PERTOLONGAN CEMAS
OBJEKTIFAM • Mengetahui konsep pertolongan cemas • Mengetahui kotak pertolongan cemas serta keperluannta untuk rawatan yang berbeza • Memahami jenis luka dan rawatan • Mengetahui jenis – jenis pendarahan • Memahami keretakan tulang • Mengetahui tentang kecederaan yang disebabkan oleh kesan terbakar • Memahami keracunan • Mengetahui bahaya sengatan serangga • Mengetahui rawatan bagi benda asing yang memasuki mata • Memahami konsep CPR dan kaedah rawatannya
OBJEKTIF KHUSUS • Menyatakan konsep pertolongan cemas dan matlamatnya • Menyenaraikan dan menyatakan kegunaan peralatan di dalam kotak pertolongan cemas • Menerangkan cara untuk melaksanakan pertolongan cemas bagi luka, pendarahan, keretakan tulang, terbakar, terkena racun, sengatan serangga dan benda asing masuk mata • Menerangkan kaedah untuk melaksanakan CPR ( Cardipulmonary Resucitation)
PENILAIAN T u G A A S n
APA ITU PERTOLONGAN CEMAS
7.0 PENGENALAN Rawatan diberikan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapatkan rawatan dari pakar perubatan / doktor Rawatan pertama / bantuan permulaan yang diberikan kepada mangsa Memerlukan kemahiran asas , pengetahuan, latihan dan kepakaran Semua kakitangan di sesuatu organisasi perlu tahu asas – asas yang perlu dilakukan apabila berlaku kesakitan atau kecederaan secara tiba – tiba
Tujuan utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah : 1. Untuk menyelamatkan nyawa 2. Mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk 3. Mengurangkan kesakitan 4. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh pakar perubatan / doktor
PERKARA LAIN yang perlu dipertimbangan SEBELUM cuba mengendalikan pertolongan cemas ialah : 1. Berjaga – jaga dengan hazard di sekeliling anda / mangsa ( elektrik, api, wap dan lain –lain) 1. Bertenang, berfikir dengan jelas dan terus menenangkan mangsa yang cedera supaya mangsa berasa yakin dan tidak cemas 2. Tahu batasan anda – jangan cuba melakukan lebih daripada apa yang anda ketahui atau lebih daripada yang layak dilakukan 3. Serahkan kepada golongan profesional untuk mengambil alih sebaik sahaja mereka sampai. 4. Panggil ambulans atau hantar mangsa yang cedera ke hospital secepat mungkin, jika perlu
7.1 KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KIT) Merupakan peralatan yang sepatutnya ada pada setiap tempat ( rumah, kereta, pejabat dan sebagainya Perlu disimpan di tempat yang mudah dicapai dan senang dilihat. Mempunyai peralatan yang cukup
Kain Kasa (Gauze) Digunakan sebagai pembebat, membersih luka, plastik pembalut dsb PERALATAN DAN KEGUNAAN Pembalut Pad Kasa Mengawal pendarahan dan mengelakkan jangkitan kuman Pembalut Memegang pembebatan (bandage) pada tempatnya
Pembalut ( Kain ) Tiga Segi Membalut anggota cedera dan membuat anduh Pembalut Crepe Untuk menahan darah keluar Plaster Pelbagai Saiz Menutup Luka Kecil
Klip Pembalut Menetapkan Pembebatan dan balutan Pita Pelekat Menetapkan Pembebatan dan balutan Pin Keselamatan Mengemaskan kedudukan balutan
Kapas Membersihkan luka dan kotoran Gunting Memotong pakaian dan pita pelekat Penyepit Menanggalkan serpihan kaca, sengat
Kapas Pembersih Membersihkan kotoran dan luka – luka kecil
KEPERLUAN UNTUK RAWATAN DAN MENCUCI LUKA BIL PERALATAN KEGUNAAN 1 CECAIR ANTISEPTIK Mencuci peralatan perubatan dan kekotoran pada luka 2. EUSOL Pencuci luka yang septic dan kudis 3 HYDROGEN PEROXIDE Mencuci kekotoran seperti pasir pada luka 4 ACRIFLAVINE LOTION Ubat luka 5 POVIDONE IODINE Ubat luka 6 NORMAL SALINE Pencuci luka, kudis dan bisul
