Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah Melahirkan Ulul Albab Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah Melahirkan Ulul Albab Majlis Menandatangani Surat Hasrat Untuk MoA Antara KITAB Pulau Pinang - WISE University Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) KITAB Pulau Pinang - Universiti al-Azhar, Mesir Utama di KITAB Keluaran 5 . Disember 2023 Majlis Menandatangani MoA Antara KITAB Pulau Pinang - WISE University - m/s 14 Majlis Menandatangani MoU Antara KITAB Pulau Pinang - Uni. al-Azhar - m/s 11 Seminar Malaysia Madani Peringkat negeri Pulau Pinang 2023 - m/s 5 Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Asrama KITAB Pulau Pinang - m/s 7 Majlis Penganugerahan Tokoh Ulul Albab Syed Syeikh Al-Hady 2023 - m/s 10
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah serta syukur dilafazkan di atas peluang dan kesempatan untuk Lensa KITAB dilahirkan sekali lagi menemui pembaca. Lensa KITAB keluaran 5 ini menghimpunkan perjalanan KITAB bermula bulan November 2022 sehingga Disember 2023. Penghargaan penuh ketulusan kepada seluruh ‘team’ editor yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi. Kerja keras dan komitmen yang diperlihatkan oleh setiap individu dalam ‘team’ editor adalah luar biasa, dan kejayaan terkini yang telah dicapai adalah hasil daripada usaha bersama. Usaha yang tidak pernah henti dalam mendapatkan, mengumpulkan serta merangkumkan segala maklumat yang diperolehi amatlah bermakna sehingga ia dapat dibukukan dan diterbitkan sebagai Lensa KITAB keluaran ke 5. Keterlibatan usaha-usaha ini bukan sekadar daripada jawatankuasa editor semata, bahkan ianya melibatkan semua kakitangan KITAB umumnya yang dilihat berperanan serta berkongsi maklumat-maklumat tertentu tentang perjalanan KITAB melalui program- program yang telah dijayakan. "Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah". Begitulah diibaratkan keluarga KITAB yang dilihat seragam sebahu dan menyepakati segenap aspek dalam memastikan kelangsungan KITAB untuk terus maju dan terkehadapan dalam arena pendidikan. Terima kasih. PENASIHAT: Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol Rektor KITAB/ Ketua Eksekutif PENGERUSI: Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Akob Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan SETIAUSAHA: En. Muhammad Hazim bin Ahmat Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat KETUA EDITOR: Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil Ketua Pusat Komunikasi Korporat PENOLONG KETUA EDITOR: Ustazah Nur Fazihan Izyani binti Subohi Pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum GRAFIK: Muhamad Safwan bin Khusairi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Ustazah Nur Fazihan Izyani binti Subohi Pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum AHLI JAWATANKUASA EDITOR: Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil Ketua Pusat Pembangunan dan Kelestarian Institusi Pn. Wan Nurfariza binti Wan Mazlan Ketua Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan Pn. Nurul Syifa binti Zulkifli Pensyarah Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan En. Abhar Hazi bin Halim Penolong Pegawai Tadbir Editor Jawatankuasa Tinta Keluaran 5 . Disember 2023 Editor
KENALI REKTOR KITAB KE 6 Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UniSHAMS bermula pada tahun 2006 di Kulliyyah Muamalat dan juga di bawah Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER), UniSHAMS. Semasa di UniSHAMS beliau telah memegang beberapa jawatan penting pentadbiran termasuk sebagai Timbalan Dekan Kulliyyah Muamalat, Dekan Kulliyyah Muamalat dan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa serta Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah dan Penyelidikan. Pada 1 September 2023 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Akademik merangkap Pemangku Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Tanggal 1 Disember 2023 merupakan tarikh keramat buat beliau apabila telah dilantik dan diberi mandat sebagai Rektor/ Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang ke 6 oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Tanggal 1 September 2023, YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol telah dilantik sebagai pemangku rektor berikutan YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid telah menamatkan perkhidmatannya sebagai rektor. Bermula 1 Disember 2023, secara rasmi beliau telah dilantik sebagai Rektor/ Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang oleh Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang. Pada 17 Oktober 2023, turut menyaksikan pertukaran kepimpinan baharu di Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dengan pelantikan Mantan Rektor KITAB Pulau Pinang ke-5 iaitu Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi menerajui kepimpinan baharu penggal ini. KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd. adalah merupakan anak syarikat MAINPP yang ditubuhkan bagi mewujud dan mengawal selia KITAB berdasarkan Akta 555 IPTS. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebagai Pengerusi Pengelola KITAB iaitu lembaga yang mengelola KITAB berdasarkan Perlembagaan KITAB yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Keluaran 5 . Disember 2023 KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN BAHARU LensaKITAB 3
Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, lafaz puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmat, kurniaan dan limpah kasih-Nya terhadap nikmat peluang dan ruang untuk terbitan lensa kali ke lima (5) ini. Kejayaan menerbitkan Lensa KITAB ini merupakan hasil yang patut dihargai, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa ediotr dan warga kerja KITAB yang terlibat dalam proses ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam memastikan KITAB terus melangkah maju. Tidak lupa penghargaan buat seluruh warga kerja KITAB dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) atas komitmen yang kukuh, keprihatinan dan kesungguhan dalam membangunkan pendidikan tinggi di KITAB Pulau Pinang sehingga berjaya memperolehi penarafan Myquest berdaya saing bagi status institusi pengajian tinggi swasta. Melalui perancangan strategik KITAB yang telah digagaskan, kita dapat menyaksikan hala tuju KITAB Pulau Pinang yang semakin mantap menuju visi kecemerlangan, khususnya menjelang tahun 2030. Perancangan strategik yang terarah dan holistik adalah kunci untuk memastikan KITAB Pulau Pinang terus memainkan peranan yang penting dalam mengejar keunggulan pendidikan demi merealisasikan visi KITAB untuk menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam Pilihan dan Pusat Kecemerlangan Islam yang dirujuk di rantau Asia Tenggara serta diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Terima kasih kepada semua pihak yang terus bermuafakat dan bekerjasama bagi memastikan KITAB sebagai pusat pendidikan unggul. Sekian, terima kasih. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol REKTOR/KETUA EKSEKUTIF KITAB Secawan Teh... Keluaran 5 . Disember 2023 4 LensaKITAB Secangkir Kopi... PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KITAB Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah di atas terbitan Lensa KITAB kali ke lima (5) ini. Tahniah kepada Jawatankuasa yang terlibat dan berusaha keras bagi memastikan Lensa KITAB kembali diterbitkan menemui pembaca. Sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB, saya akan terus memberi sokongan dan fokus terhadap pembangunan KITAB untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjadikan KITAB sebagai hub pendidikan antarabangsa sehingga dapat mencapai matlamat KITAB menjadi sebuah pusat kecemerlangan Islam terpilih di rantau Asian menjelang 2030. Demi memastikan KITAB terus terkedepan dalam bidang pendidikan, maka hasrat membangunkan Kampus Bandar Cassia Batu Kawan tidak pernah dilupakan dan akan terus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya yakin dan percaya, jalinan dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta KITAB akan membawa kejayaan luar biasa bahkan mampu merealisasikan pelan strategik KITAB Pulau Pinang dan memastikan halatuju KITAB untuk menjadikan KITAB sebagai ‘Smart City Campus’ di Bandar Cassia Batu Kawan menjelang 2030 bakal terlaksana dan menjadi penanda aras bagi pencapaian lebih tinggi dalam bidang pendidikan di masa hadapan selaras dengan visi Penang 2030 iaitu ke arah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Sejauh perjalanan kita bersama sebagai keluarga KITAB, saya telah menyaksikan sumbangan dan komitmen mereka yang sentiasa memastikan kecemerlangan dan pembangunan KITAB dengan usaha tanpa henti. Justeru, terima kasih kepada semua yang terlibat dan teruskan usaha untuk kecemerlangan pendidikan di KITAB. Semoga usaha kita diberkati dan mendapat reda Allah S.W.T. Wassalamualaikum W.B.T dan terima kasih. YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
