54 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 9.00 pagi Tajuk / Perkara : Maklumat Kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ▪ Apakah unit beruniform yang ada di sekolah. ▪ Bagaimana kokurikulum dari sudut sukan dan permainan. ▪ Bagaimana galakan guru untuk murid sertai aktiviti kokurikulum. ▪ Bagaimana dengan penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti ? ▪ Cabaran dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum dan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. ▪ Ada 4, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Puteri Islam & Bulan Sabit Merah Malaysia. ▪ Tertumpu kepada bola baling dan bola sepak. Pernah menjadi Naib Johan peringkat daerah bagi bola sepak. Pada awal tahun 2024, pertandingan bola sepak liga kampung 4 pasukan. ▪ Bagi ko-Akademik, sekolah selalu buat program dalam sekolah, mengikut panitia setiap subjek. Contoh, pidato, story—telling dan sebagainya. Galakan dari awal iaitu Tahap 1. ▪ Kelab Taekwondo - Pertandingan peringkat kebangsaan. Mendapat Pingat Gangsa. Ibu bapa datang hantar berlatih pada waktu yang ditetapkan. ▪ Kewangan. Peralatan untuk setiap permainan guru banyak keluarkan dana sendiri.
55 ▪ Masa. Kurang masa untuk berlatih. Guru juga terlalu sibuk. ▪ Peralatan kerap hilang disebabkan kecuaian murid-murid itu sendiri.
56 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Kegiatan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ▪ Bagaimana dengan penglibatan murid-murid dalam Bulan Sabit Merah ? ▪ Pada 8 Mei, guru ada membawa murid-murid ke SMK Long Gaafar 2 untuk sambutan Hari Palang Merah Sedunia. Seramai 20 orang murid dibawa ke sambutan tersebut. Muridmurid mendapat sijil.
57 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 Jun 2024 Masa : 9.30 pagi Tajuk / Perkara : Pendidikan Inklusif Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ▪ Bagaimana cikgu mengendalikan masalah MBK ? ▪ Bagaimana dengan penerimaan ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai masalah pembelajaran dan sebagainya ? ▪ Guru pemulihan akan membuat saringan berkenaan murid tersebut untuk mengathui masalah yang dihadapi. Tidak dapat membaca dan sebagainya. ▪ Program Aurich – PPD tetapkan satu program untuk guru mengenal pasti sama ada murid itu ‘slow learner’ atau autism. Selalunya 3-4 orang murid setahun. ▪ Sekolah bekerjasama dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Apabila telah dikenal pasti akan diberi kad pink iaitu kad OKU. Seterusnya, murid akan berpindah ke sekolah yang mempunyai aliran khas. ▪ 2 situasi. Ibu bapa boleh terima, ada juga ibu bapa yang tidak menerima bahawa anak mereka mempunyai masalah.
58 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Hal Ehwal Murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ▪ Cabaran dalam pengurusan Hal Ehwal Murid. ▪ Bagaimana nak atasi masalah tersebut ? ▪ Kehadiran murid. Ada masa murid malas untuk datang ke sekolah, juga disebabkan oleh masalah kewangan dan ekonomi keluarga murid. ▪ Kesedaran ibu bapa juga mempengaruhi. Ada murid-murid yang mempunyai masalah keluarga. ▪ Guru perlu memberi ganjaran kepada murid-murid yang selalu hadir ke sekolah. ▪ Memberi bantuan atau sumbangan kepada keluarga murid-murid yang mempunyai masalah kewangan.
59 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :20 Jun 2024 Masa : 11:30 Tajuk / Perkara : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ▪ Kekuatan PBD di SK Sabak sepanjang PBD dilaksanakan. ▪ Kelemahan PBD di SK Sabak sepanjang PBD dilaksanakan. ▪ Memudahkan guru untuk menilai tahap pencapaian kerana PBD kerap diadakan ▪ Ada sedikit bias dari sudut pemarkahan kepada murid. Menyukarkan guru untuk menilai setiap murid. ▪ Ibu bapa masih kurang pendedahan terhadap PBD.
