KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
TEMA 1
1. Bincangkan ciri – ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke -17 Masihi
Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki; pembahagiannya adalah berdasarkan
pengaruh, kekuasaan, dan kekayaan. Dalam konteks masyarakat feudal di England, pembentukannya
masyarakat ini bermula sejak Zaman Pertengahan dan ianya berterusan sehingga abad ke 16 dan
abad ke-17 Masihi. Pembentukan monarki kebangsaan telah mengubah corak masyarakat feudal di
sini apabila raja mula bertindak memulihkan kuasa
Masyarakat feudal dapat dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah terdiri daripada golongan raja, bangsawan, knight, manakala golongan yang
diperintah pula terdiri daripada petani, tukang dan hamba. Namun, pada abad ke-16 dan abad ke-
17, muncul golongan borjuis atau kelas menengah yang memainkan peranan penting
membangunkan negara bangsa England. Golongan ini juga kemudiannya turut sama berada di
Parlimen bagi menggubal dasar – dasar yang dilaksanakan di England
Dari sudut kekuasaan, raja merupakan individu yang paling berkuasa di England terutamanya
apabila terbentuknya monarki kebangsaaan selepas Raja Henry VII membentuk Dinasti Volois
selepas berjaya menamatkan Perang Bunga Ros. Walau bagaimanapun kekuasaan raja masih lagi
dibatasi oleh Magna Carta. Tertegaknya Dinasti Stuart telah membawa kepada pelaksanaan
pemerintahan raja berkuasa mutlak sepenuhnya. Raja James I bukan sahaja mendokong konsep
Devine Rights of Kings, malah enggan berkongsi kuasa dengan mana institusi sama ada Parlimen
atau gereja. Raja akan berusaha mewujudkan kerjasama dengan golongan bangsawan dan knights
serta borjuis bagi memastikan kekuatan kerajaan
Hubungan timbal balas merupakan ciri yang sinonim dengan mana – mana masyarakat feudal,
golongan raja yang menganugerahkan tanah kepada golongan bangsawan akan mendapat jaminan
kesetiaan daripada golongan tersebut, begitu juga dengan golongan knight akan memberikan
khidmat dalam bentuk ketenteraan kepada golongan bangsawan. Golongan serf atau petani yang
mengerjakan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan wajib mencurahkan kesetiaan kepada
tuan – tuan tanah yang bertanggungjawab pula melindungi golongan tersebut
Pergerakan atau mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat feudal tidak berlaku dalam, kedudukan
dan peranan golongan raja tidak boleh dipertikaikan, malah semakin kukuh apabila berjaya
mengurangkan kuasa golongan bangsawan termasuk membubarkan tentera peribadi yang dimiliki
oleh golongan tersebut. Bagi meraih sokongan golongan ini, gelaran seperti Earl, Duke, Count
dianugerahkan bagi memastikan golongan ini dihormati. Bagi kelas bawahan pula, golongan serf
terikat dengan tuan – tuan tanah, pun begitu akibat perkembangan ekonomi, golongan ini mula
membebaskan diri daripada tuan – tuan tanah.
Sistem feudal yang dilaksanakan di England merupakan sistem social yang dapat mengukuhkan
kekuasaan dan pengaruh golongan atasan, di England, pelaksanaan sistem ini telah membawa
kepada pelaksanaan konsep raja berkuasa mutlak sepenuhnya.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England bermula abad ke-16 Masihi hingga
abad ke-17 Masihi
Masyarakat feudal dapat didefinisikan sebagai masyarakat yang berhierarki, kedudukan dan
pengaruh serta peranan seseorang individu dikaitkan dengan pemilikan tanah sesuai dengan
perkataan fief yang bermaksud tanah. Secara amnya, susun lapis masyarakat feudal akan
mewujudkan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah, sebagaimana yang terdapat di
England bermula abad ke-16 Masihi. Golongan pemerintah di sini terdiri daripada raja, golongan
bangsawan dan knight, manakala golongan yang diperintah diisi oleh petani, artis, pedagang, dan
petani yang terdiri daripada freeman dan serf. Perkembangan ekonomi menyaksikan kemunculan
golongan pertengahan yang dieknali sebagai borjouis.
Golongan raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur masyarakat feudal di England, kedudukan
tertinggi disebabkan raja memiliki kuasa mutlak dalam segala aspek, bermula daripada zaman
kekuasaan Dinasti Tudor dan kemuncaknya apabila tertegaknya Dinasti Stuart, apabila Raja James I
bertindak mengenepikan Magna Carta, iaitu piagam yang mengiktraf hak asasi rakyat. Kekuasaan
raja diperkukuhkan apabila Raja James I turut mendokong konsep Devine Rights of Kings, hal ini
berlanjutan sehinggalah terbentuk pemerintahan Raja Berperlembagaan, walaupun raja masih
menduduki hierarki tertinggi, namun kuasa baginda dihadkan oleh perlembagaan serta wajib
menghormati institusi Parlimen, dan baginda kini hanya bertindak aebagai lambang perpaduan
rakyat England.
Golongan bangsawan merupakan antara golongan yang berpengaruh di England sejak Zaman
Pertengahan, pengaruh dan golongan ini mula terhakis perlahan – lahan berikutan pembentukan
monarki kebangsaan, pun begitu bagi mengekalkan pengaruh sokongan golongan ini, raja telah
menganugerahkan pelbagai gelaran kepada mereka seperti Duke, Lord, Baron, Count, Earl dan
sebagainya serta diberikan gaji yang tetap. Golongan ini mendapat tanah daripada raja, dan sebgaia
balasan, wajib membayar cukai sebagai pembalasan serta lambang kesetiaan dan juga perlu
menyediakan tenaga kerahan tatkala negara menghadapi ancaman musuh atau melindungi
kepentingan raja.
Golongan Knight pula bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan, bukan sahaja melindungi
raja bahkan golongan bangsawan kesan daripada penganugerahan tanah yang yang diperolehnya.
Ianya juga menggambarkan wujudnya hubungan timbal balas antara golongan knight dengan
golongan raja dan golongan bangsawan. Pemilikan tanah yang luas menyebabkan golongan ini akan
menyewa atau memajakkan tanah kepada golongan petani, apatah lagi kecenderungan mereka
tertumpu kepada pertahanan dan keselamatan. Pengaruh golongan ini kian terpinggir apabila
terbentuknya monarki kebangsaan, pembentukan tentera diraja yang dibayar dengan gaji yang tetap
menyebabkan golongan bangsawan membubarkan tentera – tentera peribadi dan golongan knight
sendiri kini berkhidmat dengan raja secara langsung.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Golongan seterusnya yang terdapat di England ialah golongan petani, yang merupakan golongan
terbawah dalam susun lapis masyarakat feudal di England yang terbahagi kepada dua iaitu petani
bebas yang dikenali sebagai Yeoman yang memiliki tanah sendiri dan menggunakan peralatan
tradisional untuk menghasilkan produktiviti. Segolongan lagi ialah petani yang terikat dengan tuan –
tuan tanah; berad di bawah pengawasan tuan – tuan tanah, membayar cukai dan dikehendaki
berkhidmat sebagai buruh kepada tuan – tuan tanah. Petani sebegini terikat dengan peraturan yang
ditetapkan oleh tuan – tuan tanah, dan kehidupan mereka hanya sekitar manor masing - masing
dengan kemudahan yang terbatas. Pun begitu, menjelang abad ke-16 dan abad ke-17, golongan ini
mula membebaskan diri daripada tuan – tuan tanah ekoran perkembangan ekonomi yang pesat
serta kini berkhidmat sebagai buruh di kilang – kilang yang terletak di bandar.
Golongan tukang atau artis bertanggungjawab menghasilkan barangan dan peralatan yang
digunakan dalam kehidupan harian. Barangan yang dihasilkan oleh golongan ini dijual kepada
penduduk yang memerlukan terutamanya di bandar – bandar. Oleh sebab perkembangan ekonomi
yang pesat, golongan tukang yang memiliki modal yang besar bertindak menubuhkan persatuan
bukan sahaja melindungi barangan yang dihasilkan malah dapat menjaga kebajikan serta
kepentingan mereka dalam mendepani pelbagai kelas masyarakat di England
Susun lapis masyarakat feudal di England pada tempoh masa ini masih menunjukkan’semangat
feudal zaman klasik tetap wujud, namun begitu oleh sebab perkembangan ekonomi yang kian pesat
terutamanya sektor perindutrian, golongan – golongan bawahan berusaha membebaskan diri
daripada cengkaman pihak tertentu menyebabkan mobiliti sosial telah berlaku walaupun dalam
keadaan terbatas.
3. Bandingkan susun lapis masyarakat feudal di England dengan susun lapis
masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.
Masyarakat feudal dapat didefinisikan sebagai masyarakat berhierarki atau mempunyai
system kelas dengan merujuk adanya golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Kedudukan, kuasa, dan status setiap lapisan atau individu pada zaman feudal ditentukan
berdasarkan pemilikan dan penguasaan ke atas tanah. Kedua - dua masyarakat sama ada di
Jepun ataupun di England mempunyai golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah di Jepun terdiri daripada maharaja, syogun, daimyo dan samurai,
manakala golongan yang diperintah terdiri daripada golongan petani, tukang dan
pedagang.Manakala di England pula, golongan pemerintah diketuai oleh raja dan golongan
bangsawan menghuni kelas pemerintah manakala golongan yang diperintah terdiri daripada
golongan kelas menengah, pedagang, artis, petani dan hamba
Perbezaan yang ketara antara kedua - dua masyarakat ini dapat dilihat dari sudut kekuasaan
atau peranan golongan raja. Di Jepun, walaupun maharaja menduduki hierarki yang tertinggi
dalam susun lapis masyarakat, namun individu berkenaan mempunyai kuasa yang terbatas,
malah di istana, setiap pergerakan maharaja akan diawasi oleh pegawai yang dikenali
sebagai kuge. Maharaja di Jepun hanya menjadi simbol perpaduan dalam kalangan
masyarakat Jepun semata - mata. Hal ini berbeza dengan keadaan di England, raja
mempunyai kekuasan yang tidak terbatas, umpamanya selepas Raja James menaiki takhta
dan mengasaskan Dinasti Stuart, Magna Carta telah diketepikan sebaliknya mengisytiharkan
dirinya sebagai raja berkuasa mutlak dan bertaraf suci ( diutuskan oleh tuhan ) yang sinonim
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
dengan istilah Devine Right of Kings. Kekuasaan mutlak raja di England berkekalan hinggalah
berlakunya Revolusi Cemerlang yang mengehadkan kekuasaan raja apabila diperkenalkan
konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Perbandingan juga dapat dilihat melalui peranan yang dimainkan oleh golongan bangsawan.
Di Jepun, Syogun merupakan pemerintah sebenar dengan dibantu oleh daimyo serta
golongan samurai yang setia terhadapnya. Kekuasaan dan pengaruh Syogun dapat dilihat
dengan memperkenalkan corak pemerintahan tentera, melaksanakan dasar pecah dan
perintah serta mengikat kesetiaan daimyo melalui Sistem Sankin Kotai. Keadaan di England
ada sedikit kelainannya, di peringkat awal, bangsawan merupakan golongan yang amat
berpengaruh, namun apabila terbentuknya kerajaan monarki kebangsaan, raja mula
mengambil kuasa daripada golongan ini, namun bagi mengekalkan sokongan dan pengaruh,
raja telah menganugerahkan pelbagai gelaran seperti Earl, Lord, Baron dan sebagainya.
Pengaruh golongan bangsawan juga tidak boleh diketepikan memandangkan golongan ini
turut menguasai institusi Parlimen di England, malah golongan ini sentiasa berkonflik
dengan raja yang mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak, dan kejayaan terbesar
golongan ini ialah berjaya memaksa Raja England menandatangani pengisytiharan
pemerintahan Raja Berperlembagaan selepas berlakunya Glorious Revolution.
Berkaitan dengan peranan golongan pedagang, sekiranya di Jepun, golongan pedagang
merupakan individu yang dipandang hina, apatah lagi apabila kerajaan Kesyogunan
Tokugawa mengisytiharkan dasar tutup pintu, peranan dan pengaruh golongan ini hanya
dipandang sepi oleh pemerintah dan rakyat sehinggalah pengenalan ekonomi mata wang di
Jepun, golongan ini mula menguasai kegiatan ekonomi di Jepun, malah ada dalam kalangan
samurai yang terpaksa berhutang dengan golongan ini. Keadaan ini berbeza di England,
golongan kelas menengah merupakan golongan yang amat penting memacu perkembangan
ekonomi negara, bukan sahaja memastikan kemakmuran ekonomi dan menyediakan
pelbagai kemudahan atau prasarana, golongan borjuis ini mempunyai hubungan yang amat
rapat dengan raja; sanggup membayar cukai yang tinggi kepada raja demi memastikan
kestabilan politik yang pastinya akan memberikan untung yang berganda kepada golongan
ini.
Ditinjau peranan knight dan samurai, terdapat ciri persamaan yang jelas, kedua - duanya
bertanggungjawab dalam soal keselamatan. Samurai dianggap golongan istimewa di
Jepunm dibenarkan membawa senjata sepanjang masa. Golongan ini tidak dibenarkan
melibatkan diri dengan pekerjaan lain, sumber pendapatan adalah berdasarkan bekalan
beras yang diperoleh, semakin banyak beras yang diperoleh semakin berpengaruh golongan
ini. Namun, akibat perkembangan ekonomi mata wang serta keadaan politik yang stabil,
status golongan ini mulai goyah, ada yang terpaksa berhutang dan menjalankan aktiviti yang
tidak sihat. Di England pula, golongan knight merupakan tentera - tentera persendirian yang
setia kepada golongan bangsawan. Namun peranan knight sedikit demi sedikit merosot
apabila terbentuknya monarki kebangsaan, golongan bangsawan diarahkan membubarkan
tentera peribadi yang sekaligus mengancam status golongan ini. Bagi memastikan
keselamatan negara, pemerintah telah membentuk tentera diraja, bagi memastikan
pengaruh dan survival dalam kehidupan harian, knight mula menganggotai tentera diraja
sekaligus golongan ini semakin ‘menghilang’ dari semasa ke semasa.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Kesimpulan
Sistem feudal yang dipraktikkan sama ada di Jepun ataupun di England sebenarnya
bermatlamat untuk mengekalkan dan mengukuhkan kekuasaan dan pengaruh golongan
tertentu dalam masyarakat berkenaan, umpamanya di Jepun, pelaksanaan sistem feudal ini
pastinya akan mengekalkan pengaruh Syogun di Jepun, manakala di England melalui sistem
feudal ini, kekuasaan raja tidak boleh dicabar, namun disebabkan perubahan semasa di
samping konfloik yang sering berlaku antara raja dengan institusi Parlimen, kekuasaan raja
berjaya dihadkan melalui peranan anggota Parlimen yang terdiri daripada golongan
bangsawan, gentry dan kelas menengah.
4. Bandingkan ciri – ciri masyarakat feudal di England dengan ciri – ciri masyarakat
feudal di Jepun pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.
Masyarakat feudal dapat didefinisikan sebagai masyarakat yang berhierarki, kedudukan dan
pengaruh serta peranan seseorang individu dikaitkan dengan pemilikan tanah sesuai dengan
perkataan fief yang bermaksud tanah. Secara amnya, susun lapis masyarakat feudal akan
mewujudkan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah, sebagaimana yang
terdapat di England bermula abad ke-16 Masihi. Golongan pemerintah kebiasaannya terdiri
daripada raja, golongan bangsawan dan tentera, manakala golongan yang diperintah diisi
oleh petani, artis, pedagang, dan hamba. Apa yang pasti ciri – ciri masyarakat feudal di Jepun
dan England mempunyai persamaan dan perbandingan tertentu.
Sama ada di England mahupun di Jepun, kedua – dua masyarakat ini mempunyai golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah di England terdiri daripada
raja, golongan bangsawan dan golongan knight, manakala golongan yang diperintah diisi
oleh golongan pedagang, artis, dan petani. Kemunculan golongan kelas menengah dikaitkan
dengan perkembangan ekonomi England. Sementara di Jepun pula, golongan pemerintah
diisi oleh maharaja, diikuti Syogun, dan Daimyo. Golongan yang diperintah pula terdiri
daripada golongan samurai, petani, tukang, dan pedagang. Susunan yang menampakkan
perbezaan yang ketara ialah golongan petani yang dianggap golongan mulia di Jepun
berbanding dengan di England, golongan petani khasnya serf dibelenggu oleh tuan – tuan
tanah atau golongan bangsawan.
Perbandingan juga dapat dilihat dari sudut individu yang paling berkuasa, di England
kedudukan raja di puncak susun lapis bersesuaian dengan kekuasaannya yang bersifat
mutlak sejak pembentukan monarki kebangsaan dan mencapai kemuncaknya pada era
kekuasaan DInasti Stuart yang diasaskan oleh Raja James I yangf bertindak mengisytiharkan
enggan berkongsi kuasa dengan mana – mana pihak khususnya institusi Parlimen. Manakala
di Jepun, walaupun maharaja menduduki hierarki tertinggi, namun baginda tidak memiliki
kuasa, kuasa sebenar berada di tangan Syogun yang menjadikan Edo sebagai pusat
pentadbiran. Walaupun maharaja dikatakan berkuasa di istananya di Kyoto, namun baginda
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
sentiasa diawasi oleh Kuge. Apa yang pasti, maharaja di Jepun hanya berperanan sebagai
simbol penyatuan dan perpaduan rakyat sebagaimana yang berlaku di England pada abad
ke-17 Masihi, apabila terbentuknya pemerintahan raja berperlembagaan di sana.
Begitu juga dengan kedudukan golongan yang terlibat dalam bidnag ketenteraan, di
England, golongan Knight berada dalam lapisan ketiga masyarakat feudal di England,
diberikan kebenaran untuk memiliki tanah dan mengumpulkan kekayaan, serta hak untuk
mengutip cukai di kawasan milik masing – masing. Hal ini berbeza dengan samurai di Jepun,
walaupun mempunyai tugasan yang sama, namun kedudukannya berada dalam kelompok
golongan yang diperintah, tidak memiliki tanah, memiliki dan mengumpulkan kekayaan,
perkhidmatan mereka hanya dibayar dengan beras. Pun begitu, sedikit keistimewaan
golongan ini ialah, mereka bebas membawa senjata, hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh
sesiapa.
Salah satu ciri persamaan yang terdapat dalam masyarakat feudal ini ialah wujudnya
hubungan timbal balas antara golongan atasan dan golongan bawahan, yang
menggambarkan wujudnya kesetiaan golongan bawahan terhadap golongan atasan sebagai
balasan atau penghargaan di atas anugerah yang diperoleh. Contoh yang paling jelas,
penganugerahan tanah kepada golongan bangsawan, sebagai balasan golongan bangsawan
akan memberikan kesetiaan dan bantuan ketenteraan serta imbuhan dalam bentuk cukai,
umpamanya peranan Daimyo kepada Syogun, atau petani kepada golongan bangsawan.
Keadaan yang sama berlaku di England, bangsawan dan knight akan memberikan kesetiaan
kepada raja, manakala mereka akan mendapat kesetiaan daripada golongan bawahan seperti
golongan petani dan serf.
Hunbungan timbal balas yang berlaku ini turut menggambarkan bahawa mobiliti social tidak
berlaku dalam masyarakat feudal sama ada di England mahupun di England, namun
perubahan gaya kehidupan mula berlaku selepas kegiatan ekonomi berkembang khususnya
perdagangan, di England muncul golongan baharu yang dikenali sebagai borjuis, manakala
di Jepun golongan samurai mula kian merosot, malah ada yang terlibat dengan aktiviti yang
tidak sihat, keperluan wang menjadi keutamaan disebabkan ekonomi wang mula mengambil
alih ekonomi barter.
Sistem feudal yang dipraktikkan sama ada di Jepun ataupun di England sebenarnya
bermatlamat untuk mengekalkan dan mengukuhkan kekuasaan dan pengaruh golongan
tertentu dalam masyarakat berkenaan, umpamanya di Jepun, pelaksanaan sistem feudal ini
pastinya akan mengekalkan pengaruh Syogun di Jepun, manakala di England melalui sistem
feudal ini, kekuasaan raja tidak boleh dicabar, namun disebabkan perubahan semasa di
samping konflik yang sering berlaku antara raja dengan institusi Parlimen, kekuasaan raja
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
berjaya dihadkan melalui peranan anggota Parlimen yang terdiri daripada golongan
bangsawan, gentry dan kelas menengah.
5. Revolusi Perindustrian yang berlaku telah membawa kepada kemunculan masyarakat industri
di England. Bincangkan.
Revolusi Perindustrian dapat ditakrifkan sebagai perubahan yang berlaku secara besar – besaran
dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang melibatkan penggunaan teknologi khususnya
jentera dan mesin. Berlakunya revolusi ini telah membawa kepada kemunculan masyarakat industri,
iaitu masyarakat yang menumpukan aktiviti ekonominya terhadap sektor perkilangan. Dalam
konteks masyarakat di England, revolusi perindustrian ini telah membawa kepada kemunculan
golongan kapitalis dan borjuis, berlakunya penghijrahan masyarakat ke kawasan bandar yang
menawarkan pekerjaan, kemunculan golongan buruh,dan penggunaan teknologi dalam aktiviti
pengeluaran.
Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemunculan golongan kapitalis atau golongan
pengusaha. Golongan ini memiliki modal yang besar, mampu mendirikan kilang – kilang dengan
matlamat untuk meraih keuntungan semaksimum yang mungkin di samping meminimumkan kos
pengeluaran seperti menggunakan jentera dan mesin serta menggunakan khidmat tenaga buruh
yang murah secara ekstensif. Golongan ini sanggup membayar cukai yang tinggi kepada pemerintah
semata – mata untuk mendapat jaminan keselamatan yang mengelak daripada menanggung
kerugian akibat ketidakstabilan politik. Satu lagi golongan yang muncul akibat revolusi perindustian
ini ialah golongan borjuis yang juga memiliki modal yang besar yang juga terlibat secara langsung
dengan aktiviti pengeluaran sama ada sebagai pemiliki kilang, pelabur atau pemilik bank yang sedia
menanggung sebarang risiko untuk menikmati kekayaan dan kemewahan
Selain itu, revolusi perindustrian yang berlaku ini turut sama membawa perubahan dari segi
kependudukan dan petempatan, paling ketara iainya telah membawa kepada penghijrahan
masyarakat di luar bandar ke bandar – bandar yang menawarkan peluang pekerjaan di kilang –
kilang yang diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup serta membebaskan diri daripada belenggu
tuan – tuan tanah. Tumpuan masyarakat di kawasan berhampiran kilang membawa impak positif
dan negatif, positifnya membawa kemunculan bandar seperti di Manchester, Liverpool, dan
Nottingham, namun yang negatifnya telah membawa kepada wujudnya pekan yang tidak tersusun
dengan kemudahan yang terbatas, mirip kepada petempatan setinggan. Selain itu, penghijrahan
dalam keadaan tergesa – gesa apatah tidak memiliki modal yang besar, ilmu dan kemahiran yang
terhad menyebabkan munculnya golongan gelandangan di England. Apa yang pasti kehidupan yang
mencabar di bandar memerlukan kecekalan, berdikari sekaligus menggambarkan hubungan
kekeluargaan kian longgar di bandar – bandar industri berbanding petempatan di kawasan
pedalaman atau luar bandar
Kemunculan golongan buruh adalah sinonim dengan negara yang menuju ke arah negara industri,
dalam konteks ini, di England, penawaran buruh yang ramai merupakan rahmat kepada golongan
pengusaha. Golongan buruh telah dieksploitasi sepenuhnya oleh golongan pengusaha atau golongan
kapitalis dengan menawarkan upah atau gaji yang rendah berbanding dengan pekerjaan yang
dilakukan. Malah, golongan buruh di England ini bukan sahaja melibatkan kaum lelali, malah kanak –
kanak seawall usia 9 tahun terlibat sebagai buruh di samping wanita. Ada dalam kalangan nuruh
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
dikerah bekerja antara 12 hingga 14 jam sehari dalam keadaan persekitaran yang kotor yang
pastinya mendedahkan risiko kesihatan kepada golongan bawahan ini. Namun begitu, pada abad
ke-18, muncul golongan proletariat yang menggesa pihak kerajaan memainkan peranan membela
golongan ini dan memohon agar system ekonomi kapitalis harus lebih bersifat kemanusiaan
Revolusi Perindustian juga telah mendedahkan masyarakat industri di England penggunaan teknologi
di kilang – kilang bagi menghasilkan lebih banyak produktiviti, berkualitim dan penggunaan sumbers
ecara optimum. Penggunaan jentera atau mesin dapat dilihat di kilang – kilang tekstil, umpamanya
mesin pemintal yang dicipta oleh James Hargreaves dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air
yang diperkenalkan oleh Edmund Cartwright. Penggunaan jentera secara meluas telah meninggalkan
kesan buruk kepada golongan buruh, tenaga golongan ini khususnya dalam kalangan yang tidak
mahir tidak diperlukan menyebabkan timbulnya masalah pengangguran atau golongan buruh
terpaksa menerima gaji yang murah semata – mata untuk mencari rezeki di kilang – kilang.
Tidak dinafikan Revolusi Perindustrian yang berlaku di England telah membawa impak yang besar
dalam negara tersebut, bukan sahaja munculnya masyarakat industri bagi menggantikan
masyarakat feudal, malah pelaksanaan sistem ekonomi kapitalisme yang bermatlamatkan
keuntungan ini telah menyebabkan munculnya golongan – golongan mewah di satu pihak, manakala
satu pihak lagi iaitu golongan buruh terus dicengkam dengan masalah kemiskinan dengan taraf
hidup yang rendah walaupun tidak serendah yang dialami pada era feudalisme, kerana kehidupan
mereka lebih bebas dan tidak terikat dengan tuan – tuan tanah.
6. Huraikan faktor – faktor pembentukan masyarakat industri di England.
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang berorientasikan aktiviti perindustrian serta
terdedah dengan teknologi dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Masyarakat industri
mempunyai ciri – ciri yang tersendiri, antaranya lokasi atau tumpuan mereka di kawasan yang
menawarkan pekerjaan, terdedah dengan teknologi, munculnya golongan baharu dalam masyarakat,
dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri
di England.
Revolusi Perindustrian merupakan antara faktor terpenting yang membawa kemunculan masyarakat
industri, antara yang paling nyata ialah membawa kepada kemunculan golongan baharu dalam
masyarakat, iaitu golongan kapitalis yang bertanggungjawab membuka kilang – kilang dan banyak
menanam modal bagi mendapat keuntungan yang maksimum, masyarakat terdedah dengan
teknologi jentera dan mesin, wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan serta membawa kepada
perubahan gaya hidup masyarakat termasuk kemunculan bandar dan pekan – pekan baharu di
England.
Faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan masyarakat industri ialah berkait rapat dengan
penduduk, berpunca daripada jumlah penduduk yang padat serta berlakunya penghijrahan
penduduk daripada luar bandar ekoran cengkaman tuan – tuan tanah semakin longgar. Jumlah
tenaga kerja yang besar ini menguntungkan golongan pengusaha disebabkan golongan ini sanggup
bekerja dengan upah yang rendah demi mengubah kehidupan ke arah lebih baik dan terjamin.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Malah pertambahan penduduk, dari satu segi juga akan meluaskan pasaran terhadap barangan
keluaran kilang – kilang khususnya sewaktu berlakunya Revolusi Perindustrian.
Faktor lain yang menyumbang pembentukan masyarakat industri ialah kekayaan bahan mentah,
England bukan sahaja memiliki sumber arang batu dan bijih besi yang banyak, umpamanya wilayah
Newcastle mengeluarkan mampu mengeluarkan 80 juta tan arang batu pada tahun 1860 yang
pastinya akan merangsang aktiviti industri di sini. Kejayaan England meluaskan tanah jajahan di
timur, termasuk Tanah Melayu membolehkan negara ini mengaut sumber kekayaan khususnya bijih
timah bagi memenuhi permintaan barangan bertin semasa era Revolusi Perindustrian.
Kemajuan sains dan teknologi juga telah membawa kepada terbentuknya masyarakat ini,
penggunaan jentera dan mesin bukan sahaja berlaku di kilang, malah akibat perkembangan
teknologi ini, aktiviti pertanian turut berkembang membawa kepada berlakunya Revolusi Pertanian,
peningkatan pengeluaran tanaman kapas, yang pastinya membawa kepada perkembangan industri
tekstil, memerlukan pertambahan tenaga kerja khususnya tenaga – tenaga buruh sama ada buruh
mahir atau tidak mahir.
Pun begitu, faktor yang tidak kurang pentingnya dalam membawa pembentukan masyarakat ini ialah
peranan golongan kapitalis, tanpa golongan ini kilang tidak akan wujud, begitu juga dengan
kumpulan tenaga buruh. Pemilikan modal yang besar membolehkan golongan kapitalis membuka
kilang dan mendedahkan teknologi baharu dalam pengeluaran, malah tidak keterlaluan dikatakan
golongan ini juga telah membawa kepada pembangunan ekonomi England, kemunculan bandar
baharu dan mewujudkan kestabilan politik serta penyediaan kemudahan sistem pengangkutan dan
perhubungan di sini
7. Revolusi Perindustrian telah mencorakkan masyarakat baharu di England. Huraikan ciri - ciri
masyarakat tersebut.
Revolusi Perindustrian telah membawa kepada pembentukan masyarakat yang dikenali sebagai
masyarakat industri. Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang berorientasikan aktiviti
perindustrian serta terdedah dengan teknologi dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan revolusi ini telah membawa kepada pembentukan masyarakat
yang mempunyai ciri – ciri tersendiri seperti kemunculan masyarakat baharu, terdedahnya dengan
penggunaan teknologi, kemunculan petempatan baharu serta proses urbanisasi dan sebagainya.
Antara ciri ketara ialah pembentukan masyarakat baharu yang terdiri daripada dua golongan utama
iaitu golongan kapitalis dan golongan buruh. Golongan kapitalis memiliki modal yang besar, mampu
mendirikan kilang – kilang dengan matlamat untuk meraih keuntungan semaksimum yang mungkin
di samping meminimumkan kos pengeluaran seperti menggunakan jentera dan mesin serta
menggunakan khidmat tenaga buruh yang murah secara ekstensif. Golongan ini sanggup membayar
cukai yang tinggi kepada pemerintah semata – mata untuk mendapat jaminan keselamatan yang
mengelak daripada menanggung kerugian akibat ketidakstabilan politik. Satu lagi golongan yang
muncul akibat revolusi perindustian ini ialah golongan borjuis yang juga memiliki modal yang besar
yang juga terlibat secara langsung dengan aktiviti pengeluaran sama ada sebagai pemiliki kilang,
pelabur atau pemilik bank yang sedia menanggung sebarang risiko untuk menikmati kekayaan dan
kemewahan. Situasi ini berlaku disebabkan Engalnd mempraktikkan sistem ekonomi pasaran bebas
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
yang bermatlamatkan memperoleh keuntungan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan
apa jua cara
Selari dengan kemunculan golongan kapitalis atau pengusaha ini, muncul golongan buruh yang
murah ekoran jumlah penduduk yang begitu ramai, malah disebabkan berlakunya penghijrahan
masyarakat luar bandar yang berhasrat mengubah taraf kehidupan, berikutan sebelum ini terikat
dengan tuan – tuan tanah, kini menuju ke bandar – bandar untuk bekerja di kilang – kilang.
Penawaran tenaga buruh ini merupakan rahmat kepada golongan pengusaha, dapat mengurangkan
kos pengeluaran. Penglibatan kerajaan yang terhad menyebabkan golongan buruh yang terdiri
daripada kaum lelaki, wanita dan kanak – kanak dieksploitasi sepenuhnya, termasuk bekerja lebih
masa tidak setimpal dengan upah yang diterima. Penindasan terhadap golongan ini telah membawa
kepada kemunculan golongan proletariat yang menggesa pihak kerajaan campur tangan dalam
perdagangan dan industri bagi melahirkan masyarakat yang adil dalam ekonomi. 1830-an juga
menyaksikan munculnya idea pemikiran Robert Owen dalam masyarakat industri di Britain yang
menyarankan agar sistem kapitalis harus lebih bersifat kemanusiaan termasuk dalam soal pemberian
upah dan tempoh masa bekerja.
Ciri seterusnya masyarakat industri di England ialah masyarakat kini tertumpu di kawasan kilang –
kilang yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka dan mampu mengubah taraf kehidupan.
Tumpuan di kawasan – kawasan berkenaan menyebabkan muncul – muncul bandar seperti
Liverpool, Manchester, Leeds, dan Nottingham akibat proses urbanisasi. Namun begitu, oleh sebab
penghijrahan berlaku secara tidak terancang wujud juga petempatan atau pekan yang tidak tersusun
dengan kemudahan yang terbatas. Pemilikan modal yang terhad serta kemahiran yang terbatas
menyebabkan wujud petempatan umpama setinggan, kedaifan hidup menyebabkan muncul
kumpulan – kumpulan gelandangan di lokasi – lokasi berkenaan. Persekitaran yang sesak dan tidak
teratur pastinya mengundang permasalahan lain seperti gejala sosial dan kesihatan, malah ikatan
kekeluargaan kian longgar disebabkan masing – masing mengejar kemewahan hidup. Apa yang pasti,
dalam ciri ini apa yang nyata ialah berlakunya penghijrahan, urbanisasi, perubahan gaya hidup, dan
mobiliti sosial ( bagi yang memiliki modal dan kemahiran ).
Masyarakat industri di England juga kini terdedah dengan teknologi, hal ini disebabkan penggunaan
teknologi akan meminimumkan kos pengeluaran, sehubungan dengan itu, pengusaha – pengusaha
mula menggunakan jentera atau mesin di kilang – kilang, dengan menggunakan teknologi tinggi bagi
menghasilkan pengeluaran yang banyak dan dan berkualiti. Permintaan tinggi barangan tekstil telah
membawa kepada penciptaan mesin pemintal oleh James Hargreaves diikuti penciptaan mesin
tenun yang menggunakan kuasa air oleh Edmund Cartwright. Penggunaan jentera secara meluas
pada abad ke-18 dan ke-19 di kilang – kilang perindustrian telah menyebabkan keperluan terhadap
tenaga manusia kian berkurangan menyebabkan timbulnya masalah pengangguran atau bayaran
bagi buruh menjadi agak rendah. Oleh sebab penggunaan jentera dan mesin memerlukan kos
penyelenggaraan, pengusaha akan mengkhususkan operasi dalam satu bidang sahaja, daripada
pebagai pengeluaran kerana banyak manfaatnya seperti kualiti barangan dapat ditingkatkan, pekerja
semakin mahir dan pasaran dapat diperluaskan.
Kesimpulannya, masyarakat industri di England bukan lagi masyarakat yang terikat dengan adat –
adat yang konservatif, sebaliknya apa yang ketara masyarakat yang muncul di England adalah
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
bersifat urban, berdikari, sedia menghadapi cabaran dan risiko, yang mewah terus mewah, dan
teknologi adalah sinonim dengan kehidupan dan pekerjaan mereka.
8. Huraikan ciri – ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 Masihi.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang kegiatan ekonominya berteraskan perindustrian;
terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan jentera dan mesin.
Revolusi Perindustrian Kedua di Eropah telah membawa kepada kemunculan Jerman sebagai
negara industri setanding malah berpotensi lebih maju daripada Britain atau England. Perubahan
Jerman kepada sebuah negara perindustrian berbeza daripada yang berlaku ke atas Britain dan
negara-negara lain di Eropah Barat; diinisiatifkan oleh kerajaan bukannya individu tertentu, namun
ciri persamaannya ia telah membawa kepada terbentuknya masyarakat industri di sini.
Masyarakat industri Jerman terbentuk hasil dari dasar dan usaha kerajaan Jerman yang mahu
menjadikan negara itu sebagai negara perindustrian. Kerajaan Jerman telah memulakan proses
untuk menjadi negara perindustrian sejak sebelum tahun 1870 lagi dan digiatkan apabilan Otto Von
Bismarck berjaya menyatukan negara ini melalui konsep real politik. Pada abad ke-19 ini juga,
Jerman mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah, iaitu seramai 56 juta orang, dan ini dapat
menyediakan tenaga buruh yang murah bagi sektor perindustrian sekaligus menyediakan pasaran
kepada barang keluaran kilang sekaligus menggambarkan kewujudan masyarakat industri di sini.
Masyarakat industri di Jerman tertumpu di kawasan yang berpotensi yang menawarkan peluang
pekerjaan antaranya kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi; sehubungan dengan itu,
kawasan – kawasan seperti Saxony, Silesia, Ruhr, Rhine bukan sahaja menjadi tumpuan pembinaan
petempatan, malah turut berperanan sebagai pusat pengeluaran arang batu dan bijih besi utama di
sini. Selain kawasan – kawasan berhampiran lombong, tumpuan masyarakat juga berhampiran kilang
– kilang yang mengeluarkan barangan kulit, barangan tekstil, dan industri kimia dan elektrik.
Tumpuan penduduk menyebabkan berlakunya urbanisasi dan perkembangan bandar – bandar.
Ciri seterusnya masyarakat industri di Jerman ialah kemunculan golongan kapitalis bagi
mengeksploitasi sumber kekayaan Jerman. Kemunculan golongan ini berkait rapat dengan usaha
kerajaan menjadi sebuah negara industri. Galakan kerajaan terutama dengan penubuhan institusi
kewangan telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha. Golongan inilah yang
bertanggungjawab memajukan industri berat, industri kulit, industri tekstil dan sebagainya.
Golongan ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan malah bertanggungjawab mendedahkan
teknologi jentera dan mesin dalam aktiviti pengeluaran dan barangan. Galakan kerajaan ini
membawa kemunculan pemodal seperti Alfred Krupp, Syarikat Siemens dan Martin dalam
pengeluaran alat ganti, peralatan besi dan keluli, serta bidang berkaitan kejuruteraan elektrik dan
kimia
Penggunaan teknologi merupakan salah satu ciri masyarakat industri di Jerman, penggunaan
teknologi bukan sahaja telah meningkatkan kuantiti dan kualiti barangan malah ianya telah
mendorong kepada berlakunya inovasi dan menggalakkan aktiviti penyelidikan. Kilang – kilang bukan
sahaja menggunakan teknologi jentera dan mesin, malah inovasi turut berlaku termasuk
penggunaan tenaga elektrik dan petroleum di kilang – kilang. Perkembangan teknologi telah
menyebabkan terciptanya produk baharu seperti kereta, basikal, kereta api atau lokomotif dan
sebagainya. Pendedahan teknologi tinggi ini menyebabkan kerajaan telah mendirikan sekolah
pertukangan atau sekolah vokasional bagi melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam
aktiviti pengeluaran. Penyelidikan yang dijalankan juga membawa kepada ciptaan baharu seperti
baja tiruan, baja kimia, racun serangga yang membolehkan aktiviti pertanian berkembang yang
menjadi asas kepada perkembangan industri di Jerman
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Masyarakat industri khususnya golongan buruh dilindungi oleh undang-undang sosial. Undang-
undang tersebut menyediakan peruntukan keselamatan nasional yang lengkap bagi pekerja kilang
menghadapi risiko kehidupan kota iaitu penyakit, kemalangan dan umur tua. Akta-akta bagi
mengatasi masalah-masalah tersebut telah diluluskan pada tahun 1883, 1884 dan 1889. Ini
bermakna masyarakat industri Jerman dilindungi oleh insuran serta tabung pencen dan sakit dan
menggambarkan kebajikan masyarakat khususnya dalam kalangan pekerja sentiasa dijaga.
Oleh sebab 1/3 penduduk Jerman merupakan kanak – kanak di bawah umur 15 tahun, penawaran
buruh kanak – kanak agak tinggi dalam pasaran. Pada tahun 1839 bagi mengelak ianya berleluasa,
satu undang – undang telah diluluskan; larangan pengambilan buruh kanak – kanak bawah 9 tahun
dan mengehadkan masa kerja kanak – kanak kepada 10 jam. Namun, undang – undang itu tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Masyarakat industri tinggal bandar yang terletak di kawasan
perindustrian. Mereka diletakkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Perumahan bagi
mengatasi masalah-masalah sosial akibat kepadatan penduduk.
Kemunculan dan perkembangan masyarakat industri di Jerman berpunca daripada peranan utama
kerajaan Jerman yang berhasrat menjadi sebuah negara industri di Eropah. Impak daripada
kesungguhan pihak kerajaan telah muncul masyarakat ini sama ada yang menyumbang secara
langsung atau tidak langsung sekaligus membawa kepada perkembangan industri di negara ini
setanding dengan England pada abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.
9. Pembentukan masyarakat industri di Jerman dicorakkan oleh kerajaan. Bincangkan.
Masyarakat industri dapat didefinisikan sebagai masyarakat yang berfokuskan aktiviti perindustrian,
kewujudan masyarakat ini sememangnya ada hubungan dengan Revolusi Perindustrian yang berlaku
sejak akhir abad ke-18 Masihi di Eropah Barat. Keadaan di Jerman agak berbeza, kewujudan
masyarakat industri di sini seolah – olah dirancang pembentukannya oleh kerajaan sesuai dengan
hasrat kerajaan Jerman menjadi negara industri yang telah dimulakan sejak penyatuan Jerman di
bawah pimpinan Otto Von Bismarck. Peranan kerajaan Jerman mencorakkan masyarakat ini dapat
dibuktikan dengan kewujudan petempatan berhampiran, munculnya golongan pengusaha atau
golonga kapitalis, kewujudan golongan pekerja dan sebagainya
Masyarakat industri Jerman tertumpu di kawasan yang memiliki sumber – sumber ekonomi yang
berharga yang membawa kepada pembinaan kilang – kilang. Kesan daripada penawaran pekerjaan
di kilang – kilang berkenaan menyebabkan masyarakat mendirikan petempatan di kawasan
berkenaan. Antara kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat ini ialah kawasan yang memiliki
sumber arang batu dan bijih besi serta bijih timah di Ruhr, Loraine, dan Silesia dan juga kawasan
yang didirikan kilang tekstil, barangan kulit, dan kimia seperti Rhineland, Saxony, dan Silesia. Galakan
kerajaan agar penggunaan sumber ini dioptimumkan bukan sahaja telah membawa petempatan
golongan pekerja di kawasan – kawasan tersebut, malah membawa kepada kemunculan golongan
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
pengusaha yang memiliki modal besar bagi memajukan sektor industri tersebut di kawasan –
kawasan berkenaan, umpamanya Alfred Krupp, pengusaha barangan alat ganti dan peralatan besi
Sebagaimana masyarakat industry lain, kewujudan golongan kapitalis atau pengusaha merupakan
salah satu ciri masyarakat ini, dan di Jerman, kemunculan golongan ini ada kaitan dengan peranan
kerajaan. Dasar kerajaan yang berhasrat muncul sebagai Negara industry telah membawa
kemunculan golongan ini bagi mengoptimumkan sumber – sumber berharga yang terdapat di
Jerman, malah penubuhan dan perkembangan institusi perbankan telah menyumbang kepada
kemunculan golongan pengusaha – pengusaha baharu yang pastinya menggalakkan pertumbuhan
dan perkembangan industri berasaskan arang batu, bijih besi, keluli, kapas, dank ain bulu yang
pastinya akan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat di Jerman
Bagi menjayakan sektor industri, sesuatu yang pasti ialah keperluan tenaga kerja atau buruh, dalam
konteks Jerman, bilangan penduduk yang padat semestinya menawarkan tenaga buruh yang
mencukupi dan murah. Dalam konteks Jerman yang berhasrat menjadi Negara industri maju,
kerajaan berusaha melahirkan tenaga buruh mahir yang mampu memanfaatkan perkembangan
teknologi pada masa itu, iaitu dapat mengendalikan jentera atau mesin yang digunakan di kilang –
kilang. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan sekolah – sekolah pertukangan,
teknikal, dan vokasional bagi melahirkan buruh – buruh mahir. Selain itu, peningkatan teknologi juga
telah memberi impak kepada golongan pengusaha, ianya bukan sahaja membawa kepada
peniingkatan dari sudut kuantiti dan kualiti, malah ianya telah mendorong kepada inovasi,
contohnya inovasi yang dilaksanakan oleg Syarikat Siemens dan Martin berkaitan dengan industri
kejuruteraan elektrik dan penghasilan baja tiruan dan baja kimia
Kerajaan Jerman juga memainkan peranan menjaga kebajikan golongan pekerja bagi menjayakan
hasrat ini, golongan buruh ini dijamin dan dilindungi undang – undang social, antaranya insurans
bagi menghadapi risiko kemalangan, kesihatan, dan kebajikan. Beberapa akta digubal bagi
memastikan kebajikan golongan ini dijaga seperti kewujudan tabung pencen. Selain itu, bagi
mengelak golongan kanak – kanak dieksploitasi, undang – undang berkaitan larangan mengambil
buruh bawah 9 tahun diluluskan, malah masa bekerja hanya dihadkan 10 jam. Bagi masyarakat
industry yang tinggal di kawasan bandar pula, mereka diletakkan di bawah Akta Perancangan Bandar
dan Perumahan bagi mengatasi masalah – masalah akibat kepadatan penduduk
Sememangnya tidak dinafikan kewujudan masyarakat industri di Jerman dicorakkan oleh kerajaan
bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan pembentukan negara industri di sana.
