The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaaban69, 2024-04-20 08:05:15

Modul Pendidikan Kewangan_BPK

Modul Pendidikan Kewangan_BPK

MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH Menyemai Nilai Murni Sejak Usia Muda BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Terbitan 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya. ISBN 978-967-420-585-0 Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6 – 8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 Putrajaya Percetakan: Unit Percetakan Sektor Khidmat Pengurusan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 Putrajaya


KANDUNGAN Rukun Negara vii Falsafah Pendidikan Kebangsaan viii Kurikulum Kebangsaan ix Kata Pengantar xi Pendahuluan xiii Matlamat & Objektif xiv Definisi Konsep Kewangan xv Kerangka Pendidikan Kewangan xvi Kandungan Modul Pengintegrasian Elemen Pendidikan Kewangan Dalam Kurikulum Sekolah Menengah xvii 1.1 Sumber Pendapatan Keluarga 1 1.2 Simpanan dan Pelaburan 5 1.3 Pendapatan Mempengaruhi Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 9 1.4 Instrumen Kewangan 15 1.5 Kesan Pendapatan Kepada Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 20 2.1 Keputusan Kewangan 25 2.2 Maklumat Kewangan dan Iklan Pelbagai Sumber 29 3.1 Kredit dan Hutang 33 3.2 Kad Kredit 39 3.3 Perangkap Hutang 44 4.1 Kerahsiaan Maklumat Peribadi 48 4.2 Perlindungan Insurans dan Takaful 52 Senarai Pautan 56 Pembelajaran Berasaskan Projek 63 Panel Penggubal 69 Penghargaan 72


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN vii


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) viii


KURIKULUM KEBANGSAAN DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97] ix


KATA PENGANTAR xi Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke-hadrat Ilahi kerana Modul Pengintegrasian Elemen Pendidikan Kewangan Dalam Kurikulum Sekolah Menengah dapat diterbitkan sebagai bahan sokongan pengintegrasian elemen Pendidikan Kewangan dalam kurikulum. Langkah ini merupakan usaha untuk mencapai matlamat Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023 iaitu menyemai nilai murni sejak usia muda. Elemen Pendidikan Kewangan merupakan elemen penting dalam pembangunan dan kestabilan ekonomi serta dianggap sebagai kemahiran hidup yang amat penting dalam abad ke-21. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bank Negara Malaysia telah bekerjasama untuk mengintegrasikan elemen Pendidikan Kewangan dalam kurikulum persekolahan. Modul Pendidikan Kewangan ini dibina bagi membantu sekolah yang ingin menjalankan program Pendidikan Kewangan. Modul ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan pengintegrasian elemen Pendidikan Kewangan kurikulum persekolahan sekolah menengah mengikut kesesuaian tema atau tajuk. Selain daripada itu, modul ini juga boleh dirujuk sebagai panduan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Modul ini dibina berdasarkan enam standard celik kewangan yang dipupuk secara berterusan agar dapat meningkatkan pemahaman murid sebagai pengguna kewangan. Kemahiran dan keyakinan murid dapat dibangunkan supaya mereka menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta membuat pilihan yang bijak dan tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka. Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak sehingga berjaya menerbitkan modul ini. Sekian. Haji Azman Bin Haji Adnan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum


PENDAHULUAN xiii Pendidikan Kewangan merupakan salah satu Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini selaras dengan trend global untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan masyarakat sedunia. Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD) telah menekankan bahawa Pendidikan Kewangan menjadi semakin penting bukan saja untuk para pelabur tetapi juga kepada isi rumah. Pendidikan Kewangan ini diperlukan untuk membuat keputusan perancangan belanjawan, membeli rumah, menabung untuk pendidikan anak dan membuat simpanan masa persaraan. Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif mengintegrasikan elemen Pendidikan Kewangan dalam kurikulum persekolahan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan kewangan seawal peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah. Pendidikan Kewangan boleh dilaksanakan semasa proses PdP merentas tema, bidang atau tajuk yang bersesuaian dalam sesuatu mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan beberapa modul bagi menyokong pelaksanaan pengintegrasian elemen Pendidikan Kewangan dalam kurikulum. Antara modul yang dibangunkan ialah Modul Pengintegrasian Elemen Pendidikan Kewangan Dalam Kurikulum Sekolah Menengah yang sesuai digunakan di dalam dan luar bilik darjah. Modul ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid terhadap pengurusan kewangan mereka bagi menghadapi cabaran kewangan pada masa hadapan. Elemen Pendidikan Kewangan yang diberi tumpuan adalah pengurusan kewangan dan perancangan kewangan, simpanan, pinjaman, pelaburan, pengurusan kredit, hutang serta perlindungan insurans dan kerahsiaan maklumat peribadi. Modul ini juga mengandungi contoh aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan di luar bilik darjah. Aktiviti luar bilik darjah ini memberi peluang kepada murid untuk menterjemahkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh di dalam bilik darjah. Guru juga boleh menggunakan modul ini bagi mengintegrasikan elemen Pendidikan Kewangan dalam mata pelajaran yang difikirkan relevan dan bersesuaian. Penggunaan modul ini dalam proses PdP akan memastikan pengintegrasian elemen Pendidikan Kewangan dilaksanakan di dalam dan luar bilik darjah.


