The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH E-JUARA SMK SEKSYEN SEBELAS 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nozeenony77, 2023-03-23 05:06:46

MAJALAH E-JUARA SMK SEKSYEN SEBELAS 2022

MAJALAH E-JUARA SMK SEKSYEN SEBELAS 2022

EDISI -26 e- juara 2022/2023


PEKARA MUKASURAT UCAPAN KATA ALUAN 3 MAKLUMAT SEKOLAH 13 DIARI 20 PROGRAM SEKOLAH 40 SUKAN 57 KELAB PERSATUAN 62 UNIT UNIFORM 74 GAMBAR KELAS 81 DORM 91 KARYA BAHASA MELAYU 102 KARYA BAHASA INGGERIS 109 TINGKATAN 5 2022 118 KANDUNGAN SMK SEKSYEN SEBELAS 2


3


4


5


6


7 Sekapur Sirih Seulas Pinang Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan Izin-Nya kita masih diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang telah Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMK SEKSYEN SEBELAS kerana menerbitkan majalah sekolah ‘’E-JUARA’’ edisi ke -26 bagi tahun 2022. Segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan untuk penerbitan bahan majalah ini adalah kejayaan besar yang dapat memaparkan aktiviti serta kejayaan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan pantulan cermin dan imej sesebuah sekolah. Ia merupakan salah satu medium penyampaian informasi kepada warga sekolah memenuhi aspirasi sistem dan murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Fasa Gelombang 3 PPPM, warga sekolah perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Tumpuan khusus menganjakkan pihak sekolah kepada pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat utama ialah membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu mencetusinovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. Usaha ini perlu digembleng secara menyeluruh dan memerlukan kerjasama guru, ibu bapa dan komuniti yang menjadi pemangkin untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan. Muridmurid pula perlu mengambil peluang yang telah disediakan secara bersungguh- sungguh dengan tekad dan keazaman yang tinggi supaya segala cita-cita akan dapat dicapai dengan cemerlang dan dapat bersaing dengan anak-anak bangsa lain di dunia. Akhir kata, saya berharap warga sekolah SMK SEKSYEN SEBELAS dapat meningkatkan komitmen, semangat kerjasama dan mendidik anak bangsa agar meraih kejayaan yang unggul, melahirkan insan yang berketrampilan dan seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat. Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya. AZMAN BIN MASHURI, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.


Kata ALU - aluan PENGETUA smk seksyen sebelas Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahatera. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T , selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga serta para sahabat. Dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan untuk menukilkan sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Majalah Juara pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi SMK Seksyen Sebelas yang terlibat dalam penerbitan Majalah E- Juara . Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi, sudah tentu majalah ini tidak dapat direalisasikan seperti yang dirancang. Warga SMK Seksyen Sebelas yang saya kasihi, Kejayaan penghasilan majalah secara digital ini memberikan makna yang besar kerana menerusi majalah sekolah kita dapat merakamkan suka duka peristiwa pahit manis yang mewarnai pengalaman warga sekolah . Selain itu, majalah ini juga turut merakamkan kejayaan yang dicapai oleh warga SMK Seksyen Sebelas sepanjang tahun 2022. Setiap kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik dan sukan merupakan hasil kerjasama yang padu antara warga sekolah. Pencapaian hebat dan gemilang yang kita kecapi kini merupakan satu manifestasi bahawa kita semua sentiasa berganding bahu, sederap mengatur langkah dan seia sekata bagi mencapai kecemerlangan. Kepada para guru, sekalung tahniah saya ucapan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak didik di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan walaupun sekolah berdepan dengan pelbagai cabaran. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak ini hebat dalam bidang sukan tetapi juga cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah, dan mempunyai jati diri yang utuh untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa kini. Saya percaya bahawa SMK Seksyen Sebelas sebagai Sekolah Sukan Negeri Selangor akan mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terkawal, terancang dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Akhir kata, tahniah dan syabas untuk semua warga SMK Seksyen Sebelas. Sekian terima kasih. MUKHTAR BIN ZAKARIA PENGETUA SMK SEKSYEN SEBELAS 8


KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK SEKSYEN SEBELAS Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi Majalah E-Juara edisi 26. Kejayaan ini merupakan sambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan makna yang besar kerana menerusi majalah sekolah, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman warga sekolah semasa berada di sekolah. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik maupun sahsiah. Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama melahirkan kejayaan anak-anak. Kejayaan dan komitmen yang tinggi ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anakanak sama ada dalam kurikulum maupun kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan mematuhi peraturan sekolah. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk pelajar yang pintar dan berakhlak baik. Akhirnya, saya mengharapkan SMK Seksyen Sebelas, Sekolah Sukan Negari Selangorsentiasa beroleh kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum dan menjadi sebuah sekolah sukan yang berprestasi tinggi dan terbaik di Malaysia. Sekian, Terima Kasih. Muhammad Azan Bin Mohd Arifin Yang Dipertua PIBG SMK Seksyen Sebelas Shah Alam 9


