INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 TAHUN 2 SEMESTER I) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH II (PRKA3171) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NURUL HUSNA BINTI MOHAMMAD ANGKA GILIRAN 2021192340274 NO. KAD PENGENALAN 030704030556 KUMPULAN A3 PISMP AMBILAN JUN 2021 KOD DAN NAMA KURSUS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH II PRKA3171 TAJUK TUGASAN PORTFOLIO NAMA PENSYARAH CIK HAYATI BINTI MAT YUSOF TARIKH HANTAR 21 JUN 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN 1 2.0 BIODATA DIRI 4 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 6 3.1 PENGENALAN 7 3.2 PERNYATAAN PBS 8 3.3 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS 10 4.0 KURIKULUM 13 4.1 CARTA ORGANISASI 4.2 BIDANG TUGAS PANITIA 4.3 TAKWIM KURIKULUM 4.4 PROGRAM PENINGKATAN KURIKULUM 4.4.1 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PDP 4.4.2 PENDEKATAN DAN STRATEGI PDP 4.4.3 PENGURUSAN DAN KAWALAN KELAS 4.4.4 BAHAN BANTU MENGAJAR (INOVASI) 4.4.5 PENDIDIKAN INKLUSIF 4.4.6 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 4.4.7 PROGRAM KURIKULUM YANG BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI 5.0 KOKURIKULUM 27 5.1 CARTA ORGANISASI 37 5.2 KOMPONEN KOKURIKULUM 39 5.3 TAKWIM KOKURIKULUM 44 5.4 PROGRAM PENINGKATAN KOKURIKULUM 55 5.4.1 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI 5.4.2 KOLABORASI KOMUNITI 56 5.4.3 PENDIDIKAN INKLUSIF 5.4.4 PROGRAM KOKURIKULUM YANG BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI 6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERKAITAN TUGASAN 49 6.1 PEMERHATIAN 6.2 TEMU BUAL 7.0 KOLABORATIF 52 8.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU 61
9.0 REFLEKSI 64 10.0 LAPORAN AKHIR 76 MAKLUMAT SEKOLAH 78 MAKLUMAT HAL EHWAL MURID 83 LAMPIRAN 85
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan bagi kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) yang berkod PRKA3171 ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Hayati binti Mat Yusof, selaku pensyarah pembimbing saya yang banyak membimbing dan menolong saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakanrakan seperjuangan saya yang banyak memberikan pertolongan dan kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir madah, dalam masa saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak mendapat ilmu dan juga pengetahuan baru bagi saya dan ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu. Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN 2-10b KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 2-8) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Kurikulum 4.1 Carta Organisasi 4.2 Bidang Tugas Panitia 4.3 Takwim kurikulum 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan : 4.4.1Perancangan dan Pelaksanaan PdP 4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran 4.4.3 Pengurusan dan Kawalan Kelas 4.4.4 Bahan Bantu Mengajar ( Inovasi) 4.4.5 Pendidikan Inklusif 4.4.6 Pentaksiran da Penilaian 4.4.7 Program kurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan terkini 5 Kokurikulum 5.1 Carta Organisasi 5.2 Komponen Kokurikulum 5.3 Takwim Kokurikulum 5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan : 5.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 5.4.2 Kolaborasi komuniti 5.4.3 Pendidikan Inklusif 5.4.4 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan
6 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 6.4 Soal selidik 7 Kolaboratif (Lampiran 2-11) 7.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 7.4 Interaksi dengan murid 7.5 Perbincangan dengan komuniti sekolah 8 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 8.1 Pemerhatian 8.2 Senarai semak 8.3 Temu bual 9 Refleksi (Lampiran 2-13) 9.1 Aktiviti 9.2 Perbincangan/Interaksi 10 Laporan Akhir Ulasan Penilai: Tandatangan : Nama :
1 1.0MAKLUMAT PENEMPATAN
2 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN 1.1 SURAT PENGENALAN DIRI
3
4 2.0 BIODATA DIRI
5 2.0 BIODATA DIRI 2.1 Nama IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) 2.2 Gambar : 2.3 Nama : Nurul Husna binti Mohammad 2.4 No. K/P : 030704-03-0556 2.5 Alamat : Lot 645-A, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan 2.6 No. Telefon dan emel : 01164375413 , [email protected] 2.7 Ambilan dan pengkhususan : Ambilan Jun 2021, Bahasa Melayu (SK) 2.8 Tahun dan semester : Tahun 3 Semester 1 2.9 Tarikh PBS : 09 Jun hingga 20 Jun 2024
6 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI
7 3.1 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 3.1.1 PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ialah satu program wajib bagi pelajar program ijazah sarjana muda (PISMP) yang dijalankan selama 2 minggu di sekolah yang dipilih untuk memenuhi satu jam kredit bagi kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS 2) yang berkod kursus PRKA3171. Program ini bertujuan memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada guru pelatih dalam memahami sekolah yang merupakan salah satu institusi pendidikan dan mendalami peranan guru di dalam kelas melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan juga interaksi dengan guru serta komunit sekolah. 3.1.2 TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL Antara tujuan utama pernyataan profesional ialah menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas iaitu mencari maklumat berkaitan pengurusan kurikulum dan kokurikulum sekolah dan mendokumentasikannya. Selain itu, pernyataan profesional dapat membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik , seterusnya mmebolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Akhir sekali, pernyataan profesional dapat menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan dan juga penambahbaikan.