MATLAMAT xiv Modul Pendidikan Kewangan ini bermatlamat untuk melahirkan murid celik kewangan yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman serta berupaya mengubah tingkah laku, sikap dan nilai yang menjurus kepada kemahiran pengurusan kewangan. OBJEKTIF Modul Pendidikan Kewangan ini bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Celik dalam mengurus kewangan peribadi dengan cekap dan bijak; 2. Mempunyai nilai murni yang mapan dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan akan datang; dan 3. Membudayakan kemahiran mengurus kewangan peribadi.


DEFINISI KONSEP KEWANGAN xv Pendidikan Kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan melalui maklumat, panduan dan nasihat yang betul, dapat membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka. Celik kewangan ialah pengetahuan dan pemahaman konsep kewangan dan risiko, kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tersebut bagi membuat keputusan yang efektif meliputi semua konteks kewangan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kedudukan kewangan individu serta masyarakat dan membolehkan pengguna turut serta dalam kegiatan ekonomi negara. Pendidikan Kewangan Celik Kewangan Rujukan: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (Organisation for Economic Co-Operation and Development)


KERANGKA PENDIDIKAN KEWANGAN xvi Modul Pendidikan Kewangan ini digubal berasaskan kepada enam standard celik kewangan (CK) seperti di bawah: CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK2: Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan CK4: Simpanan dan Pelaburan CK5: Pengurusan Kredit dan Hutang CK6: Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans Pelaksanaan Kandungan modul ini merangkumi 12 tajuk dan boleh dilaksanakan dengan masa yang dicadangkan dan setiap tajuk dalam modul ini memberi tumpuan kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai literasi kewangan bagi melahirkan murid yang boleh membudayakan kemahiran mengurus kewangan dan membuat keputusan kewangan yang cekap serta bijak seperti Jadual 1. Kandungan modul ini boleh dilaksanakan oleh mana-mana mata pelajaran mengikut kesesuaian di dalam bilik darjah malah boleh dijadikan satu program khas untuk meningkatkan tahap literasi kewangan murid. Manakala bagi pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah, pihak sekolah boleh melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek seperti panduan yang diberikan di akhir modul ini.


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xvii Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 1 CK1 CK3 CK4 1.1 Sumber pendapatan keluarga CK1 CK3 CK4 Pengetahuan i. Mengenal pasti sumber pendapatan dan perbelanjaan. ii. Menyatakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan. Kemahiran i. Merekod pendapatan dan perbelanjaan yang telah dilakukan. ii. Menghubung kait pilihan kerjaya dengan pendapatan. Nilai i. Bersyukur ii. Berhemah iii. Rasional i. Mengadakan pertandingan Saidina/Monopoly dan merekod pendapatan dan perbelanjaan. (Permainan tersebut boleh diubah suai mengikut kesesuaian semasa). ii. Membincangkan jenis pekerjaan, sektor ekonomi dan bidang pekerjaan yang terlibat. 2 1.2 Simpanan dan pelaburan CK1 CK4 Pengetahuan i. Menerangkan simpanan dan pelaburan serta manfaatnya. Kemahiran i. Membuat keputusan simpanan dan pelaburan. Nilai i. Rasional ii. Berjimat cermat iii. Bangga i. Membandingkan ganjaran terhadap simpanan dan pelaburan. ii. Membezakan jenis aktiviti pelaburan dengan pengiraan pulangan yang diperolehi. 2


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xviii Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 1 CK1 CK3 CK4 1.3 Pendapatan mempengaruhi gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja CK1 CK3 CK4 Pengetahuan i. Menghuraikan cara dan kepentingan merancang dan mengurus kewangan peribadi. ii. Menentukan agihan peratusan untuk simpanan daripada pendapatan sebelum melakukan perbelanjaan. iii. Menganalisis perbelanjaan untuk keperluan atau kehendak. iv. Memerihalkan kesan perbelanjaan terhadap pendapatan. Kemahiran i. Merancang dan mengurus kewangan peribadi. ii. Menghubung kait pendapatan dengan perbelanjaan yang mempengaruhi gaya hidup. iii. Membuat keputusan yang bijak dalam melakukan perbelanjaan. Nilai i. Berjimat cermat ii. Rasional iii. Bertanggungjawab i. Membuat pilihan bijak dalam membuat keputusan perbelanjaan. ii. Menyediakan Belanjawan Peribadi. 1


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xix Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 1 CK1 CK3 CK4 1.4 Instrumen kewangan CK1 CK3 CK4 Pengetahuan i. Menjelaskan pelbagai opsyen transaksi kewangan secara dalam talian bagi membeli, membuat pembayaran, pemindahan dana dan lain-lain. ii. Menjelaskan cara penggunaan instrumen kewangan seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet secara bertanggungjawab. Kemahiran i. Membanding kebaikan dan keburukan kaedah pembayaran yang berbeza seperti kad debit, kad kredit dan kaedah pembayaran secara dalam talian. ii. Mengaplikasi transaksi kewangan secara dalam talian secara bijak dan bertanggungjawab. Nilai i. Berwaspada ii. Bertanggungjawab i. Membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit, kad debit dan e-dompet. ii. Mengadakan simulasi pembelian dan pembayaran secara dalam talian. 2