Penglibatan kerajaan secara langsung dapat dilihat peranannya melahirkan golongan pengusaha,
tenaga kerja yang mahir dan merangsang inovasi hasil daripada peningkatan teknologi yang berlaku.
Selain itu tindakan kerajaan melindungi golongan buruh menyebabkan golongan ini lebih terbela
berbanding di England dan mampu menghasilkan produktiviti yang lebih berkualiti memandangkan
kebajikan golongan ini tidak diabaikan.
10. Bentuk muka bumi Jepun mempengaruhi ciri masyarakat maritim di Jepun. Bincangkan.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Masyarakat maritim dapat didefinisikan sebagai masyarakat yang menjalankan aktiviti yang
berkaitan dengan kelautan. Dalam konteks Jepun, sememangnya masyarakat di sini tergolong dalam
kategori masyarakat maritim bukan sahaja disebabkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan
dengan kelautan, malah dibantu oleh faktor atau keadaan geografinya.
Bentuk muka bumi Jepun yang terbahagi kepada empat buah pulau utama iaitu Honshu, Hokkaido,
Kyushu dan Shikoku ditambah dengan tanah pertanian yang terbatas telah menyebabkan
masyarakat Jepun berfokus kepada aktiviti kelautan khususnya menangkap ikan dan perdagangan
serta terlibat dengan pelayaran. Selain berbentuk kepulauan, halangan kepada masyarakat Jepun
terlibat dengan aktiviti lain ialah halangan gunung ganang yang dikatakan merangkumi 73% daratan
negara ini. Peratusan tanah rata yang rendah menyebabkan kawasan masyarakat terpaksa membina
petempatan di persisiran pantai dan laut sekaligus telah membawa kepada kemunculan masyarakat
maritim di sini.
Keadaan fizikal Jepun yang berpulau dan bergunung ganang telah menyebabkan masyarakat maritim
tertumpu di kawasan persisiran pantai dan laut telah membawa kepada kemunculan bandar di
kawasan pelabuhan sekaligus berperanan sebagai pelabuhan eksport membolehkan masyarakat
menjalankan aktiviti perdagangan, contohnya pelabuhan Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda. Pelabuhan
– pelabuhan ini telah menjadi tumpuan para pedagang bukan sahaja dari sebelah Timur malah
membawa kepada kedatangan kuasa Barat seperti Portugal apabila kerajaan Jepun membenarkan
kuasa Barat tersebut menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan – pelabuhan tersebut yang
pastinya membawa kepada kemunculan masyarakat maritim.
Keadaan fizikal Jepun menyebabkan kerajaan Jepun melaksanakan dasar buka pintu kepada para
pedagang – pedagang asing. Bermula zaman pemerintahan Hideyoshi, masyarakat Jepun digalakkan
melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan jarak jauh khususnya dengan negara – negara Asia Timur
lain. Abad ke-16, Kesyogunan Ashikaga telah menandatangani perjanjian dengan Portugal yang
membolehkan kuasa Barat tersebut menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki.
Sebelum pelaksanaan dasar tutup pintu,kerajaan Tokugawa menggalakkan kedatangan pedagang
asing seperti Sepanyol, Belanda, dan British. Namun begitu, lama – kelamaan aktiviti perdagangan
kian terbatas, umpamanya pedagang Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau Deshima,
hinggalah pengisytiharan dasar tutup pintu.
Keadaan fizikal Jepun juga menyebabkan masyarakat maritim kini terlibat dengan aktiviti perikanan,
bukan sahaja disebabkan keadaan geografi yang berpulau itu, malah apa yang menariknya kawasan
tersebut menjadi tempat pertembungan antara arus sejuk dan arus panas yang menjadikan kawasan
perairan Jepun kaya dengan hidupan laut. Penangkapan ikan menjadi aktiviti utama disebabkan ikan
merupakan sumber protein utama kepada masyarakat Jepun
Aktiviti lain yang dilakukan oleh masyarakat maritim di Jepun ialah pelayaran, bukan sahaja
bertujuan untuk memenuhi sifat ingin tahu dan menjalankan aktiviti perdagangan, tetapi ianya juga
disokong dengan kelebihan masyarakat Jepun yang mempunyai kemahiran membina kapal,
contohnya mereka mampu membina kapal layar Shuinsen yang dilengkapi dengan ciri – ciri
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
keselamatan dan mampu belayar di lautan yang luas. Dua buah kapal lagi, Higaki kaisen dan Taru
kaisen merupakan kapal – kapal yang digunakan untuk aktiviti perdagangan dan mampu memuatkan
barangan dengan kuantiti yang besar. Keupayaan belayar juga ada kaitan dengan kemampuan
masyarakat Jepun menguasai ilmu pelayaran dan kartografi daripada pedagang – pedagang Barat
dan kemahiran menggunakan kompas
Keadaaan fizikal juga telah melahirkan masyarakat maritim yang mempunyai sikap berani dan
sanggup mengharungi cabaran dengan merentas lautan yang luas bagi menjalankan aktiviti
pelayaran dan mencari rezeki melalui aktiviti berdagang. Keberanian ini membolehkan masyarakat
maritime di sini berjaya merentas sempadan geografi merangkumi kawasan Asia Tenggara, Australia,
India, China, Korea, dan Eropah. Sifat – sifat lain yang terdapat diri masyarakat Jepun ialah sifat ingin
tahu yang membawa kepada aktiviti penerokaan, bersikap terbuka dan tolak ansur yang membawa
kepada wujudnya hubungan dengan kuasa – kuasa Barat serta menerima agama dan budaya yang
dibawa oleh orang Barat, dan sikap yang paling penting ingin mempelajari sesuatu umpamanya
menggunakan senjata dan teknik perang.
Tidak dinafikan ciri – ciri masyarakat maritim berserta akktivitinya banyak dipengaruhi oleh keadaan
fizikal atau geografi negara Jepun yang membatasi aktiviti mereka, pun begitu ianya tidak
menghalang kemajuan masyarakat ini, memandangkan kelebihan sifat dalaman masyarakat ini
menyebabkan Jepun akhirnya muncul antara kuasa hebat dalam bidang maritim.
TEMA 2
1. Bincangkan kedudukan dan kekuasaan maharaja di China pada abad ke-19 Masihi
Pemerintahan bermaharaja di China dipercayai bermula sejak zaman pemerintahan Dinasti Chin,
apabila pemerintahnya, Shih Huang Ti telah bertindak menggunakan gelaran maharaja sebaik sahaja
berjaya menghapuskan kerajaan Chao dan menamatkan penguasaan golongan bangsawan.
Pemerintahan beraja ini berterusan sehingga abad ke-16 dan seterusnya, apabila munculnya
kerajaan bercorak dinasti seperti Dinasti Yuan, Dinasti Ming, dan Dinasti Manchu ( Qing ). Kerajaan –
kerajaan yang terbentuk ini diperintah oleh seorang maharaja yang berkuasa mutlak dalam pelbagai
aspek yang merangkumi aspek politik, pentadbiran, ekonomi, social dan sebagainya yang
menggambarkan kewibawaannya.
Tidak dinafikan maharaja merupakan individu yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam di China,
bukan sahaja disebabkan maharaja menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat yang
membolehkannya mendapat kesetiaan daripada golongan yang berada di bawahnya sama ada
golongan bangsawan mahupun rakyat biasa. Malah, kedudukan m seseorang maharaja
diperkukuhkan lagi apabila dikaitkan dengan konsep ketuhanan, bertaraf suci serta mendapat
mandat dari syurga yang pastinya memberikan kuasa tidak terhingga kepada seseorang maharaja
dan wajin mewujudkan keadilan.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Kedudukan tertinggi ini diperkukuhkan lagi dengan falsafah Confucianisme yang menggesa
seseorang maharaja berkelaluan baik dan adil agar mendapat penghormatan daripada rakyat.
Kegagalan mewujudkan keadilan dan keamanan akan menyebabkan mandat yang diperoleh ditarik,
dan layak digulingkan sekiranya enggan turun daripada takhta pemerintahan. Oleh sebab kedudukan
yang tertinggi, maka tidak hairanlah maharaja di China mempunyai kekuasaan mutlak dalam
pelbagai aspek merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, perundangan dan sebagainya
Dari segi politik kekuasaan maharaja ditonjolkan dengan peranannya sebagai pemerintah tertinggi
yang mempunyai kuasa yang tidak boleh dipersoalkan. Segala kuasa sama ada bidang perundangan,
eksekutif mahupun kehakiman akan berpusat di tangannya. Dalam bidang eksekutif umpamanya,
maharaja bertanggungjawab melantik pembesar di peringkat pusat dan pentadbiran di wilayah
kekuasaan yang wajib bertanggungjawab atas nama maharaja. Selain itu, maharaja juga
bertanggungjawab membentuk sistem pentadbiran yang sistematik, umpamanya melantik individu –
individu yang lulus peperiksaan awam bagi memastikan sistem pentabiran berjalan dengan lancar
serta cekap. Golongan cerdik pandai ini dilantik bagi mengisi jawatan seperti Sekretariat Agung,
Majlis Tertinggi yang mengandungi enam buah kementerian utama, menganggotai Lembaga Penapis
dan menjadi pentadbir di peringkat wilayah.
Sebagai ketua negara, maharaja juga bertanggungjawab menentukan dasar – dasar negara,
umpamanya pada zaman Dinasti Ming, maharaja bertanggungjawab mengarahkan ekspedisi –
ekspedisi ke luar negara bagi meningkatkan pengaruh dan status kerajaan China. Manakala pada
zaman Dinasti Manchu pula, demi mempertahankan stastus middle kingdom, maharaja
melaksanakan dasar tutup pintu. Dasar tegar inilah telah menyebabkan China terheret dalam
peperangan dengan kuasa Barat, umpamanya Perang Candu yang diakhiri dengan Perjanjian Nanking
sekaligus menamatkan dasar pemencilan kuasa yang dilaksanakan sebelum ini.
Dari segi ekonomi, maharaja menguasai semua sumber ekonomi seperti cukai, tanah, buruh dan
lain-lain. Malah maharaja berperanan dalam menentukan dasar cukai negara dan segala
perancangan ekonomi negara. Aktiviti perdagangan luar perlu mendapat kebenaran dan restu
baginda. Begitu juga dengan aktiviti pertanian, setiap penambahan dalam pengeluaran hasil
pertanian akan menguntungkan pembesar atau tuan tanah akan meningkatkan jumlah hasil cukai
yang akan diperoleh oleh maharaja. Bagi memastikan kegiatan pertanian, sistem saliran wajib
diselenggarakan atas perintah maharaja. Pemilikan tanah yang menjadi sumber atau lambang
kekayaan adalah dibawah kuasa mutlak maharaja. Baginda berhak untuk menganugerahkan atau
menarik balik pemilikan tanah kepada individu yang tertentu dan berjasa kepada negara.
Sementara kekuasaan dari sudut sosial dapat dilihat, maharaja memainkan peranan penting dalam
soal keagamaan dengan mengetuai segala upacara keagamaan. Maharaja juga bertanggungjawab
melantik ketua agama bagi mengetuai upacara keagamaan, pemujaan dan hal-hal kerohanian.
Maharaja akan mengetuai upacara – upacara pemujaan dan memastikan alat kebesaran sentiasa
dijaga. Salah satu kekuasaan yang menggambarkan kehebatan maharaja di sini, baginda juga
berperanan sebagai penaung kegiatan keilmuan, memastikan peperiksaan awam yang dijalankan
pada peringkat pusat, wilayah dan daerah dlaksanakan dengan harapan melahirkan ramai tokoh
pentadbir berwibawa.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Dalam bidang kehakiman atau perundangan pula, maharaja berperanan sebagai ketua hakim
sekaligus mempunyai kuasa pemutus sama ada menjatuhkan hukuman atau mengampuni kesalahan
seseorang individu. Malah, segala titah perintah diraja dianggap sebagai undnag – undang.
Pelaksanaan hukuman yang adil amat penting memandangkan ia akan mencerminkan imej
seseorang raja. Kegagalan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya boleh membawa hilangnya
mandat seseorang maharaja
China mempunyai sistem pemerintahan yang teratur terutamanya menjelang zaman Dinasti Ching.
Maharaja yang menjalankan kuasa pemerintahan secara mutlak dengan bantuan pegawai-pegawai
kerajaan telah melahirkan kestabilan dalam politik, ekonomi dan sosial di China.
2. Huraikan struktur pembesar di China pada abad ke-19 Masihi.
Pembesar dapat didefinisikan sebagai individu – individu yang dilantik bagi membantu pemerintah
dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran, atau dengan lebih tepatnya
menjalankan kuasa eksekutif pemerintah. Dalam konteks negara China, sebelum pmerintahan
Dinasti Han, jawatan pembesar didominasi oleh golongan bangsawan, namun selepas peperiksaan
awam diperkenalkan jawatan ini beransur – ansur diisi oleh golongan cerdik pandai yang melalui tiga
peringkat peperiksaan awam
Struktur pembesar di China dapat dibahagikan kepada peringkat pusat dan wilayah. Sekretariat
Agung merupakan antara jawatan terpenting bagi menggantikan jawatan Perdana Menteri sebelum
ini. Tanggungjawab individu – individu serama 3 hingga 6 orang ini ialah membantu maharaja dalam
menyelia dan menyelaras 16 buah kementerian di peringkat pusat dan mengetuai jabatan – jabatan
kerajaan. Badan ini akan memaklumkan segala perjalanan dan pengurusan pentadbiran kementerian
utama kepada Maharaja China. Tugasan utama Sekretariat Agung ialah menggubal undang – undang
dan dasar – dasar kerajaan untuk dilaksanakan oleh kementerian – kementerian
Jawatan lain yang diwujudkan di peringkat pusat ialah Majlis Agung atau Majlis Tertinggi yang
berperanan sebagai badan penasihat kepada maharaja, kepentingan badan ini dibuktikan dengan
segala urusan pemerintahan dan pentadbiran dijalankan melaluinya. Majlis ini mengandungi enam
kementerian utama iaitu Kementerian Personel, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat istiadat,
Kementerian Peperangan, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja – kerja Awam. Setiap
kementerian bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maharaja dan wajib menjalankan dasar –
dasar yang dirangka oleh Sekretariat Agung demi kepentingan maharaja, negara dan rakyat China.
Kementerian – kementerian akan dibantu oleh Pejabat Koordinat yang terdiri daripada Jabatan
Kolonial, Jabatan Penapisan, Akademi Hanlin dan Jabatan Transmisi serta Jabatan Imperial.
Satu lagi brokrasi penting yang wujud dalam pentadbiran di China ialah Lembaga Penapis yang
diwujudkan di peringkat pusat dan wilayah. Badan ini berperanan memaklumkan segala aktiviti
pembesar China kepada maharaja, serta menjadi mata dan telinga kepada pemerintah China
tersebut bagi memastikan tiada unsur – unsur subversif yang boleh menggugat kestabilan politik
negara China. Pada zaman Dinasti Chi’ng, mahara telah menempatkan 56 orang Censorate, 24 orang
di Peking dan selebihnya di peringkat wilayah. Apa yang pasti tanggungjawab badan ini ialah untuk
membendung penyalahgunaan kuasa, ketidakcekapan, dan amalan korupsi dalam kerajaan.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Di peringkat wilayah pula, amnya ia akan diketuai oleh gabenor yang akan menjalankan tugasan
seperti memastikan pentadbiran peringkat wilayah berkesan, menjaga keamanan, dan mengutip
cukai untuk dihantar ke peringkat pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat dan tradisi wilayah
yang ditadbir. Gabenor wajib menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan berhubung
secara langsung dengan pentadbiran peringkat pusat. Walaupun ukuran utama memegang jawatan
adalah lulus peperiksaan awam, namun ada juga dalam kalangan golongan tentera yang dilantik
memegang jawatan ini, hal ini disebabkan golongan ini mempunyai pengikut yang ramai malah telah
sekian lama dikaitkan dengan tugasan mempertahankan mandat maharaja, contoh, individu yang
amat berpengaruh pada zaman kerajaan Manchu ialah Yuan Shih Kai.
Kesimpulannya, kewujudan sistem birokrasi di China yang didominasi oleh golongan cerdik pandai di
China bukan sahaja untuk menambahkan kecekapan pentadbiran, malah yang paling penting ialah
dapat mengukuhkan kekuasaan dan keistimewaan maharaja terutamanya mengekalkan legasi
maharaja merupakan individu yang mendapat mandat dari syurga.
3. Bandingkan kedudukan dan peranan pembesar di China dan Russia bermula abad
ke-16 Masihi.
Pembesar dapat diertikan sebagai sekelompok individu yang dilantik atau dipilih oleh mana – mana
pemerintah bagi membantu melancarkan urusan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.
Amnya individu – individu yang dilantik sebagai pembesar oleh pemerintah merupakan individu
yang mempunyai pertalian darah dengan pemerintah ( kaum kerabat ), dipercayai, mempunyai
pengaruh dalam kalangan masyarakat dan telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam
urusan pemerintahan dan pentadbiran. Dalam konteks China dan Russia, kedudukan dan peranan
pembesar boleh dikatakan hampir sama namun untuk menduduki hierarki pemerintahan dan
pentadbiran khususnya di China perlu melalui proses tertentu.
Dilihat dari sudut kedudukan sama ada di China mahupun Russia, kedua – duanya merupakan
golongan yang amat berpengaruh dalam kerajaan. Di China, pembesar terdiri daripada golongan
cerdik pandai yang dihasilkan melalui sistem peperiksaan awam; golongan ini bertanggungjawab
menggantikan tempat golongan bangsawan. Hal ini berbeza dengan pembesar di Russia, jawatan
pembesar didominasi oleh golongan bangsawan, dimulai oleh golongan Boyar sehinggalah
diwujudkan tiga buah institusi bagi menggerakkan jentera pentadbiran Russia yang dikenali sebagai
Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi yang kesemuannya diisi oleh golongan bangsawan. Di China, oleh
sebab pengaruh pembesar yang amat besar menyebabkan maharaja terpaksa menghantar pengintip
untuk mengatasi sebarang kemungkinan yang boleh menggugat kedudukannya terutama
pentadbiran di peringkat wilayah.
Berkaitan dengan peranan pembesar di China, golongan cerdik pandai akan ditempatkan di
kementerian yang penting bagi terilbat secara langsung menggubal dasar – dasar negara dengan
menganggotai Imperial Secretariat dan meminda sesuatu dasar apabila menganggotai Imperial
Canselory. Selain itu, terdapat enam lagi kementerian utama yang akan diisi oleh golongan cerdik
pandai iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian
Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya. Golongan gentri ini juga bertindak
sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Sementara di Russia pula, golongan bangsawan yang menganggotai Duma bertanggungjawab dalam
hal ehwal pentadbiran khususnya membuat dan meluluskan sesuatu termasuk yang berkaitan
dengan sistem kehakiman, manakala Zemskii Sabor pula merupakan institusi yang dianggotai antara
40 hingga 50 orang golongan bangsawan berfungsi sebagai badan penasihat namun kuasanya lebih
rendah berbanding Duma. Prikazi pula merupakan institusi yang dianggotai oleh golongan
bangsawan dalam jabatan – jabatan tertentu berperanan melaksanakan dasar yang diluluskan oleh
Duma
Di peringkat wilayah pula pada zaman pemerintahan Dinasti Manchu, gabenor dilantik sebagai
pembesar wilayah; bertanggungjawab menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan,
mengutip cukai untuk dihantar ke peringkat pusat dan diberi kebebasan bertindak dengan hal yang
berkaitan adat tempatan. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan
oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing; juga dikehendaki lulus dalam
peperiksaan awam. Bagi memastikan pembesar di peringkat wilayah khususnya gabenor
menjalankan arahan raja, maharaja di China telah membentuk Lembaga Penapis ( Censorate ) yang
menjadi mata dan telinga pemerintah serta menjamin Badan ini juga bertanggungjawab
membendung amalan rasuah malah mempunyai kuasa untuk mengkritik tindakan pengawai kanan
kerajaan dan maharaja sendiri.
Manakala di Russia pula, di peringkat daerah golongan bangsawan menganggotao Zemstvo yang
berperanan memungut cukai-cukai di peringkat kawasan masing-masing, serta melaksanakan kuasa
tempatan seperti menjalankan kerja-kerja menyediakan kemudahan asas, memberi bantuan kepada
golongan miskin, dan menjaga kesihatan awam. Di peringkat daerah, gabenor atau naib gabenor
yang dilantik oleh kerajaan pusat bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran daerah masing –
masing. Manakala di peringkat kampung pula, Komun atau mir atau Majlis Kampung
dipertanggungjawabkan menguruskan soal pentadbiran termasuk memungut cukai yang ditetapkan.
Komun juga berperanan menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani, mengagihkan
tanah pertanian, melatih generasi muda dalam kalangan petani sebagai tentera kerahan, mengelak
pengaruh negatif menular dalam kalangan penduduk luar bandar dan bertindak sebagai mata dan
telinga kerajaan pusat.
Pembesar di China juga memainkan peranan dalam bidang ketenteraan terdiri daripada ketua –
ketua tentera, malah pada suatu ketika kekuatan dan kekuasaan maharaja bergantung kepada
pembesar yang memikul tanggungjawab sebagai ketua – ketua tentera. Pembesar China juga
ditugaskan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan. Sementara di Russia, aspek keselamatan, ianya
dipertanggungjawabkan kepada pasukan Polis Rahsia bagi mengawal sebarang penyebaran
propaganda yang negatif dan mengawal jalan keluar masuk empayar Russia.
Kesimpulannya, kewujudan golongan pembesar memberikan impak positif dan negatif kepada
sesebuah kerajaan, umpamanya sekiranya terjalin hubungan yang akrab akan lancarlah urusan
pentadbiran, namun seandainya pengaruh dan kekuasaan pembesar melebihi pengaruh maharaja ia
boleh menggugat pemerintah sendiri sebagaimana di China khususnya di akhir abad ke-19 apabila
wujudnya persaingan antara pembesar wilayah. Sementara di Russia, sistem pembesar mula
mengalami perubahan khususnya pada abad ke-20 apabila Tsar mula melantik pembesar daripada
golongan cerdik pandai bagi menjaga imejnya, umpamanya perlantikan Sergei Witte yang
merupakan graduan dalam bidang matematik dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Peter A.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Stolypin sebagai Perdana Menteri berjaya merangka program pembaharuan bidang pertanian yang
telah menambat hati para petani sekaligus memulihkan ekonomi pertanian dan meningkatkan imej
Tsar.
4. Merujuk zaman pemerintahan Raja Louis XIV, bincangkan pelaksanaan sistem pemerintahan
raja mutlak yang dipraktikkan.
