The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faisal idris, 2023-06-18 21:21:48

SPI-PEMBANTU PENGURUSAN MURID

JPA.BK(S)54/3 Jld. 2 (14) No Siri :















KERAJAAN MALAYSIA

___________________________________

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2011
______________________________________________


DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN
PEKERJA SAMBILAN HARIAN


TUJUAN


1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur

pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja

Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat.


DEFINISI



2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini:



“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat Persekutuan, wilayah,

negeri, daerah atau luar negara, atau mana-mana pegawai yang

diwakilkan kuasa oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut;

dan








1


“Pekerja Sambilan Harian” bermaksud seseorang pekerja yang diambil

untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan
tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim

(seasonal).



LATAR BELAKANG


3. Pada masa ini, pelaksanaan tugas yang bersifat sementara dalam tempoh

masa yang singkat dibuat melalui pengambilan Pekerja Sambilan yang telah

dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978 -

Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan serta

beberapa peraturan lain yang dikeluarkan selepas itu.


4. Sebagai alternatif kepada Pekerja Sambilan, Kerajaan juga

memperkenalkan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi melaksanakan tugas

tertentu dengan dibayar upah ikut jam (hourly rate) atau upah ikut kerja (piece

rate). Kaedah ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun
1999 - Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja.



5. Memandangkan pengambilan Pekerja Sambilan dan PKS telah

menimbulkan isu pertindihan tugas dan tanggungjawab, perbezaan kadar

bayaran upah serta kekeliruan kepada Ketua Jabatan, Kerajaan memutuskan
untuk memperkenalkan pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi

menggantikan pengambilan Pekerja Sambilan dan PKS. Dengan satu (1) kaedah

pengambilan ini, Ketua Jabatan lebih mudah membuat pengambilan pekerja

untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian di samping menyeragamkan

waktu bekerja serta kadar upah bagi meningkatkan produktiviti dan sistem
penyampaian perkhidmatan.












2


DASAR PENGAMBILAN


6. Dasar pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) adalah seperti

berikut:



(a) PSH hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia;


(b) PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang

ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,

Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau

peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa;


(c) PSH dibayar upah di bawah peruntukan Objek Sebagai (OS)

29000;



(d) Ketua Jabatan mempunyai kuasa dalam membuat pengambilan

PSH dan boleh menggunakan kaedah pengiklanan yang
bersesuaian dan menjimatkan kos;



(e) tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3)

bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan

perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua
Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi;



(f) calon yang hendak diambil sebagai PSH hendaklah memiliki

sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia;


(g) calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan

(tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan

berdaftar);




3


(h) pengambilan PSH hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang
bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip

kadar upahan untuk kerja (rate for the job);



(i) waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari

termasuk waktu rehat;


(j) sekiranya PSH diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat

di dalam negeri, mereka layak menerima Elaun Menjalankan

Tugas Rasmi Di Dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan

akademik yang digunakan semasa menentukan kadar upah PSH.
Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri yang layak

diterima oleh PSH adalah seperti berikut:



(i) Elaun Perjalanan Kenderaan;


(ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing;



(iii) Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari

tetapi kurang daripada 24 jam); dan


(iv) Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam

atau lebih).



Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri

dinyatakan di Lampiran A.


(k) PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan

am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas;






4


(l) PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa;


(m) Ketua Jabatan dan PSH hendaklah mencarum dalam Skim

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut peraturan

yang berkuat kuasa;



(n) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH menandatangani
perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972;



(o) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH tidak menandatangani

surat rasmi jabatan;


(p) PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat

kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan

kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh

Ketua Jabatan;


(q) PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang

ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa;



(r) pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai

pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat
yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah

memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan

melalui proses pengambilan biasa; dan



(s) Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang
PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun

tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat.










5


KADAR UPAH


7. Kadar upah PSH ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan

akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar

upah adalah seperti berikut:



Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian

Kelayakan Akademik Upah (RM/ Sehari)


Ijazah Sarjana Muda 100.00

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 72.00


Sijil Pelajaran Malaysia 54.00


PROSEDUR



8. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan prosedur pengambilan PSH

seperti berikut:


(a) merancang dan menentukan jenis tugas, tempoh perkhidmatan dan

jumlah PSH yang diperlukan;



(b) memastikan peruntukan kewangan di bawah OS29000 mencukupi
bagi menampung pembayaran upah dan Elaun Menjalankan Tugas

Rasmi Di Dalam Negeri kepada PSH;



(c) mengiklankan pengambilan PSH secara pemberitahuan dalaman

atau kaedah lain yang sesuai;


(d) melaksanakan tapisan pengambilan PSH melalui kaedah yang

bersesuaian seperti temu duga;







6


(e) membuat tawaran pengambilan dan syarat-syarat perkhidmatan

kepada calon yang dipilih. Contoh surat tawaran PSH dan syarat
perkhidmatan adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C;



(f) memaklumkan calon yang terpilih supaya mengemukakan

penerimaan tawaran pengambilan sebagai PSH melalui surat

seperti contoh di Lampiran D;


(g) memaklumkan PSH supaya melaporkan diri bertugas mengikut

tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran;



(h) boleh mengarahkan PSH untuk menghadiri latihan yang
bersesuaian supaya PSH dapat melaksanakan tugas yang

ditetapkan dengan cekap dan berkesan; dan



(i) merekodkan maklumat perkhidmatan PSH mengikut kaedah

bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan.


PENAMATAN PERKHIDMATAN



9. Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan PSH dengan memberi

notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) hari. PSH juga boleh berhenti
daripada perkhidmatan dengan mengemukakan notis bertulis mengikut tempoh

yang sama.



10. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan

perkhidmatan PSH dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut:


(a) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan

disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi;






7


(b) kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak

memaklumkan Ketua Jabatan terlebih dahulu;


(c) gagal mematuhi syarat dalam surat tawaran atau peraturan yang

ditetapkan; dan



(d) terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej
jabatan.



PENGECUALIAN DAN PERALIHAN



11. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling
Perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan

Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam.



12. Pekerja Sambilan atau PKS sedia ada yang tempoh perkhidmatannya
masih berkuat kuasa semasa Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan adalah

tidak tertakluk kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling

Perkhidmatan ini dan boleh diteruskan sehingga tamat tempoh perkhidmatan.

Sekiranya terdapat keperluan untuk mengambil semula pekerja berkenaan, Ketua

Jabatan hendaklah melaksanakan pengambilan PSH mengikut dasar dan
prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini.