KATA ALU - ALUAN KETUA PENGAWAS SMK SEKSYEN SEBELAS Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu Dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu ,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Badan Redaksi E-Majalah JUARA 2022/2023 kerana memberi peluang kepada saya untuk mengisi ruang dengan mencoret sepatah dua kata dalam majalah ini. Dalam kesempatan ini, saya MUHAMMAD HAZIQ ADHA BIN SUHAIDI selaku Ketua Pengawas ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Badan Sidang Redaksi Majalah E-JUARA 2022/2023 yang telah berjaya menerbitkan Majalah E-Juara. Naskah yang dikenali sebagai Majalah EJUARA ini boleh dijadikan satu saluran bagi murid-murid SMK Seksyen Sebelas berkongsi karya mereka dan juga merupakan satu album yang tersimpannya kenangan serta memori yang terindah sepanjang tahun 2022/2023. Oleh itu, wajarlah kita menghargai penerbitan majalah pena sekolah kita. Memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua pengawas , tidak dinafikan jawatan ini mempunyai amanah, tanggungjawab dan komitmen yang amat tinggi. Terdapat banyak onak duri yang saya harus lalui semasa memikul tanggungjawab ini sama ada dalam kalangan rakan-rakan, pengawas mahupun guru-guru tetapi tanggungjawab ini adalah satu cabaran yang harus dilalui sebagai seorang ketua. Bak kata pepatah “umur hanyalah angka, pengalaman yang mematangkan kita”. Sesunguhnya, saya amat berbesar hati kerana pihak sekolah memberi kepercayaan dan harapan kepada saya dalam mengendalikan9Badan Kepimpinan Pengawas pada sesi 2022/2023. Tanggungjawab badan pengawas dalam memastikan disiplin murid dalam tahap terbaik agak kompleks, namun komitmen yang diberikan oleh para guru memastikan kami tetap komited dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Segala kritikan dan nasihat yang membina daripada semua pihak terhadap Badan Pengawas Sekolah amat kami titikberatkan dalam meningkatkan lagi kualiti Lembaga Pengawas SMK Seksyen Sebelas. Sebagai seorang murid juga, untuk menimba ilmu, kita perlulah menanamkan prinsip “a lack of knowledge creates fear, seeking knowledge creates courage” dan perlulah kita sebagai seorang pelajar bersungguhsungguh dan bukanlah mengharapkan kepada guru sahaja. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu kepada kami. Sekian, terima kasih KETUA PENGAWAS SMK SEKSYEN SEBELAS 10


KATA ALU - ALUAN KETUA BIRO SMK SEKSYEN SEBELAS Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam 1 Malaysia, 1 Ummah, Menjana Transformasi. Alhamdulillah, ucapan syukur saya panjatkan ke hadrat illahi yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan bersih daripada segala sifat kekurangan, juga selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S. A. W, contoh kepimpinan terbaik. Dengan semangat dan kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah S. W. T, dapat kita mengharungi liku-liku kehidupan sepanjang tahun 2022/2023 yang nyata penuh dengan onak dan duri serta cabaran yang tidak terhitung banyaknya dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Pada kesempatan yang amat berharga ini, saya MUHAMMAD NAZRAN ARIF selaku KETUA BIRO ASRAMA SMK Seksyen Sebelas ingin mengucapkan “ Mabruka A’la Najah ” kepada semua krew-krew sidang redaksi 2022/2023, terutama Puan Nozeenony yang merupakan Penaung Unit Sidang Redaksi kerana telah berhempas pulas dalam menerbitkan majalah Majalah E- Juara yang semestinya dihiasi dengan seribu satu imbauan suka dan duka yang dapat menggamit kenangan kepada warga SMK Seksyen Sebelas . Syabas dan “ Jazakumullahu Khairan Kathira ” buat krew-krew Sidang Redaksi. Sebagai pembuka bicara, saya berbesar hati untuk merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata. Warga SMK Sekyen Sebelas sekalian, kejayaan yang dicapai selangkah demi selangkah telah menggambarkan komitmen dan semangat yang jitu wujud dalam diri warga SMK Seksyen Sebelas . Dengan komitmen dan semangat inilah telah membawa SMK Sekyen Sebelas mencapai sebuah sekolah yang ideal dengan suasana yang kondusif untuk kegiatan akademik dan kokurikulum. Akhirulkalam, Saya ingin memohon seribu keampunan kepada warga SMK Seksyen Sebelas jika ada salah dan silap sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang Ketua Biro Asrama. Saya juga mewakili seluruh Biro Asrama ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan sewaktu kami menjalankan tugas. Saya juga berharap agar SMK Seksyen Sebelas dapat terus mencorak kegemilangan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih Ketua Biro Asrama 11