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xx Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 1 CK1 CK3 CK4 1.5 Kesan pendapatan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja CK1 CK3 CK4 Pengetahuan i. Menyatakan maksud inflasi. ii. Menjelaskan kesan inflasi terhadap gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja. Kemahiran i. Menganalisis kesan inflasi terhadap kuasa beli. ii. Mengubah suai belanjawan peribadi dengan mengambil kira keadaan inflasi. Nilai i. Rasional ii. Berhemat i. Membincangkan maksud inflasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi inflasi. ii. Memadankan kad imbasan untuk merumuskan kesan inflasi terhadap gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja. iii. Menganalisis pendapatan dan perbelanjaan berdasarkan situasi yang diberikan. 2 2 CK2 CK4 2.1 Keputusan kewangan CK2 CK4 Pengetahuan i. Menjelaskan kepentingan membuat keputusan kewangan berkaitan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan. Kemahiran i. Membuat keputusan kewangan yang bijak berkaitan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan. ii. Menilai keputusan kewangan yang dibuat. Nilai i. Bijak membuat keputusan ii. Rasional i. Menayangkan video berkaitan isu semasa dalam membuat keputusan kewangan. ii. Menyelesaikan masalah perbelanjaan bulanan keluarga berdasarkan situasi kewangan yang diberi. 1


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xxi Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 2 CK2 CK4 2.2 Maklumat kewangan dan iklan pelbagai sumber CK2 Pengetahuan i. Mengenal pasti maklumat kewangan dan iklan pelbagai sumber ii. Menerangkan kelebihan dan kelemahan maklumat kewangan dan iklan. iii. Menjelaskan pelbagai jenis penipuan kewangan. Kemahiran i. Menilai maklumat kewangan iklan dalam pelbagai media untuk membuat keputusan kewangan. ii. Mencadangkan tindakan yang boleh mengelakkan strategi persuasif yang digunakan oleh rakan sebaya, media dan perniagaan. Nilai i. Bertanggungjawab ii. Rasional i. Membezakan maklumat kewangan dalam paparan iklan bercetak. ii. Mengkaji maklumat iklan dengan menyenaraikan unsur keraguan. iii. Menganalisis situasi yang berkaitan dengan penipuan kewangan. 2 3 CK1 CK3 CK4 CK5 3.1 Kredit dan hutang CK5 Pengetahuan i. Menyatakan konsep kredit dan hutang. Kemahiran i. Mengira kredit dan hutang. ii. Menganalisis kelebihan hutang untuk menjana aset berbanding perbelanjaan penggunaan. Nilai i. Bertanggungjawab ii. Rasional iii. Bijak membuat keputusan i. Mengenal pasti keburukan pembayaran secara kredit. ii. Membincangkan implikasi kewangan dengan bukti pengiraan berdasarkan situasi yang diberi. 1


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xxii Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 3 CK1 CK3 CK4 CK5 3.2 Kad kredit CK3 CK5 Pengetahuan i. Mengenal pasti ciri-ciri kad kredit. ii. Menjelaskan kelebihan dan kekurangan kad kredit. iii. Menjelaskan kesan membuat pembayaran minimum, pembayaran lewat dan yuran lewat ke atas kad kredit. Kemahiran i. Menganalisis kredit yang ditawarkan secara bijak dan bertanggungjawab. ii. Mengira baki hutang kad kredit bulan berikutnya beserta faedah. Nilai i. Bertanggungjawab ii. Bijak membuat keputusan iii. Berhati-hati i. Menyenaraikan maklumat mengenai perkhidmatan kad kredit. ii. Mengkaji kelebihan dan kekurangan kad kredit yang berkaitan perbelanjaan penggunaan. iii. Merancang penggunaan kad kredit tanpa bebanan hutang. 2


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xxiii Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 3 CK1 CK3 CK4 CK5 3.3 Perangkap hutang CK1 CK4 Pengetahuan i. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan hutang. ii. Menjelaskan cara mengurus hutang dengan bijak untuk mengelak daripada masalah hutang yang berlebihan. Kemahiran i. Menilai kedudukan kewangan sebelum berhutang. ii. Mengambil tindakan yang perlu bagi membebaskan diri daripada perangkap hutang. Nilai i. Rasional ii. Bertanggungjawab iii. Bijak mengurus i. Main peranan sebagai pemiutang dan penghutang. ii. Meneroka artikel Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan menganalisis cara pengurusan hutang. iii. Mengenal pasti jenis hutang yang boleh memperoleh kebaikan pada masa hadapan. 2


JADUAL: KANDUNGAN MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH xxiv Bil. Standard Celik Kewangan Tajuk Literasi Kewangan Program dan Aktiviti Masa/ Jam 4 CK6 4.1 Kerahsiaan maklumat peribadi CK6 Pengetahuan i. Menyatakan maklumat data peribadi yang perlu dilindungi. ii. Menerangkan kesan dan akibat mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak lain (tidak bertanggungjawab). iii. Menerangkan peraturan dan undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi. Kemahiran i. Mencadangkan tindakan yang perlu diambil apabila maklumat data peribadi terdedah kepada pihak lain. Nilai i. Berhati-hati ii. Bertanggungjawab iii. Peka i. Membincangkan cara mengelakkan diri menjadi mangsa kecurian maklumat. ii. Meneroka tindakan yang boleh diambil bagi melindungi identiti peribadi untuk mengelakkan daripada disalahgunakan. 1 4.2 Perlindungan insurans dan takaful CK6 Pengetahuan i. Mengenal pasti jenis dan fungsi insurans dan takaful. Kemahiran i. Menganalisis kelebihan perlindungan insurans dan takaful. Nilai i. Rasional ii. Peka iii. Bijak membuat keputusan i. Mencari maklumat mengenai kepentingan insurans kenderaan. ii. Mengaplikasi maklumat yang diperoleh daripada penerokaan sumber. 1 JUMLAH PERUNTUKAN MASA 19


