The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-16 09:20:47

TUDINGAN 2015

TUDINGAN 2015

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

Kepesatan perniagaan dan perdagangan yang dijalankan tersebut telah membentuk empayar
perdagangan dari Eropah ke Afrika, Amerika Selatan dan seterusnya di Asia. Keluasan empayar
perdagangan itu telah membawa kepada kejatuhan Portugal sebagai kuasa kelautan kerana tidak
mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengendalikannya. Kemerosotan Portugal juga
akibat daripada saingan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris.

5. Huraikan perubahan – perubahan yang berlaku dalam aktiviti pertanian di England pada abad
ke-17 Masihi.
Revolusi Pertanian yang berlaku di England merupakan suatu fenomena yang berlaku apabila
kegiatan pertanian di sana telah mengalami perubahan secara mendadak. Ia berlaku secara
menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Proses ini memakan masa yang agak lama dan
berterusan, malah revolusi ini telah menjadi asas kepada berlakunya Revolusi Perindustrian kelak.
Berlakunya perubahan ini menyebabkan bukan sahaja skala pengeluaran semakin besar, malah
kaedah pengurusan kaedah pertanian turut mengalami perubahan – perubahan yang amat ketara
apatah lagi munculnya tokoh yang yang kreati f dan inovatif pada masa tersebut.

Abad ke-16, aktiviti pertanian menggunakan teknologi yang mudah, penggunaan tanah tidka begiti
sistematik, manakala tenaga buruh lebih kepada tenaga manusia dan binatang ternakan. Kaedah
yang popular ialah penggunaan Sistem Tanah Terbuka / Tanah Rang, setipa musim, dua daripada
tanah digunakan, satu lagi biarkan kosong ( menjadi rang ). Sistem Tanah Terbuka ini dijalankan
secara kolektif atau persetujuan bersama antara tuan – tuan tanah bermula daripada penanaman
hingga penuaian. Kelemahan kaedah ini, pengeluaran agak terbatas ( satu tanaman sahaja
diusahakan) dan tidak menjamin kesuburan tanah berkekalan. Abad ke-17, pengurusan tanah
menjadi lebih sistematik ditambah dengan peranan kerajaan yang meluluskan Akta Pemagaran
Tanah Awam membawa kepada pemagaran tanah – tanah persendirian sekaligus membawa kepada
pembentukan ladang yang luas apabila tuan – tuan tanah bersetuju bergabung antara satu sama
lain. Pemagaran tanah ini juga membolehkan penggunaan jentera lebish sistematik dna cekap malah
aktiviti penanaman boleh dipelbagaikan serta diperluaskan. Antara tahun 1761 hingga 1792, hampir
500,000 ekar tanah telah dipagari melalui akta tersebut, membentuk ladang-ladang yang diusahakan
secara intensif berikutan peningkatan harga gandum.

Revolusi Pertanian telah menyaksikan pengenalan sistem tanaman bergilir, Lord George Townshend
telah memperkenalkan kaedah ini apabila tanah yang sama akan ditanami dengan tanaman yang
berbeza.Impak positifnya, kesuburan tanah tersebut dapat dikekalkan dan bertahan dan tempoh

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

masa yang lama ( nutrien yang berbeza ) serta menggalakkan tanaman baharu contohnyan turnip
dan ubi kentang. Lord Townsend telah menggunakan kaedah ini dengan menggilirkan tanaman
gandum, turnip, barli dan rumput clover untuk ternakan lembu.

Sistem pertanian campur juga merupakan inovasi yang berlaku akibat daripada ledakan Revolusi
Pertanian, melalui kaedah penanaman ini, lembu dna biri – biri diternak bersama tanaman lain yang
pastinya akan membekalkan dua sumber atau hasil pada suatu masa. Malah, penternakan binatang
juga akan memberikan bekalan susu, hasil tenusu, bulu, termasuk najisnya yang boleh dimanfaatkan
sebagai baja organik bagi tujuan menyuburkan tanah pertanian dan tanaman yang diusahakan.

