The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noradphd, 2022-06-30 23:52:54

HALAL DAN HARAM DALAM SUKAN DAN HIBURAN

ISC012: CHAPTER 7

Keywords: HALAL DAN HARAM,SUKAN DAN HIBURAN

Dr. Nor Adila Mohd Noor 1
UiTMCTKD

Mampu Mampu Mampu
MENJELASKAN MENJELASKAN dalil MENJELASKAN isu-
tentang Konsep isu berkaitan HARAM
HALAL & HARAM HARAM & HARAM
dalam SUKAN & dalam SUKAN & & HARAM dalam
HIBURAN SUKAN & HIBURAN
HIBURAN

Menghuraikan isu
fiqh halal dan haram
semasa. (C3/PLO1)

3

4

KONSEP & DALIL 5

6



▪ Hiburan merupakan suatu perkara yang diminati oleh manusia
secara fitrahnya. Bahkan hiburan merupakan satu elemen dalam
kehidupan. Adapun konsep hiburan itu berbeza-beza dan minat
seseorang juga berbeza-beza mengikut kecenderungan masing-
masing.

▪ Islam tidak memperincikan apa bentuk hiburan tersebut, ia terserah
kepada kesesuaian individu, tempat dan masa yang sentiasa
berubah-ubah. Apa yang pasti hiburan adalah subjektif yang
memberikan maksud sesuatu (perbuatan, benda dan sebagainya)
yang memberikan kegembiraan dan menyukakan hati.Maka
hiburan tersebut adalah luas bentuknya samada dalam bentuk
suara seperti nyanyian, gurindam, sajak atau perbuatan seperti
tarian, berlakon, bersukan atau ia merupakan sesuatu benda/
]objek seperti alatan muzik, buku, alatan sukan dan sebagainya.

• Dalam ilmu mantik, manusia juga dikategorikan sebagai hayawan dhahik
( )‫حيوان ضاحك‬iaitu makhluk hidup yang boleh gelak. Takrifan ini membezakan
dengan haiwan walaupun konsep bahasanya adalah hayawan. Hal ini
demikian hayawan adalah pengklasan dari sudut makhluk yang
bernyawa maka ia merangkumi manusia dan haiwan.

• Dhahik pula pengklasan dari sudut jenis sifat, maka ini yang membezakan
antara manusia dan haiwan disebabkan kerana haiwan tidak boleh gelak
berbeza dengan manusia.

• Justeru, sifat itu yang ingin dimaksudkan ialah gembira iaitu mampu untuk
berhibur dan berhajat kepada sesuatu yang menghiburkan hati. Maka dari
sudut mantiknya pun membawa maksud bahawa hiburan merupakan
perkara fitrah. Dan bertepatan dengan Islam yang merupakan agama
fitrah maka sudah tentu Islam membenarkannya selagimana ia tidak
bertentangan dengan syara’.

Justeru, apa jua yang menghiburkan hati atau
menggembirakan hati itu dipanggil sebagai hiburan.
Sehubungan itu tujuan hiburan adalah menggembirakan

hati, berlawanan dengan segala perkara yang
menyedihkan hati.

• Nabi SAW juga berpesan kepada sahabatnya agar hidup dalam
keadaan fitrah. Hal ini demikian kerana Islam itu agama fitrah.
Disebabkan itu Islam melarang daripada hidup sebagaimana rahib
yang tidak berkahwin, bahkan Islam mensyariatkan perkahwinan.
Islam juga menyuruh manusia mencari rezeki sebagaimana dalam
ayat Al-Quran berkenaan Solat Jumaat.

• Firman Allah dalam Surah Al-Jumu’ah pada ayat ke-10 yang
bermaksud :

• “Apabila telah ditunaikan solat (Solat Jumaat dan umumnya), maka
bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurniaan Allah dan
ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”

• Islam tidak menghalang berniaga dan apa jua pekerjaan untuk
mencari rezeki sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran
di atas. Bahkan ayat di atas disebutkan bahawa selepas selesai
melaksanakan solat (kewajipan kepada Allah) maka diperintahkan
untuk bertebaran mencari kurniaan Allah samada perniagaan dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana Islam itu agama fitrah iaitu
tidak menghalang kehendak manusia dari sudut kehidupan dunia
selagimana ia tidak ditegah dan membelakangi kewajipan.