60 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :20 Jun 2024 Masa : 11:30 Tajuk / Perkara : Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ▪ Aktiviti TS25 yang pernah dilakukan di SK Sabak. ▪ Program Guru Penyayang ▪ Program penilikan murid ▪ Aktiviti-aktiviti melibatkan ibu bapa.
61 8.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU
62 Selama dua minggu saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS II) di Sekolah Kebangsaan Sabak (SKS), terdapat banyak ilmu dan juga pengetahuan baru yang diperoleh di sini. Ilmu dan pengetahuan baru ini saya dapati melalui dua kaedah iaitu pemerhatian dan temu bual. 1. PEMERHATIAN Setelah melakukan pemerhatian di Sekolah Kebangsaan Sabak (SKS), saya mendapat banyak ilmu dan pengetahuan baru. Antaranya ialah berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya dapat melihat bahawa dalam sesebuah sekolah, pengurusan dan pentadbiran merupakan komponen yang penting kerana tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, sekolah tidak dapat berjalan dengan baik dan lancar. Jadi, dengan itu, dapat saya simpulkan bahawa pengurusan dan pentadbiran baik dapat membawa sekolah kepada kecemerlangan yang lebih tinggi dan membantu sekolah untuk berjaya. Seterusnya, saya juga dapat melihat bahawa terdapat banyak programprogram berkaitan kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan oleh sekolah ini bagi meningkatkan prestasi murid-murid tidak kira sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Selain itu, dari segi kemudahan dan juga frasarana sekolah, sekolah ini mempunyai beberapa bilik khas seperti bilik isolasi, bilik pemulihan khas dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa sekolah ini dapat memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza-beza. Seterusnya, walaupun sekolah ini hanyalah sebuah sekolah yang terletak di luar bandar, namun sekolah ini mempunyai capaian internet yang agak baik kerana sekolah ini menyediakan wi-fi terutamanya untuk kegunaan guru, murid-murid dan juga kakitangan sekolah. Sekolah ini juga mempunyai makmal komputer dimana komputernya berfungsi dengan baik dengan ini ianya dapat memudahkan murid-murid untuk mencari maklumat dengan melayari internet. Dalam pada itu, seperti yang saya tahu, sememangnya Program Susu Sekolah sudah bermula sejak dari dahulu lagi tetapi jenama susu yang digunakan sudah bertukar daripada jenama Dutch Lady kepada jenama Farm Fresh iaitu Yaara. Murid-murid di sekolah ini juga akan mendapat dua perisa susu iaitu perisa asli dan coklat mengikut hari yang ditetapkan. Ini merupakan pengetahuan baru buat saya.
63 2. TEMU BUAL Melalui temu bual yang saya jalankan pula, terdapat banyak ilmu yang saya dapat. Pada mulanya, saya agak segan untuk melaksanakan temu bual tapi saya cuba membiasakan diri. Antara individu yang saya menemu bual ialah Guru Penolong Kanan, guru panitia, kakitangan sekolah serta murid-murid. Antara ilmu dan pengetahuan baru yang saya dapati kebanyakannya berkaitan dengan dunia pendidikan dan juga pengurusan sekolah. Guru Penolong Kanan Pentadbiran banyak berkongsi dengan saya tentang bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan sebagainya. Guru panitia pula banyak memberikan nasihat bagaimana menjalankan tugas sebagai seorang guru dan beliau menyelitkan juga sedikit maklumat bagaimana seorang guru perlu mengawal murid-murid di dalam kelas. Individu-individu yang ditemu bual oleh saya juga dapat memberikan respons dan jawapan yang baik disebabkan oleh soalan-soalan yang diberikan jelas dan dapat difahami dengan mudah
64 9.0 REFLEKSI