KATA ALU - ALUAN KETUA EDITOR MAJALAH E- JUARA SMK SEKSYEN SEBELAS Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dalam kesempatan ini,saya selaku Ketua Editor mewakili ahli Sidang Redaksi Majalah E- JUARA edisi ke-26 ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbicara sepatah dua kata dalam Majalah E-JUARA edisi ke-26 ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Sidang Redaksi Majalah E-JUARA 2022/2023, iaitu CIKGU NOZEENONY kerana telah banyak memberi bimbingan kepada kami. Kesudian pihak sekolah untuk memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya bagi profil menerajui tenaga kerja pada tahun ini amat saya hargai. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam proses penerbitan majalah tahun ini terutamanya Ahli Jawatankuasa (AJK) Majalah E-JUARA yang telah bertungkus lumus menyiapkan majalah . Tidak dilupakan kepada para guru yang banyak membantu AJK majalah sekolah dengan memberikan komitmen yang terbaik buat Majalah E- JUARA edisi ke-26. Saya selaku Ketua Editor seperti yang telah diamanahkan oleh guru berasa amat bangga dengan pencapaian yang hebat dalam mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan penerbitan Majalah E-JUARA sehingga ke edisi yang ke-26. Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru kepada generasi akan datang supaya meningkatkan mutu penerbitan majalah ini supaya menjadi majalah yang terbaik pada masa akan datang. Sebagai sebahagian daripada murid SMK Seksyen Sebelas, kami memahami betapa pentingnya majalah sekolah kepada murid - murid, terutamanya murid-murid Tingkatan 5. Selain ingin memenuhi agenda sekolah kami juga ingin menghasilkan majalah yang penuh dengan nostalgia indah dan kenangan abadi bersama seluruh warga SMK Seksyen Sebelas sewaktu belajar di sini. Akhir kata,diharapkan semoga Majalah E- JUARA ini menjadi memori terindah merungkai setiap detik di pentas SMK Seksyen Sebelas. Sekian, KETUA EDITOR MAJALAH E-JUARA 12


