PBRUOKGURAM
8:30 pagi - 2:00 petang
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
ISI KANDUNGAN
01 SEKAPUR SIRIH
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
02
UCAPAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA
03
UCAPTAMA
TIMBALAN KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN MALAYSIA
04
PENGENALAN
05
ATUR CARA
06
SENARAI JAWATAN KUASA
07
ABSTRAK
08
PENGHARGAAN
09
AUTOGRAF
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
SEKAPUR SIRIH
PENGARAH PENDIDIKAN
Sekapur Sirih, Seulas Pinang
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat dan
keizinan-Nya, dapatlah kita bersama-sama menjayakan Konvensyen Pendidikan
Putrajaya 2021 yang diadakan buat julung -julung kalinya ini secara dalam talian.
Syabas dan tahniah kepada Warga Jabatan Pendidikan WIilayah Persekutuan
Putrajaya yang sangat komited dan bertekad dalam menjayakan penganjuran
program ini. Sesungguhnya, usaha ini sememangnya sangat signifikan dan selaras
dengan keperluan pendidikan pada masa ini terutamanya dalam era Pandemik
Covid-19.
Penularan Virus Corona telah menyebabkan kita terpaksa menjalani kehidupan
dalam norma baharu. Bahkan, situasi dalam dunia pendidikan juga mesti berubah
agar anak-anak didik kita tidak terus ketinggalan. Justeru, aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sangat bergantung kepada kerjasama semua pihak dalam mendepani
persekitaran pembelajarannya. Pada masa yang sama, peranan guru-guru di
seluruh negara turut dituntut agar dapat mempertingkatkan kualiti PdPC
secara bersepadu demi kemenjadian murid yang holistik. KPM sangat yakin
dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran semua guru-guru yang sangat
komited dan memahami kerja buat masing-masing.
Sesungguhnya, konvensyen ini merupakan medan yang sangat sesuai untuk semua
guru-guru berkongsi pengalaman, kemahiran, kepakaran dan amalan terbaik
kepada dunia pendidikan. Kutiplah sebanyak mungkin ilmu daripada pelbagai
sumber melalui konvensyen ini demi bekalan dan panduan dalam menjayakan
peranan dan fungsi masing-masing. Semoga dengan usaha murni yang berterusan
ini, dunia pendidikan di negara kita akan terus ke mercu melalui kualiti guru
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Teruskan perjuangan tuan-tuan dan puan-puan sebagai guru tanpa perlu menoleh
ke belakang agar sistem dan dunia pendidikan negara kita akan terus duduk sama
rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia ini. Tahniah dan
syabas kepada semua. Anda juga wira dan 'frontliner' yang hebat!
YANG BERBAHAGIA
HAJAH FARIZAH BINTI HAJI AHMAD
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
UCAPAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang diterajui oleh Puan Hajah Farizah
binti Haji Ahmad selaku pengarahnya atas undangan bagi menyempurnakan Majlis
Penutupan Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021. Tahniah dan syabas juga saya
tujukan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang berjaya memainkan peranan
dan tanggungjawab bagi merealisasikan hasrat murni ini demi kelangsungan
pendidikan negara ke taraf yang membanggakan.
Dato’ / Datin / Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa dalam mendepani cabaran pendidikan abad
ke-21, aspek pedagogi merupakan salah satu disiplin ilmu yang penting bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna.
Sehubungan dengan itu, tema yang dipilih bagi Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021
pada tahun ini, iaitu “Perkongsian Amalan Terbaik PdP dalam Memperkasakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Melalui Norma Baharu” seharusnya dijana
secara efektif bagi memastikan kualiti guru dapat ditingkatkan dan kemenjadian murid
secara holistik berjaya direalisasikan.
Kita juga sedia maklum bahawa, situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan
negara telah menuntut untuk kita sentiasa berfikiran kreatif dan proaktif agar kita
tidak mudah mengalah dengan bencana yang melanda. Sebaliknya, sebagai warga
pendidikan yang sentiasa menjunjung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita mesti bijak
beradaptasi bagi memastikan perkembangan pendidikan sentiasa berada dilandasan
yang betul dan semakin relevan dengan kehendak semasa.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
Sehubungan dengan itu, kita seharusnya melangkah sederap bagi memastikan
segala apa yang telah dirancang dapat disempurnakan serta disesuaikan dengan
situasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Usaha ini dapat
dijelmakan dari semasa ke semasa melalui penggabungjalinan aplikasi yang
menekankan aspek pelibatan murid secara aktif dan menyeluruh agar selari
dengan Aspek 4.6 iaitu murid sebagai pembelajar aktif dalam Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang-2 (SKPMg2).
Hadirin yang saya muliakan,
Amalan terbaik yang dihasilkan oleh para guru seharusnya dapat dimanfaatkan
secara optimum dengan menyebarluaskan dalam pelbagai medium dan aplikasi.
Usaha Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) mengadakan
Konvensyen Putrajaya sangat signifikan untuk guru-guru berkongsi segala bentuk
pengetahuan, kemahiran, penyelidikan, dapatan dan inovasi yang akhirnya
memberikan manfaat yang bukan sedikit kepada murid-murid kita, bahkan
kepada dunia pendidikan secara umumnya. Syabas dan tahniah diucapkan. Saya
amat yakin, usaha ini bukanlah mudah tetapi tidaklah pula sukar untuk
dijayakannya.
Dato’ / Datin / Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,
Saya juga dimaklumkan bahawa Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 ini telah
mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn
(YGTHO). Terima kasih atas pelibatan secara jalinan dan jaringan yang banyak
memberikan manfaat kepada warga pendiikan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malahan usaha jalinan dan jaringan ini mampu mewujudkan kerjasama organisasi
secara optimum dalam meningkatkan profesionalisme keguruan khususnya dari
aspek pedagogi dan amalan terbaik Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) semua guru.
Saya juga berharap guru-guru akan mengambil peluang ini untuk terus
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan kompetensi diri
melalui pembelajaran sama ada dengan cara menyertai pelbagai kursus atau
perbengkelan secara dalam talian, atau pun melalui pembelajaran kendiri.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
Dato’ / Datin / Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) atas
penganjuran dan pelaksanaan Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 pada kali ini
yang sangat bermakna dan berjaya.
Sesungguhnya, saya akan sentiasa menyokong penuh pelbagai program seumpama
ini yang mampu memberikan impak terhadap pembangunan kualiti pendidikan.
Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim MERASMIKAN PENUTUPAN
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA TAHUN 2021.
Sekian, terima kasih.Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YANG BERBAHAGIA
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
UCAP TAMA
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat
dan izin-Nya dapat kita bersama-sama dalam Konvensyen Pendidikan Putrajaya
2021. Tahniah diucapkan kepada JPN Putrajaya yang diterajui oleh Pn. Hajah
Farizah bt. Hj. Ahmad atas inisiatif menganjuran konvensyen ini. Tahniah juga
kepada peserta konvesnyen yang turut bersama-sama menjayakan Konvensyen
Pendidikan Putrajaya 2021.
Pemilihan tema konvensyen “Perkongsian Amalan Terbaik dalam Memperkasakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Melalui Norma Baharu” adalah selari
dengan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu setiap murid akan mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional.
Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang
menyeluruh merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama
iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu
kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya.
Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain. KBAT diterapkan dalam
sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham dan
tahu perkara yang dipelajari oleh mereka. KBAT dapat mendorong murid-murid
untuk menguasai kemahiran tahap tinggi seperti penguasaan kemahiran menilai,
kemahiran mengaplikasi, kemahiran menganalisis dan kemahiran mencipta.
KBAT di bilik darjah telah diperkukuh melalui pelbagai inisiatif seperti progam
i-THINK, pendekatan Middle Years Programme International Baccalaureate,
Sekolah Amanah dan Sekolah Angkat yang dapat membantu pihak sekolah
memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat,
mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan
penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid.
Justeru itu, adalah penting elemen KBAT ini terus dipraktikkan dalam Pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPC) agar dapat membantu murid-murid membina
kemahiran seperti yang dihasratkan oleh KPM.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
Penganjuran Konvensyen Pendidikan 2021 diharap dapat menyuntik semangat
kepada seluruh warga pendidik di Putrajaya untuk terus berkongsi amalan terbaik
yang telah terbukti berkesan dalam menerapkan elemen KBAT kepada murid. Di
samping itu, guru-guru dapat membina jalinan dan jaringan sesama mereka untuk
memperkasakan KBAT dalam pengajaran di sekolah.
YBhg Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Dalam mendepani dunia pendidikan di era volatile, uncertain, complex, ambiguous
(VUCA), Peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar dan kompleks.
Sebarang perubahan dan perancangan perlu bersifat mudah ubah (agility). Situasi
norma baharu yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup kini perlu
diambil kira dalam merancang PdP oleh para guru. Suasana ini lebih menuntut
elemen KBAT itu diasah oleh guru sendiri agar dapat menjadi suri teladan kepada
murid dalam mendepani situasi sukar seperti sekarang. Oleh itu, guru-guru mesti
sentiasa peka dengan menyediakan peluang dan ruang kepada murid-murid untuk
terus aktif dalam PdP dengan mempraktikkan KBAT sepanjang masa.
Konvensyen pendidikan Putrajaya 2021 merupakan satu PENGIKTIRAFAN terhadap
sumbangan serta kecemerlangan pendidik yang bertugas di Putrajaya. Konvensyen
ini juga membuka ruang bagi pendidik di Putrajaya khususnya untuk:
i.Peningkatan pengetahuan dalam amalan pedagogi pengajaran bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
ii.Pembuka ruang dan peluang kepada guru untuk memperoleh idea dan
pengetahuan baharu tentang amalan terbaik pedagogi yang mutakhir.
iii.Memupuk dan membudayakan amalan penyelidikan dalam kalangan
guru serta berkongsi hasil kajian secara lisan dan bertulis.
iv.Membina jalinan dan jaringan di antara rakan sejawat bagi
membolehkan berlakunya perkongsian idea dan amalan terbaik dari
semasa ke semasa.
v.Membantu guru meningkatkan profesionalisme keguruan dalam amalan
pedagogi pengajaran.
vi.Mewujudkan kerjasama antara organisasi bagi pembangunan
perkhidmatan keguruan di Malaysia.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
PENUTUP
Sekali lagi tahniah kepada semua guru yang menyertai konvensyen pada kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah juga ditujukan kepada murid-murid yang terlibat dengan
pameran Project Based Learning (PBL), serta pelibatan guru-guru dalam
pertandingan poster bagi menyerlahkan bakat serta kreativiti masing-masing.
