The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janainbburut, 2021-09-03 23:46:47

PENYELENGGARAAN PENCAWANG MASUK UTAMA VOLTAN TINGGI KOMPLEKS TUDM BANTING SELANGOR

LPKT T5 Full Version 22:8:2021

LAPORAN PROJEK
DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

PENYELENGGARAAN
PENCAWANG MASUK UTAMA
VOLTAN TINGGI DI KOMPLEKS TUDM BANTING,

SELANGOR

JANAIN BIN BURUT

59228
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN

ELEKTRIK VOLTAN TINGGI
EE-320-5:2012

LAPORAN PROJEK
DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

PENYELENGGARAAN
PENCAWANG MASUK UTAMA VOLTAN TINGGI

DI KOMPLEKS TUDM BANTING, SELANGOR

JANAIN BIN BURUT

59228
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK

VOLTAN TINGGI DI KOMPLEKS TUDM BANTING,
SELANGOR
EE-320-5:2012

i

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

TAJUK PROJEK : PENYELENGGARAAN PENCAWANG

VOLTAN TINGGI DI KOMPLEKS TUDM
BANTING, SELANGOR

DUTI/ CU BERKAITAN : 1. CU07/ PEMASANGAN, OPERASI DAN
PENYELENGGARAAN PENGUBAH

VOLTAN TINGGI (11KV)

2. CU09/ OPERASI PENSUISAN VOLTAN
TINGGI (11KV)

3. CU10/ PEMASANGAN DAN

PENYELENGGARAAN SWITCHGEAR
VOLTAN TINGGI (11KV)

Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek dibuat dengan mempraktikkan

pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman
serta kemahiran tanpa meniru dari mana-mana sumber.

TANDATANGAN PEMOHON :

NAMA : JANAIN BIN BURUT

NO. KAD PENGENALAN : 730309125093

TARIKH : 16 OGOS 2021

NAMA MAJIKAN (Jika berkaitan) : KOLEJ VOKASIONAL SG. BULOH

“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan

ini adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Persijilan
Kemahiran Malaysia”

TANDATANGAN PP-PPT :
NAMA : EZUL AFFIAN BIN ISA
NO. KAD PENGENALAN : 780211086941
TARIKH : 16 OGOS 2021

ii

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai penilai
untuk Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) saya, Encik Ezul Affian Bin
Isa yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan
Laporan Projek Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ini dengan penuh kesabaran.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga (Isteri tersayang dan anak-anak
Ardiana Binti Abdul Rahim, Muhammad Jazli dan Nur Athirah, Ayahanda bonda dan
Ayahanda mertua bonda mertua) yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang
kuat sepanjang kajian ini dijalankan.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan (Program Teknologi Elektrik Kolej
Vokasional Sungai Buloh, Selangor) yang secara langsung atau tidak dalam
memberikan idea-idea dan cadangan. Tidak lupa juga diucapkan kepada Pasukan
Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd (Encik Wan Zamani bin Wan Hamid & Encik
Khairul Aizan bin Adnan) yang banyak membantu menyiapkan Laporan Pencapaian
Ketrampilan Terdahulu Tahap 5 ini. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan anda
semua tidak akan saya lupakan. Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat
keberkatan dari Allah S.W.T dan memberi manafaat kepada manusia sejagat. Sekian
Terima Kasih.

iii

ABSTRAK

Pengubah kuasa merupakan perkakasan yang paling penting dalam sistem
penghantaran kuasa elektrik di Kompleks TUDM Banting, Selangor. Sistem
pembekalan elektrik di Kompleks TUDM Banting, Selangor terdiri daripada 24
pencawang Elektrik yang mana terdapat 1 Pencawang Masuk Utama (33KV) dan 23
pencawang Local Sub Station (11KV). 3 ring internal, 3 Normal Off Point. Pihak
Syarikat Haziq Services Sdn Bhd yang telah dipertanggungjawabkan untuk
mengawalselia switchgear dan pengubah Pencawang Elektrik di Kompleks TUDM
Banting, Selangor dan telah mengambil langkah yang efektif dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti penyelenggaraan yang berkesan sejajar dengan kehendak pihak
TUDM dan juga Jabatan Kerja Raya. Untuk memastikan switchgear dan pengubah
bebas daripada sebarang masalah, Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd. melaksanakan
penyelenggaraan yang berkesan dan berkala untuk menilai status pengubah dengan
tujuan untuk mengurangkan risiko kegagalan serta mengelakkan gangguan bekalan
elektrik berlaku di Kompleks TUDM Banting, Selangor. Kerja-kerja ini melibatkan
beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd. SOP yang
perlu dipatuhi adalah prosedur kerja JKR, TNB dan ST. Kerja-kerja penyelenggaraan
dilaksanakan berdasarkan carta alir rancangan penyelenggaraan seperti PTW, henti
tugas, penyelenggaraan serta pengujian switchgear dan pengubah, batal PTW dan juga
kerja mula tugas. Setelah kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan, switchgear dan
pengubah diuji untuk memastikan radas-radas tersebut beroperasi seperti sediakala,
mampu memenuhi permintaan pengguna dengan membekalkan tenaga elektrik yang
konsisten serta selamat. Penyelenggaraan yang dilakukan oleh Syarikat Haziq Services
Sdn. Bhd di Pencawang Masukan Utama Kompleks TUDM Banting, Selangor telah
mencapai objektifnya berdasarkan maklumat daripada ujian-ujian yang dilakukan
terhadap switchgear dan pengubah voltan tinggi menepati standard JKR, TNB dan ST.

iv

ISI KANDUNGAN HALAMAN
TAJUK PROJEK i
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ISI KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN viii
x
BAB PENGENALAN
1 1
1.1 Latar Belakang Projek
1.2 Pernyataan Masalah 1
1.3 Objektif Projek 5
1.4 kepentingan Projek 6
1.5 Skop Projek 6
6
BAB KAJIAN LITERATUR
2 10
2.1 Pengenalan
2.2 Jenis-jenis Switchgear 10
2.3 Komponen Switchgear 10
2.4 Sejarah Awal Pengubah 12
2.5 Kategori Pengubah 15
2.6 Penebatan Pengubah 15
2.7 Kegagalan dan Masalah Pengubah 18
19

v

BAB METODOLOGI 23
3
3.1 Pengenalan 23
3.2 Kerja Penyelenggaraan Pencawang Masuk Utama 23