Perubahan juga berlaku dalam bidang penternakan, iaitu penemuan kaedah pembiakan baka biri-
biri dan lembu yang baru oleh Robert Backwell, Robert Colling dan Charles Colling telah
memberikan impak yang positif kepada perkembangan sektor pertanian. Hasil penyelidikannya,
Robert Bakewell telah berjaya menghasilkan biri-biri baka baru yang dikenali sebagai biri-biri
Leicestershire yang menghasilkan lebih banyak bulu. Penyelidikan yang dibuat oleh Colling
bersaudara pula berjaya menghasilkan lembu baka baru yang dikenali sebagai Durham Shorthorn‖
yang mempunyai berat sebanyak dua kali ganda lembu biasa. Ladang-ladang juga telah di pagar
untuk mengelakkan penyakit ternakan daripada merebak.

Selain itu, jentera pertanian telah mula diperkenalkan dalam bidang pertanian di England. Jethro-Tull
telah memperkenalkan jentera penyemai pada tahun 1701. Penggunaan jentera itu, membolehkan
peladang-peladang menyemai mengikut jarak barisan yang sama dan mempermudahkan mereka
menggembur dan merumput. Pada tahun 1730-an, bajak jenis baru dikenali sebagai Rotterham
telah diperkenalkan. Bajak ini dikendalikan oleh kuda dan ianya dapat menjalankan kerja-kerja
pembajakan dengan lebih berkesan. Penggunaan kaedah baru, teknik saintifik dan jentera dalam
bidang pertanian telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, dengan itu harga
makanan menjadi murah, kerana kos pengeluaran yang murah.

Perubahan – perubahan yang berlaku ini, walaupun banyak impak positifnya terutamanya dari segi
pengeluaran. Selain itu, akibat revolusi ini juga permintaan penduduk yang semakin meningkat dpat
dipenuhi, muncul bandar – bandar baharu, menyumbang kepada Revolusi Perindustrian dan
membawa kepada kelahiran amalan kapitalisme di England khasnya dan Eropah Barat amnya.

Di sebalik kesan positif tersebut, terdapat juga impak negatif antaranya petani-petani yang memiliki
modal yang kecil akan kehilangan tanah apabila Akta Pemagaran Tanah diperkenalkan oleh kerajaan,
tidak mampu memagarkan tanah mereka dan ada pula yang tidak dapat membuktikan bahawa
tanah ladang yang diusahakan adalah kepunyaan mereka. Malah, jentera-jentera pertanian yang
baru diperkenalkan pula sangat mahal tidak dapat menyaingi peladang-peladang kaya, akhirnya
terpaksa menjual ladang mereka. Mereka juga terpaksa menganggur kerana jentera-jentera yang
baru diperkenalkan tidak memerlukan pekerja yang ramai yang mendorong penghijrahan secara
besar-besaran dari desa ke bandar-bandar yang menawarkan pekerjaan sebgai buruh di kilang -
kilang.

6. Bincangkan faktor – faktor perkembangan kegiatan industri di Jepun pada abad ke-19 Masihi.

Penglibatan Jepun dalam sektor industri bermula dengan pesat apabila Maharaja Meiji telah
memulakan fasa pemodenan sekaligus telah menamatkan dasar pemencilan kuasa yang diamalkan
oleh kerajaan Kesyogunan Tokugawa. Penglibatan dalam sektor ini telah meninggalkan impak yang

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

positif kepada Jepun memandangkan ianya telah membawa kepada munculnya Jepun sebagai kuasa
besar ekonomi.

Dasar kerajaan Meiji sememangnya merupakan faktor yang menjadi pemangkin Jepun muncul
sebagai negra industri, kerajaan bukan sahaja bertindak mengamalkan dasar buka pintu, malah telah
mengambil dan mendapatkan bantuan pakar – pakar dari negara Barat seperti Jerman, Perancis, dan
Britain bagi memajukan sektor ini serta menghantar para pelajar ke negara – negara berkenaan
agar berlaku pemindahan teknologi. Menjelang tahun 1879, kerajaan mengambil 130 orang pegawai
asing untuk memajukan sektor perindustrian. kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha-
pengusaha persendirian. kerajaan turut memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha
industri. Kerajaan turut menyediakan bantuan latihan perindustrian dan khidmat nasihat kepada
pengusaha industri. Bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan turut diadakan.

