Ketahanan Api Kemampuan element struktur untuk mengekalkan fungsinya bergantung kepada kesannya kepada haba iaitu ketahanan api. Kebiasaanya diukur berdasarkan masa iaitu dalam minit atau jam . Ketahanan api setiap komponen diukur melalui keupayaan melawan kebakaran melalui loadbearing capacity, integrity, insulating. Perlindungan Struktur
• Antara bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan sesebuah bangunan adalah kayu, simen, konkrit, batu-bata, logam, kaca, plastik dan lain-lain. Bahan ini akan mengalami pelbagai perubahan sewaktu berlakunya kebakaran serta ianya akan memberi kesan dalam kemerebakan kebakaran. a. Kayu (timber) - mempunyai daya pengaliran haba yang rendah dan kelambatan kadar kebakaran bergantung kepada jenis kayu. Biasanya ia akan mula terbakar pada suhu 350oC.
b. Batu-bata - mempunyai daya pengaliran haba yang rendah & hampir mencapai taraf fire proof jika semua batu dan bahan organik dikeluarkan. Batu-bata yang panas akan luluh atau retak apabila disejukkan dengan pancutan air secara tiba-tiba. c. Konkrit - ialah campuran batu, simen, air dan pasir serta diperkukuhkan dengan besi (reinforced concrete). Ia mengembang pada kadar yang pantas, iaitu diantara 400-500oC menyebabkan ia retak. Pada suhu 800oC, simen akan luluh, jika pancutan air terkena padanya simen akan menyerap air dan mengembang dengan pantas. Ini akan menyebabkan keruntuhan dibahagian bangunan tersebut.
d. Batu - merupakan penebat haba yang baik tetapi ketahanannya kurang berbanding batu-bata kerana batu akan retak & pecah bila terkena pancutan jet air semasa panas. e. Kaca - kerana kadar pengaliran haba yang rendah dan pengembangan yang tak sekata ia mudah retak dan pecah bila panas. Ia menjadi lebih tahan jika diperkukuhkan dengan jaring/wire mashing atau bilah jalur yang diperbuat dari logam. Ini dinamakan electro copper glazing. Juga terdapat kaca yang tahan api (fire ralcel glass). f. Besi - ketahanan akan berkurang dua pertiga jika terdedah kepada panas lebih daripada 600oC. Jabatan Bomba tidak menggalakkan penggunaan besi dalam pembinaan bangunan kecuali diberi perlindungan khas.
g. Aluminium/aloi - bahan akan kehilangan kekuatan dengan pantas bila dipanaskan pada suhu 100-225oC. Mempunyai kadar pengembangan yang tinggi (dua kali ganda dari keluli). Kadar pengaliran haba yang tinggi (tiga kali ganda dari keluli) dan takat lebur amat rendah. Ia mempunyai beberapa kelebihan:- (a) mengurangkan keberatan struktur. (b) tidak berkarat. (c) mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding keberatan. h. Building Board - jenis building board yang biasa digunakan (membuat siling/dinding) ialah fibre board, plaster board, asbestos board, plywood board dan plastic board. Daya rintangan api bagi building board ini bergantung pada jenis bahan, tebalnya dan cara pemasangannya.
4.2.1 Apa itu Pemetakan? Merupakan mana-mana bahagian dalam bangunan yang diasingkan daripada semua bahagian lain oleh satu atau lebih dinding atau lantai pemetakan atau oleh kedua-duanya sekali.
Dinding petak
Lantai petak
Konsep pemetakan Merupakan satu perancangan bagi membendung, mengawal dan melambatkan kemerebakan api, asap dan haba, antara dua atau di dalam sesuatu bangunan. Melalui pengawalan kebakaran ini penghuni mempunyai peluang untuk keluar dari bangunan dan sekurang-kurangnya dapat melindungi hartabenda.
Konsep pemetakan Oleh itu pemetakan adalah penting kepada keselamatan nyawa dan perlindungan harta benda. Perlindungan kebakaran terhadap element struktur tidak hanya memastikan bangunan tidak runtuh tetapi juga membantu mewujudkan pemetakan.
a. Menghadkan isipadu dan keluasan lantai
2hr fire rated walls Min. 1 hr fire door b. mengasingkan kawasan berisiko tinggi
c. Menghadkan kemerabakan api dalam bangunan yang terbakar
Fire wall d. Menjadikan kepongan dan bagi pelepasan diri
Peruntukan bagi pemetakan Mengikut peruntukan di dalam Undang-undang Kecil 136, UBBL 1984 semua bangunan kecuali bangunan satu tingkat daripada kumpulan maksud yang dinyatakan dalam Jadual Kelima perlu mengadakan pemetakan. Tetapi dalam Jadual Kelima juga menyatakan bagi bangunan satu tingkat, bangunan bagi kumpulan maksud II (institusional) dan III (kediaman lain) perlu juga mengadakan pemetakan.
Bagi menentukan had ukuran pemetakan ianya berdasarkan; i. Kumpulan maksud ii. Ketinggian bangunan Had ukuran pemetakan yang diperlukan adalah berdasarkan; i. Keluasan lantai tingkat dalam bangunan atau petak. ii. Keupayaan isipadu satu tingkat atau petak. iii. Atau kedua-duanya sekali.
Keluasan lantai maksimum dan muatan padu bangunan atau petak boleh diganda dua jika bangunan atau petak tersebut dilindungi dengan sistem penyembur air automatik pada keseluruhan bangunan atau petak tersebut.