Elektrik Utama Kompleks TUDM Banting, 26
Selangor 26
3.3 Permit Menjalankan Kerja (PTW) Voltan Tinggi 33
3.4 Henti Tugas 33
3.5 Menyelenggara Switchgear Voltan Tinggi 35
3.6 Ujian Switchgear Voltan Tinggi 38
3.7 Menyelenggara Pengubah Voltan Tinggi 41
3.8 Ujian Pengubah
3.9 Batal Permit Menjalankan Kerja (PTW) Voltan 41
Tinggi
52
3.10 Kerja Mula Tugas
52
BAB PENEMUAN, ANALISA DAN HASIL PROJEK 52
4 57
4.1 Pengenalan 57
4.2 Penemuan dan Analisa 60
4.3 Hasil Projek 61
62
4.2.1 Keputusan Ujian Switchgear Voltan Tinggi 62
4.2.2 Keputusan Ujian Keterusan Lilitan 62
4.2.3 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan
4.2.4 Keputusan Ujian Bahagian Primer
4.2.5 Ujian Bahagian Sekunder
4.2.6 Keputusan Ujian antara Primer dan

Sekunder

vi

BAB PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 64
5 KESIMPULAN
5.1 Perbincangan 64
5.2 Cadangan 65
5.3 Kesimpulan 66
67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN

vii

SENARAI JADUAL

NO TAJUK HALAMAN
01 Kategori Switchgear 11

02 Perbezaan dan Keupayaan Pengubah Jenis 16
Pembahagian serta Kuasa

03 Perbezaan Pengubah Jenis Conservator dan 17
Hermitically sealed

04 Jenis Kegagalan Pengubah 19

05 Punca Kegagalan Pengubah 20

06 Jenis dan Aktiviti Penyelenggaraan Switchgear 21
Pengubah Voltan Tinggi di Kompleks TUDM Banting

Selangor

07 Prosedur Keselamatan Pensuisan Voltan Tinggi 28

08 Data Pengubah Yang Diselenggara 36

09 Carta Gannt Proses Penyelenggaraan 51

10 Keputusan Ujian RIntangan Penebatan Switchgear 58
Voltan TInggi (5KV Megger)

11 Ujian Penebatan RIntangan Busbar (5KV Megger) 58

12 Keputusan Ujian Tekanan Tinggi 59

13 Ujian Vakum Interruptor 60

14 Keputusan Ujian Keterusan Lilitan Primer 60

15 Keputusan Ujian Lilitan Sekunder 61

16 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Bahagian 62
Primer

17 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Bahagian 62
Sekunder

viii

18 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Antara 63
Bahagian Sekunder dan Primer

ix

SENARAI RAJAH

NO TAJUK HALAMAN

01 Pencawang Elektrik Kompleks TUDM Banting, 2
Selangor

02 Pencawang Elektrik Kompleks TUDM Banting, 2
Selangor

03 Plat Nama Pengubah Kompleks TUDM Banting, 3
Selangor

04 Jenis Pengubah Yang Digunakan Di Kompleks TUDM 3
Banting, Selangor

05 Kerja-kerja Menyelenggara Switchgear Voltan Tinggi 4

06 Kumpulan Kerja Penyelenggaraan Pencawang Masuk 4
Utama Kompleks TUDM Banting, Selangor

07 Kumpulan Kerja Penyelenggaraan Pengubah Kompleks 5
TUDM Banting, Selangor

08 Litar Skematik (a) Voltan Rendah Pencawang Elektrik 7
Utama (P/E1)

09 Litar Skematik (b) Tinggi Pencawang Elektrik Utama 8
(P/E 1)

10 Litar Skematik (c) Pencawang Utama (P/E 1) 9

11 Ujikaji Michael Faraday 15

12 Pengubah Jenis Conservator 17

13 Pengubah Jenis Hemitically Seal 18

13 Perkakasan Perlindungan Diri Pekerja Berkompeten 20
Apabila Melakukan Kerja-kerja Penyuisan

14 Carta Alir Rancangan Penyelenggaraan 25

15 Perkakasan Perlindungan Diri Pekerja Berkompeten 29
Apabila Melakukan Kerja-kerja Pensuisan

16 Penguji Vakum Interruptor (Meter VIDAR) 30
x

17 High Voltage Detector 31
31
18 Penguji Contact Resistance 39
44
19 Pemeriksaan Visual 38

20 Kerja-kerja Pengujian Rintangan Penebatan Tekanan 46
Tinggi 47

21 Kerja-kerja Servis dan Penyeelenggaraan Unit Power 48
Distribution Transformer 11/ 0.433KV Jenis Cast Resin 49

22 Kerja-kerja Servis dan Selenggara Pemtus Litar 50
Vakum 11KV

23 Kerja-kerja Pengujian Penebatan Spout Bushing VCB
dan Sistem Bus Bar

24 Kerja-kerja Rombak Rawat dan Servis Pemutus
Litar Tekanan Tinggi 11KV

25 Kerja-kerja Servis dan Pengukuhan Penebat Unit VCB
11KV (Pengujian Penebatan)

26 Kerja-kerja Pengujian Gelung (Penguji Contact
Resistance)

xi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Projek

Switchgear dan pengubah voltan tinggi merupakan radas yang paling penting dalam suatu
rangkaian sistem penghantaran kuasa elektrik. Radas-radas tersebut merupakan antara
peranti utama dalam Pencawang Masukan Utama, Kompleks TUDM Banting, Selangor.
Kualiti dan keberkesanan pembekalan tenaga elektrik di Pencawang ini bergantung
kepada jumlah kuasa yang dibekalkan, kos dan jangka hayat switchgear serta pengubah
yang cekap dan efisyen. Dalam aktiviti pembekalan kuasa elektrik, penyelenggaraan
yang berkesan serta berkala adalah penting untuk menjamin operasi pembekalan tenaga
elektrik yang efisyen. Di samping itu, penyelenggaraan yang berkesan dan berkala juga
mampu mengelakan kegagalan atau kerosakan switchgear serta pengubah voltan tinggi
untuk berfungsi dengan baik dan normal. Sistem rangkaian pembekalan elektrik di
Kompleks TUDM Banting, Selangor terdiri daripada 24 pencawang Elektrik yang mana
terdapat 1 Pencawang Masuk Utama (33KV) dan 23 pencawang Local Sub Station
(11KV). 3 ring internal, 3 Normal Off Point.