PEMAKAIAN



13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam

Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa

Tempatan.






8


PEMBATALAN


14. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling

Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah dibatalkan:



(a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994: Kadar Gaji

Harian, Elaun dan Kemudahan Anggota Sambilan Dalam Sektor
Awam;



(b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1997: Kadar Gaji

Harian, Elaun dan Kemudahan Anggota Sambilan Dalam Sektor

Awam - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994;


(c) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999: Skim Bayaran

Upah Ikut Jam atau Kerja;



(d) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2000: Pindaan Formula
Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa

dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan;



(e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005: Pindaan

Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran
Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai

Sambilan;



(d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978: Perubahan

Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan;


(f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1979:

Kemudahan Yang Boleh Dituntut Oleh Pekerja-Pekerja Sambilan

Semasa Dalam Tugas Luar Ibu Pejabat; dan




9


LAMPIRAN A

KADAR ELAUN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI
BAGI PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Kadar Elaun
Kelayakan
Elaun
Akademik Semenanjung Sabah dan
Malaysia Sarawak
Ijazah Sarjana Muda
Elaun Perjalanan STPM / Diploma Jadual pengiraan tuntutan perjalanan
menggunakan kenderaan sendiri adalah
Kenderaan
SPM seperti di Jadual 1.

Hotel Lojing Hotel Lojing
Bayaran Sewa Ijazah Sarjana Muda RM160 RM55 RM170 RM60
Hotel Atau Elaun
Lojing STPM / Diploma RM140 RM45 RM160 RM50
SPM RM130 RM40 RM150 RM45

Elaun Harian Ijazah Sarjana Muda
(bertugas luar STPM / Diploma
pejabat melebihi 8 Separuh daripada kelayakan Elaun Makan
jam sehari tetapi SPM
kurang daripada 24
jam)
Elaun Makan Ijazah Sarjana Muda RM45 RM65
(bertugas luar STPM / Diploma RM40 RM55
pejabat bagi
tempoh 24 jam SPM RM40 RM55
atau lebih)

*STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
*SPM : Sijil Pelajaran Malaysia


Jadual 1

Kadar Elaun Perjalanan bagi Tuntutan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di
Dalam Negeri Pekerja Sambilan Harian

Sukatan Silinder (s.s)
Kelayakan Akademik
≥500 s.s <500 s.s


Ijazah Sarjana Muda 50 sen 40 sen

Sijil Tinggi Pelajaran 40 sen 30 sen
Malaysia / Diploma


Sijil Pelajaran Malaysia 30 sen 20 sen


1


LAMPIRAN B


CONTOH
SURAT TAWARAN PENGAMBILAN PSH


Rujukan Kami :

Tarikh :

(Nama/Alamat Calon)
.......................................................

.......................................................

.......................................................
.......................................................


Tuan/ Puan,

TAWARAN SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI ..................................

.............................................(nama Kementerian/ Jabatan)............................................

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/ puan ditawarkan untuk berkhidmat sebagai
Pekerja Sambilan Harian (PSH) mulai tarikh tuan/ puan melaporkan diri bertugas
dengan syarat-syarat seperti berikut:

(a) Kadar Upah : RM ............... sehari

..................................................................
(b) Tempoh Perkhidmatan : (tidak melebihi 3 bulan mulai tarikh lapor

diri bertugas)

(c) Penempatan : ..................................................................

(nama Unit/ Seksyen/ Bahagian)
Tarikh Melaporkan Diri
(d) Bertugas : ....................................................................



3. Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai PSH, tuan/ puan hendaklah
melaksanakan tugas-tugas ..................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
(Nyatakan tugas yang ditetapkan kepada calon berdasarkan
jenis tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik)




2


4. Syarat-syarat perkhidmatan tuan/ puan adalah seperti di Lampiran ....

5. Sekiranya tuan/ puan menerima tawaran ini, tuan/ puan hendaklah
melengkapkan dan mengembalikan surat penerimaan tawaran PSH seperti di
Lampiran ... kepada kementerian/ jabatan ini.

6. Jika tuan/ puan gagal melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan, tawaran ini
akan terbatal dengan sendirinya kecuali tuan/ puan mempunyai alasan yang munasabah
dan diterima oleh kementerian/ jabatan ini.

Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



Tandatangan Ketua Jabatan : ........................................................
Nama penuh : ........................................................

Jawatan : ........................................................
Tarikh : ........................................................

















































3


LAMPIRAN C

SYARAT PERKHIDMATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN


1. Tempat Bertugas

Tuan/ Puan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/ jabatan yang
ditetapkan.

2. Tempoh Perkhidmatan

Perkhidmatan tuan/ puan adalah untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan
mulai tarikh yang ditetapkan.

3. Latihan

Sekiranya perlu, tuan/ puan boleh diberi latihan sebelum melaksanakan tugas
yang ditetapkan.

4. Penyeliaan Tugas

Pelaksanaan tugas tuan/ puan akan diselia dan diawasi oleh seorang atau lebih
Pegawai Penyelia yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

5. Kadar Upah

Tuan/ Puan akan dibayar upah seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran
pengambilan PSH.

6. Elaun

Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam
Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan
peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

7. Waktu Bekerja

Tuan/ Puan dikehendaki melaksanakan tugas selama sembilan (9) jam sehari
termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh
Ketua Jabatan.

8. Tanggungjawab Pekerja

Tuan/ Puan hendaklah dalam tempoh perkhidmatan:

(a) menjalankan tugas yang ditetapkan;





4


(b) menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada tugas dan berusaha
sedaya upaya untuk menjaga kepentingan jabatan;

(c) mematuhi dan menjalankan perintah-perintah dan arahan-arahan yang
diberikan; dan

(d) tidak boleh membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan jabatan
kepada sesiapa pun.

9. Rahsia Rasmi

Tuan/ Puan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan
dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

10. Syarat-Syarat Lain

(a) Tuan/ Puan adalah bukan pegawai awam;

(b) Tuan/ Puan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain
daripada yang dinyatakan dalam syarat perkhidmatan PSH;

(c) Tuan/ Puan tidak boleh menggunakan perkhidmatan PSH sebagai asas
untuk diserap secara tetap, sementara atau kontrak; dan

(d) Tuan/ Puan tidak boleh memohon supaya diberi tugas baru selain dari
apa yang ditetapkan dalam surat tawaran ini.