Kandungan Modul


Sumber Pendapatan Keluarga 1 CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Mengenal pasti sumber pendapatan dan perbelanjaan. ▪ Menyatakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan. KEMAHIRAN: ▪ Merekod pendapatan dan perbelanjaan yang telah dilakukan. ▪ Menghubung kait pilihan kerjaya dengan pendapatan. NILAI: ▪ Bersyukur ▪ Berhemah ▪ Rasional 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Semua individu perlu mempunyai pendapatan. Sumber pendapatan boleh diperoleh sama ada dengan cara bekerja sendiri, bekerja dengan orang lain atau cara lain. Semakin banyak sumber pendapatan, semakin tinggi pendapatan diperoleh oleh individu. Sumber pendapatan suami dan isteri dalam sebuah keluarga merupakan jumlah pendapatan keluarga. Pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk membuat tabungan dan perbelanjaan. “Mendapatkan wang seperti mengorek tanah menggunakan jarum. Berbelanja wang ibarat mencurah air ke pasir,” kata-kata hikmah Jepun. Kerjaya dalam pelbagai sektor ekonomi Kredit Gambar: Pixabay Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Buku Teks Ekonomi Tingkatan Empat. Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan jenis pekerjaan mengikut sektor ekonomi dan trend pekerjaan yang menerima pendapatan paling tinggi di dunia. Layari pautan t.ly/VPH5: 1.1


1.1 Sumber Pendapatan Keluarga 2 Aktiviti 1 1. Murid bertanding dalam permainan Saidina atau Monopoly. Peraturan permainan adalah seperti berikut: • Pertandingan dijalankan antara dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada dua orang. • Setiap kumpulan bermain dalam tempoh satu jam. • Pada akhir permainan, kumpulan yang mengumpul pendapatan yang paling tinggi akan diumumkan sebagai pemenang. Pendapatan termasuk harta yang dinilai dalam bentuk wang. • Setiap kumpulan diminta merekodkan aktiviti yang menjana pendapatan semasa bermain Saidina atau Monopoly. Kumpulan juga diminta menyenaraikan perbelanjaan yang dibuat dalam permainan tersebut. • Hasil kumpulan dibentangkan. • Guru mengaitkan permainan ini dengan situasi sebenar. * Kata Kunci: sumber pendapatan, jenis perbelanjaan, simpanan dan pelaburan, sewa, cukai, bil utiliti dan faedah. t.ly/xvWP t.ly/pLqz Imbas kod QR ini untuk mengetahui cara bermain permainan Saidina. ATAU Layari pautan ini untuk mengetahui cara bermain permainan Monopoly. Catatan:


1.1 Sumber Pendapatan Keluarga 3 Aktiviti 2 Setiap kumpulan diminta mencari gambar mengenai perkara berikut sebelum sesi PdP. Tampal gambar yang dikumpul di atas kertas sebak dan pamerkan kepada kumpulan lain. Kumpulan membentangkan hasil tugasan masing-masing. Berdasarkan hasil pembentangan semua kumpulan, bincangkan perkara berikut bersama rakan dan guru anda: 1. Apakah jenis pekerjaan yang paling tinggi permintaannya di Malaysia? 2. Sektor ekonomi manakah yang menawarkan peluang pekerjaan paling tinggi pada masa kini? 3. Apakah perkembangan terkini dalam Revolusi Industri 4.0 yang akan mempengaruhi pemilihan pekerjaan pada masa hadapan? KUMPULAN TUGASAN Kumpulan 1 Jenis pekerjaan di Malaysia. Kumpulan 2 Sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia. Kumpulan 3 Bidang kerja yang menerima pendapatan tinggi di dunia. Catatan:


PENILAIAN & RUMUSAN 4 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan fakta relevan yang dibentangkan oleh kumpulan bagi memastikan murid memahami sumber pendapatan keluarga dan hubung kait antara kerjaya dengan pendapatan. Rumusan 1. Jenis pendapatan terdiri daripada pendapatan aktif dan pendapatan pasif. 2. Pendapatan aktif merupakan pendapatan yang diperoleh melalui sesuatu usaha atau bekerja seperti untung, upah, gaji atau elaun. 3. Pendapatan pasif ialah pendapatan diperoleh tanpa usaha seperti sewa, komisen, faedah, dividen dan bayaran pindahan. Bayaran pindahan merupakan pendapatan seperti bantuan kerajaan, pemberian anak, bantuan zakat, derma atau hadiah. Persediaan diri untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0: • Tajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks • Tingkatkan kemahiran komunikasi, lisan dan penulisan • Mantapkan diri sebagai pemimpin dan ahli pasukan • Tingkatkan kepintaran emosi • Manfaatkan semua peluang dan sentiasa kreatif