Untuk menjamin kecekapan dan keberkesanan operasi pembekalan tenaga
elektrik di sini, pihak bertanggungjawab (JKR) telah melantik Syarikat Haziq Services
Sdn Bhd untuk mengawalselia switchgear dan pengubah votan tinggi. Untuk
mengawalselia radas-radas tersebut, pihak kontraktor terbabit (Syarikat Haziq Services
Sdn Bhd) telah mengambil langkah yang efektif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
penyelenggaraan yang berkesan sejajar dengan kehendak pihak TUDM dan juga Jabatan
Kerja Raya.

1

Rajah 1: Pencawang Elektrik Kompleks TUDM Banting, Selangor

Rajah 2: Pencawang Kompleks TUDM Banting, Selangor
2

Rajah 3: Plat Nama Pengubah Kompleks TUDM Banting, Selangor

Rajah 4: Jenis Pengubah Yang Digunakan di Kompleks
TUDM Banting, Selangor

3

Rajah 5: Kerja-kerja Menyelenggara Switchgear Voltan Tinggi

Rajah 6: Kumpulan Kerja Penyelenggaraan Pencawang Masuk Utama
Kompleks TUDM Banting, Selangor
4

Rajah 7: Kumpulan Kerja Penyelenggaraan Pengubah
Pencawang Masuk Utama Kompleks TUDM Banting, Selangor

1.2 Penyataan Masalah

Tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik yang
konsisten dan sentiasa dapat memenuhi keperluan pengguna yang terus meningkat dari
masa ke semasa merupakan cabaran utama Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd. Menurut
America’s Energy Future: Teknologi dan Transformasi (2009), pembekalan tenaga
elektrik yang konsisten di pencawang bergantung kepada keadaan fizikal peralatan
seperti switchgear dan pengubah voltan tinggi. Kegagalan radas-radas yang terdapat
dalam pencawang utama seperti switchgear dan pengubah voltan tinggi akan
mengakibatkan gangguan bekalan tenaga elektrik serta kerugian kepada pihak Kompleks
TUDM Banting, Selangor dan juga Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd. Untuk memastikan
radas-radas tersebut bebas daripada sebarang masalah, pihak syarikat Haziq Services
Sdn. Bhd. telah melaksanakan penyelenggaraan yang berkala dan berkesan untuk menilai
status switchgear serta pengubah voltan tinggi bertujuan untuk mengurangkan risiko
kegagalan serta mengelakkan berlaku gangguan bekalan elektrik di Kompleks TUDM
Banting, Selangor.

5

1.3. Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah seperti berikut:

1.3.1 Melakukan pensuisan dan penyelenggaraan pada switchgear voltan tinggi dengan
betul berdasarkan prosedur kerja yang selamat.

1.3.2 Menyelenggara pengubah dengan menggunakan peralatan yang sesuai mengikut
spesifikasi kerja yang ditetapkan.

1.3.3 Menguji switchgear dan pengubah voltan tinggi dengan menggunakan alat uji
yang sesuai bagi mendapatkan keputusan pengujian yang selamat merujuk kepada
spesifikasi pembuat.

1.3.4 Menghuraikan penemuan dalam kesemua proses dan hasil kerja dengan
menganalisa maklumat keseluruhan berdasarkan standard JKR, TNB serta ST.

1.4 Kepentingan Projek

Hasil daripada projek ini diharapkan akan dapat mengelak dan mengatasi sebarang
masalah yang berlaku di Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting,
Selangor.

1.5 Skop Projek

Skop projek ini adalah meliputi penyelenggaraan dan pengujian ke atas switchgear dan
pengubah di Pencawang Masuk Utama Kompleks TUDM Banting, Selangor. Skop projek
ini adalah seperti berikut:

1.5.1 Melakukan pensuisan dan menyelenggara switchgear voltan tinggi.
1.5.2 Melakukan kerja menyelenggara pengubah voltan tinggi.
1.5.3 Menguji switchgear dan pengubah voltan tinggi

6

Rajah 8: Litar Skematik (a) Voltan Ren

ndah Pencawang Elektrik Utama (P/E 1)

7

Bekalan Bantuan Swi

Rajah 9: Litar Skematik (b) Voltan

itchgear & Pengubah yang Diselenggara

n Tinggi Pencawang Elektrik Utama (P/E 1)

8

Rajah 10: Litar Skematik (c)

) Pencawang Utama (P/E 1)

9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Menurut ANSI/ IEEE switchgear dan pengubah merupakan peranti elektrik yang statik,
tidak melibatkan bahagian-bahagian bergerak secara berterusan, di mana ia adalah
peralatan yang penting digunakan dalam sistem elektrik untuk memindahkan kuasa antara
litar menggunakan prinsip aruhan elektromagnet. Operasi sesuatu switchgear dan
pengubah bermula dari peringkat awal permulaan sistem beroperasi mengubah voltan
pada akhir penjanaan kepada penghantaran dan kemudian menukar kembali pada akhir
sebelum voltan diagihkan kepada pengguna.

2.2 Jenis-jenis Switchgear
Switchgear yang dipasang atau digunakan di pencawang atau bangunan di Malaysia boleh
dikelaskan kepada dua kategori iaitu: (i) switchgear voltan rendah (11KV ke bawah) dan
(ii) switchgear voltan tinggi (11KV ke atas). Perbezaan yang ketara di antara switchgear
voltan rendah dan switchgear voltan tinggi ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.

10

Jadual 1: Kategori Switchgear

Switchgear Voltan Rendah Switchgear Voltan Tinggi
– Suis (Jenis Angin)
– Pengasing – Suis (Jenis minyak)
– Fius – Pengasing
– Relay – Pemutus litar (Circuit Breakers)
– Pemutus litar (Circuit breakers) – Fius HRC (High Rupturing Capacity)

– Current Transformers & Potential
Transformers

Menurut IEC 60076-1, terdapat beberapa jenis switchgear yang biasa digunakan
antaranya ialah:

§ Gas Insulated Switchgear (GIS)
– Gas Insulated Switchgear (GIS) 550 KV
– Gas Insulated Switchgear (GIS) 300 KV
– Gas Insulated Switchgear (GIS) 84 KV
– Gas Insulated Switchgear (GIS) 72.5 KV

§ Gas Insulated Combined (GSC)
– Gas Insulated Combined (GSC) 550 KV
– Gas Insulated Combined (GSC) 300 KV
– Gas Insulated Combined (GSC) 245 KV
– Gas Insulated Combined (GSC) 72.5 KV

§ Gas Combined Switchgear (GCS)

§ Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS)
– Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS) 72.5 KV
– Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS) 24 KV
– Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS) 12 KV

