The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faisal idris, 2023-06-18 21:43:50

SPI-KEWANGAN PRASEKOLAH

SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8


TAHUN 2010





GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN

PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN


KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN PER


KAPITA MURID















BAHAGIAN KEWANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


TAHUN 2 0 1 0


LATAR BELAKANG


3. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menguruskan sebanyak 18 jenis

bantuan persekolahan di bawah Belanja Mengurus tahun 2010. Bantuan yang
diuruskan ini merangkumi peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran (P&P) serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid,

bantuan kepada murid miskin dan juga bantuan sokongan lain seperti bantuan jaket
keselamatan, kelas dewasa bagi ibu bapa murid Orang Asli dan Penan dan program

susu. Walau bagaimanapun, kadar dan kriteria kelayakan serta pengurusan kewangan
berkaitan pemberian bantuan-bantuan ini adalah seperti mana yang telah ditetapkan

dalam surat pekeliling kewangan masing-masing.


4. Kepelbagaian bentuk pemberian bantuan persekolahan ini telah menyebabkan

perlunya suatu prosedur yang sistematik dan seragam diwujudkan bagi memastikan
pengurusan kewangan peruntukan bantuan dapat dibuat dengan efisien dan teratur.

Bagi mencapai objektif ini, lapan (8) jenis bantuan persekolahan yang mana penerima
manfaatnya merupakan semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di

Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan telah dikenal pasti untuk mengguna

pakai prosedur pengurusan kewangan yang sama.

5. Oleh itu, semua pindaan serta tambahan terhadap peraturan kewangan sedia
ada yang telah dibuat kepada lapan jenis bantuan persekolahan tersebut daripada segi

tuntutan, penyaluran, kadar, kriteria kelayakan, maksud belanja serta pengurusan

lebihan dan baki telah dikemaskinikan dalam satu garis panduan yang komprehensif
yang disediakan bersama-sama pekeliling ini.



GARIS PANDUAN


6. Garis panduan yang disediakan bersama-sama pekeliling ini menerangkan
tentang peraturan dan tindakan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat





2


menguruskan peruntukan bantuan persekolahan di peringkat Kementerian, negeri dan

sekolah.


7. Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa bab seperti berikut:
i. Pendahuluan;

ii. Bab A : Jenis dan Kadar Bantuan Ke Sekolah;

iii. Bab B : Prosedur Tuntutan Awal;
iv. Bab C : Prosedur Tuntutan Pelarasan;

v. Bab D : Prosedur Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan;
vi. Bab E : Prosedur Tuntutan Bagi Sekolah Baru Beroperasi;

vii. Bab F : Baki Bawa Ke Tahun Hadapan; dan

viii. Bab G : Jadual Kadar dan Borang Berkaitan.


8. Pengurus Sekolah yang dinyatakan dalam garis panduan ini adalah Guru Besar
atau Pengetua sekolah atau mana-mana pihak yang diwakilkan secara bertulis untuk

bertindak sebagai Pengurus Sekolah semasa ketiadaannya.


9. Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah

Bantuan Kerajaan yang dinyatakan dalam garis panduan adalah seperti yang
diperincikan di bawah:


Bil Sekolah Ketua PTJ


i. Sekolah Rendah Harian
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
ii. Sekolah Menengah Harian



Bahagian Pengurusan Sekolah

iii. Sekolah Berasrama Penuh Berasrama Penuh/Sekolah
Kecemerlangan (BPSBP/SK)








3


Bil Sekolah Ketua PTJ

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional
iv. Sekolah Teknik/Vokasional
(BPTV)


v. Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan (BS)


Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian
vi. Sekolah Seni Malaysia
(BKS)


vii. Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
viii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Sekolah Rendah Agama Bantuan
x.
Kerajaan
Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
Sekolah Menengah Agama Bantuan
ix.
Kerajaan



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH


10. Pengurus Sekolah adalah bertanggung jawab untuk memastikan semua urusan

berkaitan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan dibuat mengikut arahan dan
peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling ini seperti berikut:



i. Mengemukakan tuntutan awal dan tuntutan pelarasan peruntukan bantuan
persekolahan mengikut tarikh yang ditetapkan;


ii. Menyemak peruntukan yang diterima dan melaporkan penerimaan kepada

pihak yang berkenaan;


iii. Mengeluarkan Resit Pejabat (RP01) kepada pihak yang menyalurkan

bantuan;


4


iv. Menyelenggarakan Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan/Asrama;


v. Mengembalikan lebihan peruntukan bantuan persekolahan (jika ada) melalui

cek mengikut tarikh yang ditetapkan; dan


vi. Menguruskan baki bawa ke hadapan dengan teratur.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PTJ SEKOLAH


11. Ketua PTJ hendaklah memastikan semua Pengurus Sekolah mengemukakan

tuntutan Bantuan Persekolahan yang lengkap pada tarikh yang telah ditetapkan bagi

mengelakkan keciciran penyaluran bantuan ke sekolah.


12. Oleh itu Ketua PTJ adalah bertanggung jawab untuk memastikan:

i. Maklumat tuntutan awal dan pelarasan yang diterima daripada sekolah

dikunci masuk dalam Sistem eBantuan (eB) mengikut tarikh yang telah
ditetapkan;


ii. Mencetak dan mengedar maklumat tuntutan kepada semua sekolah di bawah

pentadbiran masing-masing mengikut tempoh yang ditetapkan;


iii. Menggalakkan sekolah untuk mengoptimumkan sebaik mungkin peruntukan

bantuan persekolahan tahun semasa yang layak diterima bagi manfaat murid
pada tahun tersebut; dan


iv. Memastikan semua urusan berkaitan pengurusan peruntukan bantuan

persekolahan dibuat mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.