• Bahkan inilah yang dikurniakan kepada manusia, namun Allah
mengingatkan agar manusia menguruskan segala apa yang
dikehendakinya itu selaras dengan Islam, tidak bertetangan
dengan syara’. Hal ini demikian kerana apa yang disyariatkan
Allah itu adalah sebaik-baiknya.

• Firman Allah dalam Surah Ali Imran pada ayat ke-14
yang bermaksud :

• “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,
kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah
ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi
Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

• Kisah sahabat yang bernama Hanzalah merupakan kisah yang
masyhur bahawa Nabi SAW mengajar para sahabat agar hidup
dalam keadaan yang normal iaitu tidak menolak fitrah semulajadi
yang memerlukan kepada hiburan namun dalam batasan syara’.
Hanzalah suatu ketika merasa gelisah sehingga merasakan
seakan-akan bersifat sebagaimana orang munafik iaitu melakukan
ibadah dalam satu masa, dan berhibur dalam satu masa. Namun
bukanlah melakukan maksiat atau terjatuh dalam perkara haram.
Lalu Nabi SAW bersabda kepada Hanzalah yang bermaksud :

• “Wahai Hanzalah, sekiranya kamu berterusan dengan (syadid)
dalam keadaan kamu sekarang ini (ibadah semata-mata tanpa
rehat dan berhibur seketika) nescaya malaikat akan mengiringi ke
mana sahaja kamu lalu (fadhilat yang besar terhadap ibadah yang
sahih di lakukan), akan tetapi satu masa dan satu masa.”

• Apa yang ingin dimaksudkan ialah dalam kehidupan ini
tidak perlu terlalu syadid tanpa melihat ibadah umum
yang lebih luas. Disebabkan itu Nabi SAW sebut “satu
masa dan satu masa” maksudnya ada masa untuk
fokus ibadah yang khusus dan ada masa untuk rehat,
berhibur,bersama-sama dengan masyarakat dan
sebagainya selagimana dalam ruang lingkup yang
harus bukannya haram atau maksiat.

• Majoriti ulama menghukumkan bahawa hiburan adalah
diharuskan dengan syarat hiburan tersebut tidak mengandungi
sebarang unsur-unsur maksiat yang haram dan apa jua bentuk
yang bertentangan dengan syara’.

• Lihat ketika mana peristiwa hijrah, apabila Nabi SAW bersama-
sama dengan Abu Bakar sampai di Madinah, baginda SAW
disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan melalui
nyanyian dan paluan gendang serta bertepuk tangan. Kesemua ini
merupakan hiburan yang menzahirkan mereka gembira dengan
kehadiran Nabi SAW, bahkan Nabi SAW tidak menghalangnya
dan membiarkannya dengan bersabda kepada Abu Bakar yang
bermaksud :

• “Biarkan mereka wahai Abu Bakar, sehingga orang yahudi
ketahui bahawa agama kita (Islam) itu lapang / luas (meraikan
fitrah)”

• Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa ketika beliau
mengiringi seorang wanita Ansar ke rumah suaminya (majlis
menyambut tetamu), lalu baginda SAW bersabda kepadanya :

• “Wahai Aisyah, tidak adakah bersama-sama kamu akan hiburan?
Sesungguhnya kaum Ansar mereka teruja / suka akan hiburan.”[5]

• Dalam kisah ini, Nabi SAW tidak menghalang akan hiburan yang
disukai oleh kaum Ansar dalam majlis perkahwinan mereka
selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’. Hal ini demikian
kerana, sebarang perkara yang tidak bertentangan dengan syara’
dan tidak dihukumkan akan haram maka hukumnya adalah harus.

• Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah pada ayat ke-4 yang
bermaksud :

• “Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi
mereka?." Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik”

• Justeru, apa yang tidak diharamkan dan dilarang oleh syara’
adalah perkara yang baik. Disebabkan itu hiburan yang menurut
Islam yang tidak mengandungi unsur-unsur yang haram adalah
diharuskan.

• Firman Allah SWT dalam Surah Yunus pada ayat ke- 59 yang
bermaksud :

• “Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku tentang rezki yang
diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya
haram dan (sebagiannya) halal." Katakanlah: "Apakah Allah telah
memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-
adakan saja terhadap Allah?"