8 3.1.3 PERNYATAAN PROFESIONAL 3.2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS Sebelum bermulanya Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS 2), satu taklimat berkaitan PBS telah disampaikan oleh En Mohd Saifudin bin Mat Piah secara atas talian kepada semua guru pelatih daripada Unit Praktikum IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). Taklimat PBS ini telah dijalankan pada 7 Jun 2024 di dalam Google Meet. Taklimat berkenaan tugasan yang perlu dilaksanakan pula telah disampaikan oleh Puan Sabariah, taklimat yang disampaikan berkenaan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar semasa menjalani PBS 2 ini yang bertujuan supaya dapat membantu memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan yang sebenar dan membentuk pemikiran perspektif seorang guru. Setelah mendengar taklimat, barulah kami memahami serba sedikit berkenan (PBS II) ini. Soalan tugasan yang diberikan oleh pihak institut juga perlu disiapkan dalam masa yang diberikan iaitu selama 2 minggu. Maka, segala maklumat tentang soalan tugasan ini perlu dikumpul sepanjang melaksanakan (PBS II). Fokus utama PBS adalah untuk memberi kefahaman dan pengalaman awal kepada bakal guru tentang sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Semua ini bakal diperoleh melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Teras utama bagi menjalankan segala amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah berkiblatkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendek kata, PBS mendidik guru pelatih mendalami alam persekolahan dengan lebih mendalam secara pemerhatian dengan lebih jelas berbanding pembelajaran teori sebelum ini. Seterusnya, fokus utama tugasan PBS adalah memastikan guru pelatih dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Bermula dari hari pertama sehinggalah hari terakhir PBS, guru pelatih dapat menilai setiap budaya yang diamalkan di sekolah tersebut. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran juga tentang pegurusan dan pentadbiran sekolah dari segi kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, komuniti dan sebagainya. Perkara ini diperoleh melalui pemerhatian temu ramah bersama murid-murid dan guru-guru sekolah. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah dapat dicapai. Di samping itu, kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir
9 secara kritis dan analitikal dapat dibina melalui PBS yang akhirnya membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan. Dalam pada itu, segala maklumat berkaitan kurikulum dan kokurikulum sekolah menjadi intipati dalam tugasan PBS kali ini. Oleh itu, saya merancang untuk menjalankan pemerhatian, temu bual dan membuat perbincangan dalam tugasan kerja kursus kali ini. Tugas hakiki yang sudah pasti adalah melengkapkan portfolio sepertimana garis panduan yang disenaraikan oleh Unit Praktikum. Dengan itu, sebelum menjalani PBS, saya perlu mengenal pasti borang-borang penting yang perlu difahami dan diisi bagi memudahkan proses semasa PBS berlangsung nanti. 3.2.2 PERNYATAAN SEMASA PBS Penempatan PBS yang telah saya pilih ialah Sekolah Kebangsaan Sabak , Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Saya memilih sekolah ini kerana dari segi lokasi dan persekitaran sekolahnya yang berhampiran dengan rumah saya dan saya juga telah mengenali beberapa orang warga sekolah di sini. Semasa sedang menjalankan PBS, saya telah melaksanakan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah ditetapkan kepada saya. Pertama sekali, saya telah membuat kajian mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. SK Sabak ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan tersebut ialah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Sepanjang PBS dijalankan, saya dapat melihat sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, temu bual dan sebagainya. Saya dapat melihat pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah yang sistematik dan tersusun. Menerusi PBS juga, guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat yang berkaitan pengurusan bilik darjah. PBS telah membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan. Pada akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi dan laporan akhir mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio. Di samping itu, isi utama PBS pada kali ini ialah untuk mengkaji kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan oleh sekolah. Jadi, saya perlu mengumpul sebanyak yang boleh maklumat berkenaan tugasan yang diberikan dengan menjalankan temu bual dan perbincangan dengan warga sekolah.