Pemerintahan raja mutlak merupakan bentuk pemerintahan yang dketuai oleh raja yang kuasanya
tidak dapat dipertikaikan oleh mana – mana pihak. Pemerintahan raja mutlak selari dengan
terbentuknya monarki kebangsaan, apabila kuasa golongan bangsawan kini diambil alih oleh raja. Di
Perancis, pemerintahan sebegini muncul apabila Dinasti Volois menguasai politik negara tersebut,
kemuncak pelaksanaan sistem pemerintahan ini berlaku pada zaman Raja Louis XIV yang telah
bertindak memusatkan kuasanya dalam pelbagai aspek
Dalam bidang politik dan pentadbiran, Raja Louis XIV, pengaruh dan kuasa golongan bangsawan
mula dihadkan, Golongan ini dilarang membina kediaman yang mewah dan mengadakan pertemuan
sesama meraka. Malah golongan ini terpaksa bergantung hidup melalui pencen yang diberikan oleh
Raja; dengan syarat mereka tinggal di istana. Sejak abad ke-17 lagi, raja - raja di Perancis
menubuhkan sistem intendant wilayah bagi menguruskan hal – hal berkaitan dengan pentadbiran
dan pungutan cukai; pegawai ini bertanggungjawab langsung kepada raja. Pentadbir – pentadbir
yang dilantik terdiri daripada golongan cerdik pandai, malah untuk memastikan kelancaran urusan
pentadbiran, Raja Louis XIV menubuhkan Majlis Negara, Majlis Privy, Majlis Kewangan dan Majlis
Despatches sekaligus menambahkan kecekapan dan megukuhkan kekuasaannya.
Dalam bidang kehakiman, segala titah perintah diraja akan menjadi undang – undang, malah sebagai
pemegang kuasa mutlak, Raja Louis XIV juga mempunyai kuasa pemutus sama ada menjatuhkan
hukuman dan mengampuni kesalahan yang dilakukan oleh pihak – pihak tertentu, apa yang penting
di sini ialah kuasa raja mengatasi undang – undang. Raja boleh memerintah sesiapa sahaja yang
disyaki menentang raja ditahan dan dipenjarakan. Mana – mana individu yang menyakitkan hati
golongan berpengaruh atau paderi boleh dimasukkan ke dalam penjara dengan perintah raja;
dikenali sebagai lettre de cachet
Kemuncak pemerintahan beraja mutlak di Perancis berlaku sewaktu pemerintahan Raja Louis XIV
yang melaksanakan pelbagai dasar untuk menonjolkan kekuasaannya. Baginda mempunyai angkatan
tentera yang besar serta telah bertindak menakluk beberapa negara termasuk boleh menggugat
perairan Britain yang mempunyai tanah jajahan di Asia, Amerika, dan juga Eropah. Tentera yang
dibentuk sama ada tentera darat atau pun tentera laut dikawal secara langsung oleh raja dan
dibayar dengan gaji yang tetap, malah raja juga bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan
yang mencukupi. Kekuatan tentera diperkemaskan dari semasa ke semasa, bagi menjamin kesetiaan
tentera diraja, tentera dibayar dengan gaji yang tetap berserta rumah dan bekalan makanan. Semua
tentera peribadi golongan bangsawan wajib dibubarkan.
Raja Louis XIV juga melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi memastikan negaranya muncul
sebagai negara yang kuat. Khidmat Colbert sebagai Menteri Kewangan telah menyaksikan
bermulanya industri baharu, memansuhkan tarif tempatan, dan mengawal harga barangan. Beliau
juga berusaha membina gudang senjata, mengadakan hentian dagang di India, Senegal, dan
Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar sekaligus meningkatkan perdagangan Perancis.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Dalam bidang sosial, Raja Louis XIV juga mengisytiharkan dirinya sebagai ketua agama. Sebagai
Ketua Negara, raja dianggap sebagai “Tuhan Kecil di Bumi” atau “Bayangan Tuhan”. Rakyat percaya
raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah mereka. Raja juga dianggap sebagai suci dan mereka
mesti patuh dan setia kepadanya. Raja juga mempunyai hak-hak suci pemerintahan yang ditulis oleh
pihak Gereja. Raja Perancis, Louis XIV digelar sebagai “Raja Matahari” bagi menggambarkan
ketinggian darjatnya. Baginda telah bertindak memaksa golongan bukan Katolik menerima agama
Katolik. Kesan daripada tindakannya ini telah menyebabkan 200 000 orang telah meninggalkan
Perancis. Bagi menonjolkan kehebatannya, Raja Louis XIV hidup dengan mewah dengan
mendirikan istana – istana yang besar seperti Istana Versailles, arkitek dan para pelukis terkenal
telah diupah untuk mengindahkan kota atau istana berkenaan sebagaimana yang dinyatakan di atas.
Beliau mengganggap kemewahan mencerminkan keunggulan seseorang pemerintah.
Kesimpulannya, sebagai pemerintah berkuasa mutlak, pemusatan kuasa merupakan langkah terbaik
bagi menjadikan dan mengukuhkan Perancis sebagai negara yang unggul di Eropah Barat.
5. Huraikan kekuasaan raja mutlak di England pada abad ke-16 Masihi.
Pemerintahan raja mutlak merupakan bentuk pemerintahan yang dketuai oleh raja yang kuasanya
tidak dapat dipertikaikan oleh mana – mana pihak. Pemerintahan raja mutlak selari dengan
terbentuknya monarki kebangsaan, apabila kuasa golongan bangsawan kini diambil alih oleh raja. Di
England, pemerintahan sebegini terbentuk apabila Raja Henry VII telah bertindak mengasaskan
Dinasti Tudor setelah berjaya menamatkan pertelingkahan dua buah keluarga bangsawan dalam
Perang Bunga Ros, pun begitu pemerintah raja mutlak sepenuhnya berlaku apabila Raja James I
telah mengambil alih pemerintahan England yang membolehkan Dinasti Stuart mengambil alih
teraju pemerintahan.
Sebagai pemerintah berkuasa mutlak, segala kuasa akan dipusatkan di tangan raja, Raja James I
telah mengisytiharkan tidak ada perkongsian kuasa dengan mana – mana sebaliknya baginda telah
memusatkan kuasa di tangannya, semua institusi pemerintahan seperti Parlimen, mahkamah, gereja
dikehendaki berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja. Magna Carta
yang dianggap piagam suci turut diketepikan oleh Raja James I. Sebagai pemerintah berkuasa
mutlak, Raja James I menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi segala undang – undang yang
digubal oleh manusia. Dasar Raja James I telah diteruskan oleh puteranya, Raja Charles I yang
bertindak sesuka hati memanggil dan membubarkan Parlimen, malah petisyen yang dikemukakan
oleh ahli – ahli Parlimen telah ditolak.
Dalam bidang agama pula, pemerintah England, bagi mengukuhkan kekuasaannya, Raja England
khususnya Raja James I dan Raja Charles I telah mendokong konsep Devine Right of Kings, yang
mengaitkan dirinya dengan tuhan. Segala tindakan atau dasarnya merupakan balasan atas dosa –
dosa yang telah dilakukan oleh rakyatnya. Tindakan Raja James I menerima mazhab Roman Katolik
telah menimbulkan tentangan golongan puritan yang mengharapkan urusan gereja dipisahkan
daripada politik, namun tidak diendahkan, sebaliknya Raja James I telah mengahwinkan puteranya
dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Pada zaman pemerintahan Raja Charles I pula,
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
baginda telah mencampuri urusan pentadbiran gereja dengan melantik Bishop Besar yang
bermazhab Katolik.
Dalam bidang ekonomi, kekuasaan Raja James I dapat lihat apabila baginda mencampuri urusan
perdagangan dengan memberikan keistimewaan kepada syarikat yang disukainya sehingga
menjejaskan aktiviti pedagang – pedagang lain. Malah, sebagai individu yang paling berkuasa, Raja
James I mendakwa memiliki hak dan kuasa dalam soal pengutan cukai dan kewangan. Dasar yang
sama telah diteruskan oleh Raja Charles I yang begitu bebas memerintah dan mengenakan pelbagai
cukai demi kepentingan peribadinya. Raja Charles I juga terlibat dengan aktiviti ekonomi secara
langsung dengan cara menjual hak monopoli barangan pengguna seperti arak, sabun, dna garam
dengan harga yang mahal menyebabkan harga barangan tersebut melambung tinggi.
Kekuasaan raja mutlak di England juga dapat dilihat daripada tindak tanduk pemerintah ini yang
berkuasa melebihi undang – undang yang ada, bermula dengan Raja James I yang mengenepikan
Magna Carta sehinggalah Raja Charles I yang begitu mudah menolak peranan Parlimen sebagai
badan penggubal dasar dan undang – undang negara. Ini terbukti apabila Charles I menolak
Pengisytiharan Hak yang diluluskan oleh Parlimen yang mengesyorkan raja tidak akan memenjarakan
rakyat tanpa sebab, tidak akan memungut cukai tanpa kebenaran Parlimen, tidak akan
menggunakan angkatan tentera diraja demi kepentingan sendiri dan akan bertindak tegas
menyingkirkan mana – mana pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah.
Tegasnya, pemerintahan raja berkuasa mutlak jelas menonjolkan akan kerakusan seseorang raja
untuk berkuasa demi kepentingan diri, disebabkan situasi inilah golongan proParlimen telah bangkit
memberontak terhadap Charles I yang mencetuskan perang saudara yang menjadi titik tolak kepada
pembentukan Raja Berperlembagaan, apabila pada tahun 1678, rakyat England telah melancarkan
Revolusi Cemerlang bagi mengubah watak raja dalam pemerintahan di England.
6. Bincangkan faktor – faktor pembentukan raja berperlembagaan di England pada
abad ke-17 Masihi.
Sebelum pemerintahan Raja Berperlembagaan dilaksanakan di England, sebagaimana negara –
negara di Eropah Barat, England turut mengamalkan pemerintahan raja berkuasa mutlak, bermula
dengan pengasasan Dinasti Tudor oleh Raja Henry VII. Namun begitu, kekuasaan Raja Henry ini
bukanlah mutlak sepenuhnya memandangkan baginda terpaksa menghormati Magna Carta yang
menggambarkan seolah – olah wujudnya suatu sekatan untuk raja bertindak sewenang – wenangnya
sehinggalah muncul Raja James I dan Raja Charles I yang mengenepikannya sehingga mencetuskan
konflik dengan institusi Parlimen yang akhirnya membawa kepada munculnya konsep Raja
Berperlembagaan susulan daripada Revolusi Cemerlang pada tahun 1688
Antara faktor yang menyumbang kepada pembentukan pemerintahan beraja di England ialah dasar
pemusatan kuasa Raja James I yang bertindak menegaskan tidak ada perkongsian kuasa dengan
mana – mana institusi pemerintahan serta mengenepikan peranan dan suara ahli Parlimen. Bagi
mengukuhkan kekuasaannya, Raja James I telah mendokong prinsip Devine Right of Kings ( doktrin
kuasa suci raja ). Keadaan bertambah parah apabila tindakan Raja James I bertindak campur tangan
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
dalam kegiatan ekonomi denganemberikan hak monopoli dan keistimewaan kepada syarikat yang
disukainya sehingga timbulnya pula konflik Raja James I dengan golongan saudagar
Tindakan Raja Charles I meneruskan dasar ayahandanya, Raja James I seperti bersikap anti golongan
Puritan dan meminggirkan peranan Ahli Parlimen dalam pemerintahan dan pentadbiran termasuk
menahan ahli Parlimen yang menentangnya dan bertindak mengepung kediaman mereka telah
menimbulkan ketegangan. Sebagai tindak balas, ahli Parlimen mengisyitiharkan Petition of Rights
bagi mengkritik tindakan raja yang memungut cukai tanpa kelulusan Parlimen dan menolak tindakan
raja menahan dan memenjarakan seseorang tanpa perbicaraan serta mendesak raja menyingkirkan
pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah. Namun, Raja Charles I mengabaikan sebaliknya terus
menahan ahli Parlimen serta bertindak membubarkan institusi tersebut dan memerintah secara
mutlak selama 11 tahun. Walaupun institusi ini dibentuk semula, namun ianya ada kaitan dengan
matlamat peribadinya seperti memerlukan peruntukan tambahan, namun gagal mendapat sokongan
ahli Parlimen yang mendesak reformasi dan memecat pegawai yang terlibat dengan rasuah
menyebabkan sekali lagi Parlimen dibubar
Pertelagahan antara penyokong raja dengan penyokong ahli Parlimen kian parah menyebabkan
tercetusnya perang saudara, penyokong ahli Parlimen diketuai oleh Oliver Cromwell menewaskan
tentera Charles I. Hal ini diikuti berlaku pula konflik sesama ahli Parlimen; golongan tentera dengan
golongan pro-pemerintahan beraja Golongan tentera berhasrat membentuk republik manakala
golongan propemerintahan beraja berhasrat menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan.
Oliver Cromwell berjaya menubuhkan pemerintahan republik di England, namun pemerintahan
sebegini gagal menarik sokongan rakyat England menyebabkan ahli Parlimen bersepakat
menghidupkan semula pemerintahan monarki dengan Raja Charles II ditabal menjadi raja dengan
Parlimen mengingatkan Charles II agar mewujudkan pemerintahan Raja Berperlembagaan
Pemerintahan Raja James II mengudang kegelisahan bukan sahaja dalam kalangan ahli Parlimen
malah rakyat, ekoran tindakannya berusaha menghidupkan semula konsep Devine Right of Kings,
menjalankan dasar agama yang pro-Katolik dan enggan mendukung Mazhab Anglican di bawah
naungan Church of England. Raja James II bertindak mengisytiharkan Declaration of Indulgence
( kebebasan beragama atau bermazhab ). Tindakan ini menunjukkan bahawa Parlimen sekali lagi
tercabar, berikutan tindakannya tanpa merujuk kepada institusi tersebut. Kebimbangan ahli
Parlimen kian ketara apabila James II memperoleh seorang putera hasil perkahwinannya dengan
puteri Perancis bermazhab Katolik . 1688, rakyat Inggeris telah menjemput anak James II, Mary (
bermazhab Anglican ) yang berkahwin dengan William of Orange untuk menggantikan ayahandanya.
Apabila William dan Mary bersama angkatan tenteranya berjumlah 15 000 orang mendarat di
England, James II telah melarikan diri ke Perancis. Revolusi Cemerlang ini telah menjamin kembali
kedaulatan Parlimen, dan secara tidak langsung pemerintahan Raja Berpelembagaan diperkenalkan
semula. Persidangan Parlimen yang telah meluluskan Bill of Rights yang menekankan perkara –
perkara seperti keutamaan kuasa Parlimen dan haknya memungut cukai, raja tidak boleh memansuh
atau menggubal sebarang undang – undang tanpa kelulusan Parlimen, raja menghormati hak
kebebasan bersuara dalam Parlimen. Raja juga tiada hak menentukan ahli Parlimen dan wujudnya
undang – undang toleransi yang memberikan kebebasan kepada puak Puritan membina gereja dan
menjalan amalan agama mereka dengan bebas.
Revolusi Cemerlang di England bukan sahaja telah mengembalikan kedaulatan Parlimen di sini,
malah yang lebih penting ianya telah dapat mengawal kuasa raja daripada bertindak sewenang –
wenangnya, malah pemerintahan sebegini mula mendapat sokongan rakyat yang menyedari ianya
bukan sahaja mengundang kestabilan politik malah menjurus kepada kemakmuran ekonomi England
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
7. Jelaskan pelaksanaan sistem pemerintahan berbentuk Persekutuan Amerika Syarikat mulai
abad ke-18 Masihi.
Persekutuan berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud perjanjian. Dari segi istilah,
persekutuan merujuk kepada gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas
kini menjadi sebuah negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat. Sistem persekutuan juga
membawa maksud terdapatnya satu sistem pemerintahan yang mengandungi dua kerajaan iaitu
kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing – masing dalam perkara
tertentu. Dalam konteks Amerika Syarikat, pembentukan kerajaan persekutuan berkait rapat
dengan kemerdekaan yang diperoleh; melalui Perlembagaan Amerika Syarikat yang digubal pada
tahun 1789, penubuhan sebuah persekutuan direalisasikan dengan ketetapan kerajaan pusat
menguasai perkara – perkara penting seperti dasar luar negara, pertahanan, cukai dan mata wang,
manakala hal – hal tempatan diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri masing – masing
Apa yang pasti sistem pemerintahan berbentuk Persekutuan di Amerika Syarikat mencerminkan
wujudnya pengagihan kuasa antara badan eksekutif, badan perundangan, dan badan kehakiman
serta pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah. Di Amerika Syarikat, gabungan pentadbiran
pusat dan wilayah akan membentuk kerajaan Persekutuan, Amerika Syarikat juga memberi kuasa
autonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal dan pada masa yang sama memberi kuasa
dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat. Setiap peringkat mempunyai autonomi dalam
bidang tertentu. Hal ehwal luar negara dan hal umum di bawah tanggungjawab penuh kerajaan
pusat, manakala hal yang bersifat setempat seperti kerajaan tempatan, perhutanan, dan sungai
merupakan kuasa autonomi kerajaan negeri. Tegasnya, Persekutuan Amerika Syarikat
memperuntukkan kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan.
Berkaitan dengan badan eksekutif di Amerika Syarikat, ianya akan diketuai oleh Presiden yang dipilih
oleh rakyat dalam masa empat tahun melalui pilihan raya. Selepas tamat tempoh perkhidmatannya,
Presiden boleh dilantik bagi penggal kedua selama empat tahun lagi seandainya dapat memenangi
hati rakyat. Seseorang Presiden bertanggungjawab menandatangani undang – undang yang
diluluskan oleh Kongres, malah sebagai ketua eksekutif Presiden juga berhak menolak daripada
menandatangani sesuatu undang – undang. Presiden Amerika Syarikat juga merupakan Ketua Turus
Angkatan Tentera negara berkenaan. Keistimewaan Presiden ialah boleh membatalkan undang –
undang dengan kuasa veto yang ada serta boleh mengawasi Kongres.
Manakala badan Perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres; ahli – ahlinya turut dipilih
melalui pilihan raya, dan peranan utama Kongres ialah menggubal undang – undang. Kongres terdiri
daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Setiap negeri di Amerika Syarikat akan memilih dua ahli
bagi Dewan Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Keistimewaan
Kongres dapat dilihat melalui dua pertiga undi di kedua – dua dewan , ianya akan dapat mengatasi
kuasa veto Presiden. Apa yang pasti pelaksanaan pemerintahan persekutuan di Amerika Syraikat
jelas menggambarkan berlaku ‘check and balance’ di mana suatu kuasa mengawasi kuasa lain.
Dalam bidang kehakiman pula, ianya akan berada di bawah tanggungjawab atau seliaan Mahkamah
Tinggi dan mahkamah – mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang benar – benar bebas atau
telus yang tidak ada campur tangan politik sama ada Presiden mahupun ahli – ahli Kongres. Bukti
kebebasan intitusi ini ialah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden dan ahli – ahli Kongres
seandainya ahli – ahli politik berkenaan melanggar perlembagaan dan bertindak melebihi had yang
ditetapkan termasuk menyalahgunakan kuasa.
Apa yang pasti berdasarkan struktur pemerintahan Persekutuan Amerika Syarikat, negara tersebut
mengamalkan pemerintahan demokrasi. Pilihanraya diadakan bukan sahaja bagi memilih Presiden
malah melibatkan ahli-ahli Kongres. Proses sebegini telah diadakan sejak pada tahun 1796 dan 1800
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
di mana wakil-wakil dari parti Federalis dan Parti Republikan telah bertanding untuk memilih
Presiden. Amalan demokrasi ini membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman
Pelaksanaan sistem persekutuan mencerminkan rakyat mempunyai hak dalam pemerintahan dan
bertanggungjawab menentukan halatuju sesebuah negara, dalam konteks Amerika Syarikat bukan
sahaja mempunyai hak memilih pemimpin malah mempunyai kebebasan bersuara yang tidak boleh
diusik, dan seperkara lagi dengan wujudnya kerajaan Persekutuan telah menjadikan Amerika
Syarikat sebagai sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik
antarabangsa.
8. Huraikan sistem pemerintahan kerajaan kesatuan Perancis pada abad ke-18 Masihi.
Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan
pusat dan mengehadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Di negara Perancis,
kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan
dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat
negeri/wilayah.
Sistem pemerintahan kerajaan kesatuan Perancis memberikan kuasa penuh kepada kerajaan pusat
bagi menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis. Bagi memudahkan pentadbiran maka
kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi
kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau
bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik bila – bila masa oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini
adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat memiliki kedaulatan penuh untuk
menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana
ketetapan pusat.
Pemerintahan berbentuk kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana
negara ini mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk
tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua
hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu
sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan
bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem
feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara
Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada
cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefect yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefect
bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk
menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan. Di setiap department telah ditubuhkan sebuah
majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini
merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.
Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar
(Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal
Council).
Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan
pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera
awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala
keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan
pusat. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada
penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis
tempatan dan sebagainyasemangat nasionalisme di Perancis.
Pemerintahan berbentuk kesatuan diperkenalkan dan diamalkan di Perancis bertujuan untuk
mengukuhkan kekuasaan golongan pemerintah, hal ini terbukti walaupun autonomi diberikan
kepada pentadbir – pentadbir di peringkat wilayah, namun kekuasaan amat terbatas, sebarang dasar
yang ingin dilaksanakan perlu selari dengan peringkat pusat, dan seandainya bercanggah ianya
terbubar dengan sendirinya.
9. Bincangkan bagaimana Otto Von Bismarck menggunakan konsep real politic dalam usaha
menyatukan negara Jerman pada abad ke-19 Masihi.
Tokoh penyatuan Jerman, Otto Von Bismarck dilahirkan pada tahun 1815 dan seawal usia 17 tahun
telah berjaya dalam pengajian undang – undang dan sains politik. Kerjaya dalam perkhidmatan
awam bermula apabila beliau menjawat jawatan penting dalam Jabatan Perkhidmatan Awam
Prussia. Manakala kerjaya dalam bidang politik bermula apabila beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen
Russia pada tahun 1847.Prinsip politik yang dipegangnya yang menjadi asas kepada kejayaan
menyatukan Jerman ialah pendekatan realpolitik iaitu menghalalkan apa jua cara untuk mencapai
matlamat yang diidamkan. Bismarck menggunakakan taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen,
ugutan dan melancarkan peperangan bagi menjayakan rancangannya.
