The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA TOKOH: SULTAN ABU BAKAR (BAPA PEMODENAN JOHOR)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-08009691, 2021-04-20 23:27:55

LEE HONG LIN - SLB DIGITAL BUKU SKRAP

NAMA TOKOH: SULTAN ABU BAKAR (BAPA PEMODENAN JOHOR)

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH
PEMIMPIN JOHOR

Sultan abu bakar

Bapa Pemodenan Johor

BIODATA SAYA:

NAMA PESERTA : LEE HONG LIN

KELAS : 6P
[email protected]
ALAMAT E-MAIL : SJK (C) FOON YEW 1
NAMA SEKOLAH : 91, JALAN KEBUN TEH,
ALAMAT SEKOLAH : TAMAN KEBUN TEH,
80250 JOHOR BAHRU, JOHOR.

PENDAHULUAN

Tokoh Pemimpin Johor yang paling saya kagumi ialah Sultan Abu Bakar. Maharaja Abu
Bakar ditabal sebagai sultan Johor pada 13 Februari 1886. Sebulum itu, baginda dilantik
sebagai Temenggung Johor pada 1862, dan kemudian mengisytiharkan gelaran Maharaja
Johor pada 1868.

Pada masa pemerintahannya, banyak usaha-usaha dan jasa-jasa baginda dicurahkan
dalam membangun dan memodenkan negeri Johor. Antara peranan penting yang
dimainkan oleh baginda ialah menubuhkan perkhidmatan perubatan, pelajaran, pos dan
kemudahan awam. Baginda juga memantapkan pentadbiran kerajaan dan ekonomi Johor.

Memandangkan kegigihan baginda memaju dan memodenkan Johor, sudah
sewajarnya baginda digelar “Bapa Pemodenan Johor” dan menjadi sultan yang paling
masyhur hingga ke luar negeri.

Dengan itu, tidak hairanlah kemasyhuran baginda kekal hingga ke hari ini
walaupun baginda mangkat pada 4 Jun 1895.

BIODATA SULTAN ABU BAKAR

Nama Penuh : Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni
Al-Marhum Dato’ Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim.

Gelaran : Sultan Johor Era Moden

Keputeraan : 3 Februari 1833

Ayahanda : Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Bonda : Cik` Ngah Sultan Ali Iskandar Shah
13 Februari 1886 – 4 Jun 1895
Pemerintah :

Pendahulu : Sultan Ali Iskandar Shah

Pasangan : Wan Chik binti Muhammad Tahir, Zubaidah binti Abdullah,

Fatimah binti Abdullah, Khadijah Khanum

Anakanda : Tunku Ibrahim Iskandar (Tunku Mahkota Johor),

Tunku Mariam, Tunku Putri, Tunku Azizah,

Tunku Fatimah Tunku Ibrahim Iskandar
4 Jun 1895 (umur 62)
Kemangkatan :
Dimakamkan : Bailey’s Hotel, South Kensington, London, United Kingdom

7 September 1895

Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

Temenggong Sri Maharaja Wan Abu Bakar
Temenggung Johor

Pemerintahan : 2 Februari 1862 – 29 Jun 1868

Didahalui Oleh : Temenggung Daeng Ibrahim

(Temenggung Johor)

Diikuti oleh : (jawatan dimansuhkan)

Maharaja Johor

Kerabat : Wangsa Temenggung

Maharaja Abu Bakar
Maharaja Johor

Pemerintahan : 30 Jun 1868 – 12 Februari 1886
Didahului oleh : Temenggung Daeng Ibrahim

Diikuti oleh (Temenggung Johor)
: (jawatan dimansuhkan)

Sultan Johor

PENDIDIKAN SULTAN ABU BAKAR

 Menerima pendidikan Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional) di Singapura
pada zaman kanak-kanak.

 Dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga, sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh
Reverend Benjamin Peach Keasberry.

 Berpendidikan Barat, diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih.
 Terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran barat.
 Melawat ke negara-negara Eropah terutamanya ke England.
 Mencari pengalaman dan mempelajari cara orang barat memerintah dan mentadbirkan negara.

KERJAYA SULTAN ABU BAKAR

Sultan Abu Bakar telah menggantikan ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor pada
tahun 1862. Pada masa itu baginda berumur 28 tahun. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada tahun
1868. Gelaran ini dikurniakan oleh Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu. Mulai 1 Julai 1886,
baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil. Sepanjang pemerintah baginda,
banyak kerjaya telah dicapai dengan kebijaksanaan and kegigihan baginda.

KERJAYA SULTA N ABU BAKAR:
Sebagai Temenggong (1862-1868)
Berjaya mengukuhkan kedaulatan kesultanan Johor.
Melaksanakan program pemodenan dalam pentadbirannya untuk mengiringi Johor
ke arah pemodenan
Berjaya menjalin hubungan yang rapat dengan pemerintah dan pedagang dari
British.

Sebagai Maharaja (1868 – 1885)

Berjaya mengukuhkan kedaulatan dan kekuatan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan
di bawah pemerintahan baginda pada tahun 1877.
Baginda menjadi pemerintah Melayu pertama yang berkelana ke Eropah dan seluruh dunia bagi
menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara berdaulat lain.
Berjaya menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British.
British mengiktiraf Johor sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.
Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Pada tahun 1866, baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri kepada Johor Bahru.
Pada tahun 1871, baginda mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.
Perladangan lada hitam dan gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan
buruh Jawa pada tahun 1883.

