The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROKIAH ABDULLAH, 2021-09-17 22:48:54

BUKU KONSEP DAN MANUAL SEKOLAH SELAMAT

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

 Kantin/Dewan makan hendaklah ditutup atas arahan pengetua.

5. KESELAMATAN MURID DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa juga keadaan ketika berada dan menggunakan bengkel.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan bengkel tempat yang selamat untuk pengajaran dan
pembelajaran murid.
2.2. Memastkan semua peralatan dalam bengkel berada dalam keadaan yang
baik dan selamat untuk digunakan.
2.3. Memastkan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi.
2.4. Memastikan mesin-mesin elektrik dan sistem pendawaian elektrik
berfungsi dengan baik.
2.5. Memastkan guru dan murid mengetahui tindakan yang akan dilakukan jika
berlaku kemalangan atau kebakaran di dalam bengkel.

3. TATACARA MURID:
3.1. Pakaian:
 Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
 Memakai kasut sekolah bertutup dan berwarna putih.
 Memakai baju lengan pendek semasa amali
 Tali leher tidak perlu dipakai semasa berada di dalam bengkel
 Tudung yang labuh perlu diikat.
 Memakai apron semasa kerja amali.
 Rambut perlu diikat dengan rapi bagi murid perempuan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 51

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

3.2. Alatan Tangan:
 Murid boleh menggunakan alatan tangan hanya dengan kebenaran guru.
 Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan
tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan.
 Gunakan alatan tangan dengan cermat dan berhati-hati.
 Alatan tangan tidak dibenarkan membawa keluar dari bengkel tanpa
kebenaran guru.
 Jangan menggunakan alatan tangan yang rosak.
 Jangan cuba memperbaiki alatan tangan yang rosak
 Alatan tangan perlu disimpan semula ke tempat asalnya selepas
digunakan.

3.3. Mesin:
 Murid tidak dibenarkan menggunakan mesn gergaji jig tanpa
pengetahuan guru.
 Mesin gerudi, mesin pemotong segitepat, mesin lipat dan mesin canai
boleh dgunakan dengan tunjukajar guru.
 Ketika menggunakan mesin gerudi, pelajar diwajibkan memakai gogal.

4. TATACARA GURU:
4.1. Guru hendaklah memaklumkan peraturan penggunaan bengkel kepada
murid.
4.2. Guru hendaklah memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan baik
dan selamat untuk digunakan
4.3. Guru hendaklah memastikan bahan buangan / lebihan dbuang/ disimpan
ditempat yang telah ditetapkan.
4.4. Jika berlaku kemalangan, jangan panik dan ikut peraturan keselamatan
dan arahan yang telah ditetapkan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 52

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

5. PERATURAN AM:
5.1. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bengkel.
5.2. Murid mesti beratur di luar bengkel sebelum guru memberi arahan untuk
masuk ke dalam.
5.3. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel tanpa kehadiran guru.
5.4. Pintu bengkel mestlah dikunci selepas digunakan.
5.5. Guru harus memastikan lantai tidak licin dan berminyak bagi
mengelakkan kemalangan.
5.6. Murid dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh
semasa berada di bengkel.
5.7. Murid adalah dilarang/dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan
mengubah alatan/bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
5.8. Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas aktviti
dijalankan.
5.9. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan
tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan.
5.10. Murid perlu memastikan tangan dalam keadaan yang kering sebelum
menggunakan sebarang peralatan elektrik.

6. SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN, LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU
DAMBIL ADALAH :
6.1. Padamkan suis kecemasan
6.2. Gunakan pemadam api untuk memadam api.
6.3. Jika api tidak dapat dikawal, keluar dari bengkel dengan teratur.
6.4. Murid mesti mematuhi arahan guru dan ketua fomen.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 53

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

CARTA ALIRAN TATACARA (RAWATAN KECEMASAN) SEKIRANYA BERLAKU
KEMALANGAN

DI BENGKEL KEMAHIRAN HDUP

Kemalangan

Laporkan kepada guru.
Rekodkan
Dapatkan rawatan mengkut jenis kemalangan

TIDAK YA Serius ?
Bawa ke hospital
Sekolah Beritahu penjaga
seperti
biasa Kes polis/laporkan untuk tuntutan

TIDAK

YA

Laporkan kepada polis

Sediakan laporan hospital dan laporan
polis untuk tuntutan

Sekolah
seperti biasa

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 54

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

6. KESELAMATAN MURID DI BILIK MASAKAN

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil oleh pelajar
semasa menggunakan bilik masakan bertujuan mewujudkan suasana
persekitaran yang kondusif dan mempunyai peraturan yang dapat membantu
keselamatan semua. Ia termasuklah pendawaian dan peralatan elektrik. Bilik
Masakan SMK Seri Perak terletak di Blok I .

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan bilik masakan tempat yang selamat untuk pengajaran dan
pembelajaran murid
2.2. Memastikan semua peralatan dalam makmal masakan berada dalam
keadaan baik dan selamat digunakan oleh murid
2.3. Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi
dengan baik.
2.4. Memastikan peralatan elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi
dengan baik.
2.5. Memastikan guru dan murid mengetahui tindakan yang akan dilakukan
jika berlaku kemalangan atau kebakaran.

3. TATACARA MURID:
3.1. Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan
dan kemalangan atau kecederaan.
3.2. Tidak menggunakan peralatan yang rosak dan jika ada peralatan yang
rosak perlu melaporkan kepada guru.
3.3. Patuhi peraturan keselamatan dalam makmal.
3.4. Penggunaan peralatan elektrik dan perlatan lain perlu diawasi guru dan
mendapat kebenaran guru.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 55

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

3.5. Memahami cara penggunaan sesuatu peralatan dan cara penggunaan
yang selamat.

4. TATACARA GURU:
4.1. Memaparkan dan memaklumkan kepada murid segala peraturan dan
langkah keselamatan dalam bilik masakan.
4.2. Menanamkan sikap tanggungjawab dalam diri murid
4.3. Menerima dan membuat laporan kerosakan serta mengambil tindakan
yang sewajarnya.
4.4. Peka terhadap persekitaran dan keselamatan makmal. Meletakkan tanda
atau label amaran di tempat yang bahaya dan kurang selamat untuk
digunakan.
4.5. Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan dan melaporkan
kepada pihak pengurusan.
4.6. Sentiasa bersedia iaitu dengan mengetahui tentang langkah - langkah
yang perlu diambil jika berlaku kemalangan atau kebakaran.
4.7. Guru perlu ada pengetahuan tentang pertolongan cemas jika berlaku
kemalangan kecil seperti luka dan boleh menggunakan peralatan
mencegah kebakaran seperti alat pemadam api.
4.8. Utamakan keselamatan murid jika menggunakan peralatan eletrik dan
dapur.
4.9. Pastikan murid melakukan aktiviti amali mengikut peraturan dan bekerja
dalam keadaan yang selamat dan terkawal.

