TOPIK 2.0 LUKISAN PELAN 1
HASIL PEMBELAJARAN o Mengetahui dan memahami anjakan bangunan dan anjakan cucur atap mengikut Undang - undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL 1984 ) o Menghasilkan lukisan kerja Pelan Kunci , Pelan Lokasi , Pelan Tapak , Pelan Lantai Aras Bawah , Pelan Lantai Aras Atas , Pelan Bumbung o Mencetak hasil Lukisan Pelan dalam skala 1:100 2
JAM PEMBELAJARAN 3 TOPIK MINGGU JAM HPK AMALI/UJIAN 2.1 Menyatakan simbol dan komponen dalam lukisan kerja 2.1.1 Simbol -symbol di dalam lukisan senibina 2.1.2 Pelan Kunci 2.1.3 Pelan Lokasi 2.1.4 Pelan Tapak 2.1.5 Pelan Lantai 2.1.6 Pelan Bumbung 2.1.7 Spesifikasi 2 4 1 Teori /Ujian 1 2.2 Menghasilkan semula lukisan pelan bagi bangunan kediaman 2 tingkat dengan keluasan lantai maksimum 200 meter persegi dengan menggunakan perisian CADD 2.2.1 Pelan kunci 2.2.2 Pelan Lokasi 2.2.3 Pelan Tapak 2.2.4 Pelan Lantai 2.2.5 Pelan Bumbung 2 - 5 16 2 Amali 2 2.3 Menyediakan helaian bercetak bagi lukisan pelan dengan lengkap
GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 4
MENERANGKAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 • ANJAKAN BANGUNAN • ANJAKAN CUCUR ATAP 5
ANJAKAN BANGUNAN Garisan anjakan bangunan : •20 kaki ( 6096 mm ) dari Lot Tanah iaitu dari arah jalan masuk hadapan •10 kaki ( 3048 mm ) pada tiap-tiap sisi tepi dan belakang Lot Tanah ke dalam tapak.
ANJAKAN CUCUR ATAP • Garisan cucur atap perlu ditunjukkan di dalam lukisan pelan. • Cucur atap boleh memasuki kawasan anjakan bangunan sehingga 2 kaki setengah (762mm) sahaja.
ANJAKAN BANGUNAN DAN CUCUR ATAP RUMAH BANGLO 2 TINGKAT Hadapan
Sisi / Belakang RUMAH BANGLO 2 TINGKAT ANJAKAN BANGUNAN DAN CUCUR ATAP
2.1 MENYATAKAN SIMBOL DAN KOMPONEN DALAM LUKISAN KERJA 10 • 2.1.1 Simbol-symbol di dalam lukisan senibina • 2.1.2 Pelan Kunci • 2.1.3 Pelan Lokasi • 2.1.4 Pelan Tapak • 2.1.5 Pelan Lantai • 2.1.6 Pelan Bumbung • 2.1.7 Spesifikasi
PELAN KUNCI 11
PELAN KUNCI o Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot. o Kegunaannya untuk menujukkan arah ke tapak cadangan. o Komponen-komponen di dalam Pelan kunci : • Tapak cadangan • Bandar • Jalan • Saliran • Tanda arah utara o Ianya dilukis tanpa skala : Not To Scale
PELAN LOKASI 13
PELAN LOKASI o Menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut. o Komponen-komponen di dalam pelan lokasi : • Nombor lot tapak • Nombor lot jiran • Nama jalan menuju ke tapak (sekurangkurangnya tiga) • Nama banguna seperti sekolah, hospital yang berhampiran • Sempadan lot • Tanda arah utara • Parit monson atau sedia ada juga perlu dinyatakan.
