ADUH! PANASNYA HARI KEMARAU Buku cerita kanak-kanak Karya: Paul Raynals Pontillas
Pada zaman dahulu, terdapat tiga ekor haiwan yang berkawan rapat di dalam sebuah hutan yang tebal. Tiga haiwan tersebut adalah arnab, monyet dan gajah. Sang gajah bernama Atan manakala sang arnab bernama Kici dan sang monyet bernama Yoyo
‘Apa kata hari ini kita bermain sorok-sorok di hutan ini’ kata Kici kepada rakan-rakannya. ‘Wah! boleh juga’ jawap Yoyo dan Atan. Mereka bertiga kemudian bermain dan kepada yang menjadi pencari akan menyanyikan lagu ‘Injit-Injit semut’.
Injit injit semut Siapa sakit naik atas Injit injit semut Siapa sakit naik atas Injit injit semut Siapa sakit naik atas Injit injit semut Siapa sakit naik atas
‘Dimanakah kita harus bersembunyi’ kata Atan. ‘Atas pokoklah mana lagi, kan Kici tak tahu panjat pokok’ jawap Yoyo. Yoyo kemudian memanjat pokok yang paling tinggi yang dapat dia temukan agar Kici tidak dapat menjumpainya.
Atan juga tidak tahu cara untuk memanjat pokok maka dia telah berlari ke sungai dan ingin bersembunyi di sana.
Sesampai Atan di sungai alangkah terkejutnya dia apabila melihat sungai itu.
Setelah selesai Kici bernyanyi dia pun mulai mencari Yoyo dan Atan. Kici mulai mencari Yoyo terlebih dahulu sambil melihat keatas pokokpokok yang ada di hutan. Sambil-sambil melihat, Kici mempunyai satu idea yang bernas. ‘Manalah agaknya Yoyo dan Atan bersembunyi. Janganjangan Yoyo memanjat pokok agar aku tidak dapat memanjat dan menjumpainya’ kata Kici di dalam hatinya.
Kapal belayar membawa pewangi Pewangi dibawa untuk persona Dua tiga pokok yang tinggi Eh ada ular lah disana!
‘Hahh! ular mana ular’ kata Yoyo sambil menuruni pokok yang telah dipanjatnya. Kici ketawa terbahakbahak melihat kerena Yoyo yang ketakutan dan cemas. ‘Eh! mana ada ular, saya bergurau sahaja untuk membuatkan kamu turun dari pokok itu’ kata Kici kepada Yoyo.
‘Ish kau ni Kici tak baik kenakan aku begitu boleh mati aku cemas di atas pokok tadi’ kata Yoyo. ‘Saya hanya menggunakan kemahiran saya sahaja macam kamu gunakan kemahiran memanjat kamu’ kata Kici sambil tersenyum-senyum.
‘Baiklah Kici memang kaulah yang bijak dekat sini’ kata Yoyo sambil berjalan bersama Kici mencari Atan.
Sesampai mereka di sungai, Kici dan Yoyo melihat Atan yang kebinggungan dan tidak bertapuk sama sekali. Yoyo pun memanggil Atan. ‘Eh Atan kenapa kau tak menyorok lagi’. ?
‘Bukan begitu’ kata Atan sambil menunjuk ke arah sungai yang mana air sungai telah menjadi cetek dan menyebabkan tanah-tanah menjadi kering.
Ini petanda untuk musim kemarau, cepat sediakan barang keperluan makanan dan minuman yang secukupnya kata Kici mengarahkan kedua-dua temannya itu untuk menghadapi musim kemarau.
Kici mulai mengumpul makanannya dan memasukkan kedalam rumahnya. Kici mengumpul karrot dan juga air yang mencukupi semasa menghadapi musim kemarau.
Atan pula mulai mengumpul makanannya dan memasukkan kedalam rumahnya iaitu sebuah gua besar. Atan mengumpul batang bambu dan buah kelapa yang mencukupi semasa menghadapi musim kemarau.