MAJLIS MENANDATANGANI MOU KITAB PULAU PINANG - UNIVERSITI AL-AZHAR 17 Disember 2023 Majlis ini merupakan sebahagian daripada Lawatan Kerja Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Mesir yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. MoU ini merupakan hasil kunjungan kali pertama YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid yang ketika itu sebagai Rektor KITAB pada tahun 2022 yang lalu. Antara fokus MoU adalah berkaitan pengiktirafan pemindahan kredit Diploma KITAB untuk melanjutkan pengajian Ijazah pertama di Universiti al-Azhar terus ke tahun ketiga yang hanya melibatkan dua tahun pengajian daripada empat tahun keseluruhannya. Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam bidang akademik dan penyelidikan oleh YBhg. Prof Dr. Salamah Dawood, Presiden Universiti Al-Azhar dengan YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Rektor KITAB dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dan TYT Ambassador Zamani Ismail, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir. Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 5
JELAJAH MESIR ZIARAH RUMAH PELAJAR PULAU PINANG DI REPUBLIK ARAB MESIR 18 DISEMBER 2023 - Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB sempat meluangkan masa bersama mahasiswa mahasiswi Pulau Pinang dalam satu wacana program yang bertajuk Masa Depan Graduan al-Azhar, antara Impian dan Harapan telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Negeri (BKAN) Pulau Pinang di rumah Anak Negeri Pulau Pinang bertempat di Hayyu Sabi’. Wacana ini telah menghimpunkan empat (4) Ketua agensi-agensi di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 antaranya MAINPP, KITAB, ZPP dan WPP iaitu Dato’ Roshidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB, Dato’ Amran bin Hazli, CEO Zakat Pulau Pinang dan Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, CEO Wakaf Pulau Pinang. Wacana ini diakhiri dengan sesi penggulungan dan kesimpulan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Antara intipitati wacana tersebut ialah perlunya kepada kesatuan dan perpaduan dikalangan mahasiswa/wi Pulau Pinang ke arah kebersamaan bersama kerajaan Negeri dalam memacu pendidikan tinggi ke arah mencapai inspirasi Malaysia MADANI selaras dengan visi Penang 2030 iaitu menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri Pintar dan Hijau berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. 18 Disember 2023 - Alhamdulillah ketibaan delegasi kerajaan negeri Pulau Pinang di Amman, Jordan yang diketuai oleh YB. Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP. Turut hadir dalam pertemuan ini Dato' Dr. Roslan Bin Ahmad Timbalan YDP MAINPP, Rektor KITAB Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol dan ketua-ketua agensi MAINPP. JJEELLAAJJAAHH JJOORRDDAANN Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 6 LensaKITAB
JELAJAH JORDAN 18 Disember 2023 - Pertemuan dalam majlis ramah mesra delegasi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama-sama dengan mahasiswa/siswi universiti-universiti sekitar Jordan. Lebih daripada 60 orang mahasiswa/siswi telah dihimpunkan. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua agensi-agensi di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 iaitu Dato’ Roshidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB, Dato’ Amran bin Hazli, CEO Zakat Pulau Pinang dan Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, CEO Wakaf Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan sesi penggulungan dan kesimpulan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. LAWATAN KE MADAREK, AMMAN JORDAN 21 Disember 2023 - YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB telah dijemput ke MADAREK, Amman, Jordan diiringi oleh Prof. Dr. Musa Qudah dan Prof. Madya Dr. Amjad Rasheed yang masing-masing merupakan pensyarah Universiti WISE, Amman Jordan. YBhg. Rektor dibawa melihat sekitar pusat pengajian dan pusat penyelidikan berkaitan ilmu hadith sementara pelajar-pelajar di MADAREK sedang menyiapkan jalur sanad-sanad dalam ilmu hadith untuk dibukukan dan diterbitkan bagi tujuan bacaan umum. Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 7
21 DISEMBER 2023 - Majlis menandatangani surat hasrat (Letter of Intention) untuk Memorandum of Agreement (MoA) bagi menempatkan Program Ijazah Sarjana Muda dari The World Islamic Science Education (WISE), Amman, Jordan di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang secara program kerjasama WISE - KITAB. Majlis menandatangani Surat Hasrat ini telah diwakili oleh Presiden Universiti WISE iaitu YBhg. Prof. Dr. Ja’afar Moghrabi alFanatseh, manakala KITAB diwakili oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB Pulau Pinang. MAJLIS MENANDATANGANI MOA KITAB PULAU PINANG DAN WISE UNIVERSITY Turut serta menyaksikan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Yang Berhormat Rashidi bin Zinol, Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Yang Berhormat Fahmi bin Zainol, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia turut dihadiri Setiausaha MAINPP, Dato Haji Rosidi Hussain dan Setiausaha Sulit TKM 1 Pulau Pinang, En. Zulkifli Mohamad. Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 8 LensaKITAB
LENSA Utama SEMINAR MALAYSIA MADANI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2023 11 JUN 2023 bertempat di Seberang Perai Arena Convention Centre, Seberang Jaya Anjuran: Al-Hady Centre (AHC) & KITAB Pulau Pinang Dengan Kerjasama Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang Bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola KITAB Pulau Pinang Ucapan Perasmian oleh YB. Dato' Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Prof. Dato’ Dr. Mohammad Fauzan Bin Noordin Pengarah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT), Timur Dan Asia Tenggara Merangkap Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Bin Othman Presiden/Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) & Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Dato’ Ismail Yusop Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil Pengarah Jaringan Industri Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) Moderator : Dr. Shereeza Binti Mohamed Saniff Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia Barisan panel Seminar Madani: Seramai 1000 orang peserta yang terdiri daripada guruguru agama, guru-guru takmir dan guru-guru KAFA Negeri Pulau Pinang Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 9
LensaKITAB Keluaran 5 . Jun 2023 MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN ZAKAT-KITAB KEPADA PENYELARAS KAFA NEGERI Turut dilaksanakan penyerahan Koleksi Buku Syeikh Prof. Dr. Yusuf ‘Abdullah AlQaradawi Kepada KITAB Pulau Pinang oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Pengarah Jaringan Industri, Kolej Dar Al-Hikmah (ADH) Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Al-Hady Centre (AHC) & Institut Darul Ehsan (IDE) & Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Pendidikan Zakat-KITAB kepada penyelaras KAFA Negeri Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 10 LensaKITAB
Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Asrama KITAB Pulau Pinang 30 Mei 2023 Bertempat di Dataran Akademik, KITAB Pulau Pinang Majlis telah disempurnakan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ucapan aluan oleh Yang Berusaha Rektor KITAB Pulau Pinang Ucapan oleh Yang Berhormat Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Penyerahan Mock Cheque daripada Etiqa Takaful sebagai biasiswa pelajar-pelajar KITAB ke The World Islamic Sciences & Education WISE University Jordan Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 11
MAJLIS PELANCARAN PAMERAN PENDIDIKAN & INOVASI SERANTAU SYED SHEIKH AL HADY 2023 9 November 2023 Bertempat di Dataran KITAB Pulau Pinang Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh terhadap program yang dianjurkan oleh Al Hady Centre dan KITAB Pulau Pinang yang julung kalinya diadakan dengan mengumpulkan para penyelidik dan ahli sarjana yang sentiasa menjana idea dan menjadi pencetus inovasi di rantau ini selaras dengan visi Penang 2030 untuk mewujudkan sebuah negeri pintar menjelang 2030. Lebih daripada 20 agensi terlibat dalam pameran pendidikan dan inovasi ini. Dalam majlis yang sama turut diadakan acara Walkathon C-Heart KITAB 1.0 yang disertai warga KITAB, sekolah-sekolah angkat KITAB serta orang awam. Ucapan dan gimik perasmian oleh YB Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap pengerusi MMK Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat. Majlis pelepasan Acara Walkathon C-Heart KITAB 1.0 ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 YB. Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid diiringi Rektor KITAB melawat tapak pameran. 12 LensaKITAB
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR ANTARABANGSA AL-QURAN DAN TEKNOLOGI (I-QTECH) 4 Disember 2023 bertempat di AC Hotel By Marriott Bayan Baru Anjuran: Al-Hady Centre (AHC) & KITAB Pulau Pinang Turut berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara KITAB Pulau Pinang bersama Universitas Negeri Padang (UNP) Indonesia dan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) Indonesia Ucapan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol Rektor KITAB Pulau Pinang Ucapan dan Gimik Perasmian oleh YB. Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap pengerusi MMK Pembangunan Agama, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat Sesi Diskusi Al-Quran dan Teknologi yang menampilkan panel-panel pembentang dari dalam dan luar negara Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 13