5


PELAKSANAAN


13. Surat pekeliling ini hendaklah dibaca bersekali dengan Garis Panduan

Pengurusan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid
yang disediakan bersama-sama surat pekeliling ini.



14. Peraturan dan arahan yang terkandung dalam pekeliling ini dan garis panduan
yang disediakan hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua Ketua PTJ berserta

semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah pentadbiran masing-
masing.



15. Sebarang kemusykilan atau sekiranya sesuatu perkara itu tidak dinyatakan
dalam surat pekeliling dan garis panduan ini, ia perlu dirujuk kepada Bahagian

Kewangan, KPM sebelum apa-apa tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.


16. Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam
menguruskan peruntukan kewangan bantuan persekolahan yang diterima supaya tidak

melanggar peraturan-peraturan kewangan terutamanya peraturan di bawah Arahan

Perbendaharaan (AP) seperti AP58(a) dan AP59, Akta Tatacara Kewangan 1957,
surat-surat pekeliling perbendaharaan dan kewangan serta peraturan-peraturan lain

yang berkuat kuasa.

17. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, pihak yang bertanggung jawab boleh

dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib seperti mana yang diperuntukkan di bawah
Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan 1957.



TATACARA PERAKAUNAN


18. Tatacara dan prosedur perakaunan bagi bantuan-bantuan ini hendaklah
mematuhi peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun, KPM.




6


TARIKH KUAT KUASA


19. Surat pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.


PEMBATALAN



20. Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling ini, semua surat pekeliling kewangan
dan surat edaran berikut adalah dibatalkan:


i. Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2006 (Pindaan Kepada Surat

Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002) Kadar Baru Pemberian Geran Per

Kapita Untuk Sekolah Rendah bertarikh 31 Julai 2006;


ii. Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita
Untuk Sekolah bertarikh 16 Oktober 2002;


iii. Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002

Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 10 Februari 2003;


iv. Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002

Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 11 Februari 2004;


v. Tambahan Kedua Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002
Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 23 April 2005;



vi. Tambahan Ketiga Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002
Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 18 Julai 2005;



vii. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2008 Peruntukan Yuran Khas
Sekolah bertarikh 7 Januari 2008;




7


s.k:


1. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, KPM

4. Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

5. Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
6. Ketua Akauntan KPM

7. Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM
8. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam, KPM

9. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Sekolah, KPM

































9


SENARAI EDARAN


1. Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


2. Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam


3. Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional



4. Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas


5. Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan


6. Pengarah

Bahagian Sukan


7. Pengarah
Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian


8. Semua Pengarah Pelajaran

Jabatan Pelajaran Negeri


9. Semua Pegawai Pelajaran

Pejabat Pelajaran Daerah


10. Semua Pengetua/Guru Besar



10


```````````
Lampiran kepada SPK Bil. 8 Tahun 2010











GARIS PANDUAN



PENGURUSAN



KEWANGAN



PERUNTUKAN BANTUAN




PERSEKOLAHAN



KE SEKOLAH



BERDASARKAN PER




KAPITA MURID























1


KANDUNGAN



Pendahuluan 3


Bab A Jenis dan Kadar Bantuan Persekolahan Ke Sekolah 6



I. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) 7


II. Yuran Khas Sekolah (YKS) 10



III. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) 11


IV. Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) 12



V. Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) 14


VI. Bantuan Sukan Sekolah (BSS) 15



VII. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) 17


VIII. Bantuan Makanan Asrama (BMA) 18



Bab B Prosedur Tuntutan Awal 20


Bab C Prosedur Tuntutan Pelarasan 23



Bab D Prosedur Pemulangan Lebihan Peruntukan 26


Bab E Prosedur Tuntutan Bagi Sekolah Baru Beroperasi 28



Bab F Baki Bawa Ke Tahun Hadapan 30


Bab G Jadual Kadar dan Borang Berkaitan 33









2


PENDAHULUAN






































3


PENDAHULUAN



1. Garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi lapan (8) jenis bantuan
persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak yang menguruskan bantuan persekolahan
tersebut sama ada di peringkat Kementerian, negeri mahupun sekolah.

2. Lapan jenis bantuan yang terlibat adalah seperti berikut:
a. Bantuan Geran Per Kapita (PCG);
b. Yuran Khas Sekolah (YKS);
c. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP);
d. Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK);
e. Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA;)
f. Bantuan Sukan Sekolah (BSS);
g. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP); dan
h. Bantuan Makanan Asrama (BMA).

3. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang mengendalikan Akaun Khas adalah juga bertanggungjawab
mematuhi segala arahan dan peraturan dalam garis panduan ini bagi pihak Pengurus Sekolah
yang mana ia dipertanggungjawabkan.

4. Semua pihak hendaklah mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam garis panduan ini.
Sekiranya sesuatu perkara itu tidak dinyatakan dalam garis panduan ini, ia perlu dirujuk
semula kepada Bahagian Kewangan, KPM sebelum apa-apa tindakan diambil oleh pihak
yang berkenaan.

5. Segala tuntutan bantuan yang tidak dituntut atau tidak dibayar dalam tahun semasa akan luput dan
tidak boleh dituntut pada tahun berikutnya.

6. Sebarang peruntukan yang telah dipulangkan termasuklah kes terlebih pulang juga tidak boleh
dituntut semula. Justeru, Pengurus Sekolah bertanggung jawab penuh untuk menyemak dan
memastikan semua pengiraan adalah tepat seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan
ini.

7. Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan
peruntukan kewangan bantuan persekolahan yang diterima supaya tidak melanggar peraturan-
peraturan kewangan terutamanya peraturan di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) seperti
AP58(a) dan AP59, Akta Tatacara Kewangan 1957, surat-surat pekeliling perbendaharaan dan
kewangan serta peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

8. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, pihak yang bertanggung jawab boleh dikenakan
tindakan surcaj atau tatatertib seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta
Tatacara Kewangan 1957.

9. Semua urusan berkaitan Bahagian Kewangan, KPM yang dinyatakan dalam garis panduan ini
hendaklah ditujukan ke alamat berikut:





4


a. Bagi urusan pemulangan peruntukan yang diterima terus daripada Bahagian Kewangan,
KPM :

Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E12
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Cawangan Pentadbiran & Kewangan)

Tel: 03-8884 7602
Faks: 03-8884 7701

b. Tuntutan awal dan pelarasan peruntukan, pertanyaan dan lain-lain:

Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E12
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Cawangan Bantuan)

Tel: 03-8884 7630/7643
Faks: 03-8884 7611
E-mel: [email protected]






























5


BAB A




JENIS DAN KADAR


BANTUAN KE SEKOLAH






































6


I. BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan
kepada setiap murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
Sekolah Bantuan Kerajaan.

1.2. Sebelum ini, terdapat enam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) berkaitan bantuan PCG
yang berkuat kuasa. Lima daripadanya merupakan pindaan dan tambahan kepada SPK
yang utama iaitu SPK Bilangan 5 Tahun 2002.

1.3. Sehubungan itu, garis panduan ini telah menyatukan semua peraturan dan arahan yang
terdapat dalam keenam-enam SPK tersebut menjadi lebih kemas dan teratur.

1.4. Mulai tahun 2009, bantuan PCG bagi beberapa mata pelajaran baru telah diperkenalkan
berikutan penubuhan Sekolah Seni Malaysia dan kadar baru bagi PCG Aliran Kemahiran
di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional.

1.5. Garis panduan ini juga turut memaklumkan perubahan kepada maksud perbelanjaan bagi
komponen Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Perbelanjaan Khas (LPBT/LPK)
Sekolah dan Asrama.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Maksud perbelanjaan bagi setiap Kumpulan PCG Mata Pelajaran dan Kumpulan PCG
Bukan Mata Pelajaran adalah seperti di Jadual 1.

2.2. Sekolah hanya dibenarkan untuk membeli peralatan, inventori dan harta modal tertakluk