Manakala Yoyo pula hanyalah bersenang-senang di rumahnya dengan tidak berbuat apa-apa. Yoyo tidak mencari makanan disebabkan dia telah bertemu dengan Faxy si Musang yang mana telah menghasutnya untuk bersenang-senang dan tidak mencari makanan.
Faxy telah berjanji dengan Yoyo untuk membantunya pada waktu kemarau jikalau dia tidak mempunyai makanan. Sebab itulah Yoyo tidak merisaukan nasibnya semasa hari kemarau.
Maka tibalah waktu kemarau yang sangat panjang dan telah menyebabkan banyak pokok yang mati. Tidak ada makanan dan minuman yang tinggal di hutan menyebabkan sesetengah haiwan yang telah mati.
"Aduh! Panasnya matahari ini tidak boleh aku berteduh pada pokok semuanya telah gugur dan mati. Aduh laparnya perut ini, dahaganya tekak ini" kata Yoyo kepada dirinya sendiri dengan rasa yang sedih.
"Oh lebih baik aku pergi ke tempat Faxy dia telah berjanji untuk menolong aku semasa musim kemarau ini mesti dia boleh berikan aku sedikit makanan dan tempat tinggal agar aku tidak kepanasan" kata Yoyo.
"Faxy oh Faxy dimana kamu, saya datang untuk meminta pertolongan bolehkah kamu memberi saya sedikit makanan dan minuman. Saya tak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk musim kemarau" kata Yoyo.
"Tentulah tidak siapa suruh kamu tidak mencari bekalan makanan yang mencukupi sebelum musim kemarau" kata Faxy kepada Yoyo sambil mentertawakan dia.
Yoyo kemudian meninggalkan tempat Faxy dengan keadaan sedih dan kecewa. Dia kemudian pengsan ke tanah dan tidak sedarkan diri.
Yoyo bangun kamu sudah selamat disini suara terdengar dari telinga Yoyo. Yoyo kemudian membuka mata dan sedar bahawa dia telah berada di tempat Atan dan ditemani juga Kici.
"Saya sangat menyesal mendengar kata-kata si Faxy, lebih baik saya mendengar cakap kamu berdua" kata Yoyo kepada kawan-kawannya. Kici dan Atan hanya tersenyum melihat rakan mereka yang telah sedar akan kesalahannya.
"Tak mengapa Yoyo yang penting kamu sudah sedar kesilapan kamu saya dan Atan akan membantu kamu di musim kemarau ini" kata Kici. Kici telah memberi sedikit makanan kepada Yoyo dan Atan telah memberi tempat untuk tinggal kepadanya.
Semenjak hari itu, Yoyo telah pun menetap di rumah Atan sehinggalah musim kemarau berlalu. Yoyo sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang baik dan prihatin kepadanya. Tamat.