11. Penamatan Perkhidmatan

Ketua Jabatan atau tuan/ puan boleh pada bila-bila masa menamatkan
perkhidmatan dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada tiga (3) hari.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tuan/ puan boleh ditamatkan oleh Ketua
Jabatan dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut:

(a) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki
membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi;

(b) kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan
Ketua Jabatan terlebih dahulu;

(c) gagal mematuhi syarat perkhidmatan, peraturan atau arahan yang
ditetapkan; dan

(d) terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej jabatan.

12. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tuan/ Puan adalah diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).




5


LAMPIRAN D


CONTOH
SURAT PENERIMAAN TAWARAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN


Tarikh :

(Nama dan Alamat Pekerja)
.......................................................

.......................................................
.......................................................


(Nama dan Alamat Ketua Jabatan)
.......................................................

.......................................................
.......................................................


Tuan,

TAWARAN SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI ..................................

..................................................(nama Kementerian/ Jabatan) ......................................

Saya bersetuju menerima tawaran tuan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan
Harian (PSH) dengan syarat-syarat perkhidmatan seperti di Lampiran ... yang
terkandung dalam surat tuan rujukan bil.: ............................ bertarikh........................... .
Saya mengaku bahawa saya sihat dan boleh melaksanakan tugas yang diarahkan.

2. Saya akan mula bertugas pada tarikh yang telah ditetapkan oleh tuan.


Yang benar,


Tandatangan : .......................................................

Nama penuh : .......................................................
Tarikh : .......................................................














6


KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003


SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID


TUJUAN


1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan

mewujudkan satu skim perkhidmatan baru iaitu Pembantu Pengurusan Murid.


LATAR BELAKANG

2. Berikutan pelaksanaan Program Pendidikan Prasekolah oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia terdapat keperluan supaya diwujudkan satu skim perkhidmatan baru
bagi membantu guru mengendalikan kelas-kelas prasekolah. Pada masa ini urusan yang

berkaitan dengan hal ehwal murid-murid istimewa di asrama sekolah pendidikan khas
dan asrama desa dikendalikan oleh perkhidmatan Penyelia/Pengasuh Pelajar yang telah
dijumudkan semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baru pada tahun 1992.


3. Kajian menunjukkan bahawa dari semasa ke semasa bilangan murid-murid

istimewa di sekolah-sekolah pendidikan khas di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, bilangan asrama juga terpaksa ditambah. Begitu
juga dengan bilangan asrama-asrama desa di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan

Sarawak. Sehubungan itu, kerajaan memutuskan supaya skim perkhidmatan baru
Pembantu Pengurusan Murid ini mengambil alih fungsi yang dijalankan oleh



1


perkhidmatan Penyelia/Pengasuh Pelajar dan melaksanakan fungsi membantu guru
prasekolah di kelas-kelas prasekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan

Malaysia.

SKIM PERKHIDMATAN BARU


4. Skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid ini diletakkan di bawah

Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dengan diberi gred gaji N17, N22.
Syarat lantikan ke skim perkhidmatan ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lulus

Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat peperiksaan tersebut atau
memiliki kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. Oleh kerana perkhidmatan ini akan digunakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, maka Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan ini ialah Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya terdapat agensi-agensi lain yang ingin
menggunakan perkhidmatan ini untuk melaksanakan fungsi bidang tugas yang sama,

maka Ketua Jabatan bagi agensi berkenaan adalah Ketua Perkhidmatan.

6. Fungsi utama skim perkhidmatan baru ini adalah meliputi aspek-aspek seperti

berikut:

(a) membantu guru dalam pengurusan kelas termasuk penyediaan makanan,
mengemas dan membersih serta menjalankan aktiviti bimbingan murid-

murid prasekolah; atau

(b) mengasuh murid-murid istimewa di asrama-asrama sekolah pendidikan
khas atau asrama desa yang meliputi semua aspek kehidupan murid di luar

bilik darjah dan tugas-tugas membersih dan mengemas.


7. Bidang tugas secara terperinci adalah seperti di Lampiran A dan penghuraian
kerja adalah seperti di Lampiran B.







2


8. Skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid adalah seperti di Lampiran C
dan draf iklan adalah seperti di Lampiran D. Jadual Gaji Matriks N17, N22 adalah

seperti di Lampiran E dan E1.

9. Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini semua lantikan sebagai Pembantu

Guru dan Penyelia/Pengasuh Pelajar masing-masing di kelas prasekolah dan asrama-
asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa hendaklah menggunakan skim

perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N22 dan syarat-syarat lantikan
yang ditetapkan hendaklah dipenuhi.


PELAKSANAAN


10. Semua anggota sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penyelia/Pengasuh
Pelajar (jumud) Gred N11, N14 yang dilantik secara tetap dan sedang menjalankan tugas

di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa adalah layak diberi opsyen untuk
ditukar lantik ke perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 mengikut syarat-

syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(a) anggota hendaklah memiliki SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk
lulus Ujian Lisan) di peringkat sijil tersebut;


(b) bagi anggota dalam Gred N11, N14 yang tidak memiliki SPM
kelonggaran syarat akan diberi seperti berikut:


(i) memiliki PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

oleh kerajaan serta mempunyai sekurang-kurangnya 6 tahun
pengalaman dalam perkhidmatan Penyelia/Pengasuh Pelajar; atau


(ii) tamat Darjah 6 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan serta mempunyai
sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam perkhidmatan

Penyelia/Pengasuh Pelajar.



3


Pemberian Opsyen

11. Dengan terlaksananya skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred

N17, N22 Pihak Berkuasa Melantik melalui Ketua Perkhidmatan akan mengeluarkan
opsyen tukar lantik kepada anggota sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan

Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11, N14 bagi membolehkan anggota membuat pilihan.
Anggota yang bersetuju menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan

Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N22. Pilihan yang dibuat adalah muktamad.


12. Anggota yang terlibat diberi tempoh 30 hari mulai tarikh surat opsyen dikeluarkan

untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran ini. Anggota yang
tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh

yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah tidak memilih

untuk memasuki skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid. Mereka akan kekal
dalam perkhidmatan hakiki sekarang secara Khas Untuk Penyandang.


13. Tawaran opsyen ini diberi kepada anggota yang bertaraf tetap termasuk mereka

yang masih dalam tempoh percubaan dalam skim perkhidmatan Penyelia/Pengasuh
Pelajar serta telah memilih tawaran opsyen Sistem Saraan Malaysia.


