The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by majalahdigitalkvk, 2023-12-04 07:56:41

e-MAJALAH KV KULIM 2023

e-MAJALAH KV KULIM 2023

Keywords: e-MAJALAH KV KULIM

Penasihat Akademik : PUAN NOOR’AINI BT KHALID Penasihat Akademik : PUAN ALLIRANI A/P CHANDRAKESAN


Penasihat Akademik : CIK NORMARINA BINTI RAMLEE Penasihat Akademik : EN MOHD HAFIZ BIN FAKHRURAZI


Penasihat Akademik : PUAN NOR ASYITAH BT MOHAMAD NASROL Penasihat Akademik : PUAN SITI HAJAR BINTI MAT


Penasihat Akademik : EN MUHD SYAUQI ASYRAF BIN AHMAD TAJUDIN


Penasihat Akademik : CIK NADZIRAH BINTI MOHD JAUAH Penasihat Akademik : PUAN SITI AISHAH BINTI DOLAH


Penasihat Akademik : EN MOHD HUZAIRIE BIN SUHAIMI Penasihat Akademik : PN NORIZA BINTI HJ MOHD NOR


Penasihat Akademik : PN INTAN ROHAIZAN BINTI AHMAD Penasihat Akademik : EN SALLEH BIN ISMAIL


Penasihat Akademik : PN NURHIYAH BINTI ABU BAKAR


Penasihat Akademik : PUAN NOR AZIZA BINTI OTHMAN Penasihat Akademik : PN ANIS IZWANI BT MD RADZI


Penasihat Akademik : PN SITI ZAINI BINTI ZAINOL ABIDIN Penasihat Akademik : PN NUR MAHFUZAH BT AHMAD TAJUDDIN


Penasihat Akademik : PN ROZANA BT JAMALUDIN Penasihat Akademik : PN ANIS IZWANI BT MD RADZI


Penasihat Akademik : EN MOHD FAKHRUL HAKIMI B ZAINAL ABIDIN Penasihat Akademik : TS WAN SAMSUHAIMI BIN MUSA


Penasihat Akademik : PN NUR AZIZAH BINTI NOZORI Penasihat Akademik : PN RASIDAH BINTI SAAD


Penasihat Akademik : PN MAZNAH BT CHE SHAB Penasihat Akademik : PN SYUHADA BT MAN


Penasihat Akademik : PN NAZATUN ISMANIZA BT NAYAN Penasihat Akademik : PN VIKNESHWERY A/P VELOO GOOPAL


Penasihat Akademik : EN SAZALI BIN SAID Penasihat Akademik : EN MUHAMMAD FUAD HILMI BIN KHAIRUDDIN


Penasihat Akademik : PN WAN NI HALIMATUN SAADIAH BT MOHD NAZIN Penasihat Akademik : PN ARUNA A/P MUNIANDY


Perigi tuan semak siratan, Ukur tali nampak serupa; Pergi tuan semarak ingatan, Luhur budi tidak dilupa. Tuai padi tinggal jerami, Mega petang amat redup; Dunia persaraan tuan alami, Moga tenang nikmati hidup. Puan Noriza & Puan Roslina MAJLIS PERSARAAN 25 May 2023 - KHAMIS


Hilangmu tiada pengganti, Hanya tinggal kenangan abadi; Terima kasih jasa diberi, Akan kami semai di hati. Lipat sirih di tapak tangan, Letak sekapur dalam dupa; Budi yang baik jadi kenangan, Budi tuan kami tak lupa. Encik Abd Rahim MAJLIS PERSARAAN 04 JULY 2023 - KHAMIS


Menyusun pantun memakai rima, Rima dibuat menjadi kisah; Bertahun-tahun kerja bersama, Tibalah masa untuk berpisah. Berasah parang bersepuh lama, Menjadi senjata pahlawan handal; Susah senang ditempuh bersama, Menjadi jasa buat yang tinggal. Puan Vasanthi MAJLIS PERSARAAN 09 Ogos 2023 - RABU