PELAN TAPAK 15
PELAN TAPAK o Pelan tapak menerangkan tentang keluasan kawasan tapak bangunan yang dicadangkan serta kemudahan yang ada di dalam tapak tersebut seperti garaj, pagar, lanskap dan sebagainya. o Sebelum menghasilkan lukisan Pelan Tapak, geran tanah sesuatu lot tapak perlu dirujuk bagi mendapatkan lukisan Pelan Tapak yang tepat. o Geran tanah sesuatu lot tapak boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
PELAN TAPAK Komponen-komponen di dalam Pelan Tapak : • Pelan Lantai Bawah • Garis sempadan lot • Garisan anjakan bangunan • No lot tapak dan no lot jiran • Nama jalan / lorong • Saliran / Monsoon drain • Tanda arah utara • Manhole dan tangki septik (Lukisan Kerja 3) • Bekalan air (Lukisan Kerja 3)
PELAN TAPAK Contoh geran tanah JUPEM :
19 Cara menafsir Geran Tanah : Garis sempadan lot No lot tapak jiran Keluasan tapak Batu sempadan No lot tapak cadangan Dimensi lebar tapak Ukuran bearing tapak PELAN TAPAK
20 Melukis semula lukisan Pelan Tapak dari geran tanah ke dalam perisian Autocad. Masukkan ukuran bearing setiap satu sisi tapak dan ukuran lebar tapak : >darjah,minit,saat@jarak bearing Contoh Command : >36d17’00”@430.7 PELAN TAPAK
o Setelah Pelan Tapak siap dilukis mengikut lukisan di dalam geran tanah, lengkapkan Pelan Tapak tersebut mengikut senarai semak yang telah diberikan. o Lukisan Pelan Lantai perlu dimasukkan ke dalam lukisan Pelan Tapak. o Setelah lukisan Pelan Lantai siap, masukkan lukisan Pelan Lantai ke dalam Pelan Tapak berpandukan garisan anjakan bangunan yang telah dilukis. 21 PELAN TAPAK
PELAN LANTAI 22
o Pelan lantai ialah pandangan atas keseluruhan bangunan. o Paras pemotongan mendatar bangunan adalah 1 meter dari aras lantai. 23 PELAN LANTAI Aras lantai 1m
Paras pemotongan 24 PELAN LANTAI Ceilling level 1 st floor level Floor level Ground level 1 meter 1 meter
Contoh lukisan kerja pelan lantai aras bawah 25 PELAN LANTAI
Contoh lukisan kerja pelan lantai aras atas 26 PELAN LANTAI
Komponen-komponen di dalam pelan lantai aras bawah dan atas : • Grid • Bubble Grid • Garisan dinding • Kedudukan dan simbol pintu • Kedudukan dan simbol tingkap • Label pintu (D) • Label tingkap (W) • Garisan bumbung • Saliran kekal (longkang) dan arah aliran air longkang 27 PELAN LANTAI
Komponen-komponen di dalam pelan lantai aras bawah dan atas : • Garisan dimensi dan dimensi bangunan • Garisan Keratan X-X dan Keratan Y-Y • Nama Ruang • Jenis Kemasan Lantai • Aras Lantai • Nota Spesifikasi • Tajuk Pelan Lantai • Skala • Kedudukan lurang dan tangki septik 28 PELAN LANTAI
29 PELAN LANTAI Garisan Grid Bubble Grid Garisan Dinding
30 PELAN LANTAI Simbol Tingkap Simbol Pintu Label Pintu & Tingkap
PINTU • Merupakan bukaan pada dinding bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan itu. • Bahagaian pintu ada dua iaitu kerangka pintu dan daun pintu. • Saiz piawaian lebar pintu adalah 750, 900, 1000, 1500, 1800, 2000(mm) • Saiz piawaian tinggi pintu adalah 2100, 2400(mm) • Bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu : - kayu - logam - kaca - plastik 31
TINGKAP • Merupakan laluan keluar masuk udara dan cahaya ke dalam rumah. • Bahagaian pintu ada dua iaitu kerangka tingkap dan daun tingkap. • Saiz piawaian lebar tingkap adalah 600, 1200, 1800, 2400, 3000 (mm) • Saiz piawaian tinggi tingkap adalah 300-600(mm) tingkap top hung dan 1200-1800(mm) tingkap biasa • Bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu : - kayu - logam - kaca - plastik 32
33 PELAN LANTAI Garisan longkang & arah aliran air longkang Apron Dimensi
APRON/DRAIN • Apron merupakan laluan kaki lima tepi bangunan rumah dengan jarak di antara 500 hingga 1000mm. • Drain merupakan longkang untuk saliran air buangan atau hujan ke dalam tangka pembentungan. • Terdapat 2jenis longkang iaitu longkang konkrit dan longkang glaze. • Saiz piawaian longkang adalah 6” (300mm) atau 9” (450mm) 34