kepada syarat-syarat berikut:

a. Pembelian dibuat untuk memenuhi keperluan berikut:

Keperluan Sumber Peruntukan Dibenarkan
Pembelian
Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30%
daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran
dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk
Pengajaran dan komponen LPBT/LPK Sekolah).
Pembelajaran (P&P) Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada
keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG
Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen
LPBT/LPK Sekolah).




7


Keperluan
Pembelian Sumber Peruntukan Dibenarkan
Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak
melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG
Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.


Terhad kepada 5% daripada peruntukan di bawah
Sekolah
komponen LPBT/LPK Sekolah.


Terhad kepada 5% daripada peruntukan di bawah
Asrama
komponen LPBT/LPK Asrama.


b. Pembelian hendaklah dibincangkan dan dipersetujui bersama Ketua Bidang/Ketua
Panitia dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Sekolah;
c. Pembelian peralatan ICT dan alat penyaman udara TIDAK DIBENARKAN
menggunakan peruntukan PCG; dan
d. Semua peralatan, inventori dan harta modal yang dibeli hendaklah didaftarkan
sebagai aset Kerajaan Malaysia.


3. KELAYAKAN MURID & KADAR

3.1. Tuntutan PCG hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

3.2. Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah mengenai jumlah
peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan
tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia dan peruntukan yang diberikan
itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya.

3.3. PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

a. PCG Mata Pelajaran - Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif.
b. PCG Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling,
Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Khas (LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK
Asrama.

3.4. Kumpulan dan kadar PCG yang telah ditetapkan adalah seperti dalam jadual-jadual
berikut:







8


a. Prasekolah - Jadual 2

b. Sekolah Rendah - Jadual 3

c. Sekolah Menengah Harian/Sekolah Berasrama - Jadual 4
Penuh/Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional/Sekolah
Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia

d. Sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas Integrasi - Jadual 5
(Rendah)

e. Sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas Integrasi - Jadual 6
(Menengah)

3.5. Bagi PCG Mata Pelajaran Teras, agihan peruntukan adalah seperti berikut:

(a) 60% = Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

Daripada jumlah (a):
40% = Sains
30% = Matematik
30% = Bahasa Inggeris

(b) 40% = Lain-lain Mata Pelajaran Teras
(Agihan ditentukan bersama oleh Pengurus Sekolah dan Ketua
Bidang/Panitia yang berkenaan)

3.6. PCG Mata Pelajaran bagi Tingkatan Enam yang ditawarkan dikategorikan secara
pentadbiran sebagaimana kumpulan mata pelajaran tingkatan empat dan lima untuk
memudahkan tuntutan dan rekod oleh pihak sekolah.


4. PINDAH PERUNTUKAN

4.1. Pengurus Sekolah dibenarkan membuat pindah peruntukan di antara kumpulan PCG Mata
Pelajaran sahaja.

4.2. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan Ketua PTJ.

4.3. Peruntukan yang telah dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula atau
sebaliknya bagi satu tahun kewangan.

4.4. Oleh itu, sebelum pindah peruntukan dibuat, Pengurus Sekolah hendaklah memastikan
baki yang tinggal selepas pemindahan adalah mencukupi untuk menampung keperluan
sehingga akhir tahun.

4.5. Pindah peruntukan perlu menggunakan Borang Permohonan Pindah Peruntukan Bantuan
Persekolahan (Rujuk Bab G).




9


II. YURAN KHAS SEKOLAH (YKS)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Mulai tahun 2008, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan bayaran
Yuran Khas Sekolah (YKS) yang dikenakan ke atas semua murid di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan. Yuran ini dikutip bagi tujuan pelaksanaan aktiviti tertentu di
sekolah.

1.2. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membiayai
pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS.


2. MAKSUD BELANJA

1.3. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS adalah meliputi aktiviti:

a. Sukan/Permainan;
b. Pendidikan Jasmani;
c. Lukisan/Kerja tangan;
d. Pendidikan Seni;
e. Perpustakaan; dan
f. Pusat Sumber Sekolah.


3. KELAYAKAN MURID & KADAR

1.4. YKS layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

1.5. Kadar YKS yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti berikut:


Kategori Sekolah Kadar Seorang Murid Setahun


Rendah RM4.50

Menengah RM9.00












10


III. BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) telah ditangguhkan pemberiannya kepada
sekolah pada tahun 2010 kerana tiada peruntukan.

1.2. Pada tahun 2011, pemberiannya disambung semula tetapi dengan kadar dan maksud
belanja yang tetap bagi memudahkan pengurusan dan perbelanjaan oleh pihak sekolah.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti:

a. Sukan/sukaneka;
b. Karnival Pendidikan Prasekolah;
c. Konvokesyen; dan
d. Lawatan.

2.2. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti di para 2.1 adalah
seperti berikut:
a. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid prasekolah;
b. Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; dan
c. Pembelian serta penyelenggaraan peralatan kokurikulum dan sukan prasekolah.


3. KELAYAKAN MURID DAN KADAR

3.1. Tuntutan BKKP hanya layak dituntut bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang
bersekolah di kelas prasekolah di bawah KPM sahaja.

3.2. Kadar BKKP yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid prasekolah adalah sebanyak
RM25.00 seorang murid setahun.
















11


IV. BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH (BKK)



1. LATAR BELAKANG

1.1. BKK merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi
menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum di sekolah.