10 3.2.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS Selepas menjalani PBS, saya berjaya mengumpul dan mendokumentasikan maklumat yang diperlukan semasa menjalani PBS. Saya juga telah mempelajari teknik bertanya dengan betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Dengan menggunakan teknik bertanya yang betul, saya memperolehi maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Selain itu, saya juga mendapat banyak input yang sangat berguna semasa menemubual Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan juga guru-guru di sekolah tersebut. Mereka juga turut memberikan nasihat agar menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menjadi masa hadapan negara. Dalam pada itu, saya juga dapat membuat pemerhatian bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan intelek. Dari segi pengurusan sekolah pula, saya dapat lihat sistem yang dijalankan sistematik kerana adanya carta organisasi, ahli jawatankuasa dan sebagainya. 3.3 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Laporan yang disediakan dalam bentuk jadual di bawah bertujuan memberikan penerangan dan gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan yang telah dilalui sepanjang tempoh PBS. Berikut merupakan jadual perjalanan PBS yang dilalui sepanjang tempoh yang diberikan. TARIKH HARI AKTIVITI 9 Jun 2024 Ahad • Melapor diri kepada Guru Besar iaitu Encik Mohd Izzuddin bin Mohd Zain. • Sesi perkenalan diri bersama keempatempat pentadbir iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. • Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi senarai nama guru pembimbing. • Mendapatkan buku pengurusan sekolah
11 daripada pembantu operasi. • Membuat lawatan persekitaran sekolah. • Mesyuarat persediaan bagi mesyuarat Agung PIBG bersama guru-guru. 10 Jun 2024 Isnin • Mengumpul maklumat sekolah. • Program Gosok Gigi (Tahap 1 dan 2) • Memantau Ujian Segak Tahun 6 11 Jun 2024 Selasa • Mengumpul maklumat berkenaan staf, kakitangan sekolah, guru-guru dan muridmurid. • Memantau Ujian Segak Tahun 5. • Menemubual guru penyelaras PBD. • Mesyuarat PIBG. 12 Jun 2024 Rabu • Memantau Ujian Segak Tahun 4 • Menemubual Guru Penolong Kanan Pentadbiran. • Mula menulis portfolio. 13 Jun 2023 Khamis • Memantau Ujian Segak bagi murid Tahap 1 • Menemubual Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru lain. • Pertandingan Ikon Kerjaya (Tahap 1) • Menyusun maklumat yang didapati. • Mula membuat laporan kajian lapangan • Mengemaskini portfolio. 16 Jun 2024 Ahad • Cuti (Hari Arafah) 17 Jun 2024 Isnin • Cuti (Hari Raya Aidil Adha) 18 Jun 2024 Selasa • Cuti (Hari Raya Aidil Adha) 19 Jun 2024 Rabu • Aktiviti kokurikulum (unit beruniform). Asas kawad kaki • Menemubual guru kaunseling berkenaan pendidikan inklusif / khas
12 • Mengemaskini portfolio 20 Jun 2024 Khamis • Menemubual Guru Penolong Kanan HEM • Mengambil tanda tangan guru-guru yang ditemu bual. • Tamat PBS
13 4.0 KURIKULUM
14 4.1 CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2024-2025
15 4.2 BIDANG TUGAS PANITIA
16
17 4.3 TAKWIM KURIKULUM
18
19
20
21
22 4.4 PROGRAM PENINGKATAN KURIKULUM 4.4.1 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KURIKULUM Bagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti kurikulum, sekolah ini akan menitikberatkan beberapa langkah terlebih dahulu iaitu : 1. Kalendar akademik & takwim sekolah 2. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 3. Jumlah Jam Mata Pelajaran 4. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Antara program yang dianjurkan ialah Pertandingan Pidato Cilik Madani peringkat SK Sabak yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SK Sabak. Program ini melibatkan murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini bertujuan untuk mengembangkan Kemahiran komunikasi dan keyakinan diri dalam kalangan muridmurid. Guru-guru di sekolah ini percaya bahawa kemampuan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai adalah kemahiran yang sangat penting dan berharga dalam diri murid-murid. Program ini juga dapat menanamkan rasa cinta dan minat terhadap bahasa, sama ada bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan sebagainya. Dengan menghargai keindahan bahasa, murid-murid akan menjadi seseorang yang lebih berpengetahuan dan berbudaya. 