The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

210332_SITI NUR ANIS MAISARAH BINTI JAAFAR_ LAPORAN AMALI 4_BUKU SKRAP POKOK BUAH-BUAHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anismjaafar02, 2023-11-14 16:32:04

BUKU SKRAP PENGECAMAN POKOK BUAH BUAHAN

210332_SITI NUR ANIS MAISARAH BINTI JAAFAR_ LAPORAN AMALI 4_BUKU SKRAP POKOK BUAH-BUAHAN

LEMON BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?


Nama Biasa : Lemon Nama Saintifik : Citrus lemon Keluarga : Rutaceae MAKLUMAT AM Sejenis buah dari kumpulan Limau atau citrus dari keluarga RUTACEAE yang digunakan sebagai sumber vitamin C dalam minuman, makanan dan juga boleh diproses untuk pelbagai kegunaan lain.


BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Sejenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan rimbun dengan ketinggian sehingga 5-7 meter. DAUN Daun durian berbentuk tirus dengan susuan bersilang berwarna hijau gelap.


BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA mempunyai 3-6 kelopak yang berwarna putih dengan stamen dan stigma ditengah. Pendebungaan dijalankan oleh serangga dan bunga lemon memang mengeluarkan nektar manis. BUAH bentuk bulat bujur dan dihujung ada bucu yang unik dan ada bonjolan. warna, hijau ketika muda dan bila masak berubah ke kuning. Kulitnya berkilat dan licin, isi berair tetapi masam.


FISIOLOGI BAHAGIAN Tanaman ini sesuai ditanam dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Tanah yang sesuai adalah dari pelbagai jenis tanah tetapi didapati lebih subur di tanam diatas tanah jeniss loam berpasir. Tanaman ini mesti ditanam dikawasan yang mempunyai saliran sempurna kerana ianya tidak tahan dengan banjir. 1.ASPEK BOTANI 2. PENYAKIT & RAWATAN Penyakit CGD (Citrus Greening Disease), Penyakit kanker batang, penyakit Antraknos (Buah dan daun) Rawatan: cara bersepadu dan racun kimia


DAUN BUAH LEMON HASIL TEKAP DAN LUKIS


NANAS BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?


Nama Biasa : Nanas Nama Saintifik : Ananas comosus L. Merill Keluarga : Bromeliaceae MAKLUMAT AM Nanas adalah tanaman tropika yang dipercahayai berasal dari Amerika Selatan. Ia banyak ditanam di Thailand, Filipina dan Afrika. Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Nanas enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jem, ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.


BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Ia adalah sejenis tanaman monokotilidon. Daunnya panjang dan berbentuk lanceolet dan berduri di hujung. Daun nanas tumbuh mengeliling batang meristem. BUAH Buah nanas ialah sejenis buah komposit yang terbentuk dari 100 - 200 bebuah. Jambul biasanya terdapat di atas buah yang terdiri daripada batang pendek dan daun


FISIOLOGI BAHAGIAN Nanas adalah tanaman jenis xerophytic di mana ia agak tahan kepada keadaan kemarau. Ia boleh hidup dalam taburan hujan tahunan antara 500 - 3000 mm. Nanas boleh ditanam pada kebanyakan jenis tanah daripada tanah alluvium ke asid sulfat dan tanah gambut dengan saliran yang baik.Nanas biasa dibiakkan dengan pembiakan tampang seperti jambul,sulur pangkal, sulur udara dan sulur tangkai. Dalam penanaman nanas sistem pengairan tidak begitu penting kerana ia agak tahan kepada keadaan kemarau, walau bagaimanapun saliran mesti disediakan menggunakan saliran permukaan. 1.ASPEK BOTANI


1.PENYAKIT Penyakit yang biasa menyerang nanas adalah seperti berikut


1.PEROSAK Perosak yang biasa menyerang nanas adalah seperti berikut


LIMAU KASTURI BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?


Nama Biasa : Limau kasturi Nama Saintifik : Citrus microcarpa Keluarga : Rutaceae MAKLUMAT AM Tanaman ini banyak didapati di Asia Tanggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan lain - lain lagi


BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Pokok limau kasturi merupakan pokok renek yang mampu mencapai ketinggian sehingga 3-6 meter mempunyai dahan sederhana serta rimbun. DAUN Daun tersusun berselang, berbentuk eliptik hingga obovat, pangkal daun akut, tepi daun sedikit krenulat, hujung daun retus, sedikit berlekuk. Beraroma apabila diramas. Tangkai daun sedikit bersayap dan marginat.


BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Jambak bunga pada aksilari atau terminal, bunga berwarna outih, berbau harum, kaliks bunga bergigi lima, petal lima, filamen bergantung dalam satu tiub. BUAH Saiz kecil, bulat dan warna hijau gelap dengan saiz buah ikut kesuburan pokok lingkungan 23-35 mm garis pusat. (boleh capai sehingga 45-50mm) Buah masak akan menjadi warna kuning.


FISIOLOGI BAHAGIAN Pokok limau kasturi boleh ditanam di pelbagai jenis tanah tetapi lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis sloam berpasir. Iannya juga sangat sesuai ditanam pada iklim panas dan lembap seperti di Malaysia. Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) - Bakteria Canditatus Liberribacter dengan vektor pembawa dikenali sebagai Diaphorina citri. (sangat bahaya) Rawatan - Kawalan penyakit dengan gunakan benih yang bebas CGD, Amalan kultur dan potong dahan-dahan yang ada tanda tanda serangan. 1.ASPEK BOTANI 2. PENYAKIT & RAWATAN


DAUN BUAH LIMAU KASTURI HASIL TEKAP DAN LUKIS


BELIMBING BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?


Nama Biasa : Belimbing Nama Saintifik : Averrhoa carambola Keluarga : Oxalidaceae MAKLUMAT AM Pokok belimbing boleh menjangkau pada keetinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunastunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk piramid danmembulat apila pokok membesar


BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Pokok belimbing boleh menjangkau pada keetinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunastunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk piramid danmembulat apila pokok membesar DAUN Daun belimbing bujur (oval). Dipermukaan atas, daun licin dan berwarna kekuningan manakal permukaan bawah berwarna hijau gelap. Daun berukuran 2.4 cm lebar dan 2.9 cm panjang.


BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Bunga kecil dan berwarna ungu. Terdapat 5 sepal, 5 petal dan 5 stamen. Ovari terletak di bawah style. Bunga terbentuk pada semua bahagian batang dahan dan pucuk. BUAH Bentuk bujur dan terdapat 5 atau 6 sudut/ lurah. Jika dipotong, ia berbentuk bintang. Warna buah hijau semasa muda dan bertukar kuning apabila masak. Isi: lembut, berair, ranggup, manis dan sedikit kelat rasanya.


1.PENYAKIT Penyakit yang sering menyerang belimbing adalah seperti berikut :


2. PEROSAK Perosak yang sering menyerang belimbing adalah seperti berikut :


DAUN BUAH BELIMBING HASIL TEKAP DAN LUKIS


MANGGA BUAH ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DARI SEGI MORFOLOGI DAN FISIOLOGINYA?


Nama Biasa : Mangga Nama Saintifik : Mangifera indica Keluarga : Anacardiaceae MAKLUMAT AM Mangga dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain. Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.


BAHAGIAN MORFOLOGI POKOK Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40m. Dahan tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. DAUN Daun mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10 - 40 sm panjang dan 3 - 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke cokelat hingga ke hijau terang bergantung kepada klon


BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200 - 10000) bunga pada setiap tangkai BUAH Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak, isinya berwarna kuning pucat hingga ke warna oren. mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras.


BAHAGIAN MORFOLOGI BIJI Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep. KULTIVAR/ KLON MA 162 (Golek) MA 165 (Maha 65) MA 204 (Mas Muda) MA 224 (Chok Anan). Sehingga kini hanya 4 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah :


FISIOLOGI BAHAGIAN Tanaman mangga sesuai di mana keadaan kering agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30ºC. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah. Mangga boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, terutama tanah dari jenis liat berpasir dengan pH 5 hingga 7. Di Malaysia jenis tanah yang sesuai adalah dari siri-siri Chuping, Dampar, Gajah Mati, Kangar, Penambang, Rasam dan Telemong. Mangga juga boleh ditanam di tanah bekas lombong tetapi persediaan dan penjagaan rapi perlu dititikberat. ASPEK BOTANI


DAUN BUAH MANGGA HASIL TEKAP DAN LUKIS


THANK YOU ♡♡♡ JUMPA LAGI!!!!!


Click to View FlipBook Version