The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafzupsi, 2021-10-21 20:52:54

BUKU PROGRAM KONVENSYEN PUTRAJAYA TAHUN 2021

BUKU PROGRAM TERKINI 11

PENGAWETAN BUAH-BUAHAN - INOVASI DAN KREATIVITI MELESTARI
EKONOMI

oleh

MUHAMMAD AMIR AZIM BIN AG MOHD ISMAIL
MUHAMMAD ZUHDI BIN MAIZULANAM

MARSYA NUR QAISARAH BINTI MUHAMAD FITRI
SITI NUR MAWADDAH BINTI MOHD BASIL
NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL HALIM
NAZIRA BINTI MAHMOOD
dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(2)

Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid berperanan sebagai pencetus inovasi yang kreatif dalam menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna merangkumi empat matlamat iaitu
menginovasi, menyelesaikan masalah matematik dan menguasai kemahiran
lisan, tulisan dan teknologi maklumat. Disebabkan murid sering berdepan
kesukaran dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah,
pembelajaran menggunakan berasaskan projek dan kontekstual diyakini
dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna selaras
dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan
kemenjadian murid. Selain itu, warga sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu
diberi keyakinan bahawa pembelajaran sebegini merupakan salah satu
kaedah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pembelajaran
berasaskan projek untuk menguasai cabang-cabang ilmu di sekolah. Projek
ini juga dapat memberikan pendedahan awal kepada murid-murid tentang
dunia pekerjaan dan secara tidak langsung melahirkan modal insan yang
berdikari, kreatif, inovatif dan berwawasan.

Projek pengawetan makanan menggunakan kaedah penjerukan akan dijual
kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Justeru, kaedah promosi yang
bersesuaian membolehkan penyampaian maklumat dan pemasaran dilakukan
dengan lebih berkesan. Hasil projek dan persembahan akan dinilai
berdasarkan rubrik dan bukti proses pelaksanaan.

AUDIT AIR

oleh

TENGKU KHALIS BIN TENGKU KAMARULHISHAM
JOHAN NAZHAN BIN AZMAN

RUTHRAAPRABHAA A/P THINAHARAN
NURDINA ZAHRA ALYA BINTI SUZALANI

CIKGU JUMASIAH BINTI ARSHAD
CIKGU AZLIZA BINTI ALIAS
dari

SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)

Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberikan tugasan untuk menguji keberkesanan langkah-langkah
penjimatan air yang dijalankan di rumah masing-masing. Murid juga
menggunakan kemahiran proses sains untuk membandingkan kesan
pengurangan isipadu air di dalam tangki simbah ke atas penggunaan air
secara keseluruhan. Murid mengumpul data , merekod , menganalisis dan
mentafsir data. Data yang diperolehi akan dianalisis dan diproses. Murid akan
membuat persembahan secara lisan yang dirakamkan dalam bentuk video.
Murid akan berkongsi kaedah yang dipraktikkan dan keberkesanan
penggunaannya kepada ibu bapa dan komuniti sekolah. Kajian ini
menyokong penggunaan bahan kitar semula. Dalam keadaan masa kini,
warga sekolah berada di rumah masing-masing kerana masih PKP.
Pengunaan air isi rumah secara keseluruhan adalah melebihi daripada
kebiasaan. Penggunaan kaedah ini menonjolkan kemahiran murid secara
kolektif ,kreatif dan inovatif . Hasil kaedah dan persembahan akan dinilai
berdasarkan rubrik dan eviden proses pelaksanaan.

ARCA LED KONTEMPORARI

oleh

NURUL ATIQAH BINTI EDRI MULIZ
AYU ALEEYA BINTI SURYAMULYONO
AMANINA HUMAIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
AFIQAH RAUDHAH BINTI ABDUL RAHIM
CIKGU NOROL HASANA BINTI MOHAMAD RADZI

CIKGU MEYZI BINTI MOHD. YASIN
dari

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)

Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Pasukan PBL SMK Putrajaya Presint 9(1) merancang untuk melaksanakan
sebuah projek kolaborasi akademik dengan menggabungkan 4 buah mata
pelajaran iaitu RBT, PSV, Matematik, dan Sains. Guru sebagai mentor dan
murid sebagai pereka muda akan merangka dan menyusun idea bagi
menjayakan Projek Penghasilan Arca LED Kontemporari. Big Idea bagi
projek ini adalah “Cahaya Menyinari Kehidupan”. Guru-guru mata pelajaran
akan merungkai Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
seterusnya akan membuat perancangan RPH yang teliti. Murid-murid pula
akan menggunakan kaedah pemerhatian, kajian dan penerokaan dalam
menghasilkan produk mereka. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 5
minggu. Penetapan matlamat dan ringkasan projek adalah berdasarkan
G.R.A.S.P.S. Matlamat tugasan adalah untuk menghasilkan produk arca LED
kontemporari yang mesra alam berdasarkan gabungan kemahiran teknikal &
kreativiti yang boleh menjana pendapatan.Murid merupakan seorang pereka
cipta muda yang ditugaskan untuk mencipta arca berfungsi daripada bahan
terbuang untuk menjadi satu produk bermakna.Peminat-peminat arca &
pelancong.Bahan-bahan kitaran yang terdapat di sekitaran boleh dimanfaat
dengan baik menjadi satu produk berfungsi yang kreatif dan inovatif. Murid
dapat mencipta arca berfungsi menggunakan kemahiran teknikal sendiri dan
dapat mengurangkan kos pembelian.Menghasilkan produk yang berfungsi,
kreatif, sukar didapati dan mempunyai nilai komersial.