4.4.2 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN Pendekatan dan strategi yang digunakan dalam kelas oleh guru bertujuan untuk memastikan semua murid mendapat peluang yang sama untuk belajar dan berjaya. Hasil temu bual dan pemerhatian yang dibuat, pendekatan dan strategi yang dipilih ialah pendekatan pembelajaran berpusatkan murid. Pendekatan ini menjadi pendekatan utama yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah ini. Guru di sekolah ini berpendapat bahawa setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, mereka mengutamakan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid di mana guru cuba untuk memahami keperluan, minat dan gaya pembelajaran setiap murid. Ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid untuk terlibat secara aktif. Jadi, antara strategi yang digunakan oleh guru ialah seperti perbincangan kumpulan kecil, pembelajaran berasaskan projek, penyelesaian masalah kolaboratif dan sebagainya. Selain itu, guru juga ada menerapkan teknologi dalam pembelajaran. Ini kerana teknologi memainkan peranan yang penting dalam pengajaran, kata guru yang ditemu
23 bual. Guru-guru sering menggunakan alat-alat digital seperti PowerPoint, video pendidikan dan aplikasi pembelajaran yang interaktif untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Mereka juga sedang bergiat untuk memaksimumkan penggunaan E-Delima dalam pembelajaran supaya murid terdedah dengan teknologi dan mahir menggunakannya. Dalam pada itu, guru turut mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas supaya tidak membosankan murid-murid. Contohnya, permainan pendidikan, eksperimen, lawatan pendidikan dan sebagainya. Dengan cara ini, murid boleh mehgubungkan sesuatu yang dipelajari dengan dunia yang sebenar. Jadi, melalui pendekatan dan strategi ini ia membantu guru-guru dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan kondusif untuk semua murid. Secara tidak langsung dapat memberi kesan yang positif kepada murid malah sekolah. 4.4.3 PENGURUSAN DAN KAWALAN KELAS Pengurusan dan kawalan kelas antara elemen yang penting supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pertama sekali, guru akan membuat peraturan dan rutin. Contoh peraturan adalah seperti bila mereka boleh bercakap, bagaimana meminta izin untuk ke tandas dan sebagainya. Dengan adanya peraturan-peraturan ini, mereka akan lebih berdisiplin. Sekolah ini turut menyediakan buku rekod kawalan bilik darjah bagi setiap kelas. Selain itu, guru juga menggunakan teknik pengukuhan yang positif untuk menggalakkan tingkah laku yang baik. Misalnya, guru akan memberi pujian, penghargaan atau ganjaran kepada murid yang menunjukkan kelakuan yang baik dan rajin belajar. Jadi, pengukuhan ini bukan sahaja dapat memotivasikan murid tersebut, malah dapat memberi semangat dan contoh kepada murid lain untuk berkelakuan baik. Dalam pada itu, guru turut menyediakan atau membuat jadual bertugas, melantik ketua kelas, membuat satu sudut pembelajaran, mewujudkan tabung kutipan duit kelas dan sebagainya. Dengan adanya tabung kutipan kelas, guru dapat membeli barangbarang untuk menghias kelas supaya kelas lebih ceria dan menarik. Kelas yang ceria dam cantik juga mepengaruhi tahap pembelajaran murid-murid. Kesimpulannya, pengurusan dan kawalan kelas memerlukan pertauranperaturan yang jelas, pengukuhan positif, komunikasi yang baik dengan murid dan sebagainya. Melalui kaedah yang diambil ini, guru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan berkesan untuk semua murid. 4.4.4 BAHAN BANTU MENGAJAR (INOVASI)
