Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjaya melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal
terletak di Banda Acheh. Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang
mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah.
• Peringkat pendidikan Dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah
Aliyah. Dua jenis Dayah iaitu Dayah bersifat khusus dan Dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus
seperti Dayah untuk wanita sahaja dan Dayah yang khusus dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu
perniagaan menurut syariat Islam. Antara Dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teugku
Chik.
• Jamiah/Universiti Baitur Rahman bermula daripada masjid Baitur Rahman dinaiktarafkan menjadi Jamiah
Baitur Rahman. Ia berfungsi sebagai institusi pendidikan peringkat tertinggi yang terdiri daripada berbagai-
bagai fakulti seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis.
• Lembaga Pelaksana Pendidkan
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuh Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada
Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
• Balai Setia Hukama tempat para Ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh
tentang pendidikan.
• Balai Setia Ulama tempat menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan pendidikan.
• Balai Himpunan Jamaah Himpunan Ulama merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama
bertukar-tukar pandangan, berseminar,membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat
mengembangkan ilmu pengetahuan.
4. Tenaga pengajar
• Tenaga pengajar terdiri daripada ulama atau sarjana daripada Acheh dan negara Islam yang lain seperti
Arab,Turki, Parsi dan India.Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Muda Iskandar Muda Darma Wangsa
Perkasa Alam (1607-1636) terdapat sebanyak 44 orang tanaga pengajar di Jamiah Baitur Rahman.
5. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Acheh
a. Kaedah bercerita untuk mempelajari ilmu sirah dan sejarah.
b. Kaedah halaqah diadakan pada semua peringkat pengajian
c. kaedah perbincangan dan perdebatan dijalankan dalam kalangan para ulama dansarjana. Hal ini bertujuan
untuk perbincangan masalah berkaitan pendidikan.
d. Kaedah tunjuk cara digunakan untuk menunjukkan cara solat
e. kaedah lisan digunakan untuk memantapkan bacaan alQuran dan al Hadis.
KESIMPULAN:
Perkembangan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga abad ke-17 M telah menyumbang
kepada zaman keemasan Acheh terutamanya dalam aspek keilmuan Islam di rantau Nusantara sehingga
Acheh dikenali sebagai Serambi Mekah.
Soalan 30: Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan pendidikan
pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan .
PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas untuk
menggerakkan ketamadunan bangsa. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang
berlaku sepanjang hayat
Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan
kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama
mahupun ilmu-ilmu keduniaan
52
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ISI-ISI PENTING
1. Usaha dan galakan para khalifah
• Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung
iaitu Baitul Hikmah di Baghdad. Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya
seperti Syria, Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Khalifah al-Mukhtadid Billah
menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk majlis ilmu
• Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan
istimewa kepada golongan cerdik pandai. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum
menggalakkan kegiatan penterjemahan
2. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
• Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi
Penterjemahan yang pertama di dunia. Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang
murid-muridnya. Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
• Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi dari pelbagai bahasa diterjemah ke
bahasa Arab. Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut
3. Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu
• Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar. Abul Ali al-Hussein ibn
Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam bidang
falsafah dan perubatan. Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih
kurang 300 buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
• Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya bidang
ekonomi. Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal pemerintahan
Bani Abbasiyah. Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin
Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah
4. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
• Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan
di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain. Pusat pengajian
yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah, dan tinggi.
Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid
diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain
berkenaan isu semasa
• Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai. Istana lebih berfungsi sebagai
gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan . Madrasah menyediakan kemudahan fizikal
pembelajaran. Madrasah an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama
bertaraf universiti. Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat
rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah. Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah,
Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)
5. Sistem pendidikan yang tersendiri
• Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau rendah
yang bertempat di kuttab atau pondok. Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah
Rasulullah s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab. Di peringkat menengah, ilmu yang diajar
ialah ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya .
Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan ilmu.
Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan
53
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
6. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah
• Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan
.Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil daripada hasil
tanah-tanah wakaf atau perbendaharaan negara
Kesimpulan ,
Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah mewujudkan
sistem pendidikan yang lebih tersusun. Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala
kemudahan dan kemudiannya dibayar gaji. Seterusnya murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras
pembelajaran masing-masing Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai
puncak kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa.
Soalan 31 : Nilaikan idea-idea yang disumbangkan oleh Al - Kawarizmi dalam bidang matematik.
PENGENALAN
Nama sebenar Al Khawarizmi ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.Dilahirkan pada
tahun 780M di Khawarizmi (Khiva,Ubekistan). Di barat tokoh ini dikenali dengan pelbagai nama seperti al
Cowarizmi, al Karismi, al Goritmi,al Gorismi dan sebagainya.Sumbangan tokoh dalam bidang matematik
amat ketara , pelbagai idea yang diutarakan seperti pengenalan sistem nombor termasuk sifar dan
mempelopori bidang algebra.
ISI-ISI PENTING
1. Hasil karya
• Karya teragung dalam bidang matematik ialah Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah. Karya ini
dihasilkan pada tahun 850M atas dorongan khalifah al-Makmun. Karya ini merangkumi topik-topik
algebra yang membantu masyarakat menguruskan hal ehwal faraid, wasiat, perniagaan, pembahagian
pusaka, menghurai istilah-istilah yang diguna pakai dalam disiplin algebra seperti punca kuasa dua serta
persamaan linear dan kuadratik.Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan menjadi rujukan
penting pelbagai universiti di Eropah sejak abad ke-12M -16M.Karya agung ini menjadikan tokoh digelar
sebagai Bapa al Jabbar (algebra)
• Karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan dan Pengurangan Menurut perhitungan
Hindu). Karya ini membincangkan masalah aritmetik iaitu satu bidang matematik yang dipanggil ilmu
persamaan. Karya ini berjaya memperkenalkan sistem logorism kepada dunia Barat.
• Karya lain termasuklah Al- Maqala Fi Hisab al Jabr wa al-Muqabilah iaitu buku mengenai Algebra
dan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan merupakan terjemahan
yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada barat.
• Bukan itu sahaja, karya-karya lain seperti Al-amal bi’ Usturlab’ dan Al-Tarikh turut memberi sumbangan
dalam kehidupan hari ini.
• Kitab al-Ard (Kenampakan Permukaan Bumi). Kandungannya berkisar bidang matematik dan geografi
iaitu tentang koordinat kota-kota, daftar lintang dan bujur serta zon cuaca.
• Jelaslah bahawa al-Khawarizmi memberi sumbangan yang amat besar dalam penulisan karya-karya
matematik dan menjadi rujukan seluruh dunia hingga ke hari ini.
2. Memperkenalkan ilmu algebra
• Tokoh merupakan pelopor kepada ilmu algebra dan di gelar “Bapa Algebra” Karya teragung dalam
bidang matematik ialah Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah menjadi rujukan penting dan permulaan
perkembangan ilmu algebra moden. Dalam karya ini di kemukakan 800 contoh algebra. Contoh-contoh
dalam karya ini membolehkan anak muridnya Thabit Ibn Qurah untuk meneruskan penyelidikan yang
lebih mendalam dalam bidng berkenaan
• Al Khawarizmi telah memperkenalkan cabang baharu dalam matematik iaitu ilmu arimetik atau al Jabar
54
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan telah menghasilkan karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan
dan Pengurangan Menurut perhitungan Hindu). Al Jabar merupakan satu bidang
ilmu matematik yang dipanggil. Melalui kaedah pengguaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau
pembolehubah tertentu, impaknya telah berjaya menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang rumit.
3. Memperkenalkan sistem nombor , sifar dan perpuluhan
• Beliau telah memperkenalkan sistem nombor, sifar dan perpuluhan dalam disiplin ilmu matematik.
Pengenalan sistem nombor oleh al-Khawarizmi membawa implikasi yang amat besar dalam peradaban
manusia sehingga kini. Angka-angka 0 hingga 9 menggunakan simbol-simbol yang mewakili sifat dan
nilai-nilai tertentu. Sistem ini diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.Pengenalan
sistem angka dan nombor yang sistematik ini menyebabkan operasi pengiraan matematik dapat
diperluaskan kepada konsep penambahan, penolakan, operasi kuasa dua, log, kosinus, dan
sebagainya. Sistem nombor ini turut membawa kepada perkembangan ilmu sains dan teknologi.
• Al-Khawarizmi merupakan ilmuan pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dan perpuluhan
dalam ilmu matematik. Pengenalan angka sifar membawa nilai kerana diterbitkan mengikut siri nombor
yang boleh mencapai tahap infiniti. Angka sifar yang diperkenalkan telah digunakan oleh masyarakat
Eropah dengan sebutan cifre, chiffre, dan zero. Angka sifar ini dibawa ke Eropah oleh Leonardo
Fibnanci dalam karyanya, Liber Abaci.
4. Memperkenalkan istilah-istilah baharu
• Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan besar dalam memperkenalkan istilah-istilah
baharu dalam bidang matematik. Istilah-istilah baharu ini diginakan sehingga kini. Antaranya, istilah
pemboleh ubah (x), kuasa dua (x2) dan pemalar (c).
• Contohnya dalam karya Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah juga mempunyai bab-bab yang meliputi
topik tersebut.Buktinya dalam Bab al-Misahah, al-Khawarizmi telah memperkenalkan teorem iaitu
berkaitan segi tiga sudut tegak sama kaki, mengira luas segi tiga, segi empat dan bulatan, isipadu
bentuk kon, dan piramid.Bab al-Misahah ini secara tidak langsung telah menjadi asas dan dorongan
kepada Ibn al-Haitham meneruskan penyelidikan tentang teori-teori geometri secara kompehensif pada
abad berikutnya.
5. Sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri
• Kedua-dua bidang diatas merupakan pecahan kepada bidang matematik dan ianya dibincangkan dalam
karyanya Hisab al Jabar wa- al Muqabalah.Bidang geometri berkaitan dengan . ciri dan hubungan
antara titik dan garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri berkaitan
dengan pengiraan segitiga, sukatan sisi dan sudutnya . Kesannya , ilmu yang diperkenalkan oleh beliau
berjaya menghasilkan sifir trigonometri bagi memajukan bidang astronom. Dalam bidang trigonometri,
al-Khawarizmi mengemukakan sejumlah seratus buah jadual mengenai nilai sinus dan kotangen.
6. Menyelesaikan masalah-masalah praktikal
• Melalui pengenalan sistem nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan al-Khawarizmi juga
telah berjaya menyelesaikan isu-isu berkaitan pengiraan zakat dan harta pusaka umat Islam. Penemuan
dan pencapaian beliau dalam bidang matematik juga membantu umat Islam menyelesaikan masalah-
masalah praktikal semasa. Kaedah pengiraan beliau digunakan terutama dalam isu pengiraan dan
pembahagian harta pusaka serta perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah turut membantu
dalam pembahagian dan pengagihan zakat.Al-Khawarizmi berjaya mengatasi pengiraan rumit melalui
pelbagai cabang ilmu matematik yang dipeloporinya.
55
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi al-Khawarizmi merupakan
seorang tokoh intelektual Islam yang memberi impak yang amat besar dalam disiplin ilmu matematik dunia
hingga kini. Kecemerlangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik melayakkan beliau digelar “Bapa
Matematik Moden”.
Soalan 32 : Bincangkan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi.
PENDAHULUAN
Al Khawarizmi ialah seorang ahli matematik, astronomi serta ahli geografi yang masyhur. Nama
sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau bergangsa Parsi dan
dilahirkan pada tahun 780M di Khawarizm(Khiva,Ubekistan). Al-Khawarizmi seorang tokoh intelektual
Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu terutama matematik, falsafah,
logic,aritmetik,geometri,muzik dan sebagainya. Tokoh telah memberi sumbangan yang amat besar
dalam bidang pelayaran terutamnya astronomi dan geografi . Antara sumbangan tokoh dapat dilihat
dari segi penghasilan karya-karya , penciptaa peralatan dan sebagainya.
ISI-ISI PENTING
a. Sumbangan dalam bidang astronomi
1. Hasil karya
• buku berjudul Zaijal-Sindhind ( Astronomical Tables of Sind and Hind) membincangkan tentang
peredaran matahari, bulan dan lima planet yang diketahui ketika itu. Beliau merupakan tokoh
pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri.
• Selain itu karya Istikhraj Tarikh al-Yahudi, berkaitan takwim Yahudi.
• Kitab al-Tarikh dan Kitab al- Rukhmat yang membicarakan tentang alat yang menunjukkan waktu
dengan bayangan matahari.
• The Book of Astronomi Table berkaitan dengan gerhana dan fasa-fasa bulan.
• Jelaslah bahawa al-Khawarizmi telah memberi sumbangan karya berkaitan astronomi yang besar
kepada peradaban dunia.
2. Penciptaan peralatan astronomi
• Selain itu, beliau turut mencipta peralatan astronomi termasuk jam dan alat yang menunjukkan
waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.
3. Sumbangan kepada umat islam
• Ilmu kaji bintang dan ilmu falak yang diperkenalkan oleh al Khawarizmi telah memudahkan umat
islam dalam urusan ibadah termasuk melIhat anak bulan untuk memulakan puasa.selain itu,
golongan pelayar islam juga memperoleh manfaat dari penemuan ilmu astronomi beliau.
4. Sumbangan kepada masyarakat dunia
• Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi kepada masyarakat
dunia. Kitab Tarikh dan Kitab al-Rukhmat telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa
56
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Cina. Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khawarizmi memberi impak besar
terhadap kemajuan sains astronomi dunia.
b. Sumbangan dalam bidang geografi
1. Hasil karya
Sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang geografi yang pertama adalah melalui hasil karyanya.
Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) berkaitan dengan koordinat lokasi di Laut Mediterranean,
Asia, Afrika berdasarkan buku Ptolemy. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemy
mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalan melakarkan semula peta dunia.
Kitab Taqwiinul Buldan adalah karya yang menerangkan secara terperinci buku penulisan
Bethmulus dengan berpandukan buku lama beliau iaitu Kita Surat al-Ard.
2. Menghitung garis khatulistiwa
• Al-Khawarizmi telah berjaya menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan mendapati ukurannya
adalah 40.248 km pada tahun 830M, berbanding penemuan kini ialah 40.070 km.
3. Lakaran peta dunia
• Al khawarizmi merupakan sainstis pertama yang berjaya melakar peta dunia.Beliau melakukan
pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 orang ahli geografi yang lain.
4. Sumbangan kepada ketamadunan barat
• Kitab Surat al-Ard( The Image of Earth) telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia bersama
peta-petanya. Jelaslah sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang geografi menjadi dorongan dan
peransang kepada ahli pelayaran yang lain.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, al-Khawarizmi merupakan tokoh ilmuan muslim terulung zamannya.
Kecemerlangannya dalam bidang astronomi dan geografi menyebabkan beliau dikenali sebagai “Ahli
falak Diraja”. Beliau mampu bertugas di balai cerap yang didirikan oleh khalifah Al-Makmun di kota
Baghdad. Kemajuan dunia penerokaan dan pelayaran juga kesan daripada sumbangan beliau dalam
ilmu geografi dan bentuk muka bumi.
Soalan 33 : Falsafah merupakan aspek sumbangan intelektual penting al-Ghazali sehingga
terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam). Bincangkan
PENDAHULUAN
Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad al-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. Abu Hamid
al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H (1058M) di desa Ghazalah, pinggir kota Tus, bahagian timur laut
negara Iran. Sebagai individu yang tekun menuntut dan ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya menguasai
pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan falsafah. Antara guru yang
pernah mengajar beliau ialah Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Ismaili, dan Imam al-Haramain Abu
Ma’ali al-Juwaini. Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam ) kerana
kepetahan beliau berhujah membela Islam dalam pelbagai aspek intelektual termasuk bidang falsafah.
ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Ghazali)
1. Falsafah
• Aspek falsafah merupakan antara sumbangan penting al-Ghazali sehingga beliau terkenal dengan gelaran
Hujjatul Islam.
• Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan
Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah.
57
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah
Barat tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam.
• Al-Ghazali lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada
permulaan.Al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada kepada ada dan diciptakan oleh
Tuhan.
• Beliau berjasa dalam membela Islam (Hujjatul Islam) daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme
Yunani yang menyesatkan. Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah
pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya perbincangan ilmu kalam. Al-
Ghazali membahaskan ilmu kalam menurut methodolgi Rasulullah SAW dan para sahabat serta
menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan perbahasan para sahabat.
• Menurut al-Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan
menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam.
• Al-Ghazali membahagikan kepada tiga, golongan yang membahaskan falsafah. Atheis iaitu golongan yang
mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam. Natural ialah golongan ilmuan yang banyak
mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Golongan ini
mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
Teologi pula adalah golongan yang membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus.
Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.
• Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian
iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Kitab al-Ma’riful’ Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan
Yang Rasional) memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan
penghasilannya.
• Kepetahan al-Ghazali dalam berhujah telah membela dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada
terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu
Islam.
2. Keagamaan
• Sumbangan al-Ghazali dalam bidang keagamaan juga sangat penting dalam membela kesucian agama
Islam sehingga digelar Hujjatul Islam.
• Kitabnya yang sangat terkenal dalam bidang keagamaan adalah Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu
Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun menjadi jalan keluar kepada pelbagai
fahaman dan aliran. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih
menjadi rujukan umat Islam masa kini.Kitab ini menerangkan doktrin dan amalan dalam Islam dan cara
mengaplikasikan perkara tersebut dan menjadikannya sebagai asas kepada kehidupan kerohanian.
• Kitab lain yang terkenal adalah Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) pula penting kerana mempunyai nasihat
beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan diterjemah ke
dalam bahasa Turki.
3. Penghasilan Karya
• Al-Ghazali merupakan pemikir Islam yang meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil
karyanya. Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang
yang amat hebat dan berada dalam kelas yang tersendiri. Kebolehan beliau mengarang tidak dapat
disangkal lagi terutamanya oleh sarjana Barat dan sepanjang hayatnya, beliau telah mengarang lebih
daripada 300 buku.Penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang
falsafah , keagamaan dan kenegaraan.Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi.
Beberapa karyanya kemudiannya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan
rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi ahli fikir Islam
selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.
• Hasil karya beliau yang terkenal termasuklah kitab Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama),
Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-Falasifah
(Kesesatan Ahli Falsafah) membincangkan penyelewengan ahli falsafah dan Al-Iqtishad fil I’tiqad
58
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
(Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi
sesebuah negara Islam.
4. Pendidikan
• Al-Ghazali juga banyak memberi pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamannya
sebagai seorang pelajar, guru dan ketua di Madrasah Nizamiyyah. Pada tahun 484 Hijrah al-Ghazali telah
dilantik sebagai pengetua (atau boleh juga dikatakan jawatan ketua profesor) al-Madrasah an-Nizamiyyah
di Baghdad (yang tarafnya sama dengan Universiti Islam pada hari ini). Ini adalah satu pencapaian yang
sangat tinggi, kerana dalam usia baru tiga puluh empat tahun, beliau telah diberi gelaran Syeikh al-Islam,
iaitu setinggi-tinggi pangkat dari segi akademik dan keagamaan yang rasmi. Al-Ghazali memegang jawatan
ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun.
• Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi dan telah menjalankan tugas
barunya ini dengan baik. Dia telah menarik perhatian daripada ramai para pelajar, yang dekat mahupun
yang jauh. Nama al-Imam Abu Hamid al-Ghazali telah menjadi sangat terkenal di waktu itu, sebagai
seorang alim yang sangat fasih memberikan huraian-huraian pelajaran, sangat pandai berdebat dengan
hujah-hujah yang jitu, serta sangat luas dan dalam pula ilmunya.
5. Kenegaraan/Politik
• Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains politik di mana penulisannya terbahagi kepada dua perkara iaitu
teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, al-Munqiz Minad Dhalal, Al-
Iqtishad fil I’tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah
negara Islam.
KESIMPULAN
• Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan
beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau
disanjung tinggi oleh umat Islam. Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat
tepat berdasarkan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau. Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan
kemurnian Islam sekali gus mengelak penyelewangan fahaman oleh barat.
Soalan 34: Sejauhmanakah Kitab Ihya Ulumuddin telah memperkenalkan Al Ghazali sebagai
“Hujjatul Islam” pada abad 11 M.
PENDAHULUAN
Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al
Ghazali mengembara untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam al-
Radzakani dan Imam al-Abi Nash al-Ismail‟li. Kealiman beliau telah membolehkan beliau menguasai
ilmu falsafah, usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali diambil sempena pekerjaan
bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran ini diambil
sempena nama kampung kelahirannya Al-Ghazalah. Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran
“Hujjatul Islam” (pembela Islam) kerana kepetahan beliau berhujah membela Islam.
ISI-ISI PENTING
1. Hasil karya
• Imam al-Ghazali telah mengarang lebih daripada 300 buah kitab.Kitab Ihya Ulumuddin
(Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) adalah kitab yang terkenal yang dihasilkan oleh beliau. Kitab
tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun dan menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman
aliran hingga ke hari ini. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak, tasawuf masih
menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Kitab ini mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar
dalam menangkis serangan materialisme dan juga atiesme. Imam al-Ghazali memberi tajuk kitab beliau
59
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Ihya‟Ulumuddin dan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Revivalof
religious Sciences‟ yang membawa maksud “Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu
Agama‟.
2. Penyelamat akidah umat islam
• Selain itu, penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah ,
keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab sebagai ketua negara.Sumbangan al-Ghazali dalam
bidang falsafah bermula dengan penulisan Kitab Maqasid-Falasifah (tujuan ilmu Falsafah) yang
membincangkan teori falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan
falsafah Barat tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam. Al-Ghazali lantang menegur
falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al- Ghazali
menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh tuhan. Hujah- hujah yang dikemukan
oleh al-Ghazali sesungguhnya dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari terus direntap oleh
fahaman falsafah Yunani yang tidak bertunjangkan ketuhanan yang Esa.
3. Sumbangan dalam politik.
• Al-Ghazali seorang yang sangat berani mengemukan idea baharu, bahkan sanggup mengkritik
pemimpin yang mula meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.Hal ini kerana belaiau mempelajari ilmu
sains politik daripada Imam Juwaini. Beliau menghasilkan karya Mustaz-hiri, Al- Munqiz Minad Dhalal
dan Istishad fil I‟tiqad. Karyanya Iqtishad fill’tiqad membincangkan soal kepimpinan bagi sebuah
negara Islam. Beliau juga menyatakan cara untuk membaiki urusan politik dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam karyanya berjudul
al-Tik al- masbuk fi Nasihat al-Muluk. Tindakan beliau telah berjaya memperbaiki keadaan pemimpin
pada masa tersebut.
4. Sumbangan dalam pendidikan
• Di samping itu, al-Ghazali juga menghasilkan Kitab Ayyuhadaal-Walad (Aduhai Anakku) juga penting
kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada
lapan perkara dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. Jelaslah beliau banyak memberi
pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamanya sebagai seorang murid,guru dan
ketua di Madrasah Nizamiyah.
KESIMPULAN
Kesimpulanya, al-Ghazali merupakan pembela Islam dan pemikir Islam yang meninggalkan
jasa yang dapat dinilai melalui karya-karyanya. Beliau telah menguasai disiplin ilmu yang menunjukkan
bahawa beliau seorang yang sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang
falsafah, keagamaan dan politik. Lahirnya beliau di tengah-tengah umat Islam berhadapan pemikiran
Barat dengan menangkis dan memberi hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar dengan
Hujjatul Islam.
Soalan 35 : Huraikan sumbangan Ibn Khaldun yang dianggap oleh sarjana barat sebagai tokoh dan
ahli fikir yang tiada bandingannya.
PENDAHULUAN
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn
al Hasan Ibn Khaldun. Beliau lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di
Kaherah, Mesir. Merupakan tokoh pemikir Islam yang berpengaruh pada abad ke-14M. Kepelbagaian
pemikiran beliau meliputi pelbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti kemasyarakatan, agama, ilmu
pengetahuan, falsafah dan politik. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada
bandingannya kerana sumbangan-sumbangan intelektual beliau.
ISI-ISI PENTING (Sumbangan Ibn Khaldun)
60
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
1. Hasil Karya
• Antara sumbangan Ibn Khaldun sehingga dikagumi oleh sarjana barat sebagai
tokoh dan ahli fikir terkenal adalah sumbangan dalam penghasilan karya.
• Karya al-Muqaddimah iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan al-Mubtada’wa
al-Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al-Barbar, merupakan karya agung beliau dalam bidang
persejarahan. Kitab tersebut merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan yang
penting dan dapat membantu ahli sejarah menghasil kajian yang benar dan ilmiah. Kitab tersebut
mambahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan.
• Isi kandungan kitab tersebut dibahagi kepada enam bab (manusia, masyarakat badwi dan primitif,
pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja, pendidikan dan ekonomi) dan mengandungi bahagian asasi
(disiplin falsafah,falsafah sej & falsafah sains sosial) dan tidak asasi (geografi, kebudayaan, ilmu
pengetahuan, perusahaan, peradaban, politik, agama dan falsafah).
• Kitab tersebut menjadi bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta
perbahasan yang analitikal dan terperinci. Al-Muqaddimah menjadi kitab rujukan paling utama pada
zamannya hingga kini kerana ia merupakan kitab pertama yang dihasilkan mengenai falsafah sejarah.
• Karya lain – At-Ta’riif bi Ibn Khaldun (kitab autobiografi, catatan daripada kitab sejarahnya) dan Lubab al-
Muhassal fi Ushul ad-Din (kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi).
2. Kaedah Penyelidikan
• Selain daripada itu, tokoh juga memberi sumbangan penting dalam kaedah melaksanakan penyelidikan.
Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada sosiologi. Beliau menekankan sifat-sifat
semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah yang berlaku. Menurut beliau, pengkaji pristiwa tanpa
memahami sifat-sifat semula jadi atau latar belakang sesuatu peristiwa ialah sejarah am manakala pengkaji
peristiwa yang memahami sifat-sifat semula jadi atau latar belakang merupakan sejarah khas (terbahagi
kepada dua : zahir dan batin). Ahli sejarah sebelum beliau kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat
dan mereka hanya menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan.
• Sumbangan ini membuatkan beliau dikagumi oleh ahli-ahli intelektual lain.
3. Ilmu Pensejarahan
• Ibn Khaldun turut memberikan sumbangan besar dalam ilmu pensejarahan.
• Sumbangan dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan konsep
pendekatan multi-disciplinary. Melalui pendekatan ini kajian sejarah turut dibantu oleh aspek inteltual lain
seperti sosiologi dan geografi. Pendekatan beliau menyebabkan Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas
pensejarahan dan sosiologi moden.
• Beliau juga merupakan ahli sejarah pertama yang mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan
melihat sejarahnya daripada perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-
keterangan yang releven kepada semua tindakan sosial manusia.
• Ibn Khaldun memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan geografi.
• Ibn Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan.
Sesebuah tamadun tertegak atas hasil gabungan antara rohani dan jasmani. Ibn Khaldun berjaya
memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik
kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
• Ibn Khaldun menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan
analisis laporan sejarah. Pertamanya beliau membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan
berdasarkan kaedah sebab dan musabab. Keduanya dengan mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk
dijadikan ikhtibar kepada peristiwa yang sedang berlaku. Ketiga, mengambil kira pengaruh iklim dan alam
sekitar terhadap perkara yang berlaku. Seterusnya mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya
terhadap peristiwa yang berlaku.
• Teori persejarahan beliau dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan kitab al-
Muqaddimah.
61
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Ekonomi
• Ibn Khaldun juga turut memberi sumbangan dalam bidang ekonomi.
• Beliau tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi
(economic animal). Beliau menganggp manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man / ome Islamicus)
yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas bumi ini.
• Beliau tidak menolak ekonomi pasaran bebas. Mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian
sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.
• Menegaskan bahawa pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat.
Walaupun faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, beliau masih menganggap buruh merupakan
faktor terpenting dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan matlamat akhir.
5. Budayawan
• Ibn Khaldun juga seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan
Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.Beliau
menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam
penulisannya, al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.
KESIMPULAN
Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab. Beliau
menekankan prinsip sebuah kerajaan yang bertanggung jawab, kecekapan pasaran, penyiasatan sains
empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh
dan ahli fikir yang tiada bandingannya kerana sumbangan-sumbangan intelektual beliau.
Soalan 36 : Al-Mas’udi dianggap sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting kerana berjaya
membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran. Bincangkan.
PENDAHULUAN
Abul Hasan Ali Al-Masu'di merupakan salah seorang pakar sains Islam, ahli sejarah, geografi dan falsafah.
Beliau dilahirkan pada tahun 896 di Baghdad, Iraq dan meninggal pada tahun 956 di Mesir. Al-Mas’udi
menjelajah hampir ke seluruh pelosok dunia. Pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan
China serta menghabiskan umurnya di Syiria dan Mesir. Catatan himpunan kisah perjalanan dan
pembelajarannya yang menyentuh aspek sosial dan kesusasteraan, sejarah, perbincangan mengenai agama
serta penerangan geografi menjadikan beliau sebagai tokoh penerokaan Islam yang terkenal. Catatan beliau
dalam ilmu pelayaran telah berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru akan
beberapa ilmu pelayaran.
ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Mas’udi)
1. Ilmu Pelayaran
• Salah satu sumbangan penting al-Masudi sebagai tokoh penerokaan Islam adalah dalam ilmu pelayaran
yang berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru.
• Al-Mas’udi menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru
tentang nama-nama lautan yang dilalui semasa melakukan pelayaran.
• Beliau memberi gambaran tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China.
• Beliau turut menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika.
• Membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang menyatakan bahawa setiap laut adalah berasingan. Beliau
menyatakan bahawa lautan bersambungan antara satu sama lain.
• Membetulkan kefahaman pelaut berbangsa Arab yang menganggap bahawa Laut Kaspia dan Laut Hitam
bersambung. Hasil soal selidiknya mendapat kedua laut tersebut berasingan.
• Memberi pandangan tentang jarak antara benua Eropah dengan China iaitu setengah lingkungan bumi.
62
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Catatan dan penjelasan beliau telah telah berjaya membetulkan beberapa
kekeliruan oleh pelaut dan ahli-ahli pelayaran pada ketika itu.
2. Ilmu Geografi
• Al-Mas’udi juga merupakan tokoh penerokaan yang penting kerana sumbangannya dalam ilmu geografi.
Beliau telah menghasilkan sebuah ensiklopedia geografi melalui karya agungnya Muruj al-Dhahab Ma’addin
al-Jawahir. Kitab ini menggabungkan geografi fizikal dan geografi manusia. Beliau cuba menggabungkan
geografi dengan disiplin sejarah agar kajiannya lebih relevan dan subjektif.
• Beliau menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh
planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.
• Bulan dan matahari menentukan nasib atau jalan hidup orang utara menyebabkan mereka berbakat tinggi
dalam peperangan manakala manusia di selatan mempunyai sifat lebih sederhana dan sentiasa bertafakur.
• Al-Mas’udi membahagikan dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian Barat dan bahagian Timur.
• Beliau mengaitkan fenomena alam sekitar dengan kehidupan manusia seperti menjelaskan sifat-sifat
ketegasan, kearifan dan kecergasan Arab Badwi berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang asli.
• Beliau memberi penerangan secara terperinci dalam karyanya al-Muruj terhadap perkara yang dilihat
mengenai geografi fizikal. Contohnya tentang gempa bumi yang menyebabkan tumbangnya menara
Iskandariah, gambaran Laut Mati, lapisan bumi, kincir angin di Sijistan yang merupakan penemuan baharu
orang Islam.
• Beliau juga membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji flora dan fauna yang wujud di India.
3. Ilmu Sejarah
• Sumbangan Al-Mas’udi dalam ilmu Sejarah juga tidak dapat dinafikan terutamanya melalui catatan beliau
sepanjang penerokaan. Melalui karya Muruj al-Dhahab wa Ma’addin al-Jawahir, al-Mas’udi menceritakan
tentang pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Mohammad di Sepanyol dan kisah pelayar muslim, Khaskhash
Ibn Saeed Ibn Aswad dari Cordova.
• Teknik penulisan sejarah al-Mas’udi menggunakan kaedah tematik (at-tasnif al-maudu’i) berbeza dengan
sejarawan lain yang menggunakan pendekatan al-hauliyyat (penulisan berdasarkan tahun). Tema-tema
penulisannya meliputi bangsa, raja dan dinasti.
• Dalam pemaparan sejarah, beliau menyajikan bahan yang menarik, dikuatkan dengan peristiwa politik,
peperangan dan informasi tentang masyarakat dan adat istiadatnya di samping pembatasan geografi.
• Pendekatan ilmu sejarah beliau telah diikuti oleh sejarawan lain seperti Ibn Khaldun.
4. Bidang Sains
• Al-Mas’udi juga turut membuat beberapa catatan dan pandangan berkaitan ilmu sains sepanjang
penerokaan beliau. Beliau merupakan pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin yang
dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan.
• Catatan lain beliau adalah mengenai petroleum yang dinamakan ‘atam’.
• Beliau adalah salah seorang pengarang terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi,
daripada mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir
dengan manusia.
5. Penghasilan Karya
• Pengalaman penerokaan Al-Mas’udi ke seluruh pelosok dunia menjadikan beliau sebagai seorang
pengarang hebat dalam penghasilan karya.
• Karya Muruj adh-Dhahab wa Ma’adim al-Jawahir (The Meadows of Gold dan Mines of Gens), mengisahkan
pengalamannya yang menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami
perubahan iklim.
• Muruj al-Zaman (The History of Time) sebanyak 30 bab pula menceritakan sejarah politik, geografi dan
keadaan masyarakat negara yang dilawatinya.
63
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Selain itu, Kitab al-Ausat, mengandungi kronologi peristiwa sejarah yang
berlaku sepanjang penerokaan beliau.
• Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf (Book of the Middle) pula mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang
bersandarkan kepada ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.
▪ Karya-karya hebat beliau telah menjadikan Al-Mas’udi sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting.
KESIMPULAN
Sumbangan Al-Mas’udi dalam pelbagai bidang ilmu berdasarkan pengalaman pengembaraan telah
menjadikan beliau sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting. Beliau banyak membuat penemuan,
pemerhatian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau turut menyumbang beberapa pendapat
dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori dan membetulkan pemahaman serta kekeliruan tokoh-
tokoh yang lain.
Soalan 37 : Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.
PENDAHULUAN
Nama sebenar ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar. Merupakan pelayar
Arab terkemuka pada abad ke-15 M. Keturunan Ibn Majid adalah ahli pelayaran kerana datuk dan
bapanya sangat mahir dalam bidang pelayaran. Mendapat gelaran “Singa Laut‟ kerana kemahirannya
belayar di Lautan Hindi.Antara sumbangan dalam bidang pelayaran dan geografi ialah menghasilkan
karya dan meyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelayar.
ISI - ISI PENTING
A) Sumbangan dalam bidang pelayaran
1. Hasil karya
• Pengembaraan Ibn Majid dirakamkan dalam kitab berjudul al-Fawaid fi Usul Ilm al-Bahru wa al-Qawaid
(Pedoman Tentang Prinsip dan Peraturan Pelayaran) yang diterbitkan pada 1490M. Kitab ini
menjelaskan tentang jarum magnet, kompas, laluan lautan Hindi, pengenalan sepuluh buah pulau
termasuk Pulau Jawa, Sumatera dan Ceylon (sri Lanka).
• Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul Ilm al-Bihar .Kitab ini menerangkan panduan tentang tanda hampirnya
darat yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran. Kitab ini juga memuatkan ilmu tahun, ilmu bintang, dan
laluan laut di pantai Laut Arab, Hijaz , Syam dan Afrika.
• Kitab al -Urjuzah al Mu’arrabah yang menceritakan tentang pelayaran di Teluk Aden , Yaman
• Kitab Urjuzah Bir al- ‘Arab menceritakan tentang pelayarannya di sepanjang pantai Laut Arab dan
Teluk Parsi.
• Kitab al-Qadimah Makiyyah pula menghuraikan huraian lengkap mengenai laluan di Laut Merah dari
Jeddah ke Tanjung Fartak, Calicut, Daibul, Gujerat dan Hormuz.
• Kitab Qailah al- Islam fi Jami’ al- Dunya yang menghuraikan tentang arah kiblat dari mana-mana
bahagian darat dan laut.
• Kitab Kanz al-Mu’alimah mengenai khazanah ahli pelayaran dan sains laut , bintang, planet dan
kawasan kutub yang belum diketahui.
2. Mencipta peta dan kompas
• Ibn Majid mempunyai beberapa penemuan dalam bidang pelayaran dan kelautan. Beliau terkenal
sebagai ahli pembuat peta dan kompas juga. Setiap penjelajahan, beliau dibantu oleh alat canggih
seperti kompas yang direkanya sendiri yang mempunyai 32 arah mata angin. Dengan bantuan kompas,
beliau berjaya menjelajahi daerah Pantai Benua Afrika mulai dari Laut Merah ke arah selatan lalu ke
Barat Morocco dan Laut Tengah.
3. Menyertai pelayaran bersama Vasco Da Gama
• Pada tahun 1498 Masihi, Ibn Majid bersama-sama dengan Vasco da Gama telah melakukan ekspedisi
pelayaran. Walaupun ekspedisi itu diketuai oleh Vasco da Gama , namun Ibn Majid merupakan orang
64
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang mengendalikan perjalanan laut dari Malindi , Pantai Timur Afrika (benua Afrika)
ke Calicut di India. Vasco da Gama telah melantik Ibn Majid sebagai ketua pelayaran
semasa penjelajahannya. Kejayaan Ibn Majid dalam membantu Vasco da Gama dalam misinya
menjadikan beliau lebih terkenal di seluruh benua Islam dan Barat.
4. Menghasilkan ensiklopedia ilmu pelayaran
• Ibn Majid mengemukakan prinsip-prinsip asas pelayaran, rumah agam lunar, perbezaan pelayaran
antara pantai, dan laut lepas, lokasi Bandar-bandar di Afrika Timur hingga Indonesia, kedudukan
bintang, kisah mengenai monsoon dan angina bermusim.
