The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by majalahdigitalkvk, 2023-12-04 07:56:41

e-MAJALAH KV KULIM 2023

e-MAJALAH KV KULIM 2023

Keywords: e-MAJALAH KV KULIM

Kolej Vokasional Kulim


Kolej Vokasional Kulim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri- siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh.Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya siding redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. "MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA“ YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Menteri Pendidikan Malaysia


Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan. Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integrity berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan 'it takes a village to raise a child'. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya. DATUK HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh dan Salam Madani. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Majalah Digital dan Dokumentasi Kolej Vokasional Kulim atas kejayaan menerbitkan majalah pada kali ini. Lebih istimewa penerbitan majalah dan dokumentasi kolej pada tahun ini menggunakan platform digital. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, segala usaha dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Majalah kolej ialah naskhah yang memaparkan perkembangan, kegiatan pendidikan dan pencapaian akademik dan kemahiran pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah kolej akan terus relevan sampai bila-bila walaupun penerbitannya menggunakan medium digital. Teras kejayaan sesebuah kolej ialah kerjasama serta komitmen yang tinggi antara warga pensyarah dengan pelajar berserta pengurusan yang efisien. Usaha padu semua pihak yang tidak mengenal erti jemu dan penat lelah akan merealisasikan segala visi, misi dan aspirasi kolej seiring dengan aspirasi negara menjadi matlamat kita semua. Seharusnya mutu pendidikan kita semakin maju ke hadapan agar dapat setanding dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Akhir kata, Saya yakin warga KV Kulim mampu menggapai impian dalam memburu kejayaan di persada Pendidikan negara dan dunia. Masa depan yang gemilang menunggu pelajar berkemahiran tinggi yang berani mencuba menerokai bidang kemahiran dan seterusnya mengubah tanggapan negatif yang menjadi halangan kepada pelajar aliran vokasional sebelum ini. Doa dan harapan saya agar kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan dalam semua urusan oleh Allah. Sekian, terima kasih. HAJI ISMAIL BIN OTHMAN, BCK Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Kedah b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini memasuki Gelombang 3 (2021-2025) yang berteraskan kepada 11 anjakan utama dan salah satunya adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Bagi memacu transformasi dalam Gelombang 2 PPPM, selaras dengan Fasa Pemerkasaan (2017-2020) Transformasi Pendidikan Vokasional, kita perlu memberi penekanan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengetahuan dan kemahiran terkini dalam menghadapi abad ke-21 perlu diperkukuhkan . Pada masa yang sama, kita juga perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan dengan amalan yang lebih baik, terkini, berteknologi dan bersifat futuristik selaras Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang sedang melanda dunia hari ini. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju modal insan negara pada masa hadapan. Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik selaku pelaksana harus menekankan konsep Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) sejajar dengan aspirasi tujuh hala tuju yang menjadi tunjang KPM, iaitu menekankan aspek karamah insaniah dalam menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di peringkat global. Tanggungjawab ini perlu bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga mempunyai kebolehkerjaan tinggi selaras dengan keperluan industri negara. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga pendidikan teknik dan vokasional untuk terus berusaha mencipta kegemilangan. Salam Transformasi dan Selamat Maju Jaya. Sekian, Terima Kasih. PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sidang redaksi Majalah Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik atas kejayaan menerbitkan majalah bagi tahun 2023. Sesungguhnya kejayaan yang kita capai sepanjang tahun lalu adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga pendidikan teknik dan vokasional.