Maklumat sekolah SEJARAH SEKOLAH SMK SEKSYEN SEBELAS , Shah Alam dibina pada tahun 1989 dan siap dibina pada bulan Mac 1990. Sekolah ini merupakan sekolah harian berasrama . Tapak yang ada asalnya adalah untuk membina sekolah rendah dan menengah. Rancangan penubuhan SMK Seksyen Sebelas ini datangnya daripada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Dato Hussein Ahmad pada thun 1989. Pada masa yang sama pihak Jawatankuasa Pengurusan RAF/ MSSM/MSN dalam mesyuaranya bertarikh 15 Oktober 1989 telah melancarkan satu skim yang dipanggil Skim Pembangunan FAM/MSSM/MSN. Dengan persetujuan Pengarah Pendidikan, maka SMK Seksyen Sebelas telah dipilih sebagai Sekolah Bola Sepak Negeri Selangor . Hasil perbincangan antara pengarah JPNS dengan KPP-KPP JPNS, pihak FAM, FAS, MSSM, MSN dan pengetua pada bulan Julai 1990, maka beberapa keputusan telah dibuat. Dengan itu , SMK Seksyen Sebelas telah dibuka secara rasminya pada 11 ogos 1990 dan sekolah ini merupakan sekolah harian berasrama satu bidang sahaja. Waktu persekolahannya adalah dari jam 7.30 pagi hingga 2.50 petang. PROFIL SEKOLAH SMK SEKSYEN SEBELAS, Shah Alam terletak di dalam kawasan kawasan seluas 16.45 ekar dengan 5 blok utama yang menempatkan 27 buah bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik guru , bilik kaunseling, bilik jahitan,bilik masakan ,bilik pengawas, bilik sains sukan , bilik SPBT , kedai koperasi sekolah dan bilik menyimpan peralatan sukan. Di samping itu, terdapat sebuah pusat sumber yang mengandungi sebuah perpustakaan yang lengkap , sebuah bilik tayang dan sebuah bilik alat bantu mengajar , 3 buah makmal sains tulen , 2 makmal sains teras, 3 bengkel kemahiran hidup bagi kerja kayu dan logam dan makmal computer. Selain dari itu terdapat juga sebuah dewan serba guna , sebuah gelanggang serba guna, sebuah gelanggang hoki, sebuah kantin sebuah surau dan padang umum. Terdapat juga 4 blok asrama yang mampu menampung seramai 400 orang penghuni, sebuah dewan makan asrama, 4 buah rumah guru (warden) dan sebuah surau asrama. Semua kemudahan fizikal ini telah dapat membentuk suasana persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. LAGU SEKOLAH Mendukung visi mulia Bertekad menambahkan ilmu Membentuk peribadi gigih berusaha Membina insan berjiwa maju Seiring bergandingan Mencapai satu harapan Segala bidang pastikan cemerlang Kami tertap berjuang Pada agama bangsa dan negara Kami berikrar setia Budi Bahasa dan berkerja sama Menjadi amalan mulia Dengan bimbingan guru bijaksana Diiringi restu ayah dan bonda Majulah sekolah menengah Projek Berdisiplin Cergas Berilmu GUBAHAN: Mula dinyanyikan pada tahun iaitu 7 tahun selepas sekolah dibuka secara rasmi. SMK SEKSYEN SEBELAS,SHAH ALAM SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR • Warna latar merah dan kuning ialah warna rasmi bendera Negeri Selangor. • “Home Of The Champions” membawa maksud sekolah ini melahirkan atlet yang bertaraf dunia. • 11 bintang pada logo melambangkan 11 komponen kecergasan yang perlu dicapai oleh seorang atlet dan membawa imej SMK Seksyen Sebelas. • Perisai melambang kekuatan yang ampuh menghadapi segala cabaran • Imej burung helang putih melambang kelajuan, ketangkasan, ketajaman dan gagah di angkasa. • 5 bintang di atas perisai menggambarkan seseorang atlet perlu bekerja keras untuk mencapai tahap bintang serta menjadikan rukun negara sebagai prinsip jati diri. MASKOT SEKOLAH SUKAN SELANGOR LOGO SMK SEKSYEN SEBELAS, SHAH ALAM • Telah direka oleh seorang murid pada awal pembukaan sekolah ini. Lencana yang menarik ini mempunyai maksud tersendiri disebalik imej yang tertera. • Imej orang berlari dan buku menunjukkan keseiringan murid dalam kedua dua bidang sukan di SMK Seksyen Sebelas iaitu akademik dan sukan • Warna merah melambangkan kesungguhan dalam menghadapi cabaran. • Warna kuning menunjukkan kesetiaan kepada raja yang berdaulat dan bersedia menerima peraturan serta tanggungjawab ke arah keharmonian. • Warna hijau melambangkan akhlak dan moral berasaskan agama 13


BIODATA PENGETUA Nama : Mukhtar bin Zakaria Umur : 56 tahun Tarikh Lahir : 27 Oktober 1966 Tempat Lahir : Kuala Nerang, Kedah Bilangan Adik Beradik : 8 orang Status : Berkahwin Nama Pasangan : Putri Lily Suraini binti Baharuddin Bilangan Anak : 5 orang Hobi : Bersukan , beriadah Pendidikan Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah. Pendidikan Menengah : 1. Sekolah Menengah Dato Syed Ahmad. 2. Kolej Sultan Abdul Hamid. Pendidikan Tinggi : 1. Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak (UM) 2. Ijazah Sarjana Muda PBMP (UPM) Moto diri : Jom Banyakkan Selawat Sesaran dalam kerjaya : Sempurnakan Amanah Sebaik Mungkin Kata - kata semangat bagi murid- murid SMK Seksyen Sebelas : Dengan kerja yang keras dan doa, anda boleh mengubah dunia 14


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PENERIMA 1 NAMA: SAFROL HISYAM BIN MUSTAPA GRED: DG 48 PENDIDIKAN TERTINGGI: IJAZAH SARJANA MUDA OPSYEN: BAHASA MELAYU PENGALAMAN MENGAJAR: 22 TAHUN MOTO DIRI: INTERGITI KUNCI KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT PENERIMA 2 NAMA: ASMAH BINTI MOHD YUSOF GRED: DG 48 PENDIDIKAN TERTINGGI: IJAZAH SARJANA MUDA KEJUTERAAN BAHAN (KEPUJIAN) OPSYEN:` TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENGALAMAN MENGAJAR: 19 TAHUN MOTO DIRI: USAHA & TAWAKKAL. PENERIMA 3 NAMA: AHMAD FAUZI BIN ABD RAHMAN GRED: 41 PENDIDIKAN TERTINGGI: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN OPSYEN: PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN PENGALAMAN MENGAJAR: 5 TAHUN MOTO DIRI: JATUH KALI KE 7, BANGUNLAH KALI KE 8 PENERIMA 4 NAMA: SITI NOOR ZALIZA BINTI NORDIN GRED: N11 PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM JAWATAN: PEMBANTU OPERASI PENGALAMAN BERKHIDMAT: 15 TAHUN MOTO DIRI: JADI DIRI SENDIRI 15