24 Menurut guru-guru, penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah ini masih di tahap minima kerana guru kebiasaannya kurang untuk menggunakan bahan-bahan yang sememangnya boleh membantu murid lebih minat dan memahami sesuatu pengajaran. Lebih-lebih lagi inovasi, memang tiada inovasi yang dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan hanyalah lembaran kerja iaitu guru-guru memberikan latihan kepada murid-murid. Srlain itu, guru juga ada membawa murid-murid ke pusat sumber sekolah untuk melihat video pembelajaran berkaitan dengan tajuk pengajaran pada sesuatu masa. 4.4.5 PENDIDIKAN INKLUSIF Seperti yang diketahui, pendidikan inklusif adalah satu pendekatan yang berusaha untuk memastikan semua murid tanpa mengira keupayaan ,menerima pembelajaran yang sama untuk belajar dan berkembang. Pertama sekali, persekitaran kelas perlulah mesra dan menyokong semua jenis tahap keupayaan murid. Contohnya, murid yang mempunyai masalah penglihatan atau murid lembam diletakkan di meja hadapan dan sebagainya. Selain itu, guru juga menggunakan kaedah pengajaran yang dapat memenuhi jenis-jenis kepelbagaian murid. Sebagai contoh, selain pengajaran secara lisan, guru menggunakan bahan visual, audio dan lain-lain lagi. Bagi bahan visual, guru menggunakan kertas yang lebih besar untuk murid yang mempunyai masalah penglihatan, bagi murid yang mengalami masalah pendengaran, guru menggunakan pembesar suara elektronik supaya mudah untuk murid mendengar dan guru juga tidak memerlukan suara yang kuat. Melalui maklumat yang didapati, guru di sekolah ini akan memantau murid-murid yang mempunyai masalah-masalah tertentu untuk melihat perkembangan mereka. Contohnya, apabila guru dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang muid itu, guru kaunselor akan merujuk pakar seperti doktor terlebih dahulu untuk membincang masalah tersebut. Setelah dipastikan seseorang murid itu mempunyai sesuatu masalah keupayaan, barulah guru kaunselor akan memanggil ibu bapa untuk memaklumkan kepada mereka tentang anak-anak mereka. Di sekolah ini, majoriti muridnya merupakan murid perdana, hanya terdapat beberapa orang murid sahaja yang disahkan sebagai orang kurang upaya dan telah dipindahkan ke sekolah yang mempunyai keperluan yang diperlukan oleh mereka. Terdapat juga murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran, contohnya tidak dapat membaca. Jadi, murid-murid ini telah dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas.
25 4.4.6 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Dalam melakukan pentaksiran dan penilaian terhadap murid-murid, guru di sekolah ini menggunakan beberapa kaedah. Kaedah ini dapat membantu guru memahami tahap pencapaian dan perkembangan setiap murid secara holistik. Antaranya ialah pentaksiran secara berterusan atau lebih dikenali sebagai pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, penilaian alternatif dan memberi maklum balas berterusan. Bagi pentaksiran formatif iaitu pentaksiran yang dijalankan secara berterusan di dalam kelas untuk melihat perkembangan murid. Aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru ialah ujian kecil atau kuiz. Kuiz dilaksanakan selepas selesai pembelajaran setiap topik untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap pelajaran yang telah diajar. Guru-guru juga ada memberikan tugasan harian seperti latihan, kerja rumah untuk membantu guru menilai keupayaan murid-murid dalam menyelesaikan masalah. Di samping itu, pentaksiran sumatif pula dilaksanakan oleh guru-guru pada setiap akhir semester persekolahan, guru menjalankan ujian yang lebih formal untuk menilai keseluruhan pemahaman dan pencapaian murid sepanjang tempoh pembelajaran iaitu seperti peperiksaan akhir tahun dan sebagainya. Murid-murid juga ada melaksanakan projek akhir tahun untuk menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang apa yang dipelajari. Misalnya, projek seni kitar semula. 