BUAH-BUAHAN DI LADANG 10B FPP PENGECAMAN POKOK BUKU SKRAP DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ANIS MAISARAH BINTI JAAFAR (210332)
Buah-buahan, merupakan hasil matang dari tumbuhan berbunga, dimana ianya memainkan peranan utama dalam ekosistem dan pemakanan manusia. Pengenalan botani mengenai buah-buahan melibatkan pemahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan itu sendiri. Dari sudut aspek botani pula, buah-buahan memperlihatkan peranan mereka dalam reproduksi tumbuhan, Dari segi aspek sosial, produk tumbuhan yang terbentuk daripada bunga yang boleh dimakan manakala dari aspek komersil pula adalah pengeluaran buah-buahan dari kebun atau ladang komersil. Di ladang Fakulti Pengajian Pendidikan turut terdapat beberapa jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka dan banyak lagi. PENGENALAN
Senarai jenis buah-buahan tropika yang terdapat di Ladang 10B Fakulti Pengajian Pendidikan: 1. DURIAN 2. AVOCADO SENARAI BUAH-BUAHAN 3. NANGKA 4. CEMPEDAK 5.RAMBUTAN 6. LIMAU BALI 9. NANAS 10. LIMAU KASTURI 7. MATA KUCING 8. LEMON 11. BELIMBING 12. MANGGA
DURIAN BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Durian Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr Keluarga : Bombaceae MAKLUMAT AM Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang. Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara komersial, Pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 - 20 m dan keluasan kanopi di antara 19 -12 m. DAUN Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 - 12 cm panjang dan 2 - 4 cm lebar. Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik halus
BAHAGIAN MORFOLOGI BUAH Bentuk : bulat hingga lonjong. Warna : hijau hingga hijau keperangan. Kulit : berduri dan tajam. Buah : berpangsa-pangsa (5 - 6 pangsa, mempunyai 1 - 5 ulas biji, diselaputi dengan isi seperti kastad) yang biasanya berwarna di antara kuning susu hingga oren. BUNGA Terdapat di antara 20 - 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek ( corymbose ) yang juga keluar dari dahan-dahan (cauliflorous). Bunganya besar, 5 - 7 cm panjang, berwarna putih berkrim.
BAHAGIAN MORFOLOGI BIJI Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep KLON/ KULTIVAR Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah : - D24 - D158 - D99 - D159 - D123 - D169 - D145
FISIOLOGI BAHAGIAN Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm - 4000 mm setahun dan suhu di antara 27 - 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 - 8 minggu untuk menggalakan proses pembungaan, terpulang kepada klon. Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian. ASPEK BOTANI
DAUN BUAH DURIAN HASIL TEKAP DAN LUKIS
AVOCADO BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Avocado Nama Saintifik : Persea americana Keluarga : Lauraceae MAKLUMAT AM Ianya sejenis tanaman buah-buahan dari luar negara iaitu dari keluarga LAURACEAE yang buah masak sesuai dimakan sebagai ‘fresh fruit’ atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan seperti jus, salad dan sebagainya. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 28 meter (18 kaki) DAUN Daun berwarna hijau gelap, berukuran 12 - 25 cm panjang dan ‘ glossy ’ di bahagian permukaan daun. Bahagian bawah daun adalah berwarna cerah keputihan yang mempunyai berbagai bentuk seperti ‘Lanceolate ’ , ‘ Epiliptik’ , ‘Ocal’ dan bentuk ‘Ovate ’.
BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Bunga Avocado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 ‘whorls’ serta 3 ‘perianth lobes’ dengan 9 stagmen dan 2 ‘nectar glands’ berwarna oren. BUAH Buah : bentuk ‘ pear ’ yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm garis pusat. Kulit : warna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak.
