The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janainbburut, 2021-09-03 23:46:47

PENYELENGGARAAN PENCAWANG MASUK UTAMA VOLTAN TINGGI KOMPLEKS TUDM BANTING SELANGOR

LPKT T5 Full Version 22:8:2021

3.7 Menyelenggara Pengubah Voltan Tinggi

Terdapat beberapa kerja penyelenggaraan yang dibuat ke atas alat ubah voltan tinggi jenis
kering (Cast Resin Dry) iaitu; (i) Pemeriksaan Visual, (i) Ujian keterusan lilitan, (iv)
Ujian rintangan penebat pada lilitan gegelung primer dan skunder. Untuk melaksanakan
kerja-kerja penyelenggaraan pengubah voltan tinggi, terdapat beberapa langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi seperti:

§ Pastikan pengubah dibuktikan mati, diasingkan dan dibumikan.
§ Penguji mestilah berdiri di atas tikar getah.
§ Discharge bushing pengubah di setiap ujian berikutnya.
§ letakkan alat pengujian ditempat selamat.
§ Jaga tingkah laku, fokus terhadap kerja yang dijalankan.
§ Tidak dibenarkan menganggu alat pengujian semasa ujian dijalankan.

Selain daripada melaksanakan langkah-langkah keselamatan, orang kebenaran (AP),
orang kompeten dan juga kontraktor perlu mengambil data pengubah sebagai rekod. Data
pengubah untuk Kompleks TUDM Banting, Selangor yang diselenggara adalah dalam
Jadual 8.

Jadual 8: Data Pengubah Yang diselenggara

Bil Perkara Pernyataan
1 Jenama Holec Resitra (Malaysia) Sdn. Bhd.
2 Penyejukan OnAF

3 KVA 500 KVA
4 High Voltage 11 KV
5 Low Voltage 240V

Langkah-langkah kerja-kerja penyelenggaraan pengubah dan komponennya di
Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting, Selangor adalah seperti
berikut:

§ Masukkan pengubah siap sedia, cabut pemutus litar sampingan voltan rendah
pengubah yang diperbaiki, keluarkan insurans operasi bekalan kuasa memegang, dan
gantungkan tanda ‘Tutup Penutup’ pada pemegang suis.

36

§ Putuskan sambungan pemutus litar pada bahagian voltan tinggi pengubah dan tutup
suis pembumian. Selepas menunaikan sepenuhnya pengubah, kunci kabinet voltan
tinggi dan gantungkan tanda ‘Stop Closing’ pada pemegang suis. (Kawat dasar tidak
dilepaskan tanpa suis asas, dan boleh diuji dengan elektroskop voltan tinggi sebelum
voltan disediakan).

§ Penyelenggaraan pengubah jenis kering, pertama membersihkan selongsong porselin
dan selongsong luar, dan kedua memeriksa sama ada selongsong luar, gasket,
selongsong porselin mempunyai retak, tanda pelepasan atau penuaan tikar getah, sama
ada kabel dan busbar cacat, dan retak harus dipecahkan. Pertukaran.

§ Periksa bahawa permukaan hubungan busbar bersih. Permukaan hubungan harus
dikeluarkan dari lapisan oksida dan disalut dengan minyak majmuk sebatian.

§ Periksa sama ada asas pengubah adalah baik, jika wayar tanah berkarat, dan jika
kakisan itu serius, ia perlu ditukar.

§ Ketatkan terminal plumbum, pin, skru pembumian, dan menyambung skru
busbar. Jika longgar, keluarkan skru, atau gunakan rata nipis untuk menyentuh
permukaan sentuhan dengan perlahan, atau gantikan pencuci spring dan skru sehingga
kenalan itu baik.

§ Bersihkan debu di sekeliling pengubah dan aksesori dan periksa bahawa kemudahan
perlindungan kebakaran dan sistem pengudaraan adalah baik.

§ Tanggalkan suis asas pada bahagian voltan tinggi, kunci suis voltan tinggi, dan ukur
rintangan penebat dengan shaker 2500V. Perbandingan dengan nilai pengukur
pengubah sebelum meninggalkan kilang, rintangan penebatan tidak boleh lebih rendah
daripada 70% daripada data asal di kilang. Sekiranya gagal, ia perlu dilaporkan kepada
pelupusan dalam masa.

§ Tutup suis asas pada bahagian voltan tinggi sekali lagi dan biarkan pelepas pengubah.

§ Periksa bilik pengubah dan pengubah untuk sebarang peralatan yang tinggal dan
mengosongkan tapak.

37

§ Sambungkan pemutus litar sisi voltan rendah untuk memegang insuran operasi
bekalan kuasa dan pasangkan semula tanda amaran "Tiada Dekat" untuk mengelakkan
penghantaran kuasa terbalik kepada pengubah.

§ Putuskan sambungan suis asas sisi voltan tinggi dan periksa garis kawalan pengubah
dan bahagian voltan rendah sekali lagi. Selepas ralat adalah betul, tutup pemutus litar
sisi voltan tinggi pengubah dan biarkan ujian pengubah berjalan untuk menghilangkan
plat penanda sisi voltan tinggi.