Tidak dilupakan juga kepada pihak Pengetua dan guru besar serta seluruh
pentadbir sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Akhir kalam, Saya sudahi dengan lafaz wabillahittaufik walhidayah,
Wassalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YBHG. DR AHMAD RAFEE B. CHE KASSIM
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
PENGENALAN
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) bertanggungjawab
mengurus tadbir hal ehwal pendidikan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. JPWPP
juga banyak melaksanakan program ilmiah bagi membangunkan profesionalisme
guru dalam pelbagai disiplin ilmu. Dalam mendepani cabaran abad ke-21, pedagogi
merupakan satu disiplin ilmu yang sentiasa memerlukan nilai tambah dalam proses
perekayasaan bagi memastikan pengajaran yang berkesan. Sehubungan dengan itu,
usaha memartabatkan perkhidmatan keguruan perlu dirancang secara terarah bagi
mencapai tujuan tersebut. Konvensyen yang bertemakan Amalan Terbaik PdP
dalam pembudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah dipilih untuk
diketengahkan pada kali ini. Usaha ini merangkumi aspek teori dan praktikal
amalan pedagogi bagi mempertingkatkan kemahiran serta keberkesanan
pengajaran guru untuk memenuhi Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013- 2025.
OBJEKTIF
● Meningkatkan pengetahuan peserta dalam amalan pedagogi pengajaran bagi
menghadapi cabaran abad ke-21,
● Membuka ruang dan peluang kepada peserta untuk memperoleh idea dan
pengetahuan baharu tentang amalan terbaik pedagogi yang mutakhir melalui
proses kajian tindakan,
● Memupuk dan membudayakan amalan penyelidikan dalam kalangan guru
serta berkongsi hasil kajian secara lisan dan bertulis,
● Membina jaringan antara rakan sejawat bagi membolehkan berlakunya
perkongsian idea dan amalan terbaik dari semasa ke semasa,
● Membantu guru meningkatkan profesionalisme keguruan dalam amalan
pedagogi pengajaran, dan
● Mewujudkan kerjasama antara organisasi bagi pembangunan perkhidmatan
keguruan di Malaysia.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
TARIKH 23 OKTOBER 2021
HARI SABTU
Masa Perkara
8:30 pagi Tayangan Montaj persediaan Konvensyen Pendidikan Putrajaya,
Montaj Amalan Terbaik PdP Guru dan Montaj PBL.
8:45 pagi Ucapan pengacara majlis dan bacaan doa
9:00 pagi Sesi Ucaptama
Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
9:15 pagi Pembentangan Anugerah Emas (Individu)
Pembentangan Anugerah Emas (Kumpulan)
Pembentangan Anugerah Emas (Poster)
9:55 pagi Ucapan Pengacara Majlis
10:00 pagi Pembentangan Jemputan (Melaka)
Pembentangan Jemputan (Selangor)
Pembentangan Jemputan (WP Kuala Lumpur)
10:45 pagi Ucapan Pengacara Majlis
10:50 pagi Pembentangan Johan Kategori Akademik (Sekolah Rendah)
Pembentangan Johan Kategori Akademik (Sekolah Menengah)
Pembentangan Johan Kategori Kokurikulum (Sekolah Rendah)
Pembentangan Johan Kategori Kokurikulum (Sekolah Menengah)
11:40 pagi Ucapan penutup dan penyampaian hadiah.
Datin Seri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
1:00 tgh Sesi tamat.
1:00 tgh Tayangan Montaj Amalan Terbaik PdP Guru dan Montaj PBL.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
Penasihat JAWATAN KUASA INDUK
Pengerusi
: Hjh Farizah binti Hj Ahmad
Pengarah, JPWP Putrajaya
: En Mohd Sabri bin Sudin
Timbalan Pengarah Pembelajaran, JPWP Putrajaya
Naib Pengerusi : Dr Roslan bin Hussin
Timbalan Pengarah Perancangan, JPWP Putrajaya
Naib Pengerusi : YM Raja Isnariza binti Raja Bahari
Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah , JPWP Putrajaya
Naib Pengerusi : Pn Nor Fariza binti Mohd Idris
Timbalan Pengarah Pembangunan Murid, JPWP Putrajaya
Penyelaras :Pn Azlin binti Moktar
Penolong Pengarah, Unit Sains & Matematik, Sektor
Pembelajaran JPWP Putrajaya
Setiausaha : Pn Hasliza binti Abdullah
SISC+,
Pn Salina binti Ahmad Saliman
Penolong Pengarah
En. Ismail bin Ghazali
Penolong Pengarah
Bendahari : Pn Norhayati binti Ahmad Rosli
Ketua Penolong Pengarah, Sektor
Pengurusan, JPWP Putrajaya Naib
Bendahari 1 : Pn Khairul Bariyah binti Talib
Bendahari 2 Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran,
JPWP Putrajaya
: Pn Mazlina binti Mashod
Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, Sektor
Pengurusan Sekolah, JPWP Putrajaya
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
JAWATAN KUASA PELAKSANA
Nama Jawatan
Puan Azlin binti Moktar Penyelaras
Puan Hasliza binti Abdullah Setiausaha
Puan Salina binti Ahmad Saliman Setiausaha & Kompilasi PBL
Encik Ismail bin Ghazali Setiausaha & Kompilasi PBL
Puan Norhayati binti Ahmad Rosli Bendahari
Puan Khairul Bariyah binti Talib Penolong Bendahari
Puan Mazlina binti Mashod Penolong Bendahari
Encik Ahmad Fathie bin Sabri Pengurus Majlis
Puan Rahayu binti Ahmad JK Urus setia
Encik Mahidin bin Awang Itam JK Pendaftaran (Ketua)
Puan Shakira binti Halim JK Pendaftaran
Puan Nor Hana binti Nordin JK Pendaftaran
Encik Muhammad Izzul Faiz Japri JK Pengacara Majlis (Ketua)
Puan Nur Salisa binti Ali JK Pengacara Majlis
Encik Mohd Shahrudin bin Ismail JK Bacaan Doa
Puan Rimi Mas Adilla binti Mohari JK Montaj Amalan Terbaik Guru (Ketua)
Puan Noor Arina Mohamed Bakri JK Montaj Amalan Terbaik Guru
Puan Nadiah binti Khalid Jawatankuasa Montaj Amalan Terbaik Guru
Encik Mohd Faizal bin Omar JK Montaj Showcase PBL Murid (Ketua)
Puan Lim Shu Yi JK Montaj Showcase PBL Murid
Puan Nurul Kalam binti Zainuddin JK Montaj Showcase PBL Murid
Puan Maizatul Arzia binti Omar JK Hadiah dan Sijil (Ketua)
Puan Norhasmariza binti Jaafar JK Hadiah dan Sijil
Puan Maryam A'dilla binti Zainuddin JK Hadiah dan Sijil
Puan Mazidah Hasanah binti Muhajir JK Hadiah dan Sijil
Puan Farha Adiela Awang Adnan JK Hadiah dan Sijil
Puan Marhaini binti Mohd Din JK Hadiah dan Sijil
Datin Rumaizah binti Rahim JK Hadiah dan Sijil
Puan Saripah binti Kayan JK Hadiah dan Sijil
Encik Wan Nazirul Hafeez Wan Safie JK Broadcaster dan Peralatan ICT (Ketua)
Encik Taufiq Aizuddin Abd Rahman JK Broadcaster dan Peralatan ICT
Cik Nurul Amirah binti Khazali JK Broadcaster dan Peralatan ICT
Tuan Hj Padli bin Saed JK Multimedia (Ketua)
Encik Mohamad Fendi Rozaimi bin Mat Hasli Jawatankuasa Multimedia
Encik Faez Nazhan Phang bin Abdullah JK Multimedia
Encik Akhirruddeen bin Awang JK Teks Ucapan (Ketua)
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
JAWATAN KUASA PELAKSANA
Nama Jawatan
Dr. Arshad bin Ab Rasid JK Teks Ucapan
Puan Rohana binti Mohamad JK Panel Penilai Pembentangan
Puan Asmah binti Abu Hadzim JK Panel Penilai Pembentangan
Encik Rozaidi bin Haji Idris JK Panel Penilai Pembentangan
Encik Intan Suhaini bin Mohd Selamin JK Undangan VVIP (Ketua)
Encik Abdul Rahim bin Abdul Rahman JK Undangan VVIP
Encik Rosikin bin Saidun JK Buku Program Digital (Ketua)
Tuan Hj Mohd Adley bin Sura JK Buku Program Digital
Encik Mohd Hafiz Mohamed Ghazali JK Buku Program Digital
Puan Sanisah binti Samad JK Dokumentasi (Ketua)
Puan Salihah binti Yusoff JK Dokumentasi
Cik Normala binti Baharudin JK Dokumentasi
Encik Salehuddin bin Marwan JK Kompilasi Kajian Tindakan (Ketua)
Puan Haznita binti Husin JK Kompilasi Kajian Tindakan
Encik Nazrin bin Ismail JK Kompilasi Kajian Tindakan
Encik Rafi’y bin Saleh JK Kompilasi Kajian Tindakan
Puan Nariza binti Nayan JK Kompilasi PBL
Encik Mohd Razali bin Majid JK Promosi dan Publisiti (Ketua)
Encik Mohd Naim bin Bahari JK Promosi dan Publisiti
Encik Mohamad Nasir bin Mustapha JK Promosi dan Publisiti
Puan Nor Haslinda binti Ibrahim JK Promosi dan Publisiti
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
ABSTRAK
PEMBENTANGAN
KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN MENUKAR UNIT MASA DAN WAKTU, PANJANG,
JISIM DAN ISIPADU CECAIR MELIBATKAN PECAHAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 6
.RAHAYU BINTI AB RAHMAN, TURKASSHINI RAJA SAIGARAN,
NUR FATIN WARDAH BINTI AHMAD ZAMAKHSHARI
SK Putrajaya Presint 11(1), Putrajaya
[email protected]
ABSTRAK
Pertukaran unit dalam matematik bagi tajuk Masa dan Waktu, Panjang,
Jisim dan Isipadu Cecair merupakan salah satu kemahiran asas utama
dalam Matematik Tahap 2. Kajian ini dijalankan ke atas 40 orang murid
Tahun 6 Topaz yang mengalami masalah dalam menukar unit
melibatkan pecahan bagi tajuk Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan
Isipadu Cecair. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan intervensi ConV Wheel Kits dalam
meningkatkan kemahiran pertukaran unit melibatkan pecahan bagi
tajuk Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair. Metodologi
yang digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan
pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi
menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep pertukaran unit
asas dengan betul, tidak mahir dalam konsep pecahan dan kurang
menguasai asas sifir dengan baik. Selepas intervensi dilaksanakan,
didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam
memahami dan menguasai kemahiran pertukaran unit melibatkan
pecahan dengan betul. Penggunaan ConV Wheel Kits berjaya
mengukuhkan kemahiran menukar unit melibatkan pecahan,
meningkatkan minat dan keyakinan murid. Berdasarkan dapatan ini,
disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik
bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran pertukaran unit melibatkan
pecahan dengan baik. Oleh yang demikian kami akan terus
menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan
datang.