Sumbangan kerajaan juga dapat dilihat apabila kerajaan pimpinan Meiji ini begitu komited
menyediakan kemudahan sistem pengangkutan dan sistem perhubungan bagi memastikan
kelancaran dan perkembangan sektor industri ini. Landasan – landasan kereta api telah dibina di
bandar – bandar yang berpotensi sebagai pusat industri seperti Tokyo, Yokohama, Kobe, Osaka dan
Kyoto. Pada tahun 1880, landasan kereta api Tokyo-Yokohama telah telah mengangkut dua hingga
tiga juta orang penumpang. Pihak kerajaan juga telah mendirikan stesen – stesen telegraf, dan talian
telegraf telah dibina di seluruh negara Jepun, sekaligus membantu pembangunan sektor industri
dan modenisasi. Menjelang tahun 1893, terdapat kawat telegraf sepanjang 4000 batu di seluruh
Jepun. Jumlah kawat yang diterima dan dihantar telah bertambah daripasa 19 448 pada tahun 1871
kepada 1.2 juta pada tahun 1884

Bantuan modal serta pengurusan kewangan yang cekap juga membawa kepada perkembangan
sektor industri ini., sehubungan dengan itu pelbagai institusi kewangan dan perbankankan telah
dibuka. Antara bank utama di Jepun ialah Mitsui-Ono Bank, Bank Negara, Bank Pusat Jepun, Bank
Yokohama Specie, dan Bank Hupotech yang berperanan sebagai bank pusat bagi bagi bank – bank
pertanian dan perindustrian di 47 buah wilayah di Jepun. Pada tahun 1900, muncul bank
Perindustrian Jepun untuk membiayai perindustrian secara besar-besaran. Menjelang akhir abad ke-
19, terdapat lebih 200 buah bank di negara Jepun. Pembukaan bank ini sesungguhnya telah
menyediakan modal yang boleh membantu pertumbuhan perindustrian di Jepun

Pembentukan sistem birokrasi yang cekap juga membawa kepada perkembangan sektor industri.
Pada tahun 1870, Kementerian Perusahaan telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menyelia dan
memastikan aktiviti – aktiviti ekonomi akan memberikan manfaat kepada ekonomi Jepun.
Kementerian Kewangan pula dipertanggungjawabkan memastikan sistem kewangan diuruskan
dengan sistematik. Selain itu, kementerian ini juga akan mewujudkan jalinan yang baik dengan
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan

Kemunculan pengusaha – pengusaha baharu yang kaya raya di Jepun turut membawa kepada
perkembangan sektor industri di Jepun. Terdapat empat buah keluarga yang telah bergabung
membentuk keluarga ekonomi baharu yang dikenali sebagai Zaibatsu yang bertindak sebagai
penaung kepada perkembangan industri di Jepun. Antara syarikat yang dimaksudkan ialah Syarikat
Mitsubishi yang terlibat dengan bidang perkapalan, Syarikat Sumitomo dalam perusahaan tembaga,
dan Syarikat Yasuda yang memberi tumpuan dalam bidang perbankan. Apa yang pasti kemunculan
dan peranan syarikat syarikat berkenaan telah memacu ekonomi negara Jepun ke arah
pembentukan negara industri

Faktor terakhir yang menyumbang perkembangan industri ialah kemajuan sektor pertanian,
kerajaan telah bertindak menghantar pelajar ke luar bagi mendapat ilmu pengetahuan berkaitan

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

dengan bidnag pertanian, malah pakar – pakar asing diimport di samping tindakan kerajaan
membaik pulih sistem pengairan, menubuhkan sekolah – sekolah dan stesen pertanian di bandar,
dan menggalakkan tanaman komersial seperti teh dan sutera. Tindakan – tindakan sedemikian telah
membawa kepada peningkatan jumlah hasil pertanian yang menjadi penyumbang kepada kegiatan
industri.

Kesimpulannya, sememangnya tidak dinafikan peranan pemerintah dan pemimpin – pemimpin
kerajaan Meiji merupakan penyumbang kepada kemajuan kegiatan perindustrian di Jepun
terutamanya melalui galakan serta insentif di samping sikap terbuka yang menerima teknologi Barat.
Pun begitu peranan seperti syarikat gergasi yang dikenali sebagai zaibatsu tidak dapat ditolak kerana
kemampuan dan kekuatan kewangan yang ada menyebabkan syarikat ini mendominasi kilang –
kilang utama di Jepun.

7. Jelaskan faktor – faktor yang membawa kepada perkembangan industri di Jerman pada abad
ke- 19

Fasa kedua Revolusi Perindustrian di Eropah Barat menyaksikan kemunculan Jerman sebagai negara
industri, dengan kata lain kemunculan negara ini sebagai negara industri bermula selepas England
menjadi pelopor atau pemangkin kepada perkembangan sektor ini pada abad ke-18 Masihi.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemunculan Jerman sebagai kuasa baharu dalam
bidnag industri, kebanyakannya berpunca daripada faktor dalam negara itu sendiri.

