The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN SATU MPU3441a PENULISAN BUKU LOG DIGITAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 800-19-hidayah, 2024-03-26 07:39:54

TUGASAN 1 PENULISAN BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI

TUGASAN SATU MPU3441a PENULISAN BUKU LOG DIGITAL

menghasilkan andul dengan betul 4. Murid yang sudah mahir dalam anduh boleh mengajar murid yang lain 5. Setelah murid dapat menguasai kemahiran membuat anduh besar, mereka akan teruskan dengan membuat anduh kecil Rajin Penutup (7 Minit) Merumuskan Tajuk Pembelajaran 1. Murid akan merumuskan topik pembelajaran dengan menyatakan jenis anduh yang dipelajari 2. Dua Murid akan dipilih secara rawak untuk melakukan anduh yang dipelajari


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 1 Tarikh : 10 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Pada hari rabu iaitu pada 10 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Bangunan Akademik (Kelas B3-09), IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. Pada hari tersebut, Kami telah membuat sesi sual kenal bersama 26 orang kadet pandu puteri yang terdiri daripada unit Bahasa Melayu, Bahasan Cina dan unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan tidak lupa juga sesi sual kenal bersama pensyarah kami iaitu Puan Thiru. Kemudian, kami teleh didedahkan dengan pengenalan awal tentang kadet pandu puteri dengan cara Puan Thiru telah memaparkan maklumat khusus subjek ini. Selepas itu, puan thiru telah memberi taklimat serba sedikit tentang sejarah latar belakang pandu puteri dan juga baju rasmi bagi pemimpin dan baju rasmi pagi pandu puteri untuk kadet. Seterusnya, kami diberikan pendedahan awal ladam kuda dan kawat kaki. Kesimpulannya, kami mendapat banyak pengetahuan baru dan dapat belajar tentang pandu puteri. Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 2 Tarikh : 17 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Dua hari sebelum kejadian, kami telah dibahagian tajuk kepada 6 kumpulan untuk melakukan pembentangan. Setiap kumpulan telah diberikan peluang untuk memilih tajuk yang ingin dibentangkan pada hari rabu (17 Januari 2024) tersebut. Setiap ahli kumpulan diarahkan untuk menyediakan slide pembetangan mengenai tajuk yang dipilih serta membuat persedian. Pada hari rabu iaitu pada 17 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Bangunan Akademik (Kelas B3-09), IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. Kelas bermula pada pukul 8 pagi dikuti kumpulan pertama iaitu kumpulan cempaka dimana membentang Persetian, undang-undang dan cogan kata pandu puteri tunas. Kemudian kumpulan kedua iaitu Teratai memberi penerangan tentang isyarat dan hormat dan pandu puteri diikuti dengan berjabat tangan dan khidmat pandu puteri daripada kumpulan Kenanga. Seterusnya kumpulan Melur dengan isyarat wisel dan tangan manakala kumpulan Siantan membentang Bendera Malaysia, PPPM dan Dunia. Akhir sekali, kumpulan Kesidang memberi penerangan berserta video contoh berkaitan dengan lagu pandu puteri, lagu dunia dan lagu kumpulan berenam. Setelah habis pembetangan, Puan thiru memberi arahan kepada kami untuk mengingati dan bernyayi bersama lagu dunia dan lagu kumpulan berenam. Setelah selesai menyanyikan lagu, Puan thiru memberikan arahan kepada kami untuk turun ke tempat yang luas untuk membuat ladam Kuda. Kemudian kami diajarkan kedudukan yang betul untuk membuat Ladam Kuda dan memberi penerangan tentang fungsi dan sintuasi semasa proses Ladam Kuda seperti kapten pasukan memberikan arahan, memilih orang untuk memberikan kata-kata semangat dan bacaan doa. Kelas berakhir dengan pergerakkan keluar daripada Ladam Kuda


Lampiran Rajah 1 menunjukan jadual pembahagian tajuk bagi kumpulan berenam untuk pembentangan berkumpulan Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 3 Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Pada hari rabu iaitu pada 24 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Bangunan Astaka, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. Kelas bermula pada pukul lapan pagi di astaka dengan membuat Ladam kuda. Kami diberi formasi awal untuk pembentukan Ladam Kuda dan pergerakkan langkah ketika masuk ke Ladam Kuda. Selesai memasuki formasi ladam kuda, ketua pasukan iaitu Asma Azmina memberikan arahan untuk pembaca doa keluar ke hadapan diikuti pemberi kata-kata semangat. Selepas itu, tiga orang akan keluar untuk menaikkan bendera serta menyanyikan lagu dunia pandu puteri. Selepas selesai membuat ladam kuda, Puan Thiru memanggil kami untuk berkumpul di bawah bangunan astaka untuk memberi pengajaran tentang anduh dan balutan. Kemudian, kami belajar tentang cara anduh balutan untuk patah tangan. Kami diberikan peluang mencuba sendiri balutan anduh tersebut dah di pantau oleh Puan Thiru. Kelas kami diakhiri dengan pembahagian anduh dan balutan bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya iaitu Teratai mendapat balutan tangan


. Rajah 1 menunjukkan Puan Thirumemberi taklimat tentang fungsi dan cara membuat anduh untuk tangan patah. Rajah 2 menunjukkan semua kadet pandu puteri belajar dan mencuba membuat anduh dan balutan.