Tindakan awal yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatukan negara Jerman ialah bertindak
dengan menyerang negara - negara tertentu yang sebelum ini menguasai wilayah - wilayah milik
Jerman. Usaha ini dialukan bermula pada tahun 1864 dan mula menampakkan kejayaan pada athun
1870. Langkah ini dimulakan dengan menyerang Denmark, tujuan serangan tersebut untuk
mendapatkan dua buah wilayah iaitu Scheslewig dan Holstein yang merupakan dua buah wilayah
yang produktif dari sudut ekonomi. Tindakan Raja Denmark, Christian IX mendakwa Scheslewig
sebagai wilayah Denmark telah menyebabkan penduduk berbangsa Jerman di sana memohon
bantuan negeri – negeri Jerma suoaya membantu mereka yang dilihat oleh Bisrmarck untuk
menguasainya Menyedari Bismarck berusaha mendapatkan wilayah – wilayah ini, Raja Denmark
menggubal perlembagaan baharu dengan menyatukan kedua – dua wilayah tersebut dengan
Denmark. Kemangkatan Raja Denmark memberikan kesempatan kepada Bismarck untuk
mendapatkan wilayah tersebut dengan bekerjasama dengan Austria. Kerjasama yang dijalankan
telah berjaya menghapuskan kekuasaan Denmark ke atas Holstein dan ianya direalisasikan melalui
Perjanjian Ganstein, dengan persetujuan Holstein diberikan kepada Austria untuk ditadbir,
manakala Prusia pula mendapat hak mentadbbir Scheslewig.
Seterusnya serangan dilakukan ke atas Austria, bertujuan untuk mendapatkan Holstein serta
mendapati Austria akan menjadi penghalang utamanya kepada perluasan kuasa Jerman. Bismarck
mengadakan rundingan sulit dengan negara – negara Eropah lain seperti Perancis dan Britain bagi
menguasai Austria. Bismarck berhubung dengan Rusia kerana yakin Tsar akan membantuknya
memandangkan Jerman pernah membantunya menangani pemberontakan di Poland apatah lagi
hubungan Rusia dengan Austria agak tegang ekoran keengganan Austria membantunya dalam
Perang Crimea. Ketika berurusan dengan Itali pula, Bisrmarck telah berjanji akan membantu negara
tersebut mendapatkan Venetia yang dikuasai oleh Austria.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Bisrmarck mula menggunakan kaedah tipu muslihat dan tekanan dengan melancarkan provokasi,
kononnya rakyat Jerman di Austria dilayan dengan kejam. Ekoran daripada konflik yang semakin
serius, tercetuslah peperangan antara kedua – dua buah kuasa yang dikenali sebagai Perang Tujuh
Minggu yang membawa kepada kekalahan Austria. Melalui Perjanjian Prague, akhirnya Austria
terpaksa tunduk dan menyerahkan negara – negara yang dikuasainya sebekum ini sekaligus
membolehkan Bismarck membentuk gabungan Jerman Utara.
Serangan turut dilakukan ke atas Perancis yang bertujuan mendapatkan wilayah – wilayah di sebelah
selatan sekaligus ingin membentuk Jerman Selatan. Kaedah yang digunakan ialah menyerang
Perancis disebabkan Bismarck menyedari Perancis menggugat kekuasaannya. Bukti ancaman
Perancis ialah menuntut Jerman agar negeri – negeri di sebelah selatan diserahkan kepadanya
disebabkan Perancis pernah membantunya dalam ekspedisi ketenteraan ke Austria. Bagi
melemahkan Perancis agar medapat sokongan negeri – negeri lain di sebelah selatan, Bismarck
mendedahkan ugutan Perancis kepada pemimpin – pemimpin negeri di sebelah selatan.
Implikasinya, negeri – negeri di sebelah selatan bersedia bergabung dengan Bismarck sekaligus telah
berjaya mengalahkan Perancis dan memaksa Perancis menandatangani Perjanjian Frankfurt.
Perjanjian ini juga menjadi lambang keakuran Perancis terhadap kuasa Jerman.
Faktor kejayaan Bismarck menguasai negara seperti Denmark, Austria, dan Perancis disebabkan
kecekapan dan keazamannya untuk menjadikan Jerman sebagai kuasa baharu di Eropah. Malah
kebijaksanaan merencana strategi serta melakukan provokasi tertentu telah menyebabkan Bismarck
mendapat sokongan, termasuk Raja Wilhem yang kemudiaannya telah ditabalkan sebagai Kaiser,
manakala beliau pula diisytiharkan sebagai Canselor atau Perdana Menteri bagi 25 buah negeri yang
bersatu di bawah Kesatuan Jerman.
Kejayaan mendapatkan semula wilayah - wilayah yang dikuasai oleh Denmark, Austria dan Perancis
telah membawa kepada penyatuan seluruh wilayah Jerman, kejayaan ini membolehkan Bismacrk
kini menumpukan perhatian pula kepada pembangunan dalam bidnag politik dan sosioekonomi
Jerman
TEMA 4
1. Bincangkan sebab – sebab konflik yang berlaku antara China dengan kuasa – kuasa Barat
pada abad ke-19 Masihi.
Abad ke-19 menyaksikan kuasa – kuasa Barat hebat melancarkan dasar imperialisme demi
memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka. Antara kuasa Barat yang giat menjalankan aktiviti
ini ialah Britain, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat. Tindakan kuasa – kuasa imperialis ini telah
menyebabkan timbulnya konflik antara kedua – dua pihak, umpamanya di China, berlaku konflik
sehingga mencetuskan ketegangan termasuk mengheret berlakunya peperangan antara China
dengan British yang telah meninggalkan impak yang besar ke atas negara China sendiri.
Antara punca konflik ialahsikap konservatif kerajaan China yang enggan menjalankan hubungan
dagang dengan British, sebaliknya mengamalkan bertindak dasar buka pintu disebabkan
kebimbangan sumber – sumber berharga akan dimonopoli oleh kuasa – kuasa Barat. Hal ini juga
berkait rapat dengan persepsi masyarakat China yang memandang hina profesyen pedagang. China
hanya membuka ruang kepada orang – orang Barat berdagang di Canton melalui eakilnya, Co-hong
( diberikan hak menguruskan perdagangan ). Pedagang perlu mematuhi peraturan – peraturan yang
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
ketat, antaranya tidak membenarkan membawa ahli keluarga, senjata, wanita dan hanya boleh
bergerak dalam satu kumpulan tidak lebih daripada 10 orang. Syarat yang paling ketat dan
menyusahkan mereka ialah dilarang mempelajari bahasa tempatan yang pastinya memberikan
kesukaran kepada British untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan mendapatkan sumber –
sumber berharga seperti teh dan sutera.
Selain itu sikap kerajaan China menganggap diri mereka sebagai Middle Kingdom ( kerajaan yang
suci ) mempunyai tamadun yang tinggi berbanding tamadun Barat menimbulkan konflik ini.
Pedagang – pedagang Barat dianggap sebagai Fan len ( orang gasar ) dan malah ada yang
menganggap orang Barat sebagai Fan Kwae ( hantu asing ). Oleh sebab keadaan sedemikian,
seandainya mana – mana orang Barat ingin menemui Maharaja China, mereka diwajibkan
melakukan kowtow.
Faktor perundangan juga penyumbang konflik ini, bagi orang – orang Barat agak tidak bertamadun.
Hal ini disebabkan prinsip keadilan China ialah seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap
bersalah selagi kebenaran dapat dibuktikan. Hal ini bertentangan dengan prinsip keadilan Barat yang
menggunakan prinsip seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah
sehinggalah dibuktikan dengan jelas. Satu lagi prinsip keadilan yang tidak memuaskan hati orang –
orang Barat ialah sekiranya kesalahan dilakukan oleh seseorang individu, individu berkenaan tidak
dapat dikesan, maka kumpulannya perlu bertanggungjawab. Hukuman yang dilaksanakan
mencerminkan ketidaktamadunan, mana – mana pesalah akan dikenakan hukuman cekik sampai
mati.
Isu agama khususnya penyebaran agama Kristian telah menyebabkan ajaran nenek moyang seperti
Confucianisme, Taoisme, dan Buddha mula terancam, hal ini disebabkan mubaligh Kristian giat
menyebarkan agama tersebut. Antara tindakan mubaligh Kristian ialah menyewa dan membeli tanah
- tanah tempatan bagi didirikan gereja, malah mereka aktif mengkristiankan penduduk tempatan.
Tindakan kuasa – kuasa Barat ini bukan sahaja telah menyebabkan timbulnya sentimen antiBarat,
malah sikap antiKristian juga timbul apatah lagi sikap penduduk tempatan yang meninggalkan agama
dan kepercayaan tradisi begitu bongkak. Kesan daripada tindakan tersebut, beberapa siri
pemberontakan telah berlaku di China seperti Pemberontakan Boxer yang diketuai oleh kumpulan –
kumpulan kongsi gelap.
Pengenalan teknologi Barat telah menimbulkan masalah sosial di China terutamanya masalah
pengangguran. Pengenalan teknologi baharu juga telah menyebabkan penerokaan sumber alam
berlaku dengan berleluasa, yang mengecewakan masyarakat tempatan ialah ianya hanya
menguntungkan orang – orang Barat.
Masalah Candu merupakan isu utama atau menjadi faktor terpenting yang menambahkan lagi
konflik antara Barat dengan China. Kegagalan mendapatkan teh menyebabkan pedagang – pedagang
Barat mencari alternatif bagi menembusi pasaran China. Candu merupakan pilihan yang paling tepat
memandangkan ia dapat dijual dengan harga yang murah malah mampu menarik masyarakat China
tanpa mengira kelas. Ekoran permintaan yang tinggi terhadap candu dan pengaliran mata wang yang
agak tinggi ke negara luar menyebabkan Maharaja China memerintah perniagaan ini dihentikan.
Keengganan British menghentikan penjualan candu menyebabkan pihak berkuasa China mengepung
dan memutuskan hubungan dagang dengan Barat ( British ). Tindakan pemerintah China yang
enggan bertolak ansur tekah menyebabkan British mendesak ganti rugi , namun Maharaja China
masuh enggan, maka sekaligus telah mengundang peperangan pada tahun 1839 – 1842 yang
ditamatkan dengan Perjanjian Nanking
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Konflik yang antara kerajaan China ( Manchu ) dengan kuasa - kuasa Barat mencapai kemuncaknya
pabila tercetusnya dua siri Perang Candu. Namun, peperangan tersebut tidak menghentikan konflik,
hal ini disebabkan perjanjian damai yang dimeterai banyak merugikan kerajaan China sekaligus
mengundang pula kepada Pemberontakan Boxer, meskipun tidak meninggalkan impak yang begitu
besar, namun cukup menggambarkan betapa kehadiran kuasa Barat bukan sahaja tidak disenangi
oleh kerajaan malah rakyat biasa
2. Jelaskan faktor – faktor tercetusnya Perang Candu I ( 1839 – 1842 ).
Perang Candu I dikenali sebagai Perang British – China I merupakan kemuncak konflik antara kuasa
Barat dengan kerajaan Manchu berikutan perbezaan budaya dan dasar antara kedua – dua pihak.
Peperangan yang berlaku pada tahun 1839 – 1842 ini telah dimenangi oleh British yang menandakan
perubahan besar akan berlaku di China mula saat itu, terutamanya apabila termeterai Perjanjian
Nanking antara kedua – dua pihak.
Faktor perdagangan dikatakan antara punca tercetusnya perang antara kedua – dua pihak ini, hal ini
disebabkan konsep dan amalan perdagangan kerajaan China berbeza dengan amalan kuasa – kuasa
Barat. Kerajaan Manchu pada waktu ini mengamalkan sikap antiperdagangan apatah lagi persepsi
masyarakat di China tentang perdagangan yang dianggap kegiatan yang hina di samping China begit
megah dengan kekayaan hasil pertaniannya. Hal ini berbeza dengan dasar kuasa Barat yang
mengamalkan dasar perdagangan bebas yang memerlukan bahan mentah dan pasaran bagi
barangan yang dihasilkannya. Tindakan China melaksanakan dasar tutup pintu menimbulkan rasa
tidak puas hati pihak British. Kelonggaran yang dberikan oleh kerajaan berdagang di Canton tidak
memadai apatah lagi menghadapi pelbagai kesulitan dan halangan peraturan – peraturan yang
diperkenalkan oleh Cohong. Tekanan dan peraturan ini tidak melemahkan pihak British masih
berusaha menjalinkan hubungan walaupun mengetahui ianya akan menemui jalan buntu.
Tindakan kerajaan Manchu yang ego, enggan menjalinkan hubungan dagangan serta menganggap
dirinya sebagai Middle Kingdom menyebabkan utusan – utusan yang dihantar oleh pihak British
menemui kegagalan. Kerajaan China menganggap orang – orang Barat sebagai bangsa tidak
bertamadun, diistilahkan sebgai orang gasar ( fan len ) dan hantu asing ( fan kwae ), setiap utusan
yang menemui maharaja diwajibkan melakukan kowtow sesuatu yang amat bertentangan dengan
budaya orang – orang Barat. Oleh sebab itu utusan Macartney, Amherst dan Napier serta Elliot telah
menemui kegagalan
Isu prinsip dan pelaksanaan perundangan antara Negara China dan Barat yang bertentangan turut
menjadi penyumbang tercetusnya Perang Candu, Peristiwa Lady Hughes telah menyaksikan anak
kapal British telah dijatuhkan hukuman cekik tanpa dibicarakan, diikuti Peristiwan Terranova, anak
kapal berbangsa Itali dikenakan hukuman yang sama disabit dengan kematian anak tempatan.
Akibat daripada dua kejadian ini, pihak British enggan lagi menyerahkan mana – mana individu yang
disabitkan dengan kesalahan di China, sehubungan dengan itu dalam kes pergaduhan antara anak –
anak kapal British dengan warga tempatan, British membuat keputusan menjatuhkan hukuman
berdasarkan undang – undang Barat, namun kerajaan Manchu enggan mengiktiraf menggesa agar
anak – anak kapal diserahkan kepada pihak kerajaan tempatan. Keengganan British berbuat
demikian menyebabkan hubungan kian tegang dan menanti saat untuk tercetusnya peperangan.
Masalah candu merupakan faktor pemangkin kepada perang ini, sikap konservatif China
mengamalkan perdagangan sehala telah menyebabkan pengaliran masuk wang emas dan perak
dengan banyaknya ke China yang pastinya amat menguntungkan China. Bagi mengimbangi
perdagangan dengan China, pedagang-pedagang Inggeris telah membawa masuk candu secara
haram ke China terutamanya dari India dan Turki. Oleh sebab candu menjadi barangan yang diminati
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
oleh orang-orang Cina, nilai candu yang diimport kini telah melebihi nilai segala eksport negara
China. Malah, ramai pengawai China dan rakyat biasa menjadi penagih candu dan ini menyebabkan
keruntuhan sosial. Maharaja China telah melantik Lin Tse Hsu untuk menghapuskan perdagangan
candu, satu titah perintah yang meminta semua orang asing menyerahkan candu kepada kerajaan
China dan menandatangani surat akuan untuk tidak membawa masuk candu lagi ke Negara China.
Keengganan Elliot menandatangani surat akuan tersebut menyebabkan hubungan kian tegang dan
semakin agresif sehingga membawa kepada peperangan apabila kerajaan China enggan membayar
gantu rugi candu yang telah dimusnah serta keengganan Elliot menyerahkan anak kapal British yang
bergaduh dengan warga tempatan kepada kerajaan China
Akibat daripada itu, pertempuran telah meletus pada 3 November 1839 apabila kapten Elliot
menyerang Chuenpi. Setiausaha luar Britain Lord Palmerstone telah menggunakan peristiwa candu
sebagai alasan untuk mengisytiharkan perang ke atas Negara China pada 31 Januari 1840. Kekalahan
China dalam perang ini direalisasikan apabila China dipaksa menerima Perjanjian Nanking, yang
menandakan kelemahan kerajaan Manchu, bukan sahaja terpaksa menamatkan dasar tutup pintu,
malah kini dipaksa membuka lebih banyak pelabuhan, memeterai perjanjian dengan kuasa – kuasa
Barat lain. Tekanan – tekanan yang dihadapi inilah akhirnya menyumbang kepada jatuhnya kerajaan
Manchu melalui revolusi yang diketuai oleh Dr Sun Yat Sen.
3. Sejauhmanakah perasaan antiBarat membawa kepada tercetusnya Pemberontakan Boxer
pada akhir abad ke-18 Masihi.
Pemberontakan Boxer merupakan manifestasi atau tindakan balas masyarakat China ekoran
perluasan kuasa Barat di negara tersebut di samping bertindak terhadap mana – mana individu yang
bersekongkol dengan pihak Barat khusus yang beragama Kristian. Gerakan ini berasal daripada
sebuah kongsi gelap yang dikenali sebagai I Ho Chuan dan bergerak secara sulit di Shantung, Honan,
dan Kiangsu. Orang – orang Barat menamakan gerakan ini dengan istilah Boxer disebabkan anggota
kumpulan ini mengamalkan sejenis tinju Cina dan ilmu sihir dalam perjuangan mereka. Perjuangan
golongan ini bermatlamat menghapuskan orang – orang asing di China dan menyelamatkan kerajaan
China daripada kerakusan orang – orang Barat.
Sememangnya tidak dinafikan kewujudnya sentimen asing atau antiBarat dalam kalangan
masyarakat China merupakan punca utama kebangkitan pemberontakan ini. Kekalahan demi
kekalahan yang dialami dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Candu dan dipaksa
menandatangani perjanjian damai telah menyebabkan orang – orang Barat berlumba – lumba
mendapatkan konsesi di China sekaligus telah mendedahkan kelemahan dan mencemarkan
kedaulatan China. Keistimewaan yang dinikmati oleh orang – orang Barat menyebabkan bukan
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
sahaja golongan tuan tanah dan bangsawan tidak berpuas hati, malah gerakan ini turut mendapat
sokongan padu kalangan sarjana dan pembesar istana termasuk Maharani Dowager yang bertindak
menamatkan hak wilayah asingan yang diberikan kepada kuasa – kuasa asing di China. Maharani
Dowager juga mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai istana memberikan bantuan senjata
kepada pemberontak. Semangat sebeginilah menyebabkan buat kali pertama rakyat dan pihak
istana berganding bahu untuk mengusir orang asing dari negara China.
Situasi ini dikaitkan juga dengan faktor agama turut sama membawa kepada munculnya gerakan ini.
Tindakan mubaligh Kristian yang aktif menyebarkan agama Kristian bukan sahaja mengancam agama
dan tradisi masyarakat, malah telah menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat. Orang –
orang Cina Kristian kian ego, kerap menghina orang Cina bukan Kristian, malah mula memisahkan
diri daripada mengamalkan agama dan kepercayaan tradisional seperti Confucianisme, Buddhisme,
dan Taoisme. Keadaan semakin parah apabila golongan paderi – paderi Barat telah campur tangan
untuk menyelesaikan pergaduhan atau kes – kes di mahkamah yang melibatkan orang Cina yang
bukan beragama Kristian. Tindakan mubaligh Kristian ini dianggap mencampuri urusan hak ehwal
tempatan dan biadap. Golongan paderi juga dituduh mengamalkan ilmu mistik termasuk
melakukan perkara yang ganjil dan tidak berperikemanusiaan seperti mencungkil mata kanak –
kanak atas alasan perubatan. Malah bagi golongan pendokong Boxer, orang – orang Cina perlu
dihapuskan juga kerana mereka ialah pengkhianat bangsa dan mudah diperalatkan oleh orang asing.
Faktor seterusnya yang mencetuskan pemberontakan ini ialah berkaitan dengan masalah ekonomi,
kedatangan orang – orang Barat berserta barangan asing telah mengancam industri tempatan
terancam. Pasaran mula dikuasai oleh orang – orang asing kerana barang buatan Barat lebih murah
dan berkualiti berbanding barangan tempatan. Harga kapas yang dibawa oleh pedagang Barat satu
pertiga lebih murah daripada harga kapas tempatan. Pengusaha – pengusaha tempatan menyokong
golongan pemberontak disebabkan pendapatan mereka amat terjejas malah ada yang terpaksa
menutup premis perniagaan, dan bagi masyarakat bawahan, pengangguran kian meningkat
disebabkan pengenalan jentera dalam pengeluaran barangan. Hal – hal sebeginilah yang
menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat tempatan.
Masalah kewangan yang kritikal juga menyebabkan kebangkitan ini. Bukan sahaja China telah
kehilangan wilayah – wilayah, malah terpaksa menanggung kos peperangan yang tinggi termasuk
membayar gantirugi perang kepada kuasa – kuasa Barat. Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai cukai
yang membebankan diperkenalkan kepada rakyat sekaligus menambahkan beban rakyat yang
menyebabkan rakyat khususnya golongan petani menyokong penuh gerakan ini. Kerajaan Manchu
juga terpaksa meminjam wang dari luar negara dan menggalakkan kemasukan pelabur asing. Impak
daripada situasi ini, aliran modal negara kini dieksploitasi oleh orang asing, begitu juga dengan
pasaran tempatan.
Masalah sosial juga dikatakan punca Kebangkitan Boxer, kejadian kemarau dan banjir besar di China
dianggap suatu sumpahan ke atas mereka berikutan tindak tanduk orang – orang Barat yang
menceroboh negara China; rakus menyediakan projek pembangunan seperti pembinaan jalan
kereta api, pemasangan kabel telegraf, pembinaan kilang – kilang yang dikatakan telah mengganggu
keharmonian dan ketenteraman dewa – dewi mereka, apatah lagi tindakan mubaligh Kristian yang
menyebarkan agama tersebut pastinya menyebabkan roh nenek moyang mereka
terganggu.Kepercayaan sebeginilah yang menebalkan lagi sentimen antiBarat dan antiKristian dalam
kalangan masyarakat China.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Walau bagaimanapun pemberontakan yang mendapat sokongan kerajaan Manchi ini menemui
kegagalan, hal ini disebabkan kelemahan strategi, masyarakat Cina tidak bersatu, belenggu krisis
kewangan dan tekanan yang makin hebat daripada kuasa – kuasa Barat. Kegagalan pemberontakan
telah meninggalkan kesan postif dan negatif, manfaatnya ia telah menganisiatifkan golongan cerdik
pandai merangka program pembaharuan untuk memulihkan kerajaan China terutamanya
menguatkan diri bagi menghadapi ancaman – ancaman kuasa Barat kelak, namun kesan negatif
ternyata lebih besar kerana ianya menjadi titik tolak kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Manchu,
dan kuasa – kuasa Barat semakin rakus menguasai China.
4. Huraikan faktor – faktor penentangan masyarakat tempatan di India terhadap British pada
abad ke-19 Masihi.
Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan
ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan mentah
yang diperlukan kilang-kilang industri mereka. Di India, Syarikat Hindia Timur Inggeris menjalankan
perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan,
perjanjian dan sebagainya. Dasar pengilhakan dengan jayanya melalui tiga zaman yang berbeza-
beza. Zaman Lord William Bentick berlaku pada tahun 1824-1835, zaman Lord Ellenborough tahun
1836-1846 dan zaman Lord Dalhousie berlaku pada tahun 1846-1856. Tindakan British mengilhakkan
kawasan tertentu di India, campur tangan dalam agama dan adat resam tempatan telah
mengundang penentangan penduduk tempatan terhadapnya.