65 9.0 REFLEKSI Setelah selesai dua minggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat banyak ilmu dan pengetahuan yang saya dapat. Oleh itu, refleksi dalam PBS ini dapat membimbing pelajar untuk menganalisis, memilih kaedah melaksanakan tugasan, membuat sesuatu tindakan serta memberi cadangan penambahbaikan. Dalam refleksi ini, saya akan menjelaskan sedikit tentang kekuatan dan kelemahan sepanjang melaksanakan PBS. 9.1 AKTIVITI Dari segi aktiviti atau program yang dilaksanakan di sekolah ini semuanya memberi manfaat kepada murid-murid itu sendiri. Namun, jika ada kekurangan yang dapat saya lihat ialah sekolah ini kurang melaksanakan program kokurikulum yang berkaitan permainan kerana sekolah ini lebih menumpukan perhatian kepada 1 atau 2 sahaja permainan seperti bola sepak dan bola baling. Jadi, saya berharap sekolah ini dapat memperbanyakkan lagi program-program kokurikulum agar murid-murid dapat terlibat secara aktif lagi. 9.2 PERBINCANGAN / INTERAKSI Berdasarkan perbincangan dan interaksi yang telah saya jalankan bersama warga sekolah, dari segi kelemahan saya rasa terdapat beberapa perkara yang perlu saya perbaiki. Antaranya cara berkomunikasi dengan baik, di mana pada mulanya saya berasa agak kekok dan cara saya menemubual mereka agak kurang difahami dengan baik. Guru-guru juga ada yang menasihati dan mendengar pandangan mereka tentang cara komunikasi yang betul. Oleh itu, saya berharap supaya saya boleh menjadi seorang guru seperti mereka pada suatu hari nanti. Jadi, saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh dan mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya supaya murid yang akan saya ajar dapat menjadi seorang anak bangsa yang menjadi masa hadapan negara.
66 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian semasa waktu perhimpunan rasmi sekolah pada setiap pagi Ahad. 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ▪ Perjalanan perhimpunan berjalan dengan lancar dan baik. ▪ Murid-murid mendengar taklimat yang diberikan dengan penuh tumpuan. ▪ Murid-murid mencatat input-input penting ketika guru-guru berucap di dalam buku nota mereka. ▪ Guru-guru juga tidak bercakap sesama sendiri ketika perhimpunan berlangsung dan memberikan tumpuan. 2.2 Kelemahan ▪ Terdapat segelintir murid yang datang lewat ke tapak perhimpunan. ▪ Ada beberapa kerusi kosong di tempat guru. ▪ Beberapa orang murid kelihatan mengantuk semasa guru bertugas memberikan ucapan. 3. Cadangan Penambahbaikan ▪ Guru perlu memberi teguran atau mengenakan tindakan kepada muridmurid yang tiba lewat ke tapak perhimpunan. ▪ Guru perlu memantau murid-murid semasa perhimpunan berlangsung. ▪ Meminta supaya guru-guru memenuhkan kerusi kosong sebelum perhimpunan bermula.
67 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus Membuat pemerhatian terhadap persekitaran sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ▪ Persekitaran sekolah mempunyai mural yang cantik dan menarik. ▪ Persekitaran sekolah juga bersih dan kemas. 2.2 Kelemahan ▪ Terdapat beberapa maklumat sekolah yang belum dikemaskini. 3. Cadangan Penambahbaikan ▪ Pihak sekolah perlu sentiasa peka dengan mengemaskini maklumat sekolah.
68 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus Sesi temu bual bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mendapatkan maklumat. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ▪ Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberikan kerjasama yang baik. ▪ Menyampaikan maklumat dengan berkesan. 2.2 Kelemahan ▪ Masa yang diperuntukkan untuk sesi temu bual adalah singkat kerana GPK Hem perlu melaksanakan tugasnya yang lain. 3. Cadangan Penambahbaikan Perlu bertanya GPK Hem terlebih dahulu tentang jadualnya untuk sesi temu bual yang lebih panjang.
69 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus Menemubual Guru Penolong Kanan Pentadbiran 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ▪ Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberikan kerjasama yang baik ketika sesi temu bual. 2.2 Kelemahan ▪ Ada beberapa input yang diberikan tidak jelas. ▪ Fail berkenaan program TS25 belum dikemaskini. 3. Cadangan Penambahbaikan Guru Penolong Kanan Pentadbiran perlu memberikan maklumat dengan lebih jelas.