KEPERLUAN UBATAN (DRUG) DAN LAIN - LAIN BIL JENIS KEGUNAAN 1 PCM (PARACETAMOL) Untuk meredakan demam, pening 2 GELUSIL / ACTAL Ubat Gastrik 3 MINYAK LMS Minyak gosok untuk kesakitan, sengal, terseliuh 4 SPRAY KEKEJANGAN Meredakan sakit otot 5 SPRAY ANTISEPTIK Merekan luka kecil seperti calar 6 GARAM ORS Meredakan sakit cirit – birit 7 PAINKILLERS (bawah kawalan) Ubat Tahan Sakit
7.2 : JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS
7.2 JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS 7.2.1 LUKA DAN BERDARAH LUKA : • Kecederaan yang tidak normal pada kulit / permukaan badan. • Menyebabkan pengaliran keluar darah & jangkitan kuman • Dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu :
Bil Jenis – jenis Luka Ciri - Ciri 1 LUKA TERHIRIS (INCISED WOUND) - Luka disebabkan oleh benda / senjata tajam (pisau,kaca dsb) - Lukanya berkeadaan bersih dan dalam satu garisan - Banyak darah akan mengalir keluar 2. LUKA TERKOYAK (LACERATED WOUND) - Disebabkan oleh cakaran/ gigitan binatang, kemalangan, dawai serta benda yang tidak tajam - Tidak mengalirkan darah yang banyak seperti luka terhiris
LANGKAH – LANGKAH RAWATAN 1 • Cuci tangan anda dengan menggunakan sabun 2 • Basuh luka dengan menggunakan air yang mengalir 3 • Keringkan perlahan – lahan dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril 4 • Lekatkan plaster bagi luka kecik dan tutup luka dengan pembebat dan balut dengan pembalut (bandage) bagi luka besar LUKA TERHIRIS / LUKA TERKOYAK
LUKA LEBAM/BERDARAH (CONTUSION WOUND • Luka disebabkan oleh cakaran / gigitan binatang, kemalangan,dawai serta benda yang tidak tajam • Tidak mengalirkan darah yang banyak
LUKA LEBAM (BERDARAH) LANGKAH – LANGKAH RAWATAN 1 • Sokong (ampu) bahagian anggota yang tercedera dalam kedudukan yang selesa 2 • Gunakan mampatan (tuaman) sejuk ke atas anggota yang lebam (untuk mengurangkan aliran darah). Isikan beg plastik dengan kiub ais kecil 3 • Ikat beg plastik tersebut dan bungkus ia dengan tuala / pembalut 4 • Letakkan ais yang dibungkus pada tempat yang cedera 5 • Tuam anggota yang cedera selama 20 minit dan tukar ais sekiranya perlu
LUKA TEMBUS ( PUNCTURED WOUND) • Luka disebabkan oleh objek tajam dan menembusi bahagian anggota • Contoh : tikaman pisau, jarum, peluru dsb • Mengeluarkan darah yang banyak
LANGKAH – LANGKAH RAWATAN 1 • Gunakan tapak tangan anda/mangsa untuk menutup luka serta merta 2 • Tutup luka dengan pembalut steril/pad yang bersih. Tutup pada tersebut dengan beg plastik atau pelekat yang ketat 3 • Sokong/ampu kedudukan mangsa dalam keadaan yang selesa 4 • Hubungi bantuan perubatan(ambulans) untuk rawatan. Rawat mangsa untuk elakkan renjatan jika perlu LUKA TEMBUS ( PUNCTURED WOUND)
PENDARAHAN • Pendarahan (haemorrhage) – dikelaskan mengikut jenis saluran – saluran darah yang rosak atau cedera • 2 Jenis Pendarahan, iaitu : (i) Pendarahan Luaran (ii) Pendarahan Dalaman
• Pendarahan luaran yang teruk biasanya tidak mengeluarkan darah yang banyak • Ianya mungkin terjadi pada muka, leher, tangan dan anggota badan yang lain PENDARAHAN LUARAN
PENDARAHAN LUARAN LANGKAH – LANGKAH RAWATAN Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka Beri tekanan / tuaman terus ke atas luka dengan tapak tangan. Gunakan pad /pembalut yang bersih. Jika terdapat objek pada luka, tekanlah ke bawah di kedua – dua bahagian luka Angkat / ampu anggota yang cedera di atas aras jantung Baringkan mangsa untuk mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan Biarkan sebarang pada pada tempat asalnya. Balut pad menggunakan pembalut steril dengan baik (jangan terlalu ketat) Sokong dengan teguh bahagian anggota yang cedera Hubungi ambulans untuk rawatan selanjutnya