16


17


18


ANALISIS SPM PENCAPAIAN SETIAP MATA PELAJARAN SPM 2021 Bil Subjek 2021 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris 3 Pendidikan Islam 4 Pendidikan Moral 5 Sejarah 6 Matematik 7 Sains 8 Pendidikan Seni Visual 9 Matematik Tambahan 10 Perniagaan 11 Reka Cipta 12 Fizik 13 Kimia 14 Biologi 15 Sains Sukan Bil Nama Program Penyelaras 1 TUITION RAKYAT SU KURIKULUM 2 TEKNIK MENJAWAB SPM KETUA PANITIA 3 CAKNA SPM PUAN SUGANTHI 4 KEM AKADEMIK SPM SU KURIKULUM 5 GERAK GEMPUR GKMP 6 INTERVENSI GKMP 7 BENGKEL KERJAYA KAUNSELOR 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 96.97% 98.44 100% 74.63% 98.36% 90.00% 100% 100% 19 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TAHUN 2022


DAIRI MAC 28 MESYUARAT AGUNG 1M1S 30 MESYUARAT AGUNG BB 1 31 MESYUARAT AGUNG KP 1 APRIL 1 MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 4 TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM 5 TEKNIK MENJAWAB SAINS PT3 /GOTONG ROYONG KELAS 6 TEKNIK MENJAWAB KIMIA SPM 20 PERJUMPAAN 1M1S 4 21 TEKNIK MENJAWAB P.ISLAM SPM 22 TEKNIK MENJAWAB B. INGGERIS PT3/ PERJUMPAAN BB 6 23 TEKNIK MENJAWAB B. INGGERIS SPM/ PERJUMAPAAN KP 4 JULAI 4 PROGRAM BIJAK AMALAN BAHASA ( PROBEB) TINGKATAN 1-5/PERJUMPAAN 1M1S 5 6 TEKNIK MENJAWAB KIMIA SPM/ PERJUMPAAN BB 7 7 PERJUMPAAN KP 5 12 ACARA PADANG 13 ACARA PADANG 14 RAPTAI KEJOHANAN SUKAN 15 KEJOHANAN SUKAN 18 KARNIVAL SEBELAS/ PERJUMPAAN 1M1S 20 PERJUMPAAN BB 8 21 PERJUMPAAN KP 6 25 PERJUMPAAN 1M1S 7 27 PERJUMPAAN BB 9 28 PERJUMPAAN KP 7 20


DAIRI OGOS 1 PERASMIAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN BULAN BAHASA 2 PROGRAM PROJEK KRAF ( OGOS3 NOVEMBER) TINGKATAN 1-5 4 BENGKEL PENULISAN KERJA KURSUS TINGKATAN 4/ PELAKSANAAN AMALI KERJA PROJEK SAINS SUKAN TINGKATAN 4(OGOS -OKTOBER) 8 TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 15 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN T4 & T5 BERMULA 22 PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN T1-T3 BERMULA 25 PROGRAM BERSAMA POLIS( UNIT DISIPLIN) 29 TEKNIK MENJAWAB FIZIK SPM( KERTAS 3)/ AMALAN TERPUJI( KAUNSELING) 30 SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN SEPTEMBER 12 PERJUMPAAN 1M1S 8 14 PERJUMPAAN BB 10 15 PERASMIAN DAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN/ PERJUMPAAN KP 8 19 AMALAN TERPUJI(KAUNSELING)/PERJUMPAAN 1M1S 9 21 PERJUMPAAN BB 11 22 PERJUMPAAN KP 9 26 TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN SENI VISUAL (SKOR A PSV) SPM/ PERJUMPAAN 1M1S 27 TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM PERFECT SCORE A+ BIOLOGI( SEPT-NOVEMBER) 28 PERJUMPAAN BB 12 29 PERJUMPAAN KP 10 30 HARI ANUGERAH KECERMELANGAN AKADEMIK 2022 OKTOBER 4 AMALAN TERPUJI( KAUNSELING)/ 5 PERJUMPAAN 1M1S 11 17 PENTAKSIRAN T3/ PERJUMPAAN 1M1S 12 20 PERJUMPAAN KP 12 26 RAPTAI MASKOH 28 MAJLIS ANUGERAH HEM/ MASKOH 31 KERJAYA( UNIT KAUNSELING) 21


