3.1.3 (iii) Operator logik
• Operator logik digunakan dalam sesuatu ungkapan
  algebra ringkas untuk mendapatkan nilai boolean,
  iaitu Benar atau Palsu yang juga disebut nilai logik
3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada
 segmen kod dalam penyelesaian masalah
• Ralat ditakrifkan sebagai kesilapan atau
  kesalahan dalam proses pembangunan
  sesuatu atur cara atau segmen kod.
• Terdapat tiga jenis ralat, iaitu ralat sintaks,
  ralat masa larian dan ralat logik yang telah
  diterangkan dalam Bab 2
Ralat sintaks
• Ralat sintaks lazimnya berlaku disebabkan
  oleh kesilapan dalam penggunaan bahasa
  pengaturcaraan.
3.18 Pengesanan dan membaiki ralat sintaks pada
         segmen kod yang dihasilkan untuk
                penyelesaian masalah.
3.18 Pengesanan dan membaiki ralat sintaks pada
         segmen kod yang dihasilkan untuk
                penyelesaian masalah.
• Pilihan teknik langkah demi langkah:
• Bagi membuat penyemakan ralat sintaks
  seperti di atas, teknik langkah demi langkah
  (step through) boleh digunakan.
• Semakan dilakukan sebaris demi sebaris
  dalam segmen kod untuk memastikan segmen
  kod bebas daripada ralat.
Membaiki Ralat
Ralat masa larian
• Kejadian ralat masa larian akan menyebabkan
  pelaksanaan segmen kod terhenti secara tiba-
  tiba tanpa diduga.
• Mesej ralat akan dipaparkan apabila ralat
  masa larian ditemui.
3.19 Pengesanan dan membaiki ralat masa larian pada
segmen kod yang dihasilkan untuk penyelesaian masalah.
 Anda ditugaskan oleh guru anda untuk mengira jumlah
 perbelanjaan setiap peserta untuk aktiviti perkhemahan
 di sekolah pada bulan depan. Anda diberitahu bahawa,
 jumlah kos terdiri daripada dua jenis kos, iaitu kos tetap
  dan kos berubah. Item-item yang tergolong dalam kos
   tetap ialah kelengkapan peribadi (RM13.50), pakaian
(RM105.90) dan sewaan khemah (RM12.00). Kos berubah
terdiri daripada barangan keperluan memasak yang perlu
dimasukkan oleh pengguna. Anda diminta menunjukkan
   jumlah kos tetap, kos berubah dan jumlah kos dalam
           senarai yang kemas kepada guru anda.
Output yang dingini :
Ralat Logik
• Ralat logik tidak akan mengganggu
  pelaksanaan segmen kod yang dibangunkan,
  maka tiada paparan mesej ralat.
• Lazimnya ralat logik disebabkan oleh kecuaian
  pengatur cara.
3.1.5 Menggunakan gabungan jenis data,
 pemboleh ubah, pemalar dan operator
Contoh 3.2.1 Penyelesaian masalah dengan
  menggunakan gabungan jenis data, pemboleh ubah,
                    pemalar dan operator
• Anda diminta membangunkan satu segmen kod
  yang berfungsi untuk menerima input bacaan
  ukuran bagi penentuan pakaian saiz S. Ukuran
  yang perlu dimasukkan oleh pengguna ialah lebar
  bahu, lingkar dada, lingkar pinggang, lingkar
  pinggul dan panjang lengan.
• Segmen kod perlu menerima input daripada
  pengguna dan menyemak sama ada ukuran yang
  diberi menepati ukuran dalam jadual yang
  berikut.
LATIHAN
• BUAT LATIHAN BERKAITAN BAB 3.1 DALAM
  BUKU AKTIVITI
• BUKU TEKS : PRAKTIS 3.1
   – NO. 1 – 5 (M/S 119-120)
