Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran.
● Kegagalan tanzimat sekaligus melemahkan lagi pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah. Kelemahan pentadbiran turut menyebabkan Turki kalah dalam Perang Dunia
Pertama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang telah dilakukan oleh pihak berikat di Asia Barat bagi
menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.Srategi-strategi tersebut menjadi faktor kepada kekalahan
kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Soalan 54 : Bincangkan kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Perang
Dunia 1.
PENGENALAN
Kerajaan Turki Uthmaniyyah terbentuk dibawah pemerintahan Osman 1. Kerajaan ini mencapai zaman
kehebatan dibawah pemeritahan Sultan Muhammad Al-Fatih apabila berjaya mengalahkan kerajaan
Byzantine. Kerajaan Turki mengalami zaman kejatuhan apabila terlibat dalam Perang Dunia 1 pada
tahun 1914 dengan menyertai kuasa tengah terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali.
Kesannya kuasa tengah mengalami kekalahan dan merupakan titik tolak kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Kejatuhan ini merupakan sebahagian perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam
Turki setelah Eropah mengalami kekalahan sepanjang Perang Salib sebelum perang Dunia
Pertama.Kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah melibatkan perpecahan empayar Turki,
berakhirnya sistem khalifah Islam, kematian rakyat empayar Turki, kewangan yang besar dalam
membiayai perang dan lain-lain.
ISI-ISI PENTING
1. Kesan Politik
● Kesan geopolitik selepas kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 ialah empayar Turki
berpecah menjadi negara berasingan. Selepas Perang Dunia 1, Kerajaan Turki Uthmaniyah
menandatangani perjanjian Sykes-Picot 1916 yang telah menyebabkan wilayah Turki Uthmaniyah
dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali.
● Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyah apabila sempadan-sempadan telah
digariskan oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun
semua satu agama.
● Kesan gencatan senjata Mudros 1918, Kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah
kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada kuasa
Bersekutu. Pasukan tentera Uthmaniyah terpaksa dibubarkan ,membawa kepada penaklukan
tentera Bersekutu ke atas Istanbul
● Politik Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula pecah apabila kepercayaan kepada sistem
khalifah semakin pudar. Sistem sekular mula menular apabila Turki kalah dalam Perang Dunia
102
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Pertama. Eropah mula melatih pemimpin muda Turki dengan ilmu sekular ataupun
“Freemason” untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Tokoh yang dipilih Eropah ialah
Mustafa Kamal, merupakan seorang pelajar sekolah tentera bermula tahun 1885 hingga 1907 yang
dididik dengan fahaman Barat dan membenci sistem khalifah Islam. Selepas tahun 1918 Turki
menjadi negara sekular.
2. Kesan Ekonomi
● Kekalahan dalam Perang Dunia 1, telah menyebabkan Turki Uthmaniyah menanggung bebebanan
kewangan yang tinggi. Kemerosotan ekonomi kerajaan Turki kerana terpaksa menanggung
pembiayaan perang dan telah menyebabkan negara dibawah wilayah Turki mengalami
kemerosotan ekonomi seperti negara Timur Tengah dan Afrika Utara selepas perjanjian dengan
negara Eropah kesan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
● Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi,
Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah
semakin menguasai negara Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir sementara
Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran
● Ekonomi Islam merosot apabila sistem kewangan Islam mula terjejas setelah negara dibawah
wilayah Turki mula bebas daripada pengaruh sistem khalifah Islam. Negara yang bebas menerima
pengaruh Eropah dan sistem ekonomi Eropah dalam pentadbiran terutamanya negara di blok
Eropah.
3. Kesan Sosial
● Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kematian yang besar. seramai 800,000 tentera Turki
meninggal dunia dalam perang. Selain itu kematian juga disebabkan oleh kebuluran dan penyakit
kesan daripada perang dunia pertama. Satu juta tentera Uthamaniah dari kalangan rakyat Armenia
meninggal dunia kesan perang dunia pertama kerana di halau keluar dari Armenia dan dibunuh.
● Kesan perang dunia pertama juga telah menyebabkan perpaduan dikalangan wilayah Turki
Uthmaniyah mula longgar. Kesannya berlaku perpecahan dikalangan negara dalam wilayah Turki
Uthmaniyah.
● Negara Islam mula mengambil idea Barat dalam meneruskan kehidupan samada dalam pendidikan
mahupun kehidupan seharian.
● Amalan syariat Islam semakin tercalar dan terdedah kepada perubahan hasil pembaratan. Trki
kehilangan identiti dan tradisi rakyat Turki. Perpecahan ummah turut berlaku ekoran kewujudan
negara Bangsa.