14. Tawaran opsyen ini juga hendaklah diberi kepada Penyelia/Pengasuh Pelajar yang
berada dalam keadaan berikut:


(a) dipinjamkan atau ditukarkan sementara;

(b) sedang bercuti;

(c) tidak hadir bertugas semasa opsyen dikeluarkan dan berkuat kuasa;
(d) sedang dalam proses tindakan tatatertib; dan

(e) sedang menjalani hukuman tatatertib selain daripada hukuman buang
kerja.









4


15. Penyelia/Pengasuh Pelajar yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, jika sabit
kesalahannya dan dijatuhi hukuman buang kerja dalam tempoh opsyen, maka tawaran

opsyen tersebut dengan sendirinya terbatal.

16. Sekiranya surat tawaran opsyen tidak dapat disampaikan, termasuk kepada

mereka yang berada dalam keadaan seperti di perenggan 14, Pihak Berkuasa Melantik
boleh menawarkan surat tawaran opsyen dengan memberikan tempoh yang sama (30

hari) untuk membolehkan mereka membuat pilihan, walaupun tempoh opsyen asal telah
tamat.


17. Bagi maksud urusan pemberian opsyen, contoh surat tawaran, syarat-syarat
pertukaran pelantikan dan borang opsyen adalah seperti di Lampiran F, F1 dan F2.

Sementara itu surat tawaran opsyen bagi anggota Penyelia/Pengasuh Pelajar yang belum
layak seperti di perenggan 10(b)(i) atau (ii) adalah seperti di Lampiran F3.


18. Tawaran opsyen ini tidak melibatkan anggota dalam lantikan sementara/kontrak/

sambilan.

Kaedah Pelarasan Gaji


19. Kaedah pelarasan gaji anggota sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan

Penyelia/Pengasuh Pelajar ke skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid adalah
ditetapkan seperti berikut:


(a) anggota Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11 yang belum disahkan dalam
perkhidmatan tetapi telah memenuhi syarat yang ditetapkan di perenggan

10 hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji
jawatan asal di Peringkat 1 (P1);


(b) anggota Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11 yang telah disahkan dalam
perkhidmatan dan memenuhi syarat yang ditetapkan di perenggan 10

hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji
terakhir jawatan asal di Peringkat 1 (P1). Matagaji yang ditawarkan itu


5


hendaklah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa jawatan asal.
Jika matagaji di P1 jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan

yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di
peringkat 2 (P2) dan seterusnya di Peringkat 3 (P3) jika matagaji P2 masih
tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan;


(c) anggota Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N14 hendaklah juga diselaraskan

ke gred N17 skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid. Mereka
hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji

terakhir jawatan asal di Peringkat 1 (P1). Matagaji yang ditawarkan itu
hendaklah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa jawatan asal.
Jika matagaji di P1 jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan

yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di
peringkat 2 (P2) dan seterusnya di Peringkat 3 (P3) jika matagaji P2 masih

tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan;


(d) anggota Penyelia/Pengasuh Pelajar yang gaji akhirnya tidak dapat
ditampung oleh matagaji mengikut kaedah (b) dan (c) di atas, maka sifir
pemindahan gaji Khas Untuk Penyandang di jawatan baru hendaklah

dipohon daripada Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam;
dan


(e) anggota Penyelia/Pengasuh Pelajar yang belum memenuhi syarat seperti
yang disebut di perenggan 10(b)(i) atau (ii) di atas akan hanya

dipindahkan ke Gred N17 matagaji yang berkaitan selepas sehari
perkhidmatan mereka genap mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan di

perenggan 10(b)(i) atau (ii) tersebut. Tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasuk kira hendaklah dalam perkhidmatan tetap, tidak termasuk tempoh
cuti tanpa gaji. Contoh-contoh kaedah pelarasan gaji bagi anggota yang

telah layak mengikut syarat di perenggan 10(a) adalah seperti di
Lampiran-lampiran G, G1 dan G2. Sementara itu contoh pelarasan gaji

bagi anggota yang belum memenuhi syarat adalah seperti di Lampiran
G3; dan


6


(f) pergerakan gaji tahunan jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh
anggota dalam tahun pertukaran pelantikan itu dikuatkuasakan hendaklah

diberi di jawatan baru.


TARIKH PERGERAKAN GAJI

20. Tarikh Pergerakan gaji (TPG) asal bagi anggota yang terlibat dalam urusan ini

hendaklah diubah kepada satu TPG baru pada tahun berikutnya selepas pelaksanaan
pelarasan gaji ini. TPG baru ialah mulai 1 Januari tahun berikutnya.



KAEDAH PELAKSANAAN OPSYEN


21. Dalam melaksanakan skim perkhidmatan yang baru ini, Ketua Jabatan dan
anggota yang terlibat hendaklah mematuhi kaedah pelaksanaan opsyen yang ditetapkan
seperti berikut:



Ketua Jabatan


(a) menawarkan opsyen kepada anggota terlibat dan memberi penjelasan
terperinci mengenai opsyen kepada anggota dan implikasi keputusan yang

dibuat;


(b) berhubung dengan Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia untuk urusan pemansuhan jawatan

Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11, N14 dan pewujudan jawatan
Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N22 secara tukar ganti selepas
urusan opsyen pertukaran pelantikan ini selesai; dan


(c) mengemaskini Buku Kenyataan Perkhidmatan anggota yang terlibat

selaras dengan perubahan berkaitan.




7


Anggota


(a) membaca dengan teliti dan faham mengenai opsyen sebelum membuat

keputusan. Jika terdapat sebarang keraguan, anggota hendaklah merujuk
kepada Ketua Jabatan untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sebarang opsyen yang dibuat adalah muktamad;



(b) melengkapkan dua (2) salinan borang opsyen iaitu satu salinan untuk
disimpan oleh Ketua Jabatan dan satu (1) salinan lagi untuk anggota
berkenaan; dan


(c) membuat pilihan sama ada menerima atau menolak opsyen tawaran ini

dalam tempoh 30 hari mulai tarikh surat tawaran.



TARIKH KUAT KUASA


22. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2004.



PEMAKAIAN


23. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan
Penyelia/Pengasuh Pelajar (jumud) masih kekal untuk menampung anggota yang belum

memenuhi syarat yang ditetapkan di perenggan 10(b) (i) atau (ii) dan anggota yang
menolak opsyen pertukaran pelantikan ini.








