Keputusan Kewangan 25 CK2: Tanggungjawab dalam Membuat Keputusan Kewangan CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Menjelaskan kepentingan individu membuat keputusan kewangan berkait dengan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan. KEMAHIRAN: ▪ Membuat keputusan kewangan yang bijak berkaitan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan. ▪ Menilai keputusan kewangan yang dibuat. NILAI: ▪ Bijak membuat keputusan ▪ Rasional 1 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Kemahiran pengurusan kewangan memerlukan individu membuat keputusan kewangan yang bijak. Keputusan kewangan tersebut melibatkan simpanan dan perbelanjaan. Adalah dicadangkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan diperuntukkan untuk simpanan. Sebahagian daripada pendapatan juga boleh dijadikan sebagai pelaburan yang akan menambah pendapatan pada masa hadapan. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ DimensiKoop Bil. 50, artikel No. 3 bertajuk Wang Uruslah dengan Bijak (muka surat 17 – 23). ▪ Pautan Internet atau imbaskan pada kod QR yang diberi. Persediaan Guru: Paparkan nota rujukan yang dicadangkan. atau Sediakan bahan rujukan tersebut untuk kegunaan murid. Sumbang Saran 1. Bagaimana masalah kewangan boleh berlaku? 2. Terangkan kesan apabila seseorang individu menghadapi kekurangan sumber kewangan. 3. Jelaskan 5 tip utk mengurus kewangan dengan berkesan. 4. Bagaimanakah murid boleh merancang pengurusan kewangan mereka dgn bijak? t.ly/Boze (Sumber: DimensiKoop, Institusi Koperasi Malaysia; 2016) 2.1
2.1 Keputusan Kewangan 26 Aktiviti 1 1. Anda ingin memiliki sebuah telefon bimbit yang baharu. Buat kajian tentang harga satu jenis telefon bimbit yang anda ingin miliki. Imbas pautan yang berikut bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. 2. Jadual di bawah adalah ciri-ciri pilihan untuk memiliki sebuah telefon bimbit. Sebagai pengguna yang bijak, tandakan satu ciri yang menjadi pilihan dan berikan alasan anda. 3. Jadual di bawah menunjukkan punca pendapatan yang anda akan peroleh untuk membeli sebuah telefon bimbit pada harga RM800.00 dari simpanan untuk tempoh 12 bulan. Sila lengkapkan jadual di bawah bagi mencapai hasrat anda dan bentangkan. t.ly/gZJe (Sumber: YouTube oleh Anugerah Adina) Ciri-ciri Tandakan (√ ) atau ( X ) Harga Fungsi/Kegunaan Jenama Punca pendapatan Jumlah pendapatan Simpanan Contoh: Wang saku (RM100 X 12 bulan) RM1,200.00 RM120.00 Bekerja sambilan Punca lain (nyatakan………………………...) Jumlah RM800.00
2.1 Keputusan Kewangan 27 Aktiviti 2 Murid dibahagikan kepada empat orang ahli setiap kumpulan yang merupakan satu keluarga. Pendapatan keluarga anda (kumpulan) adalah RM5,000 sebulan. Keluarga anda tinggal di rumah sewa dan masih lagi belum mempunyai rumah sendiri. Berikut merupakan perbelanjaan bulanan keluarga anda. 1. Bandingkan pendapatan dengan perbelanjaan keluarga anda. Apakah rumusan yang boleh anda buat? 2. Keluarga anda ingin membeli rumah dengan bayaran ansuran RM1,000 sebulan. Cadangkan senarai perbelanjaan yang baharu bagi membolehkan keluarga dapat membeli rumah tersebut dengan melengkapkan jadual di atas. 3. Mengapakah anda mengurangkan perbelanjaan di soalan (2)? 4. Apakah cadangan anda untuk membuat simpanan dan pelaburan pada masa hadapan? Berikan alasan anda. 5. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda. Perbelanjaan Jumlah (RM) Perbelanjaan Baharu Ansuran kereta 1,000 Sewa rumah 700 Makanan 1,200 Petrol 700 Bil utiliti (telefon, elektrik, air, astro) 450 Riadah/hiburan/pakaian 750 Wang saku anak-anak 200 JUMLAH 5,000
PENILAIAN & RUMUSAN 28 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: I. Penilaian berdasarkan jumlah pendapatan yang berjaya dijana untuk membeli telefon bimbit tersebut. II. Penilaian berdasarkan hasil tugasan kumpulan yang berjaya membuat keputusan kewangan yang cekap dan bijak: i. mengenal pasti sejumlah simpanan dan pelaburan yang boleh dilakukan; dan ii. mengenal pasti beberapa item perbelanjaan yang dapat diubah suai supaya penjimatan dapat dilakukan. Rumusan Belanjawan peribadi atau bajet merupakan pelan mengurus kewangan peribadi. Ianya membantu anda dalam membuat keputusan kewangan secara berhemat. Pecahan perbelanjaan seharusnya seperti berikut: • 40% bayaran balik pinjaman • 50% perbelanjaan isi rumah • 10% simpanan Belanjawan peribadi juga dikenali sebagai bajet. Bajet terdiri daripada anggaran pendapatan dan anggaran perbelanjaan yang dibuat bagi satu tempoh tertentu seperti satu bulan.