MAJLIS PENGANUGERAHAN TOKOH ULUL ALBAB SYED SYEIKH AL-HADY 2023 5 Disember 2023 bertempat di AC Hotel By Marriott Bayan Baru Anjuran: Al-Hady Centre (AHC) & KITAB Pulau Pinang Penganugerahan yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dianugerahkan kepada Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan tokoh Ulul Albab 2023 ini adalah merupakan salah satu bentuk penghargaan yang dianugerahkan kepada Tokoh yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang keilmuan Islam dan pengembangan Syiar Islam kepada masyarakat khususnya di negeri Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid. Ucapan Aluan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB Pulau Pinang merangkap Pengerusi Eksekutif Al-Hady Centre Pulau Pinang Pembentangan oleh Prof. Dato' Dr. Mohamad Fauzan Bin Nordin, Direct of IIIT East & Southeast Asia Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ucapan Perasmian dan Pelancaran Gimik Perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Penerima Sulung Anugerah Tokoh Ulul Albab Syed Syeikh Al-Hady, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Syarahan Perdana oleh Tokoh Ulul Albab Syed Sheikh Al-Hady 2023 Utama LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 14 LensaKITAB
B 28 FEBRUARI 2023 - Perbincangan bersama Prof. Dr. Norma Binti Md Saad yang merupakan Prof. di Kulliyyah Of Economics And Management Sciences (KEINMS) IIUM, para pensyarah dari Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan dan Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari. 7 FEBRUARI 2023 - Turut serta dalam sesi ini adalah YBhg. Ustazah Khadijah binti Mohd, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan, KITAB Pulau Pinang bersama YBhg. Prof. Datin Dr. Roslina binti Othman, Prof. Kuliyyah of Information and Communication Technology, IIUM, para pensyarah dari Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan, pensyarah Pusat Islam dan Ilmu Kontemporari serta Pegawai Teknologi Maklumat. 2 MEI 2023 - Perbincangan ini diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Rektor KITAB merangkap Pengerusi Eksekutif AHC. Turut serta dalam sesi perbincangan ini adalah kumpulan penyelidik yang telah dilantik bagi menjalankan penyelidikan di bawah fokus ekonomi. Projek penyelidikan ini akan bermula pada Jun 2023 dan hasil akan diterbitkan dan dibentangkan dalam bentuk seminar. PERBINCANGAN PENYELIDIKAN AL-HADY CENTRE KITAB Mengorak Langkah Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 15
PROGRAM PEMADANAN PERNIAGAAN (BUSINESS MATCHING) DAN SEMINAR 2023 ”UNLOCKING BUSINESS POTENTIAL: OPPORTUNITIES FOR GROWTH 15 JUN 2023 - YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB berbincang serta bertukar pandangan dengan beberapa agensi yang mempunyai potensi kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan. Antara agensi yang berpontesi untuk menjalinkan kerjasama adalah bersama Universiti Sumatera Utara (USU), Perhimpunan Hotel & Restoran Indonesia, Mega Jati Sdn. Bhd, Universitas Pembangunan Pancabudi Medan dan beberapa lagi agensi yang lain. Program ini diadakan di Hotel Four Points by Sheraton Medan Indonesia. JALINAN KERJASAMA BERSAMA UNIVERSITAS PEMBANGUNAN PANCHA BUDI, MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA 15 JUN 2023 - Satu pertemuan telah diadakan bagi menjalinkan kerjasama antarabangsa di antara Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan Universitas Pembangunan Pancha Budi Medan Sumatera Utara Indonesia. Kerjasama KITAB dengan Universitas Pembangunan Pancha Budi Medan Sumatera Utara Indonesia adalah berkaitan; symposium, konferensi, dan mesyuarat berkenaan isu-isu penyelidikan, pertukaran maklumat berkenaan perkembangan di dalam pendidikan, pembangunan pelajar dan institusi-institusi penyelidikan serta pertukaran pelajar dan pensyarah dalam memperkasa bidang akademik dan penyelidikan. KITAB Mengorak Langkah Keluaran 5 . Disember 2023 16 LensaKITAB
KITAB Mengorak Langkah PEMBENTANGAN SECARA REKA DAN BINA UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN ASRAMA BAHARU KITAB 03 Oktober 2023 - Pembentangan berkaitan kemajuan pelaksanaan pembangunan asrama baharu di dalam Kampus Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, kepada Pemangku Rektor KITAB Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol oleh Kontraktor pembinaan dari Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia (KPFB). Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah wakil daripada Penang Development Corporation (PDC), Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Pembangunan dan Pendaftar KITAB. Proses Pembangunan Asrama Baharu ini sedang giat disiapkan bagi kemudahan dan keselesaan para pelajar di KITAB selaras dengan perancangan strategik fasa 1 bagi tahun 2020-2024. MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KAMPUS BANDAR CASSIA BATU KAWAN 20 Oktober 2023 - Mesyuarat ini diadakan bagi meneruskan perancangan strategik KITAB 2020-2024 (Fasa Pertama) ke arah pemerkasaan KITAB melalui Pembangunan Kampus Bandar (Smart City Campus), Batu Kawan yang telah dicetuskan oleh mantan Rektor KITAB ketika itu, iaitu Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid yang kini sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi MMK Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan Bin Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua MAINPP. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 17
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA AL BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY KE KITAB 6 Januari 2023 - KITAB telah mengadakan kunjungan hormat ke alBukhary International University (AIU) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang dan turut disertai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dan Penyelidikan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Dan Pembangunan, Pendaftar, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program dan Pengarah (Menjalankan Tugas) Al Hady Centre. Delegasi KITAB telah disambut oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Aziz Tajuddin, Naib Canselor AIU, Prof. Dr. Abdi Omar Shuriye, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Munirah Ghazali, Pensyarah AIU dan Pn. Norpisah binti Mat Isa sebagai Pendaftar AIU. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama diantara KITAB dan AIU dalam bidang penyelidikan dan program pasca siswazah yang bersesuaian. SESI PERBINCANGAN DAN PENERANGAN APLIKASI SMART TEACHING AL QURAN 11 Januari 2023 - Satu sesi perbincangan dan penerangan berkaitan Aplikasi Smart Teaching Al Quran telah diadakan di KITAB serta dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang. Penerangan berkaitan Aplikasi Smart Teaching Al Quran ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azharuddin bin Mohd Sahil, Pensyarah Kolej Sastera Dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan, Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran, Ketua Pusat Jaminan Kualiti, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program bersama dua orang pensyarah Pusat Tahfiz Al Quran. Perbincangan dan penerangan berkaitan Aplikasi Smart Teaching Al Quran ini memberi pemahaman berkaitan pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran Al Quran secara lebih berkesan. Satu bengkel berkaitan Smart Teaching Al Quran akan dirancang susulan daripada sesi perbincangan ini. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 18 LensaKITAB
SESI PEMBENTANGAN KERJASAMA STRATEGIK KITAB DAN SEELOZ INC. 7 Februari 2023 - Satu sesi pembentangan kerjasama Strategik di antara KITAB dan Seeloz Inc. telah diadakan berkaitan penawaran pensijilan 'Artificial Intelligence'. YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang mempengerusikan sesi ini. Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Fauzan bin Noordin Ahli Lembaga Pengelola KITAB. Pihak Seeloz Inc. telah diketuai oleh En. Emran Ibrahim selaku Pengarah Eksekutif dan beberapa Pegawai dari Seeloz Inc. Pembentangan berkaitan penawaran Pensijilan AI ini bakal memberi nilai tambah yang baru kepada para pelajar KITAB pada masa akan datang. Seusai sesi pembentangan ini, delegasi Seeloz Inc. telah dibawa melawat ke Penang Islamic Digital Library (PIDL) di bawah kendalian KITAB, Makmal Komputer KITAB dan perpustakaan KITAB. HASRAT KERJASAMA BERSAMA DARUL QURAN JAKIM BAGI PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DARUL QURAN JAKIM DI KITAB 13 Febaruari 2023 - Pembentangan kertas cadangan hasrat kerjasama bagi menawarkan program Diploma Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM di KITAB telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengajian Darul Quran yang diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan, Ustazah Khadijah binti Mohd. Turut bersama dalam sesi perbincangan berikut iaitu al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Hashim (Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran), Ketua Pusat Jaminan Kualiti, Penyelaras Kualiti dan wakil staf PPTQ. Mesyuarat Pengajian Darul Quran telah dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran iaitu Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Turut sama dalam sesi perbincangan adalah Timbalan Pengarah Darul Quran, Pendaftar, KPP Kualiti, KPP Akademik, KPP Ulum Islamiyah dan Ketua-Ketua Jabatan Pengajian. Antara input perbincangan adalah penambahbaikan dari sudut unjuran pengajar dan pelajar tahfiz, sumber kewangan, enrolmen/nisbah kemasukan pelajar, data alumni, struktur program dan proses dokumen kepada MQA. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 19