§ Dry Air Insulated Switchgear 72.5 KV
§ Vacuum Circuit Breaker (VCB) Out Door 145KV
§ Reduced Gas Dead Tank Type VCB 72.5 KV

11

§ Dry Air Insulated Dead Tank Type VCB 72.5 KV
§ Vacuum Combined Switchgear (VCS)
§ Vacuum Circuit Breaker (VCB) In Door unit (Voltage : 3.6 KV to 36 KV)
§ Vacuum Circuit Breaker (VCB) In Door unit (Voltage 24 KV)

2.3 Komponen Switchgear

Cubicle atau switchgear adalah komponen peralatan untuk memutuskan dan
menghubungkan, pengukuran tegangan, arus atau daya. Ia disebut sebagai cubicle kerana
peralatan-peralatan tersebut berbentuk almari dengan pintu di depan yang boleh di buka
dan di tutup mengikut operasi yang ingin dilakukan. Cubicle atau switchgear ini terdiri
daripada komponen-komponen berikut iaitu:

• Bus bar
• Circuit Breaker
• Load Break Switch (LBS)
• Disconnecting Switch (DS) atau Switch (S)
• Earthing switch (ES)
• Current Transformer (CT)
• Potential Transformer (PT)
• Panel Meter (Volt meter, Ampere meter dan sebagainya)
• Interlocking (Control)

2.3.1 Switchgear Masukan

Di dalam Switchgear masukan terdapat beberapa bahagian utama iaitu:

- Pemutus Litar (Circuit Breaker)
- Panel Meter
- Panel Suis Pemutus Beban (Load Breaker Switch Panel)

12

2.3.1.1 Pemutus Litar (Circuit Breaker)

Pemutus litar yang terdapat dalam switchgear terdiri daripada 2 kategori iaitu:

§ Pemutus Litar Gas (Gas Circuit Breaker)

Pemutus Litar Gas (GCB) adalah pemutus litar utama yang berfungsi sebagai
penghubung dan pemutus kuasa bekalan yang masuk dari panel utama. Pemutus ini
berfungsi untuk menghentikan percikan api dari berlaku apabila pensuisan dilakukan
menggunakan gas SF6 dan gas SF6 ini tidak berbau serta tidak mudah terbakar.

§ Pemutus Litar Udara (Air Circuit Breaker)

Pemutus Litar Udara (ACB) berfungsi sebagai pemutus dan penghubung bekalan kuasa
dari panel utama tetapi pemutus ini menggunakan udara untuk menghentikan percikan
api yang berlaku semasa pensuisan.

2.3.1.2 Panel Meter

Didalam Panel Meter terdapat beberapa jenis alat yang digunakan untuk mengukur arus
yang mengalir melalui fasa-fasa. Meter-meter tersebut adalah seperti;

§ Meter Faktor Kuasa
Meter Faktor Kuasa adalah alat yang digunakan untuk mengukur faktor daya dari panel
utama.

§ Meter KWH
Meter KWH merupakan radas a yang digunakan untuk mengukur daya tenaga dari panel
utama.

§ Meter Frekuensi
Meter ini digunakan untuk mengukur frekuensi dari panel utama.

13

§ Meter Watt
Meter Watt merupakan alat yang digunakan untuk mengukur daya tenaga yang
dibekalkan dari panel utama.

§ Butang Reset
Butang Reset adalah berfungsi untuk mengembalikan posisi meter secara automatik
kepada keadaan normal.

§ Geganti Earth Fault
Geganti ini adalah alat yang akan berfungsi secara automatik (trip) apabila berlaku arus
bocor ke bumi.

§ Geganti Arus Lebih (Over Current Relay)
Geganti Arus Lebih (Over Current Relay) adalah alat yang berfungsi secara automatik
(trip) apabila berlaku arus berlebihan.

§ Penguji Arus Terminal (Current Test Terminal)
Penguji Arus Terminal digunakan untuk mengetahui sama ada arus elektrik mengalir atau
tidak di Panel Meter.

§ Penguji Voltan Terminal (Volt Test Terminal)
Penguji Voltan Terminal digunakan untuk mengetahui kewujudan ketegangan elektrik di
Panel Meter.

2.3.1.3 Panel Suis Pemutus Beban (Load Breaker Switch Panel)

Di dalam panel utama terdapat Suis Pemutus Beban (Load Breaker Switch) yang
digunakan sebagai penahan. Suis Pemutus Beban ini mempunyai ketahanan arus sebesar
400A dan mempunyai tiga lampu pandu iaitu :

§ Lampu Pandu On: Adalah lampu pandu yang akan menunjukkan Suis Pemutus
Beban dalam keadaan hidup (On).

§ Lampu Pandu Off: Adalah lampu pandu yang akan menunjukkan Suis Pemutus
Beban dalam keadaan Mati (Off).

14

§ Lampu Pandu Trip: Adalah lampu pandu yang menunjukkan bahawa Suis Pemutus
Beban dalam keadaan trip atau terdapat gangguan.

2.4 Sejarah Awal Pengubah
Sejarah awal pengubah adalah bertitik tolak daripada prinsip dalam elektromagnet yang
ditemui oleh Michael Faraday pada tahun 1831. Dalam beberapa percubaan yang
dilakukan oleh beliau, didapati satu denyutan voltan telah menganggu aliran langsung
semasa pada radas. Hasil penemuan oleh Michael Faraday ini dapat disimpulkan bahawa
arus yang besar boleh diubah menjadi arus yang kecil dan sebaliknya. Rajah 11,
menunjukkan Ujikaji Michael Faraday yang membawa kepada penemuan pengubah.

Meter

Elektromagnet

Bateri Rajah 11: Ujikaji Michael Faraday

2.5 Kategori Pengubah
Menurut IEC 60076-1, pengubah boleh dikelaskan kepada voltan tinggi (HV) dan voltan
rendah (LV). Belitan Voltan Tinggi (HV) adalah lilitan yang mempunyai voltan yang
tinggi manakala belitan Voltan Rendah pula adalah lilitan yang mempunyai voltan yang
rendah. Definisi yang dinyatakan oleh IEC 60076-, pengubah boleh dikategorikan kepada
empat kategori iaitu:

15

2.5.1 Kategori 1 - Pengubah kuasa yang bebas pernafasan dengan menukar tap
beban (OLTC- ≤5MVA - ≥30MVA).

2.5.2 Kategori 2 - Pengubah kuasa bebas pernafasan deng menukar tap tanpa
litar (OCTC- ≤3MVA - ≥5MVA).

2.5.3 Kategori 3 - Pengubah kuasa kecil (OCTC - ≤1MVA - <3MVA)

2.5.4 Kategori 4 - Pengubah mempunyai belitan rendah dan pertengahan direka
bentuk untuk beroperasi pada voltan tinggi dan rendah atau sebaliknya serta
Pengubah (transformer) dalam sistem pembahagian TNB adalah jenis Step Down
dan terbahagi kepada dua kategori iaitu; (i) Pengubah pembahagian (11KV/
0.413KV) dan (ii) Pengubah kuasa (33KV/ 11KV). Keupayaan pengubah-
pengubah ini dijelaskan seperti dalam dalam jadual 2.