5. PERANAN IBU BAPA:
5.1. Melaporkan kepada pihak sekolah tentang sebarang kerosakan yang
dikesan.
5.2. Membantu pihak sekolah jika ada kepakaran dalam membaiki kerosakan.
5.3. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.
5.4. Selalu mengingati anak – anak tentang keselamatan diri.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 56

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

6.1. KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK
DI BILIK MASAKAN.

1. DEFINISI:
Merupakan langkah – langkah keselamatan yang harus diambil semasa menghadapi
apa jua keadaan, ketika berlaku kerosakan sistem pendawaian dan peralatan eletrik di
dalam bilik masakan.

2. TATACARA MURID:
2.1. Melaporkan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan kepada guru,
pentadbir atau pekerja.
2.2. Jangan ubah suai peralatan eletrik yang rosak.
2.3. Jangan menyentuh atau cuba memperbaiki peralatan yang rosak dan terdedah
kepada bahaya.
2.4. Jangan hampiri kawasan yang berlabel : “AWAS” / “BAHAYA” .
2.5. Patuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan dan peka dengan arahan guru.

3. TATACARA GURU:
3.1. Laporkan kepada pentadbir segala kerosakan supaya tindakan segera dapat
diambil.
3.2. Jika perlu pindahkan murid ke tempat yang selamat.
3.3. Pemeriksaan berkala dan baik pulih perlu dilakukan oleh pentadbir setiap 10
tahun sekali.
3.4. Memaklumkan dan melabel sesuatu kawasan mengikut tahap bahaya seperti
label kawasan ‘LARANGAN’.
3.5. Setiap laporan dan tindakan perlu direkodkan semula.
3.6. Jika berlaku sebarang kemalangan perlu patuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 57

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

4. Tindakan Berkala Memastikan Bilik Masakan Dalam Keadaan Yang Selamat:
4.1. Memastikan dapur, gas dan peralatan elektrik dan peralatan lain selamat
digunapakai.
4.2. Memeriksa kebocoran gas sebelum memulakan sesi amali masakan atau 2 kali
setahun.
4.3. Memastikan peti pertolongan cemas lengkap dan mencukupi.
4.4. Memastikan alat pemadam api boleh digunakan dan diservis sekali setahun.

5. KAWAD KEBAKARAN:
5.1. Bunyikan loceng 3 kali berturut – turut atau bunyikan loceng isyarat pengera
kebakaran ( fire Alarm ).
5.2. Kosongkan bilik. Murid berdiri di sisi meja dan tunggu arahan guru untuk
memaklumkan laluan yang selamat untuk ke tapak perhimpunan.
5.3. Bergerak dalam satu barisan dengan pantas dan senyap serta terkawal.
5.4. Guru perlu menutup pintu bilik dan mengiringi murid ke tempat perhimpunan
dengan membawa rekod kedatang atau catatan kehadiran pelajar.
Panggil bomba dengan segera.
5.5. Ketika ke tapak perhimpunan semak murid dan pastikan semua pelajar
5.6. mencukupi Jika didapati ada murid yang tiada cari murid tersebut di tempat lain
seperti di tandas dan sebagainya.
Jika berlaku kebakaran kecil ketika di makmal masakan, guru perlu utamakan
5.7. keselamatan murid. Gunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 58

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

PELAN KEBAKARAN BILIK MASAKAN BLOK I.

Dewan Dewan
Kuliah Besar

Tapak Perhimpunan

Dataran Kejat

Blok Blok
SB SA

Blok SI Surau
Bilik
Jahitan

Bilik
Masakan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 59

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

CARTA ALIRAN
JIKA BERLAKU KEBAKARAN KECIL DALAM MAKMAL

Kebakaran kecil

Kawal keadaan dan pastikan tiada
pelajar yang cedera.

Jauhkan pelajar dari situasi
yang bahaya.

Padamkan api menggunakan alat
pemadam api, tutup dapur dan suis.

Laporkan kepada pentadbir
Jika ada pelajar yang cedera, beri rawatan

yang sepatutnya.

Baik pulih keadaan dan tempat.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 60

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

7. KESELAMATAN MURID DI MAKMAL SAINS

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa juga keadaan ketika berada dan menggunakan makmal.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan makmal tempat yang selamat untuk pengajaran dan pembelajaran
pelajar.
2.2. Memastikan semua alat-radas dalam makmal berada dalam keadaan yang baik
dan selamat untuk digunakan.
2.3. Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan berfungsi.
2.4. Memastikan sistem aliran gas(paip gas) dan sistem pendawaian elektrik
berfungsi dengan baik.
2.5. Memastikan guru dan pelajar mengetahui tindakan yang akan diambil jika
berlaku kemalangan atau kebakaran di dalam makmal.

3. TATACARA MURID:
3.1. Pakaian:
 Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
 Memakai kasut sekolah bertutup dan berwarna putih.
 Memakai baju lengan pendek semasa amali
 Tali leher tidak perlu dipakai semasa berada di dalam makmal.
 Tudung yang labuh perlu diikat.
 Memakai ‘lab-coat’ semasa menjalankan kerja amali.
 Rambut perlu diikat dengan rapi bagi pelajar perempuan.
 Tidak boleh(dilarang) sama sekali makan/ minum dalam makmal.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 61

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

3.2. Bahan dan Radas:
 Pelajar boleh menggunakan bahan dan radas hanya dengan kebenaran guru.
 Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak
berfungsi dan salah dilabelkan.
 Gunakan bahan dan radas dengan cermat dan berhati-hati.
 Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran
guru.
 Jangan menggunakan alat-radas yang rosak.
 Jangan cuba memperbaiki alat-radas yang rosak.
 Alat-radas perlu disimpan semula ke tempat asalnya selepas digunakan.
 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menyentyuh/mengusik dan menggunakan
peralatan PPSMI(lap-top dan LCD) tanpa keizinan dari guru.

3.3. Bahan asid dan Beralkali:
 Pelajar sama sekali tidak dibenarkan menjalankan eksperimen melibatkan
bahan asid dan alkali tanpa arahan dari guru.
 Ikut panduan yang betul apabila mengoperasikan dua bahan berasid/beralkali.
 Minta panduan/Tanya guru dari masa ke semasa sekiranya kurang yakin
dengan tindakbalas yang mungkin akan berlaku.
 Sekiranya berlaku tumpahan asid/alkali pada anggota badan maka segera
basuhkan dengan air yang banyak dan laporkan kepada guru.

3.4. Sistem bekalan gas(paip gas):
 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan(membuka) paip gas tanpa arahan guru.
 Jika anda terbau gas semasa memasuki makmal sila laporkan kepada
guru/pembantu makmal.
 Pastikan tidak menghala kearah kawan ketika menjalankan ujikaji pemanasan.
 Pastikan semua paip gas ditutup selepas tamat menjalankan eksperimen.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 62

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

4. TATACARA GURU:
4.1. Guru hendaklah memaklumkan peraturan penggunaan makmal kepada murid.
Guru hendaklah memastikan alat-radas yang digunakan dalam keadaan baik
4.2. dan selamat untuk digunakan
Guru hendaklah memastikan bahan buangan(lebihan eksperimen) dibuang/
4.3. disimpan ditempat yang telah ditetapkan.
Jika berlaku kemalangan, jangan panik dan ikut peraturan keselamatan dan
4.4. arahan yang telah ditetapkan.