Antara faktor yang membawa kepada kemunculan dan perkembangan sektor ini ialah usaha dan
kejayaan penyatuan Jerman yang dilakukan oleh Bismarck pada tahun 1871 telah membawa kepada
kestabilan politik apabila musuh – musuh Jerman seperti Denmark, Austria, dan Perancis berjaya
dikalahkan. Kestabilan politik ini membolehkan Bismarck memabngunkan negara melalui usaha
memajukan sektor perindustrian dengan mengoptimumkan dan memaksimumkan penggunaan
sumber ekonomi yang ada di Jerman iaitu arang batu dan bijih besi. Perkembangan sektor industri
dirangsangkan lagi dengan penyeragaman dasar – dasar ekonomi seperti sistem cukai, sistem sukar
dan ukur serta sstem perundangan antara peringkat pusat dan wilayah.

Pembentukan sistem kartel iaitu gabungan syarikat – syarikat yang memiliki modal besar telah
membantu memacu perkembangan sektor perindustrian di negara ini. Pentingnya penubuhan
sistem kartel ini ialah membolehkan kawalan barangan di pasaran dan kawalan harga yang pastinya
akan menjamin keuntungan kepada syarikat – syarikat berkenaan. Tegasnya, pelaksanaaan sistem
kartel ini membolehkan industri berkembang, kerajaan mendapat keuntungan ekoran cukai yang
dapat dikutip sekaligus menjamin Jerman muncul sebagai negara industri yang unggul. Pada tahun
1900, terdapat lebih kurang 25 buah kartel yang beroperasi di negara ini.

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

Penubuhan institusi kewangan juga berkait rapat hasil daripada kejayaan penyatuan Jerman oleh
Bismarck. Individu – individu yang memiliki modal besar disaran membuka institusi kewangan yang
akan diselia oleh kerajaan. Reisch Bank yang merupakan bank kebangsaan Jerman dibuka untuk
memberikan kemudahan pinjaman yang membawa kepada penubuhan dan pembukaan bank –
bank baharu. Galakan kerajaan ini juga membawa kepada pembukaan syarikat – syarikat kredit
yang memberikan perkhidmatan pinjaman kepada pengusaha – pengusaha yang berhasrat
membangunkan sektor industri, contohnya, Syarikat Kredit Schulze Delitzch. 1911, terdapat 25 000
buah kesatuan kredit di Jerman.

Satu lagi faktor yang mendorong perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan sistem guild.
Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam guild
selama beberapa tahun. Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri dalam
perindustrian. Sistem ini menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di
Jerman. Pada tahun 1811, kerajan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild
melalui peraturan 1811.

Kemajuan dalam bidang pertanian meletak asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
Selepas itu,sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan perkembangan dengan pesat. Kemajuan
dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya mengenai teknologi pertanian.
Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluar hasil pertanian. Terdapat lebih 2000 buah sekolah pertanian diseluruh Jerman. Sekolah
pertanian dan universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.

Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman dan
makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman. Perkembangan ini
telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu. Beberapa buah
syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan menjalinkan teori penyelidikan
dengan amalan kerja harian di kilang. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai
pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19

Perkembangan sektor perindustrian di Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentah dan
sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi, dan bijih timah. Kawasan
perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah lembah ruhr, lorainne, dan silesia.
Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.
Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara
Eropah.

Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan.
Industri perkapalan Jerman di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby. Selepas tahun 1880,
berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman. Perkembangan ini
menyebabkan jumlah muatan barang yang diangkut turut meningkat.

Terdapat tiga ciri utama revolusi perindustrian yang tercetus di Jerman iaitu kemajuan teknologi,
pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan kewangan. Revolusi perindustrian telah
menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Faktor perkembangan revolusi
perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

8. Bincangkan kesan – kesan ekoran perkembangan kegiatan industri di Jerman pada
abad ke-19 Masihi.

Jerman muncul sebagai negara industri setelah melalui fasa kedua Revolusi Perindustrian.
Kejayaannya menjadi negara industri bertitik tolak daripada kejayaan Bismarck menyatukan negara
Jerman pada tahun 1871. Selain itu, kekayaan sumber ekonomi khususnya arang batu dan bijih besi
telah menyumbang kepada kemunculan negara ini sebagai pengeluar barangan industri berat.
Kejayaan menjadi negara industri telah meninggalkan pelbagai impak.