KEMBARA BUMI DAN ANGKASA

oleh

NURUL ATIQAH BINTI EDRI MULIZ
AYU ALEEYA BINTI SURYAMULYONO
AMANINA HUMAIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
AFIQAH RAUDHAH BINTI ABDUL RAHIM
CIKGU NOROL HASANA BINTI MOHAMAD RADZI

CIKGU MEYZI BINTI MOHD. YASIN
dari

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)
Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk menghasilkan satu Board
Games (papan permainan) secara dalam talian dengan menggunakan
pelbagai teknologi yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Projek ini merangkumi empat matlamat
iaitu mereka cipta, menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang
PdPR, menguasai kemahiran teknologi maklumat (IT) dan kemahiran
berkomunikasi. Murid dikehendaki melengkapkan tugasan dengan
menghasilkan Educational Board Games (Papan Permainan Pendidikan)
bagi mata pelajaran Sains bertemakan “Kembara Bumi dan Angkasa”
dengan menggunakan aplikasi yang bersesuaian dan aplikasi SCRATCH
iaitu salah satu kemahiran dalam mata pelajaran TMK Tahun 6 dan RBT
Tahun 4 dan Tahun 5 . Melalui Board Games ini, murid akan
mengenengahkan subjek Sains untuk membantu penguasaan murid dalam
topik ‘Bumi dan Angkasa’ dengan cara yang menyeronokkan iaitu dengan
menggunakan Board Games dalam talian. Seperti yang kita sedia maklum,
murid kini terdedah dengan pelbagai teknologi dan IT. Projek ini sangat
bersesuaian kerana murid dapat menguasai subjek Sains mengikut trend
semasa. Penggunaan teknologi secara interaktif dapat menonjolkan
kemahiran murid secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan Board
Games. Seterusnya, dapat meningkatkan minat murid untuk menguasai
subjek Sains khasnya bagi topik ‘Bumi dan Angkasa’ dengan berkesan dan
menyeronokkan. Murid juga akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam penghasilan projek dan penulisan laporan.
Subjek Matematik pula digunakan dalam penggunaan dadu di dalam
Board Games dan semasa membuat analisis sepanjang projek dijalankan.
Murid perlu menyebar luas penggunaan hasil ciptaan mereka bagi
mengoptimumkan keberkesanan projek. Keberkesanan hasil projek akan
dinilai berdasarkan rubrik dan eviden sepanjang proses pelaksanaan.

PROJEK POLIMER UNTUK SELAMATKAN ALAM SEKITAR
(PUSAS)
oleh

RAJA UMAIRAH BINTI RAJA YAHYA EFFENDI
MUHAMMAD IYYAD ISKANDAR BIN MOHD YUSRI

HANIS FARZANA BINTI ZAINAL
MUHAMMAD AFEEQ ZIKRI BIN ZAINAL ALHAKAB

CIKGU MARLINA BINTI MOHAMED
CIKGU ROHAITINA BINTI ANANG

dari
SMK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk mereka cipta produk
berunsur kitar semula (bahan berasaskan polimer) yang merangkumi
empat matlamat iaitu mereka cipta, menyelesaikan masalah, menguasai
kemahiran lisan dan bertulis. Murid dikehendaki melengkapkan tugasan
iaitu menghasilkan projek kitar semula menggunakan bahan berasaskan
polimer di dalam Pembelajaran Berasaskan Projek atau Project-Based
Learning (PBL). Murid juga perlu meyakinkan warga sekolah, ibu bapa
atau komuniti berkenaan kepentingan penggunaan bahan secara
berhemah dalam pembinaan produk kitar semula dari bahan berasas
polimer. Dalam konteks masa kini, murid dapat menggalakkan orang
ramai untuk memberi kesedaran tentang kepentingan amalan kitar
semula dalam kehidupan khususnya pada bumi kita. Penggunaan bahan
secara berhemah dapat menonjolkan kemahiran murid secara kreatif dan
inovatif dalam penghasilan produk. Justeru, pembinaan produk
berasaskan kitar semula mampu membantu murid dalam mengguna
pakai bahan kitar semula secara berhemah dan sistematik. Hasil projek
kitar semula akan dipamerkan di sekolah dan boleh digunakan di rumah
atau di sekolah. Murid-murid dapat menyampaikan maklumat kepada
warga sekolah tentang produk yang dihasilkan melalui pembentangan.
Hasil projek dan persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden
proses pelaksanaan.

AKSESORI LELAKI ATAU WANITA
oleh

ISMA HAYATI BINTI MOHD HELMI
SARAH IMAN IZZATY BINTI AHMAD FATHULAH

HASYA SYAHIRA BINTI AHMAD HAFIZEE
ALIA HUSNA BINTI MOHD HAFIZ
CIKGU ZURAINI BINTI ZAIDIN

CIKGU FARIZZAH BINTI MOHD RAZALI
dari

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid berperanan sebagai pereka aksesori dengan menggunakan bahan
terbuang. Matlamat utama adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran mereka bentuk aksesori, kemahiran melakar,
kemahiran mengukur mengikut saiz pemakai dan kemahiran
menyampaikan maklumat. Kreativiti mengitar semula boleh menjana idea
kreatif penggunaan barang terbuang yang dikitar semula menjadi satu
aksesori. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan
mengurangkan pembaziran penggunaan sumber semulajadi. Justeru
penghasilan aksesori lelaki atau wanita berasaskan bahan kitar semula,
mampu membantu murid dalam mengguna pakai bahan kitar semula
secara berhemah dan sistematik. Aksesori daripada bahan kitar semula
akan dijual dan dipamerkan di sekolah.
Perkara ini, membolehkan murid menyampaikan maklumat kepada warga
sekolah hasil projek kitar semula melalui kumpulan. Hasil projek dan
persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan bukti proses
pelaksanaan

PROJEK LARUTAN EKOENZIM
oleh

MUHAMMAD FARHAT DANIAL BIN AHMAD FARIZAL
IKHWAN NAZRAN BIN AMIRRUDIN

MOHAMAD RIF’AT BIN MOHAMAD HUSAINI
IRFFAN ISKANDAR BIN HELMI

CIKGU CHE MARINA BINTI IBRAHIM (PENOLONG KANAN)
CIKGU NORYAZILAWATI BINTI YAAKUB (SAINS)

CIKGU NIK NORALHUDA NIK MOHAMED (MATEMATIK)
CIKGU FADZIANA BINTI FADHIL (BAHASA INGGERIS)
CIKGU ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM (BAHASA MELAYU)

dari
SMK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid memainkan peranan penting sebagai pereka cipta untuk menghasilkan
sebatian larutan ekoenzim menggunakan bahan buangan daripada sisa
buah-buahan dan sisa sayur-sayuran. Terdapat empat matlamat utama
dalam penghasilan larutan ekoenzim iaitu mereka cipta, menyelesaikan
masalah, menguasai kemahiran lisan dan kemahiran bertulis. Oleh yang
demikian, murid perlu meyakinkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti
berkenaan manfaat penggunaan larutan ekoenzim yang banyak memberi
kebaikan terutamanya dalam bidang pertanian dari segi sifatnya yang mesra
alam dan menjadi perlindungan kepada alam sekitar. Selain itu, ekoenzim
juga dapat menjadi bahan pembersih secara semula jadi. Secara tidak
langsung, penggunaan bahan pembersih atau pencuci komersial dapat
dikurangkan. Di samping itu, murid dapat memberi kesedaran kepada orang
ramai tentang kepentingan pengurusan bahan buangan daripada sisa
buah-buahan dan sisa sayur-sayuran. Sekali gus, cara ini dapat
mengurangkan dan meminimumkan bahan buangan tersebut. Seterusnya,
pengurusan bahan buangan secara sistematik dapat menonjolkan
kemahiran murid secara kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk
larutan ekoenzim. Justeru, dengan penghasilan larutan ekoenzim
berasaskan sisa buah-buahan dan sisa sayur-sayuran dapat membantu
murid dalam menguruskan sisa buangan secara berhemah. Hasil produk
larutan ekoenzim akan dijual dan dipamerkan di sekolah serta murid dapat
menyampaikan maklumat kepada warga sekolah tentang kelebihan produk
yang dihasilkan melalui pembentangan kumpulan. Hasil projek dan
persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses
pelaksanaan.