5. PERATURAN AM:
5.1. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
5.2. Pelajar mesti beratur di luar makmal sebelum guru memberi arahan untuk
masuk ke dalam.
5.3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kehadiran guru.
5.4. Pintu makmal mestilah dikunci selepas digunakan.
5.5. Guru harus memastikan lantai tidak licin dan berminyak bagi mengelakkan
kemalangan.
5.6. Murid dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh
semasa berada di makmal.
5.7. Murid adalah dilarang/dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan
mengubah alatan/bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
5.8. Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas eksperimen
dijalankan.
5.9. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak
berfungsi dan salah dilabelkan.
5.10. Murid perlu memastikan tangan dalam keadaan yang kering sebelum
menggunakan sebarang peralatan elektrik.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 63

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

6. SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN, LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU
DIAMBIL ADALAH :
6.1. Padamkan suis kecemasan
6.2. Gunakan pemadam api untuk memadam api.
6.3. Jika api tidak dapat dikawal, keluar dari makmal dengan teratur.
6.4. Pelajar mesti mematuhi arahan guru dan ketua fomen.

8. KESELAMATAN PENGGUNAAN KANTIN

1. PENDAHULUAN:
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian berat terhadap
kepentingan kesihatan dan keselamatan murid. Usaha-usaha untuk melindung,
menjaga dan memelihara kesihatan dan keselamatan murid hendaklah diberi
keutamaan ketika berurusan di kantin sekolah.

2. RASIONAL :
Kantin sekolah merupakan sumber utama bagi murid dan juga warga sekolah
mendapatkan keperluan makanan semasa mereka berada di sekolah. Justeru itu
adalah sangat penting bahan-bahan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa
selamat dimakan, bersih dan berkhasiat. Konsep makanan seimbang yang berkualiti
dan mengenyangkan perlu diutamakan. Selain daripada mutu makanan itu sendiri
faktor kebersihan dan suasana kantin yang ceria perlu dititikberatkan.

3. OBJEKTIF:
3.1. Memastikan kantin memenuhi ciri-ciri keselamatan, kebersihan dan keceriaan.
Memastikan pengendali/pengusaha kantin dapat menentukan makanan yang
3.2. disedia dan dijual adalah selamat untuk dimakan oleh pengguna di sekolah.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 64

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

3.3. Memastikan hanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan
mengenyangkan sahaja dijual di kantin sekolah.

3.4. Pengawasan kebersihan kantin sentiasa dipantau meliputi kebersihan diri
pekerja, kemudahan dan perkakasan.

3.5. Menyelia keadaan kantin dengan rapi bagi memastikan penyelenggaraan dan
kemudahan-kemudahan kantin sentiasa terkawal.
Memastikan pekerja / pengusaha kantin mengetahui tindakan perlu diambil jika

3.6. berlaku keracunan, kebakaran, kecederaan dan sebagainya.

4. TATACARA MURID:
4.1. Mematuhi arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa
berada di kantin.
4.2. Murid tidak dibenarkan bermain atau berlari-lari di kantin.
4.3. Murid tidak dibenarkan masuk atau bermain di dapur / tempat penyediaan
makanan.
4.4. Prihatin terhadap tabiat pengambilan makanan yang sihat dan
mengenyangkan.
4.5. Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah keracunan
makanan, kecederaan atau kerosakan kepada guru / pengusaha kantin.
4.6. Mengalihkan bekas makanan yang telah digunakan ke dalam bekas yang
disediakan, bagi membolehkan waktu senggang pelajar lain untuk mentelaah
pelajaran sementara sesi kelas berikutnya bermula.

5. TATACARA GURU:
5.1. Memaparkan dam memaklumkan kepada murid segala peraturan semasa
berada di kantin.
5.2. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan
kantin.
5.3. Sentiasa bersedia iaitu mengetahui tentang langkah-langkah yang perlu diambil

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 65

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

jika berlaku keracunan makanan, kebakaran atau kecederaan.
5.4. Menanam sikap dan amalan adap-adap kepada murid ketika berada kantin

sekolah melalui:
 poster,
 edaran risalah
 taklimat semasa perhimpunan mingguan.

5.5. Memantau dan memastikan tidak berlaku sebarang kegiatan tidak sihat yang
dilakukan oleh pelajar seperti mencuri, merosakkan peralatan, merosakkan
kemudahan-kemudahan kantin dan sebagainya.

5.6. Melaporkan dan membantu pihak sekolah/ pengusaha kantin jika berlaku
sebarang kerosakan kemudahan kantin.

6. PERANAN IBUBAPA:
6.1. Menyampaikan maklum balas dan cadangan kepada pihak sekolah berkaitan
dengan pengurusan kantin dan sebagainya.
6.2. Melaporkan dan bekerjasama dengan pihak sekolah sekira anak-anak
mengalami keracunan makanan disebabkan pengambilan makanan yang dijual
di kantin sekolah.
6.3. Sering menasihati anak-anak tentang pengambilan pemakanan yang sihat dan
mengenyangkan ketika berbelanja disekolah.
6.4. Bersedia membantu atau bergotong-royong dengan pihak sekolah untuk
meningkat tahap keselamatan, kemudahan, kebersihan dan keceriaan kantin.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 66

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

TATACARA KERACUNAN MAKANAN

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 67

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

9. KESELAMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. DEFINISI:
Manual keselamatan pusat sumber merupakan langkah-langkah keselamatan
yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa juga keadaan, ketika berada
dan menggunakan pusat sumber.

2. LATAR BELAKANG:
2.1. Kekuatan:
 Guru dan pelajar setiap masa menggunakan pusat sumber.
 Pusat sumber mempunyai banyak peralatan elektrik.
 Terdapat lebih kurang 20 000 koleksi buku di sini.
2.2. Kelemahan :
 Perpustakaan hanya menggunakan satu pintu sahaja untuk keluar
dan masuk.
 Bangunan ini adalah bangunan lama.
 Masih terdapat anai-anai walaupun telah dibuat pengwasapan oleh
pengawal serangga.

3. OBJEKTIF :
3.1. Guru dan pelajar yakin menggunakan pusat sumber sekolah ini.
3.2. Keselamatan pengguna terjamin.
3.3. Pihak pengguna tahu serta mengamalkan manual keselamatan di pusat
sumber.

4. TATACARA PELAJAR:
4.1. Sebarang penggunaan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.
4.2. Pastikan peralatan yang digunakan baik dan selamat.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 68

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

4.3. Laporkan segera kepada guru atau pegawai bertugas jika didapati
sebarang kerosakan.

4.4. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan atau penggunaan sedia ada
dan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

4.5. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panic, patuhlah kepada
peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

4.6. Jika berlaku kebakaran, pelajar mestilah menggun akan alt pemadam api
yang tersedia.

5. TATACARA GURU PUSAT SUMBER:
5.1. Memaparkan dengan jelas peraturan yang disedikan untuk bilik pusat
sumber.
5.2. Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri murid.
5.3. Jika menerima laporan kerosakan, ambil tindakan dan segera melaporkan
kepada pihak pengurusan.
5.4. Memastikan alatan diperiksa dari semasa ke semasa.

11. KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN PERMAINAN
DAN PADANG / GELANGGANG

1. PENGENALAN:
Penggunaan peralatan permainan dan padang/gelanggang merupakan aktiviti
yang dijalankan di luar kelas sama ada yang melibatkan waktu pembelajaran
contohnya sewaktu pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan maupun yang
di luar waktu pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum.

2. RASIONAL:

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 69

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

2.1. Penggunaan peralatan permainan dan padang/gelanggang memerlukan
suatu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan semua pihak dalam
memastikan keselamatan semua pihak.

2.2. Guru menghadapi masalah apabila murid yang di bawah jagaannya
mendapat kemalangan disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya
boleh dikesan lebih awal.

3. OBJEKTIF:
3.1. Tidak berlaku kemalangan semasa menjalankan aktiviti menggunakan
peralatan permainan dan padang/gelanggang
3.2. Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira
tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
3.3. Memastikan pengurusan peralatan dan diri murid mengikut tatacara yang
disediakan.

4. TATACARA MURID:
4.1. Penggunaan padang atau gelanggang permainan mestilah mendapat
kebenaran guru atau pegawai yang diamanah oleh pentadbir sekolah.
4.2. Memastikan alatan yang digunakan selamat dan berkeadaan baik.
Sebarang aktiviti di padang permainan dan penggunaan alatan
4.3. permainan mestilah dalam pengawasan guru/jurulatih. .
4.4. Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang
aktiviti dijalankan.
4.5. Mengikuti aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek
keselamatan.
4.6. Memastikan padang/gelanggang permainan dibersihkan dan
mengembalikan alatan setelah digunakan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 70

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

5. PERANAN GURU:
5.1. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti menggunakan
padang/gelanggan permainan melalui :-
 Poster
 Perhimpunan mingguan
 Ceramah
 Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
 Tayangan video
 Edaran
5.2. Memastikan penggunaan padang/gelanggang permainan mendapat
kebenaran.
5.3. Memastikan pemeriksaan/pemantauan untuk mengenalpasti sebarang
masalah atau kerosakan padang/gelanggang permainan.
5.4. Memastikan penyelenggaraan padang/gelanggang permainan dilakukan.

12. KESELAMATAN DI KAWASAN SUNYI DAN GELAP

1. PENDAHULUAN:
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian berat terhadap
pentingnya keselamatan murid. Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan
memelihara keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan sepanjang masa
mereka berada di sekolah.

2. RASIONAL:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa jua keadaan, ketika melalui atau menggunakan kawasan yang sunyi
dan gelap. Kawasan sunyi mengikut pentakrifan buku Konsep dan Manual Sekolah

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 71

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

Selamat yang disediakan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah merujuk kepada kawasan yang bukan laluan utama dan jauh daripada
penempatan murid. Manakala kawasan gelap pula merujuk kepada kawasan yang
tidak mendapat bekalan elektrik atau tidak diterangi oleh cahaya lampu.
Kawasan yang di kenalpasti sebagai sunyi dan gelap atau jauh dari pandangan
umum di sekolah ini ialah kawasan sekitar belakang bangunan, kawasan antara blok
bangunan, kawasan tangga bangunan yang tersorak dan hujung bangunan
Kemahiran hidup. Kawasan tandas murid lelaki dan murid perempuan juga
dikategorikan sebagai kawasan yang berisiko dan perlu perhatian pentadbir sekolah.

3. OBJEKTIF:
3.1. Memastikan kawasan sekolah kawasan yang selamat.
3.2. Memastikan warga sekolah warga yang perihatin dan sentiasa bersedia
menghadapi menghadapi sebarang kemungkinan.

3.3. Memastikan langkah-langkah diambil untuk memastikan semua kawasan
sekolah diterangi.

4. TATACARA MURID:
4.1. Mematuhi arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa
berada di kawasan yang dinyatakan berisiko diatas.
4.2. Murid dinasihatkan supaya menjauhkan diri / tidak dibenarkan bermain di
kawasan yang di sebutkan terutamanya semasa awal pagi dan lewat petang
atau semasa suasana gelap.
4.3. Murid dinasihatkan berteman apabila perlu pergi ketempat yang disebutkan
berisiko diatas.
4.4. Melaporkan dengan segera sekiranya berlaku sebarang masalah /kejadian
yang mencurigakan dikawasan berkenaan atau melihat kerosakan atau

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 72

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

kecederaan peralatan atau seseorang kepada guru atau pentadbir sekolah..
Jika perlu berada ditempat berkenaan, jangan berada terlalu lama. Beredar
4.5. segera terutama pada waktu berisiko tinggi.

5. TATACARA GURU:
5.1. Memaparkan dam memaklumkan kepada murid segala peraturan semasa
berada di tandas, lorong gelap, hujung bangunan bangunan, tangga atau
seumpamanya.
5.2. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan
cara menjaga keselamatan diri.
5.3. Memaklumkan kawasan-kawasan berisiko kepada murid melalui poster,
edaran risalah dan taklimat semasa perhimpunn mingguan.
5.4. Memantau dan memastikan tidak berlaku sebarang kegiatan tidak sihat di
kawasan berisiko.

13. KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK
1. DEFINISI:

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa jua keadaan, ketika berlaku kerosakan sistem pendawaian dan
peralatan elektrik di dalam kawasan sekolah SMK SERI PERAK.

2. TATACARA MURID:
2.1. Laporkan dengan segera kepada guru / pekerja atau pihak pentadbiran
sekolah
2.2. Jangan ubah suai peralatan elektrik yang rosak.
Jangan cuba memperbaiki atau menyentuh alatan dan pendawaian
elektrik yang terdedah dan merbahaya.
2.3. Segera maklum dan melabelkan serta menjadikan kawasan berkenaan
sebagai kawasan larangan sementara.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 73

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

2.4. Jangan menghampiri tempat yang berlabel atau bertanda “BAHAYA
atau AWAS”

2.5. Mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan dan dikeluarkan oleh
pihak berkuasa.

3. TATACARA GURU:
3.1. Melaporkan kepada pihak pentadbir supaya mengambil tindakan yang
sewajarnya dengan segera untuk memperbaiki peralatan tersebut.
3.2. Sekiranya keadaan memerlukan, pindahkan murid-murid ke tempat lain
atau tempat yang lebih selamat.
3.3. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan dan diperbaiki setiap 10 tahun sekali
oleh pihak pentadbir.
3.4. Kaunselor perlu memaklumkan dan melabelkan serta menjadikan
kawasan tersebut sebagai kawasan larangan.

3.5. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan semula.
3.6. Jika berlaku sebarang kemalangan, segala arahan dan peraturan yang

telah ditetapkan hendaklah dipatuhi.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 74

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

NAMA PENGADU BORANG ADUAN KEROSAKAN
LOKASI / KELAS PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK
TARIKH
: .………………………………….
: …………………………………..
: …………………………………..