§ Periksa ujian penyelenggaraan dijalankan secara terperinci.

3.8 Ujian Pengubah
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap pengubah terdiri daripada; (i) pemeriksaan visual,
(ii) ujian keterusan dan (iii) ujian rintangan penebatan.
§ Pemeriksaan Visual

ü Habuk dan benda asing.
ü Tanda kerosakan.
ü Periksa paras minyak pada tangki utama dan konservertor.
ü Kotak kabel kemasukan dan keluaran.
ü Sesendal kemasukan dan keluaran.

38

Rajah 19: Pemeriksaan Visual

§ Ujian Keterusan Lilitan

ü Tujuan Ujian : Untuk memastikan tiada pengalir yang putus atau

sambungan lucut.

ü Alat Uji : Penguji Rintangan Penebat & Keterusan dengan

julat voltan 5KV, 1KV, 500V.

*Nilai bacaan untuk dianggap baik adalah 0 MW.

ü Tatacara ujian:
Letakan pada tap yang mempunyai lilitan maksima sebelum ujian-ujian
tersebut dijalankan.

ü Pilih julat voltan yang paling rendah pada penguji.
ü Bahagian voltan tinggi (sambungan delta).
ü Ujian dilakukan antara:

–Punca Fasa Merah dan Fasa Kuning.
–Punca Fasa Kuning dan Fasa Biru.
–Punca Fasa Biru dan Fasa Kuning.

39

ü Bahagian voltan rendah
Ujian dilakukan antara:
–Punca Fasa Merah dan Fasa Kuning.
–Punca Fasa Kuning dan Fasa Biru.
–Punca Fasa Biru dan Fasa Kuning.

§ Ujian Rintangan Penebat

Alat Penguji Rintangan Penebat dan Keterusan dengan julat voltan 5KV, 1KV
dan 500V.

– Bahagian Primer

ü Voltan Ujian adalah 5KV
ü Nilai bacaan yang diterima adalah melebihi 300 MW.

Ujian dilakukan antara:
– Punca Fasa Merah dan Bumi.
– Punca Fasa Kuning dan Bumi.
– Punca Biru dan Bumi.

– Bahagian Voltan Rendah
ü Voltan Ujian 5KV.
ü Nilai bacaan yang diterima adalah melebihi 100 MW.

Ujian dilakukan antara adalah:
ü Punca Fasa Merah dan Fasa Kuning.
ü Punca Fasa Kuning dan Fasa Biru.
ü Punca Fasa Biru dan Fasa Kuning.

– Antara Bahagian Primer dan Sekunder

ü Ujian Rintangan Penebat.
ü Voltan Ujian adalah 5KV.
ü Nilai bacaan yang diterima adalah melebihi 100MW.

40

Ujian dilakukan antara gelung primer dan gelung sekunder ialah:

ü Punca Merah Primer dan Punca Merah Sekunder.
ü Punca Kuning Primer dan Punca Kuning Sekunder.
ü Punca Biru Primer dan Punca Biru Sekunder.

3.9 Batal Permit Menjalankan Kerja (PTW) Voltan Tinggi

Proses untuk untuk membatalkan Permit Menjalankan Kerja (PTW) Voltan Tinggi
melalui beberapa prosedur seperti berikut iaitu:

§ Apabila selesai melakukan kerja orang kompeten kontraktor (yang melakukan kerja),
dan pemberi bekalan permis (JKR) hendaklah membuat pemeriksaan dengan teliti
untuk memastikan kesemua sistem yang telah dibumikan sebelum mula kerja
ditanggalkan seperti yang di catat di dalam borang PTW.

§ Apabila semua pembumian telah dibuka orang kompeten kontraktor akan
menandatangani bahagian pengesahan kerja-kerja telah selesai sepenuhnya dengan
sistem selamat di hidupkan semula di borang PTW.

§ Orang kompeten pemberi bekalan (JKR) akan menandatangani ruang pengesahan
pembatalan di borang PTW.

§ Setelah itu, barulah sistem boleh diberikan bekalan semula.

3.10 Kerja Mula Tugas

Kerja mula tugas adalah merupakan proses pensuisan pemulihan bekalan (Normalising)
yang melibatkan prosedur-prosedur berikut iaitu:

§ Pastikan bahawa Orang Berkebenaran (AP) telah memaklumkan kepada pasukan kerja
tiada kerja selanjutnya boleh dilakukan ke atas sistem.

41

§ Pastikan ujian-ujian dan pemeriksaan fizikal telah dilakukan seperti ujian-ujian yang
berikut:

ü Ujian keterusan/ ujian rintangan sesentuh.
ü Ujian rintangan penebatan pada gegelung primer dan sekunder.
ü Tiada keretakan atau kebocoran minyak di bushing ataupun tangki.
ü Penukar tap dikedudukan betul.
ü Tiada kesan karat atau kemek.
ü Pembumian tangki dan start-point adalah betul dan ketat.
ü Semua sambungan adalah ketat.

