The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sciencemerbau, 2026-02-21 04:14:52

BAB 4 KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS

BAB 4 KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS

53


54


57BAB 4KESELAMATAN DI MAKMAL SAINSKeselamatan di makmal sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi pengguna makmal sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Bab ini membincangkan tentang penggunaan peralatan perlindungan diri, pemahaman terhadap prosedur operasi standard, serta penyimpanan dan pembuangan bahan kimia dengan betul. Amalan ini tidak hanya melindungi individu daripada kecederaan fizikal dan pendedahan kepada bahan berbahaya, tetapi juga menjaga keselamatan semua pengguna makmal sains. Keselamatan dalam makmal sains merupakan tanggungjawab PGB, guru, pembantu makmal dan murid sendiri. 4.1 Peraturan Umum Keselamatan dan Etika dalam Makmal Sains Semua pengguna makmal sains hendaklah memahami dan mematuhi peraturan umum keselamatan dan etika dalam makmal sains. Peraturan-peraturan umum keselamatan dibahagikan kepada tiga pengguna utama makmal sains di sekolah iaitu murid, guru dan pembantu makmal.4.1.1 Murida. Mendapat kebenaran guru:i. sebelum memasuki makmal sainsii. sebelum menjalankan kerja amaliiii. menggunakan bahan dan radas sainsiv. membawa bahan atau radas keluar daripada makmal sainsb. Membersihkan semua radas sebelum dan selepas digunakan. c. Mengembalikan bahan dan radas sains yang telah digunakan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.d. Melaporkan kemalangan dan peralatan yang rosak atau pecahkepada guru atau pembantu makmal dengan segera.e. Menjaga kebersihan dan susunan perabot makmal sains agarkemas dan teratur.f. Mengetahui kedudukan kit pertolongan cemas, alat pemadam api, eye wash dan shower station serta selimut api.g. Menggunakan peralatan elektrik tangan yang kering.


584.1.2 Gurua. Memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan amali.b. Mengawasi murid semasa menjalankan amali.c. Menyusun langkah aktiviti dalam makmal dengan baik dan patuhkepada prosedur kerja yang ditetapkan.d. Melapor sebarang kemalangan di makmal sains kepada pihak yang berkenaan dengan segera.4.1.3 Pembantu Makmala. Memastikan semua pintu dan laluan dibuka ketika amali dijalankan.b. Memastikan pelan laluan ketika kebakaran dipaparkan dengan jelas dalam setiap makmal sains.c. Memastikan botol reagen dilabel dengan jelas dan label lama atau kabur digantikan dengan segera.d. Memastikan bahan kimia berbahaya disimpan dengan selamat dalam almari berkunci dan jauh daripada sumber haba. Bahan kimia tersebut perlu diselia dari semasa ke semasa. e. Memastikan tiada makanan dan minuman disimpan di dalam makmal sains kecuali untuk tujuan amali.f. Memastikan semua paip air, suis elektrik dan punca gas ditutup dan semua pintu dan tingkap dikunci sebelum meninggalkan makmal sains.g. Memastikan bahan kimia yang terdapat dalam stor mempunyai rekod MSDS (Material Safety Data Sheet).Pengguna juga perlu mematuhi etika ketika berada di dalam makmal sains seperti etika pakaian, etika penggunaan bahan dan spesimen serta etika penggunaan alat elektrik.


594.1.4 Etika Pakaiana. Guru, pembantu makmal dan murid digalakkan memakai kot makmal dan kasut bertutup sepanjang berada di dalam makmal sains.b. Pembantu makmal perlu memakai sarung tangan getah dan gogal keselamatan semasa membuat persediaan amali manakala guru dan murid perlu memakainya semasa menjalankan amali mengikut keperluan.c. Tidak digalakkan memakai kasut bertumit tinggi dan aksesori yang berlebihan.Gambar 4.1: Contoh Etika Pakaian di dalam Makmal Sains4.1.5 Etika Penggunaan Bahan dan Spesimena. Membaca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahan yang akan digunakan itu betul.b. Menggunakan bahan mengikut keperluan semasa menjalankan amali.c. Menggunakan spatula atau forsep untuk mengambil bahan kimia pepejal.d. Menutup botol yang mengandungi bahan kimia dengan segera selepas digunakan.


