The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ELLYSHA BINTI KINUS IPG-Pelajar, 2024-04-22 23:14:36

BUKU CERITA KANAK-KANAK - HAIWAN

BUKU CERITA KUMPULAN 8

Tibanya mereka di kebun, mereka sudah melihat si musang terbaring kesakitan dengan penuh sisa-sisa buah yang telah dimakannya. Si arnab tidak percaya tembikai kesayangannya itu berkuasa. Jadi, dia pun menyeru tembikai ajaib itu untuk memulihkan kebunnya yang telah rosak. Kebunnya serta-merta menjadi seperti sediakala. 20


Dengan menyaksikan kejadian itu, si arnab pun terjekut dan mendekati tembikai ajaibnya. Benarkah kamu tembikai ajaib? Ya, aku boleh membinasakan dan menyembuhkan apa sahaja. 21


Lantas, si musang pun meminta pertolongan si arnab agar tembikai ajaib itu boleh menyembuhkan perutnya yang sakit. Tembikai ajaib bersetuju tetapi dengan syarat. 22


Aku boleh menyembuhkanmu tetapi kau harus meminta maaf atas kesalahan kau. Kau suka mencuri buahbuahan di kebun dan bermalas-malasan. Inilah akibatnya! Aku minta maaf, aku janji aku tidak akan mencuri buahbuahan si arnab lagi. Aku menyesal. 23


Lalu, tembikai ajaib pun menyembuhkan perut si musang. Akhirnya, si arnab, gajah, monyet dan si musang itu berkawan baik dan hidup dengan harmoni. Jom kita menyanyi kawan-kawan! 24


Di sebuah hutan jauh dari kota Hidupnya tiga sahabat bersama, Menanam buah, mendapatkan hasilnya, Makan bersama membina cerita. Chan Mali Chan Hoi Hoi x2 Chan Mali Chan ketipung Payung. Wujudnya buah tembikai di kebunnya, Merah bersinar, memancarkan persona, Kuasa ajaib setiap isinya, Cantiknya luar biasa seperti dongeng nyata. Chan Mali Chan Hoi Hoi x2 Chan Mali Chan ketipung Payung. Ada si musang yang buruk akhlaknya, Musang yang tamak pemusnah segalanya, Buah tembikai menjadi tarikannya, Racun dan berbisa mengotori dalamannya. Chan Mali Chan Hoi Hoi x2 Chan Mali Chan ketipung Payung. Kini tinggal kenangan yang ada, Kami menjadi empat bersama, Mencipta kisah dan sebuah cerita, Hidup makmur, aman dan sentosa Chan Mali Chan Hoi Hoi x2 Chan Mali Chan ketipung Payung. 25 *1 Irama lagu chan mali chan LIRIK LAGU


TAMAT


Pengajaran Kita mestilah saling bekerjasama dalam melakukan suatu pekerjaan. Janganlah kita bersikap tamak kerana orang tamak selalu rugi. Kita hendaklah saling memaafkan antara satu sama lain supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


Rujukan *Irama lagu chan mali chan. *http://rujukan.dbp.gov.my/index. php *magic media. www.canva.com https://youtu.be/dMaYzqdhb1A? si=JqLFRFL9OjLFAKkj


Disediakan oleh Cikgu Ellysha Kinus (PISMP BM SK 6) 2021072340403 Si arnab YYAANNGG SSUUKA MELOMPAT BBUUKKUU CCEERRIITTAA 33 ::


Di sebuah perkampungan yang penuh dengan keceriaan, tinggallah tiga sekawan yang sangat rapat iaitu Si Arnab, Si Monyet dan Si Gajah. Mereka adalah tiga sekawanhaiwanyangsangatgembira. 1


Setiap hari, mereka menjalani pengembaraan baru di antara pokok yang rimbun. Si Arnab suka menolong rakan-rakannya. Dia akan melompat setinggi yang boleh untuk memetik buah epal dari pokoknya apabila rakanrakannya berasa lapar. 2


Si Musangamat suka makan buahepal. Suatu musim panas, Musang berasa sangat lapar kerana sudah beberapa hari dia mencari buah kegemarannya. “Jika aku tidak berjaya mendapatkan makanan hari ini, aku akan kelaparan lagi!” , Musangitu berfikir. 3


Kemudian, Dia menghabiskan masa lapangnya mencari buah kegemarannya. Walau bagaimanapun, Musang berasa hairan kerana dia tidak dapat mencari buahepal di sekitar perkampungantersebut. 4


Tiba-tiba, Si Musang terdengar gelak tawa tiga sekawan dan terlihat Si Arnab yang sedang melompat dan memetik buah epal bersama rakan-rakannya. Perbuatan tiga sekawan itu membuatkan Si Musang berasa marah kerana mereka telah menghabiskan semua buah epal yangada dalam perkampungan mereka. 5