§ Semua Permit Menjalankan Kerja (PTW) telah dibatalkan.
§ Pastikan pembumian utama litar seperti mana yang dinyatakan dalam Permit

Menjalankan Kerja (PTW) telah ditanggalkan.
§ Periksa secara visual peralatan yang hendak dikendalikan (perhatikan tiada tanda-

tanda kecacatan seperti tanda kebakaran, kebocoran minyak atau bunyi yang luar
biasa).
§ Re-energization - orang yang diberi kuasa menyemak semua dengan jelas sebelum
mendapat arahan daripada Syarikat Haziq Services Sdn Bhd untuk memulihkan
bekalan.
§ Pemulihan (normalise) Bekalan - dibenarkan mengikut turutan pensuisan bagi
memulihkan bekalan seperti sebelum ini di bawah arahan pegawai yang menjaga di
Syarikat Haziq Services Sdn. Bhd.
§ Pastikan orang-orang yang tidak berkenaan berada di luar kawasan penyuisan.
§ Pomen penyelenggaraan menguruskan mula tugas setelah kerja pembaikan atau kerja
penyelenggaraan pencegahan.
§ Orang Kompeten atau Penjaga Jentera Kontraktor mengemaskini laporan
penyelenggaraan, melaporkan kerosakan serta tindakan pembetulan.
§ Pomen penyelenggaraan menganalisa dan menghantar laporan kepada jurutera JKR
yang bertanggungjawab.
§ Jurutera penyelenggaraan mengemas kini laporan.

42

3.10.1 Prosedur Kerja Mula Tugas

Langkah-langkah prosedur kerja mula tugas yang akan dijalan di Pencawang Masuk
Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting, Selangor setelah kerja-kerja
penyelenggaraan dan pengujian switchgear serta pengubah selesai dilakukan adalah
seperti berikut:

§ Maklum OIC (Officer Incharge Control).
§ Batal PTW.
§ Buka semua pembumian

ü Buka atau Off Kabel Bumi suis VCB 5 (buka notis AWAS & NSL).
ü Bukakan Portable Earth talian voltan rendah (kabel ke alatubah).
§ Buka semua notis dan kunci.
§ Buktikan mati atau Off (PCD) talian voltan rendah
§ Masukan talian voltan rendah dan dan Neutral
§ Cabut semua fius
§ Masukan rak Vacum Circuit Breaker (VCB)
§ Memberi bekalan elektrik ikut turutan masukan ke beban.
§ Setelah selesai melakukan kerja-kerja mula tugas, orang kompeten wajib
memaklumkan kepada OIC (Officer Incharge Control) dengan memperkenalkan diri
dan menyatakan tugasan (menyelenggaran dan menguji switchgear serta pengubah) di
Pencawang Masuk Utama Elektrik Kompleks TUDM Banting, Selangor telah selesai
dilaksanakan.

43

Rajah 20: Kerja-kerja Pengujian Rintangan Penebatan Voltan Tinggi
44

Rajah 21: Kerja-kerja Servis dan Selenggara
Unit Power Distribution Transformer 11/ 0.433KV Jenis Cast Resin

45

Rajah 22: Kerja-kerja Servis dan Selenggara Pemtus Litar Vakum 11KV
46

Rajah 23: Kerja-kerja Pengujian Penebatan Spout Bushing VCB dan
Sistem Bus Bar

47

Rajah 24: Kerja-kerja Rombak Rawat dan Servis Pemutus
Litar Voltan Tinggi 11KV

48

Rajah 25 : Kerja-kerja Servis dan Pengukuhan Penebat Unit VCB 11KV
(Pengujian Penebatan)

49

Rajah 26: Kerja-kerja Pengujian Gelung (Penguji Contact Resistance)
50

Jadual 9: Carta Gannt P

Bil Tugasan Mula Selesai 8.00am-
9.00am
1 Permit Menjalankan Kerja
(PTW) Voltan Tinggi 04/12/2021 04/12/2021

2 Henti Tugas 04/12/2021 04/12/2021

3 Menyelenggara Switchgear 04/12/2021 04/12/2021
Voltan Tinggi
04/12/2021 04/12/2021
4 Ujian Switchgear Voltan Tinggi

5 Menyelenggara Pengubah Voltan 04/12/2021 04/12/2021
Tinggi

6 Ujian Pengubah Voltan Tinggi 04/12/2021 04/12/2021

7 Batal Permit Menjalankan Kerja 04/12/2021 04/12/2021
(PTW) Voltan Tinggi 04/12/2021 04/12/2021

8 Kerja Mula Tugas

Proses Penyelenggaraan
Waktu Kerja Dilakukan

10.00am- 11.00am- 1.00pm- 2.00pm- 3.00pm- 4.00pm- 5.00pm- 6.00pm- 7.00pm-
11.00am 12.00pm 2.00pm 3.00pm 4.00pm 5.00pm 6.00pm 7.00pm 8.00pm

51

BAB 4

PENEMUAN, ANALISA DAN HASIL PROJEK

4.1 Pengenalan
Sesuatu pengubah beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang masa yang
menjalani kerugian berterusan 1 hingga 2 peratus tenaga elektrik. Pengubah yang cekap
boleh membantu untuk mengurangkan kerugian. Proses penyelenggaraan bermula sebaik
sahaja sesebuah pengubah itu diterima kerana komponennya akan berubah sifat kesan
daripada penuaan. Dalam penyelenggaraan Switchgear dan pengubah kerja-kerja
pengujian adalah penting.