Rajah 3 menunjukkan saya dan rakan kumpulan saya berjaya menyiapkan anduh dan balutan untuk patah tangan. Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 4 Tarikh : 31 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Pada hari rabu iaitu pada 31 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Bangunan Astaka, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. Kelas bermula pada pukul 8 pagi di astaka untuk membuat Ladam Kuda seperti biasa. Kami bersedia dalam fomasi awal sebelum bergerak memasuki Ladam Kuda dengan berkawad Kaki. Selesai membuat Ladam kuda, kami sambung belajar membuat membuat anduh dan balutan. Kumpulan saya telah memilih balutan gengggaman tangan. Kami belajar balutan tersebut dengan melihat video di dalam aplikasi ’youtube’. Setelah itu, kami mununjukkan hasil kepada Puan Thiru. Di akhir kelas, semua kumpulan telah belajar balutan dan anduh yang telah dibahagikan. Dan kumpulan pertama yang mengajar adalah kumpulan melur dengan anduh kepala. Sebelum kami bersurai, Puan Thiru mengingatkan tentang ikatan dan simpulan dan juga masakan solar untuk dilakukan pada kelas seterusnya Rajah 1 menunjukkan saya mencuba balutan kepala yang telah diajar oleh kumpulan Melur


Rajah 2 menunjukkan Kami diberi maklumat awal tentang ikatan dan simpulan serta dapur solar yang perlu dilakukan pada kelas minggu hadapan Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 5 Tarikh : 31 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Pada hari rabu iaitu pada 31 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Anjung Selera, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. Pada hari tersebut ahli Pandu Puteri telah menyertai aktiviti yang menggabungkan pembelajaran ikatan simpulan dengan memasak puding roti menggunakan dapur solar . Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada pembelajaran ahli pandu puteri sebelum ini dan bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan kemahiran hidup dalam kalangan ahli. Sesi ikatan simpulan memberi ahli peluang untuk menambah lagi kemahiran ahli dengan pelbagai jenis simpulan yang berguna dalam aktiviti luar. Di bawah bimbingan yang teliti dari Pn. Thiru, ahli mempelajari dan mengamalkan teknik-teknik ikatan simpulan dengan penuh minat. Ahli diberi latihan yang mencukupi untuk memastikan bahawa setiap simpulan diikat dengan cekap dan selamat. Setelah itu, fokus peralihan kepada sesi dapur solar di mana ahli-ahli pandu puteri diperkenalkan kepada konsep dapur solar dan cara kerjanya. Ahli dengan teliti mengikuti arahan Pn. Thiru dalam menyediakan bahan-bahan dan menggunakan dapur solar untuk memasak puding roti. Proses ini tidak hanya memberi semua ahli pengalaman dalam memasak, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam dan kegunaan teknologi alternatif. Kelas Berakhir dengan melihat hasil masakan solar dan hasilnya sangat memberangsangkan.


Rajah 1 menunjukkan ahli kadet sedang menunjuk ajar membuat ikatan Rajah 2 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk masakan solar Rajah 3 menunjukkan hasil puding roti Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 6 Tarikh : 14 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Pada hari rabu iaitu pada 14 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Anjung Selera, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. Kelas bermula dengan teknik balutan tangan, kepala dan kaki. Kami telah mempelajari setiap langkah untuk membuat balutan dengan teliti dan betul. Bagi kumpulan saya, kami telah mendapat balutan di bahagian tangan. Selesai mahir dalam balutan tersebut, kami membuat demonstrasi di hadapan ahli pandu puteri yang lain untuk sesi pengajaran. Kelas berakhir apabila keenam-enam kumpulan berjaya mahir dalam setiap balutan yang telah mereka pilih. Rajah 1 menunjukkan kumpulan saya membuat balutan tangan


Rajah 2 menunjukkan satu kumpulan mempelajari balutan kaki Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 7 Tarikh : 21 Januari 2024 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Kehadiran : 26 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Teratai Pensyarah Bertugas : Pn. Thirumagal A/P Salapan Pada hari rabu iaitu pada 14 Januari 2024, pasukan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di Anjung Selera, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjumpaan ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Puan Thirumagal A/P Salapan. kami ahli Pandu Puteri, telah bersama-sama untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan pembelajaran balutan anduh dan simpulan ikatan khusus untuk penggunaan gajet. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal dalam menyediakan pertolongan pertama dan mengelola gajet dengan cekap. Kami menghabiskan masa untuk mendalami teknik balutan anduh yang sesuai untuk keadaan darurat, terutamanya dalam suasana luar. Dengan penuh teliti, kami mengamalkan balutan anduh yang telah kami pelajari sebelum ini, memastikan setiap langkah dijalankan dengan tepat dan berkesan. Keutamaan diberikan kepada penggunaan balutan anduh dalam situasi kecemasan untuk memastikan keselamatan pesakit dan keberkesanan langkah-langkah pertama yang diambil. Seterusnya, kami meluangkan masa untuk mempelajari simpulan ikatan yang sesuai untuk gajet. Kami mengamalkan simpulan-simpulan seperti simpul manok, simpul lilit kacang, buku sila, bunga geti dan silang tungku yang dapat digunakan untuk mengamankan dan mengelola gajet dengan baik. Setiap simpulan diuji untuk memastikan kekuatan dan kebolehpercayaannya dalam penggunaan harian. Rajah 1 menunjukkan ahli pandu puteri sedang berlatih balutan


Rajah 2 menunjukkan ahli yang sudah mahir dalam balutan tangan Disediakan Oleh, ______________ (NUR HIDAYAH BINTI RAZALI) Penolong Ketua Kumpulan Teratai Kadet Pandu Puteri IPGKTAA


Click to View FlipBook Version