Maklumat Kewangan dan Iklan Pelbagai Sumber 29 CK2: Tanggungjawab dalam Membuat Keputusan Kewangan PENGETAHUAN: ▪ Mengenal pasti maklumat kewangan dalam iklan pelbagai sumber. ▪ Menerangkan kelebihan dan kelemahan maklumat kewangan dalam iklan. ▪ Menjelaskan pelbagai jenis penipuan kewangan. KEMAHIRAN: ▪ Menilai maklumat kewangan dalam iklan pelbagai media untuk membuat keputusan kewangan. ▪ Mencadangkan tindakan yang boleh mengelakkan strategi persuasif yang digunakan oleh rakan sebaya, media dan perniagaan. NILAI: ▪ Bertanggungjawab ▪ Rasional 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Produk dan perkhidmatan kewangan seperti pinjaman peribadi dan skim pelaburan banyak diiklankan dalam pelbagai sumber contohnya dalam akhbar dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, maklumat kewangan dalam iklan pelbagai sumber ini perlu dikaji dan diteliti secara mendalam dan rasional sebelum membuat keputusan kewangan. Walau bagaimanapun sebagai pengguna yang bijak, kita perlu berhati-hati supaya tidak dimanipulasi dan menjadi mangsa penipuan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan. Standard Celik Kewangan Sila teliti dan fahami infografik Jauhi Skim Cepat Kaya yang ditunjukkan di sebelah. 2.2
30 NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Produk dan perkhidmatan kewangan boleh diperolehi dari laman sesawang seperti di bankrakyat.com.my dan bsn.com.my. Persediaan Guru: Sediakan senarai contoh produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dikaji oleh murid. Aktiviti 1 Kaji dan fahami iklan di bawah. Bank PERTAMA 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan nombor 1 hingga 6. Kumpulan yang bernombor ganjil akan mengkaji kandungan Iklan A. Kumpulan yang bernombor genap mengkaji kandungan Iklan B. 2. Tugasan kumpulan seperti berikut: ▪ Senaraikan maklumat-maklumat kewangan yang terdapat dalam iklan tersebut. ▪ Bincangkan kelebihan dan kelemahan maklumat kewangan dalam iklan tersebut. 3. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan daripada perbincangan. KUMPULAN TUGASAN 1, 3, 5 Iklan A 2, 4, 6 Iklan B 2.2 Maklumat Kewangan dan Iklan Pelbagai Sumber Iklan A Iklan B
2.2 Maklumat Kewangan dan Iklan Pelbagai Sumber 31 Aktiviti 2 Fahami dan kaji iklan dibawah. Iklan berikut berkaitan dengan satu tawaran pinjaman peribadi. 1. Berdasarkan kumpulan seperti dalam Aktiviti 1, setiap kumpulan menganalisis iklan dan menilai kebenaran maklumat kewangan yang tertera dalam iklan. 2. Setiap kumpulan menyenaraikan unsur-unsur keraguan dalam iklan tersebut. Aktiviti 3 Situasi 1: Gores dan Menang Dianggotai sindiket yang mencari mangsa di rumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan. Situasi 2: Menjual Barangan yang Didakwa daripada Jabatan Kastam Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam digunakan untuk menyakinkan mangsa. Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram. Teliti kedua-dua situasi di atas. Bincangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan penipuan kewangan tersebut.
PENILAIAN & RUMUSAN 32 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan fakta relevan yang dihasilkan oleh setiap kumpulan untuk memastikan murid memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat kewangan. Rumusan Setiap individu perlu peka dan berhati-hati serta mengkaji setiap maklumat dalam iklan yang berkaitan dengan kewangan sama ada benar atau palsu sebelum membuat keputusan kewangan. “Jangan dedahkan maklumat kewangan anda kepada siapa sahaja dalam apa jua keadaan sekalipun. Sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda.” (Sumber: http://fraudalert.bnm.gov.my)
Kredit dan Hutang 33 CK5: Pengurusan Kredit dan Hutang PENGETAHUAN: ▪ Menyatakan konsep kredit dan hutang. KEMAHIRAN: ▪ Mengira kredit dan hutang. ▪ Menganalisis kelebihan hutang untuk menjana aset berbanding perbelanjaan penggunaan. NILAI: ▪ Rasional ▪ Bertanggungjawab ▪ Bijak membuat keputusan 1 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Kredit merujuk kepada kemudahan pinjaman dari institusi kewangan dan dibayar dalam tempoh tertentu secara ansuran. Biasanya kredit digunakan untuk pembelian barang atau aset. Kad kredit merupakan alat bagi pembelian secara kredit. Hutang ialah pinjaman atau ansuran kredit yang tidak dibayar. Seseorang akan terperangkap dengan hutang apabila mereka tidak mampu membayar pinjaman. Standard Celik Kewangan Sumbang Saran Berikut adalah 2 contoh yang berkaitan kredit dan hutang. Tonton video yang berikut: (Sumber: Youtube oleh ASNBmy) Setelah menonton video tersebut, bincangkan dalam kumpulan: 1. Apakah pembelian barang yang melibatkan hutang? 2. Terangkan jenis-jenis pinjaman? 3. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum berhutang? 203A Segmen 1 Asas Pengurusan Hutang dan Pinjaman Pautan video: t.ly/ATKS 203A Segmen 2 Asas Pengurusan Hutang dan Pinjaman Pautan video: t.ly/y6Pr 3.1
3.1 Kredit dan Hutang 34 NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Pautan laman sesawang: Persediaan Guru: ▪ Mendapatkan maklumat berkaitan kredit dan hutang di laman sesawang. ▪ Mendapatkan maklumat pinjaman peribadi daripada beberapa bank tempatan. https://www.akpk.org.my/my/ node/635 https://www.akpk.org.my/content/ 482-jenis-jenis-pinjaman CONTOH 1 Jumlah bayaran secara ansuran: RM130 X 36 bulan = RM4,680.00 Perbezaan antara harga kredit dengan harga tunai ialah RM1,080.00, peningkatan harga sebanyak 30%. SMARTPHONE: XYZ NOTE 10+ Tunai: RM3,600.00 Bayaran ansuran mudah: RM130 X 36 bulan CONTOH 2 Encik Ahmad membuat pinjaman peribadi daripada sebuah bank berjumlah RM45,000.00 untuk tempoh 7 tahun dengan kadar faedah 3.6 % setahun. Jumah faedah setahun: RM45,000.00 X 3.6% = RM1,620.00 Jumlah faedah untuk tempoh 7 tahun: 7 tahun X RM1,620.00 = RM11,340.00 Jumlah pinjaman: RM45,000.00 + RM11,340.00 = RM56,340.00 Ansuran bulanan : RM56,340.00 = RM670.71 84 bulan Jumlah hutang yang ditanggung oleh Encik Ahmad ialah berjumlah RM56,340.00 (pokok + faedah). Nota: Contoh di atas menunjukkan bahawa setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah. Kadar faedah ialah sesuatu yuran yang dikenakan pada modal yang dipinjam dengan kadar tertentu yang dipersetujui. Berikut adalah contoh bagi menunjukkan pengiraan kadar faedah yang dikenakan untuk pembelian secara kredit dan pinjaman peribadi. Contoh 1 Contoh 2
3.1 Kredit dan Hutang 35 Aktiviti 1 1. Nyatakan dua kebaikan bagi setiap bayaran berikut. Secara tunai: i. ........................................................................................................ ii. ........................................................................................................ Secara kredit: i. ........................................................................................................ ii. ........................................................................................................ 2. Berdasarkan pengalaman dalam keluarga anda, berikan dua contoh pembelian yang dilakukan secara hutang. i. ........................................................................................................ ........................................................................................................ ii. ........................................................................................................ ........................................................................................................
