadat laungan agung Sekawan Kuning mengetuai sesi istiadat laungan agung
AKTIVITI MINGGU 3 Aktiviti membaca persetiaan,undang-undang, dan lagu pengakap mengikut sekawan di dalam barisan Aktiviti ikatan dan simpulan
AKTIVITI MINGGU 4 Aktiviti kawad pada sesi awal pagi Aktiviti membuat penerangan berkaitan cara memakai anduh Membuat anduh kepala Sesi refleksi oleh Encik Abdul Ramit
AKTIVITI MINGGU 5 Aktiviti kertas mahjong mengikut sekawan berkaitan sejarah pengakap Encik Azamri memberikan kuliah berkaitan sejarah pengakap Aktiviti pembentangan mengikut sekawan Encik Azamri memberikan penerangan berkaitan kawad pengakap
AKTIVITI MINGGU 6 Aktiviti menyanyi lagu pengakap Aktiviti kawad mengikut sekawan
AKTIVITI MINGGU 7 Encik Azamri memberi taklimat berkaitan aktiviti masakan rimba Aktiviti memasak nasi dan telur mengikut sekawan Hasil masakan dipersembahkan mengikut sekawan
AKTIVITI MINGGU 8 Sekawan Hijau membuat perbincangan berkaitan persembahan malam pengakap Sekawan merah sedang membuat perbincangan
TERIMA KASIH