The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lensa KITAB Keluaran 5. Disember 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BADRUL HISHAM BIN BABJEE, 2024-02-22 04:37:07

Lensa KITAB

Lensa KITAB Keluaran 5. Disember 2023

Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN DARUL QURAN (JAKIM) KE KITAB 7 September 2023 - Kunjungan dan lawatan kerja ke KITAB oleh Darul Quran JAKIM yang diketuai oleh YBhg. Tn Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran. Turut serta bersama deligasi adalah YBhg. Dr. Muhammad Zakuwan bin Rodzali, Timbalan Pengarah (Akademik) serta Ketua-ketua Jabatan Darul Quran. Manakala KITAB diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB bersama ketua-ketua pusat yang terlibat. Sesi lawatan tapak ini diadakan susulan dari beberapa kunjungan KITAB ke Darul Quran bagi menjalinkan kerjasama bagi penawaran pengajian Tahfiz Al Quran kendalian Darul Quran JAKIM di KITAB. Delegasi Darul Quran JAKIM juga dibawa melawat beberapa fasiliti yang disediakan di KITAB. KUNJUNGAN DELEGASI KITAB KE ATAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG 8 September 2023 - Delegasi KITAB telah mengadakan kunjungan ke atas Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Delegasi KITAB diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol selaku Pemangku Rektor KITAB dan turut bersama dalam kunjungan ini adalah Pengarah Al Hady Centre (AHC) Tuan Sayed Munawwar bin Sayed Mohd Mustar dan Ahli-Ahli Senat KITAB. Kunjungan Hormat ini diadakan bagi menyampaikan ucapan tahniah KITAB di atas pelantikan Yang Berhormat Dato’ sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ juga telah berkongsi pandangan dan saranan untuk memartabatkan KITAB sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam di Pulau Pinang. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 51


Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT KITAB TERHADAP MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 15 September 2023 - Kunjungan hormat YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB ke atas Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB. Turut bersama dalam kunjungan ini adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan dan Pendaftar KITAB. Kunjungan Hormat ini adalah kunjungan pertama Pemangku Rektor KITAB ke atas Mufti Pulau Pinang. Antara perkongsian SS Dato’ Seri adalah berkenaan peranan KITAB bersama Jabatan Mufti Pulau Pinang ke arah pemerkasaan Institusi agama Islam serta menangani isu-isu semasa berkaitan umat Islam khususnya di Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada masyarakat majmuk. KUNJUNGAN HORMAT KITAB KE ATAS PENGURUSAN TERTINGGI LEMBAGA TABUNG HAJI 19 September 2023 - Deligasi KITAB bersama deligasi Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid telah melaksanakan kunjungan ke Pengurusan Tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH). Satu perbincangan telah diadakan bersama Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan TH. Turut bersama dalam perbincangan adalah ketua-ketua Pegawai Eksekutif TH. Perbincangan menjurus kepada jalinan kerjasama antara Tabung Haji dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya dalam aspek pembangunan hartanah, pengajian tinggi & pendidikan dan CSR yang boleh dijalankan di antara kedua-dua pihak. KUNJUNGAN HORMAT KITAB KE ATAS BANK RAKYAT 19 September 2023 - Perjumpaan dan perbincangan di antara deligasi Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan KITAB bersama Bank Rakyat yang diwakili oleh Ustaz Mohd Zamerey bin Abdul Razak yang merupakan Ketua Pegawai Syariah (CSO) Bank Rakyat di Menara Berkembar Bank Rakyat, Brickfields Kuala Lumpur. Deligasi telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir bersama dalam perbincangan Pemangku Rektor KITAB, pegawai-pegawai KITAB dan pegawai-pegawai Pejabat TKM1 Pulau Pinang. Perbincangan ini adalah untuk melihat peluang-peluang kerjasama antara Bank Rakyat dan Kerajaan negeri dalam sektor Pembangunan Agama Islam berkaitan dengan Wakaf Pembangunan. Selain itu, perbincangan berkenaan kerjasama Pendidikan Tinggi melalui KITAB yang telah dijalinkan di antara KITAB dan Bank Rakyat melalui program pemindahan kredit pelajar lepasan KITAB ke World Islamic Sciences Education (WISE) University, Amman Jordan. Keluaran 5 . Disember 2023 52 LensaKITAB


Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN KITAB KE ATAS WAKAF PULAU PINANG (WPP) 22 September 2023 - Kunjungan ini adalah untuk membincangkan kerjasama di antara KITAB Pulau Pinang dengan WPP ke arah pemerkasaan Wakaf Pendidikan Tinggi di Pulau Pinang. Ts. Mohd Hafizuddin Bin Sirajuddin, Ketua Pegawai Operasi (COO) turut membentangkan persediaan dan persiapan akhir bagi menjayakan Persidangan Wakaf Madani yang akan diadakan pada 26 September 2023 di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang kepada Prof Madya Dr. Wan Najmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB dan pegawai-pegawai terlibat. Al-Hady Centre (AHC) dan KITAB adalah penganjur bersama bagi Persidangan Wakaf Madani 2023. KUNJUNGAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR DAN JABATAN KERJA RAYA JOHOR KE KITAB 25 September 2023 - Lawatan tapak dan kunjungan kerja oleh wakil Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kerja Raya Johor ke KITAB adalah untuk melihat Penang Islamic Digital Library (PIDL). Pihak deligasi telah dimaklumkan oleh Pustakawan PIDL berkenaan perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan di PIDL serta senarai buku-buku yang disediakan. Pihak MAIJ memaklumkan bahawa, lawatan ini adalah sebahagian daripada tugasan awal bagi penubuhan sebuah perpustakaan digital di Johor. PIDL-KITAB merupakan sebahagian "benchmark" bagi sebuah Digital Library yang akan diasaskan di Negeri Johor. KUNJUNGAN HORMAT ISLAMIC BANKING AND FINANCE INSTITUTE MALAYSIA (IBFIM) KE KITAB 27 September 2023 - IBFIM yang diwakili oleh En Yusry bin Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohammad Khairi bin Saat, Pengarah Latihan dan Pembangunan Bakat dan Ustaz Mohd Salihin bin Deris, Pengarah Perundingan Perniagaan Syariah telah mengambil peluang untuk membuat kunjungan hormat ke KITAB bagi membincangkan beberapa kerjasama selepas pertukaran MoU dilaksanakan pada 26 September 2023 di Persidangan Wakaf MADANI 2023. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor KITAB. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 53


Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KITAB KE ATAS PEMANGKU REKTOR KITAB 03 Oktober 2023 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP iaitu Saudara Muhammad Ridzuan bin Noor Hisham telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Rektor KITAB Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol. Majlis dimulakan dengan sesi taaruf bersama MPP, seterusnya memahami dan menghayati misi dan visi KITAB demi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri Ulul Albab. Turut hadir dalam kunjungan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. KUNJUNGAN HORMAT LISAFA CENTRE KE KITAB 6 November 2023 - Kunjungan Hormat daripada LISAFA Centre ke atas Pemangku Rektor KITAB, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol. LISAFA adalah merupakan singkatan bagi Literasi Sains, Agama dan Falsafah. Yang hadir berkunjung adalah Prof Madya (Kehormat) Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz, Pengerusi, Dr. Tajul bin Aris, Penasihat dan Pn. Salmah Ismail, Setiausaha. Perbincangan adalah berkaitan kerjasama akademik dan pengajian sepanjang hayat “long life learning”, di mana KITAB sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan di rantau Asean. KUNJUNGAN KERJA KE ATAS MUFTI NEGERI PULAU PINANG 15 November 2023 - Kunjungan kerja ke atas Sahibus Samahah Dato Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Lembaga Pengelola KITAB oleh YBhg. Prof Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB Pulau Pinang. Kunjungan bertujuan membincangkan Seminar Antarabangsa AlQuran & Teknologi dan syarahan Tokoh Ulul Albab. Selain itu, perbincangan juga melibatkan hubungan kerjasama di antara Jabatan Mufti Pulau Pinang dengan KITAB dan AHC dalam bidang penyelidikan dan kajian manuskrip serta pengajian berkaitan ilmu Falak. Keluaran 5 . Disember 2023 54 LensaKITAB


Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN HORMAT BANK ISLAM KE KITAB 16 November 2023 - Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB menerima kunjungan hormat delegasi daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang diketuai oleh Ustaz Nazri Chik, Ketua Pegawai Keterangkuman Kewangan BIMB bersama rombongan. Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama di antara KITAB Pulau Pinang dan Bank Islam yang merangkumi pembangunan program keusahawanan melalui program pembiayaan mikro iTekad kepada graduan dan alumni KITAB yang menceburi dalam bidang keusahawanan. KUNJUNGAN KITAB PULAU PINANG KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI CAWANGAN PULAU PINANG 20 November 2023 - Rombongan kunjungan hormat dan kerja ke atas Ibu Pejabat Tabung Haji Cawangan Negeri Pulau Pinang oleh Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB dan deligasi KITAB. Deligasi KITAB telah disambut oleh YBhg. Hajjah Maznizan binti Mamat, Pengarah Tabung Haji dan pegawai-pegawai Tabung Haji. Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama dua hala di antara KITAB Pulau Pinang dan Tabung Haji Pulau Pinang bagi pelaksanaan program Iqra' TH dalam membantu pelajar asnaf mendapat peluang melanjutkan pengajian di KITAB. KUNJUNGAN KITAB PULAU PINANG KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG 22 November 2023 - Rombongan kunjungan hormat dan kerja ke atas Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB dan telah di sambut oleh Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD merangkap Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Perbincangan adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama di antara KITAB Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dalam pelaksanaan program kerjasama di antara KITAB Pulau Pinang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 55


Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN PELAJAR SMK UNGKU AZIZ KE KITAB 25 November 2023 - Sebahagian pelajar daripada SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam Selangor yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang dan ke Penang Islamic Digital Library - PIDL. PIDL menyediakan ruang bacaan yang kondusif dan selesa. Selain itu, setiap bahan bacaan adalah dalam bentuk E-books yang dilanggan melalui peranti boleh ubah seperti laptop, tablet, ipad dan telefon bimbit. KUNJUNGAN MUTIARA FM RTM KE KITAB 27 November 2023 - Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Mutiara fm yang diketuai oleh En. Asri Bin Ishak dan En. Phirose Sanjay Bin Md Hussain. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara KITAB dan RTM Mutiara fm bagi menjayakan program Tahsin Al-Quran 2024 bagi tempoh setahun yang akan melibatkan pensyarah dan para pelajar KITAB. KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH JAKIM 8 Disember 2023 - Kunjungan hormat dan kerja Deligasi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid ke atas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff serta pegawaipegawainya. Perbincangan adalah melibatkan pemerkasaan dan kemajuan dalam bidang Pengurusan Halal & Wakaf Pulau Pinang melalui kerjasama dengan JAKIM. Hasil dari kunjungan hormat YB Dato' TKM1 ini juga telah membuka ruang kepada penyediaan latihan secara strategik antara JAKIM, KITAB dan Penang Halal International (PHI) bagi membantu memperkasakan sektorsektor industri di Pulau Pinang yang memerlukan kepada pensijilan Halal. Turut hadir dalam perbincangan bersama adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan Ketua Eksekutif Wakaf Pulau Pinang (WPP). Keluaran 5 . Disember 2023 56 LensaKITAB


Jalinan Ukhuwah KUNJUNGAN KE ATAS TYT 12 Disember 2023 - Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang serta Ketua-ketua agensi dibawah portfolio beliau termasuk dari Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang. Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 57


