▪ Melalui firman Allah dalam surah Al-Anfal (8):60
▪ “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan
apa saja yang kamu sanggupi.” Terhasil pula hadith oleh
Imam Muslim dimana Rasullullah s.a.w bersabda “
Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah
daripada Mukmin yang lemah.”
▪ Bolehlah di simpulkan Islam mengajar kita untuk
menjaga kesihatan dan kecergasan fisikal. Dan melalui
definisi sukan umum faktor diatas dapat direalisasikan.
Walaubagaimana pun apakah yang terdapat perbezaan
dizaman Rasullullah s.a.w dan sekarang?
▪ Dapat diperhatikan bahawa pada zaman Rasullullah
beberapa acara olahraga atau sukan yang disarankan,
memanah, berkuda, berenang dan melempar.
▪ Perkara tersebut adalah sesuai dengan keadaan
masyarakat pada ketika itu. Selama 23 tahun Rasullullah
s.a.w menyebarkan Agama Islam baginda telah terlibat
dalam beberapa peperangan.
▪ Jadi kekuatan yang diperlukan pada masa itu lebih
memberatkan kepada kebolehan mempertahankan diri
dalam peperangan dan peperangan pada masa itu
melihat pada kehandalan berkuda, memanah dan
melempar.
▪ Maknanya aktiviti sukan untuk kesenggangan tidak
begitu ketara. Walaupun ada terbukti aktiviti
kesenggangan berlaku antara kaum wanita, dimana
Habsyah melakukan dan Aisyah melihat.
▪ Sukan berenang juga disenaraikan pada zaman
tersebut. Sukan ini kalau dikaji secara saintifik ianya
akan menyediakan kekuatan otot-otot tangan, kaki dan
keseluruhan badan (cardiovascular strength). Juga
kemahiran ini sangat diperlukan untuk keselamatan diri
merentas zaman.
▪ Sebagai kesimpulannya sukan pada zaman
Rasullullah s.a.w berlandaskan keselamatan diri
dan wilayah. Zaman selepas baginda mendapat
wahyu, kehidupan baginda berlegar dengan
faktor menyebarkan dan memperkemaskan
Islam.
▪ Justeru objektif sukan mencerminkan
kehidupan masa tersebut.
▪ Pakaian sukan yang dipakai hendaklah menutup
memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh
syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian
dengan sukan yang diceburi. Contohnya, seperti yang
berikut:
a) Lelaki: t-shirt dan berseluar panjang atau seluar yang
melepasi paras lutut.
b) Perempuan: t-shirt lengan panjang, berseluar panjang
dan menutup rambut serta leher dan juga pakaiannya
mestilah longgar dan tidak menampakkan susuk badan.
▪ Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup
(menurut hukum Islam). Aurat bagi lelaki ialah antara pusat dan
lutut. Manakala, aurat bagi perempuan ialah seluruh anggota
badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Begitu juga dengan
aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam iaitu
seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
▪ Islam merupakan agama yang syumul iaitu sempurna, langsung
menitikberatkan soal duniawi dan ukhrawi. Segala yang
dilakukan dikira ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah.
Justeru, untuk melakukan ibadah yang sempurna, kita
memerlukan kesihatan yang mantap samada dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
▪ Maka perlulah kita melakukan aktiviti sukan dan riadah untuk
mencapai ibadah yang sempurna. Terdapat pelbagai bentuk
aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya adalah seperti
bersenam, berbasikal , berenang dan sebagainya.
▪ Adakah anda tahu bahawa Islam menganjurkan umatnya
untuk sihat dan kuat?
▪ “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa
saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat
untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang
selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah
mengetahuinya.“ [Al-Anfal 8:60]
▪ Namun begitu, aurat perlulah dijaga dan ditutup rapi seiring
dengan kehendak syara’ ketika sedang beraktiviti baik lelaki
mahupun wanita. Merupakan satu kesilapan apabila masyarakat
menganggap dengan memakai pakaian yang menutup aurat
mempersulit pergerakan ketika beriadah dan bersukan! Alasan
panas, susah bergerak dan tiada pilihan boleh dikatakan alasan
lapuk yang dicanang oleh musuh-musuh Islam untuk diserapkan ke
dalam minda umat Islam. Sedangkan menutup aurat adalah wajib
bagi semua umat islam.
▪ Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam
mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan dan riadah adalah
menjaga aurat dengan sempurna. Aurat bagi seorang wanita Islam
adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan
tangan.
▪ Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al-
Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:
▪ “Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah
menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam
sukan.”
▪ Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu
diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:
1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan
menarik perhatian kaum lelaki.
2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga
melanggar batas-batas pergaulan.
▪ Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi
perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan
sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga
pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun.
▪ Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila
seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya
sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang
dengan penuh rasa mulia dan hormat.
▪ Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang
menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara
paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan
tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah
seorang muslimah yang baik.
▪ Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk
membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti
panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya
jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima
oleh syara‘.
▪ Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki memandang akan
aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang
perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan
(yang lain).”