BENGKEL SMART TEACHING AL QURAN 7 Mac 2023 - Bengkel Smart Teaching Al Quran telah diadakan selama 2 hari bertempat di Dewan Utama KITAB. Bengkel ini disampaikan oleh Prof. Dr. Azharuddin Sahil, Pensyarah Kolej Sastera Dan Sains Universiti Utara Malaysia. Bengkel ini telah dihadiri oleh para pensyarah dari Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran dan Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari KITAB yang memberi pendedahan kepada para pensyarah berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran secara berkesan dengan penggunaan elemen teknologi. OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) WORKSHOP 13 dan 14 Mac 2023 – Bengkel ini telah diadakan dengan penglibatan semua staf akademik KITAB dan dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti KITAB dan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Azura A. Rashid (Pengarah Pusat Swa-Akreditasi USM) dan Prof. Madya Dr. Mahadi Mohammad (Timbalan Pengarah Pusat Swa-Akreditasi USM). Turut hadir Ustazah Khadijah Mohd, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan, Ustaz Mohammad Aisamuddin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Ketua-Ketua Jabatan dan pensyarahpensyarah KITAB. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 20 LensaKITAB
BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM 16 Mac 2023 - Bengkel Semakan Kurikulum telah diadakan bersama Penasihat Alumni bagi program Diploma Tahfiz al-Quran dan Diploma Syariah secara atas talian anjuran Pusat Jaminan Kualiti KITAB. Sesi bengkel ini telah disertai oleh semua pensyarah Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran dan Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari. Penglibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan kepada KITAB merupakan elemen penting ke arah perkembangan lestari sesebuah IPT. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 21
SEMINAR PERADABAN ISLAM DALAM KETAMADUNAN MALAYSIA SIRI 2/2023 6 JUN 2023 - Al-Hady Centre (AHC) dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program “Seminar Peradaban lslam Dalam Ketamadunan Malaysia” siri 2/2023 bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Program dimulai dengan forum bertajuk Pengukuhan Modal Insan Madani: Kekuatan dan Cabaran. Tiga ahli panelis yang dijemput ialah Tuan Hj. Mohd. Fadzil bin Alias, Pengarah YADIM Pulau Pinang, Dr. Mohd. Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Dr. Norazlan Hadi bin Yaakob, Pensyarah Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan UPSI. Majlis seterusnya diteruskan dengan forum yang kedua, Wacana Tokoh Pemikir : Pengukuhan modal Insan dalam Gagasan Malaysia Madani yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Adi Anuar bin Azmin@Che Amin, Timbalan Yang Dipertua YADIM. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Turut menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Hadir bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzan bin Noordin, ahli Lembaga Pengelola KITAB dan YBhg. Dato’ Nordin bin Samah, Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 22 LensaKITAB
BENGKEL PEMANTAPAN SMART TEACHING AL-QURAN 26-27 Julai 2023 - Semua pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran, KITAB Pulau Pinang telah terlibat dalam Bengkel Pemantapan Smart Teaching Al-Quran yang dikendalikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azharudin yang bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA), Balik Pulau. Bengkel ini mendedahkan kepada para pensyarah berkenaan kaedah-kaedah berkesan dalam hafazan al-Qur’an. Selain itu, para peserta turut diberi kefahaman berkenaan aplikasi Smart Teaching Al-Quran yang bakal dibangunkan. SEKITAR PENDAFTARAN MAHASISWA/WI AMBILAN JULAI 2023 KITAB PULAU PINANG 30 Julai 2023 - Hampir 120 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk mengikuti pelbagai pengkhususan program Diploma yang ditawarkan di KITAB Pulau Pinang. Disebelah pagi majlis diserikan dengan Wacana Ilmu yang disampaikan oleh wakilwakil pensyarah di setiap Pusat Pengajian manakala majlis rasmi yang bermula pada tengahari dimulakan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Muhaimin bin Ahmad dan tilawah al-Quran oleh al-Fadhil Ustaz Umar Syazuli, seterusnya ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan, al-Fadhilah Ustazah Khadijah bt Mohd dan ucapan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, Ustaz Mohamad Aisamuddin bin Akob, seterusnya ucapan oleh YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB merangkap TYDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 23
AUDIT DALAMAN AKADEMIK 7- 10 Ogos 2023 - Audit Akademik (dalaman) selesai dijalankan kepada auditee (Pusat Pengajian, Jabatan/Pusat Pentadbiran) yang terlibat bagi memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh MQA. Mesyuarat Penutup Audit Akademik telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Hj Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan dan turut hadir ialah Ketua-ketua Pusat Pengajian dan Jawatankuasa Audit Akademik KITAB. Audit ini dijalankan secara berkala bagi menambahbaik kualiti akademik dalam membantu menaikkan pencapaian objektif kualiti kurikulum KITAB. PENILAIAN PEMBENTUKAN PROGRAM BAHARU DIPLOMA KREATIF MULTIMEDIA 21 Ogos 2023 - Sesi Penilaian Pembentukan Program Baharu bagi Diploma Kreatif Multimedia bersama Penilai Luar iaitu Pn. Nurul Ibtisam binti Yaacob, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran, Universiti Islam Selangor, dan En. Saifu bin Hanapi, Content Producer sebagai Penilai Luar Industri. Turut hadir Ketua Pusat Jaminan Kualiti serta Ahli Jawatankuasa CDC bagi program Diploma baharu tersebut. Diharap sumbangan dan komentar yang diberikan oleh Penilai Luar dapat meningkatkan kualiti akademik KITAB serta melancarkan proses pembangunan program baharu ini. PERJUMPAAN PEMANGKU REKTOR KITAB BERSAMA AHLI SENAT KITAB 5 September 2023 - Majlis perjumpaan dan perbincangan pertama ahli-ahli SENAT KITAB bersama YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor/Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang. Perbincangan adalah merangkumi Pembangunan Wakaf & Kelestarian, ICT & Pendigitalan serta Hub Pendidikan Serantau selaras dengan Pelan Strategik KITAB 2030. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 24 LensaKITAB
BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM BAGI PROGRAM SIJIL 14 September 2023 - Bengkel Semakan Kurikulum dijalankan secara serentak oleh dua Pusat Pengajian yang melibatkan dua program Sijil iaitu Sijil Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran. Sesi semakan kurikulum Sijil Pengajian Tahfiz Al-Quran bersama panel Penasihat Luar program iaitu Ustaz Mohd Fazli bin Mohd Azali, Penolong Pengarah Kanan, Unit Peperiksaan Darul Quran dan Tuan Muneer bin Mohamed Farid, Peguam Syarie. Bagi sesi semakan kurikulum Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran pula, diadakan bersama Dr. Mohd Syauqi bin Arshad, Dekan Kulliyyah Bahasa Arab UniSHAMS dan En. Badrul Aini bin Sha'ari, BERNAMA. Semakan kurikulum bagi kedua program Sijil ini diadakan secara berkala. BENGKEL PENILAIAN SOALAN PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN 2 Oktober 2023 - Bengkel Penilaian Soalan Peperiksaan Dan Skema Pemarkahan telah diadakan secara atas talian yang melibatkan semua program di KITAB. Bengkel ini telah dihadiri oleh penasihat-penasihat luar yang telah di lantik. Turut hadir dalam bengkel ini adalah Ketua-ketua Pusat Pengajian dan staf akademik. MESYUARAT PENYELARASAN DOKUMEN MYQUEST 10 Oktober 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Dokumen MyQuest telah dipengerusikan oleh Pemangku Rektor, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol. Turut hadir adalah Pendaftar, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Ketua-ketua Jabatan terlibat dan ketua-ketua unit yang terlibat. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 25
KURSUS ASAS SEMBELIHAN 1.0 2023 10 Oktober 2023 - Kursus Asas Sembelihan 1.0 (2023) anjuran Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan (PPMSP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah dirasmikan oleh Hajjah Rohana binti Ahmad, Ketua Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan mewakili Pemangku Rektor KITAB, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol. Seramai 70 peserta kursus dalam kalangan pelajar Diploma Pengurusan Halal dan Pensyarah KITAB ini telah menjalani Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Ujian Praktikal Sembelihan. BENGKEL PENILAIAN PENULISAN DALAM BAB DAN PENERBITAN 2-3 November 2023- Bengkel Penilaian Penulisan Dalam Bab dan Penerbitan yang bertempat di Hotel Mercure, Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri oleh para pensyarah dengan lebih 17 penulisan yang telah dibentangkan dan dinilai secara terus oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Sahad dan Prof. Madya Dr. Suhaila binti Abdullah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. PPIIK KEMBARA MENARA GADING & KERJAYA 4 - 5 November 2023 - PPIIK Kembara Menara Gading & Kerjaya ialah sebuah program yang menyasarkan semua pelajar semester akhir serta pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari bertempat di Sedim Riverside Resort, Karangan Kedah. Program ini bertujuan mengumpulkan para pelajar semester akhir di Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari untuk perkongsian dan penetapan hala tuju para pelajar selepas melalui proses pengajian peringkat diploma di KITAB. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 26 LensaKITAB
LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HALAL (MQA-02) - MQA/FA 14547 16 - 17 November 2023 - Lawatan gerak kerja pengauditan bagi program Diploma Pengurusan Halal telah dijalankan selama 2 hari oleh panel APP MQA bagi tujuan menilai dan menyemak dokumen-dokumen permohonan untuk mendapatkan perakuan Akreditasi Penuh. Sesi penilaian ini juga bertujuan menyemak dan menilai dokumen asal untuk penambahbaikan, memastikan syarat dan keperluan dokumentasi dipatuhi serta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak MQA dan JPT. Penilaian ini diadakan sesi temu bual bersama Koordinator Program, pensyarah, pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Halal serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB. Temu bual juga dijalankan bersama Pusat Jaminan Kualiti dan Unit Latihan Industri. LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (MQA-02) - MQA/FA 14551 29-30 November 2023 - Lawatan gerak kerja pengauditan bagi program Diploma Pengajian Islam (DPI) telah dijalankan selama 2 hari oleh panel APP MQA bagi tujuan menilai dan menyemak dokumen-dokumen permohonan untuk mendapatkan perakuan Akreditasi Penuh. Turut hadir pegawai daripada MQA, Pn. Norhana binti Sanot. Penilaian ini melibatkan sesi temu bual bersama Koordinator Program, Staf Akademik, wakil pelajar-pelajar DPI setiap semester serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB. Temu bual juga dijalankan bersama Pusat Jaminan Kualiti dan Unit Latihan Industri. Lawatan juga telah dilaksanakan di fasiliti dan kemudahan yang disediakan di KITAB. LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PENGAJIAN MUAMALAT DAN SAINS PENGURUSAN 19 Disember 2023 - Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan (PPMSP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Politeknik Metro Tasek Gelugor. Objektif lawatan ini juga adalah untuk mengadakan perbincangan keseluruhan program Diploma Kreatif Multimedia agar dapat dijadikan panduan dan nilai tambah dalam pelaksanaan program ini. Lawatan ini telah diketuai oleh Cik Hajjah Rohana Binti Ahmad, Ketua Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan berserta pensyarah - pensyarah PPMSP dan Pn. Siti Salamah, Timbalan Pengarah Politeknik Metro Tasek Gelugor berserta pegawai - pegawai Politeknik Metro Tasek Gelugor. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 27
OPKIM-KITAB 1.0@ PULAU BETONG BALIK PULAU 11 Februari 2023 - Para peserta OPKIM 1.0 bersama-sama penduduk tempatan membersihkan kawasan perkuburan muslimin dan kawasan surau di kampung Pulau Betong, Balik Pulau. Ucapan aluan daripada Tuan Haji Harris bin Jam, Pengerusi Qaryah Pulau Betong, dan ucapan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Arif bin Yaaziz, Pegawai Eksekutif al-Ikhsan serta Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Hj Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan KITAB kepada para peserta OPKIM-KITAB 1.0. Perlawanan persahabatan bola sepak 9 sebelah di antara peserta OPKIM-KITAB 1.0 turut diadakan bersama-sama belia Qaryah Pulau Betong. Manakala peserta-peserta wanita melakukan aktiviti kayuhan basikal bersama-sama keluarga angkat masing-masing mengelilingi kampung Pulau Betong. Bacaan al-Qur’an oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Umar Syazuli, Pensyarah Pusat Pengajian Tahfiz alQur’an yang juga merupakan Naib Johan Tilawah al-Qur’an di peringkat Kebangsaan. Forum Perdana telah disampaikan oleh (2) dua panel terdiri daripada Alumni KITAB iaitu al-Fadhil Ustaz Muhammad Tarmizi bin Shamsul Arif, pendakwah bebas dan Ustaz Mohd Zuhaidi bin Othman, pengasas Jom Mengaji manakala moderator forum adalah Ustaz Muhamad Faris Bin Muhd Fadhil, Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari. Ucapan aluan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Majlis Program OPKIM-KITAB 1.0 @Pulau Betong, Balik Pulau telah disempurnakan oleh YBhg. Dato'’ Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB. 12 Februari 2023 - Program Merentas Desa 10,000 langkah bersempena program OPKIM-KITAB 1.0 disempurnakan oleh Yang Berhormat Mohd Tuah Ismail, ADUN Balik Pulau. “Flag-off” telah disempurnakan oleh YBhg. Dato'’ Dr. Roslan bin Ahmad dan YBhg. Prof. Dato'’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid. Program Merentas Desa ini melibatkan hampir 100 orang peserta yang berjalan mengelilingi kampung Pulau Betong, Balik Pulau disamping menyantuni penduduk setempat. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 28 LensaKITAB
KUNJUNGAN HORMAT OLEH JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI KITAB KE ATAS YBHG. REKTOR KITAB 14 MAC 2023 - Amanat dan hasrat oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB telah disampaikan kepada ahli Jawatankuasa Penaja Alumni KITAB yang diketuai oleh YBhg. al-Fadhil Ustaz Mohd. Hafizal bin Abu Hassan. Beberapa aktiviti akan dirancang dan diselaraskan bagi membantu KITAB dalam merealisasikan sebuah Universiti Islam Pulau Pinang menjelang 2030 melalui peranan alumni. Turut serta dalam perbincangan Timbalan-Timbalan Rektor, Pendaftar dan Ketua Pusat Pengajian Tahfiz. MAJLIS PERASMIAN KEM KEPIMPINAN MAHASISWA KITAB PULAU PINANG 1.0 18 Mac 2023 - Kem Kepimpinan Mahasiswa KITAB Pulau Pinang 1.0 ini merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) bertempat di Pusat Latihan Zakat Pulau Pinang (PULAZA) dan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' D.r Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang. Pengendalian kem ini didatangkan khusus daripada International Institute of Islamic Thought (IIIT) iaitu Dr. Muhammad Rashaad Bakashmar dan Brother Shahran Kasim yang merupakan fasilitator program ini. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 29
MAJLIS PENYERAHAN BAKUL BANTUAN MBSB BANK BERHAD KEPADA PELAJAR-PELAJAR TERPILIH KITAB PULAU PINANG 2 JUN 2023 - Seramai 20 orang pelajar yang terpilih adalah dari kalangan yang berkelayakan untuk menerima bakul bantuan MBSB Bank Berhad. Sumbangan bakul bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Zuliana Zani binti Zulkifli, Pengurus Cawangan MBSB Bank Berhad Pulau Pinang. PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) KITAB 2.0 @ BATU MAUNG DENGAN KERJASAMA PEJABAT ADUN BATU MAUNG 8 jun 2023 hingga 9 jun 2023 - Program OPKIM-KITAB 2.0 @ Batu Maung kali ini telah dilaksanakan di kawasan Batu Maung daerah Barat Daya. Objektif program adalah untuk mengaplikasi amalan nilai sivik dalam diri pelajar melalui sumbangan dalam bentuk tenaga dan kemampuan. serta memperluas jaringan hubungan kolej ini melalui keterlibatan dalam aktiviti kebajikan sosial. Penyerahan 20 bakul makanan kepada penduduk Flat Desa Mutiara Indah, Batu Maung terpilih dengan kerjasama Pejabat KADUN Batu Maung. Ucapan aluan oleh YBhg. Tuan Hj Omar mantan Pengerusi Qaryah Masjid Umar Abdul Aziz. Program gotong-royong oleh pesertapeserta OPKIM- KITAB 2.0 @ Batu Maung bersama-sama penduduk-penduduk sekitar. Usai Majlis Ilmu Madani: Madani Dalam Konteks Islam. Gotong royong memerangi aedes dan beramah mesra bersama-sama penduduk Blk K Mk 12 Batu Maung. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 30 LensaKITAB
PENGENALAN MAUSU’AH AL QARADHAWI 11 Julai 2023- Penyampaian hikayat al-Imam Syeikh Dr. Yusof alQaradawi dan pengenalan mausu’ah al Qaradhawi oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor. Penceritaan adalah berkisar tentang pengalaman al-marhum Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi selama hampir 20 tahun yang diabadikan dalam 150 buah karya yang telah dijilidkan dan KITAB antara yang terpilih daripada 15 institusi dari seluruh negara menerima karya alMarhum. Al-Marhum Syeikh Dr. al-Imam al Qaradhawi adalah imam mujtahid yang sedikit kewujudannya di dalam sejarah umat Islam. Seorang yang alim dalam pelbagai cabang ilmu dan mu’tadil dalam ijtihad. Beliau juga adalah salah seorang rujukan bagi ulama’-ulama’ seantareo dunia pada zamannya. PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) - KITAB 4.0 @ PERMATANG DAMAR LAUT DENGAN KERJASAMA KADUN BATU MAUNG DAN MASJID AL QAHHAR PERMATANG DAMAR LAUT 7 Oktober 2023 - Ucapan pembukaan disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor KITAB. Program OPKIM ini disertai oleh peserta-peserta OPKIM- KITAB 4.0@ PERMATANG DAMAR LAUT bersama-sama penduduk-penduduk sekitar membersihkan kawasan dalaman Masjid al-Qahhar, Permatang Damar Laut dan sekolah KAFA. FORUM PENGHAYATAN AKHLAK MAULIDUR RASUL 7 Oktober 2023 - Program Forum Penghayatan Akhlak Maulidurrasul ini adalah merupakan Program yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Masjid al-Qahhar, Permatang Damar Laut. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir adalah pemangku Rektor KITAB, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 31