4.2 Penemuan dan Analisa
Pada bahagian ini penemuan dapatan yang diperolehi sepanjang melakuan kerja-kerja
penyelenggaraan dan pengujian switchgear serta pengubah voltan tinggi dianalisa
berdasarkan standard JKR . Analisa dan perbincangan berdasarkan carta alir perancangan
penyelenggaraan yang dinyatakan dalam bab 3 meliputi: (i) PTW, (ii) henti tugas, (iii)
penyelenggaraan switchgear voltan tinggi, (iv) penyelenggaraan pengubah voltan tinggi,
(v) batal PTW dan (vi) kerja mula tugas.

52

4.2.1 PTW

PTW (Permit To Work) merupakan permit atau lesen kebenaran yang diwajibkan oleh
pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada orang kompeten untuk melakukan kerja-kerja
pemasangan dan penyelenggaraan di kawasan risiko tinggi berkaitan dengan bekalan
elektrik. Permit ini adalah suatu perkara yang menjadi keutamaan kepada pihak pemilik
bangunan atau permis, kontraktor dan juga orang kompeten sebelum melakukan sebarang
kerja-kerja pemasangan atau penyelenggaraan elektrik. Di dalam borang PTW,
disenaraikan nama syarikat, punca bekalan, lokasi serta radas yang memerlukan
peyelenggaraan, nama orang kompeten, senarai pekerja dan masa kerja diselesaikan.
Pelanggaran atau keingkaran untuk memohon PTW adalah merupakan satu kesalahan
menurut Akta dan Peraturan Elektrik 1994. Selain itu, PTW merupakan permit yang akan
melindungi pemilik bangunan atau permis, kontraktor dan juga orang kompeten daripada
pendakwaan di Mahkamah seandainya berlaku kemalangan serta kecelakaan.

4.2.2 Henti Tugas

Sebelum sesuatu kerja yang melibatkan radas elektrik dijalankan, pemilik permis,
kontraktor dan orang kompeten wajib melaksanakan kerja Henti Tugas. Kerja Henti tugas
bertujuan untuk melindungi pekerja-pekerja termasuk orang kompeten daripada terkena
renjatan elektrik semasa melaksanakan pemasangan atau penyelenggaraan radas elektrik.
Kerja Henti Tugas dilaksanakan setelah PTW diperolehi dan melibatkan beberapa
langkah yang wajib dipatuhi seperti:

§ Persediaan sebelum kerja Henti Tugas.
§ Prosedur keselamatan pensuisan voltan tinggi.
§ Persediaan peralatan dan ujian yang akan digunakan.
§ Prosedur Henti Tugas.

53

4.2.3 Penyelenggaraan Switchgear Voltan Tinggi

Kerja-kerja penyelenggaraan switchgear voltan tinggi dilakukan setelah kerja Henti
Tugas dilaksanakan oleh orang kompeten. Penyelenggaraan switchgear voltan tinggi
yang dilaksanakan di Pencawang Masuk Utama Kompleks TUDM Banting, Selangor ini
melibatkan kerja-kerja berikut iaitu:

§ Pemeriksaan dan pembersihan radas VCB
ü Kerja-kerja servis dan selenggara Pemutus Litar Vakum 11KV
ü Kerja-kerja rombak, rawat dan servis Pemutus Litar Tekanan Tinggi 11KV
ü Kerja-kerja servis dan pengukuhan Penebat Unit VCB 11KV.
ü Membersihkan VCB daripada kekotoran dan habuk.

§ Pengujian Pemutus Litar Tekanan Tinggi (VCB)
ü Pengujian Rintangan Penebatan Tekanan Tinggi (VCB)
ü Pengujian Penebatan Spout Bushing Pemutus Litar Tekanan Tinggi (VCB) dan
Sistem Busbar

Kerja-kerja penyelenggaraan switchgear voltan tinggi wajib dilakukan oleh
pekerja-pekerja yang berpengalaman, cekap dan tekun dengan pemantauan serta
bimbingan orang kompeten. Kerja-kerja ini memerlukan ketelitian untuk memastikan
tidak berlaku sebarang kesilapan, kecuaian serta meningkatkan kecekapan switchgear
setelah kerja mula tugas. Kerja-kerja pengujian wajib dilaksanakan oleh orang kompeten
untuk memastikan proses pengujian dilakukan mengikut standard JKR dan ST.

4.2.4 Penyelenggaraan Pengubah Voltan Tinggi

Setelah kerja-kerja penyelenggaraan dan pengujian switchgear voltan tinggi selesai
dilaksanakan, tugasan seterusnya adalah melakukan penyelenggaraan pengubah voltan
tinggi 11KV. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pengujian pengubah voltan tinggi ini
adalah melibatkan kerja-kerja berikut:

54

§ Pemeriksaan Visual
ü Habuk dan benda asing.
– Pekerja-pekerja melakukan pembersihan pengubah daripada habuk
dan benda asing.
ü Tanda kerosakan
– Tiada komponen mengalami kerosakan.
ü Kotak Kabel kemasukan dan keluaran.
– Kotak kabel kemasukan dan keluaran masih dalam keadaan yang elok.
ü Sesendal kemasukan dan keluaran.
– Sesendal kemasukan dan keluaran dalam keadaan yang baik.