1.2. Sehingga tahun 2010, kadar BKK bagi sekolah rendah secara puratanya ialah RM10.00
seorang murid setahun dan bagi sekolah menengah RM12.00 seorang murid setahun.

1.3. Melalui Rancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan akan melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan
mulai tahun 2011. Selaras dengan itu, peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah
diasingkan daripada BKK dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) diwujudkan. Sehubungan itu,
peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid daripada peruntukan BKK bagi aktiviti Sukan
dan Permainan diambil dan dimasukkan di bawah BSS.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti:

a. Pasukan Pakaian Seragam/Badan Beruniform;
b. Kelab dan Persatuan (tidak termasuk Sukan dan Permainan); dan
c. Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti
perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti
bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).

2.2. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti di para 2.1 adalah
seperti berikut:
a. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid;
b. Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; dan
c. Pembelian serta penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah.


3. KELAYAKAN MURID & KADAR

3.1. Tuntutan BKK hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

3.2. Kadar baru BKK yang layak dituntut oleh sekolah untuk tempoh satu tahun adalah seperti
berikut:









12


Kategori Sekolah Kadar Setahun

Enrolmen (murid)
1 – 50 51 – 100 101 – 150 151 dan ke atas
Rendah RM400 RM800 RM1,200

sebuah sebuah sebuah RM8 seorang
sekolah sekolah sekolah murid
Menengah RM10 seorang murid

Rendah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah

Menengah (Pendidikan Khas) RM10,000 sebuah sekolah















































13


V. BANTUAN KOKURIKULUM ASRAMA (BKKA)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) telah ditangguhkan pemberiannya pada tahun 2010
kerana tiada peruntukan.

1.2. Pada tahun 2011, pemberiannya disambung semula tetapi dengan memperkenalkan kadar
dan maksud belanja yang tetap bagi memudahkan pengurusan dan perbelanjaan oleh
pihak sekolah.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKA adalah meliputi aktiviti:

a. Program Asrama Terbilang;
b. Sukan dan permainan penghuni asrama; dan
c. Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid
seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk
aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).

2.2. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti di para 2.1 adalah
seperti berikut:
a. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid;
b. Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
c. Pembelian serta penyelenggaraan peralatan kokurikulum asrama.


3. KELAYAKAN MURID DAN KADAR

3.1. Tuntutan BKKA hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang tinggal di
asrama Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

3.2. Kadar BKKA yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti berikut:

Kategori Asrama Sekolah Kadar Seorang Murid Setahun
Rendah RM15.00

Menengah RM20.00









14


VI. BANTUAN SUKAN SEKOLAH (BSS)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Ke-10. Melalui dasar ini, Bantuan Sukan Sekolah (BSS) telah diwujudkan mulai
tahun 2011 bagi membiayai aktiviti sukan dan permainan di sekolah.

1.2. Selaras dengan itu, peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan
daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) dan BSS diwujudkan. Sehubungan itu,
peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid daripada peruntukan BKK bagi aktiviti sukan
dan permainan diambil dan dimasukkan di bawah BSS.

1.3. Selain itu, Kerajaan turut menambah peruntukan sebanyak RM2.00 (Rendah) dan RM4.00
(Menengah) seorang murid bagi memperkukuhkan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi aktiviti:

a. Kejohanan olahraga tahunan sekolah;
b. Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa;
c. Karnival permainan antara rumah, kelas, tingkatan dan sebagainya; dan
d. Program-program lain sukan di sekolah sepanjang tahun.

2.2. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti di para 2.1 adalah
seperti berikut:

a. Pengendalian dan pengurusan kelab-kelab Sukan dan Permainan;
b. Kursus pendedahan permainan kepada murid;
c. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid; dan
d. Penyediaan bahan cetak, bahan habis guna; dan
e. Pembelian serta penyelenggaraan peralatan.


3. KELAYAKAN MURID & KADAR

3.1. Tuntutan BSS hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

3.2. Kadar BSS yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti berikut:








15


Kategori Sekolah Kadar Setahun
Enrolmen Murid (orang)
151 dan ke
1 – 50 51 – 100 101 – 150 atas
Rendah
RM200 RM400 RM600 RM4
sebuah sebuah sebuah seorang
sekolah sekolah sekolah murid
Menengah RM6 seorang murid setahun

Rendah (Pendidikan Khas) RM2,500 sebuah sekolah setahun

Menengah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah setahun












































16


VII. BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)



1. LATAR BELAKANG

1.1. BMP merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi
membiayai perbelanjaan penyediaan makanan murid di Kelas Prasekolah KPM.

1.2. Sehingga bulan Julai tahun 2010, kadar BMP ialah RM1.50 sehari untuk seorang murid
selama 200 hari.

1.3. Di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)-Pendidikan, kadar BMP
bagi seorang murid prasekolah telah dinaikkan sebanyak RM0.30 (Semenanjung) dan
RM0.55 (Sabah, Sarawak dan WP Labuan) berkuat kuasa mulai 1 Ogos tahun 2010.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMP adalah bagi tujuan berikut:
a. Perolehan bahan mentah memasak;
b. Gas/bahan api memasak;
c. Makanan tambahan; dan
d. Lain-lain perkara yang melibatkan penyediaan/pemberian makanan berkhasiat
kepada murid di kelas prasekolah.


3. KELAYAKAN MURID DAN KADAR

