The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faisal idris, 2021-12-09 10:25:01

KEJOHANAN E SPORTS PIALA YB DATO’ MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK (AHLI PARLIMEN BALIK PULAU)

KEJOHANAN E-SPORTS (FIFA)
PIALA YB DATO’ MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK (AHLI PARLIMEN BALIK PULAU)


1.0 SYARAT PENYERTAAN

1.1 Terbuka kepada semua ahli Kelab Sukan Bola Sepak Teluk Bahang, semua penduduk yang
menetap bermastautin dan bekerja di Parlimen Balik Pulau.
1.2 Setiap peserta hanya boleh mendaftar satu penyertaan
1.3 Setiap peserta wajib membayar yuran pendaftran sebanyak RM 20 Ke akaun Setiausaha
(Mohd Faisal Bin Idris - MAYBANK - 1571 4810 2219)

2.0 PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 Perubahan Formasi dan Penukaran pemain HANYA boleh diubah sebelum permulaan
perlawanan bermula dan semasa waktu separuh masa, bola keluar dari padang, sepakan
penjaga gol, sepakan sudut dan kecederaan pemain yang serius. Jika anda hendak berhentikan
perlawanan tanpa sebarang alasan, anda perlu sepak bola ke luar padang. Jika pihak lawan
mengemukakan bantahan, anda dikenakan amaran pertama dan jika ia berlaku lagi, anda akan
dikira kalah dan anda akan mendapat kekalahan dengan keputusan 0-3.

2.2 Peserta tidak boleh MENGUBAH kedudukan pemain di dalam formasi secara manual.
Walaubagaimanapun, peserta boleh mengubah formasi yang sedia ada sahaja. CUSTOM
TACTICS adalah dibenarkan.

2.3 Pihak penganjur akan menyediakan kontroller DS4. Peserta juga digalakkan untuk membawa
kontroller( DS4 ) sendiri atas tanggung jawab sendiri.

2.4 Jika peserta lambat ke perlawanan tanpa alasan yang munasabah (5minit) daripada masa
yang ditetapkan pihak organisasi berhak memberikan kemenangan kepada pihak lawan.

2.5 Mana-mana peserta yang membuat kesalahan yang dianggap tidak adil maka peserta
tersebut akan diberikan amaran atau disingkirkan daripada pertandingan.

2.6 Berikut adalah perkara yang dianggap tidak adil :
2.6.1 Sengaja membazirkan masa dengan bermain di kawasan sendiri
2.6.2 Penggunaan aplikasi yang tidak dikenali
2.6.3 Penyalahgunaan tetapan yang diberikan
2.6.4 Memberi kemenangan kepada pihak lawan dengan sengaja
2.6.5 Penggunaan kata kata kasar terhadap pihak lawan atau tingkah laku yang tidak
senonoh.

2.7 Jika terdapat peserta yang ingin menarik diri daripada pertandingan tanpa sebarang
alasan yang munasabah:
2.7.1 Tidak boleh diganti dengan peserta lain
2.7.2 Pihak lawan diberikan kemenangan dengan keputusan 0-3

2.8 Pihak penganjur berhak untuk menukar format pertandingan, format pertandingan,
masa, tempat, tarikh dan lain lain tanpa apa apa notis terlebih dahulu, semasa atau selepas
kejohanan.

2.9 Sekiranya berlaku pertikaian semasa pertandingan, keputusan pihak penganjur adalah
muktamad.

3.0 GAME SETTING

Mode : Kick Off

Level : Legendary

Time of Day : 9.30PM

Season : Summer

Time of Day : Night

Weather : Clear Game

Speed : Normal

Half Length : 5 Min (Group Stage), 5 Min (Knockout - Stage) 7 Min ( Final)

Multiplayer Camera : Tale Broadcast (10)

Camera settings : Tale Broadcast (10)

Time/Score Display : On 3

Radar : 2D or 3D

Injuries : OFF Offsides : ON Booking : ON Handball : OFF Defending :

*Tactical Defending, LEGACY DEFENDING IS STRICTLY PROHIBITED *Live season must be switched off.

4.0 Format Pertandingan

4.1. Pertandingan ini akan menggunakan format seperti yang berikut:


4.1.1 Peringkat Kumpulan – Setiap kumpulan terdiri daripada 4/5 orang pemain dan akan
bersaing merebut dua tempat terbaik mara ke peringkat seterusnya.

4.1.2 Peringkat Kumpulan -- Setiap pemain boleh menggunakan mana-mana kelab yang ada di
dalam “KICK OFF” kecuali pasukan negara & wanita. Penggunaan kelab yang sama dengan
pihak lawan adalah dibenarkan di peringkat ini.

4.1.2 Peringkat Kalah Mati – Pemain akan bermain dalam mode perlawanan timbal balik selama 5
minit. (Perlu menukar pasukan untuk leg ke dua) . Pemenang akan ditentukan melalui keputusan
agregat. Jika perlawanan masih berkesudahan dengan keputusan seri, pemenang akan ditentukan
melalui perlawanan selama 5 minit dengan peraturan Gol Emas tanpa masa tambahan, dan berlanjutan
ke sepakan penalti jika masih berkesudahan seri.

4.2. Dalam peringkat kumpulan, 4/5 pemain akan berentap sesama sendiri. Setiap
perlawanan akan diberikan mata seperti berikut:
Menang : 3 Mata Seri : 1 Mata Kalah: 0 Mata


4.3 Setelah tamat peringkat kumpulan, kedudukan pemain akan ditentukan mengikut susunan kriteria berikut:
4.3.1 Mata terbanyak
4.3.2 Perbezaan jaringan terbanyak.
4.3.3 Jumlah gol yang berjaya dikumpulkan.
4.3.4 Keputusan pertemuan antara dua pemain (Head-To-Head).
4.3.5 Perlawanan ulangan selama 4 minit menggunakan peraturan Gol Emas.
4.3.6 Sepakan penalti jika masih berkesudahan seri.
4.4 2 Pemain terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati. Juara kumpulan
akan menentang naik juara daripada kumpulan berlainan.
4.5 Peraturan Khas peringkat kalah mati; Pemain tidak boleh menggunakan pasukan yang
sama seperti pemain lawan dan tidak boleh menggunakan pasukan yang sama sebanyak
dua kali dalam setiap pusingan.


Click to View FlipBook Version