KOTAK INSPIRASI
oleh

SITI MAWADDAH BT SAEDIN
NURAINA BATRISYA BINTI MOHD YUSRUL

HARITH FAHIM BIN FAIROL AFDZAL
AHMAD ADEEB HANIF BIN ABDUL KAHAR

CIKGU NORHASLINA BINTI MORAD
CIKGU SITI DZALINA BINTI ABD WAHAB

CIKGU AZLAN BIN JALI
CIKGU NORAINI BINTI PUTEH

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 8(3)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk mereka cipta produk
bertajuk Kotak Inspirasi yang kreatif dan inovatif serta merangkumi empat
matlamat utama iaitu mereka cipta, menyelesaikan masalah, menguasai
kemahiran lisan dan bertulis. Produk ini berfungsi seperti one stop centre
dengan menyediakan kemudahan seperti vocabulary dan picture bagi
aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris. Murid perlu meyakinkan warga
sekolah dan ibu bapa berkenaan kepentingan penggunaan Kotak Inspirasi
yang aktif dan hands on dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris
seperti speaking dan writing. Secara umumnya telah diketahui bahawa
kanak-kanak lebih suka aktiviti pembelajaran dijalankan secara aktif dan
hands on.Terdapat pelbagai bahan pembelajaran dalam pasaran pada
masa kini yang sesuai untuk diguna pakai bagi mengatasi masalah ini,
namun agak mahal. Oleh itu, murid perlu menghasilkan satu produk yang
murah, menarik, kreatif dan inovatif serta dapat digunakan secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran. Kotak Inspirasi yang efektif dan menarik ini
akan diguna pakai bagi aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris serta dapat
juga diaplikasi dalam aktiviti subjek lain secara aktif. Produk ini akan
dipamerkan di sekolah di samping murid dapat menyampaikan maklumat
kepada warga sekolah tentang produk yang dihasilkan melalui
pembentangan kumpulan. Hasil projek dan persembahan akan dinilai
berdasarkan rubrik dan eviden proses pelaksanaan

PENGHALAU NYAMUK MUDAH ALIH NATURAL (PeNyaMAN)
oleh

ROHAYU BINTI MUHAMMAD ISHAR
AMIRAH NABILAH BINTI MOHD IZHAR
PUTERI AFRINA BINTI SHAHIZUZINNI

NUR SABRINA BINTI KASIM
CIKGU ROSLAN BIN YAAKUB
CIKGU SHAFARAHANIM BINTI HARUDDIN

dari
SMKA PUTRAJAYA
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Produk Penghalau Nyamuk Mudah Alih Natural (PeNyaMAN) dicipta
bertujuan membantu ahli perkhemahan yang seringkali berhadapan
dengan gangguan nyamuk ketika berkhemah. Produk ini menggabungkan
penciptaan mesin peresap (diffuser) mudah alih dan ekstrak pati kulit
limau. Mesin peresap (diffuser) mudah alih yang berupaya menghasilkan
proses pengewapan ini dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan
yang dikitar semula iaitu botol terpakai dan dilengkapi dengan litar elektrik.
Penggunaan bekalan kuasa elektrik berasaskan solar merupakan suatu
produk mesra alam dan merupakan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui. Manakala ekstraknya pula dihasilkan daripada kulit limau
yang telah dibuang sebagai bahan utama agar dapat dimanfaatkan
semula. Produk ini menjadi alternatif kepada penyembur serangga dan
penggunaan krim anti nyamuk yang seringkali menjadi pilihan pada masa
ini disebabkan kandungannya yang mesra alami tanpa bahan kimia yang
berbahaya. Produk sedia ada yang ditambahbaik ini hanya melibatkan kos
yang rendah kerana sebahagian besarnya menggunakan bahan kitar
semula yang sedia ada. Produk ini juga sesuai digunakan di mana-mana
dan bila-bila masa sahaja.

MY DREAM CITY – SMART CITY
oleh

MUHAMMAD HAZEEQ BIN MOHD HAZLEE
AARIQ IMAAN BIN MOHD SYAMSUL ANWAR
IMAN SHAFEEQ BIN MOHD KHAIRULNIZAM

SURI NURADELIA BINTI MOHD KHAIRUL
CIKGU NORAIDAH BINTI KOSNON
CIKGU NURUL BINTI NORDIN
dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Pencemaran boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada
manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera. Murid sering bertanya, "Bagaimana kita dapat
mengurangkan tahap pencemaran udara di bandar kita?”. Jawapannya, “My
Dream City”. Menekankan pentingnya bandar terancang yang berkonsepkan
menjaga kelestarian alam sekitar dan udara. Murid membina model My
Dream City - Smart City. Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk
mereka cipta bandar idaman yang mempunyai prasarana yang lengkap,
canggih dan menekankan aspek kelestarian alam sekitar. Murid dikehendaki
melaksanakan tugasan dengan menghasilkan projek My Dream City dengan
menggunakan imaginasi, menjalankan penyelidikan, merancang dan
membina bandar impian yang menghasilkan penemuan dan penyelesaian
yang inovatif. Dalam konteks masa kini, murid dapat menggalakkan
masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan kesedaran tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dalam kehidupan khususnya kepada
bumi kita. Hasil projek My Dream City -Smart City akan dipamerkan di
sekolah dan media sosial rasmi sekolah dalam usaha meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah serta membuka minda
warga sekolah akan bandar terancang masa hadapan yang canggih,
berteknologi terkini serta mementingkan kelestarian alam. Murid akan
menjelaskan penemuan mereka dalam bentuk persembahan video ringkas
mengenai bandar idaman mereka. Hasil projek dan persembahan akan
dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses pelaksanaan.