Kata Kunci: pertukaran unit, matematik, refleksi, kajian tindakan,
konsep pecahan, bahan bantu
mengajar
MEMBANTU MURID MEMPEROLEH TP5 DAN TP 6 DALAM MODUL
KOMPONEN KECERGASAN DI RUMAH SEMASA PANDEMIK
MENGGUNAKAN REKOD FITTUNGGUL
ADIBAH BINTI AHMAD SAZILI, AINUR AZREEN BINTI ISHAK
& MOHD IZHAM BIN JUNID
SK Putrajaya Presint 16(1)
[email protected]
ABSTRAK
Gaya hidup sedentari merupakan antara faktor utama penyumbang kepada
penyakit tidak berjangkit di seluruh dunia. Justeru, pelbagai usaha dari
pelbagai peringkat dilakukan untuk mempromosi gaya hidup aktif kepada
kanak-kanak supaya generasi akan datang tidak mewarisi penyakit ini. SK
Putrajaya Presint 16(1) juga tidak terlepas dari usaha ini demi
merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan objektif utama
Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Namun pandemik COVID-19 telah
memaksa kita berada di rumah dan menjaga jarak fizikal. Ini bermakna
aktiviti fizikal terpaksa dijalankan secara kendiri serta perlu diolah kembali
supaya sesuai dengan tempat dan keadaan. Oleh itu, kajian ini
mengetengahkan satu cara supaya murid dapat bersenam dengan betul,
efektif dan berkala di rumah sekaligus membantu menerapkan amalan
senaman sebagai rutin harian murid-murid sejajar Tahap Penguasaan 5&6
DSKP Pendidikan Jasmani. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif,
ujian SEGAK sebagai data pra dan pasca kajian, soal selidik, DSKP PJ
Tahun 6 dan catatan rekod FittUnggul yang telah dicipta secara luar dan
dalam talian. Kesemua metod ini dilaksanakn kepada semua murid tahun 6
seramai 210 orang. Kajian ini mendapati 61% murid-murid tahun 6 berjaya
mencapai TP 5 & 6. Dalam dapatan soal selidik (kognitif) pula didapati
kebanyakan murid dapat menjawab soalan isi pelajaran dengan betul. Ini
menunjukkan mereka memahami penggunaan prinsip asas latihan
menggunakan konsep FITT dengan baik. 80% murid memberikan respon
positif terhadap keupayaan FittUnggul dalam membantu mereka melakukan
senaman di rumah. Guru-guru Pendidikan Jasmani SKPP 16(1) berharap
agar kajian ini dapat dijadikan budaya dan amalan terbaik sekolah sebagai
satu bentuk penerapan amalan gaya hidup aktif kepada murid-murid
sekaligus dapat menurunkan kadar obesiti dan murid kurang cergas di
sekolah berdasarkan ujian SEGAK.
Kata Kunci: FittUnggul, SEGAK, Komponen Kecergasan, Gaya hidup aktif
ENHANCING 5 AL BIRUNI STUDENTS’ NARRATIVE WRITING SKILLS
WITH THE USE OF RAIMEE IN THE PADQUIZZ
1.SITI MARIAM BINTI ZAKARIA & 2.AIMI LIYANA BINTI AHMAD,
SMK Putrajaya Presint 5(1)
[email protected]
ABSTRACT
Mastering narrative writing skills is imperative, especially in Part 3 SPM
English Writing Paper. This is because narrative writing is the most favourite
genre of writing especially for students who do not prefer writing review,
article or report. Nevertheless, the analysis of students' essays based on
SPM writing part 3 assessment scale revealed that 4 students were not able
to achieve good marks in narrative writing. They had been struggling in terms
of communicating straight ideas appropriately, organising their ideas
coherently, and using simple and complex grammatical forms with a good
degree of control. Therefore, a rapid intervention was carried out to rectify the
problem through the execution of an action research that aims to enhance
students' narrative writing skills as well as thinking skills with the use of
RAIMEE in the PADQUIZZ. As a means of data elicitation, document analysis
involved students' written work and scores via online learning platforms,
observation and interview. The use of RAIMEE in the PADQUIZZ during 6
sessions of online learning has proven to be effective as the students
gradually lessen the number of grammatical errors and produce stories which
are more captivating and engaging. The findings suggest that language
teachers should utilise the online learning platforms in enhancing students'
writing skills and thinking skills as the students learn to take charge of their
learning independently. Hence, I would continue using these writing
strategies with my other students of different proficiency levels and work
collaboratively with my other panel members in the teaching of writing.
Keywords: narrative writing skills, SPM English writing paper, action
research, online learning platform.
PENGAJARAN TAJUK PERKARA RUMUS ALGEBRA MENGGUNAKAN
KATA KUNCI KSSM
SITI FATIMAH BINTI BAHARAN, 2.NORHASLINDA BINTI ISMAIL
& AZLIZA BINTI ALIAS
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
menyelesaikan soalan melibatkan penukaran perkara rumus algebra .
Perkara rumus adalah suatu pemboleh ubah diungkapkan dalam sebutan
pemboleh ubah yang lain. Dalam pemerhatian saya kemahiran ini tidak
sukar bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan Matematik yang baik
.Tetapi bagi murid yang tahap penguasaan Matematik yang lemah,
kemahiran untuk mengungkapkan suatu pemboleh ubah sebagai perkara
rumus adalah sukar. Seramai 20 orang murid tingkatan dua dan seorang
guru SMK Putrajaya Presint 8(1) terlibat dalam kajian ini. Tujuan kajian ini
juga dilaksanakan untuk mengubah persepsi dikalangan murid yang
menganggap pembelajaran yang berkaitan algebra adalah sukar dan
mengelirukan. Fokus utama adalah untuk menarik minat murid untuk
mencuba pelbagai bentuk soalan yang melibatkan perkara rumus algebra.
Saya sebagai guru cuba untuk meningkatkan minat murid dengan
memudahkan suatu kaedah untuk murid faham dan seterusnya membina
keyakinan mereka untuk mencuba soalan yang lebih sukar.Buat permulaan ,
saya memilih kemahiran menyelesaikan soalan perkara rumus yang tidak
melibatkan kuasa dua,,pemfaktoran dan punca kuasa. Saya menggunakan
Kata Kunci KSSM supaya mudah diingati. Kata Kunci KSSM ini merujuk
kepada singkatan Kotak,Singkir,Silang dan Menulis semula. Saya juga
menyediakan permainan Kotak ke Kotak untuk murid menggunakan Kata
Kunci KSSM bagi memantapkan pergerakan pemboleh ubah. Keputusan
Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding Ujian
Pra . Ini dapat dibuktikan dengan min ujian meningkat daripada 33 kepada
76.3. Hasil kajian menunjukkan kaedah ini adalah mudah serta dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam mengungkapkan suatu
pembolehubah dalam sebutan pemboleh ubah yang lain.
Kata Kunci: rumus algebra, pemboleh ubah, penguasaan Matematik
MyBF MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI
KECERGASAN FIZIKAL MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
ENGKU NAZARUDDIN ENGKU MOHD NAWI, NOORHAZREEN NOOR
IZAHAR
& SUHAILI MISRAN
SMK Putrajaya Presint 9(2)
[email protected]
ABSTRAK
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan komponen penting dalam
kurikulum pendidikan negara untuk melahirkan generasi muda yang sihat
dan cergas melalui penekanan kepada aspek perkembangan psikomotor,
kognitif, afektif dan kecergasan fizikal. Namun pandemik Covid -19 telah
menghadkan pelibatan murid dalam melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal,
aktiviti interaksi sosial dan ianya terbatas mengikut Standard Operating
Prosedures (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam kelas saya
terdapat 55 orang murid yang mengalami masalah untuk melaksanakan
aktiviti fizikal dan membolehkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dijalankan.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan
intervensi kaedah My (My Body Fit) dalam memberi peluang kepada murid
untuk melaksanakan aktiviti larian secara maya. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian,
refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi melalui soal selidik yang di
jalankan menunjukkan bahawa murid tidak dapat menjalankan aktiviti untuk
tajuk kecergasan fizikal kerana tiada tempat, polisi kerajaan yang tidak jelas
dan tiada pertandingan yang diadakan. Selepas intervensi dilaksanakan,
didapati bahawa semua murid melaksanakan tugasan yang di berikan
dengan baik dan mencapai tahap Pentafsiran Bilik Darjah (PBD).
Penggunaan kaedah MyBF berjaya meningkatkan minat dan keyakinan
murid untuk melaksanakan aktiviti fizikal secara berterusan. Berdasarkan
dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan kaedah yang bersesuaian
dengan aras kefahaman murid bukan sahaja dapat menarik minat murid,
malah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam melaksanakan aktiviti
fizikal dengan baik. Oleh yang demikian saya akan terus menggunakan
kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang.