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) - KITAB 4.0 @ MASJID JAMIUL BADAWI KEPALA BATAS 22 Oktober 2023 - Ucapan pembukaan disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor KITAB. Program gotong-royong oleh peserta-peserta OPKIM- KITAB 4.0 @ Masjid Jamiul Badawi bersama-sama penduduk sekitar membersihkan kawasan dalaman Masjid Jamiul Badawi. Ianya merupakan program anjuran bersama Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang serta Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas. PROGRAM KEMBARA ILMIAH DAN UKHWAH 21 Oktober 2023 - Program Kembara Ilmiah dan Ukhuwah anjuran pelajar-pelajar Kursus Khidmat Masyarakat, semester 1 2023/2024 di Masjid Ar-Rahmani, Kampung Banggol. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Aisamuddin bin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, KITAB Pulau Pinang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan Kuliah Dhuha disampaikan oleh Ustaz Manis, pemeriksaan kesihatan percuma, Explorace Kembara Ilmiah dan gotong royong memasak. PROGRAM MAHABBAH AL-QURAN 29 Oktober 2023 - Program Mahabbah Al-Quran bersama Anak-anak Yatim di Wisma Yatim Laki-Laki, Air Itam Pulau Pinang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar diploma hujung minggu bagi semester 1 2023/2024. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, KITAB Pulau Pinang mewakili YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB. Antara program yang dikendalikan bersama anak-anak yatim ialah Amali Wuduk dan Solat, Halaqah alQuran serta sukaneka. Turut disampaikan sumbangan RM 2,000 kepada wiswa daripada sumbangan orang ramai. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 32 LensaKITAB
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) - KITAB 5.0 @ SG ACHEH 1 November 2023 - Program OPKIM-KITAB 5.0@ SG ACHEH kali ini telah dilaksanakan di kawasan Sg. Acheh, Nibong Tebal dengan kerjasama Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Program gotong-royong oleh peserta-peserta OPKIM-KITAB 5.0@ SG ACHEH bersama-sama penduduk-penduduk sekitar membersihkan kawasan sekitar dan dalaman Masjid al-Amin, Simpang Tiga. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN LAFAZ IKRAR KEPIMPINAN MAHASISWA ANAK PULAU PINANG 14 November 2023 - Prof Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Lafaz lkrar Kepimpinan Mahasiswa Anak Pulau Pinang di IPT Sidang Akademik 2023/2024. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang, Saudara Muhamad Amir Asyraf bin Mohd Sabri dan diteruskan dengan perasmian dan amanat oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang adalah sebuah platform yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin Mahasiswa Anak Pulau Pinang dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia ke arah menyemarakkan semangat perpaduan dan kekeluargaan dalam memenuhi inspirasi Malaysia MADANI. LENSA Hal Ehwal Akademik Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 33
10 Mac 2023 hingga 12 Mac 2023 - Booth Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang sempena Program Perkampungan Khaira Ummah di Masjid Seberang Jaya Pulau Pinang. KUNJUNGAN JABATAN AKADEMIK MAAHAD TAHFIZ ISMAIL PUNCAK ALAM 15 Mac 2023 - KITAB telah menerima kunjungan daripada Jabatan Akademik Maahad Tahfiz Ismail Puncak Alam Selangor yang diketuai oleh Ustaz Khaidir Bachok, Guru Kanan Akademik, Maahad Tahfiz Ismail Puncak Alam bersama dua orang guru hafazan. KITAB di wakili oleh Ustaz Mohamad Aisamuddin bin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Dan Pembangunan dan turut bersama dalam sesi ini adalah Ustaz Ahmad bin Hashim, Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran, Ustaz Ahmad Tajudin bin Ismail, Pensyarah Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran, dan Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program. Kunjungan akademik ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berkaitan program-program Pengajian yang ditawarkan di KITAB serta potensi laluan pengajian ke Jordan melalui diploma KITAB. Hal Ehwal Akademik LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 34 LensaKITAB
VIRTUAL @KITAB 6 APRIL 2023 - Sesi perkongsian program-program pengajian telah diadakan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Ismail Puncak Alam Selangor. Sesi perkongsian ini diadakan secara virtual yang melibatkan seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 dan pelajar lepasan SPM 2022. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program, Ketua - Ketua Pusat Pengajian dan Pustakawan KITAB. Para pelajar turut di dedahkan dengan laluan pengajian bermula dengan diploma di KITAB dan peluang menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda selama dua tahun di The World Islamic Sciences and Education University (WISE), Amman Jordan. 26 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023 - KITAB turut mengambil bahagian bersempena Program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Butterworth Arena, Penang. 4 JUN 2023 - Pembukaan Booth PIDL (KITAB) di SP Arena Seberang Jaya sempena Minggu PMKS Wilayah Utara anjuran Pejabat Exco Perdagangan Industri dan Keusahawanan Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. LENSA Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 35
PROGRAM KITAB PILIHAN KAMI@SEKOLAH 8 JUN 2023 - Program KITAB Pilihan Kami@Sekolah bagi tahun 2023 telah diadakan sempena Pengumuman Keputusan SPM 2022. Program ini melibatkan 19 buah sekolah sekitar Pulau Pinang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan di KITAB kepada lepasan SPM 2022 bagi ambilan Julai 2023. 11-16 Jun 2023 - Booth Pameran KITAB Pulau Pinang, PIDL, dan Al Hady Centre bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan al Quran Peringkat Kebangsaan 1444H, bertempat di Pusat Konvensyen PICCA@ Butterworth Arena. 17-18 JUN 2023 - Booth-booth Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang di program-program berikut: Ekspo Pendidikan dan TVET Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Mydin Bukit Mertajam. Penang Agrofest @Pesta Mengkuang bertempat di Tapak Masjid Mengkuang Titi, Penanti. 23-25 JUN 2023 - Booth Pameran KITAB sempena Penang International Halal Expo & Conference di Setia Spice Convention Centre & Arena, Penang LENSA Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program Keluaran 5 . Disember 2023 36 LensaKITAB
PROGRAM KARNIVAL TVET & KERJAYA BUMIPUTERA PULAU PINANG 7 September 2023 - Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dengan kerjasama Agensi-Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO telah menjemput KITAB Pulau Pinang, Al-Hady Centre Pulau Pinang dan Penang Islamic Digital Library (PIDL) untuk turut serta dalam program karnival TVET & kerjaya bumiputera Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang. REACH OUT KITAB BERSAMA MASJID JAMEK TASEK GELUGOR 4 November 2023 - Reach Out KITAB bersama Masjid Jamek Tasek Gelugor adalah program Corporate Social Responsibility (CSR) KITAB bersama masyarakat di sekitar Tasek Gelugor. Program ini merangkumi pameran program pengajian di KITAB dan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan. Disamping itu juga turut diadakan sesi permohonan kemasukan secara "walk in" dan pameran Penang Islamic Digital Library - PIDL. KARNIVAL TVET, PENDIDIKAN & KERJAYA PARLIMEN BUKIT BENDERA 2 Disember 2023 - KITAB telah dijemput untuk turut serta untuk membuka booth pameran sempena karnival TVET, Pendidikan & kerjaya anjuran parlimen Bukit Bendera. KITAB tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan program pengajian di KITAB dan menghebahkan berkaitan Penang Islamic Digital Library - PIDL kepada para pengunjung. Program ini telah dirasmikan oleh YB Pn. Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap ahli parlimen Tanjong dan turut disertai oleh YB. Pn. Syerleena binti Abdul Rashid, ahli parlimen Bukit Bendera. LENSA Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 37
HARI KOPERASI & KARNIVAL KOKURIKULUM SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 2 9 Disember 2023 - KITAB telah dijemput untuk menghadiri hari koperasi & karnival kokurikulum SMA Daeratul Maarifil Wataniah 2 yang telah berlangsung pada 9 Disember 2023. Program ini adalah satu platform bagi mempromosikan program pengajian di KITAB. Turut bersama dalam program ini adalah pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum Dr. Mohd Shahrin bin Baharuddin dan Dr. Hazrul Affendi bin Razali. PROGRAM FIESTA K : HARI APRESIASI 2023/2024 SMK DATO KAILAN 9 Disember 2023 - KITAB turut memeriahkan Program Fiesta K ini. Turut bersama dalam program ini adalah pensyarah Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan En. Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy Bin Wan Mohd Mohar. Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 38 LensaKITAB
MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IFTAR JAMAIE KITAB 12 April 2023 - Satu majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jamaie telah diadakan di Dataran KITAB yang dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB, YBhg. Tuan Haji Mahamad Aziz bin Abdullah, ahli Lembaga Pengarah KITAB dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Majlis ini turut disertai para pensyarah, staf pentadbiran dan para pelajar KITAB dan turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf di KITAB. BENGKEL PENYEDIAAN PROPOSAL WAKAF PENGAJIAN TINGGI KITAB (WPTK) 30 Januari 2022 - Bengkel ini diadakan dengan kehadiran dua fasilitator khas yang dijemput iaitu Prof. Emeritus Dato' Wira Jamil bin Osman dan Dr. Shaya’a bin Othman. Bengkel ini adalah sebahagian daripada langkah menyediakan proposal Wakaf Pengajian Tinggi KITAB (WPTK) yang lebih mampan dan komprehensif. Hadir bersama dalam bengkel, Dato' Dr. Roslan bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB, Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB dan Tn. Hj. Rosidi bin Hussin, CEO Wakaf Pulau Pinang serta pegawai-pegawai KITAB dan WPP. LENSA Sumber Manusia Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 39