PORTABLE MASK DISPENSER

oleh
Muhammad Hanif bin zakaria
Anna Nur Nayli binti Muhammad Nur Hakimi
Nur Qaseh Raudhah bt Mohd Faizal
Nur Damya Al-Aisy Binti Mohd Noor Effendy
CIKGU RUSLALIZA BINTI DARUS
CIKGU MOHD NOOR AFFENDI BIN KAMARUZZAMAN
CIKGU NORAZANA BT MAT DIN
CIKGU INTAN KHAZIAH IZURA BINTI ZULKIFLI

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Umum menyedari bahawa kehadiran pandemik Covid-19 telah memberi
impak besar dalam kehidupan setiap lapisan masyarakat. Dalam
penyesuaian normal baharu yang perlu dilalui, beberapa aspek perlu
diperbaiki agar kita semua bersedia memastikan penularan rantaian virus
ini dapat diputuskan. Murid diberi kepercayaan untuk menyelesaikan
permasalahan tertinggal pelitup muka dan memastikan pelitup muka dapat
disimpan dengan baik sebelum digunakan jika perlu menukar pelitup muka
yang telah melebihi 4 jam penggunaannya. Murid turut diberi kesedaran
dalam penggunaan bahan kitar semula dalam ciptaan mereka secara
kreatif dan inovatif. Selain menangani isu yang dikesan, murid turut
memastikan produk yang dikeluarkan adalah mesra pengguna,
mengutamakan kebersihan, melibatkan kos yang rendah, dan menarik.
Pastinya apabila produk ini dipersembahkan akan berjaya memancing
perhatian warga sekolah, ibubapa dan komuniti. Malah Portable Mask
Dispenser ini tentunya sesuai untuk dipasarkan menandingi mask
dispenser yang sedia ada di pasaran sekarang. Hasil projek dan
persembahan produk adalah selari dengan rubrik dan evidens proses
pelaksanaan yang telah ditetapkan

EZ KOMPOS
oleh

MOHAMAD FARIQ HAIKAL BIN MOHD FIRDAUS
MUHAMMAD HAZIM BIN SYAMSUL KAMAL
MUHAMMAD ZAKWAN BIN ABDUL HAYI
MUHAMMAD ISYRAF HAKIMIN BIN MAZLAN
CIKGU JEEVA A/L MANOHARAN
CIKGU HASLINA BINTI ISMAIL
dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Projek ini melibatkan pembelajaran sepanjang hayat dimana murid
didedahkan dengan pendidikan alam semulajadi, penggunaan bahan kitar
semula dan menyemai semangat cintakan alam sekitar. Teras utama
projek ini adalah penghasilan baja kompos daripada bahan buangan sisa
makanan spesifiknya sisa buah-buahan dan sayur-sayuran. Baja kompos
ini akan digunakan untuk menyuburkan tanah dan tumbuhan yang terdapat
di sekolah dan kediaman. Secara tidak langsung, kawasan hijau sekolah
akan bertambah. Suasana pembelajaran akan lebih baik dan ianya akan
mempengaruhi pembelajaran murid di sekolah. Dalam konteks masa kini,
murid dapat menggalakkan warga sekolah, ibu bapa atau komuniti yang
berkenaan kepentingan kitar semula dalam kehidupan khususnya kepada
bumi kita. Hasil projek dan persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik
dan evidens proses pelaksanaan.

BERSIHKAH TANGANKU?
oleh

ZARA SOFEA BINTI HUSSAIN
SITI NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD RUSHD FAIZAL

MUHAMMAD A'TIF RIFQI BIN MOHD ZAINI
MUHAMMAD DANIAL AIMAN BIN MUHAMMAD FAIRUZ

CIKGU NORAZLINA BINTI AHMAD
CIKGU JAILANI BIN MOHD YUSOFF

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai penyelidik untuk mengesan kewujudan
bakteria di atas pelbagai permukaan dengan melaksanakan satu
eksperimen. Murid mengumpulkan hasil pemerhatian dan melakukan
penambahbaikan untuk menghasilkan produk kit penyiasatan. Kesemua
hasil pemerhatian ini dapat membantu murid memberikan maklumat yang
lebih tepat dalam kempen kesedaran untuk meyakinkan warga sekolah,
ibu bapa dan komuniti tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri
terutamanya cara membasuh tangan dengan betul. Dewasa ini, penularan
penyakit berjangkit melalui mikroorganisma amat membimbangkan.
Melalui kesedaran bahawa mikroorganisma benar-benar wujud dan
membiak walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar akan melahirkan
masyarakat lebih peka dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran.
Maka, persoalan ‘Bersihkah tanganku’ akan menjadi amalan dan rutin
dalam kehidupan harian. Selain itu, minat terhadap bidang penyelidikan
dan STEM dapat dipupuk melalui penggunaan kit penyiasatan yang
dihasilkan. Kit penyiasatan mikroorganisma terdiri daripada serbuk
agar-agar, bekas plastik bertutup, pembalut hadiah lutcahaya (biru), putik
kapas, sarung tangan, jadual pemerhatian, kotak kecil penyiasatan dan
kotak penyimpanan bahan-bahan. Kit penyiasatan dengan harga mampu
milik ini lengkap dengan manual panduan yang mudah difahami. Aktiviti
penyiasatan boleh dilakukan di rumah sesuai dengan saranan
Kementerian Kesihatan Malaysia. Hasil projek dan persembahan akan
dinilai berdasarkan rubrik dan bukti proses pelaksanaan

HEALTHI-FY RECIPE E-BOOK
oleh

WAN NUR DHIA QAISARA BINTI WAN MAZRUN
MUHAMMAD ADIB ZAKWAN BIN MOHD SALFARIZAN

QISTINA YASMIN BINTI ABDUL HALIM
QISTINA NABIHAH BINTI ZAINUL ABIDIN
CIKGU SOFFEATUL RAUNAQIAH BINTI MOHAMAD RAHIM

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Masalah yang ingin diatasi di dalam projek ini adalah gaya pemakanan

yang tidak sihat. Melalui kaedah sumbangsaran bersama murid terlibat,

gaya pemakanan yang tidak sihat acapkali berlaku kerana murid tidak

tahu akan alternatif yang ada kepada makanan-makanan kegemaran

mereka. Dengan itu, murid diberi peranan sebagai penulis buku resepi

(e-book) yang dilengkapi dengan ciri video (diselitkan melalui QR Code).