Kata Kunci: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kecergasan fizikal,
pentaksiran bilik darjah, minat
KEBERKESANAN SISTEM e-TRACE11ONE DALAM PENGURUSAN
KEBERADAAN
PdPR MURID DI SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)
NURUL FARAHIDAYU BINTI SA'ADUN, SAPTUYAH BINTI LATIP
&.INTAN ASYIKIN BT ZULKARNAIN
SMK Putrajaya Presint 9(2)
[email protected]
ABSTRAK
Dunia kini telah dikejutkan dengan wabak pandemik COVID-19 yang
masih belum ada penghujungnya. Aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) bersemuka telah berubah kepada aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian dimana pihak sekolah
perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR bagi mengelakkan
murid cicir dalam pembelajaran. Sistem perekodan keberadaan murid
semasa sesi PdPR merupakan aspek yang sangat penting untuk
memastikan kejayaan sistem pendidikan secara maya ini. Sistem
e-Trace11One telah diwujudkan di SMK Putrajaya Presint 11(1) yang
bertujuan untuk meninjau, merekod dan menganalisis setiap data
keberadaan murid semasa PdPR. Melalui pemerhatian dan kaedah
perekodan keberadaan PdPR murid yang digunakan oleh pihak sekolah
adalah tidak efisien, data tidak dapat dianalisis dan menyukarkan pihak
pentadbir melaksanakan intervensi. Kajian ini menggunakan pendekatan
kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif
untuk mengumpulkan maklumat.Data kualitatif dikumpul berdasarkan
pemerhatian analisis system e-Trace11One manakala data kuantitatif
dikumpul menggunakan soal selidik. Seramai 82 orang guru telah terlibat
dalam kajian ini menggunakan aplikasi data studio secara optimum.
Dapatan kajian menunjukkan sistem ini sistematik, keabsahan data yang
tinggi, lebih mesra pengguna, meningkatkan celik IT dan pemantauan
dapat dilakukan oleh pentadbir secara pantas melalui live data. Pengkaji
mencadangkan agar sistem yang fleksibel dan releven ini dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk murid, guru-guru, pihak
pentadbir, ibu bapa dan PIBG dalam menangani cabaran pendidikan
norma baharu.
Kata Kunci: PdPC, PdPR, sistem, guru, keberadaan murid, murid cicir
TEKNIK “N2 MASODIR” MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGINGAT
ISIM MASDAR BAGI PELAJAR TINGKATAN ENAM IBNU HISYAM
SUMAIYAH BINTI SULAIMAN PH.D, AHMAD RAFEDY BIN AHMAD
RAIDIN
& ABD RASHID BIN ZAINAL
Pusat Tingkatan Enam, SMK Agama Putrajaya
[email protected]
ABSTRAK
Isim Masdar atau kata nama terbitan merupakan salah satu sub topik
penting dalam subjek bahasa Arab STPM. Namun, pelajar masih belum
mampu menguasai topik ini dengan baik. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk membantu meningkatkan ingatan pelajar terhadap Isim Masdar dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 Ibnu Hisyam di sebuah sekolah di Putrajaya
melalui teknik “N2 MASODIR”. Kajian ini juga bertujuan menambahbaik
amalan pengajaran guru. Model Kemmis & McTaggart (2005) digunakan
sebagai kerangka kajian yang mempunyai tiga langkah iaitu merancang
tindakan, melaksana tindakan dan memerhati seterusnya mereflek. Seramai
lima orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui aktiviti pemerhatian ke atas aktiviti pembelajaran dan semakan
latihan di dalam kelas. Saya dapati pelajar sering melakukan kesilapan
pembinaan Isim Masdar dalam perkataan yang diberi. Kesilapan juga
berlaku dalam menentukan kata timbangan atau mizan sorfi Isim Masdar
dalam menulis perkataan yang diberi. Untuk mengatasi masalah ini, saya
telah menyediakan teknik “N2 MASODIR untuk pelajar ini mengingati isim
masdar iaitu pelajar perlu menghafal nasyid yang diberikan melalui aktiviti
Nughanni Masodir (menyanyi) Isim Masdar serta Narsumu Syajaratul
Masodir (melukis peta pokok) dalam beberapa sesi pengajaran. Hasil
daripada teknik “N2 MASODIR” menunjukkan teknik ini membantu pelajar
mengingati tajuk ‘Isim Masdar. Kajian ini juga telah berjaya mengintegrasi
KBAT dalam PdPc Bahasa Arab dan menambahbaik amalan pengajaran
guru.
Kata Kunci: “N2 MASODIR”, mengingat, pelajar, mizan sorfi, Isim Masdar
PENGGUNAAN APLIKASI MALAYA HEROES MENINGKATKAN
KEMAHIRAN KRONOLOGI MURID TAHUN 5 DALAM TAJUK KE ARAH
MENUNTUT KEMERDEKAAN
AHMAD AIMAN BIN MOHAMED
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran kronologi merupakan salah satu daripada kemahiran pemikiran
sejarah (KPS) yang perlu dikuasai oleh murid dalam memperkasakan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tinjauan awal mendapati empat orang
murid tahun 5 mengalami masalah yang sangat kritikal dalam menyusun
dan menjelaskan fakta sejarah mengikut kronologi. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan aplikasi Malaya Heroes
dalam meningkatkan kemahiran menyusun dan menjelaskan kronologi
peristiwa perjuangan kemerdekaan negara. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian,
refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa
murid tidak menguasai konsep asas kemahiran kronologi apabila mereka
tidak dapat menyusun dan menjelaskan kronologi peristiwa perjuangan
menuntut kemerdekaan sama ada secara lembaran kerja ataupun lisan.
Murid juga menunjukkan tingkah laku negatif seperti tidak memberi
kerjasama sewaktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr)
berlangsung, tidak hadir ke kelas tanpa sebarang alasan yang kukuh, dan
tidak menyiapkan tugasan yang diberi kerana tidak ada dorongan daripada
ibu bapa. Selepas tindakan dilaksanakan, didapati pencapaian murid
berubah dengan sangat ketara. Penggunaan aplikasi Malaya Heroes
berjaya meningkatkan kemahiran kronologi, minat dan keyakinan murid.
Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan kaedah
pembelajaran aktif berasaskan teknologi bukan sahaja dapat menarik minat
murid, malah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
kronologi khususnya bagi tajuk perjuangan menuntut kemerdekaan. Oleh
yang demikian pengkaji akan terus menggunakan aplikasi Malaya Heroes
sebagai bahan bantu mengajar yang penting dalam pendidikan Sejarah
tidak kira diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun
masyarakat.
Kata kunci: kemahiran kronologi, Sejarah, aplikasi, Kemahiran pemikiran
sejarah, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
NyaSeCip: AMALAN TERBAIK KBAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGINGAT
DAN MEMBEZAKAN HURUF QALQOLAH MURID TAHUN 4 SAPPHIRE
RAHMAWATI BINTI MOHD SHARIFF
SK Putrajaya Presint 5(1)
[email protected]
ABSTRAK
Qalqalah merupakan salah satu tajuk dalam Buku Teks Pendidikan Islam
Tahun 4. Sebelum menguasai cara bacaan Qalqalah murid perlu tahu huruf
Qalqalah itu terlebih dahulu. Kumpulan sasaran terdiri daripada seorang
murid Kelas 4 Sapphire. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan dengan berpandukan kepada Model Gelung Kajian
Tindakan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988). Sehubungan dengan itu, kajian
ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik amalan saya dalam
mengingat dan membezakan huruf Qolqolah dengan menggunakan teknik
NyaSeCip. Metodologi kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu
bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah
dirancang dalam kajian ini telah membantu guru menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran dari aspek amalan terbaik KBAT di mana
murid mampu mencapai tahap tertinggi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dan boleh menjadi contoh tauladan kepada murid yang lain.
NyaSeCip juga merupakan sebuah teknik yang merentasi elemen kurikulum
(EMK) dan bersesuaian dengan situasi norma baharu.
Kata Kunci: KBAT, NyaSeCip, EMK
THE EFFECTIVENESS OF “VocAR” TO IMPROVE YEAR 3 ADIL
VOCABULARY IN SK PUTRAJAYA PRESINT 8(3)
ALYA AQILAH BINTI MOHD NASRUDIN
SK Putrajaya Presint 8(3)
[email protected]
ABSTRACT
This action research was conducted to improve year 3 vocabulary in
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3). There were three pupils
selected out of 28 as the research participants for this action research. In
order to achieve the objective, the researcher came up with the
intervention mainly using technology as the method of the researcher's
pedagogy. This intervention named ‘VocAR’ was used to help the pupils to
improve their vocabulary and to motivate them to learn the English
language. The methods used in this research are observation, document
analysis and interview. All the data were analysed descriptively. The
finding shows that using “VocAR” does improve learners’ vocabulary as
they were able to show significant improvement in their test results. Using
“VocAR” is a fun and interactive approach to teach and learn vocabularies
and should be exploited more effectively in the future to benefit more
language learners.
Keywords: vocabulary, Augmented Reality, technology, interactive, fun
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL NOMBOR 4 HINGGA 9
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN MENGGUNAKAN JOKENO
KLIK
NUR ZAHIDAH BINTI ROSLEE
SK Putrajaya Presint 9(1)
[email protected]
ABSTRAK
Program Pendidikan Pemulihan adalah usaha untuk memulihkan murid
pemulihan dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Mengenal nombor merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh murid pemulihan. Kebanyakan murid pemulihan tidak mengenal nombor
tetapi hanya menghafal nombor tersebut. Kajian tindakan ini dijalankan
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal nombor 4
hingga 9 serta daya tumpuan dalam kalangan murid pemulihan
menggunakan JOKENO KLIK. Pengkaji menggunakan model penyelidikan
Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dalam menjalankan kajian ini ke atas dua
orang murid pemulihan khas. Dalam melaksanakan kajian tindakan ini,
pengkaji telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu
pemerhatian, analisis dokumen dan ujian. Hasil dapatan kajian mendapati
kedua-dua peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif setelah
menjalani tindakan ini. Peserta kajian dapat menguasai kemahiran mengenal
nombor 4 hingga 9 dengan baik dan dapat meningkatkan daya tumpuan
dalam pembelajaran mengenal nombor 4 hingga 9. Cadangan susulan kajian
adalah dengan menambah baik JOKENO KLIK dengan menetapkan masa
permainan mengikut tahap kemampuan murid dan memperkembangkan
JOKENO KLIK kepada nombor yang lebih kompleks iaitu dua atau tiga digit.
Kata Kunci : kemahiran mengenal nombor, meningkatkan daya tumpuan,
JOKENO KLIK, murid pemulihan.