FISIOLOGI BAHAGIAN Pokok Avocado adalah sejenis tanaman yang memerlukan tanah yang subur, gembur dan tidak sesuai ditanam di tanah yang berpaya atau berair. Ianya mudah berbuah di dataran rendah dan menjadi lebih subur di kawasan tropika yang sering mendapat hujan. Reput akar kanker - Serang semua bahagian tanaman. menyebabkan kerosakan tanaman secara berperingkat. Tanda-tandanya: daun yang diserang sainya akan mengecil berbanding daun saiz normal. Daung akan layu dan berwarna kuning. Rawatan - perbaiki saliran, guna racun kulat secara sistematik 1. ASPEK BOTANI 2. PENYAKIT & RAWATAN
DAUN BUAH AVOCADO HASIL TEKAP DAN LUKIS
NANGKA BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Nangka Nama Saintifik : Artocarpus heterophylus Keluarga : Moraceae MAKLUMAT AM Nangka berkemungkinan berasal dari India. Ianya juga terdapat ditanam di Indonesia, Thailand dan Filipina. Nangka banyak ditanam secara meluas di Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Boleh mencapai sehingga ketinggian 20 meter. Pokok tumbuh secara melurus dan mengandungi susu getah yang pekat. DAUN Daun ialah eleptik, berbentuk obovat dan panjangnya 20cm. Daun adalah melebar dan kadangkala daun muda bercuping. Warna daun ialah hijau gelap.
BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Bunga jantan dan bunga betina adalah berasinga. Bunga jantan terdapat di dahan muda, di antara daun daun dan terletak lebih tinggi dari bunga betina. Bunga betina terdapat di dahan dan batang yang tua. BUAH Buah terdapat di batang pokok dan dahan utama.Bila masak buah berbentuk bujur, berukuran lebih kurang 30 - 90 cm panjang dan 25 - 50 cm lebar. Buah yang telah masak mengeluarkan aroma yang kuat
FISIOLOGI BAHAGIAN Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika. Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27-30 celcius. Tumbuhan nangka sesuai ditanam diatas tanah loam berpasir yang mempunyai saliran yang baik. kawasan mesti terbuka dan medapat cahaya matahari yang mencukupi untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembugaan. 1.ASPEK BOTANI
Bacterial blight (Erwinia caratovara) - menyerang batang dan dahan. Rawatan - cantas bahagian yang berpenyakit dengan cantasan sempurna dan menjaga kebersihan kawasan 2. PENYAKIT & RAWATAN Lalat buah - serangga membiak dalam buah yang rosak, memusnah buah yang di serang Rawatan - kaedah kawalan perosak lalat buah adalah dengan membalut putik nangka lagi dengan kain, kertas, plastik dan sebagainya.
DAUN BUAH NANGKA HASIL TEKAP DAN LUKIS
CEMPEDAK BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Cempedak Nama Saintifik : Artocarpus champeden Spreng Keluarga : Moraceae MAKLUMAT AM Cempedak berkemungkinan besar berasal dari negaranegara di Asia Tenggara. Ia didapati hidup dengan baik di Malaysia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, cempedak didapati ditanam dengan meluas di negeri Kedah dan Perak. Cempedak boleh dimakan segar, digoreng dan dibuat jam untuk kegunaan di dalam pembuatan kek.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Boleh mencapai ketinggian sehingga 25 m. Mengandungi getah yang pekat berwarna putih. Batang tegak dan pendek. Pucuk baru, daun dan tangkai bunga dipenuhi dengan bulu yang halus dan tajam berwarna coklat DAUN Daun cempedak berbentuk elliptik hingga obovat dan panjang 8 - 21.5 cm dan lebar diantara 3 - 8.5 cm. Daun muda berlob, Daun berwarna pudar hingga sederhana hijau dan lazimnya mempunyai bulu urat daun dan kadang-kala pada tepi daun
BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Bunga jantan dan bunga betina berasingan pada pokok yang sama. Jambak bunga jantan terdapat di ranting di hujung dahan, manakala jambak bunga betina terdapat di ranting pendek dan tegap pada dahan sisi utama dan batang pokok. BUAH Buah cempedak tergantung pada tangkai yang kuat dan agak gemuk. Apabila masak buah berbentuk bujur dan panjangnya 24-25 cm. Buah yang masak mempunyai bau yang kuat.