Jadual 2: Perbezaan dan Keupayaan Pengubah Jenis Pembahagian serta Kuasa

Pengubah Pembahagian Pengubah Kuasa
(Distribution Transfomer) (Power Transfomer)
§ Ratings of 100kVA to 1000kVA § Ratings of 7.5MVA and above

§ Conservator tank or hermitically sealed § Conservator tank

§ Oil Natural Air Natural (ONAN) § Oil Natural Air Forced (ONAF)

§ Off load changer § On Load Tap Changer

Penyelenggaraan pengubah di Kompleks TUDM Banting, Selangor ini adalah
melibatkan pegubah pembahagian 11KV-413V jenis hermitically sealed. Dalam Rajah
12 (Conservator) dan Rajah 13 (Hermitically sealed) menunjukkan perbezaan yang
ketara antara pengubah ini dari sudut fizikalnya. Dalam Jadual 3 pula, menunjukkan
perbezaan antara pengubah jenis Hermitically sealed dan Conservator) secara teorinya.

16

Jadual 3: Perbezaan Pengubah Jenis Conservator dan Hermitically sealed

Perbezaan Pengubah Conservator Hermitically sealed
§ Penyelenggaraan § Memerlukan § Penyelenggaraan

§ Tangki (Tank) Penyelenggaraan minimum

§ Dilengkapi Tangki § Tiada Tangki

Conservator Tank

Rajah 12: Pengubah Jenis Conservator
17

Rajah 13: Pengubah Jenis Hemitically Seal

2.6 Penebatan Pengubah

Sistem penebatan adalah salah satu aspek yang paling penting dalam reka bentuk
pengubah. Penebatan pengubah boleh dikategorikan kepada penebat major dan minor.

2.6.1 Penebat Major
Penebatan antara belitan, antara belitan dan kok serta di antara voltan
tinggi petunjuk dan tanah.

2.6.2 Penebat Minor
Penebat dalaman di dalam belitan, iaitu antara pusingan dan penebat
cakera.

Jenis-jenis penebat yang biasa digunakan dalam pengubah adalah seperti; (i)
Pepejal - Kertas kraft, pressboard, (ii) Cecair - Minyak mineral dan minyak silikon.

18

2.7 Kegagalan dan Masalah Pengubah

Secara umumnya kerosakan sesuatu pengubah boleh berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor seperti:

2.7.1 Kerosakan pada lilitan gelung, kegagalan penukar tap yang dikenali
sebagai gangguan secara paksa.

2.7.2 Kerosakan yang memerlukan proses penyelenggaraan untuk pengubah
kembali berfungsi atau memerlukan pembaikan. Ia boleh dibahagikan
kepada kerosakan elektrikal atau mekanikal (terma). Kerosakan seperti ini
adalah seperti pengeluaran gas yang berlebihan dan tahap kelembapan
yang tinggi

Dalam Jadual 4, menunjukkan kegagalan yang biasa berlaku pada pengubah. Jenis
kegagalan pengubah boleh dibahagikan kepada dalaman dan luaran.

Jadual 4: Jenis Kegagalan Pengubah

Kegagalan Dalaman Kegagalan Luaran
§ Kerosakan Penebatan § Panahan Kilat
§ Kehilangan Fluks § Prosedur Pensuisan
§ Panas Melampau § Beban Lampau
§ Pengoksidaan § Litar Pintas
§ Enap Cemar
§ Kelembapan
§ Kecacatan Rekabentuk Pembuat

Menurut laporan dokumen ENGR-750-36, Bahagian Kawalan Proses JKR, antara
kerosakan yang sering berlaku pada pengubah adalah penuaan yang memberi kesan
kepada kemerosotan penebat, hasil daripada kelembapan, panas melampau, getaran,
voltan naik mendadak dan tekanan mekanikal yang terjadi melalui kesilapan
pengendalian, penukar tap yang gagal menstabilkan keluaran voltan. Kegagalan Tap

19

Changer boleh disebabkan oleh kerosakan mekanisma penukaran mekanikal, rintangan
beban yang tinggi, kegagalan penebat, terlalu panas atau pencemaran minyak penebat.
Sesendal pengubah adalah antara punca berlakunya kegagalan pengubah, pencemaran,
retak, kelembapan dalaman dan kebocoran minyak adalah antara faktor yang
menyebabkan kerosakan sesendal. Dua sebab lain ialah vandalisme dan haiwan liar yang
boleh menyebabkan kerosakan secara luaran pada sesendal. Selain itu, masalah teras pula
dikaitkan dengan kegagalan penebat teras, iaitu tali pengikat teras terbuka atau terpintas.
Di samping itu terdapat juga kegagalan pengubah yang lain seperti kegagalan disebabkan
oleh pengangkutan, kebocoran minyak disebabkan oleh masalah kimpalan tangki,
pencemaran minyak dari zarah logam, muatan dan voltan. Dalam Jadual 5, menunjukkan
punca-punca berlaku kegagalan pengubah.

Jadual 5: Punca Kegagalan Pengubah

Jenis Kegagalan Punca Kegagalan

Anjakan Lilitan • Kemerosotan Penebat

• Litar Pintas

• Pengangkutan

Penukar Tap • Kerosakan mekanikal

• Lampau panas

• Enap cemar (Penebat minyak)

Sesendal • Penuaan

• Lembapan dalaman

• Kehilangan minyak

• Flash Over

Lain-lain • Kebocoran minyak

• Pengubah arus

• Kemerosotan penebat

• Beban lebih

• Voltan lebihan

Untuk memaksimumkan jangka hayat dan kecekapan pengubah, adalah penting
untuk mengetahui kerosakan yang mungkin boleh berlaku dan mengesannya lebih awal.
Perancangan penyelenggaraan yang berkesan dapat membantu untuk mengesan masalah
dari peringkat awal sebelum kerosakan bertambah serius.