Bukaan pada dinding pangsa dan lantai petak i. Tiada apa ruang buka boleh dibuat dalam mana-mana dinding pangsa dan lantai petak. Kecuali satu atau lebih daripada perkara berikut; (a) suatu ruang buka dipasang pintu api dengan ketahanan api yang sama dengan ketahanan api bagi dinding
Fire door
(b) ruang buka untuk lubong terlindung 1hr Lubong terlindung untuk kabel elektrik Lubong terlindung untuk kabel talipon
Pintu lubang terlindung tidak perlu pasang ‘door closer’
(c) suatu ruang terbuka untuk saluran pengudaraan - jika bukan dalam lubong terlindung perlu mempunyai sesekat api (fire damper) yang mempunyai tempoh ketahanan api tidak kurang daripada dinding pangsa atau lantai petak.
Fire stopping (compressible noncombustible material) Ventilation duct Compartment wall Fire damper
Compartment floor (d) Suatu ruang buka untuk paip
Jarak antara dua atau lebih paip yang melalui dinding pangsa atau lantai petak
(e) suatu ruang buka untuk pelongsor sampah - dinding mempunyai tempoh ketahanan api sekurang-kurang satu jam. - pintu tertutup rapat, terletak pada dinding luar dan tempoh ketahanan api selama setengah jam.
ii. Jika membentuk persimpangan dengan dengan struktur lain hendaklah diikat bersama pada persimpangan itu.
iii. Jika dinding pangsa membentuk satu persimpangan dengan bumbung, maka perlu dilanjutkan ke bahagian bawah permukaan penutup atap. Compartment A Compartment B
Bahan binaan dinding pangsa Dibina daripada bahan yang tidak boleh terbakar Jika terdapat sebarang kemasan dinding pada dinding pengasing yang boleh diterima, TKA bagi kemasan dinding tidak diambil kira dalam TKA dinding pengasing. Mempunyai ketahanan api selama 1 jam atau lebih Rasuk dan tiang yang dibina untuk menanggung dinding pangsa perlu mempunyai TKA yang sama.
Adalah untuk meghadkan kemerabakan kebakaran kepada bangunan atau harta benda yang bersebelahan dan orang dipersekitaran bangunan. Menghadkan kemungkinan pencucuhan disebabkan oleh kebakaran ke bangunan yang bersebelahan. Kemerebakan boleh berlaku melalui bumbung dengan kaedah pengaliran dan dinding luar disebabkan oleh bahangan.
Kemerbakan melalui bumbung telah pasti kemerbahayaannya, sebab bahan-bahan yang mudah terbakar seperti kayu akan merebakan kebakaran melalui pengaliran ke bangunan yang bersebalahan. B C D
Kemerabakan kebakaran melalui bumbung ini boleh diatasi dengan mengadakan dinding dua pihak. “dinding dua pihak” ertinya dinding yang menjadi sebahagian daripada sesuatu bangunan dan diguna atau dibina untuk digunakan bagi mengasingkan bangunanbangunan bersampingan yang dipunyai oleh pemunya berlainan atau diduduki atau dibina di atas atau bersempadanan dengan sempadan bersama
Kehendak binaan dinding dua pihak adalah; ✓ Tebal tidak kurang 200mm, diperbuat daripada batu bata padat atau konkrit insitu. ✓ Boleh terdiri daripada dua lapi berasingan, tiap-tiap satu tebalnya tidak kurang 100mm. ✓ Bagi rumah pangsa dan rumah teres ketebalannya tidak boleh kurang 100mm. ✓ Bagi rumah satu tingkat boleh dibina dari batu padat atau konkrit insitu dengan ketebalan 100mm.
✓ Semua dinding dua pihak hendaklah dilanjutkan ke bahagian atas bumbung itu sejauh tidak kurang daripada 230mm.
✓ Tiada apa-apa kayu seperti gelegar, rasuk, tutup tiang, beroti genting dan pelancar boleh dibina ke dalam tebal sesuatu dinding dua pihak melainkan jika terdapat tidak kurang daripada 100mm kerja batu bata atau simen diantara kayukayu itu.
Dinding luar melalui kaedah bahangan akan menyebabkan bangunan yang terbakar menyalakan api ke bangunan yang bersebelahan jika ianya terlalu rapat.
Bagi menghadkan kemerbahayaan bahangan haba ini adalah melalui mengurangkan bukaan dalam dinding luar bagi bangunan yang terlalu berdekatan. Berdasarkan UBBL keadaan ini dikawal dengan jarak persempadanan antara bangunan yang ditentukan mengikut nisbah kawasan tidak terlindung.
Sumber: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Peperangan yang dahulu bahawa 4/5 dari kerosakan adalah disebabkan dari kebakaran. Melawan kebakaran lebih lagi dari lainlain bahaya. Mengetahui cara bergerak didalam sesuatu bangunan yang sedang terbakar.
Tujuan pelajaran ini adalah memberi nasihat perlindungan diri & cara melepaskan diri dari semasa berada didalam bangunan terbakar.
Jika anda terperangkap di dalam kebakaran, anda hendaklah mengambil ingatan atas satu-satu atau dua prinsipprinsip asas. Tutup mulut & hidung anda dengan kain atau saputangan yang basah.
• Apabila bergerak di dalam sesuatu tempat berasap didalam bangunan yang tidak biasa, ianya boleh dilakukan secara meraba-raba dengan tangan. • Udara yang terbersih & tersejuk sekali adalah berhampiran di lantai. • Cara merangkak dinasihatkan. • Apabila bergerak kehadapan, sebelah tangan yang bebas hendaklah angkat sedikit keatas & hendaklah genggam sedikit tapak tangan. • Menggunakan belakang tapak tangan untuk menyentuh apa-apa halangan.