3.1. Tuntutan BMP hanya layak dituntut bagi murid prasekolah warganegara Malaysia yang
bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

3.2. Kadar baru BMP yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah untuk tempoh 200
hari setahun adalah seperti berikut:


Negeri Kadar Seorang Murid Sehari

Semenanjung RM1.80

Sabah, Sarawak dan WP Labuan RM2.05











17


VIII. BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA)



1. LATAR BELAKANG

1.1. Semenjak tahun 1974, Kerajaan telah membantu menampung 95% kos penyediaan
makanan murid di asrama dan sejumlah kecil kos ditampung oleh murid melalui kutipan
Yuran Makan Asrama (YMA).

1.2. Pemberian BMA ini hanya melibatkan semua murid warganegara Malaysia yang menghuni
asrama di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan serta asrama di bawah
Kerajaan Negeri.

1.3. Terdapat dua kaedah pembekalan makanan di asrama iaitu bekalan makanan mentah dan
bekalan makanan bermasak.

1.4. Bagi bekalan makanan mentah, kakitangan tertentu akan dilantik untuk menguruskan
masakan. Bahan mentah akan diperoleh daripada pembekal yang dipilih menerusi proses
tender dan seterusnya menguruskan masakan. Bagi bekalan makanan bermasak, operator
persendirian dipilih melalui proses tender untuk menyediakan makanan bermasak kepada
penghuni asrama.

1.5. Secara amnya, semua asrama Sekolah Harian, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Teknik/Vokasional, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Seni Malaysia dan
Sekolah Sukan Malaysia telah melaksanakan kaedah pembekalan makanan bermasak
kecuali sebilangan asrama di Sabah dan Sarawak yang masih memerlukan pembekalan
makanan mentah kerana masalah lokasi dan logistik.


2. MAKSUD BELANJA

2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMA dan YMA adalah bagi
membiayai:

a. Pembekalan/penyediaan makanan harian mengikut menu yang telah ditetapkan;
b. Penyediaan makanan tambahan untuk murid asrama termasuk menyediakan
jamuan khas; dan
c. Pembelian peralatan dapur dan bahan bakar bagi asrama yang melaksanakan
kaedah pembekalan bahan mentah.


3. KELAYAKAN MURID DAN KADAR

3.1. Tuntutan BMA hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang tinggal di
asrama Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan atau asrama di bawah Kerajaan
Negeri.





18


3.2. Kadar BMA yang layak dituntut untuk murid adalah bergantung kepada kaedah
pembekalan makanan, jenis asrama, lokasi dan bilangan hari seperti mana di Jadual 7.


4. YURAN MAKANAN ASRAMA (YMA)

4.1. Kutipan daripada YMA hendaklah diuruskan sewajarnya kerana ia dikutip bagi
menampung kos penyediaan makanan yang dibekalkan kepada murid yang tinggal di
asrama pada tahun tersebut.

4.2. Sekiranya terdapat lebihan YMA kerana murid pulang ke kampung halaman, menjalani
aktiviti di luar sekolah, berpindah sekolah dan sebagainya, sekolah sewajarnya berusaha
untuk memulangkan amaun yang sepatutnya kepada murid berkenaan.

4.3. Sekiranya sulit untuk dilaksanakan, kesemua baki YMA tersebut boleh dibawa ke tahun
hadapan tetapi tidak boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan lain kecuali bagi
menampung kekurangan BMA tahun semasa.

4.4. YMA yang perlu dikutip daripada setiap penghuni asrama adalah seperti berikut:

Jumlah Pendapatan Ibu Dan Bapa / Penjaga Kadar YMA Sehari
Murid Sebulan

RM5,000 dan ke atas RM3.00

RM4,999 dan ke bawah RM1.00

4.5. Sekolah hendaklah memastikan YMA dikutip daripada ibu bapa/penjaga murid asrama
yang layak. Sekiranya ibu bapa/penjaga murid asrama enggan membuat bayaran, maka
pihak sekolah boleh mengambil tindakan menahan keputusan peperiksaan atau menahan
Sijil Berhenti Sekolah murid tersebut sehingga bayaran diselesaikan oleh ibu bapa/penjaga
murid.

4.6. Sebarang pengecualian bayaran YMA adalah di bawah bidang kuasa
Perbendaharaan Malaysia. Murid di bawah kategori Projek Pembangunan Rakyat
Termiskin (PPRT), Orang Asli, Pendidikan Khas, Asrama Desa, Asrama Sekolah Model
Khas di Baling, Kedah dan semua jenis sekolah berasrama di negeri Sarawak, Sabah dan
Labuan telah mendapat pengecualian dari membayar YMA daripada Perbendaharaan
Malaysia.

4.7. KPM turut menyalurkan peruntukan BMA kepada murid KPM yang menghuni asrama di
bawah kerajaan negeri seperti Asrama Yayasan Selangor dan Asrama Yayasan
Terengganu atau lain-lain. Tuntutan hendaklah dikemukakan oleh pihak asrama melalui
Jabatan Pelajaran Negeri di negeri masing-masing.








19


BAB B




PROSEDUR TUNTUTAN


AWAL





























20


PROSEDUR TUNTUTAN AWAL



1. Tuntutan awal bantuan persekolahan bagi tahun semasa hendaklah dipohon oleh sekolah
berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.
Contohnya:
Tuntutan bantuan YKS bagi tahun 2011 hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan
enrolmen murid di sekolah pada 1 Oktober tahun 2010.

2. Permohonan sekolah hendaklah sampai kepada Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya
pada 31 Oktober tahun sebelumnya. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Tuntutan
Bantuan Persekolahan/Rendah (Borang TBP/R) bagi murid di sekolah rendah atau Borang
Tuntutan Bantuan Persekolahan/Menengah (Borang TBP/M) bagi murid di sekolah menengah
(Rujuk Bab G).

3. Apabila permohonan telah diterima, Ketua PTJ hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

a. Mengunci masuk maklumat tuntutan sekolah ke dalam Sistem eBantuan (eB)
(http://fisu.moe.gov.my) selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya; dan
b. Mencetak maklumat tuntutan daripada eB dan menghantarnya kepada sekolah berkenaan
sebagai rujukan.

4. Selepas daripada tarikh tersebut, akses untuk meminda data dalam eB oleh Ketua PTJ TIDAK
DIBENARKAN. Sekiranya terdapat sekolah yang tercicir daripada mengemukakan
permohonan (kecuali sekolah baru beroperasi – rujuk Bab D), ia hanya akan diproses
semasa tuntutan pelarasan pada bulan Julai tahun semasa.

5. Peruntukan awal tahun akan disediakan berdasarkan maklumat yang dikunci masuk oleh Ketua
PTJ ke dalam eB.

6. Peruntukan akan disalurkan kepada sekolah melalui dua (2) kaedah berikut:

