The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA, KOLEJ KOMUNITI ARAU, 2023-08-12 00:34:44

STS20092 | Topik 7 : Pertolongan Cemas

Keywords: STS20092

C ( CIRCULATION )- Peredaran Darah Tujuan : Untuk mengekalkan peredaran darah Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdeyut. Dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan, tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada dan sekitar dua jari dari atas hulu hati


PERNAFASAN BANTUAN MULUT KE MULUT 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan 4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa 7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga melihat dada mangsa bergerak naik. Pastikan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan 10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan 2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang 5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda 8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru – paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang rekasi 9.Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 – 8. Lakukan hembusan pada kadar 10 kali seminit 3. Buang sebarang benda asing dari mulut 6. Pastikan mulutnya terbuka


1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut mangsa tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa 2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak – kanak kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan – lahan agar tidak mencederakan paru – paru mangsa. 3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik, ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin akan terhalang oleh muntah,darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik CATATAN


RAWATAN TERCEKIK MANGSA TIDAK SEDAR 1. Mangsa tercekik biasanya memegang lehernya 2. Periksa sama ada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC 3. Baringkan mangsa supaya dalam keadaan telentang 4. Buang sebarang benda asing dari mulut 5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa 6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda 7. Pastikan mulutnya terbuka 8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga melihat dada mangsa bergerak naik 9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru – paru mangsa. Ambil masa sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi


10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah – tengah abdomen mangsa (diantara pusat dan penghujung hulu hati) 11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali 12.Segera ulangi langkah 4 – 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik 13.Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkan dalam kedudukan pemulihan 14.Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit


KAEDAH CPR : SEORANG DIRI 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. 2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan 3. Jika tidak bernafas, berikan dua bantuan hembusan 4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit


5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 5 kali. Caranya adalah seperti berikut : i.Letakkan tangan anda di atas dada mangsa ii.Berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci ( orang dewasa) iii.Selepas itu, beri 15 tekanan dan 2 hembusan ( 1 pusingan ) iv.Selepas 4 pusingan, periksa nadi karotik v.Teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi vi.Lakukan sehingga bantuan pakar tiba 6. Sekiranya telah ada denyutan nadi, teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan. Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada 7. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan 8. Perika semula pernafasan dan nadi setiap 3 minit.


KANAK – KANAK 1. Lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm pada kadar 100 kali seminit. 2. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan. 3. Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan BAYI @ KANAK - KANAK BAWAH 2 THN 1. Lakukan tekanan sedalam 2 – 2.5 cm 2. Gunakan 2 jari sahaja untuk melakukan tekanan. 3. Periksa nadi di bahagian braktial (lengan atas) CATATAN ** Jangan lakukan CPR pada orang yang sihat. Lakukan pada patung (dummy)


KEDUDUKAN PEMULIHAN 1. Apabila mangsa yang diberi rawatan (CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya) mulai sedar, hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan 2. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan 3. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota – anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.


Click to View FlipBook Version