PELAKSANAAN FARMASI BAHASA MEMBANTU PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN KVKV
MURID PEMULIHAN TAHUN DUA
NURSYAKIREEN AFINI BINTI MAKHIZU
SK Putrajaya Presint 9(2)
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran membaca dan menulis adalah penting untuk dikuasai oleh murid
bagi mengelakkan murid mengalami kegagalan pembelajaran dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi murid pemulihan. Justeru itu,
kajian ini dijalankan untuk membantu mempertingkatkan penguasaan
kemahiran membaca dan menulis murid pemulihan tahun dua terhadap
perkataan yang mengandungi kvkv melalui pelaksanaan Farmasi Bahasa
menggunakan teknik Ekpress-i. Peserta kajian terdiri daripada 19 orang
murid tahun dua yang belum menguasai kvkv. Data kajian dikumpul melalui
ujian sebelum dan selepas tindakan, temu bual serta hasil kerja murid.
Pelaksanaan Farmasi Bahasa dirancang berdasarkan Teori Kecerdasan
Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner yang mencakupi
sembilan kecerdasan pelbagai. Tindakan ini melibatkan empat penggerak
utama iaitu guru pemulihan, guru pembimbing, guru cilik dan ibu bapa.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Farmasi Bahasa dapat
meningkatkan penglibatan murid secara aktif serta mampu meninngkatkan
penguasaan murid pemulihan dalam kemahiran membaca dan menulis
perkataan kvkv. Buktinya adalah peningkatan peratusan bilangan peserta
kajian yang menguasai kvkv sebanyak (68%) manakala bilangan peserta
kajian belum menguasai kvkv sebanyak (32%). Keseluruhannya, seramai
13 orang murid tahun dua daripada 19 orang peserta kajian telah berjaya
menguasai kemahiran membaca dan menulis kvkv setelah pelaksanaan
Farmasi Bahasa dijalankan. Keberkesanan tindakan ini boleh
dipertingkatkan lagi dengan menerapkan elemen TMK selaras dengan
elemen PdPR masa kini yang berunsurkan pendigitalan bagi mencapai
pembelajaran yang lebih efektif. Kesimpulannya, usaha yang berterusan
perlu dilakukan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik menelusuri
perubahan landskap pendidikan yang baharu dalam era pandemik kini.
Kata Kunci : murid pemulihan tahun dua, perkataan kvkv, Farmasi Bahasa,
Teori Kecerdasan Pelbagai
IMPROVING YEAR 4 PUPILS READING LITERACY THROUGH
SPELLING ENHANCEMENT BY USING LESPIR 2.0
Mohd Saharudin Bin Setapa
SK Putrajaya Presint 11(1)
[email protected]
ABSTRACT
Let's Spell It Right (LeSPIR 2.0) is an innovation on enhancing year 4
pupils’ sight word recognition as a way of improving pupils' skill in
spelling. Most pupils tend to misspell words during spelling activity.
Misspelling of words occurs because pupils did not recognize the word’s
spelling structure or also known as orthography. This innovation aimed to
identify the effectiveness of LeSPIR 2.0 and pupils' interest in using
LeSPIR 2.0. Participants are required to use the application by spelling
different words by arranging letters correctly based on the pictures and
audio throughout the action. The words used in the application are
selected from the sight words in the textbook and are listed according to
different categories. Pupils also used the self-learning audio, dictionary
and spelling quiz which is built in with the application to help them
complete the spelling. After four times using LeSPIR 2.0, participants
were able to spell words correctly by recognizing its spelling structure and
they enjoyed using the game. Overall, the impact of using LeSPIR 2.0
enabled pupils to reduce errors in spelling. For further improvement, it is
suggested that pictures animation can be used when introducing pictures
to pupils so that pupils can identify what the pictures are about and
recognize the words.
Keywords: LeSPIR 2.0, spelling application, sight words, spelling, spelling
structure
KAJIAN BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK BAGI
MURID PRASEKOLAH AL-KHAWARIZMI MENGGUNAKAN
PERMAINAN ‘GOLDEN EGG’
Norhuda Binti A. Hamit
SK Putrajaya Presint 11(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid yang masih belum dapat
menguasai konsep asas operasi tolak dalam keadaan menyeronokkan
melalui pendekatan belajar sambil bermain. Seramai 15 orang murid
daripada keseluruhan 27 murid Prasekolah Al Khawarizmi, SK Putrajaya
Presint 11(1) terlibat dalam kajian ini. Murid-murid yang dipilih ini adalah
murid yang didapati masih belum menguasai konsep tolak setelah aktiviti
ujian pra diadakan. Fokus kajian adalah kepada penggunaan teknik
Permainan ‘Golden Egg’ sebagai kaedah alternatif yang digunakan untuk
membantu murid-murid yang telah dikenalpasti dalam memahami dan
menyelesaikan konsep operasi tolak. Murid-murid didedahkan dengan
teknik Permainan ‘Golden Egg’ dalam menyelesaikan masalah semasa
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Matematik Awal. Kajian
dilaksanakan secara intervensi dalam tempoh PdPc Matematik Awal
selama 40 minit seminggu dan kajian diselesaikan dalam tempoh 4 minggu.
Berdasarkan ujian pos, dapatan kajian menunjukkan peningkatan
kemampuan murid menyelesaikan operasi tolak dan dapat menarik minat
murid untuk lebih memahami konsep operasi asas tolak.
Kata kunci : Golden Egg, asas matematik, tolak, permainan, intervensi
KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR BULAT BAGI MURID
TAHUN 5 MENGGUNAKAN KAEDAH ‘’MAGNETIC HILL”
RAHAYU BINTI AB RAHMAN
SK Putrajaya Presint 11(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran membundar nombor dalam matematik merupakan salah satu
kemahiran asas utama dalam Matematik. Kajian ini dijalankan ke atas 10
orang murid Tahun 5 Raya yang mengalami masalah dalam kemahiran
membundar nombor bulat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan intervensi Magnetic Hill dalam meningkatkan
kemahiran membundar nombor bulat dengan betul. Metodologi yang
digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan
pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi
menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep membundar nombor
bulat dengan betul dan kurang mahir dalam konsep mengenal pasti dan
menulis nilai tempat atau nilai digit dengan baik. Selepas intervensi
dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara
dalam memahami dan menguasai kemahiran membundar nombor bulat
dengan betul. Penggunaan Magnetic Hill berjaya mengukuhkan kemahiran
membundar nombor bulat, meningkatkan minat dan keyakinan murid.
Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah
dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membundar
nombor bulat dengan baik. Oleh yang demikian saya akan terus
menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang.
Kata Kunci: bundar, matematik, nilai tempat, nilai digit, Bahan Bantu
Mengajar
INTERVENSI MODUL DIGITAL DALAM MENINGKATKAN
PENGUASAAN
MURID PRASEKOLAH MEMBACA
ZAINAB BINTI ABU BAKAR @ ZAKARIA
SK Putrajaya Presint 14(1)
[email protected]
ABSTRAK
Gabungan bunyi huruf konsonan dan vokal (kv) merupakan salah satu
konsep asas untuk membaca. Walaupun murid sudah kenal huruf tetapi
tidak tahu untuk membunyikan huruf gabungan kv, murid itu tidak dapat
membaca. Dalam kelas saya terdapat seorang murid kategori mild autism
yang mengalami masalah untuk gabung bunyi huruf.Tujuan kajian ini
adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan modul digital
dalam meningkatkan penguasaan murid untuk gabung bunyi huruf dalam
membaca. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian
tindakan yang melibatkan penulisan jurnal, refleksi, perancangan dan
tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak tahu bunyi huruf
gabungan akan menyebabkan murid sukar untuk membaca. Murid juga
tidak minat untuk belajar. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati murid
dapat menyebut huruf gabungan kv dan membaca dengan baik. Murid
faham cara menyebut huruf dan minat untuk membaca. Murid juga dapat
fokus untuk belajar. Pengkaji berharap kaedah ini dapat dimanfaatkan oleh
semua guru Pendidikan khas dan pemulihan khas. Kajian ini juga dapat
melestarikan usaha kerajaan untuk menjadikan semua murid dapat
membaca.
Kata kunci: gabungan bunyi huruf , huruf konsonan dan vokal, kv,
membaca, intervensi.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN OPERASI TAMBAH
BAGI MURID PRASEKOLAH BRILLIANT MENGGUNAKAN KAEDAH
“MAGIC COUNT”
NOR KHALIDA BINTI MOHAMAD ALI
SK Putrajaya Presint 16(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid dalam memahami konsep dan
meningkatkan keupayaan murid menyelesaikan operasi tambah dalam
keadaan yang menyeronokkan melalui pendekatan belajar sambil
bermain. Seramai 25 orang murid dari Prasekolah Brilliant, SK Putrajaya
Presint 16(1) terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian adalah kepada
penggunaan ‘Magic Count’ sebagai kaedah alternatif yang digunakan
untuk membantu murid Prasekolah Brilliant dalam memahami dan
menyelesaikan konsep operasi tambah yang dilaksanakan semasa Pdpr.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang
melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui latihan murid-murid di dalam kelas, ujian
pra serta ujian pos. Murid-murid didedahkan dengan ‘Magic Count’ dalam
menyelesaikan masalah semasa proses Pdpr matematik. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan kemampuan murid menyelesaikan operasi
tambah dan dapat menarik minat murid. Selepas intervensi dilaksanakan,
didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam
memahami konsep operasi tambah. Penggunaan ‘Magic Count’ telah
berjaya meningkatkan minat dan keyakinan murid. Berdasarkan dapatan
ini, disimpulkan bahawa penggunaan kaedah ‘Magic Count’ yang
bersesuaian dengan aras kefahaman murid bukan sahaja dapat menarik
minat murid, malah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
melaksanakan aktiviti operasi tambah dengan baik. Oleh yang demikian
saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang
akan datang.
Kata kunci: Magic Count, alternatif, memahami
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS SUKU KATA TERBUKA JAWI
DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA MENGGUNAKAN RODA
JAWI MH.