KESIMPULAN
Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1, merupakan titik permulaan kepada kejatuhan
sistem Islam dalam pemerintahan dan permulaan kepada menularnya faham sekular dalam negara
Islam. Dunia Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula hilang penguasaan politik, ekonomi dan
sosial berasaskan kehidupan Islam.
Soalan 55 : Bincangkan dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-19 Masihi.
PENDAHULUAN
Tanzimat ialah mengatur, menyusun, dan memperbaiki. Usaha ini merupakan pembaharuan yang
dilancarkan oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau
reformasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan
menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi
fokus terhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan
103
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
naungan daripada kuasa luar. Pada umumnya, Tanzimat ini berdasarkan dua
piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856.
1. Dasar Piagam Hatt-I Sherif Gulhane 1839
● Dalam mukaddimahnya, Piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan tentang perlunya sebuah
peraturan yang lengkap. Hal ini kerana pada permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang-
undang negara dipatuhi dan kerajaan menjadi kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran.
Sebaliknya, selepas 150 tahun telah berlaku penyelewengan yang menyebabkan undang-undang
tidak lagi dipatuhi dan akibatnya kekuatan serta kemakmuran bertukar kepada kelemahan dan
kemiskinan.
● Kandungan pertama piagam ini ialah jaminan keselamatan nyawa, kehormatan, dan harta benda.
Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan
kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang tidak
dibenarkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap
harta yang dimilikinya. Oleh itu, hak memiliki harta penyenayah dan keluarganya tidak terhapus
atau dirampas. Jaminan ini dinikmati oleh semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengira agama dan
mazhab.
● Kandungan kedua, menubuhkan sistem pungutan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan
kerahan tenaga yang tidak wajar akan dihentikan. Wang kutipan cukai akan diguna bagi
melengkapkan keperluan ketenteraan dan untuk belanjawan negara. Wang tersebut akan
diagihkan untuk kepentingan rakyat dan negara. Pungutan cukai secara monopoli turut
dihapuskan. Kutipan dibuat berdasarkan harta yang dimiliki dan kemampuan seseorang.
● Kandungan ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin
keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan, dan sebagainya. Sistem ini merupakan satu tugas
suci bagi mempertahankan bangsa dan tanah air. Sistem pemilihan tentera secara paksa tidak
mampu memenuhi bilangan yang diperlukan . Hal ini menyebabkan perlindungan tidak dapat
diberikan sepenuhnya apabila berlaku rusuhan . Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang
sesuai dalam pengambilan tentera iaitu mengikut pusingan penggal antara 4 hingga 5 tahun.
2. Dasar Piagam Hatt- Humayun 1856
● Kandungan pertama: Bahawa segala jaminan yang ditentukan dalam Hatt- Sherif Gulhane dan
yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-Humayun. Begitu juga
keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Kristian dan lainnya adalah juga disahkan.
Sekiranya terdapat diskriminasi dengan sebab agama, bangsa dan bahasa, maka la akan
dihapuskan.
● Kandungan kedua: Di samping itu, piagam ini menyebut bahawa masyarakat Kristian dan bukan
Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama dengan bebas dan tidak ada paksaan
dalam beragama. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama layak memohon dan
menyandang jawatan awam, memasuki sekolah awam atau tentera. Mereka juga boleh mendirikan
sekolah-sekolah persendirian Perkara yang timbul antara rakyat yang berlainan agama akan
diselesaikan oleh mahkamah campuran manakala prosedur mahkamah ini dibuka kepada umum.
● Kandungan ketiga: Selain itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan
bank, menubuhkan dana di samping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuan
ini, usaha akan dibuat termasuk mendapatkan modal dari negara Eropah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui dasar Tanzimat, pembaharuan cara Barat dilaksanakan secara meluas
dalam semua aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, ekonomi, dan perundangan. Reformasi
perundangan telah melahirkan undung undang baharu seperti Kanun Keseksaan, Kanun Perniagaan
dan Perdagangan Laut. Mahkamah baharu juga diwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baharu
termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.
104
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 56 : Bincangkan kesan Tanzimat terhadap pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi.
PENDAHULUAN
Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki
Uthmaniyah dan ianya dilancarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1839 hingga 1876.Tanzimat ini
berdasarkan dua piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856. Tanzimat
bertujuan menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta
memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak
mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Pelaksanaan Tanzimat telah meninggalkan pelbagai kesan
terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Unsur-unsur sekularisme meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
● Salah satu kesan Tanzimat adalah meresapnya unsue-unsue sekularisme dalam pentadbiran
kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tarzimat memuatkan program sekularisasi
dalam pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan. Piagam Gulhane memperakukan
perundangan baru yang banyak dipengaruhi oleh Barat, umpamanya Undang- Undang
Perdagangan.