• Firman Allah SWt dalam Surah Al-A’raf ayat ke-32 yang bermaksud :

• “Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah
yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa
pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah:
"Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam
kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat."
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang
yang mengetahui.”

• Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, Al-Marhum Syeikh Atiyah Saqar
berfatwa sesuatu perkara itu tidaklah diharamkan semata-mata ia
menghiburkan atau menyeronokkan akan tetapi ia diharuskan
berdasarkan qias kepada perkara-perkara baik melainkan adanya
illah yang menunjukkan ia adalah haram.



























 Kemajuan seni Muzik Seni Muzik telah mencapai
kemajuan yang begitu hebat sekali, ini kerana seni
muzik telah mendapat tempat yang baik daripada
kalangan pemerintah dan juga orang ramai.

 Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat
melalui lukisan-lukisan yang terdapat dalam kitab
Alpum Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam, yang
dihiasi dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik
yang sedang membuat persembahan mereka di
hadapan khalifah. Ia menggambarkan betapa besarnya
penghargaan umat Islam terhadap seni muzik pada
masa itu di kota Dymsik, iaitu pada zaman kerajaan
Abbasiyyah. (Ghazali Darusalam: 2001: ms 258)

▪ Selain daripada itu, seni suara dan seni muzik mendapat kecemerlangannya
pada zaman khalifah Abbasiyyah. Abdul Rahman Haji Abdullah (1988)

▪ Tokoh-Tokoh Muzik Zaman kerajaaan Abbasiyyah yang terkenal seperti
Ma’bad, ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu Suraji dan sebagainya.

▪ Manakala al-Kindi dan al-Farabi banyak juga menulis tentang teoriteori
muzik.

▪ Al-Farabi juga merupakan seorang tokoh muzik yang terkemuka pada zaman
Abbasiyyah. Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasir Muhammad bin
Auzalagh bin Tarkhan al-Farabi. Al-Farabi juga tergolong sebagai salah
seorang ulama’ yang luas ilmu pengetahuannya. Selain sebagai ahli fisafat
dan dianggap sebagai guru kedua selepas Aristotle, al-Farabi juga alim
dalam ilmu-ilmu lain. Dia banyak mengarang kitab-kitab. Satu keistimewaan
yang tidak biasa dimiliki oleh ulama’-ulama’ lainnya ada pada al-Farabi ialah
dia pakar dalam ilmu muzik. Dia bukan sahaja pandai dalam teori tapi juga
pandai menyanyi dan memainkan alat-alat muzik. Dia telah mengarang 5
buah kitab tentang muzik. (NurulHas: 2000:105)













• Islam tidak menghalang umatnya daripada berhibur
bahkan ia diraikan selagimana tidak bercanggah dengan
syara’. Konsep berhibur hendaklah mengikut garis panduan
yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah dibentang di
atas.

• Justeru, mana-mana hiburan yang bercanggah dengan
syara’ adalah diharamkan dan mesti dicegah agar tidak
merosakkan masyarakat bermula dari akar umbi.

• Pihak kerajaan mestilah mengambil sikap cakna yang
serius dalam membangunkan modal insan di kalangan
rakyat samada Islam atau non muslim. Hal ini demikian
kerana kejatuhan moral menunjukkan sesebuah masyarakat
tersebut tidak bertamadun.

• Bahkan pihak-pihak berwajib juga bertanggungjawab
dalam memastikan pencegahan keruntuhan moral terutama
dalam bab hiburan ini dibendung.

• Akhir sekali, pihak kerajaan dan terbabit mestilah
merangka program-program yang memberikan manfaat
samada dari sudut kerohanian, pemikiran, sosial, dan
sebagainya kepada masyarakat terutama golongan belia
yang bertepatan dengan syara’ serta tidak bercanggah
dengan Islam.



▪ Definisi sukan secara amnya, sukan melibatkan aktiviti fizikal yang
melibatkan kemahiran dan tekanan serta kecergasan fizikal dimana
seseorang individu atau kumpulan bersaing dengan pasukan
lawan. Namun, dengan istilah baru sukan boleh dirangkum kan
kepada pertandingan atau rekreasi. Dalam konteks ini individu itu
tidak semestinya bersaing dengan individu lain tetapi bersaing
dengan kebolehan sendiri dan menambahbaikan kemahiran
sendiri.