MAJLIS AMANAT PERDANA MENTERI DAN WACANA MEMBANGUN MALAYSIA MADANI 19 Januari 2023 - Delegasi KITAB telah menerima jemputan bagi menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri dan Wacana Membangun Malaysia Madani yang dianjurkan oleh Institut Darul Ehsan (IDE). yang telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Majlis dimulakan dengan sesi Wacana Membangun Malaysia Madani dan disusuli dengan Amanat Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara intipati agenda Malaysia Madani adalah menumpukan kepada penyelesaian masalah, memenuhi keperluan semasa negara, menyentuh pencorakan masa depan dan memenuhi potensi rakyat dan negara. PROGRAM CERAMAH CELIK KEWANGAN 2023 13 Februari 2023 - Ceramah Celik Kewangan telah diadakan kepada Warga Staf KITAB dan para pelajar KITAB. Ceramah Celik Kewangan ini disampaikan oleh YBhg. Pn. Hajah Zarinah Mohd Yusoff, Felo Akademik Institut Perbankan Islam dan Kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program Ceramah Celik Kewangan ini diadakan bertujuan memberi panduan kepada warga staf dan para pelajar KITAB berkaitan pengurusan kewangan yang berkesan. Ceramah Celik Kewangan ini membincangkan pengurusan kewangan dari perspektif Islam yang berkaitan dengan definisi kejayaan menurut perspektif Islam, Kesan dan masalah kewangan dalam kehidupan, literasi kewangan dan kepentingannya dan perancangan kewangan Islam. Sesi penutup dan penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 58 LensaKITAB


SYARAHAN OLEH SHEIKH SOLAH KHALIFAH MOHAMMAD KHALIFAH 15 Februari 2023 - Satu sesi syarahan umum telah diadakan di KITAB dengan mensasarkan penglibatan para pelajar di KITAB. Syarahan umum ini telah disampaikan oleh Sheikh Solah Khalifah Mohammad Khalifah dengan tajuk Pembangunan Negara Mengikut Acuan Al Quran dan As Sunnah. Sheikh Solah Khalifah merupakan seorang Imam Besar Di Mazar Mu'tah dan merupakan seorang pemegang sanad Al Quran wal Qiraat, pemegang sanad ilmu tauhid, Fekah dan Usulludin. Dalam sesi ini juga Fadhilatu Sheikh telah mengijazahkan sanad bacaan Al Fatihah. MAJLIS AMANAT CEO MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) 17 Februari 2023 - YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB telah menghadiri Majlis Amanat CEO Malaysian Qualification Agency (MQA) mewakili Jawatankuasa MJA, MQA di Cyberjaya. FORUM INTEGRITI : ANTARA INTEGRITI DAN REZEKI - KENAPA MELARAT KEPADA RASUAH 21 Februari 2023 - YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB telah dijemput untuk menjadi panel bagi Forum Integriti anjuran Universiti Sains Malaysia (USM). Forum ini turut membariskan panel YBhg. Dato' Shaharom Nizam bin Abd. Manaf, Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah. Moderator bagi sesi forum ini adalah YBhg. Dr. Khairul Anuar bin Che Azmi, Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USM). Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 59


PERBINCANGAN PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTI RASUAH (AMAR) 13 Mac 2023 - Mesyuarat dan perbincangan bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Tuan Ruslan bin Tuan Mat berkenaan program AMAR (Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah). Beberapa aktiviti dan program dibincangkan untuk dilaksanakan diperingkat IPT masingmasing dengan penerapan kefahaman terhadap keburukan Rasuah. KITAB telah diwakili oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Presiden AMAR. MAJLIS ASPIRASI PELAJAR-PELAJAR KAUNSELING KITAB 20 MAC 2023 - Majlis Aspirasi Pelajar-Pelajar Kaunseling KITAB Pulau Pinang telah diadakan di Bayu Shellout Batu Maung dan dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Rektor KITAB dan pegawai-pegawai terlibat. Restoran Bayu Shellout & Ikan Bakar adalah merupakan sebuah restoran yang diusahakan oleh Alumni KITAB. LAWATAN ILMIAH PELAJAR DIPLOMA KAUNSELING 20 MAC 2023 - Lawatan yang disertai oleh 23 orang pelajar Diploma Kaunseling dan 3 orang pensyarah kaunseling ke Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JAHEIPP dan Yayasan Kebajikan Negara Cawangan Pulau Pinang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan cabang psikologi yang menggunakan teori psikologi dalam bimbingan serta memahami keberkesanan pelbagai intervensi psikologi, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial dalam sebuah organisasi. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 60 LensaKITAB