B) Sumbangan dalam bidang geografi
1. Membuat perincian berkaitan lautan tertentu
• Ibn Majid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang geografi. Beliau telah memberi penjelasan
terperinci berdasarkan teori yang direka ciptanya sendiri tentang Laut Arab, laut Hindi, Selat Melaka,
Laut Jawa dan Laut China Selatan.
2. Membuat catatan terhadap kawasan yang dilawati
• Ibn Majid telah membuat catatan berkaitan tempat-tempat yang beliau telah kunjungi pada sepanjang
pelayarannya khususnya Melaka, Sumatera, Brunei, Champa, Palembang, Sunda, Surabaya,
Andaman, Karimun, Singapura, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Klang, Maluku dan
lain-lain tempat. Catatan beliau adalah berkaitan aspek sosiobudaya, politik, ekonomi, agama dan alam
sekitar.
3. Melakukan kajian geografi fizikal
• Ibn Majid juga melakukan kajian tentang geografi fizikal iaitu satu bidang yang mengkaji “geografi
astronomi‟ tentang planet bumi, alam semesta dan hubungan antara keduanya. Kajian ini juga
menumpukan aspek geomorfologi yang menyentuh aspek dan teori-teori tentang khusus sesuatu
kawasan dan kejadian bentuk-bentuk bumi serta taburannya pada tempat-tempat tertentu. Kajian ini
disebut juga sebagai „geografi kawasan‟. Beliau membuat kajian tentang geografi fizikal dari aspek
ciri-ciri fenomena yang ada hubungan dan pengaruh kosmik seperti pasang surut air dan pengaruh
edaran kosmik terhadap perubahan-perubahan geografi serta ciri-ciri litosfera, hidrosfera dan
biogeografi.
4. Mencipta konsep-konsep tentang atmosfera
• Ibn Majid juga menyumbang terhadap penciptaan konsep-konsep tentang atmosfera dan cuaca. Kajian
atmosfera merujuk tentang kejadian bumi yang dikaitkan dengan graviti, gas, pepejal, wap air. Situasi
ini mempengaruhi cuaca dan iklim di bumi keseluruhannya. Keadaan-keadaan inilah yang membentuk
angin, awan, hujan, salji, kabus, ribut, taufan dan sebagainya.
5. Mencipta teori sebab musabab pasang surut air, asal kejadian lautan dan kemasinan air laut.
• Ibn Majid dan beberapa ilmuan Islam lain turut menumpukan aspek-aspek sebab-musabab pasang
surutnya air, asal kejadian lautan, dan kemasinan air laut. Mereka telah mengemukakan beberapa teori
seperti pasang surut air disebabkan oleh hubungan haba yang terbit daripada sinar matahari dan bulan
serta pergerakan air laut adalah bertalian dengan arah pergerakan angin.
KESIMPULAN
Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang menjadi perintis ilmu pelayaran moden.
Sumbangan Ibn Majid dalam ilmu pelayaran telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat
untuk menjelajah dan meneroka dunia Timur. Sejarawan Barat menghargai sumbangan Ibn Majid yang
dianggap sangat bernilai kepada dunia pelayaran moden sehingga dianggap sebagai jurupandu yang
membantu Vasco da Gama mencari jalan laut dari Afrika ke India.
65
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 38: Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
PENDAHULUAN
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al- Lawati al-Tanji.
Dilahirkan pada 24 Februari 1304 M di Tanjah, Morocco (Mahgribi).Ibn Battutah memulakan
pelayaranya pada usia 21 tahun dan merupakan tokoh pelayar yang terkenal pada zaman
pertengahan. Sepanjang pengembaraan, beliau mencatat keadaan geografi, sosial , adat,
keagamaan, politik dan ekonomi tempat-tempat yang dilawatinya.Antara sumbangan tokoh dalam
penjelajahan dan penerokaan ialah melalui hasil karyanya.
ISI -ISI PENTING
1. Hasil karya
• Ibn Battutah mencatat sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al-Nizar fi
Gharaib al-Ansar wa Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Battutah)
• Buku ini dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi iaitu Sultan Abi’ Inan al- Marini yang kagum akan
cerita-cerita dan pengalaman Ibn Batuttah.
2. Lokasi dan peringkat pelayaran
• Ibn Battutah mengembara selama hampir 28 tahun dan pegembaraannya melalui 4
peringkat.Peringkat pertama dari Maghribi ke Hijjaz (Makkah) merentasi Utara Afrika (algeria, Tunis,
Libya dan Mesir) dan menuju ke Palestin dan Syria.
• Peringkat kedua , dari Makkah ke selatan Iraq , Parsi ,Anatolia, Kota Baghdad dan kembali ke Makkah
• Peringkat ketiga, dari Makkah ke utara Afrika merentasi Yaman melalui Laut Merah, menyusuri pantai
selatan Semenanjung Tanah Arab sehigga ke Oman dan Bahrain yabg terletak di Laut Parsi dan
kemudian kembali ke Makkah melalui jalan darat.
• Keempat, dari Makkah ke Turki , Asia Tengah , Asia Tenggara dan kembali ke Maghribi
3. Sumbangan dalam bidang pengembaraan / pelayaran
• Sepanjang pengembaraan, Ibn Battutah menjelajah 3 benua iaitu Benua Afrika, Benua Eropah dan
Benua Asia yang bermula dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Eropah
Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China.
• Ibn Battutah telah menjejaki 44 buah negara dengan jumlah perjalanan mencapai 117 000 km (73 000
batu), dan telah meletakkan beliau setaraf dengan pengembara terkenal seperti Marco Polo. Para
Orientalis menggelarnya sebagai The Prince of Muslim Travellers.
• Hasil pegembaraanya tokoh telah menghasilkan catatan tentang kota Damsyik, Makkah,
Konstantinople, syiraz dan Asfahan
4. Dorongan kepada ahli pelayar lain
• Pengembaraan Ibn Battutah telah memberikan inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli pelayaran islam
dan Barat untuk mengikut jejak langkahnya. Antara pelayar islam ialah Ibn Hawqal dan Sulayman al-
66
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Mahri manakala pelayar barat seperti Vasco da Gamma.
5. Sumbangan kepada tamadun dunia
• Kitab al- Rihlah yang dihasilkan oleh tokoh telah menarik perhatian para sarjana sejarah seluruh dunia
dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Portugis , Perancis dan
Jerman.Buktinya kitab ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Prof H.A.R. Gibb dengan tajuk
The Travel of Ibn Battutah.
• Pengembaraan tokoh telah menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun islam dan dunia luar
.Perkara yang dibawa oleh beliau ialah ilmu-ilmu berkaitan ajaran islam. Selok belok pelayaran , ilmu
perkapalan dan lain-lain. Catatannya menjadi sumber panduan kepada para pelayar Barat seperti
Vasco Da Gama yang berusaha mencari jalan ke Timur dan akhirnya telah berjaya sampai ke timur
pada abad ke-15 hingga 16 M .
6. Sumbangan dalam bidang geografi
• Ibn Battutah telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi sejak Ptolemy dan telah memberi
persepsi baharu terhadap geografi.Beliau menulis catatan geografi tentang negara-negara yang
dikunjunginya. Beliau membuktikan bahawa iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara.
Beliau menyatakan bahawa zon torrid tidak sepanas seperti yang disangka. Catatan Ibn Battutah amat
penting dalam pemilihan tapak bagi pangkalan perdagangan Arab. Hal ini membuktikan bahawa tokoh
telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi kepada masyarakat dunia.
7. Sumbangan dalam bidang sejarah
• Melalui kitab aj- Rihlah Ibn Battutah telah memperkenalkan disiplin baharu ilmu pensejarahan melalui
methologi penulisan sejarah menggunakan kaedah pemerhatian , pengalaman , temuramah dan
sebagainya.
• Kitab ini merupakan rekod sejarah penting Zaman pertengahan kerana catatnnya menjadi satu
daripada sumber sejarah bagi negara-negara yang dilawatinya. Contoh bagi negara-negara Afrika
Barat sumber sejarahnya banyak bergantung pada catatan Ibn Battutah.
• Kitab ini juga merakamkan sejarah pelbagai aspek kehidupan bangsa seperti politik, ekonomi, sosil,
agama dan sebaginya.
• Ibn Battutah banyak menulis tentang sejarah negara islam terutamanya India semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Tughluq, Anatolia, Maldaves, Afrika , China dan sebagainya. Catatan Battutah turut
menjadi sumber rujukan tentang kedatangan islam ke China dan Alam Melayu.
8. Sumbangan dalam bidang sosiologi
• Ibn Battutah berkongsi maklumat terperinci melalui hasil catatan beliau dari segi perbandingan budaya
, peradaban, sosial, ekonomi, dan geografi masyarakat setempat berdasaarkan pengamatannaya
apabila singgah di tempat tersebut.
• Contohnya beliau mencatat tentang budaya , adat dan amalan ritual oleh penganut hindu di India
termasuk tentang Sungai Ganges yang digunakan untuk penyucian diri.
• Battutah juga turut mencatatkan bahawa sepanjang pengembaraanya ke 44 buah negara, China
merupakan negara yang paliang aman
9. Sumbangan dalam bidang diplomatik
• Sepanjang pengembaraannya Battutah telah menemui ramai tokoh berpengaruh dalam kerajaan
seperti sultan, menteri, pegawai dan sebagainya.
• Keperibadian , akhlak, beragama, berwibawa, mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti
Parsi, Turki dan kemahiran diplomasi menyebabkan beliau diberi layanan yang baik oleh pemerintah
dan masyarakat tempat yang dilawatinya.
• Beliau juga pernah dilantik sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughlug di Delhi India dan diberi
kepercayaan menjadi utusan ke China pada tahun 1342M\Di parsi Sultan aiMalik al-Zahir memberikan
penghormatan kepada beliau sebagai seorang ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar
yang lengkap dengan peralatan untuk pelayaran ke negara China
67
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Ibn Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui kaisar
Byantine dan di sana beliau telah diberikan layanan yang baik.
10. Sumbangan dalam bidang keagaman
• Ibn Battutah banyak mengembara dan merantau untuk memperdalam ilmu agama menjadikan beliau
arif dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antaraa matlamat pengembaraannya adalah
untuk mendalami ilmu agama. Hal ini terbukti apabila beliau tinggal di Mekah. Ibn Battutah banyak
menyumbang kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraannya.
• Antaranya beliau menetap selama 8 tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau
memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Muhammad Tughluq.
• Beliau turut dilantik sebagai kadi di Kepulauan Maldives selama 18 bulan dan semasa meninggal dunia,
beliau masih menyandang jawatan kadi di Maghribi
11. Sumbangan dalam bidang politik
• Ibn Battutah memberi sumbangan terhadap perkembangan politik.dalam karya al-Rihlah .Beliau
banyak mencatat tentang sistem pemerintahan dan undang-undang sesebuah negara.
• Fakta yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu dengan merujuk kepada pemerintah dan
pegawai tertinggi pada masa tersebut. Contohnya beliau banyak mencatat perkembangan politik di
India pada zaman kerajaan Tughluq kerana pernah menyandang jawatan kadi di sana selama 7 tahun.
• Catatan temuramah pemerintah, wazir dan pegawai tinggi ini boleh dianggap sebagai dokumen dan
sumber primer sejarah politik di India.
KESIMPULAN
Sumbangan pengembaraan Ibn Battutah sangat penting kerana menjadi asas kepada manusia untuk
melangkah ke arah kemajuan dan perkembangan ketamadunan manusia. Sumbangan beliau juga
memperkayakan bidang pensejarahan terutamanya dunia Islam dan sejagat.
Soalan 39 : Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M.
PENDAHULUAN
Seni bina bermaksud sesuatu yang bersifat halus atau lembut dan mengandungi unsur-unsur
keindahan.Keindahan tersebut dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binaan dan
pertukangan. Andalusia terletak di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) dan Kerajaan Islam
telah memerintah Andalusia selama lebih kurang 800 tahun (93 – 897 Hijrah). Kini Andalusia di kenal
sebagai Sepanyol.Semasa pemeritahan kerajaan islam terutamanya pada zaman Dinasti Nasriyyah
seni bina islam berkembang dengan pesat seperti Alhamara yang menjadi The Artistic Genius of
Muslim Spain. Ciri-ciri seni bina di Andalusia dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti asas binaan,
motif, fungsi binaan dan sebagainya.
ISI -ISI PENTING
1. Asas seni binaan yang berkualiti tinggi
• Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada batuan yang kukuh dan mampu bertahan untuk tempoh
masa yang lama. Seni bina di Granada amat mementingkan hiasan dalaman berbanding luaran.
Buktinya, bangunan universiti, istana, serta masjid (kini gereja) masih bertahan hingga kini. Antara
bahan yang digunakan untuk hiasan dalaman ialah jubin, batu bata, plaster, tembikar, besi dan batu
marmar. Bahan-bahan binaan ini bukan sahaja dapat mewujudkan keunikan pada bangunan yang
dibina, malah dapat melanjutkan usia bangunan. Contohnya, dinding istana al-Hambra diperbuat
daripada batu batan yang terdiri daripada campuran tanah, kapur dan batu kerikil berwarna merah.
Tembok istana turut dihiasi dengan gambar-gambar setinggi empat kaki (dari bahagian bawah tembok)
manakala bahagian atas tembok pula ditutup dengan plaster simen. Lantai istana pula diperbuat
daripada marmar putih bersegi empat.Bangunan ini juga dibina berdasarkan pengiraan geometri dan
matematik bagi mengukuhkan lagi binaannya.
68
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
2. Mempunyai pengaruh asing dalam seni bina – pengaruh Kristian
• Seni bina di Andalusia banyak dipengaruhi oleh model-model dari Timur yang bercirikan seni khat
berbentuk arabic dan geometri.Selain itu seni bina di sini juga turut dipengaruhi seni bina barat.
Buktinya terdapat seni bina di Andalusia yang mengandungi gabungan unsur-unsur daripada bangsa
Parsi, Roman, Turki dan Byzantine pada binaan bangunan-bangunan utama zaman tersebut.
Gabungan teknologi pelbagai bangsa ini dapat dilihat pada binaan bangunan masjid dan istana.
Malahan gereja-gereja Kristian juga cuba meniru reka bentuk bangunan-bangunan dan masjid di
Cardova. Misalnya, tumpuan diberikan kepada hiasan dalaman dengan ukiran- ukiran bercorak flora
dan geometri, binaan bumbung yang tinggi serta mempunyai ruang peredaran udara yang mencukupi
dan pencahayaan yang sesuai supaya suasana selesa sepanjang masa dalam bangunan-bangunan
berkenaan.
3. Mengandungi reka bentuk Islam / masjid
• Bercirikan islam bermula di Kota Cardova dan diikuti bandar Toledo, Serville, Granada , Amneria,
Saragossa dan Velencia meliputi pelbagai jenis bangunan dan binaan. Seni bina Islam berkembang di
Andalusia dan telah mendapat sokongan daripada pemimpin- pemimpinnya. Kesenian seni bina ini
telah berkembang di Andalusia dengan begitu pesat. Misalnya dinasti Nasriyyah telah meninggalkan
seni bina yang agung, iaitu Al Hamra yang masih tetap menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.
• Pada penghujung kurun ke-10 Masihi, Cordova telah mempunyai 1600 masjid. Reka bentuk Islam
terserlah pada binaan masjid di Andalusia yang sangat indah dan elok sekali buatannya contohnya
Masjid Cordova. Dinding masjid dihiasi dengan corak geometri dan tulisan Arab (khat) yang sangat
cantik. Terdapat juga hiasan di kubah, mimbar, pintu gerbang, menara dan ruang-ruang khas atau
taman-taman di kawasan dalaman dan luaran masjid.
4. Mempunyai binaan yang unik
• Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia mempunyai binaan yang unik dan kompleks pelbagai
guna. Keistemewaan ini bukannya terletak pada luaran sahaja tetapi juga bahagian dalamannya.
• Buktinya dalam binaan masjid terdapat 900 tempat mandi umum, 60 300 rumah orang kenamaan,
setiausaha, dan ketua-ketua tentera, 213 077 rumah orang kebanyakan dan 80 455 buah kedai.
• Pembinaan Al-hambra atau Istana al- Hamra yang dibina oleh al-Ahmar dipenuhi dengan hiasan yang
berwarna emas dengan reka bentuk yang sangat menarik. Al-Hamra dianggap antara bangunan yang
terindah di dunia. Istana ini mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah
dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman. Di
sekitarnya, terdapat 128 batang tiang bulat yang diperbuat daripada marmar.
• Antara binaan yang unik dan menarik yang terdapat di Granada ialah dua buah menara yang tinggi
dan berkilau yang dibina di atas Banjaran Sierra Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah dapat
melihat keindahan kota Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah- buahan yang subur .
5. Motif corak hiasan
• Hiasan-hiasan yang dihasilkan sangat indah dan banyak menggambarkan corak tumbuh- tumbuhan
dan haiwan. Hasil daripadanya lahir ilham reka bentuk geometri yang halus dan kompleks disulami
pula tulisan dan ukiran Arab (khat) yang indah. Keindahan bangunan- bangunan di Andalusia juga
memperlihatkan tulisan kaligrafi yang mengandungi ayat al Quran, puji-pujian dan gelaran pemerintah.
• Contohnya, Masjid al-Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II. Di atas pintu masuk masjid ini
tertera sepotong tulisan Arab, Azza Maulana al-Sultan Abdillah dan dibawah perkataan tersebut
terdapat sebuah syair yang menyentuh agama Islam. Pada bahagian mihrab masjid pula terdapat
hiasan yang diperbuat daripada emas yang bertatahkan permata zamrud dan yaqut. Permukaan
dinding masjid berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat
yang menggunakan tulisan Arab seperti al-Mulkulillah.
3. Kesenian Granada / Mudejar
• Kesenian seni bina Islam di Andalusia dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kesenian di Granada
69
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan kesenian luar Granada atau Mudejar. Kesenian seni bina di Granada dihasilkan
oleh seniman Islam dan melambangkan reka bentuk Islam. Manakala kesenian seni
bina luar Granada atau Mudejar pula dilahirkan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam pada abad
ke-13 dan ke-14 Masihi. Misalnya Alcazar di Seville dan Gereja Toledo. Seni Bina Andalusia
mempunyai fungsi khas antaranya menara untuk tujuan pemantauan manakala bahan binaan
disesuaikan untuk menyerap cuaca sejuk dan panas, pencahayaan dan gema bunyi.
KESIMPULAN
Kemewahan material dan perhiasan mula digunakan apabila tamadun Islam pada zaman Umayyah
bertembung dengan tamadun yang lebih maju dalam binaan seperti tamadun Byzantine dan Parsi.
Soalan 40: Analisiskan ciri-ciri seni bina di India pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENDAHULUAN
Seni bina ditakrifkan sebagai bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang
dibina oleh manusia. Sepanjang zaman pemerintahan kerajaan Moghul di India terdapat ciri-ciri seni
bina Islam yang dihasilkan dan menggambarkan kegemilangan tamadun Islam. Antara tokoh terhebat
kerajaan Moghul yang telah menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina yang memaparkan
kegemilangan tamadun Islam ialah Syah Jahan (1627-1658 M). Antara seni bina yang hebat ialah
masjid, istana dan makam diraja.