Tindakan SHTI memperkenalkan pembaharuan bagi mengilhakkan kawasan tertentu merupakan
punca kebangkitan masyarakat tempatan di India umpamanya pengenalan Undang – undang Lesap
Waris pada zaman pentadbiran Lord Delhousie bagi membolehkan kuasa Barat berkenaan
menguasai wilayah – wilayah tempatan. Melalui undang – undang ini, sekiranya pemerintah
tempatan tidak memiliki waris, kawasan yang ditadbir akan jatuh ke tangan British. Hal ini telah
menyebabkan kebangkitan pemimpin – pemimpin tempatan seperti Nawab Khan dan Nana Shaheb
di Qudh dan Peshawar. Kawasan – kawasan lain yang dikuasai ialah Punjab, Karnatik, Tanjore,
Jhansi, dan Jaipur. Lord Delhousie juga memperkenalkan konsep Kebaikan Untuk Diperintah, Hak
Menakluk Kuasa Agung dan Penyalahtadbiran Pemerintah Tempatan untuk menguasai wilayah di
India. Tindakan merampas kuasa ini dianggap menjatuhkan maruah pemimpin tempatan dan
mencemarkan kedaulalatan wilayah yang ditadbir.
Faktor lain yang membangkitkan penentangan orang – orang India pengenalan pembaharuan social
yang menyebabkan terhapusnya amalan tradisi masyarakat Hindu di sini. Antaranya ialah
penghapusan amalan sutee ( pembakaran balu ), amalan thugee ( aktiviti rompakan atas nama Dewi
Kali ), dan amalan membunuh bayi perempuan. Lord William Bentick sebaliknya telah bertindak
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula yang telah menyebabkan kemarahan ekstrimis Hindu
disebabkan tindak tanduk kuasa Barat ini mencampuri hal ehwal adat tradisi serta dianggap
penghinaan terhadap amalam mereka sebelum ini.
Seterusnya pengenalan teknologi Barat juga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan
masyarakat tempatan, ianya dianggap mengganggu kebudayaan dan mengancam amalan tradisi
masyarakat tempatan. Pengenalan pengangkutan kereta api walaupun hakikatnya amat bermanfaat,
yang menjadi isu di sini ialah tindakan British yang mengeluarkan arahan gerabak kelas satu dan
kelas dua dikhaskan untuk pegawai – pegawainya dan individu berbangsa Eropah, sedangkan
gerabak kelas tiga baharulah dikhususkan untuk masyarakat tempatan. Permasalahannya, menaiki
gerabak yang sama menyebabkan golongan berbeza kasta berada di tempat yang sama, sesuatu
yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kelas atasan khususnya golongan Brahmin.
Isu bahasa dan pendidikan juga menyebabkan kebangkitan masyarakat tempatan, tindakan British
yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah dan intitusi pengajian tinggi
kurang disenangi, begitu juga arahan hanya bahasa Inggeris sahaja yang dijadikan bahasa rasmi di
mahkamah. Seperkara lagi yang tidak disenangi oleh masyarakat tempatan ialah dasar British yang
akan memberikan jawatan – jawatan penting dalam kerajaan kepada pihak – pihak yang menguasai
bahasa Inggeris. Keadaan bertambah buruk apabila, usaha mengkristianisasikan orang – orang
tempatan giat dijalankan menyebabkan golongan ekstrimis Hindu amat kecewa dan mula menyusun
strategi bagi menentang pentadbiran Barat. Begitu juga dengan orang – orang Islam dan Sikh, kedua
– duanya berusaha mempertahankan agama atau pegangan hidup masing – masing.
Kemuncak kepada penentangan masyarakat tempatan di India ialah tercetusnya Dahagi pada tahun
1867. Pemangkin kepada berlakunya peristiwa ini ialah ketidakpuasan hati sepoi – sepoi terhadap
dasar pihak penjajah British antaranya tindakan British yang menghantar tentera berkasta tinggi
bertugas di luar negara yang akan mencemarkan maruah mereka di samping pengenalan Akta
Pengambilan Tentera Am yang memberikan kuasan kepada pihak British menghantar tentera
tempatan ke seberang laut tanpa bayaran elaun ditambah dengan diskriminasi dalam soal
pembayaran gaji dan perjawatan dalam angkatan tentera. Kemuncak kebangkitan sepoi ini ialaha
apabila British memperkenalkan senapang Riffle Royal Enfield yang memerlukan penggunaan minyak
mengandungi lemak babi dan lembu menyebabkan sepoi – sepoi beragama Hindu dan Islam
mengadakan protes, walaupun senapang dan peluru ditarik balik, sepoi – sepoi tetap enggan
bekerjasama menyebabkan mereka diheret dan dijatuhi hukuman penjaran yang terus mecetuskan
Dahagi India.
Kesimpulannya, ketidakpuasan hati masyarakat tempatan di India berpunca daripada sikap British
yang bertindak mencampuri dan gagal menangani sensitiviti masyarakat tempatan sehingga
tercetusnya pemberontakan di luar jangkaan British. Meskipun Dahagi ini dipatahkan namun
impaknya amat besar, seperti pembubaran SHTI, penghapusan Undang – undang Lesap Waris,
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
penyusunan semula pentadbiran am dan ketenteraa serta menamatkan pemerintahan kerajaan
Mughal di India.
5. Jelaskan program transformasi yang dipraktikkan oleh kerajaan Manchu sebelum
tahun 1900 Masihi.
Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh China dengan kuasa – kuasa Barat telah mendedahkan
kelemahan dan kepincangan kerajaan China, khususnya Dinasti Manchu. Oleh sebab itu, timbul
kesedaran dalam kalangan pemerintah dan rakyat China perlu melakukan transformasi khususnya
membawa teknologi Barat demi kemajuan China. Kesedaran ini juga dikaitkan dengan perlunya
mengubah sikap prejudis terhadap orang – orang Barat; maka China kini bersedia menjalinkan
hubungan dengan Barat bagi mengelak China hancur. Antara program yang diatur ialah Gerakan
Menguatkan Diri dan Gerakan Pembaharuan 100 Hari yang menumpukan perhatian kepada bidang
pendidikan, ekonomi dan sosial serta ketenteraan.
Kesedaran pendidikan akan membawa kemajuan sesebuah negara, bidang ini telah menjadi
keutamaan dalam program transformasi. Melalui Rancangan Menguatkan Diri, Maktab - maktab
Bahasa telah didirikan bagi mengajar bahasa – bahasa Eropah dan ilmu pengetahuan Barat kepada
pegawai – pegawai kerajaan serta berperanan sebagai pusat penterjemahan ilmu pengetahuan
Barat khususnya bidang teknikal khususnya kejuruteraan, sains, astronomi, dan matematik.
Kerajaan China kini bertindak menghantar para pelajar ke luar negara dengan hasrat para pelajar
berkenaan akan bertanggungjawab memodenkan China kelak. Dalam program Gerakan 100 Hari
pula, kerajaan China telah mendirikan Universiti Imperial di Peking, menubuhkan sekolah perubatan
dan Biro Penterjemahan dan Pusat Pengkajian Khas serta mengubah kurikulum peperiksaan awam
di China; hal – hal semasa diutamakan. Malah, sistem peperiksaan awam yang berasaskan pengajian
klasik kini dirombak digantikan dengan isu – isu semasa merangkumi bidang politik, ekonomi dan
sosial
Dalam bidang ekonomi pula, , perubahan perlu dilakukan disebabkan China mengalami kerugian
yang besar akibat peperangan, khususnya terpaksa menanggung kos peperangan dan membayar
ganti rugi kepada pihak lawan. Sehubungan dengan itu, antara perubahan yang dilakukan ialah
dengan menggalakkan kewujudan pelbagai industri dan memajukan sektor pertanian. Projek
ekonomi berasaskan penyeliaan kerajaan dan pengelolaan saudagar dilaksanakan bagi memastikan
kejayaan program yang dirancangkan ini. Melalui projek ini, rakyat digalakkan memulakan industri
tempatan secara kecil – kecilan bagi menjana pendapatan kepada negara.Dalam bidang industri
China berusaha merancang pembinaan kapal, menggalakkan aktiviti perlombongan arang batu dan
bijih besi, dan mendirikan kilang tekstil. Usaha memajukan sektor pertanian dilakukan dengan
matlamat meluaskan kawasan pertanian dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tindakan –
tindakan yang dilakukan begi meningkatkan hasil pertanian ialah menggalakkan para petani
mengusahakan tanah terbiar, galakan membuka tanah – tanah baharu dan menjual tanah dengan
harga yang murah. Bagi memastikan hasil pertanian meningkat, kerajaan merancang menyediakan
kemudahan sistem saliran dan mengurangkan kadar cukai pertanian.
Bidang ketenteraan turut mengalami perubahan berikutan kekalahan yang dialami dalam setiap kali
peperangan. Kerajaan China disaran melakukan reformasi mengikut ketenteraan Barat bagi
mengembalikan maruah China. Ianya melibatkan rancangan seperti pembinaan kilang – kilang
senjata seperti senapang, meriam, peluru, dan kapal perang, menubuhkan maktab tentera laut dan
tentera darat, membina limbungan kapal dengan teknologi Perancis dan penghantaran pegawai ke
luar negara seperti Britain, Jerman dan Perancis di samping menggaji pakar – pakar dari luar negara.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Turut sama tranformasi yang berlaku ialah dalam bidang sosial, antaranya menyediakan
kemudahan infrastruktur khususnya sistem perhubungan dan pengangkutan seperti membina
landasan kereta api dengan kerjasama orang Barat, contohnya jalan yang menghubungkan Shanghai
dengan Tientsin menubuhkan Jabatan Telegraf bagi memastikan kelancaran sistem komunikasi,
dengan perkhidmatan ini disediakan menghubung bandar – bandar utama di China, dan bagi
memastikan kecekapan sistem komunikasi, perkhidmatan pos turut disediakan di seluruh China.
Dalam usaha menjadikan negara – negara Barat sebagai model, kerajaan Manchu terpaksa
mengubah persepsi terhadap kuasa – kuasa Barat. Tsungli Yamen ditubuhkan bagi menguruskan
hubungan diplomatik dengan negara – negara Barat. Kerajaan Manchu juga kini membenarkan
Pejabat Perwakilan Asing ditubuhkan. Mulai tahun 1866, diplomat mula dihantar ke negara – negara
Barat yang membawa kepada pembukaan Pejabat Kedutaan China di sana. Kerajaan Manchu juga
telah melantik dua orang Pesuruhjaya Perdagangan di Nanking dan Tientsin bagi menguruskan
masalah yang dihadapi oleh orang – orang Barat di China. Melalui Gerakan 100 Hari pula, kerajaan
bertindak menghapuskan beberapa jabatan dan jawatan yang membazir seperti Jabatan Perayaan
dan Jabatan Penyembahan Korban ( Ritual ) yang boleh menjimatkan kos pentadbiran.
Kesimpulannya, transformasi yang dilakukan oleh kerajaan Manchu sememangnya bertujuan untuk
memulihkan kembali kerajaan Manchu, malangnya rancangan ini telah menemui kegagalan
disebabkan banyak faktor dalaman di samping tekanan pihak – pihak luar. Kelahiran golongan cerdik
pandai melalui program ini turut memberi impak buruk kepada kerajaan Manchu, umpamanya Dr
Sun Yat Sen telah memimpin golongan revolusioner bagi menggulingkan kerajaan Manchu pada
tahun 1911.
6. Nilaikan punca – punca kegagalan rancangan transformasi yang dipraktikkan oleh kerajaan
Manchu.
Gerakan Pembaharuan atau transformasi yang dilakukan di China bermula pada tahun 1861 dimulai
dengan Gerakan Menguatkan Diri adalah bertujuan untuk memulihkan kembali imej Kerajaan
Manchu yang semakin kerap diasak oleh kuasa – kuasa imperialis. Fokus rancangan transformasi ini
adalah bidang politik, pentadbiran, pendidikan, ketenteraan dan sosioekonomi. Selepas gerakan
transformasi pertama tersebut, timbul pula Gerakan 100 Hari dan Gerakan Pembaharuan dengan
impian dan matlamat yang sama, malangnya semua perancangan telah menemui kegagalan.
Masalah dalaman merupakan antara punca kegagalan rancangan transformasi yang dirancang.
Punca kegagalan Gerakan Menguatkan Diri dan Gerakan Pembaharuan 100 Hari adalah kerana
kurangnya sokongan golongan pemerintah dan pentadbir kerajaan Manchu. Pemerintah,
umpamanya Maharani Dowager bersikap antiasing dan antipemodenan, bimbang gerakan ini akan
mengurangkan kekuasaannya apatah lagi pemerintah ini sering menyalahgunakan harta kerajaan
untuk bermewah – mewah. Pembaharuan Ching pada tahun 1900, walaupun mula mendapat
sokongan pemerintah, namun ianya telah terlambat, Dinasti Manchu berada dalam keadaan nazak,
apatah lagi idea – idea revolusioner termasuk sistem politik moden seperti liberalisme, republik,
demokrasi dan kerajaan berperlembagaan kian mendapat sokongan termasuk dalam kalangan
petani.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Kurangnya sokongan pegawai kerajaan serta gejala rasuah berleluasa turut menjadi penyumbang
kegagalan rancangan transformasi ini. Gerakan Menguatkan Diri diinisiatifkan oleh Putera Kung dan
beberapa orang pembesar di peringkat wilayah seperti Tseng Kuo Fan dan Li Hung Chang, manakala
Gerakan Kang Yu Wei diilhamkan oleh Kang Yu Wei. Apa yang menjadi masalah, segelintir ini
sahajalah yang berusaha mengembalikan maruah China, sedangkan pihak – pihak lain termasuk
pentadbir wilayah kerap bertelagah sesama sendiri. Malah, ada juga golongan sarjana menentang
pemodenan bermodelkan Barat ini kerana berpegang kepada konsep Middle Kingdom, penerimaan
idea Barat dianggap menjatuhkan maruah mereka.
Masalah kewangan yang meruncing juga menjadi kekangan seterusnya kegagalan rancangan ini,
kerajaan Manchu bukan sahaja kerugian kerana terlibat dengan peperangan, malah hasil perjanjian
yang dimeterai, sekali lagi kerajaan Manchu menerima padah, dipaksa membayar ganti rugi
peperangan. Kerajaan Manchu juga terpaksa meminjam wang daripada pihak British bagi
menghadapi Pemberontakan Taiping, menyebabkan hutang yang ditanggung begitu banyak.
Keadaan bertambah parah apabila didapati ada dalam kalangan pegawai kerajaan bertindak
menyalagunakan kuasa, khususnya terlibat dengan gejala rasuah yang menyebabkan rancangan
gagal mencapai cita yang diharapkan. Bencana alam yang kerap berlaku menambahkan lagi beban
kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Manchu
Tekana kuasa – kuasa imperialis turut menjadi kegagalan rancangan ini. Kelemahan kerajaan
Manchu memberikan peluang kepada kuasa – kuasa Barat terus bertapak dan membahagikan
negara China mengikut selera dan kepentingan mereka. Kuasa – kuasa imperialis seperti Britain,
Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat menjadikan China sebagai sasaran mereka untuk
mengeskploitasi segala kekayaan yang ada. Malah, dikatakan kegagalan rancangan ini berpunca
kelemahan dan kurangnya sokongan golongan tentera yang lebih menyebelahi Maharani Dowager
berbanding dengan tokoh – tokoh pembaharuan. Keadaan bertambah parah apabila, negara jiran
China, Jepun turut sama melancarkan dasar imperialisme yang membawa kepada penawanan
kawasan seperti Manchuria yang pastinya menyumbang kepada kegagalan rancangan ini.
Kegagalan pelbagai rancangan transformasi yang dirangka ini merupakan tamparan hebat kepada
kerajaan Manchu, kegagalan menyusun program ini dengan terancang serta sikap konservatif
pemerintah dan pentadbir wilayah antara penyumbang kepada kegagalan rancangan sekaligus
menjadi benih kepada idea – idea revolisioner yang bakal mengambila alih teraja pemerintahan
kerajaan beraja tersebut pada tahun 1911 melalui revolusi besar – besaran.
7. Huraikan faktor-faktor penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Pertama.
Persaingan antara kuasa-kuasa imperialis Barat telah mendorong kepada berlakunya Perang Dunia
Pertama. Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 hingga 1918 adalah berpunca
daripada peperangan yang meletus antara Austria-Hungary dan Serbia. Ia merupakan satu
peperangan menyeluruh yang pertama pernah berlaku dalam sejarah dunia moden. Ia melibatkan
Kuasa-kuasa Tengah (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria, Itali dan Turki) dengan Pakatan Bertiga
(Rusia, Perancis, Britain, dan disertai pula Amerika Syarikat dan Jepun). Peperangan itu tamat
apabila berlaku dahagi ( pemberontakan ) tentera darat dan laut Jerman yang menyebabkan Kaiser
William II terpaksa melarikan diri ke Belanda. Peperangan yang berlaku itu telah membawa banyak
kemusnahan kepada harta benda dan nyawa.
Pembentukan pakatan kuasa besar merupakan antara faktor pembabitan Jerman, Ketua Menteri
Jerman ketika itu Otto Von Bismarck merupakan seorang yang bercita-cita untuk meluaskan lagi
empayar Jerman. Jerman, Austria-Hungary dan Itali telah membentuk Perikatan Bertiga pada tahun
1882 yang bertujuan menyekat kuasa Rusia di Balkan. Pada tahun 1888, Jerman diperintah oleh Raja
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
William II yang mahu memperluaskan dasar imperialisme ke seberang laut. Tindakan ini
menimbulkan kebimbangan Perancis dan Rusia. Kedua-dua negara menubuhkan satu pakatan
ketenteraan yang dinamakan Pakatan Berdua. Britain yang turut merasa bimbang dengan
perkembangan yang berlaku di Jerman telah menyertai Perancis dan Rusia dengan membentuk
Pakatan Bertiga pada tahun 1908. Ketegangan yang wujud antara dua kumpulan ini mendorong
tercetusnya perang.
Pencerobohan Jerman menjadi salah satu sebab Jerman dipersalahkan dalam peletusan Perang
Dunia Pertama. Kerajaan British, Rusia dan Perancis takut kepentingan mereka diancam. Gerakan
“Pan Jermanisme” yang bertujuan menyebarkan kebudayaan dan kuasa Jerman bertembung dengan
gerakan “Pan Slavisme” iaitu gerakan menyatukan semua bangsa Slav di bawah naungan Rusia.
Langkah Jerman untuk menyatukan masyarakat Eropah yang mengamalkan kebudayaan Jerman itu
telah menimbulkan permusuhan antara Jerman – Rusia.
Kekuatan tentera adalah faktor penting dalam proses perluasan kuasa. Raja William II yang
memerintah Jerman mahu supaya angkatan laut Jerman diperkembangkan supaya setanding dengan
angkatan tentera daratnya. Oleh itu, Laksamana von Tirpitz telah memulakan satu kempen untuk
membina satu angkatan laut Jerman yang lebih besar. Pada tahun 1898, Jerman telah membina
sebanyak 14 buah kapal perang Jerman dan 4 buah kapal penjelajah. Pada tahun 1900, kekuatan itu,
bertambah sebanyak dua kali ganda. Pembinaan Angkatan Laut Jerman itu telah melebihi keperluan
pertahanannya.
Pada penghujung abad ke-19 negara-negara Eropah termasuk Jerman bersaing untuk mendapatkan
tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika, dan kepulauan Pasifik. Penguasaan Perancis dan Britain di
Asia serta Afrika juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman. Pada tahun 1890-an, Jerman
memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang
dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati negara
Eropah yang lain yang juga mempunyai niat menguasai tanah jajahan bermotifkan ekonomi.
Jerman berhasrat memperkukuhkan ekonominya untuk muncul menjadi sebuah kuasa yang kuat.
Walaupun Jerman mempunyai kekuatan ekonomi melebihi negara Britain dan Perancis, tetapi
Jerman tidak mempunyai kelebihan dari segi perdagangan dan mempunyai empayar yang besar
seperti Britain. Oleh itu, persaingan antara Jerman dan Britain tidak dapat dielakkan kerana Jerman
memerlukan ruang dan peluang untuk mengembangkan ekonomi dari terus didominasi oleh Britain.
Jerman terlibat dalam Perang Dunia Pertama akibat daripada perlumbaan kuasa-kuasa Barat pada
masa itu untuk menjadi kuasa utama di dunia. Penglibatan Jerman dalam perang itu telah membawa
kemusnahan kepada negara tersebut.
8. Nilaikan impak Perang Dunia I dari sudut politik.
Perang Dunia I melibatkan dua buah kuasa atau dua blok yang masing – masing mempunyai
kepentingan. Kuasa – kuasa berkenaan ialah Kuasa Perikatan yang diketuai oleh Jerman yang
disokong oleh Itali dan Austria-Hungary yang dikenali sebagai Tripple Alliance. Manakala di satu
pihak lagi yang dikenali sebagai Tripple Entente diketuai oleh Rusia dengan disokong oleh Britain dan
Perancis. Peperangan ini berakhir apabila Jerman berjaya dikalahkan dan terpaksa menerima
Perjanjian Versailles yang meninggalkan impak yang besar kepadanya dan negara – negara Eropah
lain.
Akibat peperangan Perang Dunia I, telah berlaku perubahan dalam sistem pemerintahan negara –
negara yang terlibat daripada pemerintahan beraja kepada berbentuk republik. Di Rusia, akibat
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
kekalahan yang dialami, pemerintahan monarki berkuasa mutlak kini berakhir. Pengaruh keluarga
Tzar kian merosot ekoran kekalahan Rusia di tangan Jerman, malah golongan tentera dan kelas
menengah dengan disokong oleh golongan pekerja ( buruh ) dan petani mula memandang rendah
golongan Tzar. Golongan petani dan tentera telah bertindak menyokong Vladimir Lenin yang
berhasrat membentuk kerajaan komunis di Rusia dengan menyertai revolusi yang dijalankan. Hasil
daripada Revolusi Bolshevik, akhirnya telah membawa kepada pembentukan Republik Komunis
Rusia. Tzar Nicholas bukan sahaja terpaksa melepaskan takhta malah baginda dan kaum kerabatnya
telah dibunuh dengan kejam oleh golongan pemberontakan
Keadaan yang sama berlaku terhadap Jerman dan Hungary –Austria, kerajaan monarki Jerman di
bawah pimpinan Kaiser Wilhem II tumbang ekoran kekalahan yang dialami di tangan Kuasa Berikat.