“Cis! Mereka rupanya punca buah kegemaranku habis. aku akan membalas dendam, wahai Si Arnab!” . kata Si Musang dan berlalu pergi denganpenuhkecewa. 6


Pada suatupagi yangcerah, tiga sekawansedang bercerita di tepi sungai. Si Monyet mencabar Arnab untuk melompat lebihtinggi dari kebiasaannya. “Wahai Arnab, akunakcabarkau melompat lebihtinggi daripada sekarang, mestikautak dapat Ha! Ha! Ha!”kata Monyet dengansiniskepada Si Arnab. 7


Arnab berasa tercabar dengan kata-kata Si monyet itu. Namun, Si Gajah pun berasa bimbang, “Tunggu sebentar, Monyet. Adakah ini benar-benar selamat? Kita perlu memikirkan keselamatan Si Arnab dahulu ” ,kata Gajah dengannada risaukepada Si Monyet . 8


“Ayuh, aku sedia menerima cabaran kau, Monyet! Tiada apa yang boleh menghalang aku. ” “Sudah tentu ia selamat, Gajah! Ayuh Arnab, tunjukkan kepada kami lompatan tertinggi anda!” Aku harap ini tidak akan berakhir dengan teruk.. ” 9


Tanpa berlengah, Si Arnab terus melompat dengan laju. “Lihatlah aku, Monyet! Adakah kamu berpuas hati dengan lompatanku ini?” , kata Si Arnab dengan penuh yakin. Namun, apabila Si Arnab melompat dengan lebih tinggi, Gajah dan Monyet sukar untuk mengejar Si Arnab yang semakinjauh daripandangan mereka. 10


Si Monyet dan Gajah menjerit memanggil Si Arnab. Namun, mereka tidak dilayan. Akhirnya, mereka mula berasagelisah danterus mengejar Si Arnab itu. “Arnab, tunggu kami !“ “Jom, selamatkan Arnab sebelum terjadi masalah!“ 11


Tanpa disedari, Si Arnab tidak dapat mengawal lompatannya sehingga dia terperangkap dalam lubangperangkap Si Musangyangsangat dalam. 12


Si Arnab mula berasa takut. Dia bergelut untuk membebaskan dirinya. Namun, Si Musang datang danketawa melihat Si Arnab dalam keadaanterdesak ”Tolong, aku terperangkap! Aku tidak boleh keluar dari sini!” 13


“ Wahai Musang, apakah salahku sehingga kau memperlakukan diriku sebegini?” “Akhirnya kau termasuk dalam perangkapku, wahai Arnab!” 14


Si Musang pun menjawab, “kau telah menghabiskan semua buah epal di kampungini sehingga aku berasa kelaparan”. Si Arnab sedar dan segera meminta maaf kepada Si Musang. Namun, Si Musang tidak mengendahkan permintaan Si Arnab. Si Musang ingin masuk ke dalam lubangituuntuk memakan Si Arnab. 15


Dengan pantasnya, Si Gajah dan Monyet menjumpai Si Musang dan cuba menyelamatkan Si Arnab. Gajah mengalihkan perhatian Si Musang dengan menghentakkan kakinya dengan kuat. Perbuatan Si Gajah menggegarkan tanah sekitarnya sehingga Si Musangterjatuhke dalam lubangnya. 16


Manakala Si Monyet berayun menggunakan tali hutan di atas pokok lalu menarik Arnab keluar daripada lubang yang gelap itu. Tiga sekawan itu bertemu semula dan melarikan diri bersama-sama. 17


Setelah menyelamatkan Si Arnab, mereka berpelukan erat sebagai tanda lega. “Terima kasih, Monyet dan Gajah! Aku tidak akan dapat keluar dari tempat itu tanpa kamu berdua” , kata Si Arnab kepada rakan-rakannya dengan nada gembira. “Tidak ada masalah, Arnab. Kita adalahsahabat selaluada satusama lain’”kata Si Gajahkepada Arnab. 18


“Wahai Arnab, dengarkanlah deklamasi sajakku untukmu” , kata Monyet kepada Si Arnab. 19


Kawanku, Kamusangat bermakna bagiku, Kamulahkawanku,kamulahsahabatku, Kenapa terlalusayuhati ini, Satupersatuair matakugugur. Kawanku, Maafkanakuataskhilafku, Hukumlahakusepuashatimu, Pintakujangan buangrasakawan, Kerana tanpamukawan, siapalahaku, Maafkanakukawan. Sepetang di tepian danau, Sendirianaku bertemansang bayu, Disini rindu menyapa sanubariku, Rinduyangteramat, sayang buat seorangkawan. Kawanku, Kuimbaskembalikesilapanku, Kuakui semuanya silapku, Namunsegala-galanya sudahterjadi. 20


21 Akhirnya, Si Arnab memaafkan Si Monyet. Dia sedar bahawa perbuatannya telah menyebabkannyawa Si Arnab dalam bahaya.


tamat


Click to View FlipBook Version