ISI -ISI PENTING
1. Pengaruh Luar - Parsi, Turki dan Arab dalam seni bina tempatan
• Sebelum kedatangan Islam ke India, seni bina pada zaman tersebut dipengaruhi oleh agama Buddha.
Namun setelah Islam mula bertapak di India, seni bina Islam telah meresap masuk seperti Parsi, Turki
dan Arab bergabung dengan seni bina tempatan yang akhirnya menghasilkan dan mempunyai
keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya. Ciri-ciri seni bina Islam dengan
adanya ukiran tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran, hadis-hadis dan syair-syair Arab, bentuk arabic dan
corak geometrian menjadi motif seni reka yang dijadikan hiasan pada dinding- dinding bangunan
masjid, istana dan rumah kediaman.Monumen tersebut dapat dilihat melalui binaan Taj Mahal di Agra,
Kota Merah di Delhi, dan Makam Humayun di Delhi serta beberapa seni bina yang lain.
● Ciri-ciri seni bina Islam berkonsepkan masjid yang kebiasaannya terdapat kubah, ukiran kaligrafi ayat-
ayat al- Quran , unsur air dan menara.Buktinya bagunan masjid yang di hias dengan seni khat Arab.
Selain itu, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang lengkap dengan kubah-kubah berbentuk baharu berupa
bunga teratai membuktikan pengaruh Parsi dalam seni bina Monghul.Contoh lain ialah istana tersohor
di Fathapur Sikri yang didirikan oleh maharaja Akhbar juga terdapat gabungan gaya tempatan dan
pengaruh Parsi.
● Mempunyai pengaruh tamadun Islam , terdapat ruang pemisahan antara lelaki dan perempuan,
mengutamakan keselamatan, keselesaan, pencahayaan dan sebagainya.
2. Motif corak hiasan - ukiran dan kaligrafi
• Istana dan masjid di India dihiasi dengan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran. Terdapat juga ukiran
berbentuk geometri dan berasaskan alam seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, ukiran
khat di Taj Mahal diukir oleh Amanat Khan yang dibawa dari Parsi. Begitu juga makam Humayun dihiasi
kaligrafi Arab yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan serta geometri.Bahagian dalam
Alhamara di hiasi dengan ukiran geometri bermotifkan bunga-bungaan, ukiran khat naskah dan kufi
tanpa motif makhluk hidup.
3. Bahan binaan daripada batu dan kayu sebagai sumber asas.
70
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Seni bina di India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas
kerana mudah diperoleh. Gabungan kedua-dua material ini memperkukuhkan dan
mencantikkan lagi struktur binaannya. Batu bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang
terdiri daripada pelbagai saiz. Bahan binaan yang digunakan sangat berkualiti. Kebanyakannya
menggunakan marmar dan batu bata merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan
mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco. Contohnya, struktur Makam
Humayun dibina daripada batuan merah, bata putih, marmar hitam dan putih. Penggunaan bahan ini
bertujuan untuk mengurangkan bahang. Taj Mahal juga dibina daripada marmar biru dan putih
manakala kubu yang terkenal dengan nama Kota Merah pula dibina menggunakan batu bata merah
pada struktur binaan khususnya pada bahagian dinding.Ketahanan bahan binaan terbukti dengan
bagunan tersebut masih kekal hingga kini.
4. Kompleks pelbagai guna
• Seni bina bangunan biasanya merangkumi istana, makam diraja, dewan, taman rekreasi, masjid ,
menara tinjau dan lain-lain contohnya seni bina Taj Mahal, seni bina Kota Merah/ Kubu Merah dan
Makam Humayun.
• Pembinaan Taj Mahal merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau
dan lain-lain. Bumbung, kubah, dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni
mozek yang indah. Kubah berbentuk oktagon dikelilingi empat menara meruncing. Digunakan juga 43
jenis batu permata termasuk berlian, jed, Kristal, topaz, dan nilam dalam pembinaannya. Dindingnya
dihiasi ayat-ayat al-Quran yang diukir dengan huruf khat thuluth oleh Amanat Khan yang dibawa dari
Parsi.
• Kota Merah atau Lal Qil’ah adalah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi.
Pembinaannya menggunakan batu bata berwarna merah yang menampilkan warna “monokrom‟.
Terdapat juga kubu sepanjang dua kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan. Kota ini
berbentuk octagon, mempunyai dua pintu gerbang (Lahore Gate dan Delhi Gate). Pembinaannya
merangkumi Dewan Umum, Dewan Khusus, Ruang peribadi maharaja, Ruangan Maharani, Masjid
Moti, Hayat Bakhsh Bag, tempat bersiram raja, Menara Melati, tempat tinggal gundik-gundik dan isteri-
isteri maharaja, tempat tinggal peribadi maharaja, Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja. Dibina
menggunakan batu marmar dihiasi corak-corak flora dan ada dua kubah di dalamnya serta terdapat
banyak aliran air terjun.
• Seterusnya pembinaan Makam Humayun mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al- Quran dan
kedudukan makam mengarah ke kiblat. Monumen ini dibuat daripada batu bata berwarna merah dan
putih dan marmar berwarna putih dan hitam dengan dihiasi taman-taman dan air pancut yang sangat
indah serta dikelilingi tembok-tembok yang kukuh.
• Seni bina binaan masjid yang didirikan di India pada zaman Moghul dilengkapi dengan menara-
menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-
kubah yang berbentuk baharu seperti bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing. Binaan
kubah yang yang dipenuhi dengan mozek pelbagai warna menggambarkan gabungan gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul telah terbina masjid yang besar dan
istana yang didirikan dalam sebuah kompleks. Contohnya, Masjid Lapan Mutiara di Agra. Selain itu,
masjid pada zaman ini juga mampu memuatkan Jemaah yang ramai. Misalnya Masjid Jama‟ di Delhi
mempunyai ruang solat yang luas (muat 25 000 orang dalam satu masa). Malah struktur binaan masjid
ini amat menarik dengan lantai yang diperbuat daripada batu marmar serta dinding dan mihrabnya
yang dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Masjid ini juga mempunyai dua menara, tiga pintu
gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi
kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar dan mihrab.
# bahagian ini di hurai dengan lengkap supaya jika soalan tanya tentang monumen ini sahaja
pelajar boleh jawab dengan baik
71
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
5. Kubah berbentuk baharu - kubah, menara, pintu gerbang
• Kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk
bawang. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.
Binaan makam diraja dan kubu Kota Merah juga turut mempunyai kubah. Kubah adalah suatu ciri
binaan di India. Kubah dan mihrab pada makam diraja dibina menghadap kiblat serta dihiasi dengan
ukiran ayat al-Quran.
• Masjid dan makam di India mempunyai menara. Menara-menara ini dihiasi indah terutama dengan
seni khat Arab seperti Masjid Lapan Mutiara di Agra. Kebiasaannya menara dibina secara bersendirian
iaitu terpisah daripada bangunan induk
• Kebiasaannya di pintu masuk istana dibina pintu gerbang atau gapura. Pintu gerbang akan
menyerlahkan lagi kehebatan bangunan berkenaan. Binaan istana pada zaman pemerintahan
kerajaan Mughal mempunyai sedikit kelainan kerana gapura jalan masuk ke istana dihiasi dengan
patung gajah. Pintu gerbang juga dibina terpisah daripada bangunan istana yang diselangi dengan
kawasan lapang. Binaannya daripada marmar dan batu bata merah yang kukuh serta mempunyai ciri
keselamatan yang baik.
6. Ciri keselamatan
• Istana di Fathpur Sikri yang di bina oleh Maharaja Akhbar mempunyai ciri -ciri keselamatan yang baik.
Terdapat pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Pintu
gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan
pintu gerbang kedua dengan bangunan istana tersebut. Di sekeliling istana terdapat tembok batu yang
mempunyai ruang rasmi tempat bersemanyam pemerintah.
• Terdapat menara tinjau yang dibina secara berasingan dari bangunan induk.Ciri ini berbeza dengan
seni bina arab.
• Kota Merah yang merupakan binaan sepanjang 2 km yang lengkap dengan ruang khas seperti ruang
mengadap dan ruangan khusus untuk maharaja merupakan bagunan yang lengkap dengan ciri
keselamatan yang berfungsi sebagai benteng pertahanan.
7. Pancutan air
• Bagunan seperti masjid, istana dan makam akan dihiasi dengan taman bunga yang berwarna
warni.Taman-taman bunga ini diberi nama-nama khusus seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore,
Taman Bunga Dara Shikoh di kashmir dan Taman Bunga Shalamar Bagh di Delhi.
• Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan ia dipengaruhi tamadun islam
khasnya Arab. Pancutan air ini menambahkan lagi kecantikan dan keindahan monumen yang dibina
seperti istana dan makam diraja.
KESIMPULAN
Kepelbagaian binaan di India serta ciri-cirinya yang unik menggambarkan penerusan legasi Islam oleh
kerajaan Mughul di India. Kewujudan seni bina tersebut menggambarkan agama Islam tidak menolak
kesenian. Malah menjadi simbol kegemilangan ketamadunan Islam yang telah bertahan beratus-ratus
tahun lamanya.
72
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Soalan 41 : Perluasan kuasa barat pada zaman KhalifahTurki Uthmaniyah berlaku kerana faktor politik dan
ekonomi. Jelaskan.
PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar islam
Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah
berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah
birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar
Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-
kuasa Barat. Awal abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan Barat termasuk wilayah
empayar Uhmaniyah. Gerakan perluasan kuasa Barat ini didorong oleh faktor politik dan ekonomi.
ISI-ISI PENTING
A. Faktor Politik
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan
sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan Kerajaan Uthmaniyah khasnya di wilayah-wilayah Islam.
Mereka sanggup mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan
ini mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke wilayah-wilayah empayar Uthmaniyah disamping
meningkatkan imej sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang
dianggap kuasa Islam terkuat ketika itu akan menyerlahkan imej dan kehebatan kuasa Barat
berkenaan. Kuasa Barat yang mempunyai tanah jajahan luas akan disegani dan dihormati.
2. Perubahan Dasar hubungan antarabangsa
Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat iaitu dari segi persahabatan dan dasar
perlindungan kepada dasar campur tangan pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah. Sebelum ini
pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi menjaga kepentingan
perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat pemberontakan dan perebutan kuasa
dalaman memberi alasan kepada kuasa Barat mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan
kerajaan Uthmaniyah.
3. Dasar pecah dan perintah
Polisi luar terpenting diamalkan kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah Uthmaniyah ialah dasar
pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang berada dalam empayar Uthmaniyah seperti
Turki, Arab, Mesir, Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
73
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan
meniupkan fahaman nasionalisme sempit dan berpuak-puak sehingga mereka
berjaya menggugat kestabilan politik empayar Uthmaniyah. Dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan
ummah sejak sekian lama dinaungi oleh Khalifah Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat
menghancurkan kekuatan empayar Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh
Kristian Eropah.
4. Konflik Sempadan Uthmaniyah dan Rusia
Konflik sempadan antara Rusia dan Austria-Hungry dengan wilayah Uthmaniyah merupakan faktor
perluasan kuasa Barat ke atas empayar Uthmaniyah. Perluasan kuasa Rusia terhadap Kerajaan
Uthmaniyh pada 1877-1878 kerana keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya
yang terlepas dalam Perang Crimea. Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya termasuk Serba, Montenegro dan Caucasus.
5. Kelemahan Pemerintah Uthmaniyah
Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kehancuran kerajaan Uthmaniyah.
Kepimpinan kerajaan dikuasai ibu dan isteri sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana serta
kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam mengendalikan pemerintahan
menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa. Ia membuka peluang kepada golongan
elit politik merebut kuasa demi kepentingan peribadi.Akhirnya kerajaan terpaksa tunduk kepada
tekanan kuasa Barat dan melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam menghadapi pelbagai
bidang termasuk pentadbiran dan sosial. Wilayah kekuasaan yang luas merangkumi wilayah di Asia,
Afrika dan Eropah merumitkan keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan tidak
teratur. Wilayah yang luas didiami pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan kecekapan pentadbiran.
B. Faktor ekonomi
1. Revolusi Perindustrian
Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan perluasan kuasa- kuasa Barat ke
atas wilayah Islam Uthmaniyah. Perkembagan Revolusi Industri di Eropah pada abad ke-18
meningkatkan tekanan terhadap keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan hasil
bumi. Para pelabur Eropah menyokong gerakan perluasan kuasa bagi memenuhi keperluan kilang-
kilang dan dapat meluaskan pasaran produk industri kuasa-kuasa besar.
2. Keperluan bahan mentah
Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah. Britain memerlukan arang batu
untuk menghidupkan enjin., lokomotif dan kapal laut berkuasa wap. Para pemodal Eropah telah
menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang,
lombong, mengimport buruh dan sebagainya. Pemodal Perancis telah berjaya menguasai Algeria,
wilayah Uthmaniyah yang kaya raya dengan sumber bumi. Penemuan minyak mentah di Iraq dan Iran
menambahkan minat kuasa-kuasa Barat meluaskan tanah jajahan. Mereka menggunakan pelbagai
helah untuk mendapatkan konsesi cari gali minyak. Kepentingan minyak dalam Revolusi Perindustrian
mencetuskan persaingan antara negara- negara Eropah dalam usaha menguasai wilayah Uthmaniyah.
Tindakan Jerman memasuk perlumbaan merebut harta kekeyaan kerajaan Uthmaniyyah
membimbangkan kuasa- kuasa Barat yang lain. Awal abad ke-20 M, persaingan menguasai sumber
minyak semakin ketara apabila banyak kawasan petroleum, ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.
3. Kepentingan Terusan Suez
Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa Barat berusaha menguasai wilayah Uthmaniyah,
khasnya Mesir. Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala terpenting
dunia dan secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara. Terusan Suez menjadi pilihan
pedagang Asia dan Barat kerana ia menjimatkan masa dan kos tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
74
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
British berminat menguasai terusan ini kerana kapalnya kerap melalui terusan ini,
untuk menuju ke India (tanah jajahan British). Justeru, British telah membeli saham
kompeni Terusan Suez.
4. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis
Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan bangsa Eropah
menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadi kebergantungan ekonomi umat Islam
kekal berada dalam cengkaman mereka. Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir berpunca
daripada usaha pembengunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik hutang meruncing. British mengambil kesempatan
menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya menguasai ekonomi Mesir.
KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatannya dalam PD1 dan kekalahannya menyebabkan
kuasa Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka. Kelemahan kerajaan Uthmaniyah
membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan khalifah .
Soalan 42 : Analisiskan faktor agama dan perkembangan teknologi yang mendorong kepada
perluasan kuasa barat terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke- 18m hingga ke-20M.
PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan
dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi,
ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar Uthmaniyah
mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-kuasa
imperialis Barat. Gerakan perluasan kuasa Barat ini didorong oleh pelbagai faktor, termasuklah faktor
agama dan perkembangan teknologi.
ISI-ISI PENTING
A. Faktor agama
1. Gerakan kristianisasi (memperjuangkan agama kristian )
• Barat memperjuangkan agama Kristian kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam.
Pihak gereja dan tokoh- tokoh Agama Kristian merestui misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat
ke atas wilayah Uthmaniyah. Malahan, Barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan
masyarakat yang berada di bawah empayar Uthmaniyah dengan memburuk-burukkan Islam sebagai
agama yang mundur, anti-kemajuan, dan tidak berperikemanusiaan. Mereka menganggap misi
perluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan tugas suci dan agung dalam usaha menjayakan
gerakan kristianisasi.
2. Lanjutan Perang Salib
• Matlamat agama menyebabkan golongan gereja sanggup melakukan kekejaman, penindasan dan
kezaliman dalam misi penjajahan ke atas dunia Islam. Barat beranggapan perluasan kuasa ini
merupakan lanjutan daripada siri-siri Perang Salib yang bermula pada tahun 1906. Tambahan pula,
Sultan Abdul Hamid II, pemerintah Uthmaniyah terakhir mendakwa kempen Perang Salib yang
dilancarkan terhadap kerajaan Uthmaniyah masih berterusan. Ini mendorong mereka mengkristiankan
penduduk tempatan bagi menyaingi dan menyekat pengaruh agama Islam yang semakin berkembang.
3. Menyebarkan falsafah dan nilai-nilai Barat
• Kerajaan khalifah Uthmaniyah dianggap ancaman utama kepada penganut dan wilayah Kristian seperti
yang berlaku ke atas kota Konstantinople, pusat agama Kristian Timur. Perebutan pengaruh antara
Britain dan Rusia menjadi wakil penduduk Kristian di wilayah Uthmaniyah juga merancakkan sentimen
agama dalam gerakan peluasan kuasa Barat. Barat juga telah menyebarkan falsafah dengan
75
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
memperkenalkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat peribumi yang dijajah.
Buktinya, penerimaan konsep kehidupan yang moden dengan pemikiran dan
pengetahuan yang progresif sebagai bangsa yang maju dan mereka yang menolak pemodenan
dianggap sebagai masyarakat yang mundur, kolot atau ketinggalan zaman.
B. Faktor Perkembangan Teknologi
1. Kemajuan bidang pengangkutan
• Negara-negara Barat seperti Britain telah mempertingkatkan sistem pengangkutan laut pada abad ke-
18. Mereka telah menggunakan kapal yang mempunyai enjin berkuasa wap bagi menggantikan kapal
layar untuk meluaskan kuasa. Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat
membantu kuasa-kuasa Barat mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
• Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga
mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai-
pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Uthmaniyah.
• Di samping itu, penggunaan enjin berkuasa wap, pembinaan jalan raya dan jalan keretapi di wilayah-
wilayah Uthmaniyah yang dikuasai oleh kuasa Barat melancarkan proses pengedaran bahan mentah
dan perdagangan import eksport. Para pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah
Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendalikan lombong, mengimport
buruh dan sebagainya.
2. Kemajuan dalam sistem perhubungan
• Pada abad ke-18, negera-negara Eropah telah mempunyai sistem perhubungan yang semakin
canggih. Penciptaan telefon dan telegraf membolehkan mereka berhubung dengan mudah di antara
satu sama lain dengan lebih cepat. Kecanggihan alat-alat perhubungan ini memudahkan mereka
mengatur strategik untuk menawan beberapa kawasan empayar Uthmaniyah yang kaya dengan bahan
mentah. Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Pada awal abad
ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait da Bahrain. Penemuan ini menimbulkan
persaingan dan konflik antara kuasa- kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat menggunakan
kecanggihan mereka dan mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa menguasai wilayah-wilayah
Uthmaniyah.
3. Penggunaan Senjata Moden
• Kecanggihan senjata moden yang digunakan oleh negara-negara Barat seperti Rusia, British, Perancis
dan Amerika Syarikat tidak mampu ditandingi oleh kerajaan Uthmaniyah. Penggunaan kapal perang,
kereta kebal, meriam dan bom memudahkan kuasa Barat (pihak Bersekutu) menguasai dan menawan
empayar Uthmaniyah.