§ Ujian Keterusan Lilitan.
§ Ujian rintangan penebatan.

Pemeriksaan visual ini harus dilakukan oleh seorang pekerja yang berpengalaman
dan teliti untuk memastikan penyelenggaraan yang dilakukan menepati standard yang
telah ditetapkan oleh JKR. Selain itu, ia juga untuk mengelakan sebarang kecuaian serta
kemalangan setelah kerja mula tugas dilaksanakan. Selain pekerja yang berpengalaman
dan teliti, orang kompeten mempunyai tanggungjawab untuk memantau dan
membimbing pekerja-pekerja tersebut dalam melaksanakan setiap tugasan
penyelenggaraan. Manakala kerja-kerja pengujian seperti Ujian Keterusan Lilitan dan
Rintangan Penebatan wajib dilakukan oleh orang kompeten yang menandatangani PTW
agar setiap keputusan atau data yang diperolehi tepat dan memenuhi standard yang telah
ditetapkan oleh JKR dan ST.

4.2.5 Batal PTW

Tujuan membatalkan PTW adalah untuk melakukan kerja mula tugas. Kerja mula tugas
tidak boleh dilaksanakan seandainya PTW belum dibatalkan dan menjadi satu kesalahan
sekiranya kerja mula tugas dilakukan berdasarkan Akta dan Peraturan Elektrik 94.
Pembatalan PTW dilakukan oleh orang kompeten kontraktor (menandatangani bahagian
pengesahan kerja-kerja telah selesai sepenuhnya) dan orang kompeten pemberi bekalan
(menandatangani bahagian ruang pengesahan pembatalan di borang PTW). Sebelum
PTW dibatalkan, orang kompeten kontraktor dan pemberi bekalan akan bersama-sama
untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan kesemua sistem yang telah dibumikan

55

sebelum mula kerja ditanggalkan seperti yang dicatat di dalam borang PTW. Sebarang
kesilapan dan kecuaian yang mengakibatkan kemalangan adalah menjadi tanggungjawab
orang kompeten kontraktor dan pemberi bekalan.

4.2.6 Kerja Mula Tugas

Kerja mula tugas merupakan fasa terakhir perancangan penyelenggaraan switchgear dan
pengubah voltan tinggi di Pencawang Masukan Utama Kompleks TUDM Banting,
Selangor (rujuk Rajah 14: Carta Alir Rancangan Penyelenggaraan). Tugasan ini adalah
merupakan proses pemulihan semual bekalan (Normalising). Dalam fasa ini orang
kompeten bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

§ Memaklumkan kepada pasukan kerja tiada kerja selanjutnya boleh dilakukan ke atas
sistem.

§ Memastikan ujian-ujian dan pemeriksaan fizikal telah dilakukan seperti ujian-ujian
yang berikut:

ü Ujian keterusan/ ujian rintangan sesentuh.
ü Ujian rintangan penebatan pada gegelung primer dan sekunder.
ü Tiada keretakan atau kebocoran minyak di bushing ataupun tangki.
ü Penukar tap dikedudukan betul.
ü Tiada kesan karat atau kemek.
ü Pembumian tangki dan start-point adalah betul dan ketat.
ü Semua sambungan adalah ketat.

§ Semua PTW telah dibatalkan.
§ Memastikan pembumian utama litar seperti mana yang dinyatakan dalam PTW telah

ditanggalkan.
§ Memeriksa secara visual peralatan yang hendak dikendalikan (perhatikan tiada tanda-

tanda kecacatan seperti tanda kebakaran, kebocoran minyak atau bunyi yang luar
biasa).
§ Re-energization - orang yang diberi kuasa menyemak semua dengan jelas sebelum
mendapat arahan daripada Syarikat Haziq Services Sdn Bhd untuk memulihkan
bekalan.

56

§ Memulihkan (normalise) bekalan - dibenarkan mengikut turutan pensuisan bagi
memulihkan bekalan.

§ Memastikan orang-orang yang tidak berkenaan berada di luar kawasan penyuisan.
§ Pomen penyelenggaraan menguruskan mula tugas setelah kerja pembaikan atau kerja

penyelenggaraan pencegahan.
§ Mengemaskini laporan penyelenggaraan, melaporkan kerosakan serta tindakan

pembetulan.
§ Pomen penyelenggaraan menganalisa dan menghantar laporan kepada jurutera JKR

yang bertanggungjawab.
§ Jurutera penyelenggaraan mengemas kini laporan.

4.3 Hasil Projek

Hasil projek ini ditunjuk serta dinyatakan berdasarkan maklumat keputusan ujian-ujian
yang dilakukan setelah kerja-kerja penyelenggaraan switchgear dan pengubah voltan
tinggi selesaikan dilaksanakan. Hasil projek ini melibatkan beberapa keputusan ujian
seperti: (i) keputusan ujian switchgear voltan tinggi dan (ii) keputusan ujian keterusan
lilitan pengubah.