20

Sesuatu pengubah kebiasaannya diselenggara disebabkan beberapa faktor seperti; (i)
rutin, (ii) preventive dan (iii) corrective. Kekerapan kerja dan aktiviti penyelenggaraan
bagi pengubah di Pencawang Kompleks TUDM Banting, Selangor berpandukan kepada
jadual rutin yang ditetapkan oleh pihak JKR, Cawangan Shah Alam, Selangor. Jadual 6,
menunjukkan jenis dan kekerapan penyelenggaraan dilakukan terhadap pengubah di
Pencawang Kompleks TUDM Banting, Selangor.

Jadual 6: Jenis dan Aktiviti Penyelenggaraan Switchgear serta Pengubah
Voltan Tinggi di Kompleks TUDM Banting Selangor

Bil Jenis Selenggaraan Kekerapan Aktiviti

1 Inspection 3 bulan • Penglihatan, pendengaran, bau dan
(Pemeriksaan) sentuhan.

2 Rutin 6 bulan • Mengambil bacaan meter dan
pembilang.
3 Penilaian Keadaan 12 bulan
• Penglihatan, pendengaran, bau dan
(Condition assessement) sentuhan.

4 Pencegahan 18 bulan • Mengambil bacaan meter dan
(Preventive) pembilang.

• Kebersihan am di pencawang dan
menukar gel silika.

• Ujian pembumian, mengetatkan bol
dan nat.

• Infrared thermographic scanning
dan ultrasound scanning

• Penglihatan, pendengaran, bau dan
sentuhan.

• Mengambil bacaan meter dan
pembilang.

21

• Kebersihan am di pencawang
• Menukar gel silika
• Ujian pembumian
• Menghentitugas peralatan dan

menjalan kerja-kerja berikut:
ü Mengetatkan bol dan nat.
ü Menjalankan ujian terhadap
perkakasan pencawang
ü Membuat pembersihan dan
pembaikan

22

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Penyelenggaraan Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting,
Selangor ini melibatkan beberapa Standard Of Procedurs (SOP) yang perlu dipatuhi oleh
Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd. Standard Of Procedurs (SOP) adalah prosedur kerja
JKR, perlaksanaan kerja penyelenggaraan dan penghantaran laporan penyelenggaraan.
Selain mematuhi Standard Of Procedurs (SOP) yang ditetapkan, pihak Syarikat Syarikat
Haziq Services Sdn. Bhd juga perlu mematuhi akta MS 1936: 2006/IEC 60364, Akta
Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), MS 1979: 2007 (COP) Pemasangan Elektrik
Bangunan, Peraturan Elektrik 1994, OSHA 1994. Peraturan dan akta ini bertujuan untuk
memastikan kerja-kerja yang dilakukan selamat (aset dan individu yang melakukan kerja)
dan sebarang kecuaian akan mengakibatkan kerugian dan kemalangan.

3.2 Kerja Penyelenggaraan Pencawang Masuk Utama Elektrik
Kompleks TUDM Banting Selangor

Sesuatu kerja penyelenggaraan yang melibatkan aset di bawah Jabatan Kerja Raya
Malaysia perlu mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Di samping itu, kerja
penyelenggaraan seperti Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting,
Selangor adalah kawasan tentera yang merupakan larangan awam kerana ianya
melibatkan faktor keselamatan negara. Untuk memastikan keselamatan Kompleks

23

TUDM Banting, Selangor terjamin daripada dicerobohi oleh anasir-anasir konservatif,
pihak JKR telah menetapkan Standard Of Procedurs (SOP) yang perlu dipatuhi oleh
syarikat-syarikat Vendor yang terlibat dengan sebarang kerja di dalam Kompleks TUDM
Banting, Selangor. Standard Of Procedurs (SOP) utama yang perlu dipatuhi syarikat-
syarikat Vendor adalah sebarang masalah atau penyelenggaraan mesti dilaporkan terlebih
dahulu kepada Jurutera JKR yang menjaga Kompleks TUDM Banting, Selangor. Jurutera
JKR yang bertanggungjawab terhadap bangunan dan aset kerajaan yang terdapat di
Kompleks TUDM Banting, Selangor adalah Jabatan Kerja Raya Cawangan Shah Alam
Selangor. Rajah 14, menunjukkan carta alir rancangan penyelenggaraan Pencawang
Masuk Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting, Selangor. Perancangan kerja-kerja
penyelenggaraan switchgear dan pengubah yang terdapat di Pencawang Masuk Utama
Kompleks TUDM Banting, Selangor adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.

24

MULA

PTW
Henti Tugas

Menyelenggara
Switchgear

Voltan Tinggi

TIDAK

Ujian
Switchgear
Voltan Tinggi

YA

Menyelenggara
Pengubah Voltan Tinggi

TIDAK

Ujian
Pengubah
Voltan Tinggi

YA

Batal PTW

Kerja Mula Tugas
Pemulihan Bekalan

TAMAT

Rajah 14: Carta Alir Rancangan Penyelenggaraan

25

3.3 Permit Menjalankan Kerja (PTW) Voltan Tinggi

Dalam proses untuk melakukan penyelenggaraan ke atas switchgear dan pengubah voltan
tinggi terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh beberapa pihak
seperti orang berkebenaran (AP), orang kompeten dan juga kontraktor yang akan
melaksanakan kerja. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

§ Permit Menjalankan Kerja (PTW) dikeluarkan selepas kerja penyuisan oleh orang
berkebenaran (AP).

§ Semua radas yang dimatikan (off) bekalan akan dibumikan oleh orang berkebenaran.

§ Dalam borang tersebut akan direkodkan jenis litar atau radas yang hendak dilakukan
kerja, litar yang dibumikan dan litar pintas serta jenis kerja yang akan dilaksanakan.

§ Orang berkebenaran (AP) akan menandatangani PTW dan menyerahkan kepada orang
kompeten (CP) untuk menjalankan kerja.

3.4 Henti Tugas

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks
TUDM Banting, Selangor meliputi kerja-kerja seperti; (i) Kerja-kerja Hentitugas, (ii)
Kerja-kerja Penyelenggaraan Switchgear, (iii) Kerja-kerja penyelenggaraan pengubah,
(iv) Pengujian Switchgear serta Pengubah dan (iv) Kerja-kerja Mula Tugas.