● Selan itu, didirikan pula mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di samping mahkamah-
mahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikan sekolah-sekolah Rushdiye.
Idadi, Sultani, maktab dan universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah dari
agama
2. Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat.
● Lahir golongan birokrat yang pro-Barat ini ialah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem
pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyah pula belajar di negara-negara
Eropah.
● Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan campurtangan
negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
● Contohnya, Mustafa Kamal Artartuk telah berjaya memperjuangkan negara sekular Turki dan
menggantikan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah.
3. Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis.
● Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam
kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskan riba ini membawa
implikasi negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang dengan bank-bank asing.
● Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang dikenakan hanyalah 3% hingga 4% tetapi
peperangan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terus berhutang sementara kadar
faedah naik dengan mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-an yang akhirnya membawa padah
kepada ekonomi negara dimana KTU menghadapi zaman muflis.
● Peningkatan cukai dikenakan ke atas rakyat untuk perbelanjaan negara mengakibatkan kekacauan
di beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina dan kawasan sekitarnya.
● Buktinya Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air mereka daripada
pemerintahan Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjaya menghapuskan rusuhan di
Bulgaria dan Serbia, Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk mendapatkan kemerdekaan.
4. Kuasa mutlak sultan (sikap autokratik sultan)
● Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan
Tanzimat juga mendapat kritikan keras. Kekuassan mutlak sultan bertambah setelah Sultan
Mahmud Il berjaya menghancurkan pasukan tentera Inkishariyah dan golongan ulama yang suatu
105
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masa lalu, tertera ini merupakan kekuatan yang dapat mengimbangi kuasaan
mutlak sultan.
● Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga kerana hubungan
yang erat dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan
masyarakat Uthmaniyah. Sementara ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala-Barat
berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani oleh sultan tetapi
fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka diserapkan dalam pentadbiran dan munculnya
golongan elit baru hasil dari sistem sekular mengambil alih peranan mereka.
● Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan sultan dan kabinetnya
bertambah mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat
diterima oleh golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda.
5. Kemunculan Gerakan Uthmani Muda.
● Sejak, 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifat Uthmaniyah telah disuarakan dalam akhbar
dan majalah tetapi dengan munculnya kumpulan Patriontik Alliance pada tahun 1871 yang
akhirmya membentuk gerakan Uthmani Muda.
● Dua tahun berikutnya gerakan ini telah secara terbuka mengkritik pemerintahan Utmaniyah dan
mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistem khalifah berperlembagaan dilaksanakan.
● Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamid mengisytiharkan
kuatkuasanya perlembagaan baharu tetapi setahun kemudian perlembagaan ini digantung dan
beliau kembali mentadbir kerajaan Uhmaniyah dengan sistem khilafah tradisional yang menikmati
kekuasaan autokrasi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup
Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan
dalam urusan negara Islam. Gerakan Tarzimat yang dirangka untuk memodenkan kerajaan telah
menimbulkan impak negatif. Situasi ini akhirmya membawa kepada penguasaan kerajaan oleh
golongan birokrat pro-Barat daan Tanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthimaniyah
daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.
Soalan 57: Analisiskan matlamat perjuangan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda dalam
dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20M
PENDAHULUAN:
Uthmani Muda atau Uthmani baru dalam bahasa Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar merupakan
pelopor yang memperjuangan sistem khalifah berperlembagaan. Perjuangan ini diteruskan pula oleh
golongan Turki Muda.Kebebasan yang diberikan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah telah digunakan oleh
golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dilihat mengabaikan hak rakyat dan
bertentangan dengan ajaran Islam. Matlamat kedua –dua gerakan ini adalah menukar sistem
pemerintahan khalifah yang berkuasa mutlak kepada khalifah berperlembagaan
ISI –ISI PENTING
A. Gerakan Uthmani Muda
1. Keahlian (Intelektual berpendidikan Barat)
● Uthmani Muda terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang bekerja
sebagai wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri. Gerakan ini
dipengaruhi oleh gerakan lain yang muncul di Eropah seperti Young Spain,Young Italy dan Young
France namun masih mengekalkan fahaman tradisi Uthmaniyah dan syariat islam. Antara tokoh
utama kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri Bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha.