60e. Mengembalikan spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup ke habitatnya.f. Mengumpul dan menanam spesimen yang sudah dibedah setelah selesai amali.g. Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium.4.1.6 Etika Penggunaan Alat Elektrika. Menggunakan alat elektrik tidak melebihi beban kuasa atau lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa.b. Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin.4.2 Prosedur Keselamatan Makmal SainsMenurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Serta-merta di dalam MakmalSains yang bertarikh 21 Februari 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan:a. “NOTIS PENTING” hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang jelas dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal sains.b. Satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA” berukuran lebih kurang 1m X ½m dalam tulisan huruf besar hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.Gambar 4.4: Contoh Petunjuk Keselamatan di dalam Makmal Sains


614.3 Prosedur Kebakaran dan LetupanAmali yang dicadangkan Kurikulum Sains adalah amali yang penting yang selamat untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua amali hendaklah dilaksanakan dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan, kebakaran dan letupan. 4.3.1 Sumber kebakaran dan punca letupana. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaran seperti dalam Rajah 4.1. Rajah 4.1: Sumber Kebakaranb. Kebakaran boleh berlaku di dalam makmal sains disebabkan olehkecuaian, bahan kimia, letupan atau litar elektrik. Kebakaran bolehdibahagikan kepada enam kelas seperti dalam Jadual 4.1.Jadual 4.1: Kelas KebakaranJenis Kebakaran Punca KebakaranKelas A(Pepejal)Kebakaran yang disebabkan oleh pepejal.Contoh: Kayu dan kertasKelas B(Cecair)Kebakaran yang disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar.Contoh: Petrol dan spiritKelas C(Gas)Kebakaran disebabkan oleh gas.Contoh: Gas butana dan gas metanaKelas D(Logam)Kebakaran yang melibatkan sebarang logam yang mudah terbakar. Contoh: Logam alkaliSumber KebakaranPunca oksigenSumber pencucuhanBahan api


62Jenis Kebakaran Punca KebakaranKelas E(Elektrik)Kebakaran disebabkan oleh kebocoran elektrik (litar pintas). Contoh: PendawaianKelas F(Lemak)Kebakaran yang disebabkan oleh lemak haiwan dan tumbuhan. Contoh: Minyak sawitc. Letupan boleh berpunca daripada perkara atau bahan seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.2. Rajah 4.2: Punca Letupan4.3.2 Tindakan semasa berlaku kebakarana. Jika berlaku kebakaran, penggera atau loceng kecemasanhendaklah dibunyikan dengan segera. b. Pastikan semua murid keluar dari makmal sains dengan cepat dan teratur. c. Pastikan semua suis elektrik ditutup.d. Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkanmangsa untuk baring.e. Gunakan selimut api untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut api, gulingkan mangsa di atas lantai.Jangan siram dengan air atau menggunakan alat pemadam api keatas mangsa.PuncaLetupanKebocoran gasCecair dan pepejal mudah terbakarTindak balas eksotermik yang tidak terkawalPemanasan sebatian peroksida dan perkloratLogam reaktif


634.3.3 Kelengkapan pemadam apiGuru dan pembantu makmal perlu mengetahui cara menggunakan alatpemadam api. Setiap makmal sains mesti dilengkapi dengan perkara berikut:a. Alat pemadam api jenis karbon dioksida, jenis busa atau serbuk kering (ABC). Gambar 4.3 menunjukkan contoh alat pemadam api.i. Alat pemadam api ini mesti diletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dari atas lantai.ii. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api ini dalam keadaan baik, berfungsi dan tidak luput tarikh.iii. Alat pemadam api hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya setahun sekali oleh agensi yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.Catatan: 1 – Alat pemadam api jenis ABC (semua jenis kebakaran) 2 – Alat pemadan api jenis karbon dioksida (untuk kebakaran daripada minyak, cat, petrol, gas dan peralatan elektrik) Gambar 4.3: Contoh Alat Pemadam Api1 2