BIL JENIS PERALATAN KUANTITI BENTUK KEROSAKAN CATATAN
1
2
3
4

14. KESELAMATAN BANGUNAN DALAM KAWASAN SEKOLAH

1. DEFINISI:
Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak tempat yang selamat.
Mewujudkan suasana persekitaran kondusif yang dapat membantu keselamatan
ke atas semua warga SEMARAK. Ia termasuklah pendawaian dan peralatan
elektrik di sekolah, kelas, bilik-bilik khas di sekolah, tandas, asrama, gelanggang
permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah berada dalam keadaan baik
dan selamat.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga
SEMARAK.
2.2. Bahagian bangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan
kegunaannya.
2.3. Memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan sempurna.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 75

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

2.4. Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi
dengan baik.

2.5. Memastikan bangunan kantin sekolah baik dan sesuai untuk proses
penyediaan makanan.

3. TATACARA MURID:
3.1. Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan.
3.2. Menjauhi kawasan merbahaya
3.3. Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau yang boleh
membahayakan.
3.4. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
3.5. Membaca peraturan dan memahami cara penggunaan peralatan yang
akan digunakan dengan betul.
3.6. Dapatkan khidmat nasihat guru untuk menggunakan sesuatu peralatan.

4. PERANAN GURU:
4.1. Memaparkan dengan jelas peraturan yang telah dibuat di semua bilik
khas.
4.2. Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid.
4.3. Menerima laporan kerosakan.
4.4. Meletakkan papan tanda atau label di tempat-tempat yang merbahaya
dan tidak selamat.
4.5. Mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak
pengurusan.
4.6. Memastikan premis dan alatan dari masa ke semasa untuk memastikan ia
dapat digunakan dengan baik.
4.7. Buat laporan jika berlaku kemalangan.

5. PERANAN IBU BAPA:

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 76

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

5.1. Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan
5.2. Menolong pihak sekolah membaiki kerosakan menggunakan kepakaran

yang ada.
5.3. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah
5.4. Selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri.

CARTA ALIRAN TATACARA KESELAMATAN BANGUNAN, PENDAWAIAN DAN
PERALATAN ELEKTRIK DI SEKOLAH

Taklimat
Melabelkan tempat yang
bahaya

Mengadakan taklimat

BAHAYA Pemantauan

Rujuk Pentadbir Tiada bahaya
(memuaskan)
Mesyuarat penilaian
StafPIBG

Bantuan Tindakan susulan/
Pihak Luar Penambahbaikan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 77

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

15. KESELAMATAN PERABOT KELAS

1. DEFINISI:
Mewujudkan sekolah tempat yang selamat. Menjadikan suasana persekitaran dalam
bilik darjah tempat yang kondusif dan semua perabot selamat digunakan pada setiap
masa. Antara perabut yang dimaksudkan ialah meja murid, kerusi murid, meja guru,
kerusi guru, papan putih, penyodok sampah, bakul sampah, penyapu, pemadam,bulu
ayam dan marker pen yang sesuai.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan bilik darjah tempat yang selamat untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
2.2. Memastikan semua perabot kelas berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Memastikan bangku dan meja murid yang rosak tidak digunakan oleh murid
2.3. Memastikan guru dan murid mengetahui tindakan yang patut dibuat jika perabot
rosak atau membahayakan.
2.4. Tidak menjadikan perabot kelas sebagai alat senda gurauan ataupun
pergaduhan dalam bilik darjah
2.5. Menjadikan jangka hayat perabot lebih lama daripada biasa kerana kesedaran
murid untuk sama-sama bertanggungjawab menjaganya.
2.6.

3. TATACARA MURID:
3.1. Setiap murid dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan kerusi dan meja
masing-masing.
3.2. Murid dikehendaki duduk di kerusi dan meja yang diperuntukan kepada mereka
sejak awal tahun mengikut nombor siri perabot dalam kelas berkenaan.
3.3. Murid melaporkan kepada guru kelas masing-masing jika ada perabot yang tidak
selamat digunakan.
3.4. Pelajar tidak dibenarkan membaiki perabot yang rosak kerana ini
membahayakan murid.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 78

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

3.5. Jawatan kuasa perabot kelas dikehendaki mengemaskinikan retan perabot kelas
dari masa ke masa.

3.6. Perabot yang benar-benar rosak hendaklah dihantar ke belakang tandas
berhampiran Blok Sains Teras untuk dilupuskan.

3.7. Perabot yang masih baik tetapi berlebihan terdapat dalam kelas hendaklah
dijaga dengan baik ataupan dihantarkan semula ke bilik perabot sementara di
Blok Sains.

4. TATACARA GURU:
4.1. Guru perabot bertanggungjawab untuk memproses perabut baru antaranya ialah
menyediakan kad inventori perabot, melabelkan HAK KERAJAAN, menulis
nombor siri dan kod perabot.
4.2. Memaklumkan kepada murid tatacara penggunaan perabot dengan cara yang
betul.
4.3. Semua perabot baru tidak boleh dikeluarkan daripada simpanan tanpa
kebenaran pentadbir sekolah.
4.4. Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan perabot sekolah.
4.5. Murid yang sengaja merosakkan perabot ataupun menconteng perabut
hendaklah diambil tindakan oleh guru.
4.6. Pemantauan perabot kelas hendaklah sentiasa dilakukan oleh guru yang
bertanggungjawab.
4.7. Guru perabot dikehendaki menyediakan retan perabot untuk perancangan
permohonan perabot tahun berikutnya.

5. PERANAN IBUBAPA:
5.1. Ibu bapa perlu sedar bahawa jika anak-anak mereka didapati bersalah
merosakkan perabot sekolah, mereka dikehendaki membayar ganti rugi
perabot berkenaan.
5.2. Ibu bapa harus sedar bahawa PIBG sekolah begitu banyak membantu sekolah

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 79

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

membeli perabot khususnya kerusi plastik untuk kegunaan murid.
5.3. Semaikanlah semangat menghargai barangan awam kepada anak-anak di rumah

16. KESELAMATAN MURID DALAM TANDAS

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
berada dan menggunakan tandas. Ianya bertujuan untuk memastikan tandas
digunakan dengan selamat dan mengikut peraturan.

2. TATACARA MURID:
2.1. Memahami peraturan penggunaan yang telah ditetapkan
2.2. Menjalani latihan menggunakan tandas ( masuk dan keluar ) jika perlu
2.3. Jika didapati sebarang kerosakan, jangan cuba perbaiki atau
menyentuhnya, laporkan dengan segera kepada guru bertugas
2.4. Pastikan tandas digunakan dengan betul dan mengikut peraturan

3. TATACARA GURU:
3.1. Memaklumkan peraturan penggunaan tandas kepada murid
3.2. Menanam sikap bertanggungjawab kepada murid
3.3. Memastikan lantai tidak basah dan licin serta boleh membahayakan
3.4. Mengadakan latihan menggunakan tandas ( masuk dan keluar ) jika perlu
3.5. Jika didapati sebarang kerosakan, laporkan dengan segera kepada pihak
pentadbir
3.6. Sebarang kerosakan hendaklah diperbaiki dengan segera
3.7. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan
3.8. Jika berlaku kemalangan, patuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan
3.9. Memastikan tandas sentiasa bersih, ceria, selesa dan berkeadaan
kondusif.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 80

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

17. PERAS UGUT
1. PENDAHULUAN:

Peras ugut seringkali berlaku tanpa disedari oleh warga sekolah. Ia bukan
sahaja berlaku di luar kawasan sekolah malah kini telah menular ke kawasan
sekolah sehingga ke bilik darjah. Peras ugut melibatkan individu atau pun
secara berkumpulan yang lebih kuat untuk menguasai pihak yang lemah.
Contoh-contoh peras ugut ialah seperti meminta wang atau barangan bernilai
atau berharga.