Antara kesan ekoran perkembangan sektor ini ialah pengeluaran arang batu dan bijih besi telah
ditingkatkan di kawasan Saxony dan Silesia. Umpamanya pengeluaran arang batu telah bertambah
dua kali ganda antara tahun 1860 hingga tahun 1870. Begitu juga dengan pengeluaran bijih besi
telah bertambah daripada 1.5 juta tan pada tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900,
mengambarkan betapa Jerman berhasrat menjadi negara industri dengan berfokuskan industri
berat, terbukti berjaya mengeluarkan lokomotif, automotif, dan senjata.

Kejayaan atau keberkesanan sistem kartel menyebabkan ia dipraktikkan sepenuhnya untuk
memastikan penggunaan modal yang lebih cekap, malah negara ini telah mencontohi dan
melaksanakan sebahagian daripada apa yang telah menjadi asas perindustrian Perancis.
Keberkesanan sistem ini telah membawa kerjasama kartel Jerman dengan negara – negara luar.
Melalui kerjasama dengan bank dan pengusaha perindustrian dari Perancis, Balanda, dan Britain,
prinsip kartel Jerman diperluaskan dalam pasaran antarabangsa bagi mengawal bekalan dunia
dalam beberapa komoditi sebelum Perang Dunia I

Ekoran daripada perkembangan ini, Jerman telah mempelbagaikan pengeluaran barangan
berasaskan industri. Antaranya ialah industri kulit, pada tahun 1870 hingga 1914, Jerman telah
mengambil alih tempat England dalam pengeluaran barangan kulit. Perkembangan industri kulit di
Jerman telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat daripada gaya hidup yang lebih
mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat, dan
mementingkan pendidikan.

Industri tekstil turut mengalami pembangunan, tertumpu di kawasan Rhineland, Saxony, dan Silesia.
Berlin telah mengeluarkan mesin – mesin yang mampu meningkatkan pengeluaran tekstil. Kesannya,
Jerman mampu menyaingi England, apatah lagi berlaku pengumpulan modal yang begitu mendadak,
mendapat perhatian dan perlindungan kerajaan, dan menggunakan atau mengutamkan teknologi
dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan.

Inovasi yang berlaku dalam sektor industri telah menyebabkan muncul dan berkembangnya syarikat
kimia dan elektrik, syarikat – syarikat berkaitan telah membina makmal penyelidikan yang
dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih, tempat siasatan serta ujikaji dan sebagainya.
Kejayaan ini menyebabkan Jerman berjaya mempelopori dunia dalam industri kimia dan elektrik.
Menjelang tahun 1900, industri kimia Jerman telah menguasai pasaran dunia dalam pengeluaran
pewarna sintetik. Tiga firma utama yang bertanggungjawab dalam pengeluaran pewarna ini ialah
BASF, Bayer, dan Hoechst.

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

Kesimpulannya, kejayaan Jerman muncul sebagai negara industri telah memberikan impak yang
positif bukan sahaja kepada kerajaan, malah kepada masyarakat Jerman sendiri, sesuai dengan
pembentukan masyarakat industri, maka kehidupan mereka turut berubah yang mula
menampakkan kemewahan.

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

KOLEKSI SOALAN STPM SEJARAH DUNIA
SOALAN STPM PENGGAL 1/2013
1. Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa
dari tahun 1603 hingga tahun 1868.
2. Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk
berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.
3. Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari abad
ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.
4. Sejauh manakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan landskap
politik, ekonomi dan sosial di Eropah?
5. “Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman
kuasa British terhadap India.” Bincangkan.
6. Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 1/2013 DAN PENGGAL 1 2014
1. Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad
ke-16 Masihi.
2. Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi.
3. Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-17 Masihi.
4. Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanism di Eropah pada
abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
5. Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
6. Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa.

KERTAS MODEL SEJARAH DUNIA ( 940/1 )

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 1/2014 DAN PENGGAL 1 2015
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
2. Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.
3. Jelaskan faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18 Masihi.
4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.
5. Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.
6. Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin
dari tahun 1945 hingga tahun 1955.


Click to View FlipBook Version