(Hadits riwayat Imam Muslim)
▪ Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau
hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.” (Hadits
riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
• Islam hadir dengan beberapa peraturan dan
garis-garis panduan tertentu bagi
menghalang manusia bertindak
sembarangan hingga membawa padah
kepada diri sendiri. Antara peraturan dan
garis panduan yang dijalankan oleh Islam
adalah kewajipan memelihara aurat dalam
segala hal termasuk ketika bersukan. Maka
ianya mesti dipatuhi oleh setiap muslim
tanpa sebarang alasan kerana di antara
hikmah kewajipan menutup aurat ini
disyariatkan adalah bagi memelihara
kehormatan diri.
•
• Sebagai seorang muslim yang
dipertanggungjawabkan untuk menggalas
amanah negara, atlet-atlet sukan negara juga
perlu bertanggungjawab kepada agama
dengan mentaati syariat Allah s.w.t. Bersukan
tidak boleh dijadikan alasan untuk sengaja
mendedahkan aurat di hadapan khalayak
ramai.
Nabi SAW bersabda :
“Celakalah bagi mereka yang berkata kemudian menipu untuk menggelakkan
sesuatu kaum (menghina), celakalah baginya, celakalah baginya.”
Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda :
“Berjenakalah, dan jangan kamu bercakap melainkan perkara yang benar.”
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-11 yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki
merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik
dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan
lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela
dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan.
Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan
barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Nabi SAW bersabda :
“Janganlah kamu banyak dalam bergelak, kerana
sesungguhnya banyak dalam bergelak mematikan hati.”
Saidina Ali bin Abi Talib menyebut :
“Masukkan dalam kalam akan jenaka, dengan kadar
memasukkan garam dalam makanan.”
HARAM hiburan yang mendedahkan aurat, berlaku percampuran yang
terlarang / pergaulan bebas serta fitnah dari sudut syahwat yang menjurus ke
arah zina.
Firman Allah dalam Surah An-Nur pada ayat ke-30 dan 31 yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa
yang mereka kerjakan.(30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka”
Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ pada ayat ke-32 yang
bermaksud :
“Janganlah (haram) kamu menghampiri zina,
sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk
jalan.”
74
• Isu berkaitan atlet gimnastik artistik Negara, Farah Ann
Abdul Hadi bermula apabila sebuah stesen televisyen
swasta tempatan memuat naik gambar yang dikatakan
menjolok mata di laman Faceook rasmi milik mereka,
selepas beliau memenangi pingat emas ketiga skuad
gimnastik melalui kategori rutin lantai di kejohanan Sukan
SEA 2015 yang bertempat di Singapura.
• Isu ini menjadi hangat kerana mendapat respon dan
kritikan daripada pengguna laman sosial, dan tidak
terkecuali maklum balas daripada beberapa tokoh
tempatan.
• Isu berkenaan pasukan bola keranjang wanita dari negara
Qatar bermula apabila Persekutuan Bola Keranjang
Antarabangsa (FIBA) melarang pemakaian hijab dalam sukan
tersebut.
• Akhirnya, pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri
daripada kejohanan di Sukan Asia tersebut pada saat-saat
terakhir gara-gara peraturan yang melarang mereka
memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.
• Hal ini mendapat respon hebat daripada Majlis Olimpik Asia
yang merasakan ianya suatu yang tidak masuk akal kerana
hijab sudah diterima dalam acara sukan yang lain seperti
bola sepak, bola tampar, olahraga dan acara padang.
• Cara penyelesaian dalam menangani
permasalahan aurat dalam golongan atlet.
1) Penguatkuasaan Etika Pemakaian Atlet
Muslim.
2) Pengasingan Tempat Acara Wanita dan Lelaki.
3) Pengkhususan Acara untuk Muslim dan Non-
Muslim.
• Akhlak yang diamalkan oleh seorang muslim akan
mewarnakan seluruh kehidupannya dari segi fizikal,
mental, emosi, sosial dan rohani sejajar dengan ketatapan
Islam.
• Ianya lahir dari konsep ibadah yang sebenar. Jika ia
betanggungjawab dalam pembelajaran ia akan berakhlak
yang sama dalam perkara-perkara lain dan akhlaknya
dipengaruhi oleh Al-Quran dan sunnah tidak dihasilkan
mengikut peribadi dunia sekular.
• Akhlak ini adalah hasil dari adabadab yang telah
diutarakan dari Al-Quran dan sunnah.
• Antara nasihat Rasullullah s.a.w yang paling berharga
adalah anjuran untuk menghiasi diri dengan akhlak yang
mulia. Contohnya adalah baginda sendiri seperti
diungkapkan oleh Saiditina Aisyah, akhlak Rasullullah
s.a.w adalah Al-Quran itu sendiri.
• Kesimpulan untuk akhlak yang mulia tiap individu perlu
berpengetahuan tentang Al-Quran dan sunnah. Ini
bermakna pendidikan di Malaysia tidak membekalkan
umat Islamnya dengan sempurna.