4.4.7 PROGRAM KURIKULUM YANG BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI Antara program kurikulum yang berkaitan dasar pendidikan terkini yang dilaksanakan oleh sekolah ini ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Sebelum melaksanakan pengajaran, guru akan bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mempunyai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid. Dalam RPH, guru perlu menyenaraikan kaedah pentaksiran yang akan digunakan untuk menilai perkembangan murid nanti. Guru akan menggunakan pelbagai instrument pentaksiran seperti lembaran kerja, kuiz, ujian lisa, pemerhatian dan sebagainya. Guru juga akan memerhatikan murid semasa melaksanakan aktiviti kumpulan untuk menilai tahap kemahiran kolaborasi dan komunikasi mereka. Setelah selesai mengajar, guru memerlukan maklum balas kepada murid-murid kerana ianya sangat penting dalam PBD. Maklum balas tersebut dapat menilai prestasi diri mereka dan membantu murid-murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Tahap Penguasaan (TP) yang diberikan oleh guru itu dapat membantu mengenal pasti tahap seseorang murid itu. Guru seterusnya perlu
26 memaklumkan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka melalui pertemuan ibu bapa dan guru secara berkala untuk memastikan bahawa ibu bapa turut serta dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Bagi program TS25 pula, peranan guru adalah untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang selaras dengan objektif TS25 serta memantau dan menilai keberkesanan aktiviti tersebut. Kesan yang dapat dilihat hasil daripada program TS25 ini apabila guru lebih memberi tumpuan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, termasuklah pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran koperatif dan sebagainya. TS25 ini telah menggalakkan guru-guru di sekolah ini untuk sentiasa mencari dan menerapkan amalan strategi pengajaran yang inovatif yang dapat meningkatkan minat dan keterlibatan murid dalam pelajaran. Antara contoh aktiviti yang dilaksanakan oleh guru ialah pembelajaran koperatif di mana murid perlu bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.
27 5.0 KOKURIKULUM
37 5.1 CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM
38 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEK. KEB. SABAK
39 5.2 KOMPONEN KOKURIKULUM
40
41
42 5.3 TAKWIM KOKURIKULUM
43
44
45
46
47 5.4 PROGRAM PENINGKATAN KOKURIKULUM 5.4.1 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM Perancangan aktiviti kokurikukum bermula dengan guru-guru bermesyuarat untuk berbincang mengenai jenis-jenis aktiviti yang sesuai dan releven dengan peringkat umur murid-murid. Setiap aktiviti dirancang dengan mengambil kira objektif pembelajaran dan juga ruang yang ada di sekolah. Guru juga akan menyemak takwim sekolah supaya tidak berlaku pertindihan dengan aktiviti lain. Pertama sekali, guru menyediakan jadual dan pengurusan masa yang jelas. Setiap aktiviti yang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Peralatan yang diperlukan pula disediakan dengan lebih awal. Semasa aktiviti berlangsung, guru sentiasa memantau muridmurid untuk memastikan mereka mendengar arahan dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Bagi sekolah ini, aktiviti kokurikulum dari segi sukan dan permainan, mereka hanya menumpukan perhatian atau memberi fokus kepada dua iaitu bola baling dan lebih-lebih lagi bola sepak. Sekolah Kebangsaan sering menyertai pertandingan-pertandingan bola sepak kerana bola sepak merupakan kekuatan mereka. Sekolah ini juga sering menjadi johan dalam pertandingan bola sepak peringkat sekolah. Guru-guru juga sentiasa berusaha untuk mencipta aktiviti-aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan untuk murid-murid. Guru-guru akan cuba untuk melibatkan murid-murid dalam proses perancangan dengan meminta mereka untuk membari idea, cadangan dan maklum balas berkenaan aktiviti yang mereka minati. Selain itu, guru-guru di sekolah ini juga memastikan aktiviti yang dijalankan pelbagai supaya dapat memenuhi minat semua murid. Selain sukan dan permainan, sekolah ini turut mempunyai aktiviti seni, muzik, kelab akademik dan sebagainya. Antara program dan pertandingan yang dilaksanakan ialah Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Sabak, Liga Bola Sepak Tertutup SK Sabak 2024 dan sebagainya.