Simpanan dan Pelaburan 5 CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Menerangkan simpanan dan pelaburan serta manfaatnya. KEMAHIRAN: ▪ Membuat keputusan simpanan dan pelaburan. NILAI: ▪ Rasional ▪ Berjimat cermat ▪ Bangga 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Simpanan ialah wang yang telah diasingkan untuk kegunaan masa hadapan. Apabila pendapatan diterima, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan dicadangkan untuk dijadikan simpanan. Contohnya, kita membuat simpanan dalam akaun simpanan tetap di bank perdagangan. Pelaburan pula merupakan aktiviti meletakkan sejumah wang dalam instrumen kewangan atau aset untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan. Antara jenis pelaburan adalah seperti pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, pelaburan saham, pelaburan emas atau perak dan pelaburan mata wang asing. Sebagai contoh, dalam pelaburan hartanah, individu akan menerima pendapatan daripada pelaburan berbentuk sewa. Keuntungan modal diperoleh apabila hartanah yang dibeli, dijual pada harga yang lebih tinggi. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Buletin Ringgit, BNM (bnm.gov.my/ringgit) ▪ Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4 Persediaan Guru: ▪ Membuat rujukan dari laman sesawang yang berkaitan. ▪ Mendapatkan pelbagai contoh aktiviti pelaburan. Kredit Gambar: Pixabay ▪ Layari pautan ini untuk mengetahui jenis simpanan: t.ly/bBgL (Sumber: majalahlabur.com) 1.2


1.2 Simpanan dan Pelaburan 6 Aktiviti 1 Amirah seorang murid yang telah menamatkan Tingkatan Lima. Pada hari keputusan SPM, dia telah menerima sebanyak RM30 dari koperasi sekolah. Semasa Tingkatan 1, dia telah membayar sebanyak RM20 untuk pemilikan satu unit saham koperasi. Berdasarkan jumlah wang yang disimpan, bincangkan dalam kumpulan: 1. Adakah RM20 tersebut merupakan simpanan atau pelaburan? 2. Lebihan RM10 yang diterima oleh Amirah adalah ganjaran terhadap aktiviti Amirah. Apakah nama pulangan tersebut? 3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Amirah untuk mendapatkan pulangan lain seperti yang telah diterimanya sebelum ini? Perbincangan kumpulan Murid menonton video inspirasi kejayaan seorang usahawan yang berjaya mengurus wang dengan bijak. Layari alamat laman berikut: t.ly/5EnJ (Sumber: YouTube oleh Jom Urus Duit) Bincangkan soalan berkaitan tayangan video tersebut: 1. Nyatakan tempat simpanan selamat yang boleh mendatangkan keuntungan pada masa depan yang dilakukan oleh Syafiqah. 2. Bagaimanakah simpanan telah membantu Syafiqah mengumpul aset pada usia yang sangat muda?


1.2 Simpanan dan Pelaburan 7 Aktiviti 2 Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan menggunakan rumus di bawah, setiap kumpulan dikehendaki melaksanakan aktiviti berdasarkan soalan yang diberi. Kumpulan 1 Hamid membeli sebuah rumah bernilai RM150,000 secara tunai. Kemudian menjual dengan harga RM240,000 selepas 5 tahun dibeli. Berapakah keuntungan modal yang diperoleh dan kirakan kadar keuntungan setahun? Berikan faktor yang menyebabkan kenaikan harga rumah selepas 5 tahun. Kumpulan 2 Ali membeli sebuah rumah kedai bernilai RM150,000 dengan bayaran ansuran RM800 sebulan. Rumah tersebut disewakan RM1,200 sebulan selama 10 tahun sebelum dijual kepada rakannya. Berapakah jumlah sewa yang diperoleh untuk tempoh 10 tahun? Kirakan pulangan yang diperoleh selepas 10 tahun. Kumpulan 3 Anis membeli syer syarikat AZ sebanyak 10,000 unit yang bernilai RM5 seunit. Dividen diterima ialah 10 sen seunit bagi 2 tahun berturut-turut. Berapakah jumlah dividen yang diperoleh untuk tempoh tersebut? Kumpulan 4 Suria membeli unit amanah bernilai RM150 000. Kadar pulangan pada tahun pertama dan kedua ialah 6% dan 10% masing-masing. Berapakah jumlah wang terkumpul pada akhir tahun kedua? Kumpulan 4: Dividen Tahunan = Unit Syer X Kadar Pulangan Tahunan Kumpulan 1: Keuntungan = Harga Jualan - Harga Belian Kumpulan 2: Pulangan Sewa = (Sewa Bulanan - Ansuran Bulanan) X Bulan Kumpulan 3: Dividen = Jumlah Unit Syer X Harga Seunit Syer X Dividen Seunit X Tahun Sumbang saran: Anda merupakan seorang pelabur. Berdasarkan aktiviti di atas, bentuk pelaburan manakah menjadi pilihan anda? Jelaskan mengapa anda memilih cara pelaburan tersebut?


PENILAIAN & RUMUSAN 8 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan fakta relevan yang ditayangkan oleh setiap kumpulan bagi memastikan murid memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan. Rumusan Tabiat menabung perlu disemai kepada generasi muda sejak kecil supaya apabila dewasa kelak mereka akan menjadi terbiasa dengan amalan menyimpan. Tabungan yang dibuat bukan saja berjaya menampung pembiayaan mereka pada masa depan, malah boleh memberikan keuntungan dalam bentuk pulangan dividen dan modal. ▪ Setiap individu yang menyimpan di bank berhak mendapat faedah (simpanan konvensional) dan hibah (simpanan Islamik). ▪ Setiap pelabur berhak mendapat pulangan pelaburan atas kesediaan menanggung risiko serta kebijaksanaan menguruskan pelaburan. ▪ Menyimpan atau menabung merupakan tanggungjawab setiap individu demi memastikan masa depan lebih terjamin. ▪ Sebelum melabur, setiap pelabur bertanggungjawab mendalami ilmu pelaburan dan menjalankan kajian pasaran agar wang yang dilaburkan memperoleh pulangan pada masa hadapan. Nota: Definisi hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan. (Sumber: mais.gov.my/hibah/)


