Kesantunan Berbahasa Disediakan oleh 2022 – 2023 IPGKBM Nur Sofea Balqis binti Ahmad Shafik Budi Bahasa Budaya Kita 01
Gaya Kesantunan Berbahasa Bahasa Terbalik Bahasa Kiasan Peribahasa Pantun Bahasa Sapaan Pengurusan air muka 02
Peribahasa berkait rapat dengan kehidupan bangsa Melayu dari segi adat istiadat, pemikiran dan akal budi mereka. Justeru, penciptaan peribahasa adalah melalui pengalaman hidup dan fenomena sebenar kehidupan orang Melayu (Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan, 2011). Contoh: Yang merah saga, yang kurik kundi 0 Bahasa Terbalik 1 Ragam bahasa terbalik merujuk kepada maksud berlawanan dengan bahasa pertuturan. Ragam bahasa ini selalunya bertujuan menyedarkan seseorang yang bersikap negatif (Zulkiflee Zulfadzlee, 2022). Contoh: Amboi, awalnya awak bangun tidur. Bahasa Kiasan Bahasa kiasan menekankan kepada perbandingan antara satu ungkapan dengan ungkapan yang lain (Subramaniam A/L Krishnan, 2015). Ragam bahasa ini kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan dalam meningkatkan keindahannya. Contoh: Puteri lilin 02 03 Peribahasa Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Perbilangan Jenis-jenis Peribahasa 03
04Pantun Menurut Za'ba (1965: 218-219), pantun ialah sejenis kuplet (puisi) kepunyaan masyarakat Melayu lama. Pantun kerap digunakan di kampung-kampung bagi menggambarkan fikiran sayu dan emosi yang indah, seperti antara pasangan kekasih iaitu pujukan yang lemah (Ab. Razak Ab. Karim & Nurul Ain Alizuddin, 2021). Contoh: Hari malam cantik jelita, Menerangi lampu-lampu taman; Sopan santun budaya kita, Jadi kebanggaan zaman berzaman. B a h a s a S a p a a n 0 5 Bahasa sapaan merujuk kepada ungkapan untuk menyapa, menegur kepada orang kedua atau orang yang diajak berbual (Ika Rama Suhandra, 2014). Sapaan merujuk kepada penggunaan bahasa yang indah dan menyenangkan oleh satu pihak untuk mengekalkan hubungan yang harmoni dengan pihak yang lain (Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif, 2020). Contoh: Seorang guru agama digelar sebagai ustaz 06 Pengurusan Air Muka Air muka merupakan imej diri yang diperlihatkan kepada umum dan berkait rapat dengan konsep seperti harga diri, status dan maruah di samping memberikan imej dalaman seseorang (Norazlina Hj. Mohd. Kiram & Raja Masittah Raja Ariffin, 2012). Contoh: Air muka sedih 04
Kesantunan Berbahasa dalam Sistem Bahasa Satu unit ujaran Mengandungi intonasi yang betul dan jumlah yang tidak terhad Binaan Kata Unit pengucapan teratas dalam susunan tatabahasa Mengandungi makna yang lengkap Satu atau gabungan bentuk bunyi bahasa Binaan Ayat Bebas dan mempunyai makna JENIS KATA KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA MAJMUK KATA GANDA Jenis-jenis Ayat 05
Isu Kesantunan Berbahasa Isu Sosial Kesantunan berbahasa dipengaruhi oleh fenomena atau trend di mana hal ini menyebabkan kesantunan tidak lagi mejadi amalan dalam golongan remaja. Situasi dapat dibuktikan apabila terdapat netizen yang sering melontarkan kata-kata kasar terhadap sesuatu isu (Akmar Ahmad et al., 2016). Isu Bahasa Selain itu, kesantunan berbahasa juga terhalang apabila seseorang itu bersikap buruk. Setiap perkataan ialah cerminan peribadi individu dan berdasarkan portal orangkata.my (2019), budi bahasa tidak lagi menjadi budaya masyarakat hari ini kerana tohmahan, fitnah dan pertuturan kesat digunakan secara meluas khususnya di media sosial. Cara Mengatasi 06