Buku resepi berkenaan adalah kompilasi resepi sihat yang dibina sendiri

murid. Resepi yang dimasukkan adalah resepi-resepi yang telah diolah

untuk menjadi versi yang lebih sihat. Sasaran audien adalah warga

sekolah, ibu bapa, rakan sekolah dan komuniti yang kesemuanya ada

menghadapi masalah seperti yang disebut. Ia juga merupakan “global

issue”. Dengan wujudnya kompilasi resepi sihat yang dilengkapi video, ia

menjadi rujukan mudah buat individu-individu yang ingin terampil lebih

sihat. Dalam konteks masa kini, murid dapat menggalakkan orang ramai

untuk memberi kesedaran tentang kepentingan gaya pemakanan yang

sihat. Ciri QR Code yang dimasukkan membezakan buku resepi ini

dengan buku resepi yang banyak wujud di pasaran. Hasil projek akan

dijual dan dipamerkan di sekolah di samping murid dapat

menyampaikan maklumat kepada warga sekolah tentang produk yang

dihasilkan melalui pembentangan kumpulan. Hasil projek dan

persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses

pelaksanaan.

BUNGA ORKID DAN BUNGA TULIP HIASAN PENTAS PENGUCAPAN
AWAM
oleh

Nuramira Natasha bt Mueez
Afreen Zafirah bt Mohd Zeidy
Nurul Wahidatul Shahida Natasha bt Norhashimi
Nur Irdina Insyirah bt Abdul Rahim
CIKGU Nur Zalilah bt Mohamad Mazli

CIKGU Isramimi bt Ishak
dari

SMK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Kemajuan teknologi dan pembangunan secara holistik pada masa kini
banyak memudahkan dan mempercepat pelbagai urusan manusia. Namun,
kemajuan teknologi juga membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar.
Sebagai contoh, penggunaan kenderaan bermotor telah menyebabkan
pencemaran udara dan akan menyebabkan peningkatan isu kesihatan
terhadap manusia. Pembuangan sisa pepejal yang berlaku saban hari juga
menyebabkan lambakan sampah ditapak pelupusan sampah. Hal ini perlu
kita sedari dari seawal usia untuk mengamalkan kitar semula bahan/sisa
pepejal dengan menjadikan ia kepada sesuatu produk yang berguna
(upcycle). Oleh itu, kita haruslah sedar tentang hakikat yang berlaku
terhadap alam sekitar ketika ini dan mengamalkan sistem dan budaya kitar
semula. Memupuk budaya kitar semula dari rumah dan menanam pemikiran
kreatif dibangku sekolah membolehkan tercipta produk yang bermanfaat
daripada bahan kitar semula.

Kita hendaklah bersama-sama menjaga kesejahteraan ekosistem di Bumi
supaya segala jenis flora dan fauna dapat terus hidup dengan sejahtera.
Menjaga alam sekitar merupakan perkara yang penting kerana ianya dapat
mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar atau habitat, mengurangkan
pengeluaran karbon atau pemanasan global, meningkatkan tahap kesihatan
dan kehidupan manusia dan menjimatkan penggunaan sumber asli negara
dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu. Melalui kitar semula
dan ‘upcycle’ sesuatu sisa, kita sedikit sebanyak telah menyumbang kepada
kelestarian alam. Hasil daripada bahan buangan telah menjadi produk
baharu dan memberi nilai tambah serta keceriaan pada pentas sekolah. Hal
ini sekaligus mengurangkan kos membeli bunga hiasan dikedai. Hasil kerja
tangan dan kreativiti murid juga terpancar dengan gah dipentas sekolah
dalam merealisasikan kemenjadian murid. Budaya amalkan kitar semula
dan ‘upcycle’ perlu diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar Bumi ini
dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

FERMENTASI
oleh

ZUREEN SAJEDA BINTI HASBULLAH
NUREEN FASIHAH BINTI AINUL YUZAIRI
NUR HIDAYAH HUSNA BINTI SHARPENDI

NUR ALIYAH BINTI RAMZI
CIKGU ROSAMFALTILZULTI BINTI SAMIRAN
CIKGU INTAN ASYIKIN BINTI ZULKARNAIN

dari
SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai tukang pembuat roti atau chef untuk
menghasilkan produk makanan yang merangkumi empat matlamat iaitu
menghasilkan produk yang berkualiti, kreatif, kritis dan menguasai
kemahiran lisan serta bertulis. Murid dikehendaki melengkapkan tugasan
dengan mengaplikasikan konsep fermentasi yang telah dipelajari dengan
menghasilkan produk makanan. Murid juga perlu meyakinkan warga
sekolah, ibu bapa atau komuniti berkenaan kepentingan ilmu bahawa
mikroorganisma juga mendatangkan faedah dengan cara mengaplikasikan
konsep fermentasi yang telah dipelajari untuk menghasilkan produk
makanan seperti donut. Dalam konteks masa kini, murid dapat
menggalakkan orang ramai untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang
kepentingan mikroorganisma berfaedah dan juga proses fermentasi atau
penapaian dalam penghasilan produk makanan. Pembuatan donut yang
beraneka warna dan rasa dapat menonjolkan kemahiran murid secara
kreatif dan inovatif dalam penghasilan projek. Produk makanan yang
dihasilkan akan dijual dan dipamerkan di sekolah di samping murid dapat
menyampaikan maklumat kepada warga sekolah tentang produk yang
dihasilkan melalui pembentangan kumpulan. Hasil projek dan
persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses
pelaksanaan

EVA SMART BIN
oleh

MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD RIZAL
MUHAMMAD ADAM FAHMEY BIN MOHD FAIZUL

H NUR UMAIRAH BT NOR HISHAM
MUHAMMAD AFEEQ ZIKRI BIN ZAINAL ALHAKAB

CIKGU NORINA BT MOHD NOR
CIKGU NORZURAINI BINTI ZULKIFLI
CIKGU NORZURAINI BINTI ZULKIFLI
YBRS DR NOR HISHAM BIN ISMAIL

dari
SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Situasi pandemik Covid 19 yang melanda negara dan dunia menyebabkan
semua rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka bagi
mengurangkan risiko penularan wabak tersebut. Namun, timbul masalah
lambakan pelitup muka jika tidak dibuang secara betul. Pembuangan
pelitup muka yang tercemar bersama sisa-sisa domestik yang lain akan
meningkatkan risiko penularan virus dan patogen lain yang mungkin
terubah suai menjadi varian baru yang lebih berbahaya. Ia juga
mendatangkan masalah kepada alam sekitar, mengancam keselamatan
haiwan seperti burung, monyet dan hidupan akuatik serta merosakkan
pemandangan yang menarik. Seterusnya, meningkatkan kos
penyelenggaraan kerja-kerja membersih kawasan tercemar. Murid
diberikan tugasan untuk mereka cipta produk untuk membuang pelitup
muka terpakai bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar dan wabak
penyakit dengan menerapkan kemahiran STEM serta bercirikan Teknologi
Hijau. Mereka perlu meyakinkan orang ramai kepentingan pembuangan
pelitup muka secara betul dan sistematik terhadap kesejahteraan alam
sekitar, kesihatan dan keselamatan manusia. Hasil projek dan
persembahan murid akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses
pelaksanaan.