3.4.1 Persediaan Sebelum Kerja-kerja Henti Tugas

Sebelum henti tugas dilakukan terhadap pengubah yang akan diselenggara beberapa
perkara perlu dilakukan iaitu:

§ Orang Berkebenaran meminta kebenaran untuk melakukan kerja-kerja henti tugas
tempat penyelenggaraan setelah mendapat kebenaran dari pihak Berkuasa Kompleks
TUDM Banting, Selangor. Orang Berkebenaran perlu menyatakan butiran berikut:
26

ü Tujuan Hentitugas
ü Tarikh dan tempoh masa
ü Litar yang terlibat dan kendalian
ü Keperluan Pembumian Tambahan
§ Orang Berkebenaran mestilah memastikan litar skematik tempat kerja yang dibuat
adalah terkini.
§ Orang Berkebenaran akan memaklumkan kepada pasukan kerja bagi menentukan
tarikh dan masa kerja hendak dilakukan.
§ Orang Berkebenaran meminta kebenaran untuk mengeluarkan Sijil Kebenaran
Menjalankan Kerja daripada pegawai yang menjaga Pencawang Masuk Utama (PMU)
kepada Orang Bercekapan (Competent Person).
§ Sebelum Orang Berkebenaran melakukan kerja-kerja penyuisan di Pencawang Masuk
Utama, sekali lagi kebenaran diperlukan daripada pihak Berkuasa Kompleks TUDM
Banting, Selangor kerana melibatkan peraturan keselamatan Angkatan Tentera
Malaysia.

3.4.2 Prosedur Keselamatan Pensuisan Voltan Tinggi
Untuk melaksanakan kerja-kerja pensuisan voltan tinggi terdapat beberapa prosedur yang
perlu dilakukan. Prosedur yang perlu dilakukan adalah seperti yang dijelaskan dalam
Jadual 7.

27

Jadual 7: Prosedur Keselamatan Pensuisan Voltan Tinggi

Bil Prosedur Aktiviti
01 Pengasingan Menjalankan atau menukar urutan pensuisan di

bawah arahan orang kompeten.

02 Tagging Permohonan notis bahaya atau awas.

03 Mengunci keluar Kunci piawai atau kunci tidak piawai.

04 Ujian Voltan Sifar Buktikan litar atau busbar mati menggunakan
penunjuk voltan tinggi sebelum memohon bumi
untuk memastikan 0 volt.

05 Permohonan bumi Membumikan litar utama menggunakan
kemudahan yang disediakan di suis.

3.4.3 Perkakasan Perlindungan Diri

Kerja-kerja penyelenggaraan switchgear dan pengubah voltan tinggi di Pencawang
Masuka Utama Kompleks TUDM Banting, Selangor ini melibatkan tugasan yang
berisiko tinggi perkakasan perlindungan diri seperti topi serta visor, sarung tangan, kasut
keselamatan, baju kalis api (fire retardant suit) dan lain-lain perlu diperiksa sebelum dan
selepas digunakan supaya sentiasa dalam keadaan baik. Prosedur ini penting dilakukan
pada setiap masa apabila melibatkan tugasan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

28

Baju Visor
Kalis Api

Kasut Sarung
Keselamatan Tangan

Rajah 15: Perkakasan Perlindungan Diri Pekerja Berkompeten
Apabila Melakukan Kerja-kerja Pensuisan

3.4.4 Peralatan Kerja

Untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan switchgear dan pengubah voltan tinggi
terdapat beberapa peralatan yang penting untuk memastikan keselamatan nyawa pekerja
dan juga pengubah terjamin. Peralatan kerja tersebut adalah seperti:

3.4.4.1 Alatan Ujian

Untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan switchgear dan pengubah alatan ujian
penting. Alatan ujian yang sering digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan
pengubah adalah seperti berikut;

§ Live Line Tester Kits-Edgecumbe LLT
§ Penguji Rintangan Penebatan 5KV-ISO test MA 2060
§ Penunjuk Voltan-Catu CL-2-5/36-2 5-36KV
§ Pembuang Cas (Discharge Rod)

29

§ Short Circuiting and Earthing Kits
§ Kunci Tidak Piawai/ Piawai
§ Notis Awas dan Bahaya
§ Peralatan Tangan
§ Hand Blower
§ High Voltage Detector
§ Penguji Vakum Interruptor (Meter VIDAR)
§ Penguji Contact Resistance

Rajah 16: Penguji Vakum Interruptor (Meter VIDAR)

30

Rajah 17: High Voltage Detector
(Alat yang digunakan untuk membuktikan litar dalam keadaan mati)

Rajah 18: Penguji Contact Resistance

31

3.4.5 Prosedur Henti Tugas

Langkah-langkah prosedur Henti tugas yang akan dijalan di Pencawang Masuk Utama
Elektrik Kompleks TUDM Banting, Selangor adalah seperti berikut:

§ Sebelum melakukan kerja-kerja henti tugas, competent person wajib memaklumkan
kepada OIC (Officer Incharge Control) dengan memperkenalkan diri dan menyatakan
tugasan-tugasan akan dilakukan di Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks
TUDM Banting, Selangor.

§ Setelah OIC sudah maklum tugas yang akan dilakukan, orang kompeten akan
melakukan beberapa ujian di Fius F5 (Catitkan hasil ujian) iaitu:

- Uji voltan pada busbar (antara fasa & antara talian).
- Uji voltan pada kabel (antara fasa & antara talian)
- Uji turutan fasa pada busbar (Fasa Merah, Kuning & Biru)
- Uji turutan fasa pada kabel (Fasa Merah, Kuning & Biru)
- Uji fasa voltan rendah antara busbar dan kabel.

§ Setelah prosedur di langkah 2 dilakukan, buka suis Voltage Circuit Breaker (VCB) 5
(gantung Notis Awas & NSL).

§ Buka fius F2, F6 dan F7 (fasa merah, fasa kuning & fasa biru)
§ Pastikan fius disusun ikut turutan fasa merah, fasa kuning dan fasa biru.
§ Kunci dan gantung Notis Awas di setiap fius.
§ Lakukan Prove Circuit Dead (PCD) pada Talian Voltan Rendah.
§ Buka talian voltan rendah - Talian Fasa dan Neutral (Gantung notis Awas & NSL).
§ Lakukan Prove Circuit Dead (PCD) pada Talian Voltan Rendah (kabel ke pengubah)
§ Pasangkan Portable Earth Talian Voltan Rendah (kabel ke pengubah)
§ Masukan fius F5 (periksa fius dan shorting) - Fasa merah, fasa kuning dan fasa biru.
§ Masukan fius F2, F6 dan F7 (periksa fius dan shorting)
§ Lakukan Prove Circuit Dead (PCD) pada suis VCB 5
§ Pasang atau On Kabel Bumi suis VCB 5 (Gantung notis AWAS & NSL)
§ Nyahcas alatubah pada bahagian Voltan Rendah dan Voltan tinggi.
§ Keluarkan arahan bertulis (PTW)
§ Maklumkan kepada OIC

32

* Rujuk Rajah 7,8,9 (Litar Skematik)

3.5 Menyelenggara Switchgear Voltan Tinggi

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi apabila melakukan kerja-kerja
menyelenggara switchgear voltan tinggi. Prosedur ini perlu dilaksanaan agar keselamatan
terjamin. Prosedur penyelenggaraan switchgear adalah seperti iaitu:

§ Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan switchgear dijalankan pastikan peralatan yang
diperlukan lengkap dan dalam keadaan yang baik.