a. Dikreditkan terus ke akaun bank sekolah; atau
b. Melalui waran kepada Ketua PTJ sekolah masing-masing.

7. Kaedah penyaluran peruntukan dan jenis bantuan terlibat akan dimaklumkan lebih awal kepada
Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun sebelumnya.

8. Bagi peruntukan bantuan yang disalurkan terus ke akaun bank sekolah oleh Bahagian Kewangan,
KPM, pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan berikut:

a. Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP01);
b. Merekodkan jumlah yang diterima ke dalam Buku Tunai Akaun Sekolah - Kumpulan Wang
Kerajaan / Asrama;
c. Menghantar Borang Maklum Balas Status Penerimaan Pembayaran Bantuan
Persekolahan Terus Ke Akaun Sekolah (Rujuk Bab G) kepada Bahagian Kewangan, KPM
dalam tempoh 5 hari bekerja selepas peruntukan diterima.




21


9. Sekolah dinasihatkan untuk menyimpan peruntukan yang diterima pada awal tahun (tahun
semasa) sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid (mana lebih rendah) sehingga bulan Julai
tahun semasa supaya tidak terlebih berbelanja daripada kelayakan yang sepatutnya sekiranya
berlaku pengurangan murid pada tarikh pelarasan dibuat.

























































22


BAB C




PROSEDUR TUNTUTAN


PELARASAN































23


PROSEDUR PELARASAN PERUNTUKAN


1. Pihak sekolah WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan tahun semasa untuk mengenalpasti
peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun tersebut.

2. Pelarasan peruntukan tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan perbezaan murid pada 1
Oktober tahun sebelum (tuntutan awal) dengan enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa dan
mengguna pakai asas pelarasan seperti jadual di bawah:


Jenis Bantuan Asas Pelarasan
Pertambahan atau pengurangan murid sekurang-kurangnya 5%
PCG (dibundarkan kepada nombor bulat terdekat) atau 100 orang mana yang
lebih rendah. Rujuk contoh pengiraan di Bab G.
Pertambahan atau pengurangan murid sekurang-kurangnya 5%
(dibundarkan kepada nombor bulat terdekat) atau 10 orang mana yang lebih
BMA
rendah dan perubahan harga akibat pelaksanaan kontrak baru (jika ada).
Rujuk contoh pengiraan di Bab G.

YKS, BKKP, BKK, Sebarang pertambahan atau pengurangan murid. Rujuk contoh pengiraan di
BKKA, BSS & BMP Bab G.

3. Semua sekolah perlu mengemukakan maklumat pelarasan kepada Ketua PTJ masing-masing.

4. Maklumat pelarasan hendaklah sampai kepada Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada
15 Julai tahun semasa dengan mengisi Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Rendah (Borang
TBP/R) bagi murid sekolah rendah atau Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Menengah
(Borang TBP/M) bagi murid sekolah menengah bersama-sama Borang Pengisytiharan Baki Bawa
Ke Hadapan (Rujuk Bab G).

5. Apabila maklumat tuntutan pelarasan telah diterima,Ketua PTJ hendaklah mengambil tindakan
seperti berikut:
a. Mengunci masuk maklumat tuntutan pelarasan sekolah ke dalam eB selewat-lewatnya
pada 1 Ogos tahun semasa; dan
b. Mencetak maklumat tuntutan pelarasan daripada eB dan menghantarnya kepada sekolah
berkenaan.

6. Selepas daripada tarikh tersebut, akses untuk meminda data dalam eB oleh Ketua PTJ TIDAK
DIBENARKAN.

7. Bagi peruntukan bantuan persekolahan yang disalurkan melalui waran, tambahan peruntukan akan
disediakan berdasarkan maklumat yang dikunci masuk oleh Ketua PTJ dalam eB. Peruntukan akan
disalurkan kepada sekolah mengikut kaedah penyaluran peruntukan seperti mana pada awal
tahun.

8. Peruntukan tambahan bagi sekolah yang mengalami pertambahan murid akan disalurkan
selewat-lewatnya pada 15 September tahun semasa.




24


BAB D




PROSEDUR


PEMULANGAN LEBIHAN


PERUNTUKAN AKIBAT


PELARASAN


































25


PROSEDUR PEMULANGAN LEBIHAN PERUNTUKAN AKIBAT
PELARASAN



1. Definisi Lebihan Peruntukan Tahun Semasa ialah amaun/jumlah peruntukan bantuan
persekolahan terlebih tuntut oleh pihak sekolah setelah mengambil kira pelarasan peruntukan
mengikut enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa.

2. Lebihan peruntukan bantuan yang telah dikenal pasti oleh sekolah hendaklah dipulangkan selewat-
lewatnya pada 31 Julai tahun semasa.

3. Terdapat dua kaedah pemulangan oleh sekolah iaitu:

a. Pemulangan kepada Bahagian Kewangan, KPM bagi bantuan yang diterima terus
daripada Bahagian Kewangan, KPM (cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian
Pelajaran Malaysia); atau
b. Pemulangan kepada Ketua PTJ bagi bantuan yang diterima daripada Ketua PTJ masing-
masing (rujuk Ketua PTJ).

4. Selain mengemukakan cek, sekolah juga dikehendaki untuk menyertakan bersama-sama
maklumat terperinci mengenai amaun dan jenis peruntukan yang dipulangkan dengan mengisi
Borang Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan Persekolahan KPM (Rujuk Bab G).

5. PERINGATAN! Lebihan peruntukan semua jenis bantuan perlu dipulangkan pada tahun
semasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ia tidak dibenarkan disimpan atau
dibelanjakan oleh sekolah bagi apa-apa tujuan sekalipun. Sebarang ketidakpatuhan kepada
arahan ini, pihak yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan surcaj / tatatertib
sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan 1957.




























26


BAB E




PROSEDUR TUNTUTAN


BAGI SEKOLAH BARU


BEROPERASI
































27


PROSEDUR TUNTUTAN BAGI SEKOLAH BARU BEROPERASI



1. Sekolah/asrama yang baru beroperasi perlu mengemukakan dokumen berikut kepada Bahagian
Kewangan, KPM melalui Ketua PTJ masing-masing dalam kadar segera.

a. Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Rendah (Borang TBP/R) bagi murid sekolah
rendah atau Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Menengah (Borang TBP/M) bagi
murid sekolah menengah (Rujuk Bab G); dan
b. Sesalinan penyata/maklumat akaun bank sekolah/asrama yang disahkan.

2. Maklumat tuntutan bagi sekolah baru beroperasi akan dikunci masuk ke dalam eB oleh Bahagian
Kewangan, KPM.