Pendapatan Mempengaruhi Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 9 CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Menghuraikan cara dan kepentingan merancang dan mengurus kewangan peribadi. ▪ Menentukan agihan peratusan untuk simpanan daripada pendapatan sebelum melakukan perbelanjaan. ▪ Menganalisis perbelanjaan untuk keperluan atau kehendak. ▪ Memerihalkan kesan perbelanjaan terhadap pendapatan. KEMAHIRAN: ▪ Merancang dan mengurus kewangan peribadi. ▪ Menghubung kait pendapatan dengan perbelanjaan yang mempengaruhi gaya hidup. ▪ Membuat keputusan yang bijak dalam melakukan perbelanjaan. NILAI: ▪ Berjimat cermat ▪ Rasional ▪ Bertanggungjawab 1 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Pendapatan digunakan untuk membeli barang keperluan dan barang kehendak. Semakin tinggi jumlah pendapatan, semakin banyak jumlah perbelanjaan yang boleh dibuat. Selain itu, pengguna yang mempunyai jumlah pendapatan tinggi cenderung untuk berbelanja lebih bagi barang kehendak yang berharga mahal. Hal ini akan mempengaruhi gaya hidup seseorang. Semakin ramai generasi muda yang terperangkap dengan tarikan gaya hidup mewah. Kegagalan memahami dan membezakan keperluan dan kehendak menyebabkan mereka berbelanja besar untuk gaya hidup yang mewah. Tanggapan ini jika tidak diubah bakal mendatangkan masalah. Standard Celik Kewangan Ibu bapa memainkan peranan yang penting memupuk kesedaran kewangan sejak dari awal. Contohnya, ibu bapa mendidik anak-anak untuk membandingkan harga barang yang sama di kedai yang berlainan dan memilih untuk berjimat cermat ketika berbelanja. Masih ramai rakyat Malaysia yang sanggup berhabis ratusan hingga ribuan ringgit membeli barang berjenama, semata-mata untuk kelihatan mewah. Sikap ini akan membuatkan kita mudah terpedaya dengan perangkap harga iaitu membeli barang-barang yang mungkin terlalu mahal berbanding kualiti yang ditawarkan. 1.3


1.3 Pendapatan Mempengaruhi Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 10 NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4 Persediaan Guru: ▪ Mencari maklumat berkaitan keperluan dan kehendak. ▪ Mencari maklumat berkaitan penyediaan belanjawan peribadi. ▪ Memuat turun video dan borang belanjawan peribadi yang berkaitan. ▪ Buletin Ringgit, Edisi Januari 2016: t.ly/0PeK Tip Pengurusan Kewangan Berikut ialah beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam menguruskan kewangan, iaitu: 1. Simpan 10 peratus daripada pendapatan bulanan. 2. Catatkan segala perbelanjaan harian, termasuk bayaran yang dibuat menggunakan kad kredit. 3. Senaraikan segala hutang dan bil tertunggak. Tetapkan matlamat anda untuk melangsaikan hutang tersebut. 4. Utamakan keperluan daripada kehendak. 5. Tetapkan azam untuk mencapai matlamat kewangan. Disiplinkan diri dan jangan berputus asa. 6. Sediakan perlindungan kewangan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. 7. Sentiasa mengemas kini maklumat pembayaran pinjaman dengan pihak institusi perbankan (sekiranya ada). 8. Dapatkan maklumat terkini laporan kredit melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) di Bank Negara Malaysia dan cawangan/pejabat wilayah berhampiran. (Sumber: Bank Negara Malaysia)


1.3 Pendapatan Mempengaruhi Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 11 Aktiviti 1 Khairul diberi wang berjumlah RM350.00 untuk membuat persiapan pembukaan semester kedua pengajian di universiti. Berikut adalah beberapa barang yang hendak dibeli menggunakan wang tersebut. Anda diminta untuk memberi nasihat kepada Khairul yang ingin membuat keputusan dalam pembelian barang keperluan untuk semester pengajian yang akan datang. 1. Daripada empat pilihan barang di atas, apakah pilihan Khairul? 2. Beri justifikasi pada pilihan yang dibuat. RM89.00 RM350.00 RM200.00 RM60.00 Aktiviti 2 Aktiviti Berpasangan 1. Secara berpasangan murid diminta menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. 2. Murid menentukan tahap keutamaan perbelanjaan berdasarkan keperluan dan kehendak. 3. Murid diminta melengkapkan belanjawan peribadi. (Sila rujuk Lampiran 1). 4. Murid diminta membuat anggaran peratusan sebagai simpanan sebelum melakukan perbelanjaan. (Sila rujuk Lampiran 2). 5. Murid diminta membandingkan kelebihan dan kekurangan belanjawan peribadi di Lampiran 1 dan 2. Sumber: bnm.gov.my


PENILAIAN & RUMUSAN 12 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian adalah berdasarkan kebolehan murid: i. menyenaraikan barangan keperluan dan kehendak; dan ii. merancang dan mengurus kewangan peribadi melalui penyediaan belanjawan peribadi. Rumusan Pendapatan yang diperoleh perlu diurus dengan bijak supaya dapat meningkatkan tabungan, mengelakkan daripada terperangkap dengan hutang dan pembaziran. Pengaruh dalaman dan luaran juga mempengaruhi gaya hidup individu dalam berbelanja. Oleh itu, seseorang individu haruslah merancang belanjawan diri dan keluarga mengikut keutamaan dan kemampuan. Individu berhak membuat pilihan dalam menentukan gaya hidup sendiri dan keluarga. Demi kesejahteraan kewangan diri dan keluarga, individu itu perlu mengutamakan sikap berjimat cermat dan bersikap rasional dalam menentukan perbelanjaan dan gaya hidup.