64b. Selimut apii. Setiap makmal sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya satu selimut api daripada jenis yang diluluskan seperti Gambar 4.4.ii. Selimut api digunakan untuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada pakaian seseorang atau kebakaran pelarut di dalam singki. iii. Selimut api perlu disimpan di dalam makmal sains hanya untuk tujuan memadam kebakaran dan diletakkan ditempat yang mudah dicapai.Gambar 4.4: Selimut Apic. Latihan kebakaran dan kecemasan makmal sainsi. Guru bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan peraturan kecemasan kepada semua murid pada awal sesi persekolahan setiap tahun. ii. Arahan keselamatan ini juga hendaklah ditampal di papan kenyataan di dalam makmal sains supaya murid boleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut.iii. Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasa kebakaran mestilah ditampal di tempat yang mudah dilihat. iv. Latihan kebakaran hendaklah dijalankan sekurangkurangnya dua kali setahun. Rekodkan latihan kebakaran dan kecemasan yang telah dilaksanakan.


654.4 Keselamatan dalam Pengendalian Bahan Amali4.4.1 Bahan amali yang terdapat dalam makmal sains hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat. Pengendalian bahan amaliyang tidak betul boleh mengakibatkan kesan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3.Rajah 4.3: Kesan yang Mungkin Berlaku Sekiranya Amali Tidak Dikendalikan dengan Betul4.4.2 Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Terdapat beberapa bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar, mudah meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. MSDS perlu sentiasa dirujuk ketika mengendalikan bahan kimia tersebut.4.4.3 Bahan kimia dan label simbol yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 adalah panduan kepada pengguna supaya lebih berwaspada apabila mengendalikannya.Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktifMelecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakisAlahan kepada bahan amaliKecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimiaPencemaran kepada alam sekitarKeracunan disebabkan terhidu gas beracunKemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktifKesan Pengendalian Bahan Amali yang Tidak Betul


66GAS DI BAWAH TEKANANBERACUNMUDAH TEROKSIDARISIKO KEPADA KESIHATANMUDAH MELETUP BERBAHAYAMUDAH TERBAKARBAHAYA KEPADA ALAM SEKITARBAHAN MENGKAKISRajah 4.4: Simbol Bahaya (Hazard Symbols)4.4.4 Bahan kimia beracun atau berbahaya perlu disimpan di dalam almari berkunci. Rekod pengeluaran dan penggunaan bahan tersebut perlu disediakan. Jadual 4.2 menunjukkan contoh bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan di dalam makmal sains.4.4.5 Sesetengah bahan kimia apabila bertindak balas akan menghasilkan bahan berbahaya yang mengkakis, toksik, mudah terbakar dan meletup. Bahan kimia tersebut perlu disimpan secara berasingan. Bahan kimia dan pasangan bahan kimia tidak serasinya disenaraikan seperti dalam Jadual 4.3.


674.4.6 Kemalangan boleh berlaku dalam pengendalian bahan dan radas semasa menjalankan amali sekiranya murid cuai dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Jadual 4.4 menunjukkan langkah-langkah tertentu perlu diambil dalam pengendalian bahan dan radas.Jadual 4.2: Bahan Kimia Berbahaya yang Biasa Digunakan di Makmal SainsBahan Kimia Ciri-ciri Kesan BerbahayaAseton CH3COCH3▪ Takat didih: 56oC▪ Takat kilat: -18oC▪ TLV: 1000ppm▪ Wapnya lebih tumpat daripada udara▪ Boleh larut campur dengan air▪ Sangat mudah terbakar ▪ Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru▪ Jika dihidu secara berterusan,boleh menyebabkan kesan khayalBenzenaC6H6▪ Takat didih: 80oC▪ Takat kilat: -11oC▪ TLV: 10ppm▪ Cecair kurang tumpat daripada air▪ Wapnya lebih tumpat daripada udara▪ Sangat mudah terbakar dan toksik apabila tertelan, terhidu atau diserap melalui kulit ▪ Bersifat karsinogenikBrominBr2▪ Cecair meruap yang berwarna perang kemerahan▪ Takat didih: 59oC▪ Boleh larut dalam air, kloroform, tetraklorometana dan etanol▪ TLV: 0.1ppm▪ Wap sangat merengsakan mata, kulit dan paru-paru▪ Cecair bromin dan air bromin adalah beracun dan mengkakisJika dihidu dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan batuk kering dan barah paruparuDietil eter(C2H5)2O▪ Takat kilat: -40oCCecair tidak berwarna▪ Mudah terbakar dan meruap ▪ Jika bertindak balas dengan api, suhu tinggi atau oksigen, ia akan meletupFenolC6H5OH▪ Takat didih: 182oC▪ Takat lebur: 41oC▪ TLV: 5ppm▪ Larut dalam air atau natrium hidroksidaasid lemah▪ Pepejal atau cecairnya adalah beracun dan mengkakis▪ Wapnya adalah berbahaya pada mata, paru-paru dan kulit▪ Pakai sarung tangan dan gogal keselamatan semasa mengendalikannya