4.2.1 Keputusan Ujian Switchgear Voltan Tinggi

Dalam ujian Switchgear Voltan Tinggi, terdapat dua keputusan iaitu:

4.2.1.1 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan
4.2.1.2 Ujian Tekanan Tinggi
4.2.1.3 Ujian Vakum Interruptor

57

4.2.1.1 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan

Keputusan ujian rintangan penebatan Switchgear voltan tinggi adalah seperti dalam
Jadual 10 dan Jadual 11.

Jadual 10: Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Switchgear Voltan Tinggi

(5KV Megger)

Litar Switchgear Keluaran Litar Keluaran Simpan Masukan TNB
Voltan Tinggi Feeder No.1 Feeder No.2 11KV No.2

Litar Tutup GW GW GW GW

Merah – Bumi 109.4 98.4 7.53 2.93

Kuning – Bumi 231 87.8 7.10 1.844

Biru – Bumi 154.7 144.8 32.8 1.475

Merah – Kuning 1.017 602 6.11 4.55

Kuning – Biru 1.113 794 28.6 2.98

Biru - Merah 1.266 720 30.1 3.01

Litar Buka GW GW GW GW

Merah – Merah 631 483 301 161.2

Kuning – Kuning 652 626 255 123.9

Biru – Biru 624 301 127.9 79.1

Jadual 11: Ujian Penebatan Rintangan Busbar

(5KV Megger)

Litar Switchgear Keluaran Litar Keluaran Simpan Masukan TNB

Voltan Tinggi Feeder No.1 Feeder No.2 11KV No.2

Ujian Penebatan MW MW MW MW
Rintangan Busbar

Merah – Bumi 200,000 200,000 200,000 200,000
Kuning – Bumi 200,000 200,000 200,000 200,000
Biru – Bumi 200,000 200,000 200,000 200,000
Merah – Kuning 200,000 200,000 200,000 200,000
Kuning – Biru 200,000 200,000 200,000 200,000
Biru – Merah 200,000 200,000 200,000 200,000

58

4.2.1.2 Ujian Tekanan Tinggi

Dalam Ujian Tekanan Tinggi, terdapat tiga keputusan iaitu:

§ Ujian Tekanan Tinggi Merah – Kuning dan Biru ke Bumi.
§ Ujian Tekanan Tinggi Kuning – Merah dan Biru ke Bumi.
§ Ujian Tekanan Tinggi Biru – Merah dan Kuning ke Bumi.

Keputusan ujian ini seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.

Jadual 12: Keputusan Ujian Tekanan Tinggi

§ Diantara Merah – Kuning dan Biru ke Bumi

Voltan Ujian 24 KV AU 1 Minit
2 mA
Voltan Set Ujian 24 KV Ampere

Masa dimulakan 02.00 PM Kebocoran

§ Diantara Kuning – Merah dan Biru ke Bumi

Voltan Ujian 24 KV AU 1 Minit
2 mA
Voltan Set Ujian 24 KV Ampere

Masa dimulakan 02.20 PM Kebocoran

§ Diantara Biru – Merah dan Kuning ke Bumi

Voltan Ujian 24 KV AU 1 Minit
2 mA
Voltan Set Ujian 24 KV Ampere

Masa dimulakan 02.40 PM Kebocoran

59

4.2.1.3 Ujian Vakum Interruptor

Jadual 13 menunjukkan keputusan Ujian Vakum Interruptor.
Jadual 13: Ujian Vakum Interruptor

Litar Switchgear Keluaran Litar Keluaran Simpanan Masukan 11KV
Voltan Tinggi Feeder No.1 Feeder No. 2 TNB No.2
mW
mW mW mW

Panel Sambungan Bumi OK OK OK OK

Pengujian Vakum Terima Terima Terima Terima

Contact Resistance Merah:37 Merah:41 Merah:25 Merah:28
Kuning:37 Kuning:42 Kuning:27 Kuning:28

Biru:38 Biru:41 Biru:27 Biru:28

4.2.2 Keputusan Ujian Keterusan Lilitan

Dalam ujian keterusan lilitan, terdapat dua keputusan iaitu:

4.2.2.1 Keputusan ujian keterusan lilitan primer
4.2.2.2 Keputusan ujian keterusan lilitan sekunder

4.2.2.1 Keputusan Ujian Keterusan Lilitan Primer

Keputusan ujian keterusan lilitan primer adalah seperti dalam Jadual 14.

Jadual 14: Keputusan Ujian Keterusan Lilitan Primer

Bil Ujian Bacaan
1 Punca Fasa Merah dan Punca Fasa Kuning 0W
2 Punca Fasa Merah dan Punca Fasa Biru 0W
3 Punca Biru Merah dan Punca Fasa Kuning 0W

60

4.2.2.1 Keputusan Ujian Lilitan Sekunder

Jadual 15, menunjukkan keputusan ujian lilitan sekunder.