Sebagai Sultan Johor (1886-1895)
Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan.
Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan, polis, Penjara, Jabatan
Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Perubatan, Pos dan Pelajaran.
Baginda menubuhkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada 14 April 1895. Ini adalah
untuk menmantapkan system pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai
negeri.

Kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
1895

 Keturunan Sultan sebagai waris takta
 Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
 Agama Islam sebagai agama negeri
 Raja hendaklah berbangsa Melayu
 Lelaki
 Beragama Islam
 Merupakan waris pemerintah Johor
 Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada

kuasa atau kerajaan lain.
 Raja berhak memilih Menteri Besar
 Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
 Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri

dan Jemaah Menteri
 Majlis Negeri mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri mempunyai

kuasa pelaksanaan.

SUMBANGAN SULTAN ABU BAKAR

Kepintaran dan kegigihan baginda Memantapkan ekonomi Johor dengan
dalan pentadbiran menyebabkan cara meneruskan Sistem Kangcu dan
kedaulatan Johor dijamin. British menjadi Pengeksport lada hitam dan
tidak lagi campur tangan dalam gambir terbesar di dunia.
pentadbiran Johor.

Pembangunan dan SUMBANGAN Keamanan dan
Pemodenan Johor akibat SULTAN ABU BAKAR kemakmuran Johor
persebakatan antara dititikberatkan dengan
sultan dan pembesar menubuhkan pasukan
polis dan tentera.

Memodenkan Menjaga kebajikan Pentadbiran kerajaan
pentadbiran Johor masyarakat dengan Johor menjadi lebih
dengan mengadakan membina sekolah dan jalan lengkap dan sistematik
mahkamah, raya. dengan “Undang-undang
perkhidmatan pos dan Tubuh Kerajaan Johor”
Jabatan Kerja Raya. yang diperkenalkan oleh
baginda.

Untuk mengenang jasa-jasa dan sumbangan Sultan Abu Bakar, terdapat bangunan dan Muzium telah
dinamakan dengan nama baginda.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar,
Johor Bahru

Muzium Diraja Sultan Abu Bakar,
Johor Bahru

Bangunan Sultan Abu Bakar,
Muar

Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, Johor
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
~PATRIOTISME~

Sultan Abu Bakar mempunyai semangat patriotism yang begitu tinggi. Baginda berkorban dan
menyumbang yang terbaik demi menjaga kedaulatan Johor. Semangat patriotism perlu ada
dalam diri rakyat yang menjadi tonggak utama kepada pembanggunan Malaysia.

~KEBERANIAN DAN KEGIGIHAN~

Sepanjang masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baginda telah mengatasi kesukaran dan cabaran
yang besar. Tanpa semangant keberanian dan kegigihan baginda, perundingan baginda dengan
tokoh-tokoh barat tidak akan berjaya. Kita harus memupuk nilai keberanian dan kegigihan
untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.

~RASIONAL DAN BERFIKIR SECARA BIJAKSANA~

Kita harus sentiasa berfikir dengan rasioanl dalam membuat sebarang keputusan. Fikiran
rasional dan bijaksana amatlah penting bagi tokoh-tokoh negara atau pemimpin-pemimpin
dalam masyarakat. Sultan Abu Bakar seorang yang rasional, bijaksana dan berpandangan
jauh. Seorang yang rasioanal dapat berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan akan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

~PEKA TERHADAP ISU SPSIAL DALAM MASYARAKAT~

Sultan Abu Bakar telah menubuhkan jabatan-jabatan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat
Johor dengan lebih sistematik. Baginda membina sekolah, hospital dan jalan raya. Kita
harus menjadikan baginda sebagai teladan supaya sentiasa peka terhadap isu social dalam
masyarakat. Berilah sumbangan atau bantuan berdasarkan kemampuan sendiri untuk membantu
orang yang dalam kesukaran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ketokohan Sultan Abu Bakar terserlah sebagai seorang pemerintah
yang bijaksana. Sejarah tanah air mencatatkan bahawa pada separuh kedua abad ke-19,
Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor negeri yang moden dan stabil berbanding
negeri Melayu Pantai Barat seperti Selangor dan Perak. Baginda dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan sosiopolitik yang berubah ketika itu. Sultan Abu Bakar juga telah
membuktikan pentadbiran Melayu bijak berdiplomasi, dan mampu berdiri setaraf dengan
tokoh-tokoh dari negara lain.
Kepintaraan baginda dalam menghadapi kuasa-kuasa besar dunia terutamanya British
addalah suatu yang boleh dicontohi oleh tokoh pemimpin dan rakyat Malaysia pada hari
ini dalam mendepani cabaran untuk memastikan kedaulatan Malaysia terjamin.

SUMBER RUJUKAN
1) Wikipedia https://ms.wikipedia
2) 29/07/2015 PeKhabar Sejarah – Maharaja Abu Bakar Ditabal Sebagai

Sultan Johor. https://pekhabar.com>Sejarah
3) Laporan Astroawani 24 Novenber 2020 – Bagaimana Jika Johor Tidak

Menjadi Sebahagian Daripada British Malaya? https://www.astroawani.com
4) Laporan BHonline 29 Mac 2015 – Kesultanan Johor Pencetus Amalan Birokrasi

Moden https://www.bharian.com.my
5) Pengenalan Sejarah Kesultanan Johor – Laman web rasmi Kemahkotaan DYMM

Sultan Ibrahim Sultan Johor 23 Mac 2015 https://kemahkotaan.johor.gov.my
6) Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 m/s 67-71

TAMAT


Click to View FlipBook Version