MAJLIS PERHIMPUNAN STAF DAN BACAAN YASSIN 28 Julai 2023 - Perjumpaan staf dan bacaan Yassin telah diadakan pada Jumaat 28 Julai 2023 di Dewan Utama KITAB yang dihadiri oleh para pensyarah dan kakitangan pentadbiran. Penyerahan laptop-laptop baharu kepada para pensyarah KITAB bagi kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) telah dilaksanakan dalam majlis tersebut. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Tuan Sayed Munawar, Pengarah Al Hady Centre dan Ustaz Mohammad Aisamuddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan. Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Yassin yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Shahrin bin Baharudin. MAJLIS AMANAT REKTOR KITAB 27 Januari 2023 - Majlis Amanat Rektor KITAB 2023 bersama warga staf KITAB dan pelajar KITAB dimulakan dengan bacaan surah Yassin, diikuti dengan amanat YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Antara intipati amanat YBhg. Dato' Rektor KITAB adalah penekanan terhadap kepentingan pencapaian kecemerlangan akademik para pelajar serta pembudayaan konsep syukur dan adab seperti menyebarkan salam. Majlis Amanat Rektor ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa sebagai medium interaksi yang berkesan kepada seluruh warga KITAB. MAJLIS PERHIMPUNAN STAF DAN BACAAN YASSIN 16 Mac 2023 - Majlis Perhimpunan Staf telah diadakan dengan penglibatan semua staf akademik dan pentadbiran. Majlis dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Tajudin Ismail, Pensyarah Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada YBhg. Dato' Rektor. YBhg. Dato' Rektor telah menyampaikan ucapan dan perkongsian berkaitan program-program yang telah dilaksanakan dan perancangan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh KITAB. Sesi perhimpunan staf diadakan sebagai platform komunikasi perkongsian maklumat oleh YBhg. Dato' Rektor kepada semua staf KITAB. LENSA Sumber Manusia Keluaran 5 . Disember 2023 40 LensaKITAB
PERJUMPAAN BERSAMA MANTAN REKTOR KITAB PULAU PINANG 14 Ogos 2023 - Majlis perjumpaan bersama Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, ADUN Batu Maung yang merupakan mantan Rektor KITAB dengan warga pensyarah dan kakitangan KITAB. Majlis didahului dengan bacaan doa oleh alFadhil Ustaz Muhammad Faris bin Mohd Fadhil dan ucapan aluan oleh al-Fadhil Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Hj. Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkaitan penglibatan beliau sebagai ahli akademik sehingga bergelar sebagai seorang Yang Berhormat dalam usaha memperjuangkan bidang akademik di setiap ruang dan lapangan. Seluruh warga KITAB mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Dato’ atas sumbangan dan bakti sepanjang perkhidmatan sebagai Rektor/Ketua Eksekutif, KITAB bagi tempoh 2020 sehingga 2023. PERTEMUAN SULUNG BERSAMA PEMANGKU REKTOR KITAB DAN MAJLIS PERHIMPUNAN STAF 4 SEPTEMBER 2023 - Majlis Perhimpunan Kakitangan KITAB Bil. 7/2023 dimulakan dengan bacaan surah Yasin yang diketuai oleh Dr. Mohd Shahrin bin Baharudin, Pensyarah KITAB seterusnya disusuli oleh ucapan sulung daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor/Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang. Beliau adalah seorang yang berlatarbelakangkan 'double degree' dalam bidang Syari’ah (Al Azhar) dan International Businesss dari (MSU). Kemudian melanjutkan pengajian diperingkat Master dalam bidang Ekonomi di (UUM) serta memperolehi sijil akademik peringkat PhD dalam bidang Kewangan Islam (UniSHAMS). Di antara intipati ucapan yang disampaikan oleh beliau adalah berkenaan niat ikhlas dalam semua bidang pekerjaan, menghargai masa, halatuju KITAB berdasarkan pelan strategik KITAB 2030 dan lain-lain lagi. LENSA Sumber Manusia Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 41
MAJLIS APRESIASI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KITAB telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid. Majlis ini diadakan bagi meraikan KITAB di atas kejayaan meraih penarafan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai Berdaya Saing (Competitive) di bawah penilaian MyQuest 2022 serta meraikan seramai lima (5) orang kakitangan KITAB telah menerima Anugerah Perkhidmatan Kecemerlangan bagi tahun 2022. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB dan seterusnya ucapan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir bersama Timbalan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, CEO Zakat Pulau Pinang serta tetamu-tetamu jemputan. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran mahasiwa mahasiswi KITAB dan diserikan dengan dendangan nasyid bagi meraikan semua tetamu yang hadir. MAJLIS PERHIMPUNAN STAF DAN BACAAN YASIN 6 November 2023 - Perhimpunan kakitangan KITAB telah diadakan pada 6 November bertempat di Dewan Utama KITAB dan dimulai dengan bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Saudara Abhar Hazi bin Halim. Majlis kemudiannya disusuli dengan amanat daripada pemangku Rektor KITAB Prof Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol yang menekankan kepentingan untuk semua staf memahami dan menghayati pelan strategik KITAB 2020-2030 sebagai panduan kepada halatuju KITAB sebagai sebuah IPT Islam pilihan dan Pusat kecemerlangan Islam rujukan di rantau ini dan antarabangsa, selari dengan gagasan visi Penang 2030 ke arah sebuah negeri pintar & hijau berteraskan keluarga inspirasi negara. Sumber Manusia LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 42 LensaKITAB
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT KITAB KE IIUM ACADEMY 1 Februari 2023 - Satu kunjungan hormat oleh KITAB ke IIUM Academy Gombak Selangor. Delegasi KITAB telah diketuai YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Delegasi KITAB telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Badri Najib, Dekan IIUM Academy dan Dr. Rizalawati Zainal, Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran IIUM Academy dan membincangkan kerjasama diantara KITAB dan IIUM Academy melalui Al-Hady Centre (AHC) dalam bidang penyelidikan dan penawaran program Pasca Siswazah di KITAB. Kerjasama ini bakal diterjemahkan melalui MoU yang bakal dimetrai oleh kedua-dua Institusi. KUNJUNGAN HORMAT KE INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) 1 Februari 2023 - Delegasi KITAB yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB telah membuat kunjungan hormat ke atas Institut Darul Ehsan (IDE) Shah Alam Selangor. Turut serta bersama Delegasi KITAB adalah YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Ahli Lembaga Pengelola KITAB. Delegasi KITAB telah disambut oleh YBhg. Dato' Ismail Yusop, Pengarah Eksekutif IDE dan beberapa pengurusan kanan IDE. IDE merupakan sebuah hub penyelidikan di Selangor dengan misi pencerahan dan pencerdasan untuk rakyat. Pertemuan ini membincangkan kerjasama di antara KITAB dan IDE bagi menganjurkan wacana/seminar ‘Membangun Negara Malaysia Madani’. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 43
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT KE UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUMATERA UTARA 15 Jun 2023 - Satu kunjungan hormat oleh KITAB ke Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SUMAT). Delegasi KITAB telah diketuai YBhg. Prof. Dato Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Delegasi KITAB telah disambut oleh Prof Dr. Muzakkir, MAg sebagai Wakil Rektor IV Bidang Kerjasama dan Pengembangan Lembaga Timbalan dan dekan-dekan UIN SUMAT. Pertemuan ini membincangkan kerjasama diantara KITAB dan UIN SUMAT melalui Al-Hady Centre (AHC) dalam bidang penyelidikan dan penawaran program Pasca Siswazah di KITAB. KUNJUNGAN HORMAT KE UNIVERSITI MUHAMMADIYYAH SUMATERA UTARA 15 Jun 2023 - KITAB telah berkunjung ke Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara (UMSU) bersama Penang Halal International (PHI). Delegasi KITAB telah diketuai YBhg. Prof. Dato Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Delegasi KITAB telah disambut oleh Prof. Dr. Muhammad Arifin Timbalan Rektor UMSU dan para pensyarah UMSU. Pertemuan ini membincangkan kerjasama diantara KITAB dan UMSU dalam bidang pengurusan halal melalui kemudahan pemindahan Kredit, bidang penyelidikan melalui geran jangka pendek dan juga penawaran program Pasca siswazah Penyelidikan melalui Al-Hady Centre (AHC) di KITAB Keluaran 5 . Disember 2023 44 LensaKITAB