• Penggunaan senjata moden dalam peperangan yang berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
Barat menyebabkan satu demi satu kawasan Uthmaniyah jatuh ke tangan penjajah. Pada tahun 1798,
Mesir jatuh ke tangan Perancis. Pada tahun 1876, Cyprus jatuh ke tangan British. Meskipun kerajaan
Uthmaniyah bergabung dalam Kuasa Tengah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), namun pihak
mereka telah kalah. Kekalahan itu menjadi punca perluasan kuasa ke atas wilayah kerajaan
Uthmaniyah. Satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa Barat ekoran peperangan dan perjanjian
yang dibuat. Tegasnya, penggunaan senjata moden memudahkan usaha penaklukan kuasa Barat ke
atas wilayah-wilayah Uthmaniyah.
KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatan mereka dalam Perang Dunia Pertama. Impak
kekalahan menyebabkan kuasa-kuasa Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka.
Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada penubuhan negara bangsa
Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiah.
76
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 43 : Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat di Mesir pada abad ke-
19M hingga awal abad ke-20M.
PENGENALAN
Sejarah penguasaan Barat ke atas Mesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1789 hingga 1801
dan diikuti British. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya
Perang Dunia Pertama. Meskipun British mula melonggarkan cengkaman ke atas pentadbiran Mesir
selepas 1918, namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi. Penjajahan Barat
membangkitkan penentangan masyarakat tempatan di Mesir.
ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Rosetta 1807
• Penaklukan Perancis membuatkan kuasa asing seperti British membuka mata dan menilai sendiri
potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. British mengambil peluang berbaik-baik dengan Turki
Uthmaniyah bagi mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan ketenteraan. Setelah berjaya
mengusir Perancis, tentera British terpaksa berundur dari bumi Mesir pada tahun 1802 berdasarkan
Perjanjian Amien. Namun, British sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk menakluki Mesir
dan ini terbukti dengan cubaaan untuk menguasainya pada 1807 melalui hubungan antara British
dengan pemimpin Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan tersebut, British sanggup
membantu Ali Bey menguasai Mesir dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai
pantai- pantai Mesir.
• Meskipun British mengetahui Ali Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807, namun mereka tetap
meneruskan hasrat tersebut. Seramai 2000 orang tentera British tiba di Bandar Rosetta pada Mac
1870 dan berhasrat menjadikan Bandar pesisir pantai itu sebagai pusat gerakan. Penduduk Rosetta
dan gabenornya, Ali Bey telah berusaha mempertahankan Bandar Rosetta dan akibatnya ramai
penduduk tempatan dan tentera British sendiri telah terkorban dalam pertempuran tersebut.
2. Gerakan Naqib al-Ashraf as-Sayyid Umar Makram
• Penentangan terhadap British telah diperhebatkan lagi apabila Naqib al-Ashraf as- Sayyid Umar
Makram menyalakan perjuangan rakyat Mesir dan pelajar-pelajar Universiti al- Azhar. Serangan
dilakukan melalui dua kumpulan tentera iaitu satu kumpulan menguasai Sungai Nil dan satu lagi
menyerang al-Hammad (selatan Rosetta). Akhirnya tentera British menyerah kalah pada 21 April 1807
dan meninggalkan pelabuhan Iskandariah, Mesir pada September 1807.
3. Gerakan Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh
• Gerakan penentangan terhadap penjajahan Barat di Mesir disokong golongan intelektual Islam
77
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
terkemuka iaitu Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua
tokoh ini memimpin gerakan Islah (gerakan pemulihan Islam) iaitu gerakan
penentangan tanpa senjata. Gerakan ini bersifat intelektual bertujuan membangkitkan kesedaran
rakyat. Gerakan Islah agak berbeza dengan gerakan penentangan anti-Barat yang lebih bersifat fizikal.
Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan
kemerdekaan.
• Perjuangan Jamaluddin al-Afghani termasuk menentang imperialisme Barat terhadap dunia Islam
khasnya Mesir, mendesak para pemimpin negara Islam menerima teknologi Barat dan menggesa
pemimpin Islam menerima Islam sebagai dasar perjuangan menentang Barat. Kaedah dan idea
perjuangan serta program islah Jamaluddin al-Afghani dilaksanakan melalui pelbagai cara termasuk
proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan seperti akhbar mingguan Arab al-
Urwah al- Wushqa yang berkisar tentang isu penentangan terhadap imperialisme Barat, kemerdekaan
dan penjajahan merupakan mala petaka terhadap umat Islam. Jamaluddin al-Afghani telah
menubuhkan Misri al-Falat (Pertubuhan Mesir Muda) iaitu sbeuah pertubuhan sulit bersifat
nasionalisme yang bertujuan menamatkan penjajahan British di Mesir. Beliau turut menubuhkan al-
Hizb alWatani al-Hurr (Parti Kemerdekaan Kebangsaan) iaitu sebuah kumpulan rahsia untuk
membebaskan Mesir dari penjajahan Barat.
Muhamad Abduh menyokong perjuangan Jamaluddin al-Afghani. Beliau menerbitkan majalah al-Manar
dan melaksanakan reformasi di Mesir sewaktu menyandang jawatan mufti dan Syeikh al-Azhar.
Kaedah dan idea perjuangan serta program Islah Muhamad Abduh dilaksanakan melalui pelbagai cara
termasuk proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan, jawatan yang disandang
dan sebagainya. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan
semangat anti-penjajah Barat di kalangan rakyat Mesir.
4. Gerakan Penentangan golongan awam dan tentera
• Sebelum tercetusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, telah muncul dua golongan penentang
terhadap penguasaan asing. Pertama, penentang golongan awam yang terdiri daripada para
bangsawan (pasha), ulama dan tuan tanah daripada golongan fellahin. Kedua, kumpulan pegawai
tentera Mesir berketurunan fellahin.
• Golongan awam terutama ulama menentang penguasaan asing terutama kuasa Barat Kristian ke atas
bumi Mesir. Mereka bimbang pengaruh sekular dan menentang Barat melalui sentiment agama.
Golongan tuan tanah fellahin menerima tekanan dari pemimjam wang berketurunan Kristian yang
berasal dari Lebanon. Kadar faedah pinjaman yang tinggi menyebabkan golongan ini gagal membayar
hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak ansur. Selain itu, golongan ini turut menanggung beban
cukai yang tinggi dalam bidang pertanian yang dikenakan pihak pemerintah bagi memuaskan hati
pemodal asing yang menagih hutang kerajaan sebanyak ₤ 100 juta.
• Tempoh Perang dunia Pertama antara 1914-1918 menyaksikan semangat menentang penjajah
semakin memuncak. Hal ini kerana tuan-tuan tanah tertindas berikutan kegiatan penanaman kapas
disekat oleh British, golongan pertengahan di Bandar menderita kerana harga barangan terlalu tinggi
manakala para petani dipaksa menyertai Palang Merah dan menjadi buruh kepada tentera British.
Fokus golongan tentera Mesir adalah menentang kepimpinan Turki- Circassia yang mempunyai taraf
istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan Turki Uthmaniyah di Mesir. Apabila ada usaha
menghadkan saiz tentera Mesir, ramai pegawai berbangsa Mesir yang diberhentikan perkhidmatan
berbanding dengan pegawai tentera berketurunan Turki-Circassia.
• Kemuncak penentangan, kedua golongan ini bergabung mendokong gerakan nasionalisme Mesir
apabila kuasa Eropah menunjukkan permusuhan. Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel
Ahmad Urabi yang bercita- cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.
7. Pemberontakan Urabi 1881-1882
• Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga 1882 dipimpin oleh Kolonel Ahmad Urabi berjuang
menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajahan British. Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit
dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan
78
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
akhlak rakyat. Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di
Mesri iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb
al-Watani) yang berjuang menghapuskan diskriminasi dalam penbtadbiran Mesir, menjamin agar
hutang piutang asing dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas, menyeru agar kuasa
Khedif dipulihkan kembali dan segala pendapatan daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan
kepada kerajaan Mesir.
• Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini bersifat anti orang asing iaitu Perancis dan British.
Peringkat seterusnya, gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan Mesir.
Usaha ini tidak berjaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas hingga menyebabkan Sultan
Abdul Hamid II, pemerintah Turki Uthmaniyah didesak menyingkirkan Khedif Ismail dan digantikan
puteranya, Khedif Taufik pada 1879. Penghujung tahun 1881, Ahmad Urabi dan para penyokongnya
telah merampas kuasa dari Khedif Taufiq. Situasi bertambah tegang apabila pihak British sentiasa
menolak tuntutan rakyat Mesir termasuk isu belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai dari
pendapatan negara yang menguntungan British. Perkembangan ini menimbulkan ketegangan
sehingga berlaku rusuhan di hilir Mesir di mana beberapa orang Kristian telah dibunuh.
• Pada akhir tahun 1881, Ahmad Urabi dan penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada Khedif
Taufiq ( boneka British) dan akhirnya Khedif Taufiq meminta perlindungan daripada British. British di
bawah pimpinan Laksamana Seymour menyerang dan berjaya mengalahkan pasukan Ahmad Urabi
di Iskandariah dan Tel al-Kabir kerana ia mengancam pendudukan British di Mesir. Kolonel Ahmad
Urabi ditangkap dan dibuang negeri ke Sri Lanka. Meskipun perjuangan Ahmad Urabi gagal, inspirasi
perjuangannya telah diteruskan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.
8. Gerakan Mustafa Kamil dan Muhamad Farid (golongan nasionalis lulusan undang-undang)
• Meskipun golongan nasionalis terus mengkritik penguasaan penuh British dalam pentadbiran Mesir,
namun pihak British enggan melaksanakan sistem berparlimen sepenuhnya. Mereka hanya
membenarkan penubuhan majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah dan kebangsaan tanpa
memberi sebarang kuasa kepada badan-badan tersebut. Golongan nasionalis di peringkat ini tidak
seperti Ahmad Urabi dari kalangan tentera. Mereka merupakan golongan lulusan undang-undang
yang dididik pensyarah Perancis yang sememangnya bersifat anti-Briritsh. Golongan ini dipimpin
Mustafa Kamil dan Mohammad Farid. Mustafa Kamil mendapat sokongan rakyat kerana sikapnya yang
keras menentang British. Pada 7 Disember 1907, Mustafa Kamil telah memimpin Kongres Nasional
Pertama bertujuan untuk pembangunan Mesir secara liberal dan akhirnya untuk mencapai
kemerdekaan penuh Mesir. Pihak British berusaha menindas gerakan ini.
9. Gerakan Saad Zaghul- pejuang kemerdekaan
• Berakhirnya Perang dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir semakin
berkobar. Pada bulan November 1918, para pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Saad Zaghlul
(1859-1927) daripada Parti Wafd menemui Pesuruhjaya Tinggi British menuntut kemerdekaan Mesir.
Mereka mendesak agar dibenarkan menghantar satu perwakilan ke Perundingan Damai Perang Dunia
Pertama di Paris. Namun, pihak British menolak semua permintaan tersebut. British menangkap Saad
Zaghlul dan ini mengakibatkan berlaku revolusi besar dalam menentang British.
KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan membangkitkan gerakan penentangan
rakyat Mesir
SOALAN 44: Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi
PENGENALAN
Dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849.
79
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Ayahnya Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani. Walaupun tidak
bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasha merupakan seorang yang
cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman
Napoleon. Akhirnya dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai
penguasa Mesir. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan
Wahabi serta meningkatkan kekuatan ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Keamanan
di bumi Mesir telah membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dalam aspek
ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi dilakukan sepanjang pemerintahannya.
ISI-ISI PENTING
1. Pembaharuan dalam bidang Ketenteraan
• Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan
teratur. Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera berbangsa
Sudan diganti dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania.
• Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun 1815 di Aswan untuk memberi latihan dan
kemahiran kepada pegawai tentera. Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil
berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama islamnya Sulaiman Pasha) Beliau memberi nasihat
kepakarannya untuk menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir. Kesannya pada tahun 1826 terdapat 90
000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Negara Eropah.
• Kesannya, Utara Sudan serta Levant (persisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai, mematahkan
pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi Hijaz (Arabia) pada tahun1818 dan dapat memberi
keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki
Uthmaniyah.
• Jelas bahawa dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul
sebagai satu kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.
2. Pembaharuan dalam bidang pentadbiran
• Era pemerintahan Muhammad Ali Pasha 1805-1848 iaitu permulaan kepada pemerintahan Dinasti.
Sebelum itu Mesir di bawah taklukan / pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Pemerintahan
diteruskan oleh anak-anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854 –
1863)dan Ismail (1863-1879)
• 1806, Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada
bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara
serta mengutip cukai di seluruh Negara.
• Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan
ada hubungan baik ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini. Tenaga-tenaga
pakar dibawa dari Negara-negara ini.
• Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran. Menganggap ulama menghalang kepada usaha
pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama
amat berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.
• Muhammad Ali Pasha mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya hubungan yang baik dengan
Negara-negara barat, berlaku pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses
pemodenan Negara Mesir ini.
3. Pembaharuan bidang pendidikan.
• Menubuhkan institut-institut yang berkaitan dengan pendidikan. Contohnya, kementerian Pendidikan,
sekolah rendah, sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi. Banyak sekolah didirikan.
Contohnya Sekolah Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran (1827),
Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak
lagi sekolah seperti kesenian, industri, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing ditubuhkan.
• Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan khas dari Eropah. Contohnya pakar
kedoktoran dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran 1827 – 1849
80
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
(22 tahun berkhidmat). Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut
pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali
(Milan, Florence, Rom) untuk mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan ilmu
pencetakan.Pada 1826-1844 – 319 orang pelajar dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan
pengarang terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun
1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga Muhmmad Ali Pasha.
• Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan
Diwan al- Jihadiyya) kemudian dipisahkan. Untuk mewujudkan koordinasi yang berkesan, Majlis Syura
al Maktab ditubuhkan pada 1830 bertujuan untuk meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat
Mesir, menambah pembangunan sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik Inspektor
Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve. Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi
Jabatan Diwan al- Jihadiyya atau disebut Ministere de I’instruction Publique dan kemudian berubah
menjadi Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab mengawasi dan melakukan pembangunan
terhadap sekolah-sekolah baru.Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada
kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan pemikiran masyarakat juga telah berubah
selaras dengan idea-idea pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada masyarakat.Kesannya lahir
tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al- Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi
dan ramai lagi.
4. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
• Muhammad Ali Pasha telah memperbaiki sistem pengairan. Dengan adanya sistem pengairan ini,
tanah menjadi subur. Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari
India dan Sudan.Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan kerahan tenaga serta
melaksanakan sistem monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian
• Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani
dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang
dengan harga yang lebih tinggi.
• Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak pemerintah khasnya British yang menaikkan
cukai sesuka hati menambah kesengsaraan penduduk Mesir. Keadaan ini mendorong kepada
kebangkitan para ulama untuk menentang kezaliman tersebut.
• Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab dijajah semula oleh British.
• Jelas bahawa Muhammad AlI Pasha berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai
matlamatnya 100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota
yang moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan
kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.
KESIMPULAN
Jelas bahawa MAP berjaya mengubah lanskap Mesir dengan segala pembaharuan yang
dilaksankanya. Beliau memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai matamatnya 100
peratus. Bandar-bandar di Mesir telah berubah menjadi kota-kota moden. Namun, ketidakpuasan hati
rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak
membantutkan proses pertumbuhan ekonomi negara.
SOALAN 45 : Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap penjajahan kuasa Barat dari abad
ke-18 hingga ke-20 Masihi.
PENGENALAN
Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniah dan
kelemahan pemerintahan telah membuka ruang kepada kuasa Perancis untuk campur tangan di
Algeria. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campurtangan
Perancis bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang daripada tentera Perancis
yang masih tertunggak untuk pembelian gandum. Penjajahan ini telah mengakibatkan reaksi
81
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masyarakat Algeria sebagai satu tindakbalas untuk membebaskan negara dari
belenggu penjajah.
ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Husain Dey (1818-1830)
• Husain Dey merupakan pemerintah Algeria terakhir yang dilantik oleh Kerajaan Uthmaniah. Beliau
berhasrat menuntut hutang dari Perancis, namun pihak Perancis enggan membayarnya.
• Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis
menyebabkan Perancis menggiatkan lagi usaha untuk menguasai Algeria.
• Ketua tentera Perancis iaitu Bertrand Clauzel talah membawa masuk ramai peneroka Eropah ke
Algeria. Mereka telah menduduki kota kota Algeria, membuka ladang-ladang dan merampas tanah
penduduk tempatan. Mereka turut menceroboh masjid dan perkuburan umat Islam.
• Tindakan Perancis menyebabkan Husain Dey memimpin gerakan penentangan,namun menemui
kegagalan
2. Gerakan Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine
• Di bahagian Timur Constantine, Ahmad Bey melancarkan gerakan penentangan terhadap penjajahan
Perancis. Perancis kehilangan hampir seribu tenteranya apabila Clauzel cuba menakluki Constantine
yang dikuasai Amad Bey.
• Apabila angkatan laut Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah, yang cuba membantu Ahmad
Bey pada 1837, beliau terpaksa menyerah kalah.
• Namun, Ahmad Bey masih enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine kerana
menjangkakan bahawa Perancis akan membiarkan pemerintah tempatan memerintah di sana. Namun
situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan.
3. Gerakan Syeikh Abdul Qadir al-Jazairi, Gabenor Mascara (1830-an-1840-an)
• Masyarat islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan
jihad bagi menentang Perancis.
• Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir sebagai ketua mujahidin. Dengan ini beliau telah mengeluarkan
fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dari penjajahan Perancis dan mengisyitiharkan Algeria
sebagai negara Islam.
• Dalam tempoh dua tahun, Sheikh Abdul Qadir berjaya menyatukan pelbagai puak dan melakukan
gerakan penentangan terhadap Perancis.
• Beliau menggunakan taktik perang gerila dan hampir sedekad iaitu sehingga 1845, beliau berjaya
mengalahkan Perancis.
• Dalam gerakan penentangan di wilayah barat Algeria, beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan
tersebut. Akhirnya, beliau dikalahkan oleh Perancis dan menyerah diri pada 1847.
4. Gerakan Abu Ma’zi
• Beliau berjaya menggerakkan rakyat tempatan Algeria termasuk penduduk Kristian dan Yahudi
menentang Perancis di wilayah Selatan Oran. Abu Ma’zi kemudiannya telah bergabung dengan Syeikh
Abdul Qadir yang akhirnya telah melantik beliau sebagai gabenor di wilayah berkenaan. Abu Ma’zi
dan Syeikh Abdul Qadir berjaya menewaskan perancis dalam pertempuran di Sidi Ibrahim pada tahun
1845.Situasi ini membimbangkan Perancis. Marshall Begeaud, gabenor jeneral Perancis di Algeria
telah merekrut 10,000 tentera dan berjaya menewaskan pasukan Abu Ma’zi pada Disember 1847.
5. Gerakan Kabylia
• Penduduk Algeria di kawasan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khususnya dalam soal undang-
undang tanah. Mereka melihat kedudukan ekonomi semakin terancam oleh peneroka Eropah yang
menguasai tanah secara kekerasan.Penjajah Perancis juga merampas tanah penduduk pribumi yang
subur, malah merampas tanah habus (tanah warisan) yang tidak boleh dipindah milik. Hampir satu
pertiga umat Islam di Algeria telah menyertai gerakan penentang secara besar-besaran.