● Gerakan ini bergerak aktif sehingga berjaya melaksanakan sistem pemerintahan khalifah
106
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berperlembagaan pada tahun 1876 walaupun hanya berjaya dilaksanakan selama
setahun sahaja apabila Sultan Abdul Hamid bertindak menggangtungkan
perlembagaan tersebut dan kembali kepada sistem khalifah berkuasa mutlak. Namun begitu
pelaksanaan sistem khalifah berperlembagaan secara rasminya telah berjaya dilaksanakan pada
tahun 1908.
2. Matlamat perjuangan
● Golongan ini muncul pada awal tahun 1860an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap
sistem pemerintahan dan pentadbiran semasa era Tanzimat yang memperuntukkan kuasa yang
lebih kepada Perdana Menteri tanpa boleh dipersoalkan.
● Selain itu, gerakan Tanzimat menyebabkan penguasaan Barat terhadap pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran disebabkan
kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa Eropah.
● Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran pembaharuan ala Barat yang semakin
meluas tanpa membuat penilaian dari sudut pandangan islam
● Oleh itu gerakan Uthmani Muda menolak sistem pentadbiran yang jelas menyimpang dari tradisi
Uthmaniyah buktinya kuasa tentera dan ulama telah dihapuskan. Bagi golongan Uthmani Muda
kedua-dua kuasa ini amat penting bagi mengimbangi dan menjaga keutuhan pentadbiran kerajaan
bagi mengatasi monopoli kuasa oleh khalifah atau menterinya
● Dengan bermatlamatkan untuk kembali kepada tradisi Uthmaniyah Uthmani Muda berusaha
meletakan peranan ulama sebagai penasihat pemerintah dan tentera
● Tidak dinafikan bahawa golongan Uthmani Muda terdiri dari intekeltual Barat dan melihat Barat
sebagai contoh namun golongan ini berpandangan pengambilan kemajuan Barat harus diberi
penafsiran islam.
3. Konsep pembaharuan
● Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik yang
sedia ada kepada “sistem khalifah berpelembagaan” yang berteraskan sistem syura dan ijmak
(menerusi penubuhan Parlimen). Konsep bai‟ah yang ditafsirkan oleh golongan ini sebagai
tanggungjawab khalifah (kerajaan) agar menerima pandangan dan nasihat daripada rakyat.Para
perwakilan akan bersepakat dalam membina dan melaksanakan polisi negara
● Uthmani Muda yakin pemerintahan berlandaskan „sistem khalifah berperlembagaan‟ mampu
mengembalikan kegemilangan kerajaan kerajaan Uthmaniyah.
● Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan Abdul Aziz memandangkan
pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan Uthmaniyah
yang mula goyah dan muflis.
B. Gerakan Turki Muda
1. Keahlian
● Organisasi gerakan Turki Muda pada awalnya telah ditubuhkan di Akademik Perubatan Tentera
Istanbul pada Mei 1887 apabila Kazim Nami Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan
Ittihat ve Terakki Cemiyeti atau Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and
Progress) atau CUP.
● Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak
Sukuti, Cerkez Mehmel Resad dan Abdullah Cevdet. Ibrahim Temo merupakan seorang muslim
Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pegajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa
tahun.
● Mei 1889 Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed
Resad dan Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu pertubuhan rahsia diwujudkan
dalam kalangan pelajar yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan Abdul-Hamid II (1876-1909).
107
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Gerakan ini berkembang dengan cepat hingga ke sekolah-sekolah tinggi
kerajaan yang lain di Istanbul seperti di Harbiye Maktabi (Akademik Tentera),
Bayteriye (sekolah pertanian), Mulkiye (Kolej awam) Bahriye (Akademik tentera laut) dan Topcu ve
Muhandishane (Akademik Artileri dan kejuruteraan)
● Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar
negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa melarikan diri
daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintah kerajaan Uthmaniyah.
● Pertubuhan rahsia ini berjaya menerima keanggotaan daripada beberapa orang pelajar seperti
Sarafuddin Magmumi, Giritli Shefik, Cevdet Othman ,Karim Sebati, Mekkeli Sabri dan Selanikli.
● Ketika Revolusi Turki dilancarkan pada tahun 1908 jumlah ahlinya seramai 505 orang iaitu 319 dari
golongan tentera sementara 186 adalah orang awam.
● Gerakan Turki Muda ini akhirnya ditukar menjadi sebuah parti selepas Revolusi Turki 1908 dan
akhirnya memenangi pilihanraya dan memimpin kerajaan Turki Uthamaniyah di bawah sistem
parlimen.