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA KE KITAB 9 Februari 2023 - KITAB telah menerima kunjungan hormat daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara yang diketuai oleh En. Mohd Nazri bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara, En. Mohd Norlizam bin Md Ariff, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Hubungan Industri, Pn. Roslina Radzuan, Pengurusan ABM Bertam Pulau Pinang. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang. Turut hadir bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan dan Ketua-Ketua Pusat Pengajian. Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk membincangkan tentang potensi kerjasama antara KITAB dengan ABM melalui penawaran pensijilan kemahiran yang bakal memberi nilai tambah kepada para pelajar KITAB dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar pada masa akan datang. KUNJUNGAN HORMAT DELIGASI KITAB KE ATAS PENGARAH JABATAN AGAMA HAL EHWAL ISLAM NEGERI PULAU PINANG, YBHG. TN. ZULKIFLI BIN RASHID 24 Februari 2023 - Deligasi KITAB diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang. Pertemuan ini adalah bagi membincangkan berkaitan tiga perkara utama yang melibatkan penyelidikan dan penerbitan melalui Al-Hady Centre (AHC) dan Penang Islamic Digital Library (PIDL), Pemerkasaan Pengajian Islam (Tahfiz & Kafa), serta Pembangunan Masjid di Kampus Bandar Cassia Batu Kawan. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 45
Jalinan Ukhuwah FUN RIDE MALAYSIA MADANI 13 Mac 2023 - Program Fun Ride Malaysia MADANI telah berlangsung di Balik Pulau dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohd Tuah bin Ismail, Adun Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Para pelajar daripada Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang bersama-sama penduduk sekitar Balik Pulau turut serta dalam kayuhan tersebut. Turut diadakan majlis penyerahan bakul bantuan kepada asnaf-asnaf serta menyantuni mereka di 13 buah masjid. Bakul bantuan ini adalah sumbangan daripada Pusat Urus Zakat , Bandar Perda, Pulau Pinang. KUNJUNGAN BALAS DARI INSTITUT DARUL EHSAN 13 Mac 2023 - Kunjungan balas dari Institut Darul Ehsan (IDE) bagi perbincangan bersama Al-Hady Centre (AHC) untuk menjalinkan kerjasama program yang akan diadakan pada tahun 2023. Delegasi IDE di hadiri oleh YBhg. Dato' Haji Ismail bin Yusop, Pengarah Eksekutif, En. Kamarul Bahrin bin Zahid, Pengurus Kanan Program & Penerbitan, serta En. Khairul Arifin bin Munir, Pengurus Kanan Penyelidikan serta wakil Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, En. Mohd Tabiin bin Sahri, Pegawai Khas TKM 1. Keluaran 5 . Disember 2023 46 LensaKITAB
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN DAN LAWATAN DARIPADA MAAHAD MASHOOR ISLAMI BALIK PULAU KE KITAB 16 Februari 2023 - Seramai 100 orang pelajar bersama 10 orang guru pengiring daripada Maahad Mashoor Islami Balik Pulau telah membuat kunjungan dan lawatan ke KITAB. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg. Ustazah Khadijah binti Mohd, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan. Pengisian dan perkongsian berkaitan program-program Pengajian yang ditawarkan di KITAB turut diterangkan di dalam lawatan tersebut. Majlis ini turut dihadiri oleh para pensyarah yang mewakili Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran, Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari, Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan serta Pusat Bahasa dan Pengajian Umum. KUNJUNGAN HORMAT KITAB KE ATAS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG 28 Februari 2023 - Kunjungan ini diketuai oleh Ustaz Mohamad Aisamuddin bin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan. Turut serta dalam kunjungan ini Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program, Pn. Nur Diyana binti Mohamad menjalankan tugas Pengarah Al Hady Centre (AHC) dan Pn. Wan Noraini Binti Wan Abdullah, Pustakawan KITAB. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara KITAB dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi menyediakan laluan pendidikan yang lebih komprehensif kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di Negeri Pulau Pinang. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 47
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT IBU PEJABAT BANK RAKYAT KE KITAB 3 April 2023 - Kunjungan hormat oleh Bank Rakyat ke KITAB yang telah diketuai oleh Ustaz Wan Mohd Nahar bin Othman, Ketua Waqf, Qurban dan Umrah Bank Rakyat, Hj. P. Aizan Tukirin, Ketua Jabatan Pengurusan Tunai Bank Rakyat, En. Mohd Zuhaimi bin Hussain, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Georgetown, En. Mohamad Rohaimi bin Hamel, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Georgetown dan En. Muhammad Rusydi bin Ibrahim, Pegawai Perhubungan Pembangunan Perniagaan Bank Rakyat. Delegasi KITAB pula diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Turut hadir bersama adalah Timbalan-timbalan Rektor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program dan Caretaker Director Al-Hady Centre (AHC). Kunjungan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin diantara KITAB dengan Bank Rakyat. KUNJUNGAN HORMAT KITAB KE SMKA AL MASHOOR (P) 10 Mei 2023 - Kunjungan hormat KITAB ke atas SMKA Al Mashoor (P) diketuai oleh Ustaz Mohamad Aisamuddin bin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan. Turut serta dalam kunjungan ini Dr. Mohd Ikhmal Bin Fadzil, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program dan En. Muhammad Hazim bin Ahmat Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program serta Pengetua SMKA Al Mashoor (P) iaitu Pn. Hjh. Rosnah binti Othman dan Guru-guru Penolong Kanan. Kunjungan ini turut menyatakan hasrat perkongsian berkaitan program Pursuing Future Thinkers yang akan memberi inspirasi dan panduan kepada para pelajar dalam bidang pendidikan yang akan disampaikan oleh kepimpinan tertinggi KITAB. Keluaran 5 . Disember 2023 48 LensaKITAB
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI NEGERI PADANG (UNP) KE KITAB 7 Jun 2023 - Kolej Islam Teknologi Antaranbangsa (KITAB) Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Negeri Padang (UNP) iaitu seramai hampir 200 orang yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi UNP. Deligasi ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Firman, Guru Besar/ Pembina Utama Madya/ IV di UNP. KITAB juga telah mengadakan satu perbincangan berkenaan jalinan akademik bersama-sama pihak UNP yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Perbincangan tersebut termasuklah mengadakan MoU, Mobility pensyarah dan pelajar serta bidang kajian dan penyelidikan melalui al-Hady Centre (AHC). KUNJUNGAN HORMAT PUSAT ISLAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL (UPNM) KE KITAB 26 Julai 2023 - Kunjungan hormat daripada Pusat Islam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke KITAB Pulau Pinang adalah bertujuan untuk melihat bentuk kerjasama serta potensi yang ada di antara KITAB dan UPNM. Kunjungan ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Aisamuddin bin Akob, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan manakala UPNM pula diketuai oleh Lt Kol. Prof. Madya Dr. Hj. Daud bin Hj. Mohamed Salleh selaku Pengarah Pusat Islam UPNM. Turut bersama mewakili UPNM adalah Dr. Hj. Zahimi bin Hj Zainol Abidin, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional UPNM. KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP PEMANGKU REKTOR KITAB KE ATAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG 4 September 2023 - Usai majlis perhimpunan kakitangan KITAB YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor/ Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Mohammad Rashdan Sulhi bin Mohd Latzfi, Pendaftar KITAB. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 49
Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT PEMANGKU REKTOR KITAB TERHADAP KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ZAKAT PULAU PINANG (ZPP) 6 September 2023 - Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB telah mengunjungi Dato' Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang. Kunjungan tersebut adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara KITAB dengan ZPP ke arah menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak asnaf yang berkelayakan. KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA IBFIM DAN LZNK 6 September 2023 - Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor/Ketua Eksekutif KITAB telah menerima kunjungan daripada Ustaz Mohamad Salihin bin Deris, Direktor Konsultan Syariah Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM). Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Dr. Mohd. Faisal bin Mustafa,, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Beberapa lontaran idea awal berkaitan kerjasama strategik di antara ketiga-tiga agensi terutamanya dalam bidang akademik, penyelidikan serta kerjasama industri telah dibincangkan ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan KITAB. KUNJUNGAN COO WAKAF PULAU PINANG KE KITAB 6 September 2023M - Kunjungan hormat Ketua Pegawai Operasi (COO) Wakaf Pulau Pinang, Ts. Hafizudin bin Sirajudin dan En. Mohd Yunus Safuan bin Soleh, Pegawai Eksekutif WPP ke atas Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor/Ketua Eksekutif KITAB. Turut hadir dalam pertemuan ini, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan serta Ketua Pusat Komunikasi Korporat & Pengembangan Program. WPP merupakan rakan strategik KITAB ke arah merealisasikan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam berasaskan Wakaf (Waqf Based) di Pulau Pinang yang disasarkan pembinaannya menjelang tahun 2030. Keluaran 5 . Disember 2023 50 LensaKITAB