§ Apabila memulakan kerja pada suis, pastikan suis berikut disempurnakan pada
sebarang peralatan yang akan memberikan kesan kepada kawasan kerja.

§ Langkah pertama, matikan kawalan jauh dan automatic direction.
§ Nyahkan tenaga semua pada kekuatan langsung dan sistem kawalan.
§ Putuskan semua voltan dan kuasa kawalan.
§ Periksa keadaan umum pemasangan.
§ Periksa suis dalaman untuk mengeluarkan kotoran debu dan habuk.
§ Cuci dan bersihkan penapis udara menggunakan mana-mana detergent.
§ Periksa keadaan lampu panel bersihkan jika perlu.
§ Periksa terminal bagi memastikan ada sambungan dan elakkan kebocoran.
§ Pastikan tiada komponen yang longgar dan periksa kawalan suis.
§ Gantikan fius yang terbakar jika perlu.
§ Periksa kabel untuk pastikan connection dalam kesediaan yang baik.
§ Periksa dan selenggara semua litar yang terlibat iaitu litar saling kunci untuk tujuan

keselamatan.
§ Akhir sekali periksa semula semua komponen-komponen lain dan switchgear akan

selamat untuk dikendalikan semula.

3.6 Ujian Switchgear Voltan Tinggi

Pengujian seharusnya dilakukan pada setiap Switchgear, bertujuan bagi mengenalpasti
status, keberkesanan dan faktor keselamatan mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi Ujian
Rintangan Penebatan Dan Keterusan, ia dijalankan untuk untuk memastikan status

33

pemutus litar dalam keadaan penebatan yang tinggi (Fasa Ke Bumi) dan (Fasa Ke Fasa)
serta mempunyai keterusan yang baik pada sesentuh close. Antara peralatan yang sesuai
untuk pengujian ini adalah Meter Mega-Ohm. Manakala ukuran bacaan yang sesuai
adalah melebihi 100 Mega Ohm dan keterusan 0 ohm. Bagi ujian tekanan pula, ia
melibatkan bahagian busbar pemutus litar. Ujian ini dilakukan bertujuan untuk
mengenalpasti ketahanan busbar apabila tekanan gandaan voltan dikenakan. Pressure
Test (Ujian Tekanan Tinggi) adalah alat ujian yang digunapakai oleh TNB. Ujian
switchgear yang dilakukan di Pencawang Utama Kompleks TUDM Banting adalah ujian-
ujian berikut seperti:

§ Ujian Rintangan Penebatan

Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kadaran kerintangan di antara penebat fasa ke
penebat fasa dan penebat fasa ke sistem pembumian. Alat yang digunakan untuk
pengujian ini adalah Meter Penguji Penebatan Megger. Nilai kadaran kerintangan yang
telah ditetapkan adalah 5KW. Ujian Rintangan Penebatan adalah seperti berikut:

ü Fasa Merah dengan Fasa Kuning
ü Fasa Merah dengan Fasa Biru
ü Fasa Biru dengan Fasa Kuning
ü Fasa Merah dengan Bumi
ü Fasa Kuning dengan Bumi
ü FAsa Biru dengan Bumi

§ Ujian Tekanan Tinggi

Ujian tekanan dilakukan pada bahagian busbar pemutus litar setelah selesai dipasang.
Tujuan ujian dilakukan adalah untuk mengenalpasti ketahanan busbar atau suis apabila
tekanan gandaan voltan dikenakan. Peralatan ujian yang digunakan ialah Penguji
Tekanan (Pressure Test). Ujian Tekanan Voltan Tinggi adalah seperti berikut:

ü Ujian di antara Fasa Merah-Kuning dan Fasa Biru ke Bumi
ü Ujian di antara Fasa Kuning-Merah dan Fasa Biru ke Bumi

34

ü Ujian di antara Fasa Biru-Merah dan Fasa Kuning ke Bumi

§ Ujian Vakum Interruptor

Terdapat dua jenis Ujian Vakum Interruptor iaitu:

ü Ujian Contact Resistance

Ujian ini dilakukan untuk memastikan samada terminal contact Vakum Interruptor masih
memenuhi spesifikasi pengilang (jarak contact masukan dan keluaran). Contohnya range
yang ditetapkan oleh pengilang adalah 15W hingga 75W dan sekiranya nilai bacaan yang
diperolehi dalam range tersebut maka Vakum Interruptor tersebut masih berkendali
dengan baik tetapi seandainya nilai bacaan yang diperolehi kurang atau lebih daripada
range yang tetapkan oleh pengilang maka Vakum Interruptor tersebut perlu ditukar
dengan yang baharu. Ujian dilakukan menggunakan Penguji Contact Resistance.
Keputusan hasil ujian akan dipaparkan berdasarkan nilai dalam MW.

ü Ujian VIDAR (VIDAR Test)

Ujian VIDAR dilakukan untuk mengetahui Vakum Interruptor masih boleh bertahan
dengan tekanan yang diberi di dalam Vakum Interruptor (untuk memastikan tabung
Vakum Interruptor mampu menghapuskan percikan api yang berlaku pada terminal
contact di dalam Vakum Interruptor semasa ON atau OFF VCB. Ujian dilakukan
menggunakan Penguji Vakum Interruptor (Meter VIDAR). Sekiranya lampu pandu
Hijau yang menyala, ini menunjukkan Vakum Interruptor berkendalikan dengan baik
dan keputusannya adalah DITERIMA. Manakala sekiranya lampu pandu Merah
menyala, ini menunjukkan bahawa Vakum Interruptor tidak berkendali dengan baik serta
perlu diganti dan keputusannya adalah TIDAK DITERIMA.

35


Click to View FlipBook Version