BAHAGIAN MORFOLOGI KULTIVAR/ KLON Jabatan Pertanian telah mendaftar 36 klon cempedak. Di antaranya, hanya 3 klon yang disyorkan untuk ditanam secara komersil. Klon-klon tersebut adalah CH 28, CH 30 dan CH 33. Ciri-crinya adalah seperti berikut :
FISIOLOGI BAHAGIAN Cempedak boleh hidup dengan baik di tanah rendah tropika dengan hujan tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22°C-35 °C. Cempedak boleh hidup di atas pelbagai jenis tanah yang disaliri dengan baik dan boleh tumbuh dengan baik di tanah aluvial yang dalam bertekstur terbuka. pH tanah ialah 4.5-6.5. Pokok cempedak perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Pokok cempedak boleh tahan keadaan kemarau, justeru itu ia tidak memerlukan sistem pengairan ASPEK BOTANI
Kulat menutupi permukaan kulit buah dan daun. Ini menghalang fotosintesis dan seterusnya menghalang pembesaran buah. Kulat ini tumbuh bila ada manisan yang dihasilkan oleh koya. Kawal koya pada pokok rambutan dengan menggunakan minyak putih pada kadar 1:50 bahagian air. Kulapok hitam (Meliola nephelii) Tanda-tandanya: Kawalan: PENYAKIT & RAWATAN
DAUN BUAH CEMPEDAK HASIL TEKAP DAN LUKIS
RAMBUTAN BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Rambutan Nama Saintifik : Nephelium lappaceum Keluarga : Sapindaceae MAKLUMAT AM Pokok rambutan adalah sejenis pokok buah-buahan tropika yang bermusim dan didapati di seluruh negara tropika khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Pokok rambutan boleh mencapau ketinggian 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Kulit dahan dan batang adalah berwarna perang tua beserta tompok putih kecil. DAUN Daun rambutan adalah jenis kompaun tersusun berpasangan secara berselangselang dan mempunyai 3-9 anak daun
BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Bunga rambutan bersaiz kecil (0.5 cm lebar). Terdapat dalam satu jambak bunga di hujung ranting. Bunga tidak mempunyai kelopak bunga, tetapi ada 4-6 sepal yang berwarna kuning muda dan berkilat serta tidak berbulu BUAH Buah rambutan terdapat dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat berukuran lebih kurang 5 cm. Buah muda berwarna hijau dan menjadi kuning atau merah apabila masak. Kulit buah mempunyai rambut berukuran 0.8- 1.0 cm dan berwarna merah atau kuning. Kulit buah nipis dan senang dikopek dan tidak melekat pada isi. Isinya manis dan berjus
FISIOLOGI BAHAGIAN Iklim tropik yang mempunyai taburan hujan tahunan antara 1700 - 2500 mm dan suhu optima antara 26-28 celcius. Tanaman rambutan tidak tahan kepada ketegasan kekurangan air. Oleh itu ia tidak sesuai ditanam dikawasan kering yang berurutan satu bulan. 1.ASPEK BOTANI 2. PENYAKIT & RAWATAN False coding moth - Serangga yang dapat dikesan adalah ulat lipan daun (Adozophyes privatana). Larva akan menggulung dan melipat daun muda. Rawatannya adalah dengan pengawalan serangga. Penyakit kulapuk berdebu sering berlaku pada buah muda yang belum berisi. Rawatannya adalah dengan mengawal rimbunan pokok melalui cantasa yang sempurna. Jika perlu sembur dengan racun kulat jenis sulfur pada kadar 0.1-0.2% bahan aktif.