3.1 Kredit dan Hutang 36 Aktiviti 2 3. Kenal pasti setiap yang berikut sama ada HUTANG BAIK atau HUTANG BURUK. Bagi menjawab soalan-soalan berikut, anda boleh melayari video sebelum ini iaitu: 203A Segmen 1 Asas Pengurusan Hutang dan Pinjaman Pautan video: t.ly/ATKS 203A Segmen 2 Asas Pengurusan Hutang dan Pinjaman Pautan video: t.ly/y6Pr a. Pinjaman yang boleh menghakis kekayaan anda. ................................................................................................................................ b. Jumlah bayaran balik semula pinjaman yang lebih rendah. ................................................................................................................................ c. Satu bentuk pelaburan yang masuk akal untuk kewangan anda pada masa depan. ................................................................................................................................. d. Anda tidak pasti sama ada mampu atau tidak untuk membayar balik semula pinjaman. ................................................................................................................................ e. Pinjaman peribadi untuk membiayai perbelanjaan perkahwinan anda. ................................................................................................................................. f. Pinjaman kenderaan untuk tujuan penggunaan sendiri. …………………………………………………………………………………………….
3.1 Kredit dan Hutang 37 Aktiviti 3 Fahami dan kaji situasi di bawah dan jawab soalan berikutnya. Puan Wong ingin mengubah suai rumahnya. Dia memerlukan RM50,000. Maklumat berikut menunjukkan kadar faedah setahun yang ditawarkan oleh pihak bank. Puan Wong diberi pilihan untuk membayar balik pinjaman sama ada untuk setahun ataupun 2 tahun. Sebagai seorang yang berpengetahuan kewangan, cadangkan kepada Puan Wong tempoh bayaran balik yang terbaik untuk Puan Wong. Tunjukkan implikasi kewangan dengan bukti pengiraan bagi kedua-dua tempoh tersebut. Bank Perdagangan Kadar faedah 3.6% setahun Kredit Gambar: Pixabay
PENILAIAN & RUMUSAN 38 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan ketepatan fakta dan pengiraan yang dipersembahkan oleh murid bagi memastikan murid dapat membuat penilaian dan keputusan tepat untuk berhutang, khasnya hutang baik. Rumusan 1. Setiap kemudahan pembayaran (tunai atau kredit) mempunyai kebaikan dan kelemahan. 2. Keperluan berhutang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kini, tetapi fokus kepada hutang baik apabila berhutang. 3. Ketidakupayaan mengawal hutang, khasnya hutang buruk akan mendedahkan kepada tekanan kehidupan. • Setiap peminjam akan mendapatkan sejumlah amaun yang dipinjam daripada pihak institusi kewangan berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama. • Pemberi pinjaman menawarkan kadar faedah dan tempoh pinjaman serta jumlah ansuran bayaran balik. Sebagai individu yang bijak, anda perlu membuat keputusan berdasarkan keupayaan kewangan.
Kad Kredit 39 CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan CK5: Pengurusan Kredit dan Hutang PENGETAHUAN: ▪ Mengenal pasti ciri-ciri kad kredit. ▪ Menjelaskan kelebihan dan kekurangan kad kredit. ▪ Menjelaskan kesan jika seseorang itu membuat pembayaran minimum, lewat dan yuran lewat ke atas kad kredit. KEMAHIRAN: ▪ Menganalisis kredit yang ditawarkan secara bijak dan bertanggungjawab. ▪ Mengira baki hutang kad kredit bulan berikutnya beserta faedah. NILAI: ▪ Bertanggungjawab ▪ Bijak membuat keputusan ▪ Berhati-hati 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Kad kredit ialah sejenis instrumen pembayaran yang membolehkan anda untuk membeli barang dan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar bagi pihak anda kepada penjual dan menghantar penyata bulanan kepada anda. Anda diberi pilihan sama ada untuk membayar penuh kad kredit mengikut tempoh yang ditetapkan atau membuat pembayaran minimum. Jika anda hanya membuat bayaran minimum setiap bulan, anda perlu membayar kadar faedah yang lebih dan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan baki hutang anda. Akhirnya, anda akan terperangkap dengan hutang yang semakin bertambah dari bulan ke bulan. Jadilah pengguna kad kredit yang bijak dengan menyelesaikan hutang kad kredit secepat yang mungkin, membuat pembayaran penuh, menggunakan kad kredit bagi perbelanjaan yang perlu dan mengikut kemampuan serta menggunakan kad kredit untuk menangani situasi kecemasan. Standard Celik Kewangan Kredit Gambar: Pixabay 3.2
3.2 Kad Kredit 40 NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Maksud kad kredit: Persediaan Guru: ▪ Lembaran kerja ▪ Kertas warna t.ly/QVvO (Sumber: bnm.gov.my) CONTOH 2 Aktiviti 1 Encik Velusamy ditawarkan kad Visa dan Mastercard daripada beberapa institusi perbankan. Encik Velusamy ingin memiliki kedua-dua kad daripada institusi perbankan yang sama tetapi belum membuat keputusan untuk memilih tawaran yang terbaik kepadanya. Murid diminta untuk membantu Encik Velusamy membuat pilihan tersebut. 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan menganggap kumpulan mereka sebagai Encik Velusamy. 2. Sila membuat perbandingan antara kad Visa dan MasterCard berdasarkan jadual di bawah. 3. Bank manakah yang menjadi pilihan terbaik Encik Velusamy? Maklumat/ Butiran Visa Mastercard Nama insitusi kewangan Yuran tahunan Tempoh sah kad Kadar faedah tahunan Kaedah pengiraan caj kewangan baki bulanan Had kredit Bayaran minimum Ganjaran Kad
3.2 Kad Kredit 41 Aktiviti 2 Sila layari pautan yang berikut: 1. Jawab semua soalan dalam Lembaran Kerja 1. 2. Tulis dalam kertas mahjong dan tampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. (Aktiviti Gallery Walk) 3. Murid daripada kumpulan lain akan memberi komen tentang hasil kerja kumpulan yang lain pada sticker note dan tampal pada hasil kerja tersebut. 4. Murid-murid diminta menjelaskan kesan kepada individu apabila mempunyai hutang yang banyak. t.ly/6lAY (Sumber: akpk.org.my) t.ly/5RPz (Sumber: akpk.org.my) Lembaran Kerja 1 Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi: 1. Nyatakan kelebihan menggunakan kad kredit. 2. Apakah masalah yang mungkin timbul jika berlakunya penggunaan kad kredit melebihi had kredit dan di luar kawalan? (Sumber: bnm.gov.my)