8


24. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya boleh dipanjangkan kepada

semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan



‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’








( TAN SRI JAMALUDDIN BIN HAJI AHMAD DAMANHURI )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA



8 November 2003




Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan



SP4/PP03/PP-PemPengMurid/SSR/fo



9


LAMPIRAN A

BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID


A. Pengurusan Prasekolah


1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.


2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan
pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.


3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan
membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.


B. Pengurusan Murid Di Asrama


1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah
daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.


2. Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid-murid peringkat
sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan,
akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/kawasan sekitar.


3. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.


4. Mengawasi keselamatan murid.


5. Menjadi pengantara dengan ibu/bapa murid.














1


LAMPIRAN B

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID


1. SKIM PERKHIDMATAN

1.1. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N22


2. PERINGKAT ORGANISASI

2.1. Sekolah/Asrama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


3. RINGKASAN TUGAS

3.1. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas
prasekolah dan mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas
dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1. Pembantu Pegurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti
berikut:-


Pengurusan Murid Prasekolah

4.1.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid
prasekolah setiap hari.

(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di
dalam kelas prasekolah.

(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang
berkaitan dengan prasekolah.

(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.

(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid
prasekolah.


1


(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.

(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang
bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan
prasekolah.

(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu
bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang
bermasalah.

(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara
yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.

(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima
untuk prasekolah.


4.1.2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan
dan asuhan.

(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan
menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.

(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu,
minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-
murid prasekolah.

(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-
murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.

(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta
peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan
perkembangan murid-murid prasekolah.

(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan
dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar
kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah
jagaannya.

(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi
mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di
sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.





2


(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran
dan pembelajaran prasekolah.


4.1.3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman
yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid
prasekolah.

(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan,
piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais
dan sebagainya.

(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik
atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk
menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
darjah dan ruang-ruang lain.

(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun
alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.


4.1.4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong
memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada
murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan
kekemasan diri.

(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri
kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam
keadaan selamat.

(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan
membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam
keadaan sihat dan bersih.

(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan
dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa
ketiadaan guru prasekolah.



3


Pengurusan Murid Di Asrama

4.1.5. Tugas-tugas pengurusan murid di asrama sekolah khas melibatkan
kanak-kanak istimewa (buta, pekak, bisu dan lain-lain) atau kanak-
kanak di peringkat sekolah rendah yang tinggal di asrama-asrama
di kawasan pedalaman yang meliputi semua aspek kehidupan
murid di luar bilik darjah seperti berikut:-

(a) Melatih dan menentukan murid bangun tidur dan masuk
tidur mengikut masa yang ditentukan.

(b) Melatih dan menentukan murid supaya membuang air dan
membersih diri (menggosok gigi) sebelum masuk tidur.

(c) Melatih dan menentukan murid mengamalkan cara-cara
yang betul dan sempurna menggosok gigi dan mandi.

(d) Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan
baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur.

(e) Membersih dan mengemas tempat tidur murid dan
mengasuh mereka berbuat demikian.

(f) Melayan dan membimbing murid cara-cara dan adab sopan
ketika makan.

(g) Melatih dan menentukan murid ke sekolah mengikut masa
yang sepatutnya.

(h) Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan
bersembahyang lima waktu sehari dan belajar Muqaddam.

(i) Membimbing dan mengasuh murid supaya sentiasa
berakhlak, berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan.

(j) Membimbing dan menentukan murid belajar selepas waktu
persekolahan.

(k) Membersih dan mengemas pakaian murid dan mengasuh
mereka berbuat demikian.

(l) Membersih kawasan asrama, tandas, bilik mandi dan
kawasan bilik tidur.





4


(m) Melatih murid menjaga kebersihan, keceriaan dan
keselamatan di asrama.

(n) Melayan keperluan murid yang sakit atau menghadapi
masalah emosi.

(o) Mengawasi murid ketika mereka bermain di luar waktu
persekolahan dan waktu kegiatan kokurikulum.

(p) Menjadi pengantara dengan ibu bapa kepada murid yang
sakit atau menghadapi masalah disiplin, kesihatan,
gangguan emosi dan keperluan-keperluan lain.























































5


LAMPIRAN C

SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN : SOKONGAN
PERKHIDMATAN

TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2004


Gred Jadual Gaji Matriks

Gred N17 : P1T1 RM656.30 - P1T24 RM1721.10
P2T1 RM697.44 - P2T24 RM1817.90
P3T1 RM739.79 - P3T24 RM1918.33

Gred N22 : P1T1 RM1532.34 - P1T12 RM2270.44
P2T1 RM1646.08 - P2T12 RM2507.60


SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

PENETAPAN GAJI 2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17
PERMULAAN boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja
berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN 3. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 yang dilantik
adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama 1 hingga 3 tahun.



1


LATIHAN 4. Pembantu Pengurusan Murid boleh dikehendaki
mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua
perkhidmatan yang berkenaan.

KURSUS INDUKSI/ 5. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 dalam
PEPERIKSAAN percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya
kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan
yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang
berkenaan.

PENGESAHAN DALAM 6. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 yang dilantik
PERKHIDMATAN adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila
telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus
peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI 7. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan
TAHUNAN akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan
prestasi perkhidmatan.

PENILAIAN TAHAP 8. Pembantu Pengurusan Murid hendaklah lulus
KECEKAPAN penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua
perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

KENAIKAN PANGKAT 9. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 adalah layak
KE GRED N22 dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan
Pembantu Pengurusan Murid Gred N22 yang kosong
apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang
ditetapkan; dan

(d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.