2. Matlamat Perjuangan
● Kemunculan Turki Muda adalah kerana tidak bersetuju dengan bentuk kemutlakan pemerintah
Sultan Abdul Hamid II yang melantik pegawai kerajaan yang korup buktinya seramai 12 orang
pegawai telah dipilih untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengeluaran arahan . Ali Rushdi
telah dipilih sebagai Presiden berdasarkan usia dan kedudukannya, manakala Serefedden
Magmumi sebagai Setiausaha dan Assaf Dervis sebagai Bendahari
● Perjuangan mereka ke arah Constitutionalism Ottomanisme dan kebebasan, untuk menggulingkan
Sultan Abdul-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan saudaranya, Murad V atau pun
Mehmed Resad serta mengesa supaya dilaksanakan semula perlembagaan yang digantung sejak
tahun 1876
3. Peranan Ahmad Riza
● Pada tahun 1889 , Ahmad Riza yang berada di luar negara telah mengetuai kempen menentang
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II .
● Apabila Selanikli Nazim tiba di Paris beliau telah menemui Ahmad Riza dan mencadangkan supaya
Ahmad Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi pergerakan mereka.
● Pada akhir tahun 1895M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim telah menerbitkan akhbar dwibulanan
iaitu Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitkan akhbar tersebut.
Akhbar Mesveret kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan berjaya
disebarkan, terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi pemangkin semangat
kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat.
● Pada tahun 1896 , Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa
kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan Syeikh
Naili yang terdiri daripada kalangan ulama dan kadi .
● Selain itu, tokoh utama gerakan Turki muda di luar negara, Mehmed Murad Afendi (1853-1912),
Ishak Sukuti dan Mehmed Murad turut peranan dalam gerakan Turki Muda ini. Mereka bercita-cita
untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada gerakan Kristianisasi dan menuduh sultan
menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan, sama ada
dari dalam atau luar.
KESIMPULAN
Perjuangan kedua-dua gerakan ini telah berjaya mengubah landskap pentadbiran kerajaan
Uthamniyah dari sistem khalifah berkuasa mutlak ke sistem khalifah berperlembagaan
Soalan 58 : Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada
awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi
108
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
PENDAHULUAN
Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I)
pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah
kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.Hal ini telah menyebabkan pihak Barat
seperti Perancis, British dan Rusia berlumba- lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar
itu.Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam .
ISI-ISI PENTING
1. Kelemahan Pemerintah
● Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula menampakkan
kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda sangat lemah dari segi
kepimpinan dan keperibadian.
● Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral.
Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai
118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksikan sendiri
pembunuhan 25 ribu orang daripadanya.
● Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah dan tidak bermoral menyebabkan muncul ramai
penentang yang tidak berpuas hati dengan pemerintah dan berusaha mengubah kepemimpin yang
ada. Peluang ini digunakan oleh Barat untuk mempengaruhi golongan berpendidikan moden agar
bersekongkol dengan mereka bagi memudahkan usaha meluaskan kuasa ke atas empayar Turki
Uthmaniyah.
● Masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah menyebabkan kerajaan Turki
mempunyai pemimpin yang bersilih ganti. Keadaan ini telah memberi kesan ke atas pemerintahan
apabila sistem syura tidak lagi diamalkan untuk memilih pemimpin sebaliknya pemilihan dilakukan
berdasarkan kekuatan dan pengaruh.Wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan putera-
putera raja hingga mencetuskan perang. Keadaan yang tidak stabil ini memudahkan pihak Barat
meluaskan kuasa mereka ke atas empayar Turki Uthmaniyah.
● Kerajaan Uthmaniyah Dikuasai oleh Kelompok-kelompok tertentu dalam Istana.Penguasaan
kelompok-kelompok tertentu ini jelas dilihat selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni.
Pemerintahan Sultan Ibrahim misalnya dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isteri
baginda.Mereka telah masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara
Mustafa. Penyingkiran wazir yang berwibawa dan bijaksana tersebut memudahkan pihak Barat
menguasai Turki.
2. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama
● Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam PD 1 (1914-1918) sebagai sekutu Jerman dan telah
mengalami kekalahan yang teruk.Kekalahan tersebut sebenarnya merupakan perancangan
anggota freemanson (pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah
● Kekalahan ini menyebabkan kehancuran pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniyah
3. Kelemahan sistem ketenteraan
● Kelemahan sistem ketenteraan begitu ketara apabila tentera-tentera Turki terutama pegawai
atasan mulai tidak berdisiplin. Hal ini didorong oleh persaingan antara putera-putera sultan untuk
menaiki takhta menyebabkan pihak tentera turut bersaing dan bebas memihak kepada mana-mana
putera.