3. Peruntukan akan disalurkan dalam tempoh 10 hari bekerja mulai tarikh surat permohonan yang
lengkap diterima oleh Bahagian Kewangan, KPM daripada Ketua PTJ sekolah masing-masing.

4. Peratus peruntukan / bilangan hari tuntutan yang dibenarkan mengikut jenis bantuan adalah seperti
berikut:

Peratus Peruntukan / Bilangan Hari
Sekolah/Asrama
Beroperasi / PCG BMA BMA BMP YKS, BKK,
Bantuan (Sekolah BKKP,
Persekolahan (Biasa) Pend. BKKA,
Khas) BSS
Januari - Mac 100% 250 hari 270 hari 200 hari 100%

April - Jun 70% 181 hari 196 hari 140 hari 100%
Julai - September 50% 114 hari 123 hari 100 hari 100%
Selepas September 25% 54 hari 74 hari 50 hari 100%


5. Sekolah yang mula beroperasi antara bulan Januari sehingga Jun boleh mengemukakan tuntutan
pelarasan berdasarkan bilangan murid pada 1 Julai tahun ia mula beroperasi dan hendaklah
mematuhi garis panduan di Bab C.

6. Sekolah yang mula beroperasi mulai 1 Julai tidak perlu membuat tindakan pelarasan peruntukan
pada tahun ia mula beroperasi. Tindakan pelarasan peruntukan hendaklah mula dibuat pada 1
Julai tahun berikutnya.















28


BAB F




BAKI BAWA KE TAHUN


HADAPAN

































29


BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN



1. DEFINISI

1.1 Peruntukan Bantuan Persekolahan Yang Sepatutnya Diterima Pada Tahun Semasa
ialah sejumlah peruntukan bantuan persekolahan tahun semasa yang layak diterima oleh
sekolah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa.

1.2 Baki Terkumpul Tahun Lalu ialah jumlah baki peruntukan dari tahun-tahun lalu yang di
bawa ke tahun semasa.

1.3 Baki Peruntukan Bantuan Persekolahan Tahun Semasa ialah sejumlah peruntukan
bantuan persekolahan yang sepatutnya diterima pada tahun semasa termasuk baki
terkumpul tahun lalu tetapi tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember setelah ditolak
semua tanggungan perbelanjaan.

1.4 Baki Bawa Ke Tahun Hadapan ialah baki peruntukan bantuan persekolahan tahun
semasa yang di bawa ke tahun berikutnya.

2. BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN BAGI BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) / BANTUAN
MAKANAN ASRAMA (BMA)

2.1 Pada akhir tahun, baki peruntukan PCG mahupun BMA tahun semasa yang terdapat di
sekolah dibenarkan untuk di bawa ke tahun hadapan. Walau bagaimanapun, bagi setiap
jenis bantuan itu, amaun yang boleh dibawa adalah terhad kepada maksimum 5%
daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang sepatutnya diterima pada tahun semasa
dan baki terkumpul tahun lalu yang dibawa ke tahun semasa. Sekiranya terdapat lebihan
yang terbit daripada baki setelah ditolak 5%, maka ia hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil
Kerajaan Persekutuan sebelum 31 Januari tahun kewangan berikutnya.

Formula:

Baki Bawa Ke Tahun Hadapan
= 5% x (Peruntukan Tahun Semasa Layak Diterima + Baki Terkumpul Tahun Sebelum)



Contoh Pengiraan bagi BMA:

Baki terkumpul 2009 (Dibawa ke tahun 2010) : (a) = RM 18,000
Peruntukan Tahun Semasa Layak Diterima = RM 215,000
(Berdasarkan enrolmen 1 Julai) : (b)
JUMLAH PERUNTUKAN TAHUN 2010 : [ (c) = (a) + (b) ] = RM 223,000

Katakan Baki Peruntukan Tahun 2010 yang telah dikenal pasti pada
31 Disember 2010 = RM 30,000




30


Maka amaun maksimum 5% baki dibenar bawa ke tahun 2011
[ 5% x (c) ]
= RM 11,150
Lebihan yang terbit daripada baki iaitu sebanyak RM18,850 (RM30,000–RM11,150)
hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Kerajaan sebelum 31 Januari 2011 (tahun
kewangan berikutnya).


3. BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN BAGI YURAN KHAS SEKOLAH (YKS), BANTUAN
KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP), BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH (BKK),
BANTUAN KOKURIKULUM ASRAMA (BKKA), BANTUAN SUKAN SEKOLAH (BSS) DAN
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)

3.1. Semua baki YKS, BKK, BSS, BKKA, BKKP & BMP tahun semasa dibenarkan untuk di
bawa ke tahun hadapan. Baki yang dibawa akan diambil kira sebagai sebahagian
peruntukan bantuan tahun tersebut. Sekiranya terdapat lebihan, maka ia hendaklah
dipulangkan mengikut prosedur di Bab D.


Contoh Pengiraan:

Baki tahun 2010 di bawa ke tahun 2011 : (a) = RM 1,500
Peruntukan diterima pada Januari 2011 : (b) = RM 10,000
(berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober 2010)
JUMLAH PERUNTUKAN TAHUN 2011 : (a) + (b) = RM 11,500

Setelah pelarasan pada 1 Julai tahun 2011, didapati peruntukan = RM 9,500
layak diterima oleh sekolah

Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan tahun
semasa sebanyak RM2,000 [RM11,500 - RM9,500] seperti mana tatacara pemulangan
di Bab E. Kesimpulannya sekolah hanya akan menerima RM8,000 daripada kelayakan
sebenar RM9,500 kerana telah mengambil kira baki tahun sebelum sebanyak RM1,500.

3.2. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak sekolah mempunyai baki bawa ke hadapan yang
besar hingga menyebabkan ia melebihi amaun peruntukan yang layak diterima oleh
sekolah pada tahun semasa, sekolah perlu memulangkan keseluruhan peruntukan awal
tahun yang diterima tersebut sebagai lebihan peruntukan tahun semasa (Rujuk Bab D).
Pihak sekolah hendaklah menggunakan baki bawa ke hadapan tersebut bagi menampung
keperluan bantuan tahun semasa.











31


4. MAKSUD BELANJA BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN

4.1. Baki sesuatu bantuan persekolahan yang dibawa ke tahun hadapan hendaklah
dibelanjakan bagi menampung kekurangan peruntukan bantuan tersebut sahaja.

4.2. Walau bagaimanapun, bagi baki BMA yang dibawa ke tahun hadapan, perbelanjaan yang
dibenarkan adalah seperti berikut:

a. Menampung kekurangan BMA pada tahun semasa;
b. Menyediakan makanan tambahan termasuk mengadakan jamuan khas melibatkan
penghuni asrama;
c. Pembelian/penggantian perkakasan memasak dan bahan bakar memasak bagi
asrama yang menyediakan makanan asrama di bawah kontrak bekalan bahan
mentah.
d. Bayaran kepada tenaga pengajar luar di kelas pengajian Fardu ‘Ain dan Al-Quran
murid asrama.











































32


Click to View FlipBook Version