2


LAMPIRAN D

IKLAN JAWATAN

1. (a) Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid

(b) Kementerian/Jabatan/Badan :
Berkanun/Kuasa Tempatan*

(c) Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Sokongan

(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran Dan
Sokongan

2. Jadual Gaji Gaji Matriks


Gred N17 : P1T1 RM656.30 - P1T24 RM1721.10

P2T1 RM697.44 - P2T24 RM1817.90

P3T1 RM739.79 - P3T24 RM1918.33

3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Tetap

5. Fungsi Bidang Tugas : Untuk diisi oleh ketua perkhidmatan setiap
kali pengiklanan dibuat.






1


JADUAL BILANGAN N-17
LAMPIRAN E
SOKONGAN JADUAL GAJI SSM BAGI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (RM SEBULAN) T24 T23 T22 T21 T20 T19 T18 T17 T16 T15 T14 T13 T12 1721.10 1667.86 1614.62 1561.38 1508.14 1454.90 1401.66 1348.42 1295.18 1241.94 1188.70 1135.46 1095.53 1817.90 1762.24 1706.58 1650.92 1595.26 1539.60 1483.94 1428.28 1372.62 1316.96 1261.30 1205.64 1149.98 1918.33 1860.25 1802.17 1744.09 1686.01 1627.93 1569.85
1
T11 1055.60 1108.84 1163.29

T10 1015.67 1067.70 1120.94

975.74
T9 1026.56 1078.59


T8 935.81 985.42 1036.24
895.88 944.28 993.89
T7


T6 855.95 903.14 951.54

816.02 862.00 909.19
T5

T4 T3 776.09 736.16 820.86 779.72 866.84 824.49






I. GRED GAJI SSM : N17 II. KOD GAJI KOMPUTER SSM : NA17000 III. TARIKH KUATKUASA : 1.11.2002 JADUAL GAJI SSM : N17 T2 T1 696.23 656.30 P1 738.58 697.44 P2 782.14 739.79 P3


LAMPIRAN E JADUAL BILANGAN N-17 T24 1721.10 1817.90 1918.33








T22 T23 1667.86 1614.62 1762.24 1706.58 1860.25 1802.17


T21 1561.38 1650.92 1744.09

T20 1508.14 1595.26 1686.01


T19 1454.90 1539.60 1627.93

T18 1401.66 1483.94 1569.85


T17 1348.42 1428.28 1511.77


T16 1295.18 1372.62 1453.69

T15 1241.94 1316.96 1395.61


T14 1188.70 1261.30 1337.53

SOKONGAN JADUAL GAJI SSM BAGI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (RM SEBULAN) T13 T12 1135.46 1095.53 1205.64 1149.98 1279.45 1221.37




1
T11 1055.60 1108.84 1163.29


T10 1015.67 1067.70 1120.94

975.74
T9 1026.56 1078.59

T8 935.81 985.42 1036.24

895.88 944.28 993.89
T7

T6 855.95 903.14 951.54

816.02 862.00 909.19
T5

T4 T3 776.09 736.16 820.86 779.72 866.84 824.49






I. GRED GAJI SSM : N17 II. KOD GAJI KOMPUTER SSM : NA17000 III. TARIKH KUATKUASA : 1.11.2002 JADUAL GAJI SSM : N17 T2 T1 696.23 656.30 P1 738.58 697.44 P2 782.14 739.79 P3


JADUAL BILANGAN N-22
LAMPIRAN E1
JADUAL GAJI SSM BAGI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
2507.60
2270.44
T12
2191.79
2421.69
T11
2335.78
2113.14
T10
2034.49
2249.87
(RM SEBULAN)
T9
SOKONGAN
2163.96
1955.84
T8
1
T7 1877.19 2078.05
1798.54 1992.14
T6
1745.30 1906.23
T5
T4 T3 1692.06 1638.82 1820.32 1762.24



I. GRED GAJI SSM : N22 II. KOD GAJI KOMPUTER SSM : NA22000 III. TARIKH KUATKUASA : 1.1.2004 JADUAL GAJI SSM : N22 T2 T1 1585.58 1532.34 P1 1704.16 1646.08 P2


LAMPIRAN E1 JADUAL BILANGAN N-22























T12 2270.44 2507.60




T11 2191.79 2421.69



T10 2113.14 2335.78



SOKONGAN JADUAL GAJI SSM BAGI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (RM SEBULAN) T9 T8 2034.49 1955.84 2249.87 2163.96







1
T7 1877.19 2078.05


1798.54 1992.14
T6


1745.30 1906.23
T5



T4 T3 1692.06 1638.82 1820.32 1762.24









I. GRED GAJI SSM : N22 II. KOD GAJI KOMPUTER SSM : NA22000 III. TARIKH KUATKUASA : 1.1.2004 JADUAL GAJI SSM : N22 T2 T1 1585.58 1532.34 P1 1704.16 1646.08 P2


LAMPIRAN F


KERTAS OPSYEN PERTUKARAN PELANTIKAN


(Nama Pihak Berkuasa Melantik di agensi penerima)
……………………………………..

……………………………………..

……………………………………..



Nama : (Nama Pegawai)
Alamat: ……………………………………
……………………………………
……………………………………



Melalui Ketua Jabatan
(Nama Ketua Jabatan agensi hakiki)

…………………………………………

…………………………………………


Tuan / Puan,

Tawaran Pertukaran Pelantikan Dari Skim Perkhidmatan Penyelia/Pengasuh
Pelajar Di Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Skim Perkhidmatan Pembantu
Pengurusan Murid di Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Opsyen

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan untuk

memansuhkan jawatan Penyelia/Pengasuh Pelajar berkuat kuasa pada 1 Januari 2004.
Sehubungan itu tuan/puan dengan ini ditawarkan pertukaran pelantikan ke skim

perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid di Kementerian Pendidikan Malaysia di

bawah klasifikasi Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dengan gaji
RM……… Gred ………. mulai pada tarikh yang sama.




1


2. Tawaran pertukaran pelantikan melalui opsyen ini tertakluk kepada syarat-syarat
seperti yang dinyatakan di Lampiran F1. Tuan/puan dikehendaki memberi jawapan

sama ada menerima atau tidak tawaran ini dengan mengisi Borang Opsyen di Lampiran
F2 seperti berikut dan jawapan tuan/puan hendaklah sampai di pejabat ini sebelum atau

pada …………….


2.1 Menerima Tawaran:


Menandakan ( 9 ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (a) di

Lampiran F2; atau


2.2 Menolak Tawaran:


Menandakan ( 9 ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (b) di

Lampiran F2, jika tuan / puan menolak opsyen ini.


Sekian, terima kasih.



“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


Saya yang menurut perintah,



………………………………………………………..…..
(Nama Pihak Berkuasa Melantik di agensi penerima)












2


LAMPIRAN F1


SYARAT-SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN MELALUI OPSYEN
(KE SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID)


1. Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan jawatan OPSYEN
Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11, N14 tuan/puan
bertugas sekarang. Dengan keputusan itu, tuan/ puan
dengan ini diberi opsyen sama ada bersetuju untuk ditukar
lantik ke jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
dalam skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid di
Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun jika menolak
akan dikekalkan dalam skim perkhidmatan
Penyelia/Pengasuh Pelajar secara Khas Untuk
Penyandang (KUP). Opsyen ini adalah muktamad.