● Terdapat putera sultan yang berjaya menaiki takhta bukan kerana kemampuan sebaliknya kerana
sokongan para tentera. Contohnya, pelantikan Bayezid I dan Salim II.
● Pembubaran pasukan elit tentera Janissari (inskhisariyah) oleh sultan Mahmud II pada awal abad
ke-19M memberi impak negatif kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.Tentera Janissari merupakan
tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah dan kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan.
109
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Reformasi ketenteraan Nizam -i-Cedid ala Barat oleh Sultan Mahmud II
tidak berjaya menghasilkan kekuatan tentera, malah kekuatan tentera Turki
semakin lemah sedangkan kekuatan tentera Eropah semakin meningkat.
● Pemodenan militer yang tidak seimbang dengan peningkatan disiplin , ilmu dan teknologi
ketenteraan menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah tidak mampu berhadapan dengan
persenjataan Barat yang lebih maju di medan perang.
● Kemunculan pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting dalam komplot
rampasan kuasa menggulingkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal
● Diskriminasi kenaikan pangkat yang luas kepada anak-anak pegawai tentera menyebabkan asas
disiplin dalam ketenteraan terjejas.
● Tentera-tentera Turki tidak mampu lagi mempertahankan wilayah-wilayahnya daripada perluasan
kuasa Barat. Negara-negara naungan telah membebaskan diri dan mula ditakluk pihak Eropah.
● Buktinya, Montenegro, Bosnia, Balkan, Herzegovina, Serbia dan lain-lain memberontak dan
berjaya membebaskan diri dan kemudiannya dikuasai Barat.
4. Peranan Turki Muda
● Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada kemunculan gerakan
Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular.Era kebangkitan golongan Uthmani Muda, sistem
khalifah masih mampu bertahan.
● Namun, era regim turki muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan
ketenteraan.Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan membubarkan
institusi kesultanan Turki Uthmaniyah
● Sekular menjadi prinsip utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan
pengarauh islam .
5. Gerakan Anti Uthmaniyah
● Campurtangan zionis antarabangsa dan ffeemason (pertubuhan yahudi ) yang bermula sejak abad
ke 16M membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutama di bawah gerakan
Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan (The Committee of Union and Progress –CUP) pimpinan
anggota terkemuka seperti Anwar Pasha, Tal‟at Pasha, Jamal Pasha,Helida Edib dan Mustafa
Kamal Pasha.Ahli-ahli kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan Turki Uthamaniyah selepas
penyingkiran Sultan Adul Hamid II. Sejajar dengan tuntan zionesme kumpulan Turki Muda (Young
Turks) berjuang atas landasan nasionalisme Turanian (Pan Turanianisme) di mana mereka
berpendapat bangsa Turki lebih unggul daripada bangsa-bangsa lain
● Perdebatan politik dan sosial seringkali terjadi antara golongan-golongan elit politik yang
menginginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.
6. Gerakan Nasionalisme Arab
● Bermula abad ke-18M hingga awal abad ke-20M berlaku pergolakan di kalangan bangsa Arab di
al-Jazirah yang tidak mahu mengiktiraf kerajaan Turki Uthmaniyah . Bangsa Turki bertindak
demikian kerana mereka mula menyedari kelemahan dan kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah
● British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan Shariff Hussain di
Hijaz agar t menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di Arabia.
● British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan kelayakan bangsa
arab berbanding Turki sebagai pemimpinan umat islam .Elemen ketidaksetiaan bangsa Arab,
bahkan menjadi tali barut Barat menyumbang kepada kemerosotan penguasaan Turki Uthmaniyah
terhadap dunia islam
7. Perkembangan Pendidikan Barat
● Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan Barat ditubuhkan di wilayah Turki
Uthmaniyah.Ia menjadikan anak-anak umat islam semakin jauh daripada ajaran islam malah lebih
dekat kepada budaya kristian.Mereka akhirnya takjub kepada tamadun Barat dan kurang selesa
110
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dengan tamadun Timur.Sekolah- sekolah moden dengan kurikulum, buku teks,
guru-guru yang mendapat galakan missionari memberi kesan yang cukup hebat
terhadap minda umat islam dari segi kecenderungan kepada ilmu Eropah.
● Penghantaran pelajar ke Eropah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terutama dalam bidang pengajian
sastera dan sains sosal telah membentuk pemikiran, nlai dan tingkahlaku baharu terhadap agama
, nasionalisme dan reformasi politik ala Barat.Contoh Ziya Gokalp (1875-1924) bapa nasionalisme
Turki merupakan pemuja tamadun Barat.Nasionalis Mustafa Kamal Artatuk (1881-1934) berjaya
melaksanakan misi penghapusan institusi khilafah, pengaruh keagaman dan menggantikannya
dengan sistem sekularisme dan nasionalisme.