Kekalahan Jerman menyebabkan Kaiser Wilhem II diturunkan takhta dan dilaporkan dibuang negeri
ke Belanda. Kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer telah didirikan dengan
pemimpin Parti Sosialis Demokrat, Frederich Elbert diisytiharkan sebagai pemimpin, namun beliau
tetap menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbir yang sedia ada sehinggalah
munculnya Adolf Hitler yang memerintah Jerman secara mutlak ( kuku besi ) yang berhasrat
menebus maruah Jerman. Begitu juga halnya kerajaan Austria – Hungary kini berpecah, ekoran
jatuhnya Dinasti Habsburg yang merupakan dinasti yang berpengaruh sehingga terpecahnya dua
buah negara baharu.
Perang Dunia I ditamatkan dengan Perjanjian Versailles yang ditandatangani antara Kuasa Berikat
dengan Jerman. Akibatnya, Jerman telah kehilangan wilayah seperti umpamanya Perancis kini
mendapat hak wilayah di Saar, Alsace, Lorraine, manakala Euphen dan Melmedy diserahkan kepada
Belgium. Memel, Lithuania serta Barat Prussia diserahkan kepada Poland. Jerman juga terpaksa
mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland, dan Czechoslovakia. Di samping itu, Jerman telah
kehilangan wilayah kekuasaannya di China dan dikehendaki menyerahkan hak – hak istimewanya
terhadap China, Mesir, Morocco, dan Liberia.
Malah, Perjanjian Versailles juga menetapkan Jerman hanya boleh membina kekuatan tentera
setakat 100 000 orang sahaja, manakala pangkalan tentera lautnya di Heligoland dan Dune
dihapuskan, malah tenteranya juga dihalang berada di Rhine yang terletak berhampiran Perancis.
Jerman juga dilarang membeli senjata seperti meriam dan kereta kebal, hal inilah yang
menyebabkan rakyat Jerman marah dan berasa terhina serta mula memandang rendah
pemerintahan Kaiser Wilhem II keranan perjanjian ini jelas suatu penghinaan kepada kuasa Barat
tersebut.
Kesan seterusnya yang dapat dilihat daripada peristiwa Perang Dunia I ini munculnya negara –
negara baharu yang telah mengubah peta Eropah. Pemberontakan yang timbul selepas kehancuran
Empayar Austria-Hungary yang dicetuskan oleh bangsa – bangsa yang dikuasainya sebelum ini
seperti bangsa Czech, Finn, Pole, dan Slovak telah menyebabkan lahirnya negara – negara seperti
Czechoslovakia, Hungary, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Romania, dan Yugoslavia.
Perang Dunia I juga telah membawa kepada penubuhan Liga Bangsa yang berpusat di Geneva
ekoran ketetapan Perjanjian Versailles. Matlamat penubuhan Liga Bangsa ini ialah memastikan
syarat – syarat Perjanjian Damai Paris dipatuhi, menjaga keamanan dunia, serta mengelak daripada
berlakunya peperangan, dna menyelesaikan apa jua konflik melalui kaedah diplomasi atau
rundingan. Hampir semua negara Eropah menyertai organisasi ini dengan taraf kuasa besar
diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Walau bagaimanapun kejayaan Liga ini hanya
seketika sahaja, ketiadaan kuasa berpengaruh seperti Amerika Syarikat dan Rusia telah
menyebabkan pertubuhan ini agak lemah, terbukti apabila gagal menyekat Jerman menyerang
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Poland, Itali menceroboh Habsyah dan Jepun menyerang Manchuria yang telah mencetuskan Perang
Dunia II sekaligus menggambarkan pertubuhan ini gagal mencapai matlamat yang diharapkan.
Kesimpulannya, Perang Dunia I telah meninggalkan banyak titik hitam dalam lipatan sejarah dunia,
ketidakstabilan politik merupakan impak yang paling buruk, walaupun Jerman ditundukkkan, namun
kebangkitannya semula telah mencetuskan konflik yang lebih besar apatah lagi apabila kuasa ini
membentuk perikatan dengan Itali dan Jepun. Ketidakstabilan politik ini turut memberikan kesan
dari segi sosioekonomi seperti ekonomi merudum dengan inflasi yang meningkat dan angka
kematian yang meningkat di samping kemusnahan harta benda yang tidak ternilai.
9. Perang Dunia II meninggalkan impak yang besar dari sudut politik. Bincangkan.
Perang Dunia II merupakan lanjutan daripada Perang Dunia I, tercetus di Eropah berikutan tindakan
Jerman yang menceroboh negara jirannya Belgium, kemudian merebak ke seluruh Eropah. Manakala
di Asia pula, perang ini bermula ekoran tindakan Jepun yang mengebom pangkalan tentera laut
Amerika Syarikat di Pearl Harbour sebagai tindak balas atas tindakan Amerika Syarikat yang
melancarkan sekatan ekonomi terhadap Jepun. Peperangan ini sebenarnya bermula ekoran
ketidakpuasan hati Jerman terhadap Perjanjian Versailles yang dianggap menjatuhkan maruahnya,
manakala di Asia pula, Jepun yang mengalami pemodenan berusaha meluaskan pengaruh dan
kekuasaannya terhadap negara jiran dengan menjadikan negara – negara jirannya seperti
Manchuria, Korea dan China sebagai sasaran. Peluasan kuasa kedua – dua kuasa besar ini serta
kekalahan yang dialami telah meninggalkan impak yang besar dari sudut politik dan ekonomi.
Dari sudut politik, salah satu impak besar akibat Perang Dunia II ini, ianya telah membawa kepada
munculnya dua kuasa baharu dalam dunia politik antarabangsa iaitu Amerika Syarikat dan Russia
yang mula berusaha mendominasi politik dan ekonomi dunia. Kehilangan kuasa Jerman dan Jepun
membolehkan Amerika Syarikat dan Soviet Union mengambil alih kedudukan kuasa utama, masing –
masing kini bersaing untuk menyebarkan ideologi yang dianuti; Amerika Syarikat dengan ideologi
demokrasinya manakala Soviet Union pula berusaha menyebarkan fahaman komunisme. Tindakan
kedua – dua kuasa ini melebarkan pengaruh amat ketara sehingga membawa kepada kewujudan
dua blok iaitu Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh
Russia yang jelas mempunyai perbezaan dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial; persaingan
sebeginilah yang mencetuskan Perang Dingin.
Akibat Perang Dingin yang berlaku ini, dunia terbahagi kepada dua blok iaitu Blok Kapitalis dan Blok
Komunis, persaingan yang makin hebat menyebabkan terbentuknya pakatan tentera – pakatan
tentera bagi memastikan keselamatan dan menjaga pengaruh masing – masing, susulan penubuhan
NATO, Blok Komunis bertindak membentuk pakatan yang dikenalis ebagai WARSAW. Hal ini
menyebabkan timbul pula persaingan dan perlumbaan senjata antara kedua – dua kuasa termasuk
penciptaan senjata nuklear dan perlumbaan angkasa lepas untuk tujuan pengintipan kekuatan dan
kelemahan masing – masing
Kesan politik lain akibat Perang Dunia II ini ialah perpecahan negara Jerman, negara tersebut kini
dibahagikan kepada empat zon di bawah seliaan Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Rusia.
Melalui Perjanjian Potsdam, keeempat – empat kuasa besar tersebut bersepakat melaksanakan
sistem ekonomi yang seragam di zon masing – masing, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
bersekutu membangunkan Jerman di sebelah Barat, manakala di sebelah Timur Jerman, Rusia
mengambil tanggungjawab ini secara bersendirian dengan menggunakan sistem ekonomi komunis.
Tindakan Rusia nenutup jalan darat dengan membina Tembok Berlin telah menyebabkan penduduk
Jerman Barat menghadapi masalah kekurangan makanan. Pemisahan yang disempadani Tembok
Besar Berlin ini direalisasikan pada tahun 1949, apabila masing – masing mengisytiharkan kerajaan
berasingan di sebelah timur terbentuk Republik Persekutuan Jerman yang beribukotakan Bonn
dengan berideologikan fahaman komunis manakala di sebelah barat, Republik Demokratik Jerman
dibentuk dengan menjadikan Berlin sebagai ibu kota dengan menjadikan fahaman demokrasi dan
kapitalis sebagai ideology politik dan ekonominya.
Perang Dunia II juga menyaksikan sempadan negara Eropah mengalami perubahan, kuasa besar
Rusia telah berjaya melebarkan sempadannya dengan menguasai negara – negara Baltik dan
bertindak meluaskan sempadan wilayahnya hingga ke wilayah Jerman, Findland, Poland,
Czechoslovakia, dan Romania. Perancis pula telah berjaya menguasai wilayah Saar yang kaya dengan
longgokan arang batu sebagai ganti rugi tindakan Jerman memusnahkan negara Perancis dalam
tempoh peperangan, sementara Poland mendapat wilayah perindustrian Silesia. Ringkasnya,
wilayah atau daerah negara Jerman kian mengecil, kehialngan ¼ daripada wilayahnya yang telah
dibahagi – bahagikan oleh Kuasa Berikat sesama mereka.
Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu ( UN ) telah ditubuhkan selepas berakhirnya Perang Dunia II ini,
tujuan penubuhan ini badan ini ialah bagi menggantikan peranan dan tanggunggungjawab Liga
Bangsa sebelum ini dalam usaha memastikan keamanan dunia dan berusaha menyelesaikan
sebarng konflik dengan perdamaian. UN ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1945 dengan beribu
pejabat di New York meletakkan matlamat mengekalkan keamanan dunia menjadi teras utama,
diikuti menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang dan memberikan bantuan
kemanusiaan dalam kalangan negara – negara anggota. Melalui UN ini, Majlis Keselamatan
Antarabangsa telah ditubuhkan dengan mempunyai anggota tetap iaitu Amerika Syarikat, Rusia,
Perancis, Britain dan China.
Perang Dunia II juga menandakan runtuh dan berakhirnya empayar imperialisme Barat. Pejuang
nasionalis tempatan mendapat inspirasi untuk menentang kuasa imperialis selepas Pertang Dunia
Kedua. Kuasa – kuasa imperialis seperti British dan Perancis mengalami kemerosotan di seluruh
dunia selepas Perang Dunia Kedua. Status dan imej kuasa imperialis Barat jatuh apabila mereka
dikalahkan oleh Jepun dalam Perang Dunia Kedua. British yang merupakan kuasa imperialis yang
paling besar sebelum perang telah memberi kemerdekaan kepada kebanyakan tanah jajahannya.
Begitu juga dengan Perancis yang merupakan kuasa imperialis kedua terbesar terpaksa melepaskan
tanah jajahannya di Asia Tenggara dan Afrika. Amerika Syarikat pula melepaskan Filipina pada
tahun 1946, manakala Belanda melepaskan Indonesia pada tahun 1949. Apa yang pasti dekolonisasi
ini berlaku bukan sahaja disebabkan selari dengan Piagam Atlantik yang diluluskan, malah berkait
rapat dengan imej dan moral kuasa Barat mulai merosot apatah lagi terpaksa menanggung beban
kewangan yang begitu tinggi akibat kemusnahan harta benda dan sumber ekonomi berharga.
Kesimpulannya, Perang Dunia II telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam perkembangan
politik dunia, kemunculan Amerika Syarikat dan Rusia atau dikenali juga dengan Soviet Union kini
menjadi igauan kepada negara – negara kecil, hal ini disebabkan dengan kekuatan politik dan
ekonomi yang ada dua buah kuasa tersebut masing – masing cuba melebarkan pengaruh yang telah
mencetuskan konflik baharu yang dikenali sebagai Perang Dingin.
10. Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu dalam usaha mewujudkan
keamanan dunia.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu ( PBB ) ditubuhkan secara rasminya pada 24 Oktober 1945 bagi
menggantikan Liga Bangsa yang gagal berperanan menghalang kebangkitan kuasa – kuasa besar
mencetuskan Perang Dunia Kedua. Matlamat utama penubuhan badan ini ialah untuk menjamin
dan mengekalkan keamanan dunia serta menghentikan sebarang bentuk pencerobohan di samping
merangka program untuk membangun sosioekonomis sesebuah negara yang boleh mewujudkan
kesejahteraan masyarakat .
Tidak dinafikan antara tujuan dan peranan penting penubuhan PBB sebagaimana yang digariskan
dalam piagamnya, matlamat utama organisasi ini ialah keamanan, sehubungan dengan itu, Majlis
Keselamatan telah dibentuk dan bertanggungjawab secara langsung dalam hal – hal yang berkaitan
keamanan dan keselamatan dunia. Mengikut piagam PBB, dalam menyelesaikan sebarang
pertelingkahan, Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh lima buah kuasa besar sebagai anggota
tetap boleh bertindak meminta semua negara anggota memutuskan hubungan diplomatic,
komunikasi dan ekonomi dengan negara yang enggan mematuhi Piagam PBB, dan meminta semua
negara anggota PBB mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara berkenaan sama ada melalui
sekatan darat, laut, dan udara.
PBB juga bertanggungjawab menghentikan pencerobohan pihak – pihak yang tidak
bertanggungjawab terhadap negara lain yang telah membawa kehilangan nyawa dan kemusnahan
harta benda. Sehubungan dengan itu, melalui Majlis Keselamatan jua, pasukan pengaman PBB yang
dianggotai oleh negara – negara dihantar ke negara yang terlibat dengan pergolakan politik,
umpamnya ke Mogadishu, Bosnia, Congo, Afghanistan dan sebagainya. Harus diingat penghantaran
tentera ini adalah bermisikan keamanan bukannya bertujuan untuk menyerang balas sehingga
mencetuskan konflik yang akan bertambah merebak. Antara kejayaan yang dicapai dalam misi ini
ialah berjaya mengundurkan tentera Soviet Union dari utara Iran dan menyelesaikan krisis Terusan
Suez.
Peranan lain PBB bagi mewujudkan keamanan dunia dapat dilihat dengan usaha – usaha
menghapuskan dasar yang boleh menghuru harakan dan menganiaya pihak lain. Dalam konteks ini,
tindakan kerajaan atau Regim Pretoria yang melaksanakan Dasar Apartheid telah dikutuk. PBB telah
menyarankan semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
selagi dasar ini dijalankan. Pada tahun 1948, PBB telah menggubal Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat
bagi memastikan kebebasan dan hak manusia dihormati dan dipelihara. 1966., Majlis Perhimpunan
PBB telah meluluskan dua perjanjian berkaitan hak asasi sejagat iaitu Perjanjian Antarabangsa
tentang Hak Awam dan Politik serta Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan
Kebudayaan.
Dalam usaha mewujudkan keamanan dunia, PPB juga merangka program pembangunan
sosiekonomi yang diharapkan dapat membantu ke arah pembentukan kesejahteraan masyarakat
sejagat. Program – program pembangunan ini dijalankan melalui agensi – agensinya seperti Bank
Dunia dan International Monetary Fund ( IMF ) berperanan menyusun semula pembangunan negara
– negara anggota serta memberikan bantuan modal dna teknikal. Selain itu, PBB juga menghulurkan
bantuan kepada mangsa – mangsa peperangan seperti FAO ( Pertubuhan Makanan dan Pertanian ),
UNICEF ( Tabung Kanak – kanak PBB ), dan WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia ).
Bagi memastikan keamanan dunia juga, PBB bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal
perkembangan persenjataan moden yang boleh mengancam keselamatan dunia. PBB berhasrat
menyekat penggunaan senjata berbahaya seperti senjata nuklear dan senjata kimia. Antara tindakan
PBB dalam isu ini ialah mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat supaya mengundurkan
peluru berpandu dalam krisis di Cuba, mengesyorkan gencatan senjata antara pihak yang bertelagah,
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
dan mengenakan sekatan ekonomi dan menghentikan bantuan kewangan terhadap Pakistan yang
menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan India - Pakistan
Selain itu, bagi memastikan segala pertelingkahan dapat diselesaikan, PBB mengggunakan
Mahkamah Antarabangsa bagi menyelesaikan sebarang konflik yang timbul, umpamanya kes
perebutan pulau, hal ini perlu ditangani dengan sebai – baiknya bagi mengelak timbul suasana di luar
jangka, PBB telah memainkan peranan dalam isu tuntutan Kepulauan Spratly oleh China, Taiwan,
Filipina, Brunei dan Malaysia bagitu juga dengan isu Pulau Batu Putih yang telah diselesaikan oleh
Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda.
11. Pengaruh United Kingdom dalam Pertubuhan Negara – negara Komanwel agak ketara.
Jelaskan.
Pertubuhan Negara – negara Komanwel merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang melibatkan
negara – negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali
Mozambique dan Rwanda. Amnya, penubuhan persatuan ini berlaku apabila selepas negara -
negara jajahan British mencapai kemerdekaan, dengan matlamat menyatukan negara-negara bekas
jajahan British, ianya dibentuk pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Prinsip asas KOmanwel
antaranya ialah menekankan kebebasan individu, menghapuskan dominasi penjajah, membasmi
kemiskinan, menghapuskan prasangka perkauman, mewujudkan keadilan dan mementingkan
keamanan dan kestabilan antarabangsa. Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah negara
merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Hal ini menggambarkan betapa
kuatnya pengaruh United Kingdom dalam pertubuhan ini.
Bukti United Kingdom begitu berpengaruh dalam Pertubuhan Negara – negara Komanwel ialah
negara ini boleh dianggap sebagai ‘pengasas’ dan ‘ketua’ Komanwel. Sebagai pengasas pertubuhan
antarabangsa ini, United Kingdom berhasrat membimbing negara – negara dinaungi yang baharu
dimerdekakan agar sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan dijadikan model dan
berjalan dengan lancar, di samping terselit hasrat United Kingdom untuk menjaga kepentingan
ekonomi dan pengaruh di kawasan bekas naungan dan jajahannya itu. Kekayaan negara bekas
jajahannya menyebabkan United Kingdom mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral
dan penetapan harga barang – barang utama dilakukan olehnya. Contoh lain yang menggambarkan
pengaruh United Kingdom ialah, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu disokong dengan
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
harapan kepentingan ekonomi tidak ambil alih dan terjejas, di samping kesediaan membantu Tanah
Melayu tatkala diancam oleh musuh umpamanya ancaman komunis sehingga mencetuskan Darurat.
Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British serta kebijaksanaan
United Kingdom mengekalkan legasi monarkinya dalam pertubuhan ini. 16 buah negara anggota
Komanwel memilih untuk mengakui Queen sebagai ketua negara dan simbol perpaduan dan ketua
Komanwel, antara negara tersebut ialah Australia, New Zealand, Kanada, Bahamas, Barbados,
Jamaica, Grenada, dan Mautitius. Sebagai ketua negara, Queen memiliki kuasa tertentu dalam
perlembagaan negara – negara berkaitan, menjalankan tanggungjawab formal seperti merasmikan
penggal parlimen, pun begitu baginda tidak memiliki kuasa politik.
Seterusnya pengaruh United Kingdom dalam pertubuhan ini jelas begitu ketara apabila Berjaya
memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950.
Rancangan yang berslogankan ‘Merancang untuk Kemakmuran Bersama” dilancarkan untuk
membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara - negara Asia dan Pasifik. Melalui
rancangan ini, negara – negara maju akan membantu negara – negara miskin dari segi bantuan
kewangan, teknikal dan pendidikan. Beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka
dan Tanah Melayu menikmati faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan dan pembinaan
infrstruktur seperti jalanraya, keretapi dan sistem pengairan.
United Kingdom juga mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950, iaitu
Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel. Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu negara
- negara anggota (sedang membangun) menyediakan sistem pelajaran yang sempurna.
Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah badan penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran
yang dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang pelajaran. Universiti di negara - negara
Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui Persatuan Univesiti Komanwel ( The association of
Commonwealth Univesities) yang dianggotai oleh lebih 200 buah universiti. Tujuan penubuhan
persatuan ini adalah untuk membantu university yang baharu ditubuhkan dari segi tenaga pengajar,
kelengkapan penyeldikan dan lain-lain keperluan yang berkaitan dengan pendidikan.
Satu lagi pengaruh United Kingdom dalam pertubuhan ini ialah dalam soal atau isu Apartheid yang
diamalkan di Afrika Selatan. Majoriti negara - negara anggota Komanwel mahukan dasar ini
dihapuskan, namun Britain atau United Kingdom bertindak tidak sehaluan dengan negara anggota
yang lain. Tindakan yang dilakukan oleh Britain adalah kerana kepentingannya sendiri. Umpamanya,
dalam satu perjanjian (1955) antara Britain dengan Afrika Selatan, Britain setuju menjual senjata
kepada Pretoria. Keadaan ini mengundang kekejaman yang berterusan terhadap penduduk kulit
hitam di Afrika Selatan sehingga ada negara - negara yang mengancam akan keluar Komanwel jika
Britain berterusan menyokong rejim Pretoria. Walau bagaimanapun isu ini hanya tinggal sejarah
setelah dasar ini dihapuskan pada tahun 1991 dan kerajaan di bawah pimpnan Nelson Mandela
dibentuk untuk memerintah Afrika Selatan pada tahun 1994.
Kesimpulannya, apa yang pasti walaupun pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang berbentuk
sukarela namun cengkaman United Kingdom amat kukuh pada awal penubuhannya, malah tidak
keterlaluan dikatakan penubuhan Pertubuhan Komanwel ini mempunyai kaitan dengan hasrat
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Britain untuk memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model Barat.
Struktur politik, social, birokrasi, dan sistem ekonomi yang sudah sebati dan menjadi tradisi kepada
negara Komanwel menyebabkan negara – negara ini lebih cenderung mengekalkan hubungan baik
dengan United Kingdom.
12. Penubuhan NATO mempunyai kepentingan dari sudut keselamatan dan ketenteraan.
Bincangkan
NATO merujuk kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan ditubuhkan pada 4 April 1949. Ia
merupakan sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama
antara negara anggota. Awal penubuhannya, ia disertai oleh 12 buah negara dan mempunyai
organisasi yang tetap dan ibu pejabat yang tetap di Brussels.
Antara tujuan penubuhan NATO ialah berusaha menghalang kebangkitan semula Jerman di Eropah
yang boleh menjejaskan keamanan dunia. Negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis
bimbang terhadap kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua. Britain dan Perancis
menegaskan bahawa perang dunia yang berlaku dan bermula di Eropah berpunca daripada cita-cita
Jerman mahu menguasai benua Eropah. Oleh itu, bagi menghadapi kemaraan Jerman, beberapa
pertubuhan telah dibentuk, antaranya Perjanjian Dunkirk yang membabitkan Perancis dan Britain
pada 1947 dan Perjanjian Brussels pada 1948 yang membabitkan Perancis, Belgium, Belanda dan
Luxemburg dimeterai bagi menyekat kemaraan Jerman. Penubuhan dua pertubuhan awal ini
merupakan bibit-bibit awal ke arah penubuhan sebuah pakatan tentera yang lebih luas
membabitkan Amerika Syarikat. Oleh hal demikian, ia menjadi tarikan utama kepada negara -
negara Eropah menyertai NATO dengan harapan ianya akan menjadi sebagai sebuah institusi atau
pakatan ketenteraan yang mampu mempertahankan kedaulatan ahli-ahli lain jika ada ancaman
musuh.