70 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 4. Isu / Perkara yang difokus Menemubual Guru Penolong Kanan Kokurikulum 5. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 5.1 Kekuatan ▪ Guru Penolong Kanan Kokurikulum memberikan kerjasama yang baik ketika sesi temu bual. 5.2 Kelemahan ▪ Tiada 6. Cadangan Penambahbaikan ▪ Tiada
71 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 7. Isu / Perkara yang difokus Menemubual Guru Penyelaras PBD. 8. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 8.1 Kekuatan ▪ Guru memberikan maklumat dan kerjasama yang baik. ▪ Mendapat banyak input yang berinfomasi. 8.2 Kelemahan ▪ Suara guru tidak terlalu jelas disebabkan oleh suasana tempat menemu bual yang agak bising. 9. Cadangan Penambahbaikan Perlu menemubual di tempat yang lebih senyap dan tidak ramai orang.
72 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus Berjumpa Guru Besar bagi mendapatkan tanda tangan untuk dokumen yang berkaitan seperti borang kehadiran PBS dan borang laporan perkembangan pelajar. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ▪ Aktiviti yang dilakukan hanya mengambil waktu yang singkat sahaja. ▪ Guru besar memberikan kerjasama yang baik. 2.2 Kelemahan ▪ Tiada. 3. Cadangan Penambahbaikan ▪ Tiada
73 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 4. Isu / Perkara yang difokus Menghadiri Mesyuarat Agong PIBG kali ke-44 pada hari Selasa yang bertarikh 11 Jun 2024. 5. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 5.1 Kekuatan ▪ Majlis berjalan dengan lancar dan baik. ▪ Guru-guru dan juga ibu bapa memberikan kerjasama yang baik. ▪ Mempunyai hadiah cabutan bertuah yang mewah seperti televisyen, basikal dan sebagainya. 5.2 Kelemahan ▪ Majlis mengambil masa yang lama. 6. Cadangan Penambahbaikan ▪ Perlu merancang majlis dengan lebih awal dan baik.
74 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 10. Isu / Perkara yang difokus Pemerhatian semasa membaca Surah Yaasin pada setiap pagi dan bacaan Hadis 40 pada setiap hari Khamis. 11. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 11.1 Kekuatan ▪ Murid-murid dapat menumpukan perhatian semasa membaca Surah Yaasin ▪ Guru-guru juga dapat menghadirkan diri ketika bacaan Yaasin. 11.2 Kelemahan ▪ Terdapat beberapa orang murid yang lewat ke dewan untuk bacaan Yaasin. ▪ Ada juga guru-guru yang tidak ke dewan untuk bacaan surah Yaasin. 12. Cadangan Penambahbaikan ▪ Guru perlu menasihati atau menegur murid-murid yang lewat ke tapak perhimpunan untuk bacaan Yaasin. ▪ Pihak pentadbir perlu mengarahkan guru-guru untuk turun ke dewan dan tidak lewat supaya dapat membaca surah Yaasin.
75 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus Mengganti kelas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik bagi kelas 3 Bestari. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ▪ Pelajar mendengar arahan dan memberi respon dengan baik. ▪ Pelajar dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. ▪ Pelajar dapat berkomunikasi dengan baik. 2.2 Kelemahan ▪ Terdapat seorang pelajar yang tidak membawa buku untuk menyiapkan tugasan. ▪ Terdapat beberapa orang pelajar yang terlalu aktif dan membuat bising di dalam kelas. 3. Cadangan Penambahbaikan ▪ Guru perlu memberi teguran kepada murid-murid yang tidak membawa buku. ▪ Guru perlu memberi amaran kepada murid-murid supaya tidak membuat bising.