LAMPIRAN 1 13 BIL. BUTIRAN RM JUMLAH A. PENDAPATAN B. PERBELANJAAN KEPERLUAN: KEHENDAK: C. SIMPANAN (PENDAPATAN - PERBELANJAAN) BELANJAWAN PERIBADI


LAMPIRAN 2 14 BELANJAWAN PERIBADI BIL. BUTIRAN RM JUMLAH A. PENDAPATAN B. SIMPANAN ( %) (Nyatakan peratus simpanan yang wajar dilakukan) C. PERBELANJAAN (PENDAPATAN - SIMPANAN) KEPERLUAN: KEHENDAK: D. LEBIHAN PENDAPATAN


Instrumen Kewangan 15 CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Menjelaskan pelbagai opsyen transaksi kewangan dalam talian bagi membeli, membuat pembayaran, pemindahan dana dan lain-lain. ▪ Menjelaskan cara penggunaan instrumen kewangan seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet secara bertanggungjawab. KEMAHIRAN: ▪ Membanding kebaikan dan keburukan kaedah pembayaran yang berbeza seperti kad debit, kad kredit dan kaedah pembayaran dalam talian. ▪ Mengaplikasi transaksi kewangan dalam talian secara bijak dan bertanggungjawab. NILAI: ▪ Berwaspada ▪ Bertanggungjawab 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Instrumen kewangan merupakan alat yang digunakan untuk memudahkan pengguna membuat urusan pemindahan dana tanpa tunai seperti kad kredit, kad debit, e-dompet dan pembayaran secara dalam talian. Kad kredit merupakan instrumen pembayaran yang membolehkan pemegang kad membeli barang atau mendapatkan perkhidmatan secara elektronik tanpa tunai. Pengeluar kad kredit (institusi kewangan) akan membuat bayaran kepada peniaga dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad. Kad debit pula merupakan kad Auto Teller Machine (ATM) yang boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan di semua kaunter pembayaran. Jumlah pembayaran yang dikenakan akan ditolak serta-merta daripada akaun bank pengguna. E-dompet adalah satu aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal yang menyimpan wang dan juga maklumat akaun bank dalam bentuk aplikasi digital. E-dompet berfungsi sama seperti kad debit namun bezanya ialah semua individu boleh mendaftar secara online dan percuma serta menggunakan telefon bimbit. Pembayaran secara dalam talian adalah kemudahan bayaran menggunakan kad kredit atau kad debit untuk urusniaga pembelian barang dan perkhidmatan secara dalam talian. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Buletin Ringgit, BNM (bnm.gov.my/ringgit) Persediaan Guru: ▪ Mencari maklumat berkaitan transaksi pembelian dan pembayaran menggunakan pelbagai instrumen kewangan. ▪ Menyediakan laman simulasi, alat atau bahan untuk aktiviti pembelian dan pembayaran secara dalam talian. Buletin Ringgit, Edisi Mac 2011 t.ly/06UO Buletin Ringgit, Edisi Sept 2014 t.ly/JtbO 1.4


1.4 Instrumen Kewangan 16 Bank membuat bayaran Arahan penghantaran barang BANK PERKHIDMATAN KURIER PEMBELI PENJUAL PLATFORM JUALAN Arahan membuat bayaran Pembayaran dibuat Iklan / Promosi Barang dihantar oleh kurier • Kad kredit • Kad debit • Pembayaran secara dalam talian Tatacara Pembelian Secara Dalam Talian


1. Murid diminta meneroka maklumat melalui Internet tentang kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit, kad debit dan e-dompet. 2. Murid menerangkan konsep kad kredit, kad debit dan e-dompet. 3. Murid mengisi maklumat dalam jadual yang disediakan. Nota: Pengguna kad kredit, kad debit dan e-dompet adalah bertanggungjawab menggunakan kemudahan tersebut secara bijak. 1.4 Instrumen Kewangan 17 Aktiviti 1 KAD KREDIT Kebaikan Keburukan KAD DEBIT Kebaikan Keburukan E-DOMPET Kebaikan Keburukan


1.4 Instrumen Kewangan 18 Aktiviti 2 1. Aina ingin membeli hadiah hari jadi untuk ibunya tetapi dia sibuk dengan urusan pejabat. 2. Bagaimana anda dapat mencadangkan cara pembelian tanpa mengunjungi tempat jualan? 3. Apakah kaedah pembayaran yang memudahkan Aina? 4. Apakah alasan anda mencadangkan instrumen pembayaran itu? Kredit Gambar: Pixabay Catatan:


PENILAIAN & RUMUSAN 19 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan kebolehan murid: i. meneroka maklumat berkaitan tentang kebaikan dan keburukan kad kredit, kad debit dan e-dompet; dan ii. mencadangkan instrumen kewangan yang terbaik bagi membantu Aina menyelesaikan masalahnya. Rumusan Kewujudan pelbagai instrumen pembayaran dalam talian memudahkan pengguna membuat pembayaran bagi transaksi yang dilakukan. Sebagai pengguna yang bijak dan bertanggungjawab, individu perlu membuat keputusan yang tepat semasa membuat transaksi supaya dapat mengelakkan pembaziran atau penipuan pihak ketiga. Individu boleh menggunakan pelbagai instrumen kewangan semasa transaksi urusniaga. Demi kesejahteraan kewangan diri dan keluarga, individu perlu bijak dan bertanggungjawab dalam menggunakan instrumen kewangan. Layari pautan pada t.ly/dJsI untuk mendapat maklumat tentang pencurian maklumat kewangan. (Sumber: bnm.gov.my) Imbas kod QR ini untuk video, Lindungi Diri Anda Dari Pencuri Maklumat Kewangan .