3.2 Kad Kredit 42 Aktiviti 3 Berdasarkan situasi Simon, sila jawab soalan di bawah: 1. Lengkapkan jadual berikut. 2. Baki hutang kad kredit Simon selepas bayaran minimum ialah ____________ (bundarkan kepada sen yang hampir). 3. Anda diminta untuk memberi nasihat kepada Simon untuk menguruskan baki hutang kad-kad kredit tersebut. Fahami dan teliti situasi berikut berkaitan dengan penggunaan kad kredit: Simon mempunyai tiga kad kredit, setiap satu dengan had kredit RM5,000. Dia sedang menghadapi masalah menguruskan kewangan kerana mempunyai hutang kad kredit yang berjumlah RM10,000 bagi ketiga-tiga kad. Dia hanya membuat bayaran minimum sebanyak 5% bagi setiap kad. Gaji bulanan Simon ialah RM3,300. Selepas potongan KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan, gaji bersihnya ialah RM2,882 sebulan. Bagi contoh ini, dianggarkan bahawa kadar faedah bagi setiap kad kredit tetap pada 18% setahun, bermakna 1.5% sebulan. Simon bercadang menangani keadaan ini sendiri tanpa membuat apa-apa rundingan dengan pihak bank, tanpa membatalkan kad-kad tersebut atau memohon bantuan daripada pihak ketiga. Pada masa yang sama, Simon juga perlu membayar ansuran kereta RM532, sewa rumah RM650 dan kos sara hidup RM900 sebulan. Baki sebanyak RM300 yang Simon cuba menabung biasanya sebahagian besar diberikan kepada ibu bapanya. Nama Bank Bank A (Master) Bank B (Visa) Bank C (Master) Had RM 5,000 RM 5,000 RM 5,000 Baki Hutang RM 4,500 RM 3,500 RM 2,000 Bayaran Minimum 5%
PENILAIAN & RUMUSAN 43 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: I. Penilaian berdasarkan kebolehan murid menganalisis ciri-ciri kad kredit yang dibincangkan. II. Penilaian berdasarkan hasil pembentangan dan cadangan murid mengenai kelebihan dan kekurangan penggunaan kad kredit. III. Penilaian berdasarkan cadangan murid ke atas situasi yang dihadapi oleh pengguna kad kredit. Rumusan Kini pemilikan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Banyak jenis kad kredit yang terdapat di pasaran, antara yang popular ialah MasterCard dan Visa. Kad kredit kini telah menjadi keperluan demi menyempurnakan kehidupan kita dalam dunia yang serba canggih dan boleh mendatangkan kebaikan kepada kita jika digunakan secara berhemah. Namun kad kredit juga kadangkala mendatangkan keburukan jika disalahgunakan. Oleh itu, kita harus bijak menggunakan kad kredit. Penggunaan kad kredit secara berhemah membantu kita merancang perbelanjaan. Sebaliknya jika digunakan secara tidak terkawal akan menyebabkan bebanan kewangan meningkat.
Perangkap Hutang 44 CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya CK4: Simpanan dan Pelaburan PENGETAHUAN: ▪ Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan hutang. ▪ Menjelaskan cara mengurus hutang dengan bijak untuk mengelak daripada masalah hutang yang berlebihan. KEMAHIRAN: ▪ Menilai kedudukan kewangan sebelum berhutang. ▪ Mengambil tindakan yang perlu bagi membebaskan diri daripada perangkap hutang. NILAI: ▪ Rasional ▪ Bertanggungjawab ▪ Bijak mengurus 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Perangkap hutang berlaku apabila individu berhutang dengan jumlah yang besar dan menghadapi kesukaran untuk dilunaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Antara punca perangkap hutang ialah mahu menunjuk-nunjuk dan untuk memenuhi tuntutan hidup. Bagi mengelakkan situasi ini berlaku, individu perlu bijak menguruskan hutang, mengamalkan gaya hidup sederhana dan sentiasa beringat untuk menabung. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: ▪ Cara Berhutang yang Baik. Persediaan Guru: Guru memilih aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. ▪ Mendapatkan maklumat awal di laman sesawang berkenaan. Terdapat individu lebih gemar untuk membeli barang yang tidak penting secara berhutang… Imbas kod QR di atas atau layari laman sesawang tersebut. Tajuk: Lima Perangkap Hutang t.ly/JRRj (Sumber: akpk.org.my) https://www.bharian.com.my/kolumnis/ 2016/09/195611/cara-berhutang-yangbaik ▪ Tonton DidikTV KPM Perangkap Hutang: t.ly/ESz5 3.3
3.3 Perangkap Hutang 45 Aktiviti 1 Perbualan antara bank (penyedia kad kredit) dan individu (pengguna kad kredit). (Ring…..Ring…..telefon bimbit Encik Azmi berbunyi.) Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada Encik Azmi untuk menyelesaikan masalahnya? Encik Azmi Eh…. nombor siapa ni? Ehh… tak payah jawab lah… (Ring…..Ring……..telefon berbunyi lagi.) Hello, siapa di sana? Bank ABC Hello, En Azmi. Saya daripada Bank ABC ingin memaklumkan hutang kad kredit En Azmi telah tertunggak melebihi dua bulan. Penggunaan kad kredit Encik akan disekat sehingga Encik menjelaskan bayaran minimum. Ini kerana kad kredit Encik mempunyai hutang tertunggak. Encik Azmi Ehh…. tolonglah jangan sekat…. saya guna kad ni untuk membeli-belah…. Bank ABC Maaf Encik, tak boleh! Encik perlu membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum. Encik Azmi Baik, saya akan bayar esok. Aktiviti 2 Guru menyediakan artikel bertajuk Lima Perangkap Hutang seperti yang diberi pada muka surat sebelum ini. Berdasarkan artikel tersebut, murid-murid diminta menjawab soalan berikut. 1. Apakah faktor-faktor penyebab individu cenderung berhutang walaupun untuk barangan yang tidak penting? 2. Nyatakan jenis-jenis hutang yang sering dibuat oleh golongan muda? 3. Terangkan kaedah pengurusan hutang dan cara untuk mengelakkan daripada berhutang? Kredit Gambar: Pixabay
3.3 Perangkap Hutang 46 Aktiviti 3 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid. Baca situasi berikut dan bincangkan tugasan dengan kumpulan anda. Kredit Gambar: Pixabay Situasi 1 Amelia membuat pinjaman bank untuk membeli rumah. Beliau menjelaskan ansuran pinjamannya setiap bulan untuk tempoh selama 15 tahun. Pendapatan bulanan Amelia diagihkan sebanyak 20% untuk simpanan, 40% untuk perbelanjaan isi rumah dan 40% untuk ansuran pinjaman. Situasi 2 Amir membuat pinjaman bank untuk menukar kereta baharu kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya yang telah berkereta baharu. Beliau menjelaskan ansuran pinjamannya setiap bulan untuk tempoh selama 5 tahun. Pendapatan bulanan Amir diagihkan sebanyak 40% untuk perbelanjaan isi rumah dan 60% untuk ansuran pinjaman. 1. Jelaskan jenis hutang bagi Situasi 1 dan Situasi 2? 2. Berdasarkan Situasi 1, huraikan kebaikan yang diperoleh oleh Amelia daripada tindakan yang diambil?