ALESKET E2
oleh

ANIS NURAISYA BINTI MUHAMMAD DANIAL
MUHAMMAD HAZIM BIN MUKHIZAM
AMIR HAMZAH BIN MOHD HAFIZ

ANDRIANA BALQIS BINTI MUHAMMAD HARITHS ANDREW
CIKGU MAZNAH BINTI STAR
CIKGU NUR HUDA BINTI SAIM
dari

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk menghasilkan produk
berunsur kitar semula yang merangkumi empat matlamat iaitu mereka
cipta, menyelesaikan masalah, menguasai kemahiran lisan dan bertulis.
Murid dikehendaki melengkapkan tugasan iaitu menghasilkan projek
teknologi hijau. Murid juga perlu meyakinkan warga sekolah, ibu bapa atau
komuniti berkenaan kepentingan penggunaan bahan secara berhemah
dalam pembinaan produk yang berasaskan bahan kitar semula iaitu alat
sanitasi automatik. Dalam konteks masa kini, dalam fenomena pandemik
yang semakin meruncing, keperluan alat sanitasi sentiasa diperlukan di
mana-mana sahaja. Murid dapat menghasilkan projek yang bersesuaian
dengan fenomena pandemik semasa dengan hanya menggunakan bahan
kitar semula sebagai asas penghasilan produk. Murid diberi kesedaran
tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian disamping
menjaga kesihatan diri dalam fenomena pandemik yang kian meruncing.
Penggunaan bahan secara berhemah dapat menonjolkan kemahiran murid
secara kreatif dan inovatif. Pelajar dapat membina produk berasaskan
teknologi hijau yang mampu menggalakkan murid dalam mengguna pakai
bahan kitar semula secara berhemah dan sistematik sekaligus dapat
membantu mengekang penularan wabak penyakit Covid-19. Hasil projek
kitar semula akan dijual dan dipamerkan di sekolah. Selain itu, murid dapat
menyampaikan maklumat kepada warga sekolah tentang produk yang
dihasilkan melalui pembentangan kumpulan. Hasil projek dan
persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses
pelaksanaan.

SISTEM PENYIRAMAN SENDIRI- ORGANIK (SPES-O)
oleh

AHMAD SAQIF BIN AHMAD TARMIZI
FAITH ZIKRAA BINTI MOHAMED SYAHFIZAN

AUNI ZAHIRAH BINTI AHMAD TARMIZI
MUHAMMAD FAHIM BIN SAIFULLIZAN
CIKGU NORASHIKIN BINTI MOHD NORDIN
CIKGU SITI ZARINA BINTI MD ISRARY

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Matlamat tugasan ini adalah untuk menghasilkan satu produk teknologi
hijau berkonsepkan bahan guna semula iaitu penggunaan semula bahan
terpakai. Guna semula boleh membantu menjimatkan masa, wang, tenaga
dan sumber. Murid berperanan sebagai pereka cipta produk berasaskan
penggunaan pakai bahan guna semula secara berhemah dan sistematik.
Sasaran audien bagi projek ini adalah warga sekolah, ibu bapa dan
komuniti yang telah mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga
alam sekitar dalam kehidupan. Taman Sains SK Putrajaya Presint 8(1)
mempunyai pelbagai jenis tanaman. Didapati tanaman- tanaman tersebut
layu dan mati kerana tiada pengawasan pada cuti penggal. Selain itu,
pokok juga didapati mudah dijangkiti penyakit dan diserang makhluk
perosak. Untuk mengatasi masalah ini, pasukan kami telah mengambil
langkah menggunakan satu kaedah yang murah, kalis denggi, praktikal,
organik dan mudah diselenggarakan dengan mengoptimumkan
penggunaan bahan guna semula. Sistem Penyiraman Sendiri-Organik
(SPES-O) merupakan satu inovasi dan aplikasi teknologi yang dicipta amat
berguna kepada orang ramai bagi membantu mereka yang sibuk, kurang
mahir berkebun dan kekurangan kawasan tanah. Pasukan kami
mengintegrasikan pengetahuan-pengetahuan Sains, Matematik,
Rekabentuk Teknologi dan elemen kemahiran dalam matapelajaran
Bahasa Malaysia dalam menghasilkan SPES-O. Dengan adanya SPES-O
ini, tanaman tidak akan layu atau mati disebabkan kekurangan air. Sistem
penanaman pokok di dalam takungan ini dapat membekalkan air secara
sendiri tanpa perlu penyiraman yang kerap. Hasil projek dan persembahan
akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses pelaksanaan.

SIGNALTON 1M
oleh

MUHAMMAD AZIMUDDIN BIN BAHRUL SHAH
SITI AISYAH BINTI MUHAMAD NORAZAM
NAUFAL ADAM BIN MUHAMAD RUZAINI
M AYN QISTINA BINTI AHMAD RIZA
CIKGU NOR HAZWANI BINTI MAT ISA
CIKGU ALHANA BINTI AWANG
dari

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk menghasilkan suatu
produk yang berunsur inovasi merangkumi beberapa proses kerja seperti
melakar, mereka cipta, menyelesaikan masalah serta menguasai
kemahiran lisan dan menulis. Dalam konteks masa kini, berikutan
pandemik COVID-19 yang semakin serius melanda dunia termasuk negara
kita, seluruh rakyat telah diarahkan supaya mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) bagi membendung penularan wabak berbahaya ini. Meninjau situasi
di sekolah, kebanyakan murid sukar mendisiplinkan diri untuk melakukan
penjarakan fizikal sesama mereka. Maka tercetuslah idea daripada
kumpulan kami untuk menghasilkan suatu produk yang dapat memberi
peringatan kepada murid agar mematuhi SOP penjarakan fizikal.
Perbincangan dan percambahan idea bersama-sama guru penasihat
berjalan lancar melalui google meet bagi mengembangkan idea ini kepada
suatu produk yang boleh dimanfaatkan. Kami berperanan sebagai pereka
cipta produk yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta peka kepada
keadaan semasa. Sentiasa berusaha dan bertanggungjawab menyumbang
idea dan tenaga ke arah mengekalkan kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan negara tercinta. Matlamat tugasan ini adalah untuk
menghasilkan satu inovasi produk yang bernilai tambah berasaskan produk
sedia ada. Manakala sasaran audien yang utama ialah warga SMAPUTRA,
ibu bapa serta komuniti yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 dan Varian
Delta, virus terkini yang lebih berbahaya. Statistik menunjukkan
peningkatan drastik mencecah lebih dua puluh ribu kes sehari
mengakibatkan kehidupan harian kita kian terkesan.