JENIS RAMBUTAN 1.RAMBUTAN MERAH 2.RAMBUTAN KUNING Sederhana teb Kurang berair isi manis Bentuk bulat Varieti : Rambutan Gading Isi tebal Kurang berair Isi manis Bentuk bulat varieti : Rambutan Anak sekolah (R191)
DAUN BUAH RAMBUTAN HASIL TEKAP DAN LUKIS
LIMAU BALI BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Limau bali Nama Saintifik : Citrus maxima Keluarga : Rutaceae MAKLUMAT AM Pokok limau bali merupakan tanaman buah tropika yang sesuai ditanam di Malaysia. kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah, Perak dan Johor, khususnya di kawasan Jementag, daerah Segamat dan Ipoh. Penanaman ini dijalankan secara komersial iaitu monokrap dan secara selingan.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Benih senang disediakan (marcotting) dan pokok cepat membesar setelah ditanam. Jenis yang sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding jenis limau manis lain. Pengeluaran “peak season” sekitar bulan Ogos setiap tahun walaupun mampu berbuah sepanjnag tahun. DAUN Daun: 2 - 12 cm lebar Tangkal daun: punya sayap yang jelas berbentuk selang seli, ovate atau elips. Kelenjar minyak terdapat sebagai titik kecil dan berikan daun hijau gelap rupa berkilat. Lapisan atas berkulit dan bawah daun berbulu.
BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Secara tunggal dan berkelompok. bunga berbau wangi dan warna putih BUAH Diameter : 15 - 2 cm (6 - 18 inci) Berat : boleh mencecah sekitar 1kg - 2kg. Kulit: tebal dan mempunyai 14 ruas yang ditutup dengan kulit nipis kertas.
FISIOLOGI BAHAGIAN Anthracnese - Penyakit kulat, ada bintik bintik coklat gelap bulat atau elips muncul di daun apabila dijangkiti. Bintik - bintik membesar dan bergabung, membentuk bintik bintik besar yang tidak teratur. Daun boleh berubah menjadi kuning, kering dan gugur. Rawatan - apabila dijangkiti, segera angkat daun yang terkena dan semburkan racun kulat. Thrip - Hisap getah dari dahan, daun, petua bunga dan buah muda. Menyebabkan daun kering dan jatuh, bunga dan buah jatuh, buah jadi cacat. Rawatan - sembur racun perosak apabila dijumpai 1. PENYAKIT & RAWATAN
DAUN BUAH LIMAU BALI HASIL TEKAP DAN LUKIS
MATA KUCING BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?
Nama Biasa : Mataa kucing Nama Saintifik : Euphoria malaiense Keluarga : Sapindaceae MAKLUMAT AM Pokok mata kucing berasal dari Asia Tenggara dan negara CHina merupakan pengeluar utaman mata kucing di sunia selain Thailand, Vietnam, Taiwan termasuk Australia dan USA. Pokok mata kucing adalah tanaman saka dengan pokoknya yang hijau rimbun serta boleh mencapau ketinggian hingga 20 meter dan mengeluarkan buah yang enak rasanya.
BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Boleh mencapai ketinggian sehingga 20 - 30 meter. batang berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. DAUN Berwarna hijau gelap dan berukuran 18-25 cm panjang dengan susunan bersilang.
BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA seperti pokok longa, bunga terbit dihujung dahan dnegan jambak yang berwarna kuning kecoklatan. Ada bunga jantan, bunga Betina dan bunga Hermaprodit (membentuk buah) BUAH Saiz kecil, warna kulti coklat dan kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengaan bentuk bulat dan sedikit bujur. (bergantung kepada spesies)
FISIOLOGI BAHAGIAN Boleh tumbuh di atas jenis tanah yang berbeza-beza tetapi paling sesuai di atas tanah yang subur dan dalam. Pokok mata kucing biasanya berbunga pada bulan Januari dan Jun di mana terdapatnya musim kering dengan taburan hujan bulanan antara 18mm hingga 124 m. Oleh itu, musim longan di Malaysia adalah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September. Tanaman mata kucing pula mengeluarkan hasil pada tahun keempat penanaman bergantung kepada kaltivar. Penjagaan dan pengurusan tanaman mata kucing yang baik boleh mengeluarkan hasil antara 2000 - 3500 kg/hektar/musim dan hasil akan meningkat dari tahun ke setahun sehingga ke tahun ke 8 dimana hasil boleh menjangkau ke 10000 hinggan 20000 kg mengikut varieti.
DAUN BUAH MATA KUCING HASIL TEKAP DAN LUKIS