MAJLIS ILTIZAMKU 3.0 KHAIRA UMMAH 2030 DAN PELANCARAN KIT KU 20230 17 Mac 2023 - Majlis telah diadakan di Mahkamah Shariah Batu Gantung, Georgetown dan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kita dan Lagu Khaira Ummah. Majlis seterusnya diteruskan dengan rangkuman pencapaian oleh (5) lima teras iaitu H.E.B.A.T yang mewakili bagi Hikmah, Ekonomi, Baiti Jannati, Anak Muda dan Tarbiah. Teras HIKMAH melalui Rektor KITAB telah membentangkan rangkuman pencapaian aktiviti dan program sepanjang tahun 2022 dan perancangan aktiviti 2023. Majlis seterusnya diteruskan dengan Amanat Perdana yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Majlis ILTIZAMKU ini telah menghimpunkan 10 agensi Islam di Negeri Pulau Pinang dan lebih 100 orang pegawai yang terlibat dalam tadbir urus agensi Islam. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 61


KEBERANGKATAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG UNTUK LAWATAN TIGA HARI KE NEGERI PULAU PINANG 6 April 2023 - 8 April 2023 - Rektor KITAB telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Ar-Rahmani Kampung Banggol, Kepala Batas, Majlis Sambutan Nuzul Quran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Hakim Syarie Pulau Pinang sempena Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk lawatan tiga hari ke Negeri Pulau Pinang. PENYERAHAN SURAT PERLANTIKAN KEPADA KONTRAKTOR 18 APRIL 2023 - Sesi penyerahan surat perlantikan kepada kontraktor yang berjaya bagi projek pembangunan asrama di dalam kampus Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB Pulau Pinang. MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MALAYSIA MADANI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 6 MEI 2023 - YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB telah dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI peringkat negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ini turut dihadiri oleh TYT Yang diPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Hj Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Menteri-Menteri kabinet serta pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 62 LensaKITAB


MAJLIS JASAMU DIKENANG 16 Mei 2023 - Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan di Penang Golf Resort, Bertam merupakan majlis anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang & Agensi-Agensi Islam MAINPP yang melibatkan semua warga staf MAINPP, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi, Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang Dan Yayasan Islam Pulau Pinang. Program disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hj Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Hadir bersama dalam majlis, ketua- ketua eksekutif bagi setiap agensi di bawah MAINPP beserta mantan ahli Lembaga Pengarah dan ahli-ahli Lembaga Baharu bagi setiap agensi-agensi terlibat. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KITAB 2023 18 Mei 2023 - KITAB telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KITAB bagi tahun 2023 di Dataran Akademik, KITAB Pulau Pinang. Turut dianjurkan pada hari yang sama Majlis Forum Madani: “Apakah peranan pelajar?” disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin, Prof. Madya Dr. Mohd. Sukki bin Othman, Ustaz Mohd. Tabi’in bin Sahri, dan Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 63


PROGRAM SEMAKAN PENCAPAIAN SUKU KHAIRA UMMAH 2030 3 Jun 2023 - Pengurusan KITAB yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid telah dijemput dalam Program Semakan Pencapaian Suku Khaira Ummah 2030 Transformasi Negeri Pulau Pinang Perancangan Strategik: Khaira Ummah 2023- 2025 yang telah diadakan di Grand Mulia, Kubang Semang Bukit Mertajam. Turut serta dalam program ketua-ketua agensi dan pengurusan agensi-agensi Islam di Negeri Pulau Pinang. PERASMIAN SUDUT KOLEKSI PENULISAN AL-MARHUM SYEIKH DR. YUSOF AL-QARADHAWI 11 Julai 2023- Penyempurnaan Perasmian Sudut Koleksi Penulisan al-Marhum Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi yang diletakkan di perpustakaan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YBhg. Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr. Hj. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB. Lebih 150 buah buku penulisan al-marhum ditempatkan di perpustakaan KITAB sebagai bahan bacaan pelajar-pelajar di sini. Hadir bersama ke majlis YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB, tetamu jemputan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor dan Tuan Mustafa bin Basri, ahli Lembaga Pengarah KITAB. TEMU ANWAR- BICARA PENDIDIKAN MADANI @ KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG 5 Ogos 2023- Dr. Mohd Ikhmal Bin Fadzil, Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program KITAB Pulau Pinang di jemput berkongsi pandangan umum berkenaan bicara pendidikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia secara langsung di RTM bersempena program Temu Anwar di KMPP. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 64 LensaKITAB