2. DEFINISI:
Satu perlakuan memaksa seseorang untuk memberikan sejumlah wang atau
barangan tertentu. Mangsa akan mendapat kesusahan sekiranya tidak mengikut
kehendak pemeras ugut.

3. OBJEKTIF:
3.1. Mengenalpasti punca berlaku peras ugut.
3.2. Membanteras kejadian peras ugut di sekolah.
3.3. Mewujudkan suasana yang selamat di sekolah.
3.4. Membantu menyelesaikan masalah memeras ugut.
3.5. Melahirkan warga sekolah yang bersifat penyayang dan bertoleransi.

4. PUNCA-PUNCA PERAS UGUT:
4.1. Kurang pendidikan nilai-nilai murni di sekolah
4.2. Terpengaruh dengan rakan sekolah atau sebaya atau pengaruh media.
4.3. Mencari keseronokan setelah memanipulasikan orang lain.
4.4. Mendapat kepuasan dengan mendominasikan diri sendiri.
4.5. Kurang berkemampuan dari segi material
4.6. Tabiat suka membuli

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 81

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

5. PERANAN MURID:
5.1. Patuhi peraturan sekolah
5.2. Memilih dan berkawan dengan murid-murid yang mengamalkan nilai
murni.
5.3. Sentiasa bergerak dalam kumpulan
5.4. Mengamalkan budaya penyayang, toleransi dan menghormati orang lain.

6. PERANAN GURU / PIHAK SEKOLAH:
6.1. Rondaan berkala Pengetua atau Guru Besar, PK HEM atau Guru Disiplin
atau Guru Bertugas.
6.2. Menyebarkan maklumat tentang keburukan peras ugut di perhimpunan
mingguan atau risalah yang dipamerkan.
6.3. Mengingatkan murid-murid tatacara dan tindakan yang akan diambil jika
terlibat dalam kejadian peras ugut.

7. PERANAN IBU BAPA:
7.1. Memberi didikan asas agama yang mencukupi kepada anak-anak.
7.2. Memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengikuti perkembangan
anak-anak.
7.3. Mengamalkan budaya penyayang.
7.4. Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran yang mencukupi
untuk mengelak anak-anak meminta atau meminjam daripada rakan-
rakan.
7.5. Elak menggunakan bahasa yang kesat
7.6. Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan keluarga.

8. TATACARA MURID:
8.1. Murid melaporkan kepada guru sekiranya diperas ugut.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 82

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

8.2. Saksi juga diminta membuat laporan.
8.3. Mengisi borang yang disediakan.

9. TATACARA GURU:
9.1. Menerima aduan
9.2. Memastikan kebenaran aduan
9.3. Menjalankan sisatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.
9.4. Mengambil tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak yang
terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan .
9.5. Merekodkan semua kes yang disiasat.

10. TATACARA IBU BAPA:
10.1. Laporkan kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan atau dari
sesiapa yang berkaitan.
10.2. Mengisi borang aduan
10.3. Jika perlu anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
10.4. Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang keadaan anak.
10.5. Buat laporan polis jika perlu

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 83

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

CARTA ALIRAN BAGI KES PERAS UGUT

KEJADIAN

Membuat aduan kepada guru

atau ibu bapa
Guru menerima aduan

Murid mengisi borang aduan
Guru menyiasat aduan

Mengambil tindakan
Merujuk kepada kaunselor

Melapor kepada polis (jika perlu)
Urusan selesai
( simpan semua rekod kes )

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 84

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

18. SUMBANG MAHRAM

1. PENDAHULUAN:
Kebelakangan ini masalah sumbang mahram sering menjadi isu hangat di media
massa. Kebanyakan mengsa adalah terdiri daripada murid sekolah dari peringkat
tadika hingga ke peringkat sekolah menengah dan mereka tidak mendapat maklumat
yang sewajarnya tentang sumbang mahram. Mereka juga sering diugut supaya
merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang lain. Dalam masa yang sama,
mangsa kejadian tidak sedar bahawa perbuatan si pemangsa adalah salah d sisi
undang-undang. Natijahnya mangsa kejadian akan mengalami gangguan emosi dan
seterusnya akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.

2. RASIONAL:
Dalam era menuju kemajuan, tidak semua orang boleh dipercayai. Situasi ini berlaku

kerana terdapatnya gejala ‘haruan makan anak’ dalam masyarakat kita. Sikap

‘Harapkan pagar,pagar makan padi’ amat sinonim dengan senario yang berlaku. Kini

orang yang paling hampir dengan kita aiatu ahli keluarga pun boleh menjadi ‘Duri

dalam daging’. Manual yang dihasilkan ini diharapkan dapat menjadi garis panduan

kepada warga sekolah untuk menghindari dan mengatasinya.

3. OBJEKTIF:
3.1. Memberi kesedaran kepada warga sekolah amnya dan murid khasnya tentang
jenayah sumbang mahram.
3.2. Menyampaikan maklumat mengenai cara-cara menghindari jenayah sumbang
mahram.
3.3. Memberi celik akal kepada mangsa untuk mengatasi jenayah sumbang
mahram.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 85

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

4. LANGKAH KESELAMATAN ELAK SUMBANG MAHRAM:
4.1. Memakai pakaian sopan walaupun di rumah.
4.2. Elakkan pergaulan terlalu mesra di antara ahli keluarga.
4.3. Pastikan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan berasingan.
4.4. Mengamalkan nilai murni dan patuh kepada ajaran agama.
4.5. Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.
4.6. Mengamalkan budaya hidup sihat.

5. TATACARA MURID:
5.1. Sekiranya anda mengalami situasi sumbang mahram, anda mestilah
menceritakan secara sukarela peristiwa tersebut kepada salah seorang
daripada individu berikut iaitu ibu, bapa, guru, teman rapat, ahli keluarga yang
dipercayai atau orang yang dipercayai.

6. TATACARA GURU:
6.1. Guru hendaklah peka terhadap perubahan tingkah laku murid.
6.2. Menerima aduan dan merahsiakan identity murid.
6.3. Merujuk kepada kaunselor atau pihak pentadbir untuk penyelesaian masalah.
Menganjurkan ceramah untuk memberi penerangan kepada pelajar agar
6.4. mereka tahu tindakan yang patut diambil bagi menghindarinya dan tindakan
jika mereka mengalaminya.