• Pendarahan yang berlaku dalam rongga badan yang berpunca dari keceraan organ dalaman • Contoh : PENDARAHAN DALAMAN Anggota Badan Kesan Perut Muntah Berdarah Paru – paru / salur pernafasan Batuk Berdarah Tali Usus Darah pada dubur Rahim Tumpah darah Buah Pinggang Kencing berdarah Tengkorak Darah mengalir melalui telinga dan hidung
Rawat kecederaan mangsa yang ketara. Longgarkan pakaian dan periksa denyutan nadinya Baringkan mangsa tetapi pastikan tinggikan kakinya melebihi paras jantung Dail pusat rawatan terdekat untuk mendapakan perkhidmatan ambulan. Lindungi mangsa dari kesejukan Buat catataan mengenai darah dan keadaan mangsa LANGKAH – LANGKAH RAWATAN PENDARAHAN DALAMAN
Keretakan tulang – pecahan atau rekahan pada sesuatu tulang. Berpunca daripada : pukulan secara langsung, pukulan sipi, kecederaan otot,terseliuh dan dikolasi 7.2.2 KERETAKAN TULANG 7.2 JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS
i. Patah tertutup / tebu ( simple fracture) Definisi : Kulit permukaan tidak mengalami luka dan tidak disertai luka di bahagian patah LANGKAH – LANGKAH RAWATAN Jenis – jenis keretakan tulang Pastikan mangsa tidak banyak bergerak. Ampu bahagian anggota yang cedera dengan tangan anda sehingga mangsa tidak bergerak Ampu anggota yang tercedera pada bahagian yang tidak tercedera Hubungi ambulans untuk proses rawatan selanjutnya
ii. Patah terbuka/riok (compoun frature) Definisi : patah yang terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang. Hujung patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit LANGKAH – LANGKAH RAWATAN : Sokong anggota yang cedera dengan tangan anda Balut luka dengan pad yang bersih dan steril Letakkan kapas pada sekeliling balutan luka. Jika tulang terkeluar, letakkan lapisan kapas yang lembut di sekeliling tulang sehingga anda boleh membalut di sekeliling pad tersebut Balut sekeliling pad dengan sempurna tetapi jangan terlalu ketat Jangan gerakkan anggota tercedera, pastikan ia boleh diangkat ke atas Hubungi ambulans untuk proses rawatan selanjutnya
iii. Patah melarat (complicated fracture) - Patah yang melibatkan kecederaan tulang dan organ lain seperti otak, paru – paru dan lain - lain iv. Patah ranting muda / rebong (Greenstick fracture) - Patah yang terjadi di kalangan kanak – kanak. Patah yang tidak putus terus tetapi hanya sebahagian mengalami kepatahan v. Patah penghancuran / remuk( comminuted fracture) - Tulang patah lebih lebih dari dua vi. Patah terenyok(Impacted fracture) - Tulang patah kepada dua bahagian tetapi salah satunya terbenam ke dalam tulang yang satu lagi Jenis – jenis keretakan tulang
Definisi – disebabkan oleh haba atau api. Akan memecahkan kulit dan membolehkan kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan Contoh - terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos kenderaan, terkena renjatan elektrik, dsb Dikelaskan mengikut 2 FAKTOR : (i) Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan (ii) Peratus kawasan permukaan yang terbakar 7.2.3 TERBAKAR 7.2 JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS
BIL JENIS – JENIS KLASIFIKASI CIRI – CIRI 1 DARJAH PERTAMA - Menjejaskan kulit permukaan sahaja - Disebabkan olej selaran matahari, terkena air panas atau tersentuh benda panas - Proses penyembuhan sekitar 1 minggu, jika tiada masalah jangkitan kuman 2 DARJAH KEDUA - Memusnahkan epidermis - Kulit melepuh dan terdapat blister - Terkena benda panas agak lama / semburan api seperti gasoline - Memerlukan 2-3 minggu untuk sembuh - Kemungkinan berlakunya renjatan 3 DARJAH KETIGA - Mengakibatkan semua lapisan kulit terbakar sehingga ke otot, saraf dan lapisan lemak - Kulit akan kelihatan pucat, berminyak , hangus - Memmerlukan rawatan perubatan serta-merta dan kebiasaanya memerlukan pemeriksaan pakar - Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap cucukan jarum KLASIFIKASI TERBAKAR
• Biasanya terjadi di rumah/kawasan kerja • Matlamat rawatan – untuk menghentikan lecuran, mengurangkan kesakitan, gelembung dan risiko jangkitan LANGKAH – LANGKAH RAWATAN : Luka TERBAKAR (ringan) 2. Tanggalkan sebarang perhiasan/pakaian yang boleh menghalang peredarab darah pada anggota tercedera sebelum ia menggelembung 1. Alirkan/curah air sejuk ke bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit. Sebarang cecair sejuk seperti susu dan air minuman dalam tin boleh menggantikan air paip 3. Tutup luka dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis
• Biasa boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumah / kemalangan yang membabitkan kebakaran • Matlamat rawatan – untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan dan mengurangkan risiko jangkitan Luka TERBAKAR (TERUK)
LANGKAH – LANGKAH RAWATAN : 1 • Baringkan mangsa. Jika boleh, elakkan anggota cedera dari terkena tanah 2 • Dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk. Jangan memberi kedinginan yang berlebihan kerana ia boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotemia) 3 • Semasa proses penyejukan, periksa saluran pernafasan dan denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan 4 • Tanggalkan sebarang pakaian(tali leher, tali pinggang, jam tangan, cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan – lahan 5 • Tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang disteril. Sejukkan dengan air untuk melegakan kesakitan 6 • Rawat mengsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans
• Racun – bahan yang boleh menyebabkan kerosakan sementara / kekal pada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. • Racun yang masuk ke dalam tubuh badan akan bertindak mengalir ke dalam salur darah dan dibawa dengan pantas ke semua tisu 7.2 JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS 7.2.4 TERKENA RACUN / BAHAN KIMIA
LANGKAH – LANGKAH RAWATAN : BIL JENIS – JENIS KECEDERAAN LANGKAH – LANGKAH 1 Bahan kimia yang terkena pada kulit - Cuci dan bilas sebarang bahan kimia yang terlekat pada kulit dengan air yang banyak - Hubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan 2 Mangsa Kecederaan yang tertelan racun - Periksa pernafasan untuk pulihkan salur udaranya. Jika mangsa pengsan, periksa denyut nadi dan lakukan pemulihan pernafasan - Jika bibir mangsa telah terselar oleh bahan – bahan kakis, beri mangsa hirup air sejuk / susu dari masa ke semasa - Dapatkan bantuan kecemasan atau segera hantarkan mangsa ke hospital
3 Keracunan industri Keracunan berlaku di tempat kerja akibat kebocoran, kegagalan sesebuah loji kimia / kemalangan seperti terhidu gas beracun - Pindahkan mangsa dari tempat bahaya ke tempat yang mempunyai udara segar - Berikan mangsa oksigen jika anada terlatih untuk berbuat demikian/ dapatkan bantuan daripada mereka yang terlatih - Untuk bahan kimia yang terlekat pada kulit, cuci dan bilas sisa – sisa bahan kimia pada kulit dengan menggunakan air yang banyak