Ternyata, teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional. Bukan sesuatu yang mudah bagi sidang redaksi majalah untuk mentransformasikan penerbitan majalah ini sekiranya tiada ilmu berkaitan teknologi ICT. Penerbitan majalah ini bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan Kolej Vokasional Kulim yang autentik dan rasmi. Sejajar dengan perubahan bidang pendidikan yang begitu dinamik pada abad ini terutamanya dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju, para pendidik khasnya dan warga kolej amnya perlu sentiasa bersedia melakukan anjakan paradigma dan tindakan yang relevan dengan keperluan semasa. Keupayaan warga pendidik dalam menyediakan dan menyampaikan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara amat dituntut. Sehubungan dengan hal itu, pihak kolej sentiasa peka dengan perubahanperubahan itu dan bersedia membuat tindakan yang menyeluruh dalam konteks yang lebih luas meliputi peningkatan kualiti pengurusan dan kepimpinan kolej,sistem penyampaian yang lebih berkesan serta, pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Saya yakin penerbitan Majalah Digital Kolej Vokasional Kulim ini ini mampu membakar semangat dan usaha gigih warga kolej untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan kolej yang gemilang di persada negara. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam Majalah Kolej Vokasional Kulim yang diterbitkan secara digital buat pertama kalinya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada badan redaksi majalah kolej vokasional Kulim kerana berjaya menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu majalah kolej secara digital ini tidak dapat dihasilkan seperti yang dirancang. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan Salam Madani. Sekian, terima kasih. SAARI BIN YAZIT PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM


Kolej Vokasional Kulim PENGURUSAN KOLEJ VOKASIONAL KULIM Nikmati hidupmu tanpa harus takut dengan penilaian buruk daripada orang lain, kerana yang menganggapmu buruk itu belum tentu dirinya lebih baik…


SAARI BIN YAZIT PENGARAH MOHD NIZAR BIN HARUN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK FARIZA BINTI HUSSIN @YUSOF TIMB PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK NOR ZAHRATUL LAILIYAH BINTI MOHD JAID KETUA JAMINAN KUALITI RUSLAN BIN MAT SAAT GURU KANAN VOKASIONAL / KETUA PENYELARAS PBC MIOR MUHAMMAD MAHADHIR BIN ZAHARI KJ JABATAN PERNIAGAAN SUZANA BINTI AHMAD KJ JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MUHAMMAD FAIZAL BIN DAHLAN KJ JAB. TEK. MEKANIKAL PARTHIBEN A/L CHINNAN KJ JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT ANIZAH BINTI AHMAD KJ JABATAN TEKNOLOGI AWAM SUZANA BINTI SURATMAN KJ JABATAN PENDIDIKAN UMUM NOOR AZIZA BINTI AHMAD KJ JABATAN PENTAKSIRAN DAN PENSIJILAN


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim AJLAA ANIS BINTI AZMI MOHD KHIDIR RUSTAM BIN ABDUL RAHMAN SYAZWANI BINTI MOHD ZUKI MOHD ISHAK BIN ABU BAKAR NORZIANA BINTI OTHMAN MUHAMAD ZAMBRI BIN ZAINOL NUR’ASHIKIN BINTI AHMAD HALIMATON SADIAH BINTI MOHD ROSLI NOOR AZIZAH BINTI MOHD ARSHAD NORA BINTI AB RAHMAN NADZRIAH BINTI LONG @ ABDUL SAMAH NO0RZAIMAH BINTI MD ISA MOHD HAFIZ BIN FAKHRURAZI AMIR FAKHRI BIN ABDUL JAMIL ROSLINDA BINTI ROSLAN HAKIMAH BINTI MHD YUSUF


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim VASANTHI A/P SAMYKANOO WAN NI HALIMATUN SADIAH BINTI MOHD NAZIN FATIN FARHANA BINTI NORDIN VIKNESHWERY A/P VELOO GOPAL NOOR’ AINI BINTI KHALID NORASHIDA BINTI KHALID NAZATUN ISMANIZA BINTI NAYAN SITI AISHAH BINTI DOLAH FAIZAH BINTI HASSAN NOR ASYITAH BINTI MOHAMAD NASROL MAZURA BINTI MAMAT ROZILA BINTI NAWANG LIM HUI KEAN SITI HAJAR BT MAT SHIR MOHD BIN NORDIN NOOR HISHAM BIN MOHD YUSOFF