7. TATACARA IBU BAPA:
7.1. Peka terhadap perubahan fizikal dan tingkah laku anak.
7.2. Jika anak anda mengalaminya, jangan “BERAHSIA” laporkan segera kepada
pihak berkuasa seperti melaporkan kepada polis, membuat pemeriksaan
doctor dan sebagainya yang difikirkan perlu.
7.3. Menenangkan emosi anak anda.
7.4. Memberi perllindungan kepada anak anda.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 86

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

8. PERANAN SEKOLAH:
8.1. Menganjurkan ceramah.
8.2. Membuat pemantauan terhadap murid bermasalah dari semasa ke semasa.
Sentiasa mengambil berat kepada murid-murid yang menumpang di rumah
8.3. datuk, nenek dan saudara-mara.

19. GANGGUAN SEKSUAL

1. PENDAHULUAN:
Dewasa ini isu sosial di sekolah sering menjadi tajuk utama yang kerap kali terpapar di

dada-dada akhbar. Isu ini menjadi serius dan dapat dielak serta ditangani sekiranya
masyarakat mangamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling.

Perasaan malu, tidak tahu tempat mengadu dan berasa bimbang dijadikan bahan
sindiran menyebabkan kebanyakan mangsa gangguan seksual enggan melaporkan masalah
yang dihadapi. Justeru itu, mereka terpaksa memendam rasa.

Oleh yang demikian, konsep dan manual sekolah selamat ini akan memberi garis panduan
kepada semua warga sekolah untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan, menghadapi
situasi yang sedang berlaku dan tatacara tindakan susulan.
1.1 Jenis-Jenis Gangguan Seksual:

1.1.1 Gangguan lisan:
a. Teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik, membunyi
dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.
b. Membuat panggilan telefon lucah.
c. Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi.
d. Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

1.1.2 Gangguan dari segi isyarat:
a. Menjelir lidah, membuat bunyi yang tidak sesuai, menjilat
bibir, memegang serta memakan makanan secara pro-aktif,

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 87

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan
menggoda.
1.1.3 Gangguan Visual:
a. Menunjukkan bahan-bahan pornografi
b. Melukis lakaran lucah.
c. Menulis sesuatu berasaskan seksual
d. Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual
e. Menonton dan mendengar aksi seksual.
1.1.4 Gangguan Psikologikal:
a. Undangan-undangan sosial yang tidak diingini.
b. Kekerapan mengajak dan mengadakan temujanji
c. Intimasi fizikal – mempamerkan aksi lucah.
d. Memalukan seseorang dari segi seksual.
1.1.5 Gangguan Fizikal:
Sentuhan ,tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan
yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman dan meraba.

2. RASIONAL:
Kebanyakan sekolah terdiri daripada murid perempuan, di mana kebanyakan kes-kes
gangguan seksual sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Namun, tidak dinafikan
bahawa gangguan seksual juga boleh dikaitkan dengan kaum Adam. Contoh
tingkahlaku yang meransang kea rah seksual seperti menggesel, meraba dan lain-lain
boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual bagi lelaki.

3. OBJEKTIF
3.1 Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral
3.2 Menjaga kesucian sekolah sebagai institusi pendidikan
3.3 Menghasilkan penyelesaian yang adil ke atas mangsa gangguan seksual dan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 88

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

merahsiakannya.
3.4 Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan

kesalahan supaya tidak berulang lagi.
3.5 Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.

4. PERANAN MURID
4.1 Anda hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia.
4.2 Elakkan diri daripada terperangkap dalam masalah yang menggalakkan
berlakunya gangguan seksual.
4.3 Jika anda mengalami gangguan seksual dalam apa-apa bentuk sekalipun anda
hendaklah berhubung dengan kaunselor sekolah. Aduan anda akan
dirahsiakan. Kaunselor akan memberi nasihat dab tunjuk ajar bagi
mengatasinya.
4.4 Jika masalah berkenaan tidak boleh diselesaikan anda boleh berjumpa dengan
Pengetua.

5. PERANAN GURU
5.1 Menganjurkan ceramah kesedaran tentang gangguan seksual dan langkah-
langkah pencegahan kepada pelajar.
5.2 Peranan guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam proses P&P
5.3 Memantapkan peraturan dan penguatkuasaan pihak sekolah.

6. PERANAN IBU BAPA
6.1 Memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan
mengamalkannya
6.2 Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.
6.3 Sentiasa peka kepada perubahan personaliti dan tingkahlaku anak-anak.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 89

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

6.4 Luangkan masa bersama anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa
anak-anak.

7. TATACARA MURID:
7.1. Kepada murid-murid lain (Bukan mangsa)
Sekiranya anda menerima atau mengetahui adanya kes-kes gangguan seksual,
anda hendaklah melaporkan kepada pihak pentadbir atau kaunselor untuk
diambil tindakan.
7.2. Murid-murid yang mengalami gangguan seksual
Laporkan kepada Unit Pembimbing Rakan Sebaya, guru-guru, kaunselor,
pentadbir atau sesiapa sahaja yang anda percayai untuk seterusnya. Sebarang
aduan murid akan dirahsiakan.

8. TATACARA GURU:
8.1. Terima aduan murid dan rahsiakan identity murid.
8.2. Rujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling sekiranya kes yang dilaporkan
tidak dapat diselesaikan.

9. TATACARA IBU BAPA:
9.1. Berjumpa kaunselor / pengetua untuk khidmat nasihat dan isi borang
9.2. Jika kes berat dan belum mendapat pemeriksaan doktor, sila ambil tindakan.
Membuat keputusan sama ada membuat laporan polis atau tidak
9.3.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 90

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

CARTA ALIRAN KERJA JK OPERASI GANGGUAN SEKSUAL

Menerima aduan

Mengisi borang aduan

Rujukan Kaunselor
( Jika perlu )

Melapor kepada pengetua
( Jika kes berat )
Mengenalpasti Kesahihan

Mengenalpasti pengganggu

Memaklumkan kepada Ibubapa

Merujuk doktor
( Jika Perlu )

Tindakan terhadap pengganggu

Tindakan disiplin jika
melibatkan murid sekolah
Lapor kepada polis jika kes
berat dan melibatkan orang luar .

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 91

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

20. MEMBULI / PELACOAN

1. PENDAHULUAN:
Sejak akhir-akhir ini tingkah laku membuli seringkali berlaku di sekolah yang
melibatkan individu atau kumpulan terhadap sasarannya. Perbuatan ini jika
dibiarkan akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Contohnya pergaduhan
di kalangan murid-murid yang terlibat, gangsterism atau pergaduhan di antara
ibu bapa yang terlibat.

2. DEFINISI:
Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak
disenangi atau tidak diterima.

3. OBJEKTIF:
3.1. Menyebarkan maklumat keburukan perbuatan membuli kepada murid
dan sekolah.
3.2. Menimbulkan kesedaran kepada murid dan warga sekolah agar
menghindari perbuatan membuli.
3.3. Manual ini akan menjadi panduan kepada mangsa dan pemangsa
kejadian untuk jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya.
3.4. Melahirkan generasi muda yang bebas daripada gejala pelacoan.

