Model Method merupakan satu pendekatan yang digunakan dengan meluas dalam PdPc matematik di Singapura. Ia menggunakan petak berbentuk segi empat tepat /bongkah untuk mewakili masalah matematik dalam bentuk bergambar (pictorial). Bersama dengan maklumat yang relevan, ia membantu murid-murid mevisualisasikan perhubungan antara nombor-nombor dalam masalah berayat matematik dan seterusnya menyelesaikan masalah matematik tersebut. Model Method mempunyai tiga model yang asas iaitu Part-Whole Model, Comparison Model dan Change Model. Beberapa variasi model iaitu Remainder Model, Place Holder Model, Equal Model, Repeated Variable Model, Constant Different Model dan Constant Quality Model merupakan variasi-variasi yang diterbitkan daripada tiga model asas ini. Model Method yang dibentukkan berdasarkan konsep-konsep adalah sesuai diaplikasikan untuk mengajar operasi asas, pecahan; nisbah dan peratus; penyelesaian masalah dan algebra.