76 10.0 LAPORAN AKHIR
77 Pertama sekali, selama dua minggu saya menjalani (PBS II) ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna serta bermanfaat untuk saya pada masa hadapan apabila telah menjadi seorang guru. Bagi PBS kedua saya ini, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Sabak kerana ianya merupakan sekolah yang berdekatan dengan rumah saya. Saya memilih sekolah ini juga kerana saya ingin tahu bagaimana sekolah ini berfungsi semasa saya menjadi murid. Saya juga telah mendapat gambaran yang lebih jelas tentang carta organisasi sekolah, peranan setiap warga sekolah, budaya sekolah, hubungan dengan warga sekolah serta cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, dalam melaksanakan PBS, saya perlu membuat kajian mengenai kurikulum dan kokurikulum sekolah. Bagi saya ianya bukan satu tugasan yang mudah kerana saya perlu membuat pemerhatian serta temu bual untuk mengumpul maklumat. Pada mulanya, saya berasa agak segan untuk menemu bual warga sekolah kerana saya tidak biasa menemu bual seseorang individu namun saya perlu melatih diri sendiri supaya dapat membiasakan diri. Pada akhirnya, saya berjaya menemubual dan saya dapat maklumat yang diperlukan. Warga sekolah banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan PBS kedua ini, mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Selain itu, PBS juga telah menjadikan saya lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk menjadi seorang guru. Ini kerana saya telah berpeluang untuk berinteraksi dengan warga sekolah, saya mula sedar dan faham bahawa sekolah ini bukan sekadar melibatkan guru dan murid, namun terdapat ramai lagi pihak yang perlu seseorang guru itu hadapi seperti pihak kakitangan sekolah, komuniti, ibu bapa dan sebagainya. Maka setiap individu perlu memberikan kerjasama yang baik supaya dapat mewujudkan suasana sekolah yang aman dan harmoni. Secara keseluruhannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS II) ini telah memberikan saya pengalaman sebenar alam persekolahan, saya juga mendapat banyak ilmu serta pengetahuan untuk digunakan pada alam pekerjaan sebagai seorang guru pada masa hadapan.
78 MAKLUMAT SEKOLAH
79 LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN SABAK Jalan Sabak Off Jalan Pulau Gajah, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan. 2 No. Telefon Sekolah 097713652 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Encik Mohd Izzudin Bin Mohd Zain 6 Nama PK Pentadbiran Puan Aliza Binti Deraman 7 Nama PK HEM Puan Wan Amnah Binti Wan Ali 8 Nama PK Kokurikulum Encik Kamaluddin Bin Yusof 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru : 41 Lelaki: 13 ORANG Perempuan: 25 ORANG 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 38 Bukan Siswazah: 0 13 Bilangan Kelas 19 14 Purata Saiz Kelas 17-23 15 Jumlah Murid 392 Melayu Cina India Lainlain Lelaki 174 0 0 0 Perempuan 168 0 0 0 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
80 • Sekolah ini mempunyai bilik pemulihan khas untuk murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca. • Terdapat banyak lukisan mural yang cantik dan menarik di sekitar sekolah. • Sekolah ini mempunyai murid-murid prasekolah • Sekolah ini membaca Hadis 40 pada setiap hari Khamis.
81
82 LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN SABAK
83 MAKLUMAT HAL EHWAL MURID
84
85 LAMPIRAN
86 KURIKULUM PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PDP (PERTANDINGAN PIDATO CILIK)
87 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN (PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK)
88 PENGURUSAN DAN KAWALAN KELAS
89 BAHAN BANTU MENGAJAR (INOVASI)
90 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
91 PROGRAM KURIKULUM YANG BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI
92 KOKURIKULUM PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM (HARI SUKAN NEGARA)
93 (LIGA BOLA SEPAK TERTUTUP)
94 KOLABORASI KOMUNITI (PROGRAM GOTONG-ROYONG)
95 (MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SK SABAK)
96 PROGRAM KOKURIKULUM YANG BERKAITAN DASAR PENDIDIKAN TERKINI PERSEMBAHAN TARIAN DI PESTA BUKU
97 SESI TEMUBUAL BERSAMA WARGA SEKOLAH
98
99 PEMERHATIAN AKTIVITI-AKTIVITI DI SK SABAK PERJUMPAAN BERSAMA PENTADBIR PERHIMPUNAN PAGI MESYUARAT PERSEDIAAN PIBG 2024
100 UJIAN SEGAK GURU MEMBAWA MURID PEMULIHAN KE PERPUSTAKAAN MENEMUBUAL BERKAITAN PBD
101 PROGRAM GOSOK GIGI PERTANDINGAN IKON KERJAYA
102 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44
103 AGIHAN WANG SUMBANGAN YAYASAN TAQWA