DAIRI NOVEMBER 2 TEKNIK MENJAWAB REKA CIPTA SPM 7 PROGRAM MOTIVASI SPM/ DISIPLIN ASRAMA 14 PEPERIKSAAN PT3/ KARNIVAL KERJAYA ( KANSELING)/ PROGRAM SUKAN ATLET 15 PROGRAM SUKAN ATLET 16 PROGRAM SUKAN ATLET 19 TEKNIK MENJAWAB PERNIAGAAN SPM 21 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DISEMBER 1 AMALAN TERPUJI(KAUNSELING)/ PROGRAM 2 TERAPI ATLET 6 PROGRAM MOTIVASI ATLET 7 PROGRAM MOTIVASI ATLET 8 PROGRAM MOTIVASI ATLET JANUARI 2023 9 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 16 PEPERIKSAAN SUMATIF AKHIT TAHUN T1 &T2 FEBUARI 6 TEKNIK MENJAWAB SAINS SUKAN SPM 22


2 3 S


SIDANG REDAKSI JUARA (MURID) 2022 NADIA KHALEEDA BINTI MOHD KHALID PENOLONG KETUA EDITOR 3 AIN NATASHA SOFEA BINTI NOOR SAKRI PENOLONG KETUA EDITOR 2 ADLYN SAFIAH BINTI ABDUL SAMAH PENOLONG KETUA EDITOR 1 FARISYA AMIRAH BINTI SHARIZAL IZANI KETUA EDITOR MUHAMMAD DANIAL BIN MUHAMMAD YUSRY AJK UNIT FOTOGRAFI SYLNAVERA ELSIE SOVILTAR AJK KOKURIKULUM SOFEA MAISARAH BINTI MOHD NORDDIN AJK DATA SUKAN SAMPPREETA A/P RAVICHANDRAN AJK KOKURIKULUM 24


SIDANG REDAKSI JUARA (MURID) 2022 NUR AIN NABILAH BINTI YUSRI AJK KARYA KREATIF BAHASA MELAYU SYARIFAH PUTRI NUR ELLYSHA BINTI HASMIN HAIMY AJK KARYA BAHASA INGGERIS NUR AZWANEEZA MARYA BINTI YUSLIMAN AJK DATA AKADEMIK HAZIQAH RAIHANA BINTI JOMIZAL AJK DATA AKADEMIK NUR ADLEENA DARINA BINTI MUSTAZA ARIFF AJK DATA SUKAN SITI NUR SHAFIQA BINTI NOOR ZAKRI AJK IKLAN DAN PENAJAAN THAQIF NOR HAQEEM BIN ROZHAN AJK KARYA BAHASA INGGERIS 25 ADI ATIQAH BINTI AHMAD AKHTAR AJK IKLAN DAN PENAJAAN


GURU SMK SEKSYEN SEBELAS, SHAH ALAM 26


KAKITANGAN SOKONGAN 27


PENGURUSAN MUKHTAR BIN ZAKARIA PENGETUA LIZA DHALIA BINTI MOHD RAMLI PK PENTADBIRAN ROZHAN BIN ZAKARIA PENOLONG KANAN HEM SALWANI BINTI SELAMAT PK KOKURIKULUM NORHAYATI BINTI SAAD GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL SUFIDA BINTI ABD LATIF GKMP BAHASA SUZILA BINTI SHAFIEE GKMP SAINS DAN MATEMATIK HAMIZAD BIN SUFIN GKMP KEMANUSIAAN SEHINGGA 2 JANUARI 2023 MUNIRAH BINTI ABU RAZAK GKMP KEMANUSIAAN MULAI 3 JANUARI 2023 KAMARUDDIN BIN AHMAD PK SUKAN 28


BIDANG SAINS DAN MATEMATIK SUZILA BINTI SHAFIEE GKMP SAINS DAN MATEMATIK MULAI 25 OKTOBER 2022 NORLINDA BINTI MOHD JOHAN GKMP SAINS DAN MATEMATIK SEHINGGA 31 OGOS 2022 SUGANTHI A/P SUBRAMANIAM KETUA PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN AIMI SHAZWANI BINTI AZIZAN KETUA PANITIA BIOLOGI ASMAH BINTI MOHD YUSOF NOR MAISARAH BINTI MOHD ARBAAI MOHAMAD SAIFULLAH BIN TK HASSAN SYAZWANA BINTI SARDI KETUA PANITIA KIMIA NUR FARHANAH BINTI MUSTAPA HARLINA BINTI AHMAD ZAINAH BINTI IBRAHIM KETUA PANITIA MATEMATIK SAZRINI BINTI SULAIMAN NUR FAKHRIAH BINTI HARUN KETUA PANITIA FIZIK MAIMON BINTI YUSOFF 29 NOZEENONY BINTI SEPIANI KETUA PANITIA SAINS


