INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN AKADEMIK: Semester 2 / 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM: PISMP AMBILAN: JUN 2022 SEMESTER: DUA NAMA PENSYARAH: PN. SITI AIDA BINTI SHARI NAMA PELAJAR: NUR NADIATUL HUSNA BT KAMAL ANGKA GILIRAN: 2021152340307 NO KAD PENGENALAN: 031231020546 TARIKH HANTAR: 26 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: husna Tarikh: 26 MAC 2024
SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Penilaian Instrumen 1 (Ujian Bertulis) 2-4 3.0 Penilaian Instrumen 2 (Buku Skrap) 5-7 4.0 Penilaian Instrumen 3 (Kajian Kes) 7-9 5.0 Refleksi 10 Rujukan 11 Lampiran 12
1 1.0 PENDAHULUAN Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula pada tahun 2016. PBD ini merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang berterusan berkaitan dengan perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2019). Perkataan pentaksiran ini berasal daripada perkataan Latin ’assidere’ yang bermaksud ’duduk di sisi’ (Nurul Akmar Said, 2020). Oleh itu, dapat digambarkan bahawa pentaksiran merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan secara berterusan oleh guru untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang pelajar ingin tahu, apa yang mereka ingin faham dan apa yang mereka boleh lakukan (Nurul Akmar Said, 2020). Manakala, menurut Lee Leh Hong et, al. (2024) pentaksiran merujuk kepada alat, teknik, prosedur dan semua aktiviti yang diambil oleh guru dan murid untuk memperoleh maklumat melalui cara formal dan tidak formal. Pentaksiran juga dianggap sebagai satu proses pengumpulan, sintesis dan menginterprestasi maklumat bagi tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian. Oleh itu, pentaksiran amat penting dalam sistem pendidikan kerana ia dapat membantu guru dalam membuat keputusan tentang sesuatu pembelajaran. Bagi melaksanakan pentaksiran ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti ujian pensel dan kertas, ujian lisan, portfolio dan lain-lain bagi mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid dalam pembelajarannya. Namun begitu, perubahan mendadak dalam dunia pendidikan telah mendorong guru untuk melaksanakan pentaksiran alternatif lain bagi matlamat pendidikan negara tercapai. Pentaksiran alternatif ini merujuk kepada proses penilaian dan mengesan perkembangan pembelajaran murid melalui pelbagai aktiviti selain daripada peperiksaan (Suhaida Mohd Sukis et, al, 2023). Terdapat pelbagai tugasan yang diberikan kepada pelajar dalam pentaksiran alternatif seperti penghasilan produk, buku skrap, amali dan lain-lain. Tujuan pentaksiran alternatif ini adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan kebolehan dan membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pembelajaran (Mohd Haidzir Yusof@Jusof & Norasmah Othman, 2019). Oleh itu, guru boleh mengubah kaedah PdPc mengikut tahap perkembangan murid dan ibu bapa dapat menilai dan menambah baik pembelajaran anakanak mereka. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah setanding dengan pentaksiran alternatif yang digunakan pada masa ini. Justeru, dalam tugasan ini, penilaian akan dibuat ke atas instrumen pentaksiran alternatif seperti buku skrap, penghasilan produk iaitu kajian kes dan ujian bertulis yang digunakan oleh guru sekolah semasa melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
2 2.0 PENILAIAN INSTRUMEN 1 (UJIAN BERTULIS) Berdasarkan instrumen pertama yang telah dipilih iaitu ujian bertulis mata pelajaran Sejarah tahun 4 yang dimana bertujuan untuk mengukur tahap murid pada akhir tahun persekolahan. Instrumen ini kebiasaanya digunakan oleh para guru di sekolah bagi menguji dan mengukur sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak. Oleh itu, bagi memastikan sesuatu pentaksiran itu berkesan seharusnya instrumen yang digunakan itu hendaklah berkualiti berdasarkan ciri dan prinsip-prinsip pentaksiran seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran. Namun begitu, dapat dilihat instrumen pentaksiran yang dipilih ini mempunyai beberapa perkara yang boleh menyebabkan pentaksiran itu kurang bermutu. Rajah 1. Kedudukan bilangan muka surat Pada rajah 1 menunjukkan bahawa penggubal meletakkan bilangan muka surat pada bahagian atas kertas soalan. Hal ini demikian menjurus kepada aspek kemudahtadbiran instrumen yang di mana kedudukan bilangan muka surat yang tidak sesuai, seharusnya ia diletakkan dibawah bahagian bawah kertas soalan. Hal ini kerana, ianya bermungkinan dapat memberikan kekeliruan kepada murid sama ada nombor tersebut adalah nombor bahagian atau bilangan muka surat. Oleh itu, tidak sesuai untuk meletakkan bilangan muka surat pada bahagian atas muka surat. Rajah 2. Pernyataan tidak jelas dalam kertas soalan (rujuk lampiran 1)
3 Rajah 3: Pernyataan tidak jelas dalam kertas soalan Selain itu, merujuk rajah 2 dan 3 di atas menyatakan bahawa ketidakjelasan ayat pernyataan dalam kertas soalan. Hal ini terjadi disebabkan oleh pertindihan dengan gambar seorang tokoh dan ayat tersebut tidak disusun dengan sistematik. Oleh itu, ia juga akan menjadi penghalang kepada murid untuk membaca pernyataan tersebut dan seterusnya mengganggu kefahaman murid untuk menjawab soalan. Rajah 4; pilihan jawapan tidak tersusun Seterusnya, dalam rajah 4 menunjukkan bahawa pilihan jawapan kepada soalan 3 tidak disusun dengan baik. Ini akan mengakibatkan kekeliruan kepada murid dalam memilih jawapan yang betul. Tambahan lagi, ralat seperti ini mungkin boleh memberi impak kepada motivasi murid.