PENILAIAN & RUMUSAN 47 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Murid dinilai dari segi perubahan sikap supaya lebih berjimat cermat, elakkan daripada boros dan membazir. Rumusan Lima Punca Perangkap Hutang: 1. Personaliti: Tabiat semula jadi suka berhutang. 2. Pengaruh persekitaran: Rakan sebaya, persekitaran atau situasi sekeliling yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup. 3. Promosi: Iklan yang menarik perhatian serta mempengaruhi golongan muda membeli menggunakan kad kredit atau cara berhutang yang lain. 4. Pujian dan perasaan: Darah muda, memang suka pujian dan terdorong untuk kelihatan anggun, cantik serta bergaya selaras dengan usia muda dan kerjaya. 5. Kehabisan wang atau ‘pokai’: Disebabkan kehendak hati untuk nampak mewah, mereka sanggup berhutang walaupun sedar tidak berkemampuan. AKPK sedia bantu rakyat menstruktur semula hutang. Layari: https://www.akpk.org.my/content/625-akpk-sedia-bantu-rakyat-urusbebanan-hutang
Kerahsiaan Maklumat Peribadi 48 CK6: Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans PENGETAHUAN: ▪ Menyatakan maklumat data peribadi yang perlu dilindungi. ▪ Menerangkan kesan akibat jika mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak lain (tidak bertanggungjawab). ▪ Menerangkan Peraturan dan Undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi. KEMAHIRAN: ▪ Mencadangkan tindakan yang perlu diambil apabila maklumat data peribadi terdedah kepada pihak lain. NILAI: ▪ Berhati-hati ▪ Bertanggungjawab ▪ Peka 1 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Maklumat peribadi merupakan apa-apa maklumat yang digunakan di dalam urus niaga komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu. Antara maklumat peribadi yang sering disalah guna atau diseleweng oleh pihak lain adalah seperti butiran kad pengenalan, pasport, kad kredit atau maklumat perbankan. Individu yang mengalami kecurian maklumat peribadi mungkin terdedah kepada penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini merupakan satu jenayah. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: Layari laman sesawang berikut: 1. Apakah itu Akta Perlindungan Data Peribadi Murid menonton video ini dan mengenal pasti maklumat atau data peribadi. (https://youtu.be/tspv75yUwWw) atau t.ly/44lt Murid juga boleh menonton DidikTV KPM bertajuk Kerahsiaan Maklumat Peribadi di pautan berikut: (https://youtu.be/V4eRSajEwAY) atau t.ly/wval t.ly/bmZk 2. Tujuh Prinsip Perlindungan Data (Sumber: Jabatan Perlindungan Data Peribadi, KKMM) t.ly/WNi7 4.1
4.1 Kerahsiaan Maklumat Peribadi 49 Aktiviti 1 Murid dibahagi kepada 4 kumpulan. 1. Setiap kumpulan akan melakonkan aksi penjenayah melakukan aktiviti mencuri maklumat peribadi berdasarkan situasi seperti dalam jadual di bawah. 2. Setiap kumpulan boleh menggunakan bahan-bahan terpakai sebagai bahan maujud (peralatan pentas). KUMPULAN SITUASI Kumpulan 1 Menyamar sebagai pelanggan di mesin ATM. Kumpulan 2 Menggodam maklumat di dalam laman Facebook. Kumpulan 3 Mencuri telefon bimbit dan menggodam untuk mendapatkan maklumat. Kumpulan 4 Membuat panggilan telefon bagi mendapatkan maklumat peribadi orang lain. Selepas lakonan, murid berbincang cara mengelakkan diri dari menjadi mangsa kecurian maklumat. Aktiviti 2 Sebaik sahaja pencuri identiti mendapat maklumat peribadi mangsa, mereka boleh menggunakan maklumat tersebut untuk pelbagai perkara, seperti memohon pinjaman bank atau kad kredit menggunakan nama mangsa, membuat pembelian tanpa izin serta maklumat atau dokumen mangsa dijual kepada syarikat lain atau pendatang tanpa izin. Dalam kumpulan yang sama (Aktiviti 1), bincangkan: a. Peranan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam menangani kes-kes kecurian maklumat peribadi. b. Jika situasi di atas berlaku kepada anda, apakah tindakan yang perlu anda lakukan? c. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda. Rujukan (di muka surat sebelah): i. https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/buletin_jpdp/ ii. https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/assets/2019/09/BuletinBil32015.pdf
4.1 Kerahsiaan Maklumat Peribadi 50 Tata Cara Aduan Awam Berkaitan Penyalahgunaan Data Peribadi dalam Transaksi Komersial Bagaimanakah orang ramai boleh membuat laporan kepada Jabatan/Pesuruhjaya – Apakah prosedurnya? Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Akta 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi. Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu: i. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu; ii. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak Pesuruhjaya melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan boleh dijalankan; iii. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan. Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan: Anda hanya perlu menulis surat kepada Pesuruhjaya atau e-melkan kepada [email protected] melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut: i. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; ii. Menerangkan sebab kebimbangan anda; iii. Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat; iv. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan. Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada: Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Lot 4G9, Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya. Tel: 03 8911 5000 / 7927 / 7906 / 7965 Faks: 03 8911 7959 E-mel: [email protected] Website: http://www.pdp.gov.my Aduan Awam: [email protected]
