Di akhir topik ini pelajar akan dapat: 1. Melaksanakan pelan tindakan keselamatan kebombaan
Bila berlaku kebakaran - boleh dikesan seberapa cepat. Bila kebakaran dapat dikesan perlu dimaklumkan kepada penghuni dan bomba. Maklumat tersebut akan digunakan untuk memboleh pengungsian bangunan dibuat dan mengerakkan sistem keselamatan kebakaran.
Sistem pengesan kebakaran adalah mengesan hasil pengeluaran kebakaran. Manusia merupakan pengesan asap yang terbaik melalui penglihatan, bunyi atau bau. Pengesan automatik mengesan haba, asap, cahaya dan pergerakan pergolakan.
Setelah api dikesan, maka menjadi satu persoalan mentafsirkan isyarat tersebut. Pelbagai peranti pengesanan boleh digunakan untuk memberi satu isyarat mudah keadaan kebakaran. Penggera kebakaran dan sistem pengesanan yang bekerja dengan cara ini dipanggil sistem konvensional.
Kemunculan mikroprosesor kecil boleh menganalisa setiap peranti dalam sistem dan mendapatkan maklumat mengenai prestasi pengesan lebih tepat dalam analisis kesan kebakaran. Sistem ini dipanggil addressable.
Penggera apabila berfungsi dapat memberi isyarat untuk penghuni supaya mengosongkan bangunan atau bersedia untuk pengosongan. Penggera juga memberi isyarat kepada pasukan bomba, supaya mereka boleh memadam kebakaran dan jika perlu membantu dalam pengosongkan bangunan.
Sign penting dalam memberi maklumat kepada penghuni dan Jabatan Bomba. Sign adalah keperluan asas untuk menanda jalan keluar. Sign yang diperlukan untuk menunjukkan tindakan yang perlu diambil adalah tanda yang mandotary. Sign juga diperlukan untuk memberi amaran berkaitan hazard.
Semua sign yang memberi maklumat berkaitan dengan keselamatan kebakaran perlu berada dalam keadaan baik pada semua keadaan.
Setiap bangunan direkabentuk supaya penghuni boleh keluar dengan selamat apabila kebakaran berlaku. Mereka boleh sampai ke tempat selamat tanpa terdedah kepada bahang dan asap. Masa untuk keluar mestilah lebih pantas dari masa yang diperlukan untuk kebakaran merebak.
Dua asas strategi pelepasan diri i. Jalan keluar (egress) – pelepasan diri terus dari bangunan apabila alarm berbunyi. ii. Perlindungan (refuge) – pengosongan dibuat dengan pergi ke pemetakan yang bersebelahan Sebagai langkah terakhir strategi pelepasan diri yang ketiga adalah bantuan dari orang yang berada di luar bangunan.
Tempat keluar itu hendaklah di tempatkan dan akses ke tempat keluar itu hendaklah diatur supaya berada dalam had-had jarak perjalanan Boleh dilalui pada bila-bila masa.
Tiap-tiap petak hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya dua pintu keluar di tempatkan sejauh 4.5 meter antara satu sama lain
Semasa menentukan jalan keluar keselamatan perlu mengambil kira tindakan luar jangka dan tingkah laku penghuni. Ciri-ciri penghuni ➢ kelajuan perjalanan berbanding kelajuan yang dijangka merebaknya kebakaran.
5 ciri-ciri penghuni yang dikenal pasti; i. Sleeping risk ii. Numbers iii. Mobility iv. Familiarity v. Response to fire alarm
“Jarak perjalanan” ertinya jarak yang perlu dilalui daripada mana-mana tempat disesuatu tingkat bangunan, sama ada; a) ke pintu penahan api dalam kepongan tangga; atau b) Jika tidak ada pintu tersebut, ke anak tangga pertama tangga itu. Adalah penting untuk melihat di peringkat proses pelepasan diri dan jarak maksimum yang dijangka orang boleh berjalan.
Tidak melebihi jarak yang diperuntukkan Jadual Ketujuh UBBL 1984.
Empat peringkat pelepasan diri; Peringkat 1 – pelepasan dari bilik atau kawasan bermulanya kebakaran.
Peringkat 2 - pelepasan dari pemetakan bermulanya kebakaran ke jalan keluar terakhir, memasuki tangga terlindung atau pemetakan bersebelahan Jalan Keluar Mendatar
Peringkat 3 – pelepasan dari tingkat bermulanya kebakaran ke tingkat aras tanah.
Peringkat 4 - pelepasan terakhir di tingkat aras tanah
Ukuran jarak perjalanan maksimum dari titik terjauh bagi sebarang kumpulan maksud ke tempat keluar terhampir mestilah tidak melebihi had yang dibenarkan dalam Jadual Ke Tujuh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Jarak perjalanan ke sesuatu tempat keluar hendaklah diukur di atas lantai atau permukaan jalanan lain sepanjang garis tengah laluan perjalanan biasa itu, mulai 300mm daripada titik pendudukan yang terpencil sekali hingga ke pintu keluar tingkat atau ke anak mata tangga. 300mm 300mm
300mm Jarak perjalan diukur dari sini
Lampu tanda keluar diperlukan sebagai panduan semasa kebakaran apabila berlaku bekalan letrik terputus. Diperlukan untuk semua bangunan terutama sekali tempat perhimpunan awam. Perlu diasingkan dengan lampu kecemasan. Perlu mempunyai self-contained bateri yang boleh tahan lebih kurang 3 jam.