4 Rajah 5 . Arahan soalan yang tidak jelas Pada rajah 5, arahan yang diberikan tidak jelas dan sukar ditafsir oleh murid yang berumur 8 tahun. Hal ini kerana, pada arahan soalan tidak menyatakan bahawa murid perlu menulis jawapan menggunakan huruf seperti yang ditunjukkan di bahagian contoh. Tambahan lagi, dalam bahagian peta pula menggunakan huruf dan perkataan. Ini akan menyebabkan murid mungkin salah tafsir dalam melengkapkan peta iaitu ada yang menggunakan kaedah menggunakan perwakilan huruf atau menggunakan perkataan. Berdasarkan analisis yang dibuat di atas, instrumen ini masih boleh ditambahbaik dengan menggunakan pernyataan yang jelas tanpa ada gangguan, menyusun pilihan jawapan dengan sistematik dan kemas serta menggunakan arahan yang jelas agar murid dapat merespon dengan cara yang betul. Walau bagaimanapun, instrumen ini masih dianggap baik kerana ianya mempunyai kesahan yang tinggi. Kesahan merujuk kepada takat sesuatu pentaksiran itu mengukur secara tepat apa-apa yang ingin dikur (Lee Leh Hong et.al, 2024). Oleh hal demikian, soalan-soalan yang digubal dalam instrumen ini (rujuk lampiran 1) adalah mengukur konsep-konsep yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah tahun 4. Tambahan lagi, jenis-jenis soalan yang terdapat dalam ujian ini mengikut tahap kognif murid tahun 4 seperti soalan aneka pilihan, isi tempat kosong, dan padankan.
5 3.0 PENILAIAN INSTRUMEN 2 (BUKU SKRAP) Bagi instrumen kedua, saya memilih pentaksiran alternatif berbentuk buku skrap. Buku skrap ini dijalankan untuk menggalakkan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan cara murid memperolehi ilmu serta membentuk murid yang berkemahiran kreatif. Oleh itu, arahan soalan dan objektif untuk melaksanakan buku skrap haruslah jelas dan boleh ditafsir oleh murid. Hal ini kerana, jika arahan yang diberikan kurang jelas dan tidak spesifik maka, cara murid dalam memberikan respon berkemungkinan akan ada kesalahan (Lee Leh Hong et.al, 2024). Tambahan lagi, murid yang diuji ini masih berada pada tahun 4 yang memiliki tahap kognitif yang sederhana. Rajah 6 Arahan soalan yang tidak jelas Pada rajah 6 menunjukkan bahawa satu ayat penyata yang mengandungi arahan soalan yang tidak jelas. Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 6, penggubal hanya menyatakan ’untuk menyediakan sebuah buku skrap berdasarkan tajuk di atas’ , seharusnya penggubal menyatakan secara jelas arahan soalan seperti ”hasilkan sebuah buku skrap berkaitan tajuk sekolah kebanggaan saya”. Tambahan lagi, penggunaan tulisan untuk arahan soalan juga tidak sesuai kerana ianya kelihatan tidak begitu formal. Selain itu, dalam instrumen 2 ini didapati penggubal soalan tidak menyatakan objektif yang ingin dicapai atau harus diperolehi bagi penghasilan buku skrap. Objektif dalam sesuatu pentaksiran amatlah penting kerana ia menentukan hala tuju sesuatu hasil. Tambahan pula, soalan yang tidak mempunyai objektif yang tetap akan menyebabkan penggubal atau pemeriksa tidak dapat mengukur apa yang sebenarnya ingin dinilai. Justeru, pemeriksa akan lebih cenderung untuk melakukan penghakiman yang bias dan ralat personal. Rajah 7 menunjukkan tempoh pelaksanaan buku skrap
6 Seterusnya berdasarkan rajah 7, tempoh yang diberikan bagi melaksanakan buku skrap ini adalah sangat lama iaitu selama 4 minggu. Tempoh yang lama ini mungkin menyebabkan murid akan merasa penat dan melelahkan. Salah satu ciri yang perlu dititik beratkan dalam melaksanakan sesuatu pentaksiran ialah kemudahtadbiran iaitu sesutu ujian perlu ditadbirkan dengan baik supaya perjalanannya lancar. Oleh itu, peruntukkan masa yang sesuai adalah amat penting supaya kebolehpercayaan pentaksiran berada pada tahap yang tinggi. Rajah 8 Tambahan lagi, dalam rajah 8 juga ada menyatakan bahawa buku skrap mestilah mempunyai unsur kreativiti