BIDANG BAHASA LIZA DHALIA BINTI MOHD RAMLI SUFIDA BINTI ABD LATIF GKMP BAHASA RAJA SHAHRUL BARIAH BINTI RAJA BANIAMIN KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS NURUL FATIHAH AISYAH BINTI GHAZALI KETUA PANITIA BAHASA MELAYU ROZHAN BIN ZAKARIA HANI NAZIFA BINTI AHMAD MARZUKI FREEDA SHARMINI A/P JOHN DASS SAFROL HISYAM BIN MUSTAPA SARAWATIHASLINDA BINTI ABDUL WAHID 30


BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL HANI NAZIFA BINTI AHMAD MARZUKI KETUA PANITIA PENIAGAAN MOHAMAD SAIFULLAH BIN TK HASSAN NORHAYATI BINTI SAAD GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL MAIMON BINTI YUSOFF MOHD AZIZEE BIN TAIB KETUA PANITIA REKACIPTA KETUA PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER NOR MAISARAH BINTI MOHD ARBAAI WAN NORSURYATI BINTI WAN SALLEH KETUA PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI 31


BIDANG KEMANUSIAAN HAMIZAD BINTI SUFIN GKMP KEMANUSIAAN SEHINGGA 2 JANUARI 2023 NORZILA BINTI YUSOF KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ROSNAH BINTI RAHMAT KETUA PANITIA GEOGRAFI NOR AZLINA BINTI SAAD KETUA PANITIA PENDIDKAN ISLAM HARLINA BINTI AHMAD MUNIRAH BINTI ABU RAZAK GKMP KEMANUSIAAN MULAI 3 JANUARI 2023 32 NUR FARAHIN BINTI HALIM KETUA PANITIA SAINS SUKAN MOHD HELMI BIN ZAINUDIN KETUA PANITIA GEOGRAFI SITI MAISARA BINTI SAIB KETUA PANITIA PENDIDKAN SENI DAN VISUAL MOHD SAIFUL AZLAN BIN CHE DAUD SALWANI BINTI SELAMAT MOHD SHAHRIM BIN MOHD AZHAN NURUL FATIHAH AISYAH BINTI GHAZALI MOHAMAD SAIFULLAH BIN TK HASSAN


KELAB GURU DAN KAKITANGAN AIMI SHAZWANI BINTI AZIZAN SITI NURSHAMIMI BINTI ABDUL KADIR NUR FAKHRIAH BINTI HARUN NUR FARAHIN BINTI HALIM BENDAHARI HARLINA BINTI AHMAD NAIB PENGERUSI MOHD HELMI BIN ZAINUDIN SYAZWANA BINTI SARDI ZAINAH BINTI IBRAHIM RAJA SHAHRUL BARIAH BINTI RAJA BANIAMIN NORIHAN BINTI MUSA PENGERUSI ANIS NAZIHA BINTI RAUF HAMIZAD BIN SUFIN PENASIHAT 33 SITI MAISARA BINTI SAIB


MUHAMAD AZAN BIN MOHD ARIFFIN YANG DIPERTUA PIBG MOHD KHALIL BIN MD. NOM NAIB YANG DIPERTUA PIBG00:17 AM FUAD BIN RAMLAN AJK PIBG (IBUBAPA) NAZRINA BT MOHD NAZIR AJK PIBG (IBUBAPA) NORHAYATI BT RAMLI AJK PIBG (IBUBAPA) DARSHINI A/P RAMACHANDARAN AJK PIBG (IBUBAPA) MUKHTAR BIN ZAKARIA EX OFFICIO PIBG MAIMON BINTI YUSOFF BENDAHARI PIBG NUR FARAHIN BINTI HALIM SETIAUSAHA PIBG 34


IHSAN BIN MOHAMAD AJK PIBG( IBUBAPA) RAHAYU BT ISMAIL AJK PIBG (IBU BAPA) AZRI BIN BAHARI AJK PIBG ( IBUBAPA) MOHD NAZARIE MHD JAINI AJK PIBG ( GURU) MOHD JEFRY BIN ABDUL MANAP AJK PIBG ( GURU) MOHD SHARIL BIN AB RAHMAN AJK PIBG ( GURU) MOHAMAD FAZLI BIN MOHD ISAMUDDIN AJK PIBG ( GURU) ROSNAH BINTI RAHMAT AJK PIBG ( GURU) NORHAYATI BINTI SAAD AJK PIBG ( GURU) 35