PENILAIAN & RUMUSAN 51 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: Penilaian berdasarkan sikap atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid sepanjang aktiviti dilaksanakan seperti berhati-hati, bertanggungjawab dan peka terhadap kerahsiaan maklumat peribadi. Rumusan 1. Maklumat atau data peribadi yang perlu dilindungi: ▪ Nama dan alamat ▪ Nombor kad pengenalan ▪ Nombor passport ▪ Maklumat perbankan ▪ Maklumat kesihatan ▪ Alamat e-mel ▪ Gambar 2. Teknik penjenayah mencuri maklumat peribadi: ▪ Teknik penggodaman ▪ Mencuri secara fizikal ▪ Penyamaran sosial ▪ Melalui sosial media 3. Antara cara mengelakkan diri dari kecurian identiti: ▪ Tukar kata laluan dari semasa ke semasa ▪ Jangan guna kata laluan yang mudah diteka ▪ Semak dan pastikan url bukan laman sesawang palsu ▪ Maklumat dalam fail peribadi perlu dijaga dengan baik (butiran akaun bank, butiran kad kredit dan maklumat kesihatan) Laporkan kecurian identiti di Bank Negara melalui saluran berikut: ▪ Hubungi: 1-300-88-5465 (1-300-88- LINK) ▪ Faks: 03-2174 1515 ▪ SMS ke 15888: BNM TANYA (laporan/ pertanyaan anda) ▪ E-mel: [email protected] Insiden yang melibatkan jenayah siber boleh dilaporkan melalui saluran berikut: ▪ Hubungi: 1-300-88-2999 atau 019-2665850 (talian bantuan kecemasan 24 jam) ▪ Aplikasi mudah alih Cyber999 ▪ Fax: 03-8008 7000 ▪ SMS ke 15888: CYBER999 REPORT (e-mel laporan) ▪ E-mel: [email protected]
Perlindungan Insurans dan Takaful 52 CK6: Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans PENGETAHUAN: ▪ Mengenal pasti jenis dan fungsi insurans dan takaful. KEMAHIRAN: ▪ Menganalisis kelebihan perlindungan insurans dan takaful. NILAI: ▪ Rasional ▪ Peka ▪ Bijak membuat keputusan 2 jam LITERASI KEWANGAN PENGENALAN Kita sering ditawarkan dengan berbagai jenis polisi insurans dan takaful dari pelbagai syarikat insurans dan takaful tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Perlindungan Insurans dan pelan takaful ialah sebagai instrumen kewangan yang boleh membantu kita dan keluarga kita daripada kerugian akibat risiko yang diinsurans. Standard Celik Kewangan NOTA GURU: Nota Rujukan: Layari laman sesawang berikut: 1. Pengenalan Insurans Murid boleh menonton video berkaitan Insurans dan Takaful di pautan berikut: t.ly/AKZ4 2. Pengenalan Takaful (Sumber: ms.wikipedia.org) DidikTV KPM (2021), Menengah Atas: Matematik bertajuk Matematik Pengguna - Insurans (1) https://youtu.be/awtvX-EB2tw atau t.ly/M3iW DidikTV KPM (2021), Menengah Atas: Matematik bertajuk Insurans https://youtu.be/WocW4WSp1NE atau t.ly/jFn3 BNM Official [Pidato] bertajuk Insurans dan Takaful, Keperluan atau Kemahuan? https://youtu.be/FCJgm1lP1V0 atau t.ly/nrCw t.ly/e6zj 3. Soalan Lazim: Takaful t.ly/4cDK (Sumber: e-muamalat.islam.gov.my/) 4.2
4.2 Perlindungan Insurans dan Takaful 53 Aktiviti 1 Murid dibekalkan dengan artikel kes ringkas di bawah. Teliti dan fahami artikel ini serta jawab soalan yang disediakan. 1. Mengapakah Ali perlu berurusan dengan agen insurans seperti yang diminta oleh pihak JPJ? 2. Jelaskan kepentingan memilik pelindungan insurans kenderaan bermotor. 3. Bincangkan jenis pelindungan insurans kenderaan bermotor yang boleh diambil oleh seseorang pemilik kenderaan bermotor. Pada tahun 2018, Ali berada di Tingkatan 4 dan berumur 16 tahun. Bagi memudahkan urusan Ali ke sekolah, ayahnya telah membeli sebuah motosikal tetapi Ali belum memiliki lesen motosikal. Pada tahun 2019, Ali ingin memperbaharui cukai jalan motosikalnya dan telah berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan tersebut. Sebaliknya, Ali diminta oleh JPJ untuk berurusan dengan agen insurans untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan bermotor sebelum memperbaharui cukai jalan motosikalnya. Cuba anda melayari laman sesawang yang berkaitan dengan perkara berikut. Taipkan kata kunci berikut untuk mendapatkan lebih banyak info. 1. Jenis insurans kenderaan bermotor. 2. Kepentingan insurans kenderaan bermotor.
4.2 Perlindungan Insurans dan Takaful 54 Aktiviti 2 Menguji Minda: Sila tandakan (√) untuk BENAR atau (X) untuk TIDAK BENAR bagi setiap pernyataan di bawah: 1. Dengan memiliki perlindungan insurans, risiko dapat dielakkan. ( ) 2. Perlindungan insurans adalah untuk melindungi sidiinsurans dari kerugian akibat risiko yang diinsuranskan. ( ) 3. Sekiranya pemilik premis memiliki perlindungan insurans kebakaran, dia dapat menuntut pampasan sekiranya berlaku kejadian kebakaran ke atas premisnya. ( ) 4. Penyedia perlindungan insurans adalah orang atau pihak yang membeli insurans. ( ) 5. Polisi adalah perjanjian antara penyedia perlindungan insurans dan sidiinsurans. ( ) 6. Perlindungan insurans adalah satu cara sidiinsurans untuk mengaut keuntungan. ( ) 7. Perlindungan insurans memberi peluang kepada ketua keluarga untuk menabung dan menjamin masa depan. ( ) 8. Sumbangan takaful dan caruman insurans akan dikecualikan cukai pendapatan individu. ( ) Catatan:
PENILAIAN & RUMUSAN 55 Penilaian ▪ Penilaian boleh dilaksanakan secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Penilaian secara khusus: I. Pemerhatian: Keupayaan murid mencari sumber maklumat berkaitan perlindungan insurans dan pelan takaful. II. Berlaku perubahan sikap dan kesedaran mengenai kepentingan insurans dan takaful. Rumusan Murid dapat memahami dan menyatakan: 1. Maksud perlindungan insurans dan takaful. 2. Jenis-jenis perlindungan insurans dan takaful. 3. Kepentingan perlindungan insurans dan takaful. 4. Menyenaraikan empat perbezaan antara perlindungan insurans dan takaful. 1. Syarikat-syarikat insurans dan takaful menyediakan perlindungan insurans dan pelan takaful. Kita boleh mendapatkan perlindungan insurans dan pelan takaful daripada syarikat berkenaan atas risiko yang diinsuranskan. 2. Perlindungan insurans dan pelan takaful melindungi kita daripada pelbagai risiko dalam kehidupan dan membantu dalam pengurusan risiko di samping sebagai simpanan masa depan.