dan warna yang menarik. Ini menunjukkan bahawa penghasilan buku skrap ini bukan menekankan aspek akademik yang sepatutnya dikuasai murid malah, kemahiran kreativiti yang menjadi landasan utama. Hal ini demikian akan menyebabkan murid memberi tumpuan dan usaha yang lebih dalam menghasilkan sebuah buku skrap yang cantik berbanding menggalakkan murid mendalami sesuatu ilmu atau topik tersebut. Di samping itu, penggubal juga tidak menyatakan bahan-bahan rujukan atau panduan untuk membuat buku skrap. Didalam rajah 8, penggubal hanya menyatakan bahawa sekiranya murid ada sebarang masalah sepanjang tempoh penyediaan buku, murid boleh merujuk guru mata pelajaran. Namun, sebarang bahan rujukan yang boleh digunakan oleh murid tidak dinyatakan di dalam arahan soalan. Ini akan menjadi salah satu faktor atau penghalang kepada murid dalam melaksanakan buku skrap dengan cemerlang. Berdasarkan analisis yang dilakukan ke atas instrumen pentaksiran alternatif yang kedua ini iaitu buku skrap terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antaranya, penggunaan tulisan yang bersesuaian, menyatakan soalan arahan yang jelas dan spesifik, menyenaraikan objektif yang ingin dicapai, dan menentukan tempoh masa yang bersesuaian mengikut tahap kesukaran topik yang diuji. Tambahan lagi, soalan perlulah mempunyai kriteria penilaian yang jelas agar penilai dalam memberikan penilaian yang seragam dan konsisten serta tidak berlakunya penghakiman yang bersifat bias. Malah,
7 kriteria penilaian yang jelas juga dapat membantu murid melaksanakan tugasan dengan baik dan dapat meningkatkan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Penghasilan buku skrap ini seharusnya menjadi satu pentaksiran yang baik kerana ianya memberi peluang kepada murid untuk memperolehi ilmu dengan cara yang baru, menggalakkan pembelajaran aktif dn dapat merangsang kreativiti murid. Malah menurut Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod (2020) melalui penghasilan buku skrap dalam pelbagai bentuk yang ringkas dan mudah dapat membantu murid untuk menguasai isi kandungan dalam sesuatu topik dengan baik. 4.0 PENILAIAN INSTRUMEN 3 (KAJIAN KES) Rajah 9 soalan kajian kes
8 Pentaksiran alternatif yang ketiga ialah penghasilan produk iaitu berkaitan dengan kajian kes. Tujuan kajian kes ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid mengembangkan pemikiran kritis mereka di samping menggalakkan penglibatan yang aktif oleh murid dalam proses pembelajaran serta meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka melalui pelbagai kaedah. Oleh itu, bagi melaksanakan satu kajian kes seharusnya mempunyai instrumen atau soalan berkaitan topik yang ingin dikaji. Justeru, instrumen kajian kes tersebut haruslah memiliki beberapa aspek yang penting bagi memudahkan proses penghasilan kajian kes tersebut. Oleh hal demikian, berdasarkan rajah 9 iaitu satu instrumen soalan kajian kes mata pelajaran Sejarah yang digunakan oleh sekolah rendah, terdapat beberapa perkara yang perlu dibaiki dan ditambahbaik. Antaranya, di dalam soalan tersebut tidak dinyatakan tema, standard kandungan atau standard pembelajaran yang pilih untuk kajian kes yang dibuat. Tema atau tajuk perlulah dititik beratkan agar dapat menjadi panduan kepada murid dalam mengumpulkan maklumat. Oleh itu, dicadangkan agar penggubal menyatakan tema atau tajuk bagi kajian kes di atas rajah 9 dengan ’Negeri-Negeri di Malaysia’. Tambahan lagi, jumlah sumber rujukan yang diperlukan juga tidak dinyatakan dalam soalan kajian kes. Sumber rujukan ini penting dan jumlah yang diperlukan hendaklah bersesuaian dengan tahap murid yang berusia 12 tahun. Justeru, penggubal boleh meletakkan jumlahnya sebanyak 3 hingga 5 sumber rujukan sahaja yang diperlukan. Rajah 10 Walau bagaimanapun, dalam rajah 10 menunjukkan instrumen ini masih boleh digunakan kerana ia terdapat soalan kajian yang jelas untuk difahami dan soalannya masih relevan untuk topik yang ada dalam kurikulum sejarah tahun 6 murid pelajari iaitu berkaitan dengan Negeri-Negeri di Malaysia. Tambahan lagi, objektif kajian juga ada disenaraikan dengan jelas dan ringkas agar murid mudah mentafsirnya. Di samping itu, di dalam instrumen