Nurul Hidayah binti Muktar
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis suku
kata terbuka jawi dalam kalangan murid tahun lima dengan menggunakan
Roda Jawi MH. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid
tahun lima yang tidak boleh menulis jawi dalam Ujian Penulisan Jawi yang
telah dijalankan. Pengkaji menggunakan Model Kurt Lewin (1946) sebagai
panduan dalam melaksanakan kajian ini. Perancangan tindakan
difokuskan kepada peningkatan kemahiran menulis suku kata terbuka jawi
menggunakan Roda Jawi MH. Peserta kajian telah menjalani tiga peringkat
intervensi dalam tempoh 6 minggu bermula dengan kenali huruf sombong
dan vokal Jawi, permainan Roda Jawi dan latih tubi menulis perkataan
Jawi. Data telah dikumpulkan melalui ujian awal intervensi dan ujian akhir
intervensi. Dapatan kajian mendapati kesemua 15 peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kemahiran
menulis suku kata terbuka Jawi setelah diperkenalkan dengan Roda Jawi.
Terdapat 3 orang peserta kajian yang mendapat markah penuh dalam
ujian akhir yang dijalankan. Diharapkan Roda Jawi ini dapat diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bukan
sahaja dalam kemahiran menulis Jawi, malah kemahiran membaca dan
merumikan teks Jawi.
Kata Kunci : kemahiran menulis, suku kata, Roda Jawi
DEVELOPING A RAINBOW EDU FLIPBOOK (E-MODULE) TO ASSIST
YEAR 2'S ENGLISH LEARNING PERFORMANCE
SOFFEATUL RAUNAQIAH BINTI MOHAMAD RAHIM
SK Putrajaya Presint 16(1)
[email protected]
ABSTRACK
Digital tools in modern education has advanced significantly since the
invention of the internet. Educators must be equipped with the knowledge of
technology as to ensure their learners are not left behind in this era of
technological advancements. With that, this research aims to investigate
whether the use of the Rainbow Edu Flipbook (E-Module) can enhance Year
2’s English performance. The flipbook was designed to help learners access
content in a more manageable, easier and fun way. The data collection
methods employed in this research are pre-post tests and observational
checklist. Findings show that all 5 respondents have improved after using
the Rainbow Edu Flipbook and they all have responded positively with this
digital tool. It is hoped that after further exposure, educators have the
knowledge to make customized content using technology, where technology
helps to enhance the learning experience.
Keywords: digital tools, e-module, differentiated technology, blended
learning
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA JAWAPAN MUDAH SOALAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM TASAWWUR
ISLAM MENGGUNAKAN TEKNIK “IMLAK: BACA, SEBUT DAN TULIS”
EDILIA AZYATI BINTI MUHAMMAD
SMK Putrajaya Presint 5(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah
dan rintangan yang dihadapi oleh kebanyakan murid yang mengeluh bila
melibatkan soalan KBAT. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian dan Ujian Diagnostik yang menunjukkan murid lemah terhadap
penulisan jawapan KBAT. Hasil tinjauan mendapati murid tidak mahir
membina jawapan dengan menggunakan ayat mudah. Kemahiran menulis
jawapan KBAT adalah penting dalam subjek Tasawwur Islam kerana
peruntukan markah sangat tinggi iaitu 6 markah setiap soalan KBAT. Untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid di dalam penulisan jawapan
KBAT, saya mengaplikasikan teknik imlak. Kajian ini disasarkan kepada 15
orang murid yang lemah dari kelas 5 Al- Battani dan dibantu oleh seorang
guru, bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan jawapan
KBAT menggunakan teknik baca, sebut dan tulis. Teknik ini boleh digunakan
untuk mencungkil idea dan menggalakkan murid berfikir ke arah isi-isi
penting dalam penulisan jawapan berbentuk esei. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui ujian bulanan dan markah 3
siri semakan hasil kerja murid. Aktiviti ini dijalankan selama 20-30 minit pada
waktu tutorial. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbandingan sebelum
aktiviti dan selepas aktiviti dijalankan. Perbezaan skor antara Ujian
Diagnostik dan Ujian Bulanan mendapati peningkatan prestasi murid
semakin baik jika dibandingkan sebelumnya. Murid- murid lebih aktif untuk
menjawab soalan KBAT dan berani untuk memberi respons kerana
menguasai kemahiran membina ayat mudah melalui teknik imlak.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ini haruslah dikekalkan
agar murid lebih cenderung dan berani menulis jawapan bercirikan KBAT
serta mempunyai keyakinan mencapai keputusan cemerlang dalam
Tasawwur Islam di peringkat SPM.
Kata Kunci: imlak, Tasawwur Islam, Ujian Diagnostik, kemahiran
menulis,KBAT, kemahiran mendengar
MEMANTAPKAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK MURID 5
AL-KHAWARIZMI :
PEMBELAJARAN BERFOKUS MENGGUNAKAN TEKNIK ‘SLEC’
CLASSKICK
NORYAZILAWATI BINTI YAAKUB
SMK Putrajaya Presint 5(1)
[email protected]
ABSTRAK
Pemahaman dan penguasaan konsep Fizik amat dititikberatkan dalam
pembelajaran Fizik. Penyelesaian masalah menjadi sukar sekiranya
murid tidak menguasai suatu konsep Fizik. Kajian ini djalankan bagi
meningkatkan penguasaan konsep Fizik murid 5 Al-Khawarizmi. Seramai
12 orang murid terlibat dalam kajian ini. Kajian ini difokuskan kepada
kemahiran menguasai konsep Fizik dalam menyelesaikan masalah
melalui pembelajaran secara maya dalam tempoh pandemik. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, temubual dan
analisis dokumen iaitu pemeriksaan latihan murid. Hasil daripada
pemerhatian awal mendapati kebanyakan murid tidak dapat
menyelesaikan masalah Fizik serta menyiapkan tugasan guru dalam
waktu yang diperuntukkan, Terdapat juga murid yang tidak menghantar
tugasan langsung. Berdasarkan temubual, murid menjelaskan bahawa
mereka belum memahami sepenuhnya konsep Fizik. Berikutan
pelaksanaan pembelajaran secara maya, murid menyatakan kurang
mendapat bimbingan secara intensif daripada guru. Secara tidak
langsung, hal ini menyebabkan murid menjadi kurang motivasi dan tidak
bersemangat untuk melaksanakan tugasan guru. Bagi mengatasi
masalah ini, pengkaji telah memperkenalkan satu kaedah iaitu
pembelajaran berfokus menggunakan teknik ‘SLEC’ melalui aplikasi
Classkick. Melalui kaedah ini, guru boleh membimbing murid bagi
memantapkan konsep Fizik secara individu. Aplikasi Classkick dipilih
kerana mempunyai ciri-ciri pembelajaran yang interaktif dan menarik.
Terdapat pelbagai aspek penting yang diperlukan untuk melakukan
tugasan seperti menulis serta boleh berinteraksi secara langsung dengan
murid. Murid melahirkan rasa seronok dan bersemangat menyiapkan
tugasan guru. Pembelajaran berfokus menggunakan teknik ‘SLEC’
Classkick telah meningkatkan motivasi murid sekaligus dapat
memantapkan penguasaan konsep Fizik murid 5 Al-Khawarizmi.
Kata kunci : konsep fizik, pembelajaran berfokus, teknik ‘SLEC’,
classkick, pembelajaran maya
MENINGKATKAN PENGUASAAN TATANAMA ION KOMPLEKS
MENGGUNAKAN TEKNIK “TREASURE CHEST” KEPADA PELAJAR
TINGKATAN 6 SAINS
ROHAYA BINTI ISMAIL
SMK PUTRAYA PRESINT 5(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 6
Sains dalam menamakan ion kompleks. Pelajar mestilah memahami maksud
ion kompleks dan pembentukan ikatan koordinat serta mengingati setiap
jenis ligan apabila menamakan ion kompleks mengikut sistem tatanama
IUPAC di dalam mata pelajaran Kimia semester 2 STPM di bawah subtopik
tatanama ion kompleks. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
analisis dokumen, praujian dan soal selidik. Hasil tinjauan awal mendapati
bahawa pelajar tidak dapat menulis nama dan formula ion kompleks dengan
tepat. Ini menyebabkan pelajar kehilangan markah apabila pelajar menjawab
soalan tersebut di dalam ujian dan peperiksaan. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik ‘Treasure chest’ menggunakan google sheet yang
telah diprogramkan untuk menerima input dari pelajar dan menunjukkan
samada jawapan yang diberikan adalah betul atau salah. Pelajar telah
didedahkan kepada teknik ‘Treasure Chest’ selama 30 minit dan dibenarkan
menggunakan teknik ini berulang kali sehingga semua nama dan formula ion
kompleks dapat ditulis dengan betul. Kajian ini telah diselesaikan dalam
tempoh enam minggu. Dapatan pascaujian menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar dan hasil soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih
memahami pembentukan ikatan koordinat antara ion atau atom logam pusat
dengan ligan serta mengingati setiap jenis ligan melalui teknik “Treasure
Chest”. Oleh yang demikian, saya akan menggunakan teknik ini dalam
penamaan sebatian organik pada semester 3.
Kata Kunci: teknik ‘Treasure Chest’, sistem tatanama IUPAC, ion kompleks,
google sheet yang diprogramkan, ligan
PENGHANTARAN TUGASAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)
EKONOMI TINGKATAN 5 MENGGUNAKAN APLIKASI
LIVEWORKSHEET
NOOR SYARLIZA BINTI ALIAS
SMK Putrajaya Presint 9(2)
[email protected]
ABSTRAK
Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan kepada sistem pendidikan
negara di mana sesi pembelajaran secara bersemuka telah digantikan
dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) . Sepanjang
PdPR dijalankan, aktiviti penilaian dan pentaksiran mesti dijalankan bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan
dan pencapaian murid di samping memberi maklum balas tentang
pengajaran guru. Kegagalan murid menghantar tugasan semasa PdPR
akan menyebabkan aktiviti penilaian dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sehubungan dengan itu,
kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan aplikasi Liveworksheet dalam membantu murid-murid
menghantar tugasan semasa PdPR. Metodologi yang digunakan dalam
kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi,
perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid
tidak menjawab tugasan yang diberikan semasa PdPR dan tidak berminat
mempelajari mata pelajaran Ekonomi. Selepas intervensi dilaksanakan,
didapati bahawa murid telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
semasa sesi PdPR dan menunjukkan minat untuk mempelajari mata
pelajaran Ekonomi. Penggunaan Liveworksheet telah berjaya membantu
murid untuk menghantar tugasan dalam tempoh yang ditetapkan dan
seterusnya dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran
Ekonomi. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan
aplikasi yang menarik dan bersesuaian dapat membantu murid
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan mudah. Oleh yang demikian
saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid
yang akan datang.