▪ Menurut Perspektif Islam untuk memahami istilah sukan dalam
Islam tidaklah semudah yang disampaikan oleh pakar-pakar
sekular. Sebagai seorang Islam kita tentu dapat sedar bahawa
penyampaian cara hidup dan undang-undang ada yang diturunkan
melalui ayat-ayat yang mukkamat (ayat yang tetap, tegas dan nyata
serta jelas maksudnya).

▪ Ayat-ayat ini ialah pokok isi Al-Quran dan yang lain-lain adalah
ayat-ayat mutasyabihat (samar, kurang jelas atau hanya Allah yang
mengetahui maksudnya).

▪ Sebagai agama yang syumul, Islam sebagai agama terbilang
sepanjang zaman diseluruh dunia, ayat-ayat mutasyabihah ini
menyediakan landasan untuk mengadaptasi pada semua keadaan
di atas bumi ini termasuklah dalam sukan. Contohnya, menutup
aurat itu jelas tetapi bagaimana hendak menutup aurat boleh
disesuaikan dengan keadaan iklim, tempat, budaya dan profesyen.
Disini termasuklah pakaian untuk sukan.

▪ Dalam Islam penerangan istilah sukan dijelaskan melalui ayat-ayat
yang menggalakkan berfikir untuk melakukan. Didefinisikan
terdahulu sukan melibatkan aktiviti seluruh badan yang
merangsangkan daya tahan, kesihatan sempurna dan keseronokan.

▪ Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam
Islam kerana dengan bersukan kesihatan dan kecergasan
tubuh badan dapat dikekalkan sekaligus menjauhkan diri
daripada sebarang penyakit.

▪ Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Tidak akan dijangkiti penyakit bagi orang yang
sihat.

▪ Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, dapat
dirumuskan bahawa Islam amat mementingkan penjagaan
kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting
dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera
seterusnya dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan
Negara.

▪ Untuk menyokong lagi tentang Islam
menggalakkan kita beraktiviti melalui sukan :
Ayat Qs Al-Anfaal (8)60.

▪ “ Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka
dengan kekuatan apa saja yang kamu
sanggup...” Begitu pula sabda Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Mukmin
yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah
daripada mukmin yang lemah.”

▪ Seperti yang disebutkan diatas mukmin yang kuat itu
lebih baik dari mukmin yang lemah. Ini bermakna
bersukan itu sangatlah penting dalam kehidupan
individu Islam. Kerana itulah Islam menyarankan
mengajar anak-anak bersukan atau berolah-raga,
renang, melempar, menunggang kuda dan memanah.

▪ Mengikut Imam At-Tharmizi dengan sanad jayyid
Rasullullah s.a.w bersabda: “ Segala sesuatu yang bukan
termasuk dzikir kepada Allah maka itu adalah
(perbuatan) sia- 14 sia, kecuali empat hal: berjalannya
seseorang diantara dua tujuan (untuk memanah,
mendidik kudanya, bercanda dengan keluarganya dan
mengajarnya berenang).

▪ Dan diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya,
Rasulullah s.a.w selepas membaca firman Allah, “Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa
saja yang kamu sanggupi “ (Qs Al-Anfal (8) : 60). Telah
menggalakkan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas.

▪ “Sesungguhnya kekuatan itu ada dalam melempar.”
Diriwayatkan oleh At-Tharmizi bahawa Rasullullah s.a.w
bersabda “ Hendaklah keluar bermain melempar
(panah) kerana sesungguhnya itu adalah permainan
yang paling baik”.

▪ Al Bukhari pula dalam Shahihnya meriwayatkan
bahawa Rasullullah s.a.w pernah melewati para
sahabat dilapangan panah dan memberi
semangat pada mereka dengan bersabda

▪ “Lemparlah (panahlah) oleh kalian!
Sesungguhnya aku bersama kalian semua.” Juga
diriwayatkan oleh Imam Bukhari Nabi s.a.w
telah mengizinkan Habasyah bermain tombak
didalam masjid dan Nabi s.a.w membenarkan
Aisyah menyaksikannya.

▪ Ini menunjukkan kepentingan sukan bukan
sahaja pada orang lelaki tetapi juga pada kaum
perempuan. Dan sukan bukan sahaja untuk
pelaku tetapi juga untuk tontonan. Timbullah
konsep sosialisma dan kesukanan.


Click to View FlipBook Version