Kesan Pendapatan Kepada Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 20 CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Menyatakan maksud inflasi. ▪ Menjelaskan kesan inflasi terhadap gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja. KEMAHIRAN: ▪ Menganalisis kesan inflasi terhadap kuasa beli. ▪ Mengubah suai belanjawan peribadi dengan mengambil kira keadaan inflasi. NILAI: ▪ Rasional ▪ Berhemat 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Inflasi bermaksud suatu kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa secara berterusan. Keadaan ini menyebabkan bagi setiap unit mata wang pengguna cuma dapat membeli barang dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Buku Teks Ekonomi Tingkatan 5 Persediaan Guru: ▪ Mencari maklumat berkaitan inflasi, tingkat harga umum barang dan perkhidmatan serta kesannya terhadap gaya hidup dan keputusan berbelanja. ▪ Menyediakan alatan dan bahan untuk aktiviti kad imbasan dan pengiraan dalam aktiviti. (Sumber: Bank Negara Malaysia) Aktiviti: Murid membincangkan perbualan di atas. Tip untuk perbincangan: Carikan maklumat mengenai inflasi. https://www.scribd.com/document/ 373138757/Buku-Teks-kssmEkonomi-tingkatan-5 1.5


Set Makan Tengah Hari 1.5 Kesan Pendapatan Kepada Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 21 Aktiviti 1 INFO EKSTRA: Guru mengimbas kod QR di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tingkat harga umum dan menayangkannya kepada murid untuk menjalankan Aktiviti 1 hingga Aktiviti 3. (Sumber: YouTube oleh Yong Xi Wen) t.ly/c46D 2014 2021 2014 2021 RM10.00 RM15.49 RM12.60 RM19.60 Aktiviti sumbang saran: 1. Murid berbincang tentang perubahan harga yang berlaku pada tahun 2014 dan 2021. 2. Berdasarkan tayangan video, murid berbincang tentang situasi yang berlaku pada Aktiviti 1. 3. Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan inflasi. Set Makan Malam


1.5 Kesan Pendapatan Kepada Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja 22 Aktiviti 2 Merujuk video yang telah ditonton (Info Ekstra: Kesan Inflasi Negatif), guru memaparkan kad imbasan A sebagai panduan utama dan kad imbasan B diselerakkan. 1. Murid diminta membuat padanan kepada kad imbasan A dengan B. Kad imbasan A boleh dipadankan dengan beberapa kad imbasan B oleh murid. 2. Guru membimbing murid merumuskan kesan inflasi terhadap gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja. KUMPULAN KAD A KUMPULAN KAD B Kos sara hidup meningkat. Harga barang Kurang mampu membeli barang. Tabungan Mengeluarkan simpanan. Pendapatan Pendapatan benar masyarakat menurun. Eksport Menjejaskan kuasa beli masyarakat. Kadar faedah Harga barang dan perkhidmatan akan meningkat. Bank akan mengawal bekalan wang.


23 Aktiviti 3 Berikut adalah Jadual Pendapatan dan Perbelanjaan Kamal bagi bulan Januari 2015 dan Januari 2020. Berdasarkan jadual di atas, pendapatan adalah sama dengan perbelanjaan bagi bulan Januari 2015. Manakala, pendapatan Januari 2020 berlaku kurangan di mana perbelanjaan melebihi pendapatan sebanyak RM300. Kamal perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk simpanan. 1. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Kamal untuk membuat tabungan? 2. Sediakan satu belanjawan peribadi yang baharu untuk menunjukkan Kamal boleh menyimpan 10% daripada pendapatannya. Pendapatan: Januari 2015 Januari 2020 Gaji 3300 3700 Perbelanjaan: Sewa rumah 600 700 Makanan 800 900 Bil Utiliti 400 600 Ansuran kereta 400 400 Elaun anak 300 400 Rekreasi/ Hiburan 300 300 Perubatan 400 500 Pemberian kepada ibu bapa 100 200 1.5 Kesan Pendapatan Kepada Gaya Hidup, Pilihan dan Keputusan Berbelanja


PENILAIAN & RUMUSAN 24 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan kebolehan murid: i. menyatakan faktor-faktor inflasi; ii. merumuskan kesan inflasi terhadap gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja; dan iii. menyediakan belanjawan peribadi yang sesuai dengan pendapatan diperoleh. Rumusan Keadaan ekonomi semasa mempengaruhi gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja. Inflasi yang berlaku akan memberi kesan terhadap perbelanjaan pengguna. Pengguna perlu bijak membuat perbelanjaan dengan rasional dan berhemat agar pendapatan yang ada dapat disalurkan kepada perbelanjaan yang sepatutnya dan mengelakkan diri daripada perangkap hutang. Individu berhak untuk berbelanja atas pilihan sendiri. Demi kesejahteraan diri dan keluarga, individu perlu rasional dan berhemat dalam berbelanja bagi mengelak terjerumus ke arah pembaziran dan terperangkap dalam gejala berhutang.


Click to View FlipBook Version