K i t a H a r u s l a h S e n t i a s a M e m b a n t u O r a n g y a n g B e r a d a D a l a m K e s u s a h a n D a n S e n t i a s a B e r s i a p S e d i a M e n g h a d a p i C a b a r a n D a l a m K e h i d u p a n . Pengajaran
ARNAB DAN TEMBIKAI AJAIB erra syaqina BMSK 6
Di sebuah perkampungan kecil yang bernama Cemara, ada tiga sekawan baik iaitu si arnab, gajah dan monyet. Setiap hari mereka menolong si arnab menjaga kebunnya. 1
Si arnab sentiasa menolong kawan baiknya jika mereka kehabisan makanan. Biasanya, si arnab akan berkongsi sedikit buah- buahan dari kebunnya kepada gajah dan monyet. 2
Si arnab sangat menjaga tembikai ajaibnya dengan baik. Tembikai ajaib itu tumbuh dari pohon tua yang sudah lama tidak berbuah. Tembikai ini memiliki kuasa luar biasa yang boleh membinasakan dan menyembuhkan sesuatu. Tetapi, si arnab tidak tahu keajaiban tembikai itu. 3
Suatu hari, gajah dan monyet pergi ke kebun untuk membantu si arnab. Tibatiba, gajah melihat si arnab menatap buah tembikai itu. 4
Apa yang kau tenungkan itu, arnab? Tak adalah gajah, aku tenung buah tembikai ini. Pohon ini jarang sekali berbuah. Jadi, aku sangat sayang dan ingin menjaganya dengan baik. 5
Keesokkan harinya, datanglah si musang dengan kebiasaannya yang selalu mencuri buah-buahan di kebun si arnab. 6
Ish, bosannya hari ini! Ha! Apa kata aku pergi ke kebun si arnab. 7
Perut ini pun sudah berbunyi dari tadi. 8
Setelah tiba di kebun, si musang sesuka hati memakan semua buah-buahan dengan rakusnya. Gajah berasa marah dengan sikap si musang yang malas mencari makanan sendiri. Musang juga tidak meminta izin si arnab. 9
Aih, apalah perangai si musang itu arnab! Banyak sungguh buah yang dimakannya tadi. Kita susah payah kutip, senang-senang saja dia itu nak makan. Tak apalah gajah, mungkin si musang tengah lapar tu. Dia kan memang macam itu. Biarkan saja lah, jom sambung kerja kita semula. 10
Tiba-tiba, buah tembikai yang besar dan subur itu menarik perhatian si musang. Dia ingin sekali memakannya tetapi buah itu dipagar dengan baik oleh si arnab. 11
Si musang sudah ada akal jahat untuk mendapatkan buah tembikai itu. Dia berniat untuk masuk ke kebun si arnab dan mengambil buah tembikai itu pada malam nanti. Wah! Besarnya buah tembikai itu! Kalau aku dapat ni, boleh kenyang seminggu perut aku. Tunggu aku tembikai, malam nanti aku datang! 12
Pada mulanya, si musang hanya ingin mengambil buah tembikai itu namun dia juga memakan kesemua buahbuahan si arnab dengan rakus sebelum meneruskan niatnya. Pada malam itu, si musang kembali lagi ke kebun si arnab tanpa pengetahuannya. 13
Tembikai ajaib itu melihat karenah si musang yang menceroboh kebun tuannya. ”Alamak! Bukankah itu si musang yang selalu mengganggu kebun kepunyaan tuanku? Apa yang dia buat di sini?” . Kata tembikai ajaib dalam hatinya. Baik aku buat sesuatu. Si musang ini sudah melampau! 14
Tembikai ajaib pun tanpa segan silu mengeluarkan kuasanya dan meracuni buah-buahan yang dimakan oleh si musang. ”Wahai musang yang tamak dan pemalas, binasalah perutmu memakan buah tanpa pengetahuan tuanku” . Kata tembikai ajaib dalam hatinya sambil melihat si musang yang melahap buah-buahan itu. 15
Pada masa yang sama, si monyet juga menyaksikan kejadian tersebut. Pada mulanya, si monyet ingin tidur tetapi dia terdengar bunyi yang pelik di kebun si arnab. 16
Rupanya, bunyi itu datang dari tembikai ajaib yang sedang meracuni buahbuahan yang dimakan oleh si musang. Tembikai kesayangan si arnab itu ingin menjaga kebun tuannya daripada diganggu oleh si musang yang tamak. 17
Si monyet pun terkejut dengan kejadian tersebut lalu bergegas memberitahu si arnab. Arnab! Arnab! 18
Si monyet terus memberitahu arnab tentang kejadian tadi. Arnab terkejut mendengar tembikainya itu bercahaya dan mengeluarkan kuasa. Dia juga terkejut mengetahui si musang memakan buah-buahannya lagi. Setelah itu, mereka semua berlari pergi ke kebun. 19