Senarai Pautan 56 Bil. Tajuk Pautan Pautan yang dipendekkan 1 1.1 Semak Apa Pekerjaan Masa Hadapan Untuk Anda: SENARAI PEKERJAAN KRITIKAL (COL) DI MALAYSIA https://www.mohr.gov.my/images/pdf/u kk/SENARAI-PEKERJAAN-KRITIKALCOL-DI-MALAYSIA.pdf t.ly/VPH5 2 Saidina https://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina t.ly/xvWP 3 Monopoly https://en.wikipedia.org/wiki/Monopoly_ (game) t.ly/pLqz 4 1.2 5 Jenis Tabung Simpanan Anak Muda Perlu Ada https://www.majalahlabur.com/kewanga n/4-jenis-tabung-simpanan-kita-perluada/ t.ly/bBgL 5 Gadis Muda Ini Buktikan Gaji Rendah Bukan Penghalang Kumpul Harta https://www.youtube.com/watch?v=dNF z3VPKrSg&t=51s t.ly/5EnJ 6 1.3 Buletin Ringgit, Edisi Januari 2016 https://www.bnm.gov.my/documents/20 124///e063ea1a-81e0-8ff1-731d9f8586dae35e t.ly/0PeK
Senarai Pautan 57 Bil. Tajuk Pautan Pautan yang dipendekkan 7 1.4 Buletin Ringgit, Edisi Mac 2011 https://www.bnm.gov.my/documents/20 124///33b45a0f-67a9-7b0e-373f8df86cd729cd t.ly/06UO 8 Buletin Ringgit, Edisi Sept 2014 https://www.bnm.gov.my/documents/20 124///3af85a50-662e-120c-16c3- 5b0aef228872 t.ly/JtbO 9 Lindungi Diri Anda Dari Pencuri Maklumat Kewangan https://www.bnm.gov.my/-/you-gotphished-protect-yourself-from-phishingscams.. t.ly/dJsI 10 1.5 Buku Teks Ekonomi Tingkatan 5 https://www.scribd.com/document/3731 38757/Buku-Teks-kssm-Ekonomitingkatan-5 DELIMa, KPM 11 Kesan Negatif Inflasi https://www.youtube.com/watch?v=lvtpu Gm1CZM&t=3s t.ly/c46D 12 2.1 DimensiKoop Bil. 50, artikel No. 3 bertajuk Wang Uruslah dengan Bijak (muka surat 17 – 23) https://www.ikkm.edu.my/en/public/publi cation/dimensi-koop/1294-dimensikoop-bil-50-industri-agromakanandalam-pembangunan-ekonomi-koperasi t.ly/Boze 13 Phone Murah Terbaik 2019 Malaysia (Awal Tahun) https://www.youtube.com/watch?v=- V6i0taTvmI t.ly/gZJe
Senarai Pautan 58 Bil. Tajuk Pautan Pautan yang dipendekkan 14 3.1 203A Segmen 1 Asas Pengurusan Hutang dan Pinjaman https://www.youtube.com/watch?v=DVk bSoHk850 t.ly/ATKS 15 203A Segmen 2 Asas Pengurusan Hutang dan Pinjaman https://www.youtube.com/watch?v=75B h0DUxdnM t.ly/y6Pr 16 5 Perangkap Hutang https://www.akpk.org.my/my/node/635 tiada 17 Jenis-jenis Pinjaman https://www.akpk.org.my/content/482- jenis-jenis-pinjaman tiada 18 3.2 Kad Kredit https://www.bnm.gov.my/search#gsc.ta b=0&gsc.q=kad%20kredit&gsc.sort= t.ly/QVvO 19 Gagal Kawal Perbelanjaan Kad Kredit https://www.akpk.org.my/content/858- gagal-kawal-perbelanjaan-kad-kredit t.ly/6lAY 20 Petua Guna Kad Kredit https://www.akpk.org.my/content/488- petua-guna-kad-kredit t.ly/5RPz
Senarai Pautan 59 Bil. Tajuk Pautan Pautan yang dipendekkan 21 3.3 5 Perangkap Hutang https://www.akpk.org.my/my/node/635 t.ly/JRRj 22 Cara Berhutang yang Baik https://www.bharian.com.my/kolumnis/2 016/09/195611/cara-berhutang-yangbaik tiada 23 DidikTV KPM, Teroka (2021) | Menengah Atas : LITERASI KEWANGAN - Perangkap Hutang https://www.youtube.com/watch?v=5qm O7HSDgkE t.ly/ESz5 24 4.1 Teaser Jaga Data Anda https://youtu.be/tspv75yUwWw t.ly/44lt 25 DidikTV KPM, Teras (2021) | Menengah Atas: Literasi Kewangan - Kerahsiaan Maklumat Peribadi https://youtu.be/V4eRSajEwAY t.ly/wval 26 Apakah itu Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) https://www.youtube.com/watch?v=N8D 7JfwLFJk&t=8s t.ly/bmZk 27 7 Prinsip Perlindungan Data https://www.youtube.com/watch?v=hnr Msfd_V4o t.ly/WNi7
Senarai Pautan 60 Bil. Tajuk Pautan Pautan yang dipendekkan 28 4.2 Didik TV KPM, Teras (2021) | Menengah Atas: Matematik - Matematik Pengguna - Insurans (1) https://youtu.be/awtvX-EB2tw t.ly/M3iW 29 DidikTV KPM, Teras (2021) | Menengah Atas: Matematik - Insurans https://youtu.be/WocW4WSp1NE t.ly/jFn3 30 [Pidato] Insurans dan Takaful, Keperluan atau Kemahuan? https://youtu.be/FCJgm1lP1V0 t.ly/nrCw 31 Insurans https://ms.wikipedia.org/wiki/Insurans t.ly/AKZ4 32 Takaful https://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful t.ly/e6zj 33 Soalan Lazim : Takaful http://emuamalat.islam.gov.my/ms/soalanlazim/takaful t.ly/4cDK
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
63 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 1.0 Pengenalan PBP ini bermatlamat untuk melahirkan murid celik kewangan yang dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta berupaya mengubah tingkah laku sikap dan nilai yang menjurus kepada kemahiran pengurusan kewangan. Di samping itu, PBP ini dapat memupuk nilai keusahawanan dalam diri murid sepanjang menjalankan aktiviti ini. Pelibatan murid melalui PBP boleh merealisasikan pengetahuan dan kemahiran celik kewangan dalam aktiviti harian. 2.0 Objektif 2.1 Mendidik murid supaya celik dalam menguruskan kewangan peribadi dengan bijak. 2.2 Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan kewangan dalam kehidupan harian. 2.3 Mengaplikasikan nilai dan kemahiran berkolaboratif. 3.0 Definisi 3.1 Celik Kewangan Celik kewangan ialah pengetahuan dan pemahaman konsep kewangan dan risiko, kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tersebut untuk membuat keputusan yang efektif meliputi semua konteks kewangan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kewangan individu dan masyarakat, dan membolehkan pengguna turut serta dalam kegiatan ekonomi. 3.2 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) PBP merupakan satu kaedah pembelajaran yang melibatkan kolaborasi antara murid sebagai pemain utama manakala guru sebagai fasilitator dalam merancang dan menggerakkan aktiviti pembelajaran dalam dunia nyata. Ia mempraktikkan cara pembelajaran yang pelbagai, tugasan secara berkumpulan atau individu, berorientasikan dunia sebenar, kaedah hands-on, gabungan pelbagai mata pelajaran, pelbagai mod komunikasi, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), pembelajaran yang bermakna serta merentasi kurikulum.