4. PERANAN MURID:
4.1. Sentiasa berada di dalam kumpulan.
4.2. Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes buli atau
tidak.
4.3. Peka terhadap tatacara murid sekiranya anda terbabit dengan kes ini.
4.4. Mempelajari seni mempertahankan diri untuk keselamatan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 92

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

4.5. Menjauhkan diri daripada bergaul dengan murid yang berisiko tinggi dan
kawasan yang berisiko tinggi.

5. PERANAN JAWATANKUASA / GURU:
5.1. Sentiasa peka terhadap tingkah laku murid yang mencurigakan.
5.2. Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid.
5.3. Sering memberi peringatan kepada murid supaya jangan bertindak
secara bersendirian terhadap sebarang gangguan.
5.4. Guru bertugas dan guru disiplin sentiasa membuat rondaan dan
memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.

6. PERANAN IBU BAPA:
6.1. Memberi didikan asas agama yang mencukupi kepada anak-anak.
6.2. Memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengikuti perkembangan
anak-anak.
6.3. Mengamalkan budaya penyayang.
6.4. Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran yang mencukupi
untuk mengelakkan anak-anak meminta atau meminjam dari rakan-
rakan.
6.5. Elakkan menggunakan bahasa kasar dan kesat.
6.6. Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ahli keluarga.

7. TATACARA MURID:
7.1. Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau melihat
sebarang bentuk perbuatan membuli.
7.2. Mengisi Borang Aduan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 93

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

8. TATACARA GURU:
8.1. Menerima aduan.
8.2. Memastikan kebenaran aduan.
8.3. Menjalankan siasatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.
8.4. Mengambilkan tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak
yang terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan.
8.5. Merekodkan semua kes yang disiasat.

9. TATACARA IBU BAPA:
9.1. Laporkan kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan atau dari
sesiapa yang berkaitan
9.2. Mengisi oring aduan.
9.3. Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
9.4. Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang anak.
9.5. Buat laporan polis jika perlu.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 94

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

1 Carta Aliran Tindakan

10.1 Carta Aliran Tatacara Murid

Mula

Berjumpa dengan Guru

Membuat aduan

Mengisi borang

Guru membuat siasatan /
mengambil tindakan

Tamat

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 95

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

10.2 Carta Aliran Tatacara Guru

Mula

Menerima aduan

Menjalankan siasatan rapi
Mengambil tindakan wajar
Merekod kes

Tamat

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 96

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

10.3 Carta Aliran Tatacara Ibu bapa

Mula

Menerima aduan

Melaporkan kes kepada pihak
sekolah

Menghubungi pihak sekolah Mengisi borang

Membawa anak ke hospital
Jika perlu

Untuk makluman

MANUAL SEKOLAH SELAMAT Membuat laporan polis
Jika perlu

Tamat

97

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

21. KEHARMONIAN KAUM

1. DEFINISI:
Keharmonian kaum bermaksud membina perasaan hormat-menghormati, kasih
mengasihi, tolong menolong dan persefahaman dalam membentuk percakapan
dan perbuatan antara kaum.

2. OBJEKTIF:
2.1. Mengenal dan memahami perbezaan antara kaum.
2.2. Menghormati perbezaan yang terdapat antara kaum.
2.3. Menjalin kerjasama dan Bantu-membantu.
2.4. Mewujudkan satu rupa bangsa yang bersatu padu.
2.5. Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

3. TATACARA GURU:
3.1. Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
3.2. Menghormati kaum yang lain.
3.3. Menyertai Program dan aktiviti perpaduan.
3.4. Bekerjasama dalam mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sama ada
melalui perkongsian pengalaman, melaporkan sebarang salah laku yang
berbau perkauman dan memastikan sahsiah yang ditonjolkan dapat
melahirkan satu situasi yang harmoni.

4. TATACARA GURU:
4.1. Memberi taklimat dalam perhimpunan tentang kepentingan perpaduan
kaum di sekolah.
4.2. Mengadakan pertandingan melukis poster, pidato, forum dan esei dalam
usaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 98

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

4.3. Mewujudkan budaya hormat-menghormati, beradab sopan, berhemah
tinggi dan sebagainya dalam kehidupan seharian pelajar di sekolah dan
dalam masyarakat.

5. TATACARA IBU BAPA / KOMUNITI:
5.1. Menyertai aktiviti social di kawasan masing-masing.
5.2. Memberikan kerjasama kepada aktiviti yang berbentuk penyatuan kaum
melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

22. KAWALAN EMOSI DAN ROHANI MURID

1. PENDAHULUAN:
Kestabilan emosi dan rohani dapat melahirkan insan yang berfikiran positif.
Gangguan emosi dan rohani boleh menjadikan seseorang itu berasa dirinya
terasing, tidak berkeyakinan dan tidak selamat. Kestabilan emosi dan rohani
dapat membantu meningkatkan kualiti diri seseorang murid dan memungkinkan
berlakunya peningkatan pencapaian akademik di kalangan pelajar.

2. RASIONAL :
2.1. Ketidakstabilan emosi dan rohani murid perlu ditangani sebaik-
baiknya kerana mereka adalah aset terpenting negara di masa akan
datang. Kejayaan melahirkan murid-murid yang terdidik dan terkawal
emosi dan rohaninya akan mempertingkatkan ketahanan dan kualiti diri
seseorang pelajar.
2.2. Emosi dan rohani yang stabil menjadikan manusia lebih tenteram dan
harmoni dalam kehidupan mereka. Situasi ini dapat mengurangkan
gejala negatif di kalangan warga sekolah.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 99

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
WP PUTRAJAYA

3. OBJEKTIF :
3.1. Mewujudkan sekolah yang ceria dan damai bagi membantu
kecemerlangan pendidikan.
3.2. Membangunkan potensi individu secara sepadu dan seimbang
berasaskan pegangan agama.
3.3. Meningkatkan ketahanan diri warga sekolah melalui penerapan nilai-
nilai murni.
3.4. Mempereratkan hubungan kasih sayang serta mengurangkan gejala
negatif di kalangan warga sekolah.

4. PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI:
Diri sendiri, keluarga , sekolah , rakan-rakan , komuniti sekeliling ,baka /
keturunan , alat audio visual / media.

5. TANDA-TANDA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI:
Suka menyendiri, panas baran, murung, ponteng kelas / sekolah, tidak menyiap
/ membuat kerja sekolah, termenung, merendah diri dan meninggi diri.

6. PERANAN MURID:
Untuk memiliki emosi dan rohani yang tenteram dan selamat anda perlu :
6.1. Memahami dan mematuhi ajaran agama.
6.2. Berfikiran positif dan menghindari gejala negatif.
6.3. Memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas kecemerlangan.
pendidikan.
6.4. Melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan berfaedah.
6.5. Mengasihi diri orang lain seperti mana anda mengasihi diri sendiri.
6.6. Mengamalkan gaya hidup sihat.
6.7. Tidur dan rehat secukupnya.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 100


Click to View FlipBook Version