Menyedari fenomena yang kian membimbangkan ini, kumpulan kami
bersepakat untuk menghasilkan satu produk yang dapat membantu
memberi peringatan khasnya kepada murid sekolah supaya akur SOP
ketetapan KKM. Produk Reka cipta kami yang dinamakan SIGNALTON
1M. Produk ini dihasilkan daripada inovasi pengunaan Arduino UNO,
peranti penderia jarak, pembaz dan komponen-komponen elektronik yang
lain. Produk ini merupakan satu alat inovasi yang sesuai digunakan pada
setiap masa dan berimpak tinggi kerana secara automatik akan berfungsi
iaitu berbunyi apabila pemakai berada kurang 1 meter daripada orang
yang berada di hadapannya. Penggunaan yang konsisten dapat
memastikan pematuhan penjarakan fizikal dalam kalangan murid dapat
dicapai secara optimum. Oleh itu, kami yakin dan optimis SIGNALTON
1M; produk jimat kos, menarik, ringan, mudah dan selamat digunakan
berupaya membudayakan amalan penjarakan fizikal, sekali gus
membantu usaha memutuskan rangkaian COVID-19 di negara kita.

CLEAN & GLEE
oleh

AINA ALEESYA BINTI MOHD FAIRUZ
ADAM IRFAN BIN SYARIZAN NOORUL KHAIRI

SARA AFIQAH BINTI NOR HAFIZ
SYED MUHAMMAD HILMAN BIN SYED MOHD KAMAL

CIKGU MAHESWARAN A/L MUNIANDY
CIKGU SHUHELWA BINTI ARSHAD
dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)

Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

The honourable Director of World Health Organisation has announced
Corona that was choking (is still) the world as pandemic on 11th March
2020. After assessing the outbreak closely by the alarming level and the
severity to one’s health, the director has officially characterized the
Covid-19 as pandemic. The same organisation through its website is
actively spreading the awareness and educating the public on
precautionary apparatus that one ought to take to save ourselves from the
disease. One of the safety precautions that WHO lauds is to regularly use
hand sanitizer to wipe off Covid-19 that causes Corona.

Hence, we believe that hand sanitizer is utterly important and has
already became a mandatory customary practice when we enter and exit
any premises. A sheer observation in local malls and convenient shops
reveals that these hand sanitizers are not cheap. Their prices are ranging
from RM.5.00 to 25.00 per 50ml. This is insanity as those people from
financially lower strata not able to buy these hand sanitizers as they are
not cheap. As its repercussion, the flout the Covid-19 safety
measurement, i.e to sanitizer their hand, resulting a sudden quantum of
leap in Covid-19 cases in Malaysia. Thus, we as concerned souls have
decided to create a cheap, an affordable and can-be made-at home hand
sanitizer. With this, those financially struggling groups only have to spend
less than RM50.00 for 1litre hand sanitizer which estimated to last for at
least a few months. That’s means a small bottle of our hand sanitizer costs
just RM1.00. This is purely for a noble cause to help those financially
affected groups amidst this pandemic.

On academic lens, the project involves Speaking, Reading and Writing
elements. Most importantly, it has a noble cause, i.e to help those financially
underprivileged-lower skilled workers and to convey the message that we do
appreciate them, we respect them and their contribution is revered. Also, it
aligns with our National Education Philosophy (Falsah Pendidkan
Kebangsaan) which stresses on acquiring high moral standards and promotes
contribution to the society and nation. Besides, this project hails values and
character building that clearly stated in our pedagogical principles of the
curriculum.

LORI RFC (LEFTOVER RICE AND RECYCLE FOOD CONTAINERS)

oleh
MUHAMMAD HAZIM ZAFRAN BIN HANIF
MUHAMMAD RAYYAN RIZQIN BIN AHMAD FITRI
RAYYAN IRSYAD BIN MOHD AMIRUL NAIM
MUHAMAD ATIQ QAYYUM BIN MOHD AHSRULL

CIKGU YUSMARINA BINTI YUM
CIKGU CIK AMIRA BINTI ABDULLAH

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan sebagai pereka cipta untuk mereka cipta produk
berunsur kitar semula yang merangkumi empat matlamat iaitu mereka
cipta, menyelesaikan masalah, menguasai kemahiran lisan, bertulis,
mengira dan menaakul. Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
ini, murid akan melaksanakan tugasan dengan menghasilkan bekas
makanan yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Kemudian, bekas
makanan tersebut akan diisi dengan produk makanan yang sihat dan
berkhasiat yang dihasilkan daripada lebihan nasi sebagai bekalan ke
sekolah sempena kempen membawa bekalan sendiri disebabkan oleh
pendamik Covid 19. Melalui penghasilan produk ini, murid perlu
meyakinkan rakan-rakan, warga sekolah, ibu bapa atau komuniti tentang
kepentingan mengoptimumkan amalan kitar semula bahan makanan atau
bukan makanan dalam kehidupan seharian. Perancangan yang baik dan
penggunaan bahan secara berhemah dapat menonjolkan bakat murid
daripada aspek kreativiti dan inovasi. Hasil projek LORI RFC ini akan
dijual dan dikempenkan di sekolah agar dapat memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang kepentingan kitar semula bahan makanan dan bukan
makanan. Projek ini juga akan memberi galakkan kepada murid lain untuk
lebih bersemangat menyediakan bekalan makanan sendiri ke sekolah.
Murid juga akan menyampaikan maklumat kepada warga sekolah tentang
produk yang dihasilkan melalui pembentangan kumpulan. Hasil projek dan
persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden proses
pelaksanaan