2 Tempoh opsyen yang diberikan kepada tuan/puan untuk TEMPOH
membuat pilihan ialah selama tiga puluh (30) hari mulai MEMBUAT
dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Jika tuan/puan tidak OPSYEN
membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada
tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan dengan
bersyarat atau gagal mengembalikan borang opsyen tanpa
sebarang sebab yang munasabah, tuan/puan adalah
dianggap tidak bersetuju menerima tawaran pertukaran
pelantikan dan akan dikekalkan dalam perkhidmatan
Penyelia/Pengasuh Pelajar secara Khas Untuk
Penyandang.


3 Tuan/Puan akan ditawarkan ke jawatan baru di skim JAWATAN
perkhidmatan yang berlainan pada gred yang lebih tinggi YANG
daripada jawatan lama. Gelaran jawatan tuan/puan, jika DITAWARKAN
perlu, akan diubahsuai mengikut skim perkhidmatan
tersebut.



4. Tuan/Puan akan tertakluk kepada syarat dan peraturan PENAKLUKAN
perkhidmatan seperti yang diperuntukkan di dalam skim DI BAWAH
perkhidmatan yang tuan/puan ditukar lantik. SYARAT DAN
PERATURAN
PERKHIDMATAN
BARU





1


5. Tuan/Puan akan ditawarkan gaji permulaan berdasarkan GAJI
kepada prinsip ‘matagaji tertinggi berhampiran’ dengan PERMULAAN
matagaji akhir di jawatan asal di Peringkat 1 (P1) kecuali
bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan di
jawatan asal, matagaji yang ditetapkan itu tidak kurang
daripada satu pergerakan gaji biasa jawatan asal. Jika
matagaji di P1 jawatan baru tidak dapat menampung gaji
permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji
boleh ditetapkan di Peringkat 2 (P2) dan seterusnya di
Peringkat 3 (P3) jika matagaji di P2 masih tidak dapat
menampung gaji permulaan yang ditetapkan. Jika gaji
jawatan baru masih tidak dapat menampung gaji
permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, maka
gaji secara Khas Untuk Penyandang (KUP) akan
diwujudkan.


6. Tarikh pergerakan gaji tuan/puan berubah mengikut tarikh TARIKH
kuatkuasa pertukaran pelantikan. PERGERAKAN
GAJI



7. Tuan/Puan akan dikecualikan daripada syarat tempoh TEMPOH
percubaan jika tuan/puan telah disahkan dalam jawatan PERCUBAAN
asal. Walau bagaimanapun untuk tujuan pencen, tuan/ BAGI PEGAWAI
puan hendaklah disahkan dalam jawatan baru oleh pihak YANG TELAH
berkuasa melantik pada bila-bila masa dalam tempoh 6 DISAHKAN
bulan daripada tarikh kuatkuasa pertukaran pelantikan.


8. Tuan/Puan yang belum disahkan dalam jawatan asal, tuan/ TEMPOH
puan dikehendaki menghabiskan baki tempoh percubaan PERCUBAAN
dan boleh disahkan dalam perkhidmatan pada bila-bila BAGI PEGAWAI
masa sekiranya telah mencukupi tempoh setahun YANG BELUM
termasuk mengambilkira tempoh percubaan jawatan asal DISAHKAN
tertakluk dengan syarat tuan/puan memenuhi semua syarat
pengesahan yang ditetapkan. Syarat-syarat pengesahan
yang telah dipenuhi dengan jayanya semasa di jawatan
asal adalah dikecualikan.


9. Kekananan tuan/puan di jawatan asal dikekalkan. KEKANANAN


10. Jika tuan/puan belum disahkan dalam jawatan dan belum OPSYEN
diberi taraf berpencen, tuan/puan layak diberi opsyen SKIM KWSP
skim KWSP semasa disahkan dalam jawatan barunya.




2


11. Taraf berpencen yang telah diberi kepada tuan/puan TARAF
sebelum pertukaran pelantikan ini dikuatkuasakan akan BERPENCEN
dikekalkan. DIKEKALKAN


12. Tuan/Puan dibenarkan membawa baki cuti rehat dan cuti CUTI REHAT
rehat yang telah dikumpulkan untuk tujuan gantian cuti
rehat, mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.


13. Tuan/Puan boleh ditempatkan berkhidmat di mana-mana PENEMPATAN
jua sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/
Ketua Jabatan.


14. Ketua Perkhidmatan tuan/puan ialah ketua bagi KETUA
perkhidmatan yang tuan/puan ditukar lantik. PERKHIDMATAN



15. Tuan/Puan akan sentiasa tertakluk kepada peraturan dan KEPERLUAN
arahan yang berkuat kuasa di agensi penerima. MEMATUHI
PERATURAN


16. Tuan/Puan dikecualikan daripada syarat pemeriksaan SYARAT
perubatan, sumpah berkanun dan tapisan keselamatan PELANTIKAN
sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat tersebut YANG
semasa dalam jawatan asal. DIKECUALIKAN



17. Pertukaran pelantikan tuan/puan melalui pemberian TARIKH KUAT
opsyen ini adalah berkuat kuasa mulai 1.1.2004. KUASA



18. Hubungan tuan/puan dengan perkhidmatan asal adalah HUBUNGAN
terputus kecuali bagi tujuan persaraan dan kemudahan- DENGAN
kemudahan lain yang diberi berdasarkan tempoh PERKHIDMATAN
perkhidmatan seperti cuti rehat, cuti haji dan pinjaman. ASAL















3


Lampiran F2

BORANG OPSYEN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fail Rujukan :

Tarikh :

Kepada:
(Nama Pihak Berkuasa Melantik di agensi penerima)

…………………………………….

…………………………………….

Melalui Ketua Jabatan
(Nama Ketua Jabatan agensi hakiki )

…………………………………….

…………………………………….

Tuan:

Tawaran Pertukaran Pelantikan Dari Skim Perkhidmatan Penyelia/Pengasuh
Pelajar di Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Skim Perkhidmatan Pembantu
Pengurusan Murid Di Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Opsyen.