KOPERASI Barisan hadapan dari kiri: Sufida binti Abdul Latif, Liza Dhalia binti Mohd Ramli, Mukhtar bin Zakaria, Hamizad bin Sufin dan Nor Hayati binti Saad. Barisan kedua dari kiri: Rosnah binti Rahmat, Sazrini binti Sulaiman, Nur Fakhriyah binti Harun, Mohd Saifullah bin Tk. Hassan, Nor Azlina binti Saad, Maimun binti Yusoff, dan Harlina binti Ahmad. Barisan ketiga dari kiri: Mohammad Sufian bin Azim, Muhammad Aiman Danial bin Abd Moloh, Muhammad Hazim Aiman bin Mohd Muhadir, Tiejashre Anatharaw dan Azzahra Mohaisy binti Abdullah. SPBT Barisan hadapan dari kiri: Sufida binti Abdul Latif, Liza Dhalia binti Mohd Ramli, Mukhtar bin Zakaria, Hamizad bin Sufin dan Nor Hayati binti Saad. Barisan kedua dari kiri: Syarifah Putri Nur Ellysha binti Hasmin Haimy, Nur Umairah Syahmina binti Mohd Ab Hadi, Puan Wan Norsuryati binti Wan Salleh, Puan Suganthi A/P Subramaniam, Puan Nur Fakhriyah binti Harun, Nur Fatihah Izzati binti Mohd Pazli dan Nur Fatrisya Aulia binti Muhammad Fairus. Barisan ketiga dari kiri: Zainur Ammar Danish bin Zainal Abidin, Wan Muhamad Zharfan bin Wan Zakaria, Shafiq Harraaz bin Samsudin dan Thaqif Norhaqeem bin Rozhan. 36


PENGAWAS 2021/2022 37


PENGAWAS PUSAT SUMBER 38


EXCO asrama 2022 3 9


PROGRAM SEKOLAH SMK SEKSYEN SEBELAS , SHAH ALAM 40


Majlis Khatam Al- Quran dan Penutupan Program Ihya' Ramadhan. Tarikh : 27 April 2022 Hari : Rabu Tempat : Bilik guru Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Melahirkan warga sekolah yang celik al-quran, beriman, beramal dan bertaqwa. • Memastikan murid-murid khatam Al-Quran. 41


MAJLIS AKU JANJI DAN PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM 2022 Tarikh : 6 Mei 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid tingkatan 5 Objektif : • Membincangkan prestasi akademik murid dengan ibubapa. • Melibatkan ibubapa untuk memantau akademik & program peningkatan prestasi anak-anak. • Menetapkan target keputusan SPM. 42


Majlis Watiqah Pelantikan Unit TRUST (MPM/MPA/MPK) & PPSS 2022 Tarikh : 13 Mei 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Mengiktiraf barisan pengawas sekolah , exco asrama dan pengawas pusat sumber sesi 2022/2023 kepada sekolah. 43


Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2022 Tarikh : 20 Mei 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Mengeratkan silaturahim antara warga pendidik dan semua murid. • Menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal. 44


Hari Penyerahan Keputusan SPM 2021 Tarikh : 16 Jun 2022 Hari : Khamis Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Calon SPM 2021 dan guru Objektif : • Memberi penghargaan kepada pelajar di atas usaha yang telah mereka lakukan sepanjang tahun di dalam bidang akademik. 45


Larian Sebelas 2022 Tarikh : 24 Jun 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas • Memupuk semangat Kerjasama dikalangan warga sekolah kebangsaan seksyen sebelas . 46


Kejohanan Olahraga Kali ke- 23 Tarikh : 8 Julai 2022 Hari : Jumaat Tempat : Stadium USJ 23 Sasaran : Semua murid Objektif : • Menghargai dan mengiktirafkan kebolehan dan prestasi murid dari setiap pasukan. • Mendorong semua warga sekolah berkerja keras kea rah mencapai kecemerlangan. 47


Majlis Perpisahan Cikgu Norihan,Cikgu Anis, Cikgu Masita dan Cikgu Husni Tarikh : 22 Julai 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Mengenang jasa guru-guru tersebut sepanjang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen Sebelas. 48


Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tarikh : 5 Ogos 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Menanam sikap kasih sayang dan cinta akan sekolah dan negara. • Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara. 49


Majlis Apresiasi Gemilang Sebelas 2021 Tarikh : 2 September 2022 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Juara Bestari Sasaran : Semua murid dan guru Objektif : • Menghargai potensi murid-murid dalam belbagai bidang . • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang cemerlang. • Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang. 50


Click to View FlipBook Version