35 PELAN LANTAI Nama Ruang Aras lantai Simbol kemasan lantai / dinding / siling
36 PELAN LANTAI Leader Line Spesifikasi Garisan Keratan
TANGGA • Tangga merupakan perhubungan atau laluan turun naik setiap tingkat di dalam bangunan. • Landing adalah pelantar yang terdapat antara dua larian tangga. Jika anak tangga melebihi 16 anak tangga perlu ada pelantar. • Riser adalah ketinggian anak tangga. Ketinggian maksimum adalah 180mm. • Tread adalah jejak anak tangga. Lebar minimum adalah 255mm. • Railing adalah susur tangan dengan ketinggian 800-1000mm dari garisan anjur. 37
TANGGA • Terdapat 4 jenis tangga iaitu - tangga larian lurus - tangga suku pusingan - tangga separuh pusingan - tangga geometri 38
MANHOLE • Manhole adalah lurang periksa yang dibina pada aras tanah untuk memudahkan penyelenggaraan. • Terdapat 4 jenis lurang iaitu: - lurang cetek - lurang biasa - lurang dalam - lurang tirai belakang • Bahan yang digunakan dalam pembinaan lurang : - batu bata - konkrit • Saiz lurang adalah 450mm x 600mm dengan kedalaman 750mm hingga 900mm 39
Contoh lukisan kerja pelan bumbung 40 PELAN BUMBUNG
• Berfungsi untuk melindungi penghuninya daripada hujan, panas dan cahaya matahari. • Terdapat 2 jenis bumbung iaitu • Bumbung rata • Bumbung curam • Bumbung rata mempunyai kecerunan kurang daripada 10° • Bumbung curam mempunyai kecerunan lebih daripada 10° 41 BUMBUNG
• Penutup bumbung – bahan yang digunakan adalah atap genting, asbestos, metal deck, poli karbonat,zink dan konkrit. • RWDP adalah singkatan bagi Rain Water Down Pipe yang berfungsi sebagai paip pengumpulan air hujan daripada gutter. • Gutter adalah longkang saliran air hujan yang terdapat pada hujung cucur atap. • Fascia board adalah papan tumpu kasau yang terletak pada sebelah gutter bumbung dan berfungsi sebagai papan hiasan pada cucur atap. 42 BUMBUNG Gutter RWDP Fascia Board
• Struktur bumbung 43 BUMBUNG
• Struktur bumbung 44 BUMBUNG
45 PELAN BUMBUNG o Komponen-komponen di dalam pelan lantai aras bawah : • Grid • Bubble Grid • Dimensi • Garisan putus-putus dinding • Garisan bumbung • Garisan gutter • Arah aliran jatuhan air hujan • Kecerunan bumbung • Lorekan bumbung • Tajuk pelan bumbung • Skala o Sudut garisan bumbung bagi arah pandangan pelan adalah bersudut 45 darjah.
2.2 MENGHASILKAN SEMULA LUKISAN PELAN BAGI BANGUNAN KEDIAMAN 2 TINGKAT DENGAN KELUASAN LANTAI MAKSIMUM 200 METER PERSEGI DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN CADD 46 • 2.2.1 Pelan kunci (1Jam) • 2.2.2 Pelan Lokasi (1Jam) • 2.2.3 Pelan Tapak (2Jam) • 2.2.4 Pelan Lantai (5Jam) • 2.2.5 Pelan Bumbung (2Jam)
AMALI 2.0 LUKISAN PELAN 2.2.1 Pelankunci(1Jam) 2.2.2 PelanLokasi(1Jam) 2.2.3 PelanTapak(2Jam) 2.2.4 PelanLantai(10Jam ) 2.2.5 PelanBumbung(2Jam) 47
48 LUKISAN PELAN KUNCI/PELAN LOKASI/PELAN TAPAK Pelajar diminta untuk mewujudkan layers properties seperti dalam arahan dan lukis semula gambar yang diberikan.
PELAN KUNCI o Insert gambar pelan kunci ke dalam Perisian Autocad. o Dengan menggunakan layer Road, salin garisan dari gambar menggunakan polyline. o Dengan menggunakan layer River, salin garisan dari gambar menggunakan polyline. o Dengan menggunakan layer Text, tulis nama-nama bandar, pekan, kampung, laut. o Dengan menggunakan layer Wind Direction, buat garisan arah mata angina merujuk rajah yang diberi. o Dengan menggunakan layer Text, tuliskan tajuk dan skala. o Dengan menggunakan layer Proposed, buat garisan dan tulisan tapak cadangan.
PELAN LOKASI o Insert gambar pelan lokasi ke dalam Perisian Autocad. o Dengan menggunakan layer Road, salin garisan dari gambar menggunakan polyline. o Dengan menggunakan layer Text, tulis nama-nama jalan dan nombor-nombor lot dengan merujuk rajah yang diberi. o Salin arah mata angin dan tajuk/skala pelan kunci. Ubah tajuk/skala kepada pelan lokasi. o Dengan menggunakan layer Proposed, buat garisan dan tulisan tapak cadangan.