Berhubung dengan surat tuan bil. ……………………………bertarikh ………………….

mengenai perkara di atas, maka saya dengan ini membuat pilihan seperti di bawah:-


* (a) Bersetuju menerima pertukaran pelantikan dari skim perkhidmatan
Penyelia/Pengasuh Pelajar di Kementerian Pendidikan Malaysia di

bawah Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan ke skim

perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid di Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan menerima gaji sebanyak RM ……….

sebulan atas gred gaji ……………dengan syarat-syarat yang
dinyatakan di ………….. pada surat tawaran tuan;





1


ATAU



*(b) Tidak bersetuju menerima tawaran pertukaran pelantikan dan

sebaliknya kekal di bawah skim perkhidmatan Penyelia/Pengasuh
Pelajar secara Khas Untuk Penyandang.



2. Saya sesungguhnya faham kandungan surat tawaran tuan bil.

……………………………. bertarikh ……………………. dan implikasi pilihan sendiri

ini dan saya sesungguhnya mengetahui bahawa pilihan yang saya buat ini adalah
muktamad. Saya juga faham bahawa sekiranya ada di antara maklumat yang saya beri

untuk tujuan pertukaran pelantikan ini tidak betul, maka pertukaran pelantikan saya
dengan sendirinya terbatal dan saya akan dikekalkan di dalam perkhidmatan sekarang

secara Khas Untuk Penyandang.



Tandatangan: …………………………………..

Nama Penuh: .………………………………….

No. Kad Pengenalan: .…………………………

Jawatan: ………………………………………

Alamat: ……………………………………….


…………………….…………………………..


Tarikh: ……………….











2


Di hadapan:





…………………………………………………
SAKSI**
(Tandatangan Dan Cop Jawatan)


Tandatangan: …………………………………..

Nama Penuh: …………………………………..

No. Kad Pengenalan: ………………………….

Jawatan:………………………………………...

Alamat: …………………………………….…



………………………………………………

Tarikh: ………………….

____________________________________________________________

* Tandakan (3) dalam salah satu petak yang berkenaan.

** Ketua Jabatan atau Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional

















3


LAMPIRAN F3


KERTAS OPSYEN PERTUKARAN PELANTIKAN
(kepada anggota yang belum memenuhi syarat pemindahan gaji)
____________________________________________________________


(Nama Pihak Berkuasa Melantik di agensi penerima)
……………………………………..

……………………………………..
……………………………………..




Nama : (Nama Pegawai)


Alamat: ……………………………………
……………………………………
……………………………………



Melalui Ketua Jabatan
(Nama Ketua Jabatan agensi hakiki)

…………………………………………
…………………………………………



Tuan / Puan,

Tawaran Pertukaran Pelantikan Dari Skim Perkhidmatan
Penyelia/Pengasuh Pelajar Di Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Skim
Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid di Kementerian Pendidikan
Malaysia Melalui Opsyen

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk
memansuhkan jawatan Penyelia/Pengasuh Pelajar berkuat kuasa pada 1 Januari 2004.
Sehubungan itu tuan/puan dengan ini ditawarkan pertukaran pelantikan ke skim
perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid yang akan berkuat kuasa sehari selepas genap
tempoh perkhidmatan seperti disebut di perenggan 10(b)(i) atau (ii) Pekeliling



1


Perkhidmatan Bil…… Tahun 2003. Dengan itu tuan/puan adalah dikekalkan secara Khas
Untuk Penyandang di atas Gred ……. sehingga memenuhi syarat tersebut.

2. Jika tuan/puan bersetuju menerima opsyen ini, tuan/puan perlu menjawab dalam
tempoh 30 hari mulai …………… Tuan/Puan adalah dikehendaki menandatangani
borang opsyen di Lampiran F2 dan mengembalikan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.





……………………………………
( )
Kementerian Pendidikan Malaysia


















































2


LAMPIRAN G


KAEDAH PELARASAN GAJI BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN
PENYELIA/PENGASUH PELAJAR GRED N11 (JUMUD)
KE PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17

Kaedah Pelarasan Gaji Bagi Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11 (Jumud) Yang Ditukar
Lantik Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 Diselaraskan
Kepada Matagaji Baru Di Peringkat (P) 1 Gred N17.

Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 2004
Tarikh Pergerakan Gaji Asal : 1 Januari


Gaji Gaji Baru
Tarikh Sekarang Gred N17 Catatan
Gred N11 (RM)
(RM)


31.12.2003 1096.74 - Gaji Akhir Di Jawatan Asal.
(P1T17)


1.1.2004 1096.74 1188.70 Tarikh Kuat Kuasa Pertukaran
(P1T17) (P1T14) Pelantikan. Gaji Permulaan Pertukaran
Pelantikan Yang Akan Ditawarkan
Kepada Anggota.


1.1.2004 - 1241.94 TPG Jawatan Asal. Pergerakan Gaji
(P1T15) Diberi Di Jawatan Baru (Pergerakan
Gaji Biasa Mengikut Keputusan PPSM).


1.1.2005 - 1295.18 TPG Jawatan Baru (Pergerakan Gaji
(P1T16) Biasa Mengikut Keputusan PPSM).


Catatan:


PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia
TPG : Tarikh Pergerakan Gaji






1


LAMPIRAN G1


KAEDAH PELARASAN GAJI BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN
PENYELIA/PENGASUH PELAJAR GRED N11 (JUMUD)
KE PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17

Kaedah Pelarasan Gaji Bagi Penyelia/Pengasuh Pelajar Gred N11 (Jumud) Yang Ditukar
Lantik Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 Diselaraskan
Kepada Matagaji Baru Di Peringkat (P) 1 Gred N17.

Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 2004
Tarikh Pergerakan Gaji Asal : 1 April


Gaji Gaji Baru
Tarikh Sekarang Gred N17 Catatan
Gred N11 (RM)
(RM)


31.12.2003 1239.52 - Gaji Akhir Di Jawatan Asal.
(P2T19)


1.1.2004 1239.52 1295.18 Tarikh Kuat Kuasa Pertukaran
(P2T19) (P1T16) Pelantikan. Gaji Permulaan Pertukaran
Pelantikan Yang Akan Ditawarkan
Kepada Anggota.


1.4.2004 - 1348.42 TPG Jawatan Asal. Pergerakan Gaji
(P1T17) Diberi Di Jawatan Baru (Pergerakan
Gaji Biasa Mengikut Keputusan PPSM).


1.1.2005 - 1401.66 TPG Jawatan Baru (Pergerakan Gaji
(P1T18) Biasa Mengikut Keputusan PPSM).


Catatan:

PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia
TPG : Tarikh Pergerakan Gaji






1


Click to View FlipBook Version