8. Kelemahan ekonomi
● Penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah , mereka terpaksa menangung beban hutang yang
dipinjam dari bank-bank riba Eropah contohnya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876
-1909) kerajaan Turki Uthmaniyah berhutang sebanyak RM200 juta pound sterling
● Korupsi , pemborosan dan kekalahan di medan perang semakin menjejaskan dana kerajaan Turki
Uthmaniyah.Pendapatan negara semakin berkurangan sementara perbelanjaan semakin besar
terutama bagi membiayai kos peperangan
● Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan
Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah telah membina projek jaringan
keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana
Topkapi.Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan
Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi
memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi dan menghancurkan Turki Uthmaniyah.
KESIMPULAN
Oleh itu jelaslah bahawa pihak Barat seperti Perancis, British dan Rusia berjaya meluaskan
kuasa mereka ke atas Empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 kerana pada masa tersebut
pemerintahan Turki sangat lemah. Kelemahan ini dapat dilihat dalam aspek kepimpinan dan
ketenteraan.
Soalan 59 : Huraikan bentuk-bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dari
abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi
PENDAHULUAN
Imperialisme merupakan satu dasar penubuhan dan pemeliharaan sebuah empayar melalui
jalan penaklukan, penempatan, penguasaan ekonomi atau politik. Imperialisme juga boleh dikaitkan
dengan proses peluasan kuasa oleh sebuah negara ke atas negara lain melalui cara politik, militer atau
ekonomi.Pada abad ke-19M, empayar Turki Uthmaniyah mula mengalami kemerosotan apabila
menghadapi tekanan dan percaturan kuasa-kuasa Barat.Kuasa-kuasa imperialisme Barat
menggunakan pendekatan berbeza untuk menguasai wilayah Turki Uthmaniyah demi meningkatkan
imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia.
ISI-ISI PENTING
1. Penguasaan Secara langsung
● Penguasaan secara langsung ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dilakukan oleh Perancis di Algeria
(1830), British di Mesir (1882) dan Rusia ke atas wilayah- wilayah Asia Tengah. Setelah menguasai
kawasan yang diidamkan, penjajah meletakkan seluruh kawasan itu di bawah pemerintahan
mereka sendiri. Contohnya semenjak tahun 1882 hingga 1918, British mempunyai pengaruh besar
di Mesir. Wakil British, Sir Lord Cromer sangat berkuasa dalam pentadbiran Mesir.
● Kawasan jajahan itu juga dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Eropah sendiri. Mereka digalakkan
111
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berpindah secara besar-besaran dan menduduki kawasan kolonial tanpa
sebarang sekatan seperti mana yang berlaku di Algeria. Oleh sebab Perancis ingin
menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya, beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali,
Sepanyol dan Malta telah berpindah ke bumi Algeria untuk membuka kebun dan tanah pertanian.
Mereka juga menduduki hampir semua kota- kota Algeria. Pada waktu yang sama, rakyat pribumi
tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran dan
kebanyakan hak asasi mereka dinafikan seperti hak untuk mengundi.
2. Penguasaan Secara Tidak Langsung
● Penguasaan dilakukan oleh pihak penjajah secara lebih flexible iaitu mereka menjalankan sistem
naungan (Protectorate Treaty). Pihak British lebih menyukai pendekatan ini. Biasanya dari segi
amalan, rakyat British hanya dihantar ke tanah- tanah jajahan sebagai para pentadbir dan tentera.
Mereka tidak digalakkan untuk mengusahakan sebarang penerokaan tanah atau mendirikan
perkampungan kulit putih secara besar-besaran di wilayah tersebut. Di samping itu, struktur-struktur
politik tempatan yang sedia ada di kawasan berkenaan terus dikekalkan, namun semuanya
diletakkan di bawah penguasaan para pegawai British.
● Penguasaan secara tidak langsung telah dilaksanakan oleh pihak British di Mesir (1840) dan
Perancis semasa menguasai Tunisia (1881) dan Morocco. British turut menukar polisi perjanjian
persahabatan dengan kabilah Arab di sekitar Aden kepada dasar perlindungan apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872.
3. Perjanjian persahabatan
● Penjajahan juga berlaku melalui perjanjian yang disebutkan sebagai perjanjian persahabatan.
Pendekatan ini biasanya dipraktikkan oleh British dalam hubungan mereka dengan wilayah-wilayah
di kawasan Teluk Parsi dan Arab Selatan. Contohnya, British telah menduduki Aden, Yaman.