Bangunan direkabentuk supaya berkeupayaan menyekat kebakaran bagi melindungi harta benda, nyawa penghuni serta juga orang dan bangunan dipersekitaran. Sistem amaran mesti boleh memberi amaran kepada orang ramai Sistem pelindungan kebakaran boleh memastikan kebakaran dapat disekat dan dihadkan.
Containment dibuat bagi mencapai objektif keselamatan kebakaran iaitu; i. Perlindungan harta benda, dan ii. Keselamatan nyawa.
Menghadkan kemerebakan kebakaran dengan cara setiap elemen struktur yang dibina mempunyai ketahanan api yang tertentu. Keselamatan nyawa Menghadkan kemerebakan asap.
Tidak hanya menyekat haba dan asap dalam bangunan yang terbakar, ia juga mencegah kemerebakan kebakaran ke harta benda yang bersebelahan. Dalam penyekatan kebakaran ini langkah pasif diambil, iaitu berdasarkan keadaan semulajadi struktur bangunan, bahagianbahagian dan keseluruhan bangunan.
Langkah-langkah pasif berdasarkan kepada tiga perkara utama iaitu; i. Perlindungan struktur - perlindungan berkaitan kesan haba yang dihasilkan kepada element struktur. ii. Pemetakan – pembahagian bangunan kepada kawasan yang berbeza dan ketahanan api dan asap. iii. Perlindungan keseluruhan – perlindungan keseluruhan bangunan termasuk harta benda dan orang ramai dipersekitarannya.
Perlindungan element Struktur Elemen struktur dalam bangunan terbahagi kepada beberapa bahagian: a. Mana-mana bahagian yang menjadi sebahagian daripada kerangka struktur sesuatu bangunan atau sesuatu rasuk / alang / tiang. b. Sesuatu lantai termasuklah lantai petak selain daripada lantai bangunan yang paling rendah. c. Sesuatu dinding luar. d. Sesuatu dinding pengasing.
e. Sesuatu dinding pangsa. f. Struktur yang mengepung sesuatu lubang terlindung. g. Sesuatu dinding tanggung beban atau bahagian dinding yang menanggung beban. h. Sesuatu galeri. • Fungsi elemen struktur di dalam bangunan adalah menanggung beban-beban di bahagian atas bangunan. PERLINDUNGAN STRUKTUR
Bumbung Galeri Dinding Pemetakan Lantai petak Lantai tahan beban Lantai Dinding luar Alang & rasuk Elemem Struktur Bangunan
• Tahap ketahanan api yang diberi kepada element struktur bergantung terhadap keperluan pelepasan diri dan juga pemadaman iaitu; i. Berapa lama masa diambil untuk keluar dari bangunan dan adakah keselamatan penghuni bergantung kepada kedudukan jalan keluar? ii. Adakah perlu pasukan bomba masuk ke dalam bangunan untuk kerja-kerja pemadaman,dan iii. Adakah perlu struktur bertahan, di mana bangunan boleh dibina semula selepas kebakaran? Perlindungan Struktur
Jikalau bangunan dibina hanya untuk bertahan sehingga penghuni keluar, maka perlindungan struktur hanya memerlukan tempoh masa yang singkat, mungkin ½ jam. Jika strategi keselamatan kebakaran berdasarkan ke atas kedudukan jalan keluar atau keperluan pasukan bomba untuk berkerja dengan selamat dalam bangunan, keperluan perlindungan sekurang-kurang 1 jam dan mungkin lebih. Perlindungan Struktur
Jika dilihat kepada kepentingan bangunan untuk dibaikpulih berbanding dengan membina semula maka masa perlindungan kebakaran adalah 2 jam atau 4 jam. Tempoh ketahanan api yang mesti dikenakan adalah berdasarkan beban bahan api yang ada di dalam bangunan. Perlindungan Struktur
Jadual Jenis Bangunan Beban Bahan Api Bil. Jenis Bangunan Beban Bahan Api 1. Rumah kediaman kecil Rendah 2. Flat dan maisonnette Pertengahan 3. Residential institution ( hospital, penjara dll) Tinggi 4. Hotel Pertengahan 5. Pejabat, perniagaan, sekolah Pertengahan 6. kedai Pertengahan 7. Tempat perhimpunan Tinggi 8. Kilang a. Beban bahan api tinggi (minyak, perabut, plastik) b. Beban bahan api pertegahan (garages, percetakan, textiles) c. Beban bahan api rendah (kerja besi, elektrik, simen) Sangat Tinggi Tinggi Pertengahan 9. Storan a. Beban bahan api tinggi b. Beban bahan api pertegahan c. Beban bahan api rendah Sangat Tinggi Tinggi Pertengahan 10. Tempat letak kenderaan rendah
Berdasarkan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), elemen struktur perlu mempunyai ketahanan api tidak kurang 1 jam. Keperluan sebenar ketahanan api bagi elemen struktur adalah dengan merujuk kepada Jadual ke Sembilan UBBL 1984. Perlindungan Struktur
Tempoh masa sebenar untuk struktur bangunan, adalah tempoh ia boleh menahan kesan dari haba. Masalah elemen struktur semasa kebakaran adalah, keruntuhan bangunan meningkat dengan peningkatan beban yang dibawanya. Dalam struktur bangunan yang komplek semua komponen yang kritikal diberi tahap ketahanan api yang sama. Perlindungan Struktur