82
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Menjelang 1872, gerakan penentangan berakhir tetapi menyebabkan
penduduk tempatan jatuh miskin apabila Perancis menuntut ganti rugi dan merampas
tanah kaum pribumi.Perancis menggunakan hasil ganti rugi untuk memperluaskan penjajahan dan
bukannya membayar pampasan kepada peneroka Eropah yang menjadi sasaran dalam kebangkitan
rakyat Algeria.
6. Gerakan moderat Islam (Algeria Muda)
• Era 1890-an, satu pergerakan moderat Islam yang berkaitan dengan isu-isu masyarakat,pendidikan,
politik dan ekonomi muncul di bandar Tlemcen dan Bone.Pada tahun 1900, mereka menghantar satu
memorandum kepda kerajaan Perancis memohon untuk mendapatkan hak mengundi dan melantik
perwakilan rakyat tempatan dalam pentadbiran Algeria. Mereka dikenali sebagai Jeunes Algeriens
(Algeria Muda). mereka menumpukan perhatian kepada menghubungkan budaya Perancis dan Islam.
Namun, pergerakan ini kurang berjaya dalam membangkitkan semangat rakyat menentang Perancis.
KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan penentangan
rakyat Mesir dan Algeria. Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di
seluruh Algeria sehingga telah mengorbankan banyak nyawa dan digelar sebagai ‘Negara Sejuta
Syuhada’. gerakan demi gerakan yang dilakukanoleh rakyat Algeria sehingga akhirnya Perancis
terpaksa akur dan memberikan kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962.
Soalan 46 : Bincangkan Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Syria Pada Abad Ke-19 Dan
Awal Abad Ke-20 Masihi.
PENDAHULUAN
Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Islam Arab. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih
peranan empayar Turki Utmaniyah. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal
negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun
mereka telah menjajah negara tersebut selama 7 tahun. Pada tahun 1927, Perancis telah
menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih
berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh.Hal ini mengakibatkan
berlakunya gerakan nasionalisme di Syria
ISI-ISI PENTING
1. Faktor agama
Gerakan nasionalisme di Syria tercetus atas faktor Pengaruh Agama. Atas alasan agama, timbul
keinginan untuk menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan
nasionalis di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria
menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan bangsa mereka di wilayah Palestin jelas kelihatan apabila
golongan Turki Muda yang memerintah Uthmaniyah dikuasai pertubuhan al-Itihad wa al-Taraqqi yang
didalangi orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria
menentang penjajah.
2. Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan
Gerakan nasionalisme di Syria berlaku kerana faktor Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan. Pada abad
ke-19 hingga 20M, berlaku perkembangan baharu dalam kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran
dunia Arab. Contohnya, penyair Lebanon, Khalil Ghibran telah menyumbang kepada pembangunan
puisi Arab dengan bentuk dan tema baharu termasuk tema kebangsaan dan kenegaraan. Malahan,
Perancis juga cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan Bahasa golongan minoriti. Kesannya,
menyebabkan golongan minoriti bangkit memperjuangkan pengiktirafan Bahasa ibunda mereka seperti
83
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bahasa Kurdish, Druze, Armenia, Jacobites dan Asyyrian. Akhirnya, Bahasa etnik
minoriti dihidupkan semula dan mempengaruhi perkembangan nasionalisme.
3. Pengaruh Kewartawanan
Gerakan nasionalisme di Syria juga dipengaruhi oleh faktor Pengaruh Kewartawanan. Umpamanya,
Farris Nimr berketurunan Lubnan yang mendapat pengajian di Syrian Protestant College telah
menerbitkan majalah al-Muqattam yang berkisar kepentingan ilmu dan semangat nasionalisme. Khalil
Turi menerbitkan akhbar Tariqat al-Akbar yang mengandungi 3000 isu nasionalisme berkaitan
perundangan, ekonomi dan sebagainya. Majalah al-Manar merupakan majalah bulanan yang
membahaskan idealism pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid
Rida yang lahir di Syria. Majalah ini mengungkap tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea
pembaharuan yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Fokus pemikiran ke
arah usaha pembaharuan dan dakwah Islamiyah di Syria. Al- Manar menggerakkan perbincangan
tentang dakwah, idealism, dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan
yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme,
nasionalisme dan mempelopori dialog pertukaran idea antara budaya serta menangani isu-isu social
dan peradaban. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan 8 halaman, menyiarkan berita mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua
editor, Rasyid Rida sendiri. Justeru, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
masyarakat terhadap gerakan nasionalisme untuk membebaskan diri daripada penjajahan.
4. Peranan Pendidikan
Peranan Pendidikan menjadi faktor tercetus gerakan nasionalisme di Syria. Sebuah akademi Bahasa
ditubuhkan bagi mengumpul ahli Bahasa dari seluruh Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar
fikiran. Tujuan akademi Bahasa untuk mengharmonikan Bahasa masing-masing dengan keadaan
masyarakat Arab daripada pelbagai Bahasa. Walaupun berbeza politik tetapi mereka Bersatu di bawah
satu perkara iaitu Bahasa Arab. Antara tokoh Pendidikan terkenal yang menyokong usaha penubuhan
negara Syria merdeka ialah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai
Pendidikan Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah university dibina menjadi medan
perdebatan golongan terpelajar tempatan. Oleh itu, semangat nasionalisme semakin menyerlah dalam
kalangan rakyat untuk bangun membebaskan negara daripada imperialis Perancis.
5. Peranan golongan intelektual
Golongan intelektual merupakan pencetus Gerakan nasionalisme di Syria. Rasyid Rida merupakan
intelektual muslim Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori
oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam
ketika itu dibandingkan dengan masyarakat Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat
diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad
dalam menghadapi kehidupan moden. Penulisan beliau banyak menyumbang kepada Gerakan
nasionalisme dalam kalangan umat Islam khususnya Syria. Oleh itu, idea-idea beliau telah
menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
6. Peranan Persatuan Kebajikan
Peranan persatuan kebajikan menjadi faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Semangat
nasionalisme Syria dipelopori persatuan-persatuan kemasyarakatan (Jam’iyyah al-Islamiyah) yang
berjuang menyebarkan dakwah Islam dan kesedaran beragama. Antaranya Jam’imyyah al-Tamaddun
al-Islami. Penubuhan jam;iyyah adalah kesan daripada perasaan tidak puas hati terhadap sistem
Pendidikan wajib yang diperkenalkan oleh Perancis. Mereka percaya Perancis mempunyai agenda
tersembunyi di sebalik dasar Pendidikan berkenaan. Dasar pendidikaan Perancis berbeza dengan
British yang memberi kebebasan Pendidikan kepada rakyat tempatan. Persatuan kebajikan yang
dianggotai oleh para fuqaha, khatib, sasterawan dan golongan professional Islam telah melaksanakan
pelbagai program kebajikan termasuk penerbitan buletin berjudul al-Tamaddun al-Islami bertujuan
menyebarkan pengetahuan Islam kepada masyarakat dan menubuhkan madrasah yang diiktiraf
84
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
pemerintah. Persatuan ini telah membina sebuah sekolah menengah iaitu Madrasah
al-Tamaddun al-Islami di Damsyik dan mengasaskan al-rabitah al-Ukhawiyyah li
Musa’adah Fuqara sl-Tullab untuk pelajar-pelajar Islam miskin mendapatkan Pendidikan percuma dan
membantu serta memberi sokongan kepada Gerakan Intifadah Palestin.
7. Ancaman Budaya Barat
Ancaman budaya Barat dan ancaman sekolah-sekolah missionary juga menyumbang faktor tercetus
semangat nasionalisme di Syria. Penjajahan Perancis menyebabkan rakyat Syria terpengaruh dengan
cara pentadbiran Barat dalam pelabagai aspek kehidupan termasuk bidang politik dan ekonomi. Lebih
parah lagi apabila masyarakat Syria mula diresapi dengan budaya hidup Barat, khasnya budaya
Perancis. Penyebaran budaya Barat dan dakyah Kristianisasi telah mengancam pengaruh agama
Islam dan identiti masyarakat Syria sehingga membangkitkaan semangat nasionalisme. Malahan,
dasar Pendidikan Perancis mewajibkan pendudk Syria memasuki sekolah-sekolah yang didirikan oleh
colonial dan mendapat sokongan Gerakan missionary. Sekolah-sekolah Perancis mendapt bantuan
pertubuhan-pertubuhan Arab Kristian yang diasaskan atas nama jam’iyyah al-Nisa yang ditubuhkan di
Lubnan pada tahun 1850. Ancaman sekolah-sekolah missionary terhadap pemikiran umat Islam Syria
telah membangkitkan nasionalisme dalam kalangan ulama. Persatuan al-Fatat yang ditubuhkan di
Paris pada tahun 1911 berjaya menyemarakkan semangat nasionalisme di Syria. Persatuan ini telah
mengadakan kongres Arab di Paris pada tahun 1913.
8. Pengaruh luar
Merupakan faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Penduduk Syria terpengaruh dengan
Gerakan Islah dan Pan Islamisme yang dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad
Abduh. Gerakan ini Berjaya meningkatkan semangat penduduk tempatan melawan ancaman pihak
Barat. Shakib Arselan berasal dari Lubnan telah menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk
Syria Bersatu di bawah Kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahukan
sebaliknya. Beliau menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang British semasa
Perang Dunia Pertama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebangkitan nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang
pelabagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam. Beberapa faktor tersebut telah
menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme masyarakat Syria. Penindasan oleh
penjajah ke atas masyarakat tempatan telah menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit
menentang ketidakadilan penjajah Perancis.
Soalan 47: Faktor dalaman merupakan pencetus kepada kemunculan gerakan nasionalisme di
Mesir pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi. Bincangkan
PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara, taat setia kepada tanah air serta
membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Mereka harus berjuang bagi
membentuk nasib dan masa depan negara mengikut identiti sendiri. Pentadbiran ala Barat yang
diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin Mesir yang menjadi tali barut British tidak
disenangi oleh ulama dan penduduk Mesir yang majoriti beragama Islam. Semangat anti-British
memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor dalaman yang mendorong gerakan
nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad ke-20 M.
ISI-ISI PENTING
1. Pengaruh Agama.
● Faktor dalaman pertama mencetuskan kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir adalah
pengaruh agama. Pihak British cuba memBaratkan dan menjauhkan ajaran Islam dalam kehidupan
85
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masyarakat Mesir.
● Gerakan nasionalisme berpaksikan agama dicetuskan oleh Gerakan
Pemulihan Islam (Gerakan Islam) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin
oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara matlamat Gerakan ini
ialah memperjuangkan penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme dan membebaskan
negara Islam dari pengaruh penjajahan dan idealism Barat Kristian yang boleh merosakkan
pemikiran Islam.
● Gerakan ini menggunakan sentimen agama dengan menyedarkan masyarakat untuk berjihad
dengan membersihkan diri daripada amalan yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang
bersifat progresif, dinamisme dan komprehensif. Para ulama menyeru masyarakat Mesir berjihad
melawan penjajah Barat dari sudut polotik, ekonomi dan keilmuan melalui semangat Islam. Judteru
itu,
● Rasyid Rida amat menekankan kepentingan memperbaiki kemunduran umat Islam dan
memurnikan ajaran Islam. Beliau menekankan Pendidikan dakwah melalui integrasi Pendidikan
agama dan moden dengan menubuhkan Madrasah al-Dakwah al-Irshad di Kaherah pada 1912.
2. Bahasa dan kesusasteraan
● Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga dicetuskan oleh peranan bahasa dan
kesusasteraan.
● Peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada tahun 1910 telah mencetuskan semangat
nasionalisme rakyat. Pembunuhan ini berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak Parlimen
Mesir menambah konsesi Terusan Suez kepada Mesir.
● Kematian beliau diabadikan oleh penyair Ahmad Syawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam
al-Muayyad dan al-Liwa.
● Sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan.
Begitu juga Hafez Ibrahim juga menggunakan puisi bertemakan antikolonialisme dalam dialek Arab
Mesir bagi menangani cabaran era moden.
● Justeru itu, peranan Bahasa dan kesusasteraan menjadi pembakar semangat, menimbulkan
kesedaran dan seterusnya mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan penggerak
nasionalisme Mesir.
3. Pengaruh kewartawanan dan media massa
● Faktor pencetus gerakan nasionalisme Mesir dibantu oleh pengaruh kewartawanan dan media
massa.
● Penerbitan akhbar telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.
Mereka mula mengenali akhbar sejak aman penjajahan Perancis.
● Pada akhir abad ke-19M, dua buah akhbar diterbitkan seperti al-Muqtataf dan al-Muqtatam oleh
Faris Nimr,Yaakub Sarruf dan Shahin Makarious (golongan Kristian Arab). Muqtatam menjadi
akhbar harian berpengaruh di Mesir, namun ia dilihat proBarat wapaupun kandungannya
menggalakkan perkembangan ilmu moden dan idea saintifik. Selain itu, Bishara Taqla dan Salim
Taqla menerbitkan akhbar al-Ahram pada tahun 1875.
● Pada awal abad ke-20M, penerbitan akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti
politik dan perkembangan gerakan nasionalisme.
● Rashid Rida yang menulis akhbar Salafiya telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau
merupakan orang kanan kepada Muhammad Abduh dan banyak menulis persoalan yang
menyentuh soal modenisasi Islam. Rashid Rida telah menyemai dan menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam penulisan beliau dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah
penyebab kepada kemunduran Islam.
● Jelas bahawa dengan kerancakan dalam penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
masyarakat terhadap Gerakan nasionalisme Mesir.
4. Peranan golongan intelektual
86
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Peranan golongan intelektual juga membantu mencetuskan kemunculan
gerakan nasionalisme di Mesir. Golongan inteletual yang menyemai dan
membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan
berpendidikan Barat, golongan agama dan golongan elit tentera.
● Tokoh intelektual berpendidikan Barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar bidang undang-
undang menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba
meraih sokongan golongan intelektual keturunan Qibti. Tujuan beliau adalah untuk menuntut
kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
● Tokoh agama pula seperti Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan
intelektual Islam menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha
melakukan Gerakan Islah yang berinspirasikan dari Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan
Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek akidah, intergrasi ilmu dan kecekapan
pentadbiran.
● Manakala kumpulan intelektual tentera Mesir keturunan Fellahin turut terlibat dalam Gerakan
nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah.
Jelaslah bahawa golongan intelektual memainkan peranan yang besar dalam mencetuskan
gerakan nasionalisme di Mesir dengan menyemai semangat antipenjajah dalam kalangan
penduduk Mesir.
5. Pergolakan politik di Mesir
● Gerakan nasionalisme turut tercetus berpunca dari pergolakan politik di Mesir.
● Penindasan kerajaan dan penjajah British juga menyumbang kepada kemunculan gerakan
nasionalisme di Mesir. Pihak istana telah bersekongkol dengan penjajah British demi mengekalkan
kuasa manakala Parti Wafd pula terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan
dalam pemerintahan negara.
● Ini menyebabkan rakyat Mesir semakin menderita. Gerakan nasionalisme menyeru rakyat Mesir
menggulingkan pemerintah beraja Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik. Reaksi gerakan
nasionalisme ini berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berani bersuara dan bangun
menentang raja-raja Mesir yang sanggup menggadaikan negara.
● Contohnya, penindasan British telah mengabaikan pendidikan kepada rakyat Mesir.
● Ekonomi juga dikuasai oleh pihak kolonial.
● Pergolakan politik Mesir menyebabkan rakyat tempatan telah ditindas dalam banyak hal sehingga
menjadi salah satu faktor dalaman yang membawa kepada tercetusnya kemunculan semangat
nasionalisme.
6. Peranan golongan tentera
● Peranan golongan tentera juga membantu kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir. Kumpulan
tentera berketurunan Fellahin turut terlibat dalam geakan nasionalisme menentang British dan
pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah British.
● Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah
British. Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh Gerakan Islah yang dibawa oleh Sheikh Muhammad
Abduh, yang dikenali sebagai Pemberonttakan Urabi 1881-1882.
● Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah
diskriminasi social, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat Mesir. Beliau juga telah
menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan.
● Pada peringkat awal perjuangan, Gerakan ini adalah sebuah Gerakan anti orang asing iaitu
Perancis, British dan Turki. Tetapi pada peringkat seterusnya Gerakan ini menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan.
● Pasukan Urabi telah diserang dan dikalahkan oleh British kerana beliau dikatakan mengancam
pendudukan British di Mesir. Walaupun beliau ditangkap, namun perjuangannya menjadi inspirasi
87
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan diterukan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.
KESIMPULAN
Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai
kepincangan yang berlaku dalam Negara. Pelbagai faktor dalaman mendorong kebangkitan
nasionalisme di Mesir sama ada dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial. Kesan penentangan yang
berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada
tahun 1922.
Soalan 48 : Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada kebangkitan semangat
nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20.
PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dan bercita- cita
membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan asing. Pentadbiran ala-Barat yang
diperkenalkan oleh British dan penindasan pemerintah Mesir tidak disenangi oleh penduduk yang
majoritinya beragama Islam. Lebih membimbangkan, ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan
ideologi sekularisasi dan modenisasi Barat yang mengancam syiar Islam . Situasi ini melahirkan
pelbagai gerakan nasionalisme yang memperjuangkan Islam dan nasib rakyat Mesir daripada terus
ketinggalan dalam arus pemodenan. Kebangkitan nasionalisme di Mesir didorong oleh pengaruh luar
yang berlaku di Eropah, Amerika, dan Asia.
ISI-ISI PENTING
1. Pengaruh gerakan nasionalisme di Eropah ( Revolusi Perancis 1789-1799 )
● Pengaruh luar seperti gerakan nasionalisme yang melanda Eropah abad ke-18M, khasnya
Revolusi Perancis 1789- 1799 menjadi faktor penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme
di Mesir.
● Di Eropah, sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat umumnya setia kepada pemimpin
tertentu, bukannya negara mereka. Situasi sama juga berlaku di Mesir dan negara Arab lain.
Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789 telah meninggalkan kesan yang amat signifikan
dalam sejarah politik negara-negara Eropah. Kemunculan negara Republik Perancis dan
penghapusan pemerintahan beraja meninggalkan kesan kepada idea kebebasan, persamaan, dan
persaudaraan.
● Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat menyebabkan negara-negara Eropah lain turut
meningkatkan kemajuan negara masing-masing.
● Semangat nasionalisme turut mempengaruhi rakyat Mesir untuk membebaskan diri dari penjajahan
Barat dan penguasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Pengaruh Revolusi Amerika ( 1775-1783 )
● Pada pertengahan tahun 1775, George Washington telah dilantik memimpin tentera Amerika dalam
Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat. Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir
88
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dengan termeterainya Perjanjian Versailles. Antara syarat Perjanjian Versailles
ialah England menyerahkan kesemua 13 tanah jajahan dan mengakui
kemerdekaan Amerika Syarikat. Kesannya, rakyat Amerika memperjuangkan semangat
nasionalisme Amerika dan melaksanakan dasar peluasa kuasa.
● Semangat kebangsaan ini turut mempengaruhi masyarakat Arab seperti Mesir yang masih berada
di bawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki telah
menyertainya dengan bekerjasama dengan Jerman. Kekalahan Jerman dan Turki dalam Perang
Dunia Pertama menyebabkan negara-negara Arab turut berusaha membebaskan diri daripada
pemerintahan Turki Uthmaniyah.