MARVELICIOUS BITES
oleh

SHARIFAH NADINE BINTI SYED NAHAR
DHIA ARIESYA BINTI MOHD FIRDAUS

RAISHA HANANIA BINTI MOHD RIDZUAN
KHAYRAA ZATASYA BINTI KHAIRUL ASHRAFF

NUR ADILA BINTI SHAMSUDIN
NUR FADHILAH BINTI KAMAROZAMAN

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Marvelicious bites is a video project which documents the entire process
(from preparation to plating) of producing a healthy dish made out of
vegetables. It is manifested due to real-life observation of children
particularly, who are reluctant to eat healthy foods such as vegetables.
Children nowadays do not seem to adopt a balanced and nutritious diet
through the intake of fruits and vegetables. The rapid and sophisticated
development of the world causes us to often neglect health as well as diet
which is our eating habits. Moreover, learning from home (PdPR) and
parents working from home (WFH) at the same time cause time constraints
to produce healthy and quality food.
According to Wadhera et al. (2015), more than 90% of 2 to 18-year-old
children from 2007 to 2010 failed to eat the recommended servings of fruits
and vegetables. Increasing exposure to vegetables in childhood can lead to
greater liking for them in adulthood. In the hope to overcome this real-life
problem, this is how the idea of Marvelicious bites video project (PBL) took
course. Marvelicious bites is aimed at involving pupils in hands-on
experience by creating a vegetable-based dish that children love to eat.
Some children might feel intimidated and uninterested in eating greens.
Hence, Marvelicious bites are the solution. They are essentially vegetables
that are cooked and shaped in the form of foods that pupils actually like.
Physically, this dish looks like every day grab-and-go snacks, but with
vegetables in disguise. Pupils are also the creative and innovative planners
and designers of a healthy vegetable-based dish. They are in full control of
the conduct of this innovation project, which leads them to experience
contextual learning.

By carrying out this innovation project, pupils will realize the importance
of including vegetables in their diet. The active participation from pupils
from the recipe breakdown to the final product itself, pupils will develop a
sense of leadership and creativity skills in the process. It also hopes to
serve the purpose of inculcating healthy eating habits in pupils’ daily diet.
Apart from that, peers and children at their age who refuse/are reluctant
to eat vegetables will also benefit from this innovation project. The same
goes for important stakeholders in the school community such as
parents and teachers who are unaware of the importance of exposing
vegetables to children from a young age. The ultimate goal is to
overcome the problem of children who are reluctant to eat vegetables.
By having the children experience hands-on the process of producing
their own vegetable-based dish, they are more aware of what they
consume into their body. At the same time, it can prove that vegetables
are not as bad as most children perceive when disguised in the forms of
food they love to eat. Indirectly children will become accustomed to its
health benefits and they develop a positive mindset towards including
greens in their everyday meals.

SISTEM SURIA
oleh

NUR FAQEEHAH BINTI MUHAMAD HAFIZ
MUHAMMAD RIZQI AISY’ BIN MOHD RAZIF

ARYAN MIQDAD BIN DZADIL HAYAT
ALEESCHA SOPHEA BINTI SHAHRUL AMIN

CIKGU NORADHIAH BINTI HASMUDDIN
CIKGU FAZLIN FARIEZA BINTI YUSSUFF

dari
SK PUTRAJAYA PRESINT 15(1)
Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S)

Murid diberi peranan untuk membina model Sistem Suria dengan
mengaplikasi konsep pengukuran dalam menghasilkan model Sistem
Suria dalam kadar saiz yang betul. Murid mempersembahkan model
Sistem Suria menggunakan bahasa yang dapat difahami serta
bertatasusila, dapat menjelaskan semua ahli sistem suria dan mengitlak
suhu planet berdasarkan urutan dalam Sistem Suria. Murid juga dapat
memerihalkan planet beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit dan
menghubung kait kedudukan planet dari Matahari dengan masa planet
beredar mengelilingi Matahari. Seterusnya murid dapat menghasilkan
buku skrap tentang ahli Sistem Suria dalam Bahasa Inggeris. Melalui
projek ini dapat menguasai kemahiran mereka cipta, lisan, bertulis dan
penyelesaian masalah. Melalui pembelajaran berasakan projek ini juga
murid diharapkan akan mendapat kesedaran tentang alam semesta dan
kepentingan untuk menjaga keseimbangan alam. Hasil kerja murid iaitu
model planet dan buku skrap akan dinilai berdasarkan rubrik dan evidens
pelaksanaan. Proses penilaian juga berlaku sewaktu perbentangan
projek. Selepas selesai seisi perbentangan nanti, hasil kerja murid ini
akan dipamerkan di sudut hasil kerja murid di dalam pusat sumber dan
boleh dijadikan sumber rujukan bagi murid-murid yang lain.

KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021

PENGHARGAAN

Pihak Penganjur Mengucapkan Penghargaan Dan Terima
Kasih Atas Kerjasama Yang Diberikan Oleh :

YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN

SYARIKAT DNA MARKETING ENTERPRISE

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JAWATANKUASA PELAKSANA
PESERTA KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA TAHUN 2021

PANEL PEMBENTANG
NUR AZEEYATTY BINTI DATUK HJ. ABDUL RAHIM B.K.T

SK KAMPUNG TUN RAZAK, BUKIT KATIL, MELAKA

ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH
SMK JENJAROM, SELANGOR

HASLINDAR NOR BINTI ISMAIL
SMK SERI MULIA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021

PANEL PENILAI

DR. NOR SUHARA BINTI FADZIL
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

RAYMOND MAURICE ANAK STEPHAN BUJANG
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

DR. HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

SABIAH BINTI NINGGAL
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

DR. LAY AH NAM
PUSAT STEM NEGARA, CYBERJAYA SELANGOR

DR. SITI NURHAFIZAH SALEEZA BINTI RAMLEE
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MEGAT AZMAN BIN MEGAT MOKHTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ROHAIDA BINTI NGAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA TERENGGANU

DR. NOR IZAH BINTI MOHD SALLEH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

FAZRINA BIN MOHD TAHIR
BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

ANIS SABARINA BINTI ABU BAKAR
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERAMAT, KUALA LUMPUR

BIDAYAH BINTI SALLEH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

DR. FAZIDAH BINTI NAZIRI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

ABDUL KHALID BIN BUJANG
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

MIZIANA @ SUHANA BINTI SABOO
INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, SELANGOR

NOR ADZMI BIN BABA
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

MOHD HALIM BIN SAHRI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

KONVENSYEN PENDIDIKAN PUTRAJAYA 2021

AUTOGRAF


Click to View FlipBook Version