Perigi tuan semak siratan, Ukur tali nampak serupa; Pergi tuan semarak ingatan, Luhur budi tidak dilupa. Tuai padi tinggal jerami, Mega petang amat redup; Dunia persaraan tuan alami, Moga tenang nikmati hidup. Puan Khamsiah MAJLIS PERSARAAN 25 OKTOBER 2023 - RABU


Encik Azaili Ishak MAJLIS PERSARAAN 22&30 NOVEMBER 2023 – RABU& KHAMIS Nona manis nama timangan, Kecil molek senyuman menawan; Jasa baktimu sentiasa dikenang, Budi baikmu kekal diingatan. Main bola atas padang, Sambil main makan celagi; Kalau ada umur panjang, Kita akan berjumpa lagi.


SAJAK: BAHASA JULANGANKU Bahasa kita budaya kita lambang utuh negara bangsa warisan nenek moyang paling berharga diamanahkan untuk dijaga agar tidak lapuk dek zaman Alangkah indahnya kata bila bicara dalam kata ada santun dalam gusar ada jenaka dalam gurau ada sindiran dalam sindir ada pesanan Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan Alang-alang masih bernafas akanku jaga bahasaku, budayaku sehingga titisan darah terakhir. Bangsa yang berjaya bangsa beradab bahasanya dijulang Jikalau bahasa dilupakan usah tanya di mana khilafnya Jika bukan kita yang pertahankan siapa lagi wahai bangsaku? Andai penjajah menceroboh usah lagi menuding jari Andai kita masih bermimpi lupakan saja kebebasan Andai bahasa masih dicemari baiklah saja dunia kiamat diri hancur tanpa merdeka. Selagi roh bersama jasad nyawa dikandung badan sebelum diri dimamah bumi sangka kala belum berbunyi akanku pegang janjiku, agamaku, bangsaku, bahasaku akanku bela sehingga ajal datang menjemput Islam itu agamaku Melayu itu bangsaku Bahasa itu julanganku. Muhammad Danish Safwan bin Kamaruddin 2KPD


SAJAK: DIARI SEORANG GURU Kali pertama menjejak kaki Mengenal alam persekolahan Banyak dugaan akan dihadapi Ilmu dikongsi Bersama Membina potensi insan Terpana mata Terpaku pada seraut wajah Kanak-kanak lelaki Kemas, segak dengan beg sandang Kecil di bahunya Menuntut ilmu janganlah segan Ilmu yang benar janganlah yang bukan Langkah kaki kuteruskan Menuju ke kelas memimpin kata-kata Bersama wajah-wajah si kecil Amanah yang diberi takkan kupersiakan Ayuh, Bangkitlah wahai muridku Lampu aladdin takkan bernyala Jika aladdin dak menggilapnya sendiri Jangan jadi seperti merak yang sombong Belajarlah dan terus belajar Wahai muridku Buanglah selimutmu Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Murid yang hormat pada guru Pastilah ia berlimpah ilmu Lahirnya seorang peguam, doktor dan pensyarah Adalah bermula daripada seorang guru Selepas mencapai kejayaan Jangan dilupa jasa guru Muhammad Alif Haikal Bin Azlan (2ETN)


TAJUK: KEMERDEKAAN Burung merpati burung helang, Burung helang melahap nangka, Megah mengibarkan Jalur Gemilang, Menandakan kita anak merdeka. Jasa pahlawan tidak terkira, Menjadikan Malaysia negara holonlalisme, Generasi muda pemaju negara, Negara perlu generasi berjiwa patriotisme. Isteri yang soleh jangan derhaka, Suami yang baik sering bersandiwara, Menyemai semula semangat merdeka, Menandakan cinta akan negara. Sambut merdeka sekali setahun, Keringat tercurah pejuang berjasa, Malaysiaku merdeka 66 tahun, Itulah sejarah perjuangan bangsa. Jalur gemilang berkibar megah, Simbol perpaduan seluruh negara, Malaysia bekas dari dijajah, Semoga negara aman sentosa. Tentera berkorban mengeluarkan darah, Kerana usia harus bersara, Negara maju putuskan rantaian rasuah, Kerana rasuah merupakan musuh negara. Pergi ke kolej menaiki motosikal, Tiba di kolej belajar sastera, Tanjak jalur gemilang laris dijual, Tanda anak muda cinta akan negara. Firdaus 2MPP