Bagi memastikan sesuatu pakatan bersifat ketenteraan lebih berkesan, Britain berpendapat kuasa
besar seperti Amerika Syarikat perlu dilibatkan dalam sesuatu pertubuhan. Oleh sebab itu, Britain
begitu bersungguh – sungguh menyusun strategi agar pakatan antarabangsa ini turut sama disertai
oleh Amerika Syarikat. Britain juga percaya bahawa penglibatan Amerika Syarikat penting bagi
memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat, andaian Britain ketiadaan Amerika
Syarikat akan menyebabkan nasib sebagaimana Liga Bangsa akan berulang. Kesungguhan Britain
jelas apabila kedua – duanya mewujudkan kerjasama yang semakin erat sehingga terjalinnya
pelbagai kerjasama seperti perundingan diplomatik, kerjasama dalam bidang ketenteraan dan
kerjasama dalam bidang perisikan (FBI, CIA dan SIS) terutamanya sewaktu Perang Dingin apatah lagi
Amerika Syarikat juga kini melihat Soviet Union sebagai ancaman politiknya di arena politik
antrabangsa.
Penubuhan NATO juga dikaitkan dengan hasrat mengekang perluasan ideologi komunis dan
ketenteraan Rusia di Eropah. Hal ini penting disebabkan setelah tamatnya Perang Dunia Kedua,
keadaan Eropah terlibat dengan pola pertentangan ideologi iaitu komunis yang didokong oleh Rusia
dan Amerika Syarikat sebagai agen demokrasi. Ancaman kepada rantau Eropah Barat menjadi lebih
ketara dengan perluasan pengaruh Komunis yang mengakibatkan pembahagian Eropah kepada dua
blok iaitu Eropah Barat yang berpihak kepada Amerika Syarikat dan blok Eropah Timur perpaksikan
ideologi komunis. Situasi ini membimbangkan negara Eropah Barat ditambah pula negara-negara
Eropah Timur yang prokomunis telah menambah kekuatan ketenteraan bagi menandingi negara
jiran mereka di Eropah Barat. Oleh itu, negara Eropah Barat mula menyedari bahawa sebuah
pakatan perlu diwujudkan untuk mengatasi ancaman yang mungkin timbul dan menyekat perluasan
ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Penubuhan NATO membolehkan pakatan ini membantu PBB menjaga keselamatan
antarabangsa. Dalam menjaga keselamatan di rantau Eropah, negara-negara di Eropah Barat tidak
mahu bergantung sepenuhnya kepada PBB. Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum ini telah
menjadikan Eropah Barat begitu bimbang dengan keupayaan PBB menangani isu-isu keselamatan
dunia amnya dan Eropah khususnya. Semasa awal penubuhan PBB, negara Eropah berharap agar
PBB akan berfungsi sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan kemanan antarabangsa, walau
bagaimanapun harapan tersebut tidak tercapai kerana kuasa-kuasa besar dalam Majlis Keselamatan
PBB hanya akan dapat mengekalkan kemanan apabila pihak Rusia dan Amerika Syarikat bersetuju
untuk berkerjasama. Oleh itu, penubuhan NATO dianggap alternatif kepada PBB yang dilihat tidak
berupaya memainkan peranan sebagai satu pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan
sebarang konflik secara berkesan. Ini kerana PBB tidak memiliki sebuah pasukan tentera tersendiri.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa sememangnya NATO merupakan pertubuhan yang direka
khas untuk menahan kemaraan komunis di rantau Eropah semasa Perag Dingin. Walau
bagaimanapun, fokus NATO berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dalam hal ini, peranan
Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap Amerika Syarikat
adalah NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat. Kemampuan NATO untuk hidup amat bergantung
kepada komitmen yang ditunjukkan oleh negara-negara yang menganggotainya.
TEMA 3
1. Huraikan konsep ekonomi feudalisme, dan pelaksanaan sistem ekonomi ini di China pada
abad ke-16 Masihi.
Ekonomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan
pengeluaran atau pengedaran sesuatu barangan ekonomi. Sistem ekonomi terbahagi kepada dua,
bersifat tradisional yang terdiri daripada ekonomi sara diri, pertanian, dan perdagangan dan sistem
ekonomi moden yang merangkumi sistem feudalisme, kapitalisme, merkatilisme, dan perdagangan
bebas.
Sistem ekonomi feudalisme wjud selari dengan era feudalisme, di Eropah apabila Eropah Barat jatuh
ke tangan puak – puak gasar, kegiatan ekonomi amat terbatas, hanya di kawasan manor masing –
masing dengan menjalankan aktiviti memenuhi kehidupan sendiri. Di China, sistem ekonomi
feudalisme digambarkan dengan tanah – tanah yang dimiliki oleh golongan maharaja dan
bangsawan diusahakan oleh golongan petani untuk kegunaan sara diri semata – mata. Kegiatan
ekonomi yang dijalan lebih tertumpu kepada pertanian dengan menggunakan peralatan tradisional.
Di China, sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan memperlihatkan kawalan ketat daripada
maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang datang ke China. Bagi memastikan
penguasaan terhadap sumber – sumber ekonomi, maharaja akan dibantu oleh golongan yang
dilantik memegang jawatan tertentu, kebiasaan golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
luar bandar termasuk mengadakan aktiviti ekonomi secara terkawal. Peranan maharaja yang paling
ketara dalam ekonomi feudalisme ini ialah menganugerahkan tanah kepada golongan petani, dan
sebagai balasan petani dkehendaki membayar cukai dalam kadar tertentu kepada kerajaan.
Aktiviti utama dalam kegiatan ekonomi feudalisme ialah pertanian, kesuburan di kawasan Lembah
Sungai Kuning dan Sungai Hwang Ho, membolehkan golongan petani mengusahakan tanaman padi
sawah sebagai tanaman makanan utama. Selain itu, petani juga menjalankan aktiviti penanaman
gandum, millet, barli, dan oat. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan tanah tinggi, golongan
petani mengusahakan tanaman padi huma, sekoi, dan kekacang. Pada peringkat awal, para petani
hanya menggunakan peralatan yang simple termasuk menggunakan tenaga manusia dan binatang
bagi menjalankan aktiviti pengeluaran, menyebabkan hasil yang diperoleh sekadar untuk memenuhi
keperluan sendiri sahaja.
Namun begitu, perubahan mula berlaku pada zaman Dinasti Ming, apabila berlakunya pembaharuan
dalam aktiviti pertanian khususnya peningkatan teknologi, umpamanya pengenalan tanaman giliran
bagi memastikan kesuburan tanah, menyediakan sistem saliran dan banteng, penggunaan alatan
yang mampu meningkatkan pengeluaran dan lebih ekonomik seperti tenggala, penabur benih selain
cangkul, penyisir, dan sabit. Malah untuk meningkatkan pengeluaran, para petani telah
menggunakan benih padi diimport daripada Vietnam yang boleh mengeluarkan hasil dua kali
setahun. Impak daripada peningkatan teknologi ini, pengeluaran sektor pertanian telah meningkat
serta dapat memenuhi keperluan makanan penduduk China.
Abad ke-16 juga menyaksikan kemunculan dan perkembangan bandar tertentu berikutan adanya
industri berasaskan kraftangan seperti tembikar, sutera, dan tekstil. Kiangsi umpamanya telah
muncul sebagai pusat pengeluaran tembikar utama, Soochow pila terkenal dengan industri tekstil,
manakala Sungkiang berperanan sebagai pusat pengeluaran kain kapas. Keupayaan mengeluarkan
barangan industri tangan dan tenunan yang berkualiti telah menyumbang kepada kemajuan sektor
pertanian, tanaman mulberi dan kapas telah dipergiatkan sekaligus membawa kepada
pembangunan negara China.
Walaupun aktiviti perdagangan bukanlah kegiatan yang popular dalam kalangan masyarakat di
China, namun pada abad ke-16, berikutan keterbukaan dasar Maharaja China, para pedagang di
China mula merentasi sempadan antarabangsa bagi menjalankan aktiviti penerokaan dan
perdagangan. Barangan dagangan China seperti teh dan tembikar serta sutera mendapat
permintaan tinggi, malah pelabuhan Canton kini menjadi tumpuan para pedagang asing yang dating
daripada Portugal, Sepanyol, dan Belanda. Namun begitu, kerajaan Ming mengarahkan aktiviti
perdagangan dengan Portugal perlu dipantau dari semasa ke semasa dan dihadkan di Macau sahaja,
apa yang penting ialah membolehkan China mendapatkan perak daripada kuasa Barat tersebut.
Kesimpulannya, ekonomi feudalisme yang dipraktikkan di China agak berbeza dengan era feudalisme
di Eropah, hal ini disebabkan di Eropah kegiatan ekonomi lebih tertumpu dalam negara sahaja,
sedangkan di China, akibat revolusi pertanian yang berlaku di China, kegiatan pertanian telah
berkembang dan menjadi penyumbang kepada aktiviti lain, malah yang menariknya perdagangan
yang selama ini tidak begitu popular kini mula mendapat perhatian pihak kerajaan terutama Dinasti
Ming apabila maharajanya menggalakkan aktiviti pelayaran dan perdagangan jarak jauh.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
2. Jelaskan faktor – faktor perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18 dan
abad ke-19 Masihi.
Kapitalisme berasal daripada perkataan capital yang bermaksud moda, dalam konteks perkembanga
ekonomi, kapitalisme merujuk kepada sistem ekonomi dan sosial yang mementingkan pengumpulan
kekayaan dengan bermatlamatkan keuntungan. Salah satu faktor yang mencetuskan kapitalisme
ialah ledakan Revolusi Perindustrian yang telah banyak membawa anjakan atau perubahan dalam
sesebuah negara. Di Amerika Syarikat, perkembangan ekonomi mula berlaku apabila ekonominya
beralih daripada pertanian kepada sektor perindustrian pada awal abad ke-17 dan mencapai
kemuncaknya pada abad ke-18 dan abad ke-19
Antara faktor yang menyumbang perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat
ialah kekayaan sumber asli khususnya arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913,
Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada
pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan oleh Pennsylvania. Kekayaan sumber asli
merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat. Sumber –
sumber berharga ini dimanfaatkan bagi memajukan sektor perindustrian khususnya industri berat.
Selain itu, Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang
ramai merangsang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai.
Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk basil keluaran negara.
Bekalan tenaga buruh ini juga diperoleh daripada negara – negara jiran dengan kos yang agak
rendah yang meminimumkan kos pihak pemodal atau pemodal, contohnya negara yang
menyumbang bekalan tenaga kerja ialah daripada negara Mexico, Jamaica, Kanada dan lain – lain.
Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan
tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan kedatangan
buruh ke Amerika Syarikat. Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China
yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.
Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baru muncul di Amerika Syarikat
oleh pencipta-pencipta terkenal di Amerika Syarikat. Antara pencipta terkenal dan hasil ciptaan
mereka adalah seperti Samuel F. B. Morse (telegraf), Graham Bell (telefon), Thomas Alva Edison
(elektrik), Henry Ford (kereta) dan Wilbur dan Orville Wright (kapal terbang). Pada tahun 1900,
syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu, muncul
kaedah baru untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.
Di samping itu muncul teknik pemasaran baru iaitu barangan dihantar melalui pos yang diuruskan
oleh syarikat penghantaran mempercepatkan lagi perkembangan ekonomi kapitalisme di sini dan
memberikan impak yang positif kepada pihak pengusaha, antara syarikat penghantaran yang
terkenal ialah Roebuck and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.
Sistem ini boleh dimajukan kerana kemajuan dalam sistem pos dan kemudahan jalan kereta api.
Perkembangan ini menyebabkan barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh
penduduk di bandar dan luar bandar.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Selain itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar dan terkenal di Amerika Syarikat yang
menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan seperti Macy (New York), Filene (Boston),
Marshall Field (Chicago) dan Wannamaker (Philadelphia). Dalam pada itu muncul sistem
pengiklanan untuk mempromosikan barangan yang dihasilkan oleh industri. Agensi pengiklanan yang
terawal yang terawal ditubuhkan oleh Francis Wayland Oyer. Ekspo perdagangan juga diadakan
untuk memasarkan barangan yang dihasilkan oleh kilang. Sebagai contoh Ekspo Antarabangsa
Columbia yang diadakan di Chicago pada tahun 1893 menarik 27 juta pengunjung. Dalam ekspo
perdagangan tersebut banyak barangan baru telah diperkenalkan kepada pengguna.
Pengenalan kapal wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun
1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai
Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap. Selain itu,
pembinaan terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan
jalan raya. Antara terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York.
Terusan ini dibina pada tahun 1825 yang berkeluasan 40 kaki dan 360 batu panjang. Terusan ini
mengurangkan kos untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20
hari kepada 6 hari. Terusan ini menjadikan kota New York sebagai pelabuhan terkemuka di Amerika
Syarikat. Negeri-negeri lain seperti Pennsylvania, Ohio dan Indiana juga melabur dalam pembinaan
terusan.
Kerajaan juga berperanan mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian
seperti melindungi industri tempatan dengan mengenakan duti yang tinggi bagi barangan import,
menstabilkan mata wang, memperkenalkan sistem tarif yang sesuai, mengamalkan dasar imigrasi
yang Ionggar untuk menggalakkan penghijrahan penduduk, mengadakan sistem bank kebangsaan,
meluluskan beberapa akta untuk menggalakkan penggunaan tanah awam oleh syarikat-syarikat, dan
memperuntukkan sumber kewangan yang besar untuk memajukan sistem pengangkutan.
Kesimpulannya perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat didorong bukan sahaja
sokongan pihak kerajaan malah yang lebih penting ialah suntikan modal yang besar yang
dibelanjakan termasuk berusaha meningkatkan teknologi dan kemudahan dari semasa ke semasa
yang sekaligus membolehkan Amerika Syarikat muncul sebagai gergasi ekonomi atau kuasa besar
dalam pasaran dunia.
3. Bincangkan kejayaan ekoran perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat mulai
abad ke-18 Masihi.
Kapitalisme berasal daripada perkataan capital yang bermaksud moda, dalam konteks perkembanga
ekonomi, kapitalisme merujuk kepada sistem ekonomi dan sosial yang mementingkan pengumpulan
kekayaan dengan bermatlamatkan keuntungan. Salah satu faktor yang mencetuskan kapitalisme
ialah ledakan Revolusi Perindustrian yang telah banyak membawa anjakan atau perubahan dalam
sesebuah negara. Di Amerika Syarikat, perkembangan ekonomi mula berlaku apabila ekonominya
beralih daripada pertanian kepada sektor perindustrian pada awal abad ke-17 dan mencapai
kemuncaknya pada abad ke-18 dan abad ke-19
Ekoran daripada perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat, pelbagai sektor industri telah
berkembang, puncanya adalah disebabkan pengumpulan modal yang begitu banyak serta
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
berlakunya peningkatan teknologi dan inovasi. Antaranya ialah perkembangan industri petroleum,
penemuan telaga telaga emas hitam ini telah membawa penubuhan syarikat – syarikat seperti
Standard Oil of New Jersey dan Standard Oil of Ohio yang berperanan mengeluarkan 90% bekalan
minyak Amerika Syarikat. Impak penemuan petroleum ini, ianya telah digunakan untuk pemanasan
dan sumber cahaya penduduk Amerika Syarikat serta aktiviti perkilangan lain. Industri – industri lain
yang berkembang ekoran kapitalisme ini ialah industri besi dan keluli, dikaitkan dengan peranan US
Steel Co. dan industri perkapalan.
Perkembangan kapitalisme dicerminkan juga dengan perkembangan sistem pengangkutan dan
sistem perhubungan di negara ini. Pembinaan jalan kereta api begitu pesat, dilaporkan akhir
1880-an, terdapat 166 000 batu jalan kereta api dibina di Amerika Syarikat. Pembinaan halan kereta
api diusahakan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, dan pihak swasta. Gabungan jalan kereta
api seperti landasan kereta api merentas benua antara Southern Pacific, Northern Pacific, Atchison,
Topeka, dan Santa Fe telah mewujudkan rangkaian landasan kereta api paling besar dan panjang di
dunia. Kesan jaringan landasan kereta api telah menggalakkan perpindahan penduduk, pembukaan
kawasan baharu, dan mempercepat proses penghantaran barangan ke serata Amerika. Syarikat
yang bertanggungjawab dalam penyediaan sistem pengangkutan ini telah melahirkan jutawan
seperti D Drew, J Gould, J. Pierpont Morgan dan C Vanderbilt.
Perkembangan kapitalisme juga membawa kepada kemunculan syarikat – syarikat besar hasil
penggabungan syarikat atau pembelian syarikat lain. Kemunculan syarikat – syarikat besar telah
membawa kestabilan ekonomi kapitalisme dan membolehkan syarikat – syarikat ini mendominasi
dan mengawal pasaran di negara ini. Antara syarikat besar yang menguasai pasaran ialah Syarikat
Dupont dan General Electric yang mendominasi 85% pasaran bahan kimia dan kuasa elektrik.
Kewujudan perniagaan besar telah membawa kepada aktiviti perdagangan antarabangsa, peluasan
empayar akan menyediakan empayar serta memboleh penanaman modal, umpamanya pelaburan
bagi mengusahakan penanaman tebu di Hawaii , sehingga timbul hasrat menguasai Hawaii
disebabkan kedudukan pulau ini yang strategik membolehkan aktiviti perdagangan dengan Cuba.
Kejayaan sistem ekonomi kapitalisme telah membawa kepada penglibatan kerajaan bagi
menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan. Kerajaan Amerika Syarikat telah bertindak
mewujudkan kestabilan mata wang, melaksanakan sistem tarif yang sesuai, memperkenalkan dasar
imigrasi yang longgar, mengenakan kadar cukai yang rendah, dan mewujudkan sistem perbankan
yang seragam. Kerajaan Amerika Syarikat juga telah bertindak meluluskkan beberapa akta bagi
menggalakkan dan melindungi perdagangan, antaranya Akta Landasan Kereta Api yang
membolehkan kerajaan menyumbangkan tanah awam kepada syarikat swasta membina landasan
kereta api serta meluluskan akta – akta lain seperti Akta Ladang dan Akta Majlis Tanah.
Kesimpulan perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat merupakan penanda aras akan
kebangitan negara ini sebagai kuasa besar dalam bidang ekonomi. Kemampuan pihak persendirian
memiliki modal yang besar berserta peranan kerajaan telah merealisasikan hasrat Amerika Syarikat
itu.
4. Huraikan faktor – faktor kejayaan Portugal dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan mulai
abad ke-16 Masihi.
KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )
Pembentukan negara bangsa di Eropah Barat telah membawa kepada pemusatan kuasa di tangan
pemerintah atau raja. Salah satu daripada usaha untuk mengukuhkan kekuasaan raja dan
menonjolkan kewibawaan pemerintah tersebut ialah dengan menggalakkan usaha – usaha
pelayaran. Dalam hal ini, salah satu kuasa yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Portugal yang telah
muncul sebagai kuasa maritim yang besar sehingga mampu menjalankan aktiviti perniagaan dan
perdagangan secara besar – besaran pada abad ke-16 Masihi.
Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyumbang kepada kejayaan Portugal dalam aktiviti, antara
yangpaling ketara ialah peranan pemerintah yang menggalakkan penerokaan melintasi sempadan
antarabangsa. Putera Henry merupakan individu penting yang menggalakkan bangsa Portugal
menjalankan aktiviti ini, dan sememangnya tidak dapat dinafikan raja – raja Portugal dari Dinasti Avis
memainkan peranan penting dengan menggalakkan rakyat Portugal meneroka bidang perdagangan
dan perkapalan, keadaan ini pastinya secara tidak langsung membolehkan merealisasikan impian 3G,
salah satunya ialah kemewahan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan.
Kekuatan tentera telah dimanfaatkan oleh Portugal untuk berjaya dalam bidang ini, dengan
kekuatan yang ada, tentera Portugal telah berjaya menghapuskan monopoli perdagangan rempah
saudagar – saudagar Islam. Kejayaan memonopoli sumber yang mendapat permintaan tinggi ini
telah merupakan titik tolak kepada kejayaan gemilang Portugal dalam bidang perniagaan dan
perdagangan. Namun begitu, untuk menyaingi Venice bukanlah sesuatu yang mudah, ekspedisi –
ekspedisi pelayaran telah dilakukan bagi mendapat wilayah tertentu untuk dijadikan pangkalan
perdagangan dan tentera Portugal. Kejayaan bertapak di Tanjung Pengharapan memberi ruang
kepada Portugal meneruskan usaha sehingga berjaya menguasai Hormuz di Teluk Parsi, Goa di India
dan Melaka di Asia Tenggara. Kemaraan tentera ini diteruskan lagi hingga berjaya mendapatkan
Bombay mewujudkan koloni di Macau. Kewujudan rantaian pelabuhan atau pangkalan perdagangan
ini membolehkan Portugal memonopoli perdagangan rempah di Timur.
Kejayaan Portugal dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan ini berkait rapat dengan pembinaan
pangkalan perdagangan di serata tempat. Portugal telah menjadikan pantai Afrika khususnya
Mozambique sebagai tempat pemerdagangan hamba, mampu menghantar 81 000 orang hamba
untuk pasaran pelbagai negara seperti Brazil dan Hindia Timur sebagai tenaga buruh lasak.
Mozambique juga berperanan sebagai pusat perdagangan emas dan gading. Sementara Melaka,
dan kepulauan rempah seperti pulau Maluku dan pulau Banda yang merupakan tempat pengeluaran
dan pengumpulan rempah di Asia Tenggara. Di Banda, Portugis mendapatkan buah pala, cengkeh
dan lada hitam. Rempah-rempah tersebut mereka tukar dengan bahan pakaian dari India. Sejak
tahun 1534, Portugis mendapat kebebasan penuh untuk melakukan monopoli perdagangan rempah
di Maluku. Portugal juga terlibat dalam perniagaan gula tebu yang diusahakan di koloninya di
Amerika Selatan iaitu di Brazil. Brazil menguasai ekonomi yang berasaskan pengeluaran pertanian
untuk di eksport ke Eropah.
Kemahiran dalam bidang perkapalan dan mempunyai pengetahuan dalam bidang pelayaran turut
sama menyumbang kejayaan Portugal dalam bidang ini. Kapal – kapal seperti carrack dan caravel,
bukan sahaja mampu memuatkan sumber dan penumpang yang banyak, malah mempunyai ciri – ciri
keselamatan. Para pelayar dan pedagang Portugal juga telah menggunakan peralatan – peralatan
tertentu seperti kompas magnetik, astrolabe, dan carta pelayaran bagi memudahkan aktiviti
pelayaran dan perdagangan. Hal ini ditambah dengan bangsa Portugal yang dikatakan memiliki
semangat ingin tahu yang berkobar – kobar dan sifat berani merentasi lautan yang luas.