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2023 31 Ogos 2023 - Kontinjen Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang julung kali telah menyertai perarakan sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Stadium Batu Kawan. Perarakan sempena sambutan kemerdekaan ini turut disertai 92 kontinjen lain yang terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan samada di dalam sektor kerajaan dan swasta. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, barisan Exco dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKHIDMAT PEMANGKU REKTOR 4 September 2023 - Barisan Ahli Senat KITAB menyambut ketibaan Pemangku Rektor/Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol. Seluruh warga KITAB mengucapkan taniah dan selamat berkhidmat. KITAB IPT BERDAYA SAING 2 September 2023 - Tahniah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang atas pencapaian Penarafan MYQUEST 2022 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menduduki tangga ke 82 daripada 175 buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. KITAB Pulau Pinang memperolehi Penarafan Kategori IPT BERDAYA SAING sebaris dengan IPT-IPT yang lain. Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap mantan Rektor KITAB di atas pencapaian yang memberangsangkan ini. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 65


SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT DARIPADA BANK ISLAM SDN BHD 4 September 2023 - Penyerahan “mock cheque” sumbangan wakalah zakat daripada Bank Islam Sdn. Bhd. sebanyak RM 10,000.00 telah diserahkan oleh YBhg. Tn Hj Abdul Ghani bin Abdul Wahab, State Deposit Manager BIMB Penang kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut adalah YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang. Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada para pelajar yang memerlukan. Pihak KITAB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bank Islam Malaysia Berhad di atas sumbangan yang telah di salurkan. PENGHARGAAN TERHADAP USAHA DAN JASA KHIDMAT MANTAN REKTOR KITAB 14 September 2023 - Sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga Mantan Rektor KITAB di atas kejayaan menjadikan KITAB sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang Berdaya Saing mengikut “ranking” MyQuest Malaysian Qualifications Agency (MQA). Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang dan YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol Pemangku Rektor KITAB. SUMBANGAN DARIPADA ZAKAT PULAU PINANG 14 September 2023 - Penyerahan “Mock-Cheque” daripada Zakat Pulau Pinang kepada KITAB telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB. Majlis penyerahan ini disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut adalah, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang, CEO Zakat Pulau Pinang dan pegawaipegawai Zakat Pulau Pinang. Sumbangan tersebut merupakan geran tahunan ZPP melalui MAINPP kepada KITAB di bawah kategori asnaf Fisabilillah bagi tujuan biasiswa dan pemerkasaan KITAB sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik penuh MAINPP. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 66 LensaKITAB


SYARAHAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE SIRI 1 18 September 2023 - Artificial Intelligence Lecturer Series 1 (AILS 1) yang bertajuk “Kepentingan Penguasaan Artificial Intelligence Dalam Kebolehpasaran Pelajar Masa Kini” telah disampaikan oleh YBhg. Prof Dato' Dr. Mohamad Fauzan Bin Noordin Prof. Kulliyah Of Information and Communication Technology (KICT), IIUM. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor KITAB yang menekankan pentingnya untuk menguasai ilmu teknologi maklumat masa kini sebagai salah satu "soft skill" ke arah meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan masa kini. MAJLIS APRESIASI WAKAF PULAU PINANG 25 September 2023 - Deligasi KITAB yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB telah menghadiri Majlis apresiasi Wakaf Pulau Pinang (WPP) bersama rakan strategik. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang adalah merupakan rakan strategik Wakaf Pulau Pinang semenjak tahun 2020 melalui kerjasama untuk menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi berasaskan Wakaf di Bandar Cassia, Batu Kawan. PERSIDANGAN WAKAF MADANI 2023 26 September 2023 - YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, pemangku Rektor KITAB membentangkan pembentangan berkenaan Wakaf Pengajian Tinggi dalam Persidangan Wakaf Madani 2023 yang berlangsung di Bertam Resort, Kepala Batas. Perasmian majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang serta menyaksikan Penyerahan Cek Cura Sumbangan Individu dan Korporat. Turut berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman melibatkan AL-Hady Centre dan International Islamic University Malaysia (IIUM), KITAB Pulau Pinang dan Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM), Wakaf Pulau Pinang dan Bank Simpanan Nasional Malaysia serta Wakaf Pulau Pinang dan Yayasan Restu. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 67


MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT KORPORAT BANK ISLAM 2 Oktober 2023 - Majlis penyampaian sumbangan wakalah zakat korporat Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) oleh Pemangku Rektor KITAB Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol kepada 20 orang pelajar yang terpilih menerusi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dengan kos keseluruhan sumbangan sebanyak RM 10,000.00. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli Pengurusan KITAB dan ahli-ahli SENAT KITAB. MAJLIS PENYERAHAN PERANTI SISWA PELAJAR KITAB PULAU PINANG 2 Oktober 2023 - Inisiatif PerantiSiswa di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian dan pembelajaran para mahasiswa/wi dalam keadaan baik dan sempurna. Majlis penyampaian perantisiswa ini telah disempurnakan oleh Pemangku Rektor KITAB, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol. MAJLIS PENERIMAAN SUMBANGAN DANA KEMANUSIAAN PALESTIN 20 Oktober 2023 - Pemangku Rektor KITAB Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol telah menghadiri Majlis Penerimaan Sumbangan Dana Kemanusiaan Palestin yang berlangsung di Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Majlis ini turut dihadiri oleh T.Y.T. Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Ahmad Timbalan Yang di-Pertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Pada majlis tersebut turut diadakan penerimaan dana kemanusiaan umat Islam GAZA, Palestin daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, ahli korporat dan individu. Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 68 LensaKITAB


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 28 September 2023 - Pemangku Rektor KITAB Prof Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol telah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1455H/ 2023 M peringkat negeri Pulau Pinang yang diadakan di Raia Hotel Bayan Lepas, dengan perarakan bersama semua kontinjen bermula di Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana, Bayan Lepas. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan diiringi YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh YBhg. Dato' Ustaz Mohd Kazim bin Elias bertajuk "Rasulullah Disanjung, Sunnah Dijunjung" serta penyampaian Anugerah dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1445H/2023M disamping penyampaian Hadiah Kontijen Terbaik. FORUM PENGHAYATAN AKHLAK MAULIDUR RASUL 21 Oktober 2023 - Program Forum Penghayatan Akhlak Maulidurrasul merupakan Program yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Masjid Jamiul Badawi. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Forum dikendalikan oleh Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil, Pegawai Khas Agama Pejabat TKM 1 dan Pensyarah KITAB bersama barisan panelis jemputan. SEMINAR ISU KEFATWAAN ZAKAT 2023 (SIFZA 3.0) DAN PELUNCURAN BUKU ISU ZAKAT KONTEMPORARI 12 Disember 2023 - Program Bersempena Sambutan Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 ini adalah kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam (al-Hady Centre) dan telah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Seramai lebih kurang 300 orang peserta yang terdiri daripada guru takmir dan kariah seluruh negeri Pulau Pinang, serta wakil jabatan dan agensi kerajaan dan institusiinstitusi pengajian tinggi hadir dalam program ini. Dalam SIFZA 3.0 kali ini, 6 kertas kerja telah dibentangkan. Selain itu, program ini juga turut menyaksikan peluncuran buku Isu Zakat Kontemporari dan sesi diskusi buku tersebut. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pengerusi Eksekutif AlHady Center Merangkap Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB). Umum LENSA Keluaran 5 . Disember 2023 LensaKITAB 69


Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang No Tel: 011-11434688 kitab.edu.my Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah Melahirkan Ulul Albab kitabpulaupinang [email protected] www.kitab.edu.my


Click to View FlipBook Version