● Selain itu, tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir semasa Perang Dunia Pertama
dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej
dan maruah negara daripada cengkaman penjajah Barat.
● Hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme
untuk menuntut kemerdekaan.
3. Pengaruh Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )
● Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat faktor luaran, daripada tercetusnya
Perang Dunia Pertama 1914-1918.
● Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah British meninggalkan pekerjaan dan menjadi
sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin,
Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, ramai rakyat Mesir terkorban.
● Pada masa sama, kehadiran ramai tentera Bersekutu di Mesir telah menjadikan penduduk berasa
lemah dan amat mengharapkan bantuan untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara
sendiri.
● Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan
kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada
cengkaman penjajah Barat dan hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya
melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan.
4. Penjajahan Barat ke atas Mesir dan negara-negara Arab lain.
● Mesir dan negara Arab lain tunduk dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah.
Namun, selepas berlakunya penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir, rakyat tempatan mula
terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran Barat
sehingga membangkitkan semangat nasionalisme.
● Sejak Terusan Suez dibuka pada tahun 1869, negara-negara Barat seperti British dan Perancis
saling berlumba untuk menguasai Mesir. Pengaruh kuasa British semakin kuat mulai tahun 1875
apabila pemerintah Mesir (Khedive 1863-1879) menjual sebahagian besar saham Mesir dalam
Terusan Suez kepada British.
● Di samping itu, Mesir berhutang dengan British dan Perancis. Mesir tidak dapat membayar hutang
menyebabkan British dan Perancis memasuki Mesir dan melangsaikan hutang-hutang Mesir.
● Oleh itu, sejak tahun 1876 British dan Perancis mula campur tangan dalam pemerintahan Mesir.
Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Mesir.
● Gerakan penentangan yang dipimpin oleh Arabi Pasha walaupun gagal telah menbangkitkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.
5. Pengaruh ideologi Barat
● Pengaruh ideologi barat pelajar tempatan yang menuntut di Eropah juga menyumbang kepada
kemunculan semangat nasionalisme di Mesir.
● Kebangkitan gerakan nasionalisme Mesir bermula apabila berlakunya Pemberontakan Arabi Pasha
(1881–1882). Pada mulanya, pemberontakan ini ialah gerakan anti orang asing (Inggeris, Perancis,
dan Turki) atau campur tangan asing, tetapi akhirnya menjadi sebuah gerakan untuk menuntut
89
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
perubahan sistem pemerintahan dan menentang penyalahgunaan kuasa
pemerintah. Gerakan Arabi ini timbul kerana pengaruh Jamaluddin al-Afghani
yang ketika itu menjadi tenaga pengajar di Mesir. Penentangan rakyat yang dipimpin oleh Arabi
Pasha ini sangat membahayakan kedudukan British dan Perancis di Mesir. Perkembangan ini
mempengaruhi pelajar-pelajar yang menuntut di Eropah.
● British akhirnya bertindak dan berjaya menumpaskan pemberontakan daripada gerakan Arabi
Pasha.
● Selepas kegagalan pemberontakan Arabi Pasha, muncul pula gerakan Pan Arab yang dirintis oleh
Amir Syakib Arslan yang menganjurkan penyatuan semua bangsa Arab dengan tujuan untuk
mencapai kemerdekaan bangsanya. Sekalipun pemberontakan Arabi Pasha berhasil dipadamkan,
namun cita-cita perjuangan Arabi Pasha merupakan sumber aspirasi semangat nasionalisme
bangsa Mesir.
● Hal ini terbukti apabila pada tanggal 7 Desember 1907 telah diadakan kongres nasional yang
pertama di bawah pimpinan Mustafa Kamal yang berpendidikan Barat (Fakulti Undang-undang
Universiti Toulouse, Perancis). Tujuan kongres ini diadakan adalah untuk pembangunan Mesir
secara liberal untuk mencapai kemerdekaan penuh.
● Pemerintah Mesir yang dipengaruhi oleh Inggeris berusaha untuk menindas gerakan ini, akan
tetapi gerakan nasional ini tetap hidup dan makin kuat bahkan kemudian menjelma menjadi Parti
Wafd (utusan) di bawah pimpinan Saad Zaghlul Pasha.
● Selesai Perang Dunia I, Parti Wafd menuntut Mesir sebagai negara merdeka dan ikut serta dalam
konferensi perdamaian di Perancis. Walau bagaimanapun, British menolak, bahkan mengasingkan
Zaghlul Pasha ke Malta.
● Pada tahun 1919, di Mesir, telah timbul suatu pemberontakan dan Zaghlul Pasha dibebaskan
kembali. Kaum nasionalis Mesir menuntut kemerdekaan penuh. Pemberontakan diteruskan,
namun Zaghlul Pasha ditangkap lagi dan diasingkan ke Gibraltar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemunculan semangat nasionalisme Mesir berkait rapat dengan pengaruh
nasionalisme yang berkembang di luar seperti di Eropah, Amerika, dan Asia. Hal ini membangkitkan
lagi kesedaran rakyat Mesir tentang kepincangan yang berlaku dalam negara. Semangat nasionalisme
ini direalisasikan melalui pemberotakan rakyat dalam gerakan antiasing dan perjuangan menuntut
kemerdekaan.
Soalan 49: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Mesir pada abad ke-20
PENGENALAN
Perluasan kuasa British di Mesir bermula apabila berjaya mengusir Perancis pada tahun 1801. Sejak
daripada peristiwa itu, British berusaha mencari ruang dan peluang untuk bertapak dan menguasai
Mesir. Kejayaan menguasai Mesir disusuli dengan dasar menguasai kekayaan dan mengabaikan nasib
penduduk tempatan telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan rakyat sekaligus telah
membawa kepada kebangkitan semangat kebangsaan dengan hasrat memulihkan kembali umat Islam
dan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Golongan intelektual diketuai oleh nasionalis
berpendidikan agama dan berpendidikan Barat berperanan penting dalam gerakan atau perjuangan ini.
ISI-ISI PENTING
1. Membawa Gerakan Pemulihan Islam
● Perjuangan ini digerakkan oleh nasionalis berpendidikan agama khususnya daripada Universiti al
Azhar. Antara nasionalis yang menggerakkan perjuangan ini ialah Jamaluddin al Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Rida
● Asas perjuangan individu ini ialah menyeru kepada orang-orang Islam agar kembali kepada ajaran
yang sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis serta menolak amalan serta
90
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
kepercayaan tahyul. Perjuangan ini dilakukan melalui pidato dan syarahan umum
kepada umat Islam termasuk kepada penuntut Universiti al Azhar.
● Selain itu, golongan ini juga menggunakan media cetak untuk menyuarakan idea nasionalisme
seperti Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh menggunakan akhbar al Urwah al Wuthqa
dan al Manar, manakala Rashid Rida menggunakan akhbar al Salafiya.
2. Memperjuangkan Konsep Pan Islamisme
● Selain itu golongan intelektual berpendidikan agama juga telah memperjuangkan konsep Pan
Islamisme. Ia adalah konsep penyatuan dunia Islam menentang dasar imprealisme Barat bertujuan
untuk menamatkan perluasan kuasa Barat di Mesir dan menonjolkan pemerintahan khalifah
Uthamaniyyah sebagai penaung kerajaan dan umat Islam.
● Idea ini dipelopori oleh Jamaluddin al Afghani, bukan sahaja telah menarik sokongan umat Islam
di Mesir, malah dunia Islam turut sama memberikan sokongan dan dorongan serta secara tidak
langsung menyebabkan kuasa Barat mula berhati-hati dan peka dengan segala dasar yang berkait
rapat dengan dunia Islam.
● Perjuangan ini turut membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir.
3. Menubuhkan organisasi yang sistematik
● Golongan intelektual turut berperanan dalam membangkitkan semangat nasionalisme Mesir
melalui penubuhan organisasi yang lebih sistematik.
● Bagi memastikan perjuangan tersusun dan mencapai apa yang dihasratkan atau setidak-tidaknya
British sedar akan tuntutan rakyat, golongan Intelektual ini telah menubuhkan organisasi sama ada
secara terbuka mahupun sulit.
● Pertubuhan terawal ditubuhkan ialah Misri al Falat diikuti oleh al Hizb al Watani al Hurry yang
bertujuan menamatkan penjajahan Barat di bumi Mesir.
● Penubuhan organisasi seumpama ini menjadi asas kepada pembentukan parti politik sebagaimana
yang diinisiatifkan oleh golongan berpendidikan Barat yang menubuhkan Parti Wafd bagi
memperjuangan kemerdekaan Mesir.
4. Menubuhkan institusi pendidikan
● Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan golongan intelektual telah menubuhkan
dan mengimarahkan institusi-institusi pendidikan.
● Golongan intelektual telah membuka madrasah bagi mendedahkan kepada masyarakat Mesir akan
pentingnya teknologi dan bukannya sekadar mempelajari ilmu agama untuk maju, meningkatkan
taraf hidup dan bersaing dengan kuasa asing.
● Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan yang mementingkan kurikulum berkenaan telah
dibuka, antaranya madrasah al Dakwah wa al Irsyad yang diusahakan oleh Rasyid Rida.
● Penubuhan madrasah ini akan melahirkan lebih ramai cendiakawan Islam serba boleh yang
mampu memimpin umat kearah kemajuan.
● Penubuhannya juga telah memberi kesan kepada kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir.
5. Menghasilkan karya
● Golongan intelektual juga menggunakan karya sastera untuk menaikkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat tempatan sama ada dalam bentuk saranan, kritikan dan sindiran
terhadap mana-mana pihak.
● Pelbagai bahan yang dihasilkan, ada yang berbentuk prosa seperti novel dan cerpen, dan ada yang
berbentuk puisi khasnya sajak. Rashid Rida telah menghasilkan karya seperti Tarikh al Ustadz al
Imam, Hiqiqah al Riba dan al Wahabiyyun wa al Hijaz.
91
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Individu-individu yang lain yang banyak menghasilkan karya sastera ialah
Taha Husayn dan Najib al Kilani.
● Penulisan karya disogokkan dengan idea-idea nasionalisme telah berjaya menyedarkan
masyarakat Mesir akan pentingnya semangat nasionalisme.
KESIMPULAN
Tidak dinafikan perjuangan golongan intelektual Barat nadi kepada kebangkitan semangat
nasionalisme rakyat Mesir terhadap British khasnya. Tanpa golongan ini, pasti British akan terus
bersenang lenang meraih kekayaan dan menindas anak watan. Namun dengan kepemimpinan tokoh-
tokoh intelektual, perjuangan lebih jelas dan sistematik menyebabkan pihak Barat mula berhati-hati
dalam tindakan.
Soalan 50: “Sebaik sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalam Perang Dunia
Pertama, kuasa-kuasa Barat telah mengadakan Perjanjian Sykes-Picot”. Jelaskan kandungan
utama perjanjian tersebut.
PENDAHULUAN
● Perang Dunia Pertama berlangsung pada tahun 1914 hingga 1918 antara dua blok kuasa besar
yang terdiri daripada Pakatan Bertiga iaitu Britain, Perancis, dan Rusia (Tentera Bersekutu)
menentang Perikatan Kuasa Tengah yang dianggotai oleh Jerman, Austria- Hungry (Kuasa-Kuasa
Pusat).
● Kerajaan Turki Uthmaniyah (KTU) telah menyertai Perikatan Kuasa Tengah sebagai usaha terakhir
untuk memastikan wilayah-wilayah jajahannya kekal dalam kekuašaan empayarnya.
● Sebaik sahaja kerajaan Uthmaniyah memasuki Perang Dunia Pertama, Pakatan Bertiga bertindak
merancang secara sulit beberapa perjanjian untuk menduduki bumi Uthmaniyah sepenuhnya
seperti Perjanjian Konstantinople 18 Mac 1915, Perjanjian London 26 April 1916, dan Perjanjian
Sykes-Picot 16 Mei 1916.
● Kandungan Perjanjian Sykes-Picot telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap KTU.
ISI-ISI PENTING
1. Pembahagian kawasan pengaruh bagi Perancis dan British.
● Salah satu kandungan perjanjian adalah mengenai pembahagian kawasan pengaruh Perancis dan
British.
● Pembahagian ini meyebabkan bakal tertubuhnya negara-negara Arab yang merdeka.
● Kawasan ini dibahagikan kepada kawasan A iaitu wilayah Syria dan Mosul yang diserahkan kepada
Perancis manakala kawasan B iaitu wilayah Palestin hingga ke sempadan Iran diserahkan kepada
British. Kedua-dua kawasan ini disediakan seorang penasihat daripada negara Arab.
● Perancis diserahkan kawasan Biru iaitu Syria dan Cilicia manakala British pula diserahkan kawasan
Merah iaitu Iraq. Kedua-kedua kuasa Barat ini diberi kebebasan untuk menjalankan pentadbiran
atau mengenakan kawalan di situ sama ada secara langsung atau sebaliknya sebagaimana yang
mereka kehendaki.
● Kawasan Coklat (Brown) iaitu Palestin akan diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.
92
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bentuk pentadbirannya akan diputuskan dan sekutu-sekutunya yang lain serta
Sharif Husain, gabenor Makkah.
2. Kawasan–kawasan di bawah penguasaan British
● Kawasan-kawasan yang hanya dikhususkan kepada British melibatkan pelabuhan Haifa dan Arce.
● Jaminan terhadap bekalan air daripada Sunga Tigris dan Euphrates dalam kawasan A (Syria dan
Mosul) ke kawasan B (wilayah-wiayah di antara Palestin hingga ke sempadan Iran).
● Alexandretta dan Haifa dijadikan pelabuhan bebas sebagai satu penghormatan kepada aktiviti
perdagangan British dan Perancis.
● Dalam kawasan A, landasan keretapi Baghdad ke kawasan selatan tidak akan dibuka hingga ke
Mosul. Begitu juga dengan kawasan B yang ditutup hingga ke Samarra, sehinggalah siap
pembinaan landasan yang menyambungkan kawasan Baghdad dengan Aleppo melalui pinggir
sungal Euphrates.
● British diberi hak membina, mentadbir, dan memiliki landasan-landasan keretapi yang
menyambung pelabuhan Haifa dengan kawasan B. Sebagai tambahan, British juga diberi hak
untuk mengekalkan tentera-tenteranya di kawasan tersebut dan dibenarkan membawa masuk
tentera-tenteranya pada bila bila masa yang dikehendaki.
3. Hak percukaian dan hubungan luar
● Dalam jangka masa 20 tahun, sistem percukaian kerajaan Uthmaniyah akan dikekalkan dan
dikuatkuasakan di kawasan Biru dan Merah sebagaimana yang dilaksanakan di kawasan A dan B,
tanpa ada sebarang peningkatan dan perubahan dari segi kadar bayaran dan sebagainya.
● Perancis tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang bentuk perjanjian dengan mana-mana
kuasa asing selain British dan negara Arab berhubung dengan hak-haknya di kawasan Biru tanpa
keizinan daripada His Majesty's Government terlebih dahulu sebagaimana syarat yang dikenakan
ke atas kawasan Merah.
● Perancis dan British bersetuju tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana- mana
kuasa ketiga yang cuba menyertai kedua- dua kuasa Barat itu di Semenanjung Tanah Arab.
4. Kerjasama Ketenteraan
● Mereka tidak dihalang untuk bekerjasama dalam bentuk latihan ketenteraan berdekatan dengan
Laut Merah kerana ini perlu bagi mengawal sempadan wilayah-wilayah mereka daripada serangan
kerajaan Uthmaniyah.
● Perjanjian-perjanjian dengan masyarakat Arab berhubung dengan sempadan-sempadan negara
Arab atau penyatuan negara-negara Arab dibuat mengikut saluran yang sama sebagaimana yang
telah dilaksanakan sebelum itu atas nama kedua-dua kuasa Barat berkenaan (British dan
Perancis).
● Bagi kawalan ke atas aktiviti kemasukan barangan import ke kawasan orang orang Arab, kawalan
akan diselenggarakan oleh kedua-dua kerajaan penjajah itu.
5. Dasar kolonisasi dan sempadan baharu negara Arab
● British dan Perancis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah jajahannya.
● Kesannya, muncul negara bangsa apabila sempadan- sempadan telah digariskan dengan
memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama (Islam).
● Muncul negara bangsa Arab baharu seperti Turki, Syria, Jordan, dan lain-lain.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah
mengubah landskap dunia Islam keseluruhannya. Menerusi Perjanjian Sykes-Picot, bukan sahaja
menunjukkan sikap talam dua muka pihak Kristian Barat seperti janji palsu antara British dengan Sharif
Husain dan pemimpin Arab yang lain, bahkan tindakan mereka menampilkan permusuhan tradisi kuasa
93
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kristian dengan dunia Islam. Setelah perang tamat, kekuasaan Uthmaniyah di
Timur Tengah berakhir dan digantikan dengan penjajahan kuasa Barat dalam
bentuk kuasa mandat dan perjanjian dengan pemimpin Arab tempatan.
Soalan 51: Gerakan Turki Muda telah mempengaruhi penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama. Bincangkan.
PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama tahun 1914-1918 berlaku di antara Britsh, Perancis, Rusia dan Itali sebagai
kuasa Bersekutu di satu pihak manakala Jerman, Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah sebagai
Kuasa Paksi di satu pihak lain. Jika dilihat latar belakang sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama,
gerakan nasionalisme, konflik di Balkan dan Perang Crimea menjadi faktor pendorong berlakunya
peperangan. Namun, berdasarkan situasi yang agak kompleks dan saling berkait rapat, faktor utama
penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama digerakkan oleh golongan Turki Muda
melalui badan politiknya iaitu Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP). CUP ditubuhkan dengan
tujuan merebut kuasa daripada Sultan Abdul Hamid II, memulihkan sistem pemerintahan perlembagaan
dan memertahankan kedaulatan Tuki Uthmaniyah. Era rejim Turki Muda (1908 – 1918) merupakan
peringkat akhir empayar Uthmaniyah.
ISI-ISI PENTING
1. Keinginan Mempertahankan Kedaulatan Empayar Turki Uthmaniyah
● Golongan Turki Muda ingin mempertahankan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
● Pada tahun 1908, berlaku krisis politik dalaman kerajaan Turki Uthmaniyah akibat rampasan kuasa
oleh rejim Turki Muda terhadap Sultan Abdul Hamid II. Situasi ini membuka peluang kepada negara
Austria, Sebia dan Rusia untuk menguasai wilayah Balkan yang berada di bawah kekuasaan Turki
Uhtmaniyah.
● Pada tahun 1912, persekutuan Bulgaria, Serbia dan Yunani dan Montenegro mengisytiharkan
Perang Balkan sehingga berjaya mengalahkan Turki Uthmaniyah. Peperangan ini berakhir dengan
Perjanjian London pada 10 Jun 1913 di mana Turki Uthmaniyah kehilangan semua wilayahnya di
Semenanjung Balkan.
● Gerakan Turki Muda ingin mengheret kerajaan Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia
Pertama dengan harapan akan memperoleh kembali wilayahnya yang telah merdeka atau dikuasai
oleh kuasa lain.