9 juga ada diberikan beberapa pilihan kaedah yang digunakan seperti kaedah temu bual, pemerhatian, kaedah perpustakaan dan kaedah media. Ini dapat membantu murid dalam memilih cara untuk mengumpul maklumat dengan yakin. Hal ini demikian kerana, jika guru tidak menyatakan dengan jelas atau nyata kaedah yang boleh digunakan maka, murid akan berasa ragu-ragu dengan maklumat yang mereka perolehi melalui pelbagai kaedah. Rajah 11 Format penulisan kajian kes Rajah 11 menunjukkan dalam instrumen juga diberikan panduan atau format kepada murid untuk membuat penulisan kajian kes. Ini akan meningkatan keobjektifan dan kesahan pentaksiran pada tahap yang tinggi. Hal ini demikian kerana, setiap murid akan membuat penulisan mengikut panduan yang sama dan guru juga akan menilai mengikut format yang ditetapkan. Bagi memastikan kesahan kajian itu, murid haruslah menggunakan maklumatmaklumat dan data-data yang relevan dan tepat berdasarkan soalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Manakala, bagi mencapai kebolehpercayaan pentaksiran kajian kes pula, setiap murid haruslah menggunakan format atau panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan data yang diperolehi konsisten dan boleh dipercayai. Malah, dengan menggunakan panduan penulisan kajian kes yang diberikan ini dapat memudahkan urusan dan pelaksanakan murid. Ini menunjukkan kemudahtadbiran dijalankan dengan berkesan dan baik.
10 5.0 REFLEKSI Secara keseluruhannya, dapat saya rumuskan bahawa pentaksiran alternatif dapat membantu guru dan murid dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Hal ini kerana, pelaksanaan pentaksiran alternatif seperti buku skrap, kajian kes, amali dan banyak lagi menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran mereka sendiri serta meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif mereka dalam penghasilan produk. Tambahan lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang sesuatu konsep atau topik dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, murid menjalankan kajian kes berkaitan dengan Negeri-Negeri di Malaysia untuk mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, murid akan mengumpulkan maklumat dan menyusun data dengan cara yang sistematik bagi menyelesaikan kajian kes tersebut. Ini secara tidak langsung, murid akan mencari maklumat dengan lebih mendalam berkaitan dengan tajuk tersebut. Justeru, ini jelaslah bahawa penggunaan pentaksiran alternatif dalam PBD dapat memberi banyak manfaat kepada bidang pendidikan.
11 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah edisi ke-2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Lee Leh Hong, Boon Pong Ying, Lawrence Aloysius Aeria & Iljavenil A/P Narinasamy. (2024). Pentaksiran dalam Pentaksiran. Pustaka Nadwa Sdn.Bhd. Mohd Haidzir Yusof@Jusof & Norasmah Othman. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. eISBN:978-967-2122-71-5. Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 45(1). 12-20. Nurul Akmar Said. (2020). Pentaksiran Alternatif: Pentaksiran Prestasi, Autentik, Portfolio dan Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi. Sains Humanika. 12(2). 51-55 Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhammad & Abd Hadi Borham. (2023). Amalan Pentaksiran Alternatif Digital Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education. 7 (1). 44-57
12 LAMPIRAN
13 LAMPIRAN 1 (UJIAN BERTULIS)
14
15
16
17
18
19 LAMPIRAN 2 (BUKU SKRAP)
20
21 LAMPIRAN 3 (KAJIAN KES)