64 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 4.0 Pelaksanaan Aktiviti PBP merangkumi tiga fasa iaitu Persediaan, Pelaksanaan dan Perbincangan Kolaboratif yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam program khas atau mana-mana aktiviti mengikut kesesuaian. 4.1 Fasa Persediaan: i. Murid membuat perancangan untuk menjalankan aktiviti jual beli; dan ii. Murid membentangkan hasil perancangan secara berkumpulan. 4.2 Fasa Pelaksanaan: i. Murid melaksanakan aktiviti jual beli berdasarkan hasil perancangan; dan ii. Murid merekod semua urus niaga seperti jumlah jualan dan jumlah kos. 4.3 Fasa Perbincangan Kolaboratif: i. Murid membentangkan maklumat berkaitan aktiviti jual beli yang telah dilaksanakan.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) 65 Standard Celik Kewangan Aktiviti Literasi Kewangan Cadangan hari bersama guru CK1 CK5 Fasa Persediaan: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kelas. 2. Murid menyediakan perancangan perniagaan (rujuk lampiran). 3. Murid mempersembahkan perancangan perniagaan berdasarkan Lampiran yang telah dilengkapkan. Pengetahuan i. Menyatakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan. ii. Mengaitkan pilihan kerjaya, pilihan pendidikan, kemahiran dan keusahawanan dapat mempengaruhi pendapatan. iii. Mengenal pasti kesan pinjaman ke atas individu. Kemahiran i. Menghubung kait pilihan kerjaya dengan pendapatan. Nilai i. Rasional ii. Bekerjasama iii. Bertanggungjawab 3 hari CK3 CK2 Fasa Pelaksanaan: 1. Murid menyediakan produk untuk dijual berdasarkan senarai pilihan. Contoh: makanan, minuman, kraf tangan, hasil seni 2. Melaksanakan aktiviti jualan di dalam kawasan sekolah. Contoh: PBL Showcase, Hari Kantin, Fiesta/Karnival Tingkatan 3 Pengetahuan i. Menghuraikan cara dan kepentingan merancang dan mengurus kewangan. Kemahiran i. Merancang dan mengurus kewangan peribadi. ii. Menganalisis kebaikan dan kelemahan pilihan yang akan dibuat. iii. Membuat keputusan kewangan yang bijak berdasarkan pilihan.(peniaga berdasarkan produk berpotensi untung atau sebaliknya; pembeli berdasarkan barang keperluan atau kehendak). Nilai i. Berjimat-cermat ii. Rasional iii. Berintegriti 1 hari
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) 66 Standard Celik Kewangan Aktiviti Literasi Kewangan Cadangan hari bersama guru CK2 CK4 Fasa Perbincangan Kolaboratif: i. Mengira jumlah kos/belian/ belanja (bahan mentah). ii. Mengira jumlah jualan. iii. Mengira untung/rugi. iv. Membuat keputusan pembahagian untung/simpanan. Pengetahuan i. Menerangkan simpanan dan pelaburan serta manfaatnya. ii. Menghuraikan bahawa setiap hutang perlu dibayar. Kemahiran i. Membuat keputusan simpanan dan pelaburan. ii. Menentukan agihan peratusan simpanan daripada pendapatan diperoleh. Nilai i. Rasional ii. Jimat cermat iii. Bangga 1 hari
LAMPIRAN – BORANG MAKLUMAT AKTIVITI PBP 67 AKTIVITI PERSEDIAAN Nama Perniagaan: Barang Jualan: Sumber Modal*: (daripada PIBG/ahli kumpulan) Pinjaman*: Kirakan Kos/Belian: *Semua sumber modal dikembalikan dan pinjaman (jika ada) perlu dijelaskan. Item RM Contoh: bahan mentah/pinggan/cawan 1. 2. 3. 4. Jumlah AKTIVITI JUALAN Harga Jualan: Item Jualan RM/unit Contoh: kek cawan/gelang manik/penanda buku 1. 2. 3. RM 2.50 AKTIVITI SELEPAS (KEPUTUSAN KEWANGAN) Jumlah Jualan: Jumlah Kos/Belian: Untung/Rugi: (Jumlah Jualah - Jumlah Kos/Belian) Keputusan kewangan: Lebihan/kurangan = untung/rugi - [sumber modal + pinjaman] Pembahagian lebihan/kurangan: (lebihan/kurangan ÷ jumlah ahli kumpulan) Keputusan kewangan = pendapatan individu atau simpanan atau pelaburan
PANEL PENGGUBAL PENASIHAT YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum PENASIHAT EDITORIAL YBrs. Dr. Latip bin Muhammad KETUA EDITOR Puan Fazlinah binti Said EDITOR YBrs. Dr. Chong Yen Nee Tuan Haji Mohd Kamal bin Haji Abdullah Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Mohd Yunus GRAFIK & REKA BENTUK SUSUN ATUR YBrs. Dr. Chong Yen Nee Puan Siti Zulikha binti Zelkepli 69
PANEL PENGGUBAL YBrs. Dr. Chong Yen Nee Bahagian Pembangunan Kurikulum Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Mohd Yunus Bahagian Pembangunan Kurikulum Tuan Haji Mohd Kamal bin Haji Abdullah Bahagian Pembangunan Kurikulum Puan Chin Fong Phin Bahagian Pembangunan Kurikulum Puan Masreen Wirda binti Mohammad Ali Bahagian Pembangunan Kurikulum Encik Mazlan bin Awi Bahagian Pembangunan Kurikulum Puan Noraida binti Md. Idrus Bahagian Pembangunan Kurikulum Encik Velusamy a/l Kuppusamy Bahagian Pembangunan Kurikulum 70
PANEL PENGGUBAL 71 Puan Aeshah binti Salleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Kajang, Selangor Puan Anita binti Tajuddin SMK Taman Selayang, Batu Caves, Selangor Puan Malisah binti Zainol SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor Encik Mohd Zahari bin Jasman SMK Meru, Klang, Selangor Encik Mohd Zuraidi bin Abu Bakar SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail, Pedas, Negeri Sembilan Encik Muhamad bin Resad SMK Kalumpang, Selangor Encik Muhamad Solahuddin bin Harun SMK Batu Muda, Kuala Lumpur Puan Zaiton binti Hussin SMK Aminuddin Baki, Maluri, Kuala Lumpur Puan Zainon binti Muslimin SMK Selayang Bharu, Batu Caves, Selangor
PENGHARGAAN Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Bank Negara Malaysia Berita Harian Institusi Koperasi Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Kementerian Sumber Manusia Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Majalah Labur (https://www.majalahlabur.com/) Majlis Agama Islam Selangor Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Permodalan Nasional Berhad Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Wikipedia Kredit Video kepada YouTube (Anugerah Adina, Jom Urus Duit dan Yong Xi Wen) Kredit Gambar kepada Pixabay, Microsoft Office 365 dan Google 72
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62000 Putrajaya. Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8884 9917 http://bpk.moe.gov.my