ASAS SAINS KOMPUTER
BAB 3 :
KOD ARAHAN
APA ITU KOD ARAHAN?
• Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis
dalam bahasa komputer untuk mengarahkan
komputer melaksanakan sesuatu tugasan.
• Satu set kod arahan yang disebut segmen kod
digunakan untuk membina satu atur cara bagi
menyelesaikan masalah.
BAHASA KOMPUTER
• Bahasa komputer terdiri daripada bahasa
pengaturcaraan yang digunakan oleh pengatur
cara bagi menulis kod arahan.
• Bahasa pengaturcaraan yang telah dipelajari :
Scratch dan HTML.
• Dalam bab ini, anda akan diperkenalkan
dengan bahasa pengaturcaraan Python.
PENTERJEMAH
• Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai
penterjemah tersendiri.
• Semasa pelaksanaan atur cara, kod arahan
akan menjalani pengalihan kepada bahasa
mesin yang boleh difahami oleh komputer.
• Terdapat tiga jenis penterjemah :
– penghimpun (assembly)
– pengkompil (compiler) dan
– pentafsir (interpreter).
JENIS PENTERJEMAH
JENIS-JENIS DATA
INTEGER
• Integer ialah nombor yang tidak mengandungi
bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik
perpuluhan.
• Integer juga dikenali sebagai nombor bulat.
• Integer boleh terdiri daripada :
– nombor negatif
– sifar
– nombor positif.
DOUBLE
• Double juga sejenis data yang mewakili
nombor.
• Perbezaan antara double dan integer ialah
nombor yang diwakili oleh double ialah
nombor yang mengandungi bahagian
pecahan, iaitu nombor yang mempunyai titik
perpuluhan.
• Double boleh terdiri daripada nombor negatif
dan nombor positif yang bertitik perpuluhan.
DOUBLE
• Bahasa-bahasa pengaturcaraan C, C++ dan C#
mengiktiraf double sebagai jenis data.
• Bahasa pengaturcaraan Python tidak menyokong
jenis data double tetapi menggunakan jenis data
float bagi mewakili nombor-nombor yang
mempunyai titik perpuluhan.
• Perbezaan jenis data double dan float ialah
penggunaan memori bagi pemboleh ubah yang
diisytiharkan sebagai double ataupun float.
CHARACTER (CHAR)
• Char ialah jenis data yang digunakan untuk
mewakili aksara (character).
• Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka dan
simbol yang berdasarkan Kod Piawai Amerika
untuk Pertukaran Maklumat ASCII (American
Standard Code for Information Interchange).
STRING (STR)
• String ialah satu perkataan yang dibina
daripada aksara.
• String terdiri daripada satu urutan aksara-
aksara yang berjujukan yang membentuk
suatu rentetan (string).
CONTOH KOD :
BOOLEAN
• Jenis data boolean mempunyai hanya dua
nilai, iaitu Benar dan Palsu.
• Dua nilai ini juga digelar nilai logik.
• Nilai logik boolean sering kali disebut 0 dan 1
di mana 0 mewakili Palsu dan 1 mewakili
Benar.
3.1.2 Perbezaan antara pemboleh
ubah dan pemalar dalam segmen kod
• Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam
komputer yang digunakan oleh atur cara.
• Dalam konteks pengaturcaraan komputer,
pemboleh ubah digunakan untuk mewakili
sesuatu data yang perlu digunakan berulang
kali oleh atur cara yang dibangunkan.
3.1.2 Perbezaan antara pemboleh
ubah dan pemalar dalam segmen kod
• Pengecam ‘nama’ digunakan sebagai
pemboleh ubah yang diisytiharkan dan nilai
yang diberi ialah ‘Daniel’.
• Pengecam yang diberikan kepada pemboleh
ubah boleh diubah apabila perlu dalam kod
arahan.
3.1.2 Perbezaan antara pemboleh
ubah dan pemalar dalam segmen kod
• Dalam bahasa pengaturcaraan Python,
perisytiharan berlaku secara automatik
apabila anda menetapkan nilai kepada
pengecam suatu pemboleh ubah. Tanda sama
dengan (=) digunakan untuk menetapkan nilai
kepada pemboleh ubah.
• Syarat untuk membuat pengisytiharan
pemboleh ubah adalah seperti berikut:
– Nama bagi pemboleh ubah hanya boleh
mengandungi aksara
(a hingga z atau A hingga Z) dan digit (0 hingga 9).
– Nama pemboleh ubah harus menggambarkan nilai
yang dipegang oleh pemboleh ubah
– ✗ Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh
dimulakan dengan nombor.
– ✗ Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh
ada ruang kosong.
PEMALAR
• Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh
ubah, iaitu pemalar menyimpan sesuatu nilai
dan nilai ini disimpan dalam ingatan
komputer.
• Nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah
menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan
atur cara.
• Pemalar digunakan dalam pengaturcaraan
yang melibatkan pengiraan matematik.
• Tuliskan segmen kod untuk di atas.
• Boleh rujuk contoh 3.13 juga.
SEE YOU NEXT CLASS
• Buat latihan buku Key Point Revision Plus
m/s 65 - 66
3.1.3 (i) Menghasilkan segmen kod
menggunakan fungsi input dan fungsi output
• IMK melibatkan cara manusia berkomunikasi
dengan
• komputer dengan ciri-ciri perantaraan dalam
aspek yang lebih
• luas.
FUNGSI INPUT
• Fungsi input digunakan untuk mendapatkan
data input daripada pengguna.
• Proses ini dapat dilakukan melalui segmen kod
yang dibina. Apabila fungsi input diaktifkan,
atur cara akan meminta pengguna untuk
memasukkan data mengikut kesesuaian.
FUNGSI OUTPUT
• Fungsi output merujuk kepada maklumat yang
dipaparkan pada skrin komputer.
• Maklumat yang dipaparkan ialah hasil daripada
proses yang dilakukan oleh segmen kod ataupun
data yang dimasukkan oleh pengguna melalui
fungsi input.
• Monitor ialah peranti output yang biasa
digunakan.
• Maklumat yang dipaparkan pada skrin monitor
ialah maklumat dalam bentuk mesej ataupun
hasil daripada proses yang dilakukan oleh
segmen kod.
3.1.3 (ii) Operator perbandingan
• Operator perbandingan digunakan untuk
membandingkannilai di sebelah kiri operator
dengan nilai di sebelah kanan operator.
• Hasil kepada hubungan perbandingan ialah
nilai logik, iaitu Benar atau Palsu
• Operator perbandingan juga dikenali sebagai
pengendali perhubungan.