Jadual 15: Keputusan Ujian Lilitan Sekunder

Bil Ujian Bacaan
1 Punca Fasa Merah dan Punca Fasa Kuning 0W
2 Punca Fasa Merah dan Punca Fasa Biru 0W
3 Punca Biru Merah dan Punca Fasa Kuning 0W

Keputusan-keputusan bacaan ujian yang dilakukan ke atas lilitan primer dan sekunder
0W. Hasil keputusan ini menunjukkan bahawa pengubah ini dalam keadaan baik dan ada
kekuatan dari segi elektrikal dan mekanikal.

4.2.3 Keputusan Ujian Rintangan Penebatan.

Terdapat tiga keputusan yang boleh diperolehi hasil Ujian Rintangan Penebatan
pengubah iaitu:

§ Rintangan penebatan rendah
§ Nilai bacaan kurang daripada 300MW atau 100 MW.
§ Rintangan Penebatan baik
§ Nilai bacaan melebihi daripada 300MW atau 100 MW.
§ Litar pintas
§ Bacaan menunjukkan 0MW.

Keputusan Ujian Rintangan Penebatan yang diperolehi daripada projek ini adalah seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 12 (primer) dan jadual 13 (sekunder).

61

4.2.4 Keputusan Ujian Bahagian Primer

Hasil ujian yang dilakukan terhadap rintangan penebatan pengubah bahagian primer
ditunjukkan dalam
jadual 16.

Jadual 16: Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Bahagian Primer

Bil Ujian Bacaan
1 Punca Fasa Merah dan Punca Bumi 700MW
2 Punca Fasa Merah dan Punca Bumi 700MW
3 Punca Biru Merah dan Punca Bumi 700MW

4.2.5 Keputusan Ujian Bahagian Sekunder

Hasil ujian yang dilakukan terhadap rintangan penebatan pengubah bahagian sekunder
ditunjukkan dalam jadual 17.

Jadual 17: Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Bahagian Sekunder

Bil Ujian Bacaan
1 Punca Fasa Merah dan Punca Bumi 700MW
2 Punca Fasa Merah dan Punca Bumi 700MW
3 Punca Biru Merah dan Punca Bumi 700MW

4.2.6 Keputusan Ujian antara Primer dan Sekunder

Ujian terakhir yang dilakukan pada pengubah adalah ujian rintangan penebatan antara
lilitan primer dan sekunder. Keputusan ujian tersebut ditunjukkan dalam jadual 18. Purata
bacaan yang diperolehi adalah 700MW dan bacaan ini melebihi bacaaan minima 300MW.

62

Keputusan ujian ini menunjukkan bahawa rintangan penebatan pengubah adalah dalam
keadaan yang baik.

Jadual 18: Keputusan Ujian Rintangan Penebatan Antara
Bahagian Sekunder dan Primer

Bil Ujian Bacaan
1 Punca Fasa Merah dan Merah (A-a) 700MW
2 Punca Fasa Merah dan Kuning (A-b) 700MW
3 Punca Fasa Merah dan Biru (A-c) 700MW
4 Punca Fasa Kuning dan Kuning (B-b) 700MW
5 Punca Fasa Kuning dan Merah (B-a) 700MW
6 Punca Fasa Kuning dan Biru (B-c) 700MW
7 Punca Fasa Biru dan Biru (C-c) 700MW
8 Punca Fasa Biru dan Merah (C-a) 700MW
9 Punca Fasa Biru dan Kuning (C-b) 700MW

63

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

Pelaksanaan senggaraan hendaklah dilaksanakan dengan bersistematik dan berkesan agar
proses tersebut berjalan dengan lancar. Proses ini memerlukan satu polisi pengurusan
yang baik dan pemantauan secara menyeluruh agar setiap yang dilakukan memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu Proses pelaksanaan yang sistematik juga akan
mempengaruhi kejayaan aktiviti kerja-kerja penyelenggaraan tersebut. Untuk
memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjalan lancar dan memperolehi kejayaan yang
diharapkan, kefahaman terhadap objektif dan faedah daripada melaksanakan pengurusan
penyelenggaraan haruslah diberi keutamaan dan perhatian yang sewajarnya demi
menjaga imej Syarikat Haziq Services Sdn Bhd.

Kemahiran kerja yang tinggi, kecekapan serta ketenangan adalah faktor yang
perlu diambil kira dalam melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan
pengubah voltan tinggi. Kriteria ini penting bukan sahaja untuk memanjangkan jangka
hayat sesuatu peralatan tetapi ia juga boleh atau mampu mengurangkan risiko
kemalangan terutamanya di Zon Voltan Tinggi seperti Kompleks TUDM Banting,
Selangor. Setiap individu yang bekerja di Zon Voltan Tinggi perlu mengambil langkah
praktik untuk mencegah bahaya untuk dirinya dan juga orang lain. Penyelenggaraan yang
berkesan serta sistematik akan dapat membantu organisasi dalam mengenalpasti masalah-
masalah kegagalan peralatan dengan lebih jelas dan seterusnya melaksanakan proses
pemilihan terhadap langkah-langkah penyelenggaraan yang terbaik sesuai dengan