48 5.4.2 KOLABORASI KOMUNITI Kolaborasi komuniti di sekolah rendah antara aspek yang penting dalam memupuk pembelajaran yang holistik dan bermakna kepada murid-murid. Antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ialah program gotong-royong. Sekolah ini sering mengadakan program gotong-royong bersama ibu bapa dan penduduk setempat. Program ini bertujuan untuk mencantikkan dan membersihkan kawasan sekolah malahan dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti. Selain itu, sekolah ini juga menjalinkan hubungan dengan Badan Bukan Kerajaan iaitu (NGO) untuk mendapat sumbangan dan sebagainya. Sekolah juga turut melaksanakan mesyuarat PIBG pada setiap tahun. Semasa mesyuarat berlangsung, ibu bapa sering terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program sekolah. Mereka juga akan berkongsi pandangan dan cadangan tentang cara-cara meningkatkan kualiti pendidikan dan persekitaran sekolah.
49 6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN
50 6.1 PEMERHATIAN Dalam melaksanakan tugasan ini, instrumen pertama yang saya gunakan ialah melalui pemerhatian. Saya dapat mengetahui mengenai insfrastruktur dan prasarana yang ada di sekolah ini. Antaranya ialah makmal komputer, makmal sains, perpustakaan dan sebagainya. Komputer di makmal komputer berfungsi dengan baik. Setiap kelas juga dilengkapi dengan segala keperluan yang dapat memudahkan murid-murid untuk menjalani PdP. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa insfrastruktur yang disediakan di sekolah ini mencukupi. Selain itu,kawasan persekitaran sekolah juga menarik minat saya. Kawasan persekitaran sekolah ini sangat memuaskan dengan adanya mural-mural disekitar dindingdinding bangunan. Dengan adanya mural-mural ini, ia telah menceriakan lagi kawasan persekitaran sekolah tersebut. Terdapat juga pasu-pasu bunga yang cantik diletakkan disekitar kawasan sekolah seperti di bahagian tepi dewan, di sekitar kelas dan sebagainya. Sekolah ini juga mempunyai sebuah kolam ikan tepi kantin bagi menceriakan suasana serta murid-murid dapat memberi makanan kepada ikan-ikan tersebut. Di bahagian dewan utama pula terdapat sudut-sudut pelajaran bagi setiap subjek seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan sebagainya. Dalam pada itu, saya juga berpeluang untuk memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di sekolah ini. Pada pemerhatian saya, guru-guru di sekolah ini sering mengggunakan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas iaitu seperti lembaran kerja .Namun, guru-guru di sekolah ini turut mempelbagaikan kaedah serta teknik pengajaran di dalam kelas mengikut perbezaan individu murid-murid. Guru-guru juga telah menggunakan gaya pembelajaran abad ke-21 iaitu dengan memasukkan kemahiran TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, seperti penggunaan LCD dan sebagainya. Oleh itu, ia dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Akhirnya, dapat saya simpulkan bahawa pengurusan Sekolah Kebangsaan Sabak sangat sistematik dan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi dengan guruguru.
51 6.2 TEMU BUAL Selain itu, saya juga telah memilih kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan tugasan. Temu bual merupakan instrumen utama saya dalam menjalankan tugasan ini. Selama dua minggu saya menjalani PBS, saya telah menemubual beberapa individu iaitu para pentadbir sekolah, guru-guru penolong, kaki tangan dan muridmurid. Antara guru yang berjaya ditemu bual ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru penyelaras TS25, guru penyelaras PBD, guru kaunseling serta guru penolong yang lain. Dalam pada itu, saya juga telah menemubual kakitangan sekolah seperti kerani, pembantu operasi dan pengawal keselamatan. Sepanjang menjalankan temu bual, saya mengemukakan soalansoalan yang berkaitan tugasan iaitu mengenai kurikulum dan kokurikulum. Mereka telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang temu bual dijalankan
52 7.0 KOLABORATIF
53 Kolaboratif ini dijalankan melalui perbincangan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan saya di samping menimbulkan interaksi yang baik di antara dua orang atau lebih serta dapat meningkatkan kemahiran interpersonal iaitu kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, saya telah merekod perbincangan ini dengan menulis maklumat berkaitan SK Sabak di dalam borang kolaboratif ini. Antara lampiran perbincangan tersebut adalah dengan : 1. Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2. Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 3. Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 4. Perbincangan dengan Penyelaras PBD 5. Perbincangan dengan Guru Kaunseling