Kata Kunci: pandemik Covid-19, PdPR, ekonomi, PBD
MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA DALAM PENULISAN
MELALUI KAEDAH “TAHWIL” UNTUK MURID TINGKATAN 2 AL BIRUNI
FALAHAH BINTI MUSA
SMK Putrajaya Presint 11(1)
[email protected]
ABSTRAK
Menguasai KOSA KATA atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab
adalah merupakan perkara penting dalam membantu murid untuk menulis
dalam Bahasa Arab. Namun, analisis menunjukkan hampir keseluruhan
murid kelas 2 Al Biruni menghadapi masalah dalam mengingat kosa kata.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah
“Tahwil” dalam meningkatkan penguasaan kosa kata murid dalam penulisan.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang
melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Tinjauan awal
yang telah dilakukan melalui semakan latihan murid, latihan lisan,
pemerhatian dan soalan kaji selidikl menunjukkan bahawa murid tidak
berminat untuk menghafal, tidak mampu bertutur dan menulis ayat mudah
kerana tiada kosa kata dalam ingatannya, tiada keyakinan diri dan guru tidak
dapat memberikan sepenuh perhatian kepada semua murid. Selepas
intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang
lebih baik dalam penulisan. Murid berusaha untuk menguasai kosa kata
melalui kaedah ini seterusnya mengaplikasikannya dalam penulisan.
Penggunaan kaedah “TAHWIL” berjaya meningkatkan minat dan keyakinan
murid. Ia juga membantu murid dalam membina ayat-ayat mudah dalam
Bahasa Arab. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa kaedah ini
secara tidak langsung mendorong kepada matlamat pencapaian empat
kemahiran asas utama dalam berbahasa iaitu kemahiran mendengar,
membaca, bertutur dan menulis. Kaedah ini juga membantu ke arah
penambah baik pengajaran guru dalam kelas. Oleh yang demikian saya
akan terus menggunakan kaedah tersebut sebagai salah satu kaedah bagi
kumpulan murid yang akan datang dalam penguasaan kosa kata Bahasa
Arab.
Kata Kunci: kosa kata, lisan, tulisan, kaedah Tahwil, ayat
THE PROVERB ‘NANA KOROBI YA OKI’ HELPED STUDENTS
TO OVERCOME CHALLENGES IN MASTERING HIRAGANA
Suguna Devi Peariasamy
SMK Putrajaya Presint 11(1)
[email protected]
ABSTRACT
In Malaysia, the lockdowns in response to COVID19 have interrupted
conventional schooling, with nationwide school closure lasting for more than
12weeks have taken a toll on student’s confidence and motivation. During
this period, students who lack motivation and engagement to learn
independently are at risk of falling behind. This study aims to look at
student’s performance in mastering basic 46 Hiragana characters after
introducing and emphasizing the Japanese proverb “Nana Korobi Ya Oki”
that speaks about the Japanese concept of resilience. The instrument used
for this study consisted of pre-test and post-test of basic 46 Hiragana
characters in Japanese writing. The Japanese proverb was introduced and
emphasized repeatedly as a pre-lesson activity for about 5 minutes in every
Japanese language class during face-face teaching and learning and
home-based teaching and learning (online and offline approach) for two
months. 31 Form 1 students are respondents in this study. The findings
reveal that all 31 students showed drastic improvement in post-test scores
after introducing and emphasizing the Japanese proverb “Nana Korobi Ya
Oki.” The students have successfully mastered the basic 45 Hiragana
characters on their own without any pressure. Students showed a positive
attitude towards learning; they became self-directed and motivated, plus
boosted most of the online class attendance up to 100%.
Keywords: Proverb, Motivation, Self-Directed, Confidence, Engagement
PENGGUNAAN APLIKASI GFTP DALAM MENINGKATKAN
PENGUASAAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 5
Fatimah binti Muhammad Razaki
SMK Putrajaya Presint 16(1)
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
kemahiran menaakul dimasukkan secara eksplisit dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Islam. Ia berfokuskan
aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan (DSKP
Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5, 2018). Salah satu organisasi
kandungan KSSM Pendidikan Islam adalah bidang al-Quran yang
mencakupi bahagian bacaan, hafazan dan kefahaman ayat al-Quran
pilihan. Dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR), murid-murid tidak dapat dibimbing dengan berkesan untuk
membuat hafazan dengan baik. Kajian ini menyasarkan 10 orang murid
dari kelas 5 Farabi yang mengalami masalah penguasaan hafazan
al-Quran. Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk mencari satu
pendekatan yang sesuai kepada murid dalam menguasai ayat hafazan
kerana mereka didapati tidak bermotivasi dan kurang berminat dalam
mempelajari bidang al-Quran. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid
tidak menguasai ayat hafazan dari segi sebutan makhraj huruf dan tajwid.
Oleh itu, satu amalan terbaik PdPR yang sesuai kepada murid dalam
menguasai ayat hafazan telah dilaksanakan. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini melibatkan proses pemerhatian, refleksi, perancangan dan
tindakan. Data dikumpul secara kaedah kualitatif melalui pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati
terdapat pencapaian murid yang ketara dalam bacaan ayat hafazan.
Penggunaan amalan terbaik PdPR menggunakan aplikasi GFTP telah
berjaya membolehkan murid menguasai bacaan ayat hafazan dengan
lancar dan bertajwid. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa
penggunaan aplikasi yang sesuai dapat meningkatkan penguasaan ayat
hafazan dan memotivasikan murid. Justeru itu, amalan terbaik PdPR ini
dicadangkan agar diaplikasikan kepada warga pendidik yang lain
khususnya guru mata pelajaran Pendidikan Islam.
Kata kunci: Amalan terbaik, aplikasi GFTP, Pendidikan Islam, ayat hafazan
al-Quran, tajwid
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ‘iFIT -CARD’ DALAM
MENINGKATKAN TAHAP KECERGASAN MURID
SURIA BINTI HUSZAINI
SMK Putrajaya Presint 18(1)
[email protected]
ABSTRAK
Aktiviti fizikal secara konsisten di rumah dapat mewujudkan rutin dan budaya
gaya hidup sihat dalam diri murid. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dan saranan World Health Organisation (WHO) menggalakkan semua
individu untuk melakukan apa-apa aktiviti fizikal di rumah berbanding
daripada tidak melakukan sebarang aktiviti. Hal ini kerana peranan aktiviti
fizikal dan senaman telah terbukti menjadi terapi yang berkesan dengan
memberi kesan langsung pada kesihatan mental dan fizikal murid. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan tahap kecergasan murid
semasa pandemik covid-19. Kajian ini juga adalah untuk meningkatkan
minat murid supaya sentiasa melakukan aktiviti kecergasan ketika berada di
rumah. Kajian ini akan memfokuskan kepada teknik ‘iFIT-CARD’ yang
menggunakan 1 set kad yang terdiri daripada jadual latihan 4 hari senaman
dan 3 hari rehat aktif. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penurunan berat
badan murid seterusnya menunjukkan peningkatan dalam indeks jisim
badan (BMI) murid.
Kata kunci: aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, indeks jisim badan
MENGGALAKKAN PENYERTAAN AKTIF PELAJAR MELALUI KAEDAH
TARTIB
DALAM HIFZ AL-QURAN BAGI HALAQAH ABU DAUD
NIK AHMAD ADAM BIN NIK SALLEH
SMK Agama Putrajaya
[email protected]
ABSTRAK
Penyertaan aktif pelajar adalah perkara yang sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Jika penglibatan dari pelajar
kurang aktif, akan merencatkan rancangan pengajaran guru. Tambahan
pula, sekarang pengajaran secara bersemuka diganti dengan pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini dijalankan bagi menggalakan
penyertaan aktif pelajar bagi matapelajaran hifz al-Quran sekaligus
meningkatkan hafazan pelajar sepanjang PdPR. Seramai 12 orang pelajar
tingkatan 1 dari Halaqah Abu Daud terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
mendapati pelajar tiada motivasi dan tidak aktif sepanjang PdPR dijalankan.
Muqarar bagi subjek hifz quran tingkatan 1 adalah sebanyak 6 juzuk sedikit
sebanyak guru memerlukan kaedah yang terbaik bagi memastikan semua
pelajar menghabiskan muqarar pada tahun ini. Model Beyond Discipline
Alfie Kohn (2001) menjadi asas bagi terhasilkan kaedah TARTIB dalam
kajian ini. Data diperolehi melalui pemerhatian dan temubual serta refleksi
kendiri. Hasil kajian mendapati pelajar dapat melibatkan secara aktif melalui
kaedah ini dan dapat meningkatkan prestasi hafazan dengan amat baik.
Kata kunci: TARTIB, aktif, Tasmi’, Tahriri, PdPR
TEKNIK IZI TAJWID MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID
TINGKATAN 1 JAYA
MEMBEZAKAN HUKUM NUN MATI DAN TANWIN
NURUL SAZWANI BINTI IDRIS
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran saya dalam
membantu murid mengatasi masalah dalam membaca Al-Quran yang
dihadapi oleh murid Tingkatan 1 terutamanya dalam mengenalpasti dan
membezakan Hukum Nun Mati dan Tanwin. Dalam pembacaan Al-Quran,
penguasaan Hukum Nun Mati dan Tanwin ini adalah amat penting kerana
merupakan antara hukum asas tajwid dan banyak dijumpai dalam setiap
ayat Al-Quran. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini, murid diajar
menggunakan Teknik IZI (Easy) Tajwid untuk membantu mereka
membezakan Hukum Nun Mati dan Tanwin yang terdapat dalam ayat
Al-Quran Tingkatan 1 dengan mudah. Kajian ini dijalankan menggunakan
reka bentuk kajian tindakan berpandukan kepada Model Gelung Kajian
Tindakan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Data dikumpulkan melalui
kaedah analisis dokumen amali tilawah, semakan kerja murid dan soal
selidik. Seramai 14 orang murid Tingkatan 1 terlibat dalam kajian ini. Hasil
dapatan kajian menunjukkan Teknik IZI (Easy) Tajwid membantu
meningkatkan kefahaman murid Tingkatan 1 dalam mengenal pasti Hukum
Nun Mati dan Tanwin yang terdapat dalam ayat Tilawah Pendidikan Islam
Tingkatan 1. Saya mencadangkan bahawa kaedah ini yang hanya
melibatkan Hukum Tanwin dan Nun Mati sahaja ditambah baik supaya
hukum-hukum tajwid lain turut dapat dibezakan dengan mudah seperti
Hukum Mad Wajib Muttasil dan Hukum Mad Jaiz Munfasil.