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim NURUL AMIRA BINTI YAAKOB KAMESWARY A/P S.RAMASAMY INTAN ROHAIZAN BINTI AHMAD NORHAYATI BINTI ISHAK AMALINA ZAWANI BINTI AHMAD SHABRI RASIDAH BINTI SAAD NADZIRAH BINTI MOHD JAUAH ROZANA BINTI JAMALUDIN NUR AZIZAH BINTI NOZORI NUR AIESYAH BINTI ABDUL HALIM MOHD SUHAIRI BIN MOHD ISA MUHAMMAD FARIZ BIN CHE NOH NOR AZIZA BINTI OTHMAN SITI SALWA BINTI ABDULLAH ALLIRANI A/P CHANRAKESAN ROZIYATON BIDAYAH BINTI IBRAHIM


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim AZAILI BIN ISHAK MUHAMAD SHAHRIL BIN MUHAMAD SAUPI NOOR AIMAN BIN AZMIN NOOR SALLEH BIN ISMAIL YA’AKUB BIN ISMAIL ASRI BIN TAHA MOHAMAD ZAMRI BIN HASHIM OSMAN BIN ABDULLAH MOHD HANIF BIN ISMAIL SHAIFOL AZLI BIN ZAKARIA NNORMARINA BINTI RAMLEE KU NOR ATIKAH BINTI KU SHUIB MUHMMAD TAKIYUDIN BIN SUKERI AZLAN BIN MD NOR YUSUHAIRI BIN REMLI ABD RAHIM BIN AHMAD


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim AZHAR BIN AHMAD MUHAMAD NAZDAN BIN ALI MOHD FIKRI BIN HAJI AHMAD MOHAMAD SHAHRUL AMRI BIN RAMLI MOHD IKHWAN BIN MOHD GHAZALI ZAINOL AKBAR BIN ZAINOL ABIDIN MOHD ABI ALKAM BIN BAHARUDIN MUHAMMAD SYAUQI ASYRAF BIN AHMAD TAJUDIN SHAHRUL BIN SHAMSUDDIN NASHOBUDIN BIN BAKAR PUTERI FATEN NADIA BINTI ROZIZI ALYANI NAZIRAH BINTI ABD RASHID NOOR SARAH BINTI ABD RAHIM HASSAN BIN KASSIM MUHAMMAD FUAD HILMIBIN KHAIRUDDIN SAZALI BIN SAID


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim MOHAMMAD FAHMI BIN SAFARUD-DIN KHAIRUL AZHAR BIN SHAMSULDIN ILMI BIN IBRAHIM MOHD YUSUF BIN HASSAN MUNIR BIN MUHAMAD NOOR NORFATIMAH BINTI DOLLAH NORMAWATI BINTI ABDULLAH NUR MAHFUZAH BINTI AHMAD TAJUDDIN SITI ZAINI BINTI ZAINOL ABIDIN SITI HAJA BINTI KASIM FAIZA BINTI AHMAD PHUAT NUR AMINAH BINTI ISMAIL NUR FAZLIYAH BINTI MOHD KHOZAM MAZNAH BINTI CHE SHAB SYUHADA BINTI MAN MOHD NASIR BIN MOHAMAD NORDIN


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim MAHADZIR BIN IBRAHIM AZRUL BIN AHMAD KHAMSIAH BINTI JAAPAR NURHIYAH BINTI ABU BAKAR SITI AMIRAH BINTI BASIRUN MASLINDALIZA BINTI MAHADZIR SITI MUNIRAH BINTI ABDUL MALIK NOOR FATIN BINTI JAAFAR NUR DALILA BINTI MOHD AZNI NO0RAMERA BINTI ABU HASAN MOHD FADZLI BIN MD ZAIN MOHD FAKHRUL HAKIMI BIN ZAINAL ABIDIN HURAIAH BINTI YAHAYA MOHAMAD AMIR BIN MOHAMAD KHIR ZARANI BIN WAHAB MOHAMMAD HUZAIRIE BIN SUHAIMI


Barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kv Kulim ARUNA A/P MUNIANDY IZATUL ANIS BINTI MD RODI WAN SAMSUHAIMII BIN MUSA MOHD RADZI BIN MOHD SHAHAR PARAMASIVAN A/L MUNUSAMY NOOR AZIRA BINTI HAMZAH NUR ROSLINA BINTI RAMLI ANIS IZWANI BINTI MD RADZI NURUL FARRAHIN BINTI ABU SITI AISHAH BINTI ABDULLAH HAMDAN BIN MOHAMED


Barisan Anggota Kumpulan Pelaksana Kv Kulim NORSHAHIRA BINTI JAAFAR NORNAZLIANA BINTI AB. RAZAK FAUZIAH BT MANSOR NORHAYATI BINTI ARIFFIN AIDA BT AHMAD NORIDA BINTI MOHAMMAD RADZI NURUL ASMA ADILA BINTI MOHD BAKRI NAZIRA BINTI SAAYA AZLINA BINTI MAMAT CHE SU BINTI HASAN SITI ZAKIAH BINTI MOHD YASIN SHARINA BINTI MOHAMED FADZIL SITI ROHANI BINTI DIN SITI MUNIRAH BT ARIPIN SALEHA BT. IBRAHIM SUZAINEE BT ZAINOL


Barisan Anggota Kumpulan Pelaksana Kv Kulim RAKMAN BIN IBRAHIM MOHD NAYAN BIN ABDUL HAMID MOHD ISMAHAFEEZE BIN ISHAK MUHAMMAD NAUFAL FITRI BIN ABDULL RAHMAN NASIR BIN MAT RAHIM WAN OMAR ZAHRAN BIN WAN MOHAMAD MOHAMAD AZILAN BIN SAAD


Barisan Pensyarah Anggota Kumpulan Pelaksana


PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN


PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK


PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN


PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF


PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI Tidak usah merendahkan diri sendiri agar engkau dikagumi. Jika perkataan dan perilakumu benar-benar dari hati. Maka diam pun kamu akan dihormati dan disegani orang lain.


UNIT SAINS & MATEMATIK UNIT BAHASA


UNIT KEMANUSIAAN Melihat ke atas agar termotivasi. Melihat ke bawah untuk bersyukur atas semua yang dimiliki. Menatap ke depan agar melangkah lebih yakin lagi. Dan menoleh ke belakang agar bisa terus memperbaiki diri.


Unit Koperasi PENSYARAH KOPERASI SEK. MEN. TEKNIK BERHAD MENYIKAPI ORANG YANG BENCI DENGAN KITA.. Cukup biarkan saja. Dekat dengannya tidak membuat kita senang. Jauh darinya pun tak membuat kita kesepian. Kolej Vokasional Kulim


Kolej Vokasional Kulim Unit Kaunseling PENSYARAH UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA Life is like a book. Some chapters are sad, Some are exciting. But if you never turn the page, you will never know what the next chapter hold.


Kolej Vokasional Kulim Kelab Pensyarah dan Staf KELAB PENSYARAH & STAF KOLEJ VOKASIONAL KULIM Respect the old when you are young. Help the weak when you are strong. Confess your faults when you are wrong. Because one day you will be old, weak and wrong.


Kolej Vokasional Kulim PENSYARAH & PRS KOLEJ VOKASIONAL KULIM PENSYARAH & PENGAWAS KOLEJ VOKASIONAL KULIM


Kolej Vokasional Kulim PENSYARAH & MPP KOLEJ VOKASIONAL KULIM WARDEN & JPKP KOLEJ VOKASIONAL KULIM


Click to View FlipBook Version