Nukilan: AKID 2MPP PANTUN GENGGAMLAH TEKNOLOGI Dibawah sarang burung tempua Melati kuntum tumbuh melata Gajet dicipta untuk semua Baik di maya mahupun nyata Pergi ke kedai membeli sosej Sambil memakai kain pelikat Membolehkan pemakai menghantar mesej Walaupun jauh terasa dekat Pergi kelaut membawa jala Bawa Bersama si can tik anisa Karnival sains teknologi semakin menggila Sudah melangkaui peringkat antarabangsa Segala maklumat senang dicari Jimat tenaga masa tak rugi Ilmu diperoleh di hujung jari Itulah kecanggihan era teknologi Menyeberang sungai menggunakan sampan Membawa sekali harta kayangan Sains teknologi membawa harapan Menjadi faktor menjana keuntungan Daun nipah kajangnya rapat Hidangan tetamu di kuala maran Kita perlu berjimat cermat Inovasi dilakukan mengelakaziran pemb Pergi ke kolam bersama Hassan Sambil membuat sebuah perangkap Pek jet dicipta untuk kecemasan Membantu pesakit yang terperangkap Pergi ke bandar menaiki kereta Di kiri dan kanak dikelilingi hutan Cermin mata x -ray telah dicipta Bagi membant u bidang rawatan


SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA Ingat pesanku wahai belia , Jangan berdusta jangan pedaya , Jangan fikir kasihkan kaya , Jangan boros yang sia- sia . Jangan mengata jangan mengeji , Jangan aniaya bengis dan benci , Jangan takbur diri dipuji , Jangan sesekali mungkiri janji . Judi dan arak jangan biasa , Lucah dan cabul jangan selesa , Usah bertemu ular yang bisa , Lambat bangatnya dapat binasa . Jangan meminjam jangan berhutang , Jangan meminta bantu sementang , Bergantung pada orang hendaklah pantang , Bebas kehidupan sentiasa tatang . Meminta jangan meminjam pun jangan , Barang dipinjam kerap kehilangan , Sahabat peminjam renggang di tangan , Hutang merosakkan mut ‘ ah pandangan . Jangan biasakan meminta tolong , Ke sini tersembah , Ke sana terlolong , Iktihar sendiri bantut bergulung , Akhirnya kebolehan lenyap terlelong . NUR FARHANA (1MTK) SELOKA REMAJA Remaja , Lihatlah di sekelilingmu , Apakah yang sedang berlaku ? Sebelum bertindak fikir dahulu , Jauhi sikap terburu-buru . Kau mencuba bila kau mahu , Kau merasa sebaik kau hidu , Jangan terjerat kehendak nafsu , Menelan sa haja apa yang baru . Remaja , Perhatikan gelagat setiap kawan , Dengan siapa kita berkawan ? Andai bisa dibuat teman , Dia yang suka hiburan atau amalan ? Kau mencari yang seakan- -akan , Kau memilih mana yang sepadan , Jangan ikut sebarang ajakan , Terjebak perkara yang bukan- -bukan . Remaja , Kenali idola pujaan hatimu , penyanyi India pelakon Melayu ? Yang baik- baik patut ditiru Yang buruk, - buruk jangan dilaku . Bukan hanya tubuh menarik Bukan kerana wajah yang cantik , , Abang , kakak dan adik-adik Rasulullah SAW ikutan terbaik . , NABIL (1MTK)


SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA Ingat pesanku wahai belia , Jangan berdusta jangan pedaya , Jangan fikir kasihkan kaya , Jangan boros yang sia- sia . Jangan mengata jangan mengeji , Jangan aniaya bengis dan benci , Jangan takbur diri dipuji , Jangan sesekali mungkiri janji . Judi dan arak jangan biasa , Lucah dan cabul jangan selesa , Usah bertemu ular yang bisa , Lambat bangatnya dapat binasa . Jangan meminjam jangan berhutang , Jangan meminta bantu sementang , Bergantung pada orang hendaklah pantang , Bebas kehidupan sentiasa tatang . Meminta jangan meminjam pun jangan , Barang dipinjam kerap kehilangan , Sahabat peminjam renggang di tangan , Hutang merosakkan mut ‘ ah pandangan . Jangan biasakan meminta tolong , Ke sini tersembah , Ke sana terlolong , Ikhtihar sendiri bantut bergulung , Akhirnya kebolehan lenyap terlelong . NUR FARHANA (1MTK)


SAJAK: HARAPAN REMAJA KINI Remaja , Dengan minda yang terbuka , Siap siaga meneroka dunia , Sebilah pedang kalah tajam dengan pemikirannya , Pancaran kilat kalah cepat dengan kecerdikannya , Cita-citanya mengangkasa , Angan-angannya melampaui jagat raya . Ayunan tangan remaja , Hentakan kaki remaja , Terkandung sesuatu yang istimewa , Mencerahkan sebuah harapan bersama , Menakjubkan setiap pasang mata yang memandangnya . Remaja , Kekuatan mindamu harapan semua insan , Setiap langkahmu mampu , menggentarkan maya , Akan tetapi , Janganlah alpa , Tentang pentingnya hati yang murni , Hati yang suci , Hati yang tidak mudah ternoda , Hati yang tidak mudah dinodai . Bagi para remaja , Kalianlah harapan bangsa , Harapan insan , Harapan masa hadapan dunia , Memang tidak mudah untuk direalisasikan , Akan tetapi , Janganlah berpatah hati , Kita selalu tegap berdiri , Siap sedia mendampingi pemuda-pemudi . NUR FIRHANA (1MTK)


GURINDAM MEMUJI ORANG YANG PANDAI MELAKSANAKAN TUGAS Apa yang dijahit, menjadi baju, Apa yang ditanam cepat tumbuh. Apa yang disiram, basah, Apa yang dijemur, kering. Apa yang dibakar, hangus, Apa yang ditiup, terbang Apa yang ditawar, menjadi murah, Apa yang dijual cepat beli. Apa yang dikait, serta-merta jatuh, Apa yang dijerat, terus mengena. Apa yang diubat, sembuh, Apa yang dikerat, putus. Apa yang dipikat, dapat, Apa yang diangkat, naik. Tuan umpama geliga sakti, Apa yang dipinta, semuanya jadi. SUMBER: BUKU PANTUN DAN GURINDAM KARYA: PROF: ABDULLAH HASSAN


GURINDAM BELAJAR Kalau hendak tahu luasnya padang, Tanyalah belalang. Kalau hendak tahu banyaknya teluk, Tanyalah siput. Kalau hendak tahu luasnya kolam, Tanyalah katak. Kalau hendak tahu dalamnya laut, Tanyalah katak. Kalau hendak tahu dalamnya laut Tanyalah yu. Kalau hendak tahu luasnya langit, Tanyalah helang. Kalau hendak tahu luasnya hutan, Tanyalah kijang. Kalau hendak tahu kerasnya paku, Tanyalah paku. Semua orang mempunyai pengetahuan, Semua orang boleh menjadi guru. SUMBER: BUKU PANTUN DAN GURINDAM KARYA: PROF: ABDULLAH HASSAN


Click to View FlipBook Version