64

kehendak pihak-pihak yang berwajib seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga
Nasional Berhad (TNB). Untuk melaksanakan penyelenggaraan yang berkesan
memerlukan perancangan yang baik agar kerosakan yang berulang pada bahagian yang
diselenggara dapat dielak atau diminimumkan. Pengetahuan dan kemahiran untuk
mengendalikan alat radas elektrik voltan tinggi bukan hanya dapat mengekalkan
kecekapan alat yang diselenggara tetapi juga keselamatan pengendali serta pengguna.
Pengendalian yang kurang cermat boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Seandainya ini berlaku, adalah menjadi satu kesalahan dan boleh disabitkan sebagai 'salah
laku serius' menurut Peraturan 59 (4) Peraturan-peraturan Elektrik 1994). Pekerja-
pekerja dan majikan perlu berkerjasama bagi memastikan keselamatan semasa
melakukan kerja. Pekerja-pekerja digesa mewujudkan dan mengekalkan suasana kerja
yang selamat dan mematuhi Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dipatuhi untuk
menghindarkan kecederaan di tempat kerja.

5.2 Cadangan

Dalam pembekalan tenaga elektrik di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad merupakan
syarikat yang memonopoli seluruh tenaga elektrik haruslah memiliki pekerja-pekerja
yang berdaya maju, cekap, berpengetahuan dan berfikiran dinamik. Oleh itu, adalah
dicadangkan agar TNB melakukan beberapa penambahbaikan antaranya adalah seperti
berikut:

5.2.1 Mengadakan latihan pengendalian alat suis 11KV dan 33KV di pencawang
baharu secara berjadual bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal,
dan latihan ini boleh refresher untuk pemegang sijil kompeten serta sebagai
familiarization untuk anggota kerja baharu atau non-competent person.

5.2.2 Mengadakan jadual tugasan yang sistematik dikalangan anggota kerja bagi
mempelbagaikan kemahiran pekerja (multitasking).

5.2.3 Menyediakan rancangan penyelenggaraan yang lebih komprehensif, berkualiti
dan terancang di mana kerja menyelenggara ini bertujuan untuk mencegah dan
membaik pulih.

65

5.2.4 Mencari alternatif bagi penambahbaikan proses perolehan dapat dipercepatkan
bagi tujuan perlaksanaan rancangan penyelenggaraan.

5.2.5 Membuka tender kepada kontraktor yang mempunyai kelayakan dan
kepakaran di dalam bidang penyelenggaraan voltan tinggi.

5.3 Kesimpulan

Penyelenggaraan merupakan aktiviti utama dalam pengurusan aset yang berkaitan dengan
kerja-kerja elektrik di Kompleks TUDM Banting, Selangor yang dikendalikan oleh Haziq
Services Sdn Bhd. Matlamat penyelenggaraan yang dilakukan oleh syarikat ini adalah
memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mampu memenuhi permintaan pengguna dan
bekalan elektrik yang konsisten serta selamat. Untuk mencapai matlamat tersebut
beberapa perkara perlu diambil kira seperti perancangan, objektif, prosedur, sumber
kewangan, peraturan, piawaian dan sumber manusia.

Akta bekalan Elektrik 1990, Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Aturan
Keselamatan Kerja TNB dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah
merupakan panduan untuk mempertingkatkan perkhidmatan penyelenggaraan yang
mampu memenuhi visi dan misi syarikat yang merupakan pembekal utama tenaga
elektrik negara.

66

RUJUKAN

1. Panduan Pembangunan Projek Akhir dan Penulisan Laporan Program Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Melalui Sistem Latihan Dual Nasional, Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia, 2012.

2. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi Pemasangan dan Penyelenggaraan
Elektrik Voltan Tinggi EE-320-5:2012, Bahagian National Occupational Skills
Standard, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, 2019.

3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Edisi 2002.
4. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. (2003). Standard Pendawaian Malaysia - MS IEC

60364. Jabatan Standard Malaysia.
5. Undang-undang Malaysia. (2005). Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-

peraturan Elektrik 1994, Pindaan Sehingga mei 2014. MDC Publisher Sdn Bhd (M).
6. Undang-undang Malaysia. (2013). Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Versi Atas

Talian Teks Cetakan Semula yang Kemas Kini.
7. Undang-undang Malaysia. (2019). Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Akta

Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 1990 (Akta 448) dan Peraturan-peraturan.
Malaysia: International Law Book Service.
8. Buku Panduan Piawai Rekabentuk Pencawang Elektrik TNB.
9. National Academy of Sciences, National Academy of Engineering National Research
Council. (2009). America Energy Future: Technology and Transformation. USA:
National Academy of Sciences.

67

LAMPIRAN

68

Lampiran 1
SURAT PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN SANGKUTAN

69

Lampiran 2
PERMIT MENJALANKAN KERJA (PTW) BAGI KERJA BERISIKO TINGGI

70

71

72

Lampiran 3
SIJIL UJIAN SWITCHGEAR GCB/VCB/OCB VOLTAN TINGGI

73

74

SENARAI LAMPIRAN

NO TAJUK HALAMAN

01 Surat Pengesahan Menjalani Latihan Sangkutan 69
70
02 Permit Menjalankan Kerja (PTW) Bagi Kerja Berisiko
Tinggi 73

03 Sijil Ujian Switchgear GCB/VCB/OCB Voltan Tinggi

xii


Click to View FlipBook Version