● Ketika tempoh ini, British mengamalkan dasar berkecuali atau pun tidak campur tangan dalam hal
ehwal negeri di sekitar Aden. Oleh itu, perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara British
dengan kabilah-kabilah Arab seperti al-„Adali, al-„Aqrabi, al- Awali dan lain-lain untuk tujuan
keselamatan dan kepentingan perdagangan British. Aden merupakan tempat pelabuhan kapal-
kapal British untuk ke India dan Asia. Pengawalan ke atas setiap daerah ini dilaksanakan melalui
seorang pegawai yang bergelar residen atau penasihat dan para pembantunya yang dipinjamkan
kepada para pemimpin tempatan atas dasar kononnya untuk menasihatkan mereka dalam hal
ehwal pentadbiran.
● Tetapi anehnya, segala nasihat para penasihat itu mestilah dipatuhi. Keadaan ini juga bermakna
bahawa ketetapan yang dibuat oleh para penasihat itu selalunya menentukan corak atau arah dasar
yang perlu diamalkan oleh pemimpin tempatan.
4. Sistem mandat
● Sistem mandat telah dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat melalui persetujuan sebuah pertubuhan
yang dikenali sebagai Liga Bangsa (League of Nation). Pendekatan ini pernah dipraktikkan di
kawasan-kawasan yang dipanggil Bulan Sabit Subur selepas Perang Dunia Pertama. Contohnya,
pihak Liga Bangsa telah memberi kuasa kepada British untuk mengendalikan mandat ke atas
Palestin, Transjordan dan Iraq manakala Perancis pula dibenarkan untuk menguasai Syria dan
Lubnan.Secara prinsipnya segala kawasan yang dikenakan mandat itu dikira sebagai tidak
berupaya untuk melaksanakan pentadbiran sendiri. Dengan itu, tugas bagi pihak yang memegang
mandat itu adalah untuk menolong setiap kawasan yang dikelolakannya supaya dapat ditegakkan
kerajaan berautonomi sebagai langkah yang akan membawa kepada penubuhan kerajaan sendiri.
● Melalui sistem ini, golongan pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai institusi pentadbiran
yang dikelolakan oleh pihak penjajah. Pada waktu yang sama, seperti dalam sistem penguasaan
yang lain, rakyat tempatan telah didedahkan dengan sistem pemikiran dan pendidikan Barat
hinggakan secara beransur-ansur sebahagian daripada mereka itu mulai terpisah daripada nilai
112
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
keislaman dan menjadi pemuja idea-idea Barat. Dalam apa jua situasinya, sistem
pecah dan perintah dilaksanakan dengan begitu licik untuk memastikan agar umat
Islam terus menjadi lemah dan bergantung kepada penjajahan Barat. Kuasa-kuasa imperialisme
membawa idea modenisasi dan kemajuan demi mencapai cita-cita mereka.
5. Kerajaan Boneka
● Amerika Syarikat dan komunis Rusia telah mengamalkan dasar campur tangan dan penegakan
kerajaan-kerajaan boneka sebagai satu cara untuk melaksanakan misi penjajahan. Biasanya,
kedua-dua kuasa ini akan menggunakan kekuatan ekonomi, ketenteraan, politik dan pengaruh
kebudayaan mereka untuk menegakkan pemimpin boneka yang sanggup tunduk kepada
kemahuan mereka.
● Sejajar dengan itu, kepentingan dan perasaan rakyat jelata telah tidak dipedulikan langsung.
Contoh jelas tentang hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapatnya campur tangan dari Rusia
mahupun Amerika Syarikat dan hingga kini terus berlaku secara halus di Mesir, Turki, Arab Saudi
dan negara Islam yang lain. Inilah sebenarnya yang dipanggil neo-kolonialisme, iaitu penjajahan
bentuk baharu.Telah diketahui umum bahawa pihak Rusia sejak zaman pemerintahan Tsar lagi
telah menguasai politik dan hal ehwal umat Islam, khususnya di wilayah Asia Tengah. Dasar ini
kemudiannya telah disambung oleh pihak komunis Rusia kononnya atas alasan untuk
membebaskan dunia Islam khasnya daripada penjajahan dan kezaliman kapitalis Barat.
KESIMPULAN
Kuasa-kuasa Barat sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan untuk menguasai dunia Islam.
Persaingan dan ancaman imperialisme Barat terhadap negara Islam membawa kepada penyerapan idea-
idea modenisasi dan sekularisasi sehingga menggugat pemikiran umat Islam.
113