Kata Kunci: Teknik IZI, Hukum Lima, Hukum Tajwid, Hukum Nun Mati,
Hukum Tanwin.
KESAN PENGGUNAAN “E- POSTER QR DESIGN” TERHADAP
PEMBELAJARAN TOPIK PENGHASILAN PRODUK
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
NORSYIDAH BINTI ABDULLAH
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid
semasa sesi pembelajaran secara PdPR dalam tempoh PKP berikutan
pandemik Covid-19. Kajian yang melibatkan 10 orang murid Tingkatan 3
Usaha memfokuskan kepada kesan penggunaan “e-Poster QR Design”
dalam sesi pembelajaran bagi topik Penghasilan Produk. “e-Poster QR
Design” merupakan poster secara digital dengan grafik menarik bagi
menyampaikan maklumat proses penghasilan produk secara mudah dan
berkesan yang boleh diakses menerusi QR Code. Tinjauan awal
menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah capaian internet lemah,
gangguan bunyi bising dan berkongsi komputer sehingga menjejaskan
tumpuan semasa sesi pembelajaran secara PdPR. Keadaan ini
menyebabkan murid tidak dapat menerima dan mengikuti arahan dengan
baik menyebabkan proses penghasilan produk tidak dibuat secara
sistematik dan produk yang dihasilkan tidak memenuhi spesifikasi yang
dikehendaki. Pengukuran pencapaian murid ini dibuat menerusi kaedah
mix method di mana data dianalisis menggunakan kaedah pengujian
secara kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif dalam menafsir maklumat temu
bual dan kaedah pemerhatian manakala kuantitatif dalam menafsir satu set
soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan
perubahan ketara di mana murid berjaya menghasilkan produk dengan
lebih sistematik dan berinovasi mengikut proses dan penerangan yang
tersedia dalam “e-Poster QR Design”. Sebelum penggunaannya, hanya
40% murid dapat mengikuti proses sebenar dan kemudiannya 100% murid
berjaya menghasilkan produk melalui proses yang betul. Dapatan ini telah
disemak oleh dua orang guru pakar subjek Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT). Sehubungan itu, diharap kajian ini dapat menyumbang ilmu dan
berkongsi pengalaman amalan PdPR semasa PKP serta boleh digunakan
dalam topik dan subjek lain yang bersesuaian.
Kata kunci: e-Poster, QR Code, Sistematik, Proses Penghasilan Produk,
RBT
PENGAJARAN KONSEP ASAS PERAKAUNAN DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK BADLEH_FDI
RUSILAWATI BINTI MOIN
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
[email protected]
ABSTRAK
Penguasaan dalam memahami konsep asas perakaunan sangat penting
dalam mempelajari Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5. Sehubungan
dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik amalan
saya dalam memahami dan menguasai konsep asas perakaunan dengan
menggunakan BADLEH_FDI. Kumpulan sasaran adalah murid-murid yang
mengambil Prinsip Perakaunan SPM di Sekolah Sultan Alam Shah,
Putrajaya. BADLEH_FDI ini telah disusun mengikut Standard Kandungan
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan berpandukan
kepada Model Gelung Kajian Tindakan oleh Kemmis & McTaggart (1988).
Data dikumpulkan menggunakan pemerhatian, temu bual dan soal selidik
serta data ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian ini, saya dapat
menambah baik dalam penerangan konsep asas, malah dapat membantu
guru Prinsip Perakaunan dalam proses pengajaran dan memaksimumkan
proses pembelajaran murid secara keseluruhannya. Seterusnya turut
membantu dalam apa jua persoalan yang perlu diselesaikan terutamanya
persoalan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kata Kunci: Prinsip Perakaunan, konsep, BADLEH, mudah, faham dan ingat.
PENGUASAAN KEMAHIRAN MELAKAR DAN MEMPLOT GRAF TITIK
PULANG MODAL
DALAM MATA PELAJARAN PERNIAGAAN TINGKATAN 4
WARDATUN RAIHAN BINTI YUSOFF
SMK Putrajaya Presint 5(1)
[email protected]
ABSTRAK
Melakar dan memplot graf Titik Pulang Modal (TPM) merupakan salah satu
elemen asas yang mesti dikuasai dalam subjek Perniagaan. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah yang
dihadapi oleh calon SPM berkaitan sub topik TPM yang terkandung dalam
bab 3 silibus Perniagaan Tingkatan 4. Sampel kajian terdiri daripada 14
murid kelas saya, iaitu murid Tingkatan 5 Al Battani yang dikesan gagal
menguasai kemahiran melakar dan memplot graf TPM. Metodologi yang
digunakan adalah kajian tindakan melibatkan proses pemerhatian, refleksi,
perancangan dan tindakan. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian,
soal selidik dan semakan dokumen melalui penggunaan pelbagai aplikasi
teknologi maklumat. Hasil refleksi menunjukkan murid tidak menguasai
teknik melakar dan memplot TPM, keliru dengan istilah tertentu, kurang yakin
dan tidak berminat menjawab soalan latihan pengukuhan. Selepas proses
intervensi, murid yang didedahkan dengan kaedah FASTer telah
menunjukkan peningkatan prestasi memberangsangkan. Berdasarkan
markah ujian post melalui aplikasi liveworksheet, murid lebih fokus,
berkeyakinan dan mampu melakarkan rajah TPM dengan lengkap, cepat dan
tepat. Selain itu, teknik FASTer mampu mengukuhkan kemahiran guru
semasa membimbing murid melakar graf TPM kerana pedagogi ini menjurus
kepada konsep didik hibur berpusatkan murid. Kesimpulannya, teknik
FASTer merupakan kaedah pengajaran yang berkesan dan mampu
menyuntik nilai tambah serta merangsang peningkatan keupayaan murid dan
guru. Memandangkan teknik ini memiliki keunikan tersendiri, saya berhasrat
untuk menyebarluaskan penggunaan teknik FASTer kepada khalayak umum.
Malah teknik ini sesuai diterapkan bagi subjek lain seperti Ekonomi Asas dan
Matematik.
Kata Kunci: Melakar dan memplot graf , titik pulang modal, didik hibur,
Perniagaan.
KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021
ABSTRAK
PEMBENTANGAN
PBL AKADEMIK
KIT SENYUM SIMPUL
oleh
WAN AHMAD FARIS BIN WAN AHMAD HAFIZ
MUHAMAD ZARIF ZAHIEN BIN ZAMRI
NUR ADRIANA IRDINA BINT MOHD GHANI
ALEESYA JAZMINE BINTI ABDULLAH
NORSUHANI BINTI SHAHRUDIN
ANIS NURSYAHIRAH BINTI ADDYHANIS
dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)
Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk mereka cipta produk
berkonsepkan permainan bahasa berasaskan penggunaan bahan buangan
yang merangkumi empat matlamat iaitu mereka cipta, menyelesaikan
masalah, menguasai kemahiran lisan dan mencapai keseronokan dalam
pembelajaran. Murid dikehendaki melengkapkan tugasan iaitu menghasilkan
projek permainan bahasa berasaskan penggunaan bahan kitar semula
secara sistematik. Murid juga perlu meyakinkan warga sekolah, ibu bapa dan
komuniti berkenaan kepentingan penguasaan kosa kata sekaligus memberi
kesedaran tentang penggunaan bahan buangan secara berhemah dalam
pembinaan produk “Kit Senyum Simpul”. Melalui konteks masa kini, murid
dapat menggalakkan setiap lapisan masyarakat tentang kepentingan
menguasai kosa kata terutamanya dalam komunikasi memandangkan
komunikasi merupakan wadah perhubungan dan penyampaian maklumat
dalam kehidupan seharian di samping menerapkan kesedaran tentang
kepentingan kitar semula dalam kehidupan. Justeru, pembinaan produk
berkonsepkan permainan bahasa mampu membantu murid mencapai
keseronokan dalam meningkatkan penguasaan kosa kata serta dapat
mengaplikasi pengurusan bahan buangan secara berhemah dalam
kehidupan. Hasil projek permainan bahasa ini akan digunakan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas serta dipamerkan di
sudut santai sekolah agar murid dapat mengkomersialkan nilai produk ini
kepada warga sekolah. Hasil projek dan persembahan akan dinilai
berdasarkan rubrik dan eviden proses pelaksanaan.
Soul Food
by
WAN AHMAD FARIS BIN WAN AHMAD HAFIZ
MUHAMAD ZARIF ZAHIEN BIN ZAMRI
NUR ADRIANA IRDINA BINT MOHD GHANI
ALEESYA JAZMINE BINTI ABDULLAH
En. Maheswaran A/L Muniandy
Pn Shuhelwa bt
from
SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)
Summary of the Project (based on G.R.A.S.P.S)
Many are suffering mentally, emotionally and also financially during this
pandemic. Hence, this project is aimed to help the underprivileged souls by
preparing soulful meals and delivering to them. The project doesn’t involves
any invention, but instead it aids the students involved to do their best to their
capacity to help those in needs. They are summoned to cook a collectively
agreed set meals and deliver to the local janitors nearby. On top of that,
Thank You cards will be created and passed to them to express our gratitude
over their contribution.
On academic lens, the project involves Speaking, Reading and Writing
elements. Most importantly, it has a noble cause, i.e to help those financially
underprivileged-lower skilled workers and to convey the message that we do
appreciate them, we respect them and their contribution is revered.
Also, it aligns with our National Education Philosophy (Falsah
Pendidkan Kebangsaan) which stresses on acquiring high moral standards
and promotes contribution to the society and nation. Besides, this project
hails values and character building that clearly stated in our pedagogical
principles of the curriculum.
As for the HOTS, the projects inculcates Applications, Evaluation
and Creation.