● Gerakan Turki Muda mempunyai semangat nasionalisme tinggi serta ingin mengembalikan
kegemilangan wmpayar Turki Uthmaniyah. Mereka bersedia mengambil risiko dengan
94
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia Pertama.
2. Mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman
● Gerakan Turki Muda juga telah mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman.
● Menjelang Perang Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda yang diketuai oleh pemimpin tiga
serangkai iaitu Talat Bery Pasya, Ismail Enver Pasha dan Jamal Pasha telah mengamalkan dasar
pro-Jerman (kuasa Axis) sebagai langkah untuk menuntut bela terhadap kuasa Berikat (British,
Perancis dan Rusia) yang selama ini menceroboh dan mengancam wilayah Turki Uthmaniyah.
Mereka juga bimbang rancangan dan kebangkitan Rusia yang mejadi musuh tradisi empayar Turki
Uthmaniyah.
● Penglibatan kerajaan Turki Utmaniyah dalam Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914
apabila Perdana Menteri, Saad Halim Pasha (salah seorang pemimpin Turki Muda)
menandatangani perjanjian sulit yang menyatakan sokongan terhadap Jerman sekiranya Jerman
dapat memberikan bantuan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dalam krisis Austria dan Serbia di
rantau Balkan.
● Sehubungan itu, kerajaan Turki Uthmaniyah telah membenarkan dua buah kapal perang Jerman
berlabuh di Selat Dardanelles dan menutup selat tersebut daripada digunakan oleh kapal perang
British.
● Tindakan ini menyebabkan kuasa Eropah dan Rusia memprotes kerana ianya mencabuli dasar
berkecuali kerajaan Turki Uthmaniyah. Tindakan rejim Turki Muda memihak Jerman telah
menempah kecelakaan kepada empayar Turki Uthmaniyah. Pihak axis kalah pada 1918 dalam
Perang Dunia Pertama menyebabkan rejim Turki Muda turut tumbang. Ketiga-tiga pemimpin utama
Turki Muda (CUP) iaitu Talat, Enver dan Jamal telah melarikan diri ke luar negara dengan menaiki
sebuah kapal Jerman.
3. Menggunakan strategi Pan-Islamisme
● Gerakan Turki Muda menggunakan strategi Pan-Islamisme untuk mengheret kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
● Semasa Peranh Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda melalui Ismail Enver Pasha selaku Menteri
Pertahanan telah menggunakan strategi Pan-Islamisme (perpaduan umat Islam sedunia) bagi
mencabar pihak Berikat. Namun begitu, strategi ini gagal untuk memperoleh skokongan daripada
umat Islam melainkan di Libya.
● Sebaliknya, pada 1916 sebahagian umat Islam daripada bangsa Arab yang diketuai oleh Syarif
Hussain, gabenor Turki Uthmaniyah di Makkah telah mengiytiharkan perang terhadap empayar
Turki Uthmaniyah dengan sokongan daripada pihak Barat.
● Syarif Hussain bertindak demikian kerana British berjanji untuk membantunya mendirikan sebuah
negara Arab merdeka di wilayah Arab yang dirampas daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi
● Gerakan Turki Muda juga ingin menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi.
● Ada kalangan pemimpin Gerakan Turki Muda yang mempunyai pandangan lebih jauh dengan cita-
cita untuk menyelamatkan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada Gerakan Kristianisasi dan
mendakwa Sultan Abdul hamid II menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk
menghapuskan penentangan sama ada dari dalam dan luar negara.
● Negara-negara Barat mulai mengambil kesempatan dari krisis politik ini untuk menguasai wilayah-
wilayah Turki Uthmaniyah. Kekalahan dalam Perang Balkan 1 pada tahun 1913 menyebabkan
golongan tentera Turki Uthmaniyah bergabung dengan Gerakan Turki Muda melakukan rampasan
kuasa terhadap pemerintahan Perdana Menteri Turki Uthmaniyah,
● Kamil Pasha. Turki Muda akhirnya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah secara mutlak.
Pemerintahan dikendalikan 3 pasha iaitu Ismail Enver (Anwar) Pasha selaku Menteri Pertahanan,
Muhammad Talaat Pasha selaku Menteri Dalam Negeri dan Ahmad Jamal Pasha sebagai Menteri
Angkatan Laut. Perdana Menteri baharu ialah Said Halim Pasha yang merupakan anggota CUP,
95
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
namun beliau hanya memiliki sedikit pengaruh.
● Ketiga-tiga Pasha ini kemudian mengheret Turki Uthmaniyah terlibat
langsung dalam Perang Dunia Pertama.
5. Menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme
● Gerakan Turki Uthmaniyah telah menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme (Pan-Turanisme).
● Pan-Turkisme merupakan gagasan penyatuan seluruh bangsa Turki dalam empayar Turki
Uthmaniyah dengan warga Turki di Asia Tengah. Pan-Turkisme semakin bergema dalam kerajaan
ketika Turki Uthmaniyah ditewaskan dalam Perang Balkan 1 (1912-1913). Gagasan ini amat
diminati oleh Gerakan Turki Muda.
● Perasaan sebangsa dengan warga Turki di Asia Tengah (wilayah Caucasus) menyebabkan
mereka ingin membebaskan penduduk bangsa Turki di wilayah berkenaan dari penguasaan Rusia.
● Asia Tengah juga diyakini oleh Turki Muda sebagai sebahagian tanahair bangsa Turki.
● Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia menyemarak semangat baharu idea-idea Pan Turkisme. Anwar
Pasha, Menteri Perang mula mendokong idea berdirinya sebuah kerajaan baharu yang
dibangunkan berdasarkan kesatuan dengan daerah-daerah Turki di Asia Tengah untuk
menggantikan wilayah-wilayah yang hilang di Timur Tengah.
● Pan-Turkisme digunakan bagi mengimbangi ideologi Pan-Slavia yang digerakkan oleh Rusia bagi
mempengaruhi penduduk Kristian Balkan khasnya Serbia agar menuntut kemerdekaan dari Turki
Uthmaniyah.
● Pan-Turkisme mulai berkembang dan mendapat sambutan menjelang Perang Dunia Pertama.
Ideologi Pan-Turkisme semakin bergema di kalangan Turki Muda Ketika kerajaan Turki
Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya di rantau Balkan pada tahun 1913.
● Pan-Turkisme juga mendapat inspirasi dari kejayaan Prusia yang berhasil membentuk Pan-
Germania (Kesatuan Jerman) pada tahun 1871. Justeru, penekanan dasar Pan-Turkisme
(Turkifikasi) dengan penuh rpogresif mengakibatkan penentangan daripada golongan minority
Kristian dan nasionalisme Arab semakin memuncak.
6. Mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah
● Gerakan Turki Muda juga telah mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah. Isolasi
diplomatik berlaku ketika Gerakan Turki Muda berjaya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah
melalui rampasan kuasa.
● Pemerintahan Turki Muda tidak mendapat sokongan dari mana-mana negara Eropah kerana
mereka bersifat nasionalis dan berhasrat mengakhiri segera pengaruh dan kekuasaan negara-
negara Eropah dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Situasi ini menyebabkan Turki Uthmaniyah mulai kehilangan sekutu yang dapat membantunya
ketika wilayah Turki Uthmaniyah diserang negara lain. Buktinya, Ketika Turki Uthmaniyah diserang
oleh Itali, tiada satu negara Eropah pun yang mahu membantunya.
● Gerakan Turki Muda meyakini bahawa isolasi yang berterusan mampu menumbangkan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Keadaan ini memaksa Turki Muda menawarkan atau mengadakan hubungan
persahabatan atau gabungan dengan mana-mana negara seperti Britain dan Perancis, namun
ternyata tawaran Turki Uthmaniyah ditolak.
● Bagaimanapun, Gerakan Turki Muda berjaya mengadakan hubungan persahabatan dengan
Jerman apabila Kaiser Wilhelm II bersetuju mengadakan pakatan strategik.
● Akhirnya, tercapailah kesepakatan antara Turki Uthmaniyah dan Jerman yang akhirnya mengheret
Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Gerakan Turki Muda telah menceburkan diri secara langsung dalam Perang Dunia
Pertama dengan menjadi sekutu Jerman. Kekalahan Jerman secara tidak langsung menghancurkan
empayar Turki Uthmaniyah yang selama ini sudah lemah dan digelarkan oleh pihak Barat sebagai
‘Orang Sakit Eropah’ (Sick Man of Europe). Gerakan Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran
96
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Islamis, nasionalis dan liberal.Mereka hanya bersatu atas dasar untuk
menamatkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II serta campur tangan kuasa
asing, tetapi tidak berjaya untuk mempertahankan empayar Turki Uthmaniyah. Sebaliknya, Turki
Uthmaniyah kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu dalam Perang
Dunia Pertama. Pada bulan Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniiyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan ini
akhirnya membawa kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kekalahan ini telah
mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa Turki.
Soalan 52: Huraikan proses penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-
1918)
PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama (1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman, Austria Hungary dan
Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan Russia, Britain
dan Perancis yang dikenali sebagai Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai
oleh Itali pada tahun 1907. Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah diperintah oleh
Sultan Abdul Hamid II. Namun, kuasa sebenar kerajaan Turki Uthmaniyah dipegang oleh tiga serangkai
pemimpin Turki Muda iaitu, Enver Pasha (Menteri Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana Menteri)
dan Tal’at Pasha (Menteri Dalam Negeri).
ISI-ISI PENTING
1. Krisis ketenteraan Russia di Laut Hitam.
● Proses penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama bermula dengan krisis
ketenteraan Russia di Laut Hitam.
● Pada 28 Oktober 1914, Russia mengganggu armada Turki Uthmaniyah pimpinan Admiral Jerman,
Wilhelm Souchon menjalani Latihan ketenteraan di Laut Hitam, utara Turki. Ini telah mencetuskan
konflik ketenteraan antara kedua negara.
● Pasukan armada Turki Uthmaniyah kemudiannya bertindak menyerang kapal perang Russia iaitu
Pruz dan Kubanetz. Menteri Perang, Enver Pasha memaklumkan kepada Perdana Menteri, Said
Halim Pasha tentang serangan oleh Russia diketuai oleh komander yang berkhidmat di Istanbul
dan menyifatkan serangan tersebut merupakan perancangan perang yang telah lama diatur.
● Rentetan peristiwa yang meibatkan konflik tentera antara Turki Uthamiyah-Russia di Laut Hitam ini
menjadi asas penglibatan secara rasmi Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
2. Peperangan dengan Russia di Caucasus
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan Russia di Caucasus.
Peperangan dengan Russia bermula dengan percubaan tentera Turki Uthmaniyah menguasai
wilayah Caucasus, timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran. Iran ketika
97
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak
menyebelahi mana-mana pihak dalam Perang Dunia Pertama.
● Pada tahun 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral IIIarion Vorontsov Dashcov dan Nicolai Yudenish
berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki timur Turki Uthmaniyah
seperti Erzurum, Erzinjan Van.
● Faktor kekalahan tentera Truki Uthamaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji.
Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah
tidak dilengkapi dengan pakaian tentera musim dingin berbanding tentera Russia yang lengkap
dan telah biasa berperang pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada
di bawah pengaruh Persia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera
Russia berjaya menguasainya semula. Setelah nenewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah
Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki
Uthmaniyah.
● Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di wilayah
Caucasus. Semua 500 ribu tentera Rusia dipanggil balik bagi memadam gerakan penentangan
oleh sebahagian tentera Rusia yang masih setia kepada Maharaja Tzar Nicholas II.
3. Peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah juga telah terlibat dalam peperangan dengan British di
Mesopotamia, Iraq.
● Pada November 1914, tentera British telahpun berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal
telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah).
● Pada awal abad ke-20M, minyak mula menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga
industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan
akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan
tentera British dan Rusia diharap dapat memutuskan dan menutup jalan perhubungan penting
tentera Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada bulan April 1916
di bandar lama Ctesiphon, dekat Baghdad. Namun pada bulan Mac 1917, Baghdad, ibu kota Iraq
telah dikuasai oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah juga terlibat dengan peperangan dengan British di Semenanjung
Sinai, Mesir.
● Pada Februari 1915, tentera Turki Uthmaniyah cuba melintasi Terusan Suwz, Mesir tetapi
digagalkan oleh tentera British. British yang menguasai Mesir sejak tahun 1882 telah menambah
jumlah askar di Terusan Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan Gallipoli.
Pada tahun 1916, tentera British cuba meintasi Semenanjung Sinai untuk menguasai Palestin dan
Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera Jerman menyerang
tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander Brtish, Allenby berjaya menguasai
Jerussalem, Palestin pada Disember 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi
Palestin yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uhtmaniyah (1517-1918). Syria
juga turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.
5. Peperangan dengan British di Dardanelles dan Gallipoli, Turki.
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan British di Dardanelles dan
Gallipoli, Turki.
● Pada Mac 1915, armada British dan Perancis cuba menguasai Selat Dardanelles, Turki namun
digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah.
98
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Pada April 1915, tentera British dengan bantuan 50,000 tentera New
Zealand, Australia dan Perancis mendarat di wilayah Gallipoli untuk menawan
Istanbul, pusat pentadbiran Turki Utmaniyah, tetapi digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah di
bawah pemerintahan Komander Jerman.
● Pada Januari 1916, Pakatan tentera keempat-empat negara Barat berkenaan mengaku kalah dan
terpaksa meninggalkan wilayah Gallipoli. Peperangan Gallipoli membawa kepada kebangkitan
pengaruh Mustafa Kamal Attaturk sebagai ketua tentera Turki Uthmaniyah.
6. Peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz.
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz. Tentera
Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah
yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab.
● Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim (keturunan Nabi
Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat Islam sejagat. Anaknya, Faisal
Sharif yang memimpin tentera Arab telah berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari
Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
● Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat balasan seperti dijanjikan.
Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa Jordan.
● Di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan mendapat
pengesahan dan bantuan dari British.
● Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember
1915. British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai Tanah Arab dan sekaligus dapat menghalau kuasa Turki
Uthmaniyah. Keluarga Saud telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabi di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah
kecuali Aden dan Teluk Parsi. Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera
Turki Uthmaniyah dan akhirnya beliau mengusytiharkan perang pada bulan Jun 1916.
● Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki
Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918.
7. Peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara Afrika
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah turut terlibat dalam peperangan dengan British, Perancis dan Itali di
Utara Afrika.
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis dan Itali yang cuba menguasai
Libya di Utara Afrika. British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali
sebagai memenuhi janji Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman
dalam Perang Dunia Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pada Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan akhirnya
membawa kepada keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama turut memberi impak negatif terhadap dunia Islam apabila berhadapan dengan kuasa
inperialisme Barat.
Soalan 53: Analisiskan faktor-faktor kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama.
PENDAHULUAN
99
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Perang ke atas British, Perancis dan Rusia dalam Perang Dunia Pertama
diisytiharkan oleh Sultan Muhammad Rashad V (1909-1918), pemerintah Turki
Uthmaniyah pada 14 November 1914. Pengisytiharan ini bertujuan menyeru umat Islam seluruh dunia
bangkit bersama mempertahankan agama, penduduk, dan wilayah Islam dari kuasa imperialisme Barat.
Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan Pakatan Bertiga. Walaupun begitu
terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
ISI-ISI PENTING
1. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan Rusia di Caucasus, Timur Turki
● Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uhmaniyah menguasai
wilayah Caucasus, di Timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran yang ketika
itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Turki Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak terlibat dalam
Perang Dunia Pertama.
● Pada akhir tahn 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral Illarion Vorontsov Dashkov dan Nicolai
Yudenich berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki wilayah timur Turki
Uthmaniyah seperti Erzurum, Erzinjan dan Van.
● Faktor kekalahan tentera Turki Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji.
Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah
tidak dilengkapi dengan pakaian tentera musim dingin berbanding dengan tentera Rusia yang
memilikinya dan telah biasa berperang pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada
di bawah pengaruh Rusia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera
Rusia berjaya menguasainya semula.
● Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan
serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah
menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di wilayah Caucasus dan balik ke Rusia bagi
menghentikan revolusi tersebut.
2. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.
● Pada November 1914, tentera British telah berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal
telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah). Pada awal ahad ke-20M,
minyak mula menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan
akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan
tentera British dan Rusia diharap dapat memutus dan menutup jalan perhubungan penting tentera
Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada April 1916 di
bandar lama Ctesiphon, berdekatan Baghdad. Namun, pada Mac 1917, Baghdad telah dikuasai
oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.
3. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir
● Pada Februari 1915, tentera Turki Uhmaniyah cuba melintasi Terusan Suez, Mesir tetapi digagalkan
oleh tentera British. British yang menguasai Mesir sejak tahun I882 telah menambah jumlah askar
di Terusan Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan perang Gallipoli.
● Pada tahun 1916, tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai, Mesir untuk menguasai
Palestin dan Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera
Jerman menyerang tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander British, Allenby berjaya
menguasai Jerusalem, Palestin, pada 9 Mac 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi
Palestin yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uthmaniyah (1517-1918). Syria
turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.
100
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Pemimpin Arab di Hijaz yang memihak kepada British
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabia di bawah
penguasaan Turki Uthmaniyyah kecuali Aden dan Teluk Parsi. Tentera Turki Uthmaniyah ditentang
oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai kelompok
nasionalisme Arab. Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Bani Hashim
(keturunan Nabi Muhammal saw) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat lslam.
● Anaknya Faisal Sharif yang memimpin tentera Arab berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah
dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz). Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak
mendapat balasan seperti dijanjikan. Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa
Jordan.
● Semasa di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan
mendapat pengesahan dan bantuan dari British. Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut
British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember 1915.
● British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai kawasan Tanah Arab dan sekaligus menghalau kuasa Turki
Uthmaniyah. Keluarga Saud telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah dan akhirnya
beliau mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916. Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama
dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30
Oktober 1918.
5. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British, Perancis, dan Itali di Utara Afrika
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis, dan Itali yang cuba menguasai
Libya di Utara Afrika.
● British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi janji
Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang Daia
Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia, dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.
6. Peranan Mustafa Kamal Attartuk
● Strategi Pihak berikat di Asia Barat ialah menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Semasa perang
dunia pertama, Kerajaan Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid ll.
Pihak berikat ingin menjatuhkan pemerintahan terakhir khalifah Islam di Turki.
● Kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah sebenarnya telah dirancang melalui perajurit anggota
freemason yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah. Muncul pegawai- pegawai muda tentera yang
memainkan peranan penting dalam komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi Kesultanan
Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal Attartuk.
● Pada mulanya, Mustafa Kamal Attartuk menentang campur tangan kuasa asing. Namun,
perjuangannya berubah menjadi penentangan terhadap kekuasaan Khalifah Turki Uthmaniyah.
Akhirnya, sistem khalifah dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negara bangsa tersendiri, terpisah
dari wilayah-wilayah yang dahulunya merupakan kesatuan Khalifah Islamiyah Turki.
7. Kelemahan pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah
● Mengalahkan Turki Uthmaniyah dari segi politik merupakan strategi yang dilakukan oleh pihak
Berikat di Asia Barat. Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa.
● Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan Kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan Turki semakin
nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat
101