BIL JENIS – JENIS GIGITAN SERANGGA LANGKAH – LANGKAH RAWATAN 1 Sengatan Lebah dan Tebuan - Akan menyebabkan kesakitan dan kebengkakan pada tempat yang digigit. 1.Tenteramkan mangsa sambil mengawasi pernafasannya 2. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit yang disteril. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat 3.Sapukan krim antihismine. Sekiranya tiada, surgical spirit / larutan ammonia/ larutan soda bikarbonat boleh digunakan 4. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulutm, berilah seketul ais kepada mangsa untuk dihisap 5. Jika ragu – ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan 7.2 JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS 7.2.5 GIGITAN SERANGGA
2 Sengatan hidupan Laut Contoh : sengatan obor – obor, ikan sembilang 1. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya 2. Curahkan alkohol / sebarang minuman beralkohol/cuka makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel – sel penyengat 3. Sapukan krim antihitamin. Jika tiada, sapukan sodium bikarbonar(serbuk penaik) dan air pada luka 4. Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut daging yang digunakan dalam masakan ‘barbeque’ adalah lebih baik kerana ia mempunyao ‘papian’ untuk mematikan bisa 5. Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang teruk atau berterusan
• Benda asing merujuk kepada sebarang bahan / kuasa yang tidak berkaitan yang berupaya mencari jalan masuk ke dalam anggota – angota badan • Keadaan ini berlaku menerusi luka pada kulit atau menerusi rongga semulajadi pada badan manusia • Debu/pasir/ bulu mata yang luruh akan terapung pada bahagian putih mata. Namun, jika ia melekat pada mata dan mengenai bola mata serta terlekat pada bahagian berwarna mata, maka rawatan kecemasan perlulah dilakukan 7.2 JENIS – JENIS PERTOLONGAN CEMAS 7.2.6 BENDA ASING MASUK MATA
1. Nasihatkan mangsa supaya jangan menggosok mata. Lebarkan kelopak mata secara perlahan – lahan dengan ibu jari anda. Periksa setiap bahagian mata 2. Jika ternampak benda asing itu, cuci mata dengan air yang dituang dari alat pencuci mata. Jika kaedah ini agak menyakitkan, gunakan kapas kesat yang lembap untuk mengeluarkan benda asing tersebut 3. Jika objek berada di bawah kelopak mata, tarik bulu mata dan kelopak mata ke atas kelopak mata bawah. Kerdipan seperti ini mungkin akan membuat objek itu terapung. Bila benda asing itu kelihatan, maka lakukan proses seperti di Langkah 2 LANGKAH – LANGKAH RAWATAN :
PENGENALAN • Merupakan bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. • Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan dada 7.3 RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)
PRINSIP ABC Tujuan : untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka Boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari menghalang laluan udara Lakukan pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa untuk membuang sebarang benda asing dari mulut (A) AIRWAYS - Saluran Pernafasan
Periksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidungn mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk melihat pergerakan turun – naik dada Jika tiada nafas, anda perlu memberikan bantuan pernafasan. Contoh : mulut ke mulut B (BREATHING) - Pernafasan