68Bahan Kimia Ciri-ciri Kesan BerbahayaHidrogen peroksidaH2O2▪ Takat didih: 107oCTLV: 1ppm▪ Mengkakis apabila pekat menyebabkan kesan melecur kepada mata, paru-paru, mulut dan kulit▪ Pengawasan diperlukan apabila menggunakan larutan pekat dengan isipadu 20cm3dan ke atas ▪ Gunakan sarung tangan, gogal keselamatan dan dikendalikan di dalam kebuk wasapKalium, Natrium, Kalsium dan Litium▪ Logam kelabu berkilat ▪ Lembut▪ Meletup dan terbakar apabila bertindak balas dengan air▪ Bertindak balas dengan tetraklorometanaNatrium hidroksidaNaOHPepejal berwarna putih (serbuk atau butiran)▪ Sifat mengkakis▪ Boleh menghasilkan gelembung dan percikanSerbuk Magnesium, Zink, Aluminium▪ Logam kelabu berkilat ▪ Mudah terbakar dengan nyalaan terangSulfur ▪ Pepejal berwarna kuningTakat lebur: 114oC▪ Apabila sulfur dipanaskan, letupan dan pembakaran akan berlaku dan menghasilkan gas sulfur dioksida yang sangat beracun▪ Boleh meletup dan terbakar apabila sulfur dicampurkan dengan serbuk logam atau agen pengoksidaan yang kuat seperti klorat▪ Sulfur terbakar dengan nyalaan biru dan melecurkan kulitSulfur dioksida SO2▪ Gas tidak berwarna dan bersifat asid▪ Takat didih: -10oCTLV: 5ppm▪ Kepekatan 6-12ppm merengsakan mata dan sistem respirasi▪ Sedikit sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada seseorang yang sedang mengalami masalah paru-paru dan penyakit asma


69Bahan Kimia Ciri-ciri Kesan BerbahayaTetraklorometana (karbon tetraklorida)CCl4▪ Cecair tidak berwarna▪ Lebih tumpat daripada air▪ TLV: 10ppm▪ Sangat toksik ▪ Boleh mendatangkan kesan khayal▪ Disyaki sebagai karsinogen▪ Boleh terurai dan menghasilkan wap karbonil klorida yang beracun apabila dipanaskan▪ Merokok dalam udara yang mengandungi wap tetraklorometana boleh menghasilkan karbonil kloridaTriklorometana (kloroform)CHCl3▪ Takat didih: 62oC▪ TLV: 10ppm▪ Wap adalah lebih tumpat daripada udara▪ Melarut campur sedikit dalam air▪ Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru▪ Jika terhidu dalam jangka masa yang lama boleh mengakibatkan pening kepala, pengsan dan kematian▪ Cecair adalah toksik jika tertelan▪ Boleh membentuk karbonil klorida apabila dipanaskan▪ Kloroform boleh menyebabkan kesan mengantukCatatan: TLV – Threshold Limit Value (Nilai mudah terbakar dan meruap, Had Ambang)Takat kilat (flash point) – Suhu paling rendah yang membolehkan ia terbakar apabilabercampur dengan udara.


70Jadual 4.3: Senarai Bahan Kimia dan Pasangan Bahan Kimia Tidak SerasinyaBahan Kimia Bahan Tidak Serasi Ammonia Aluminium, Zink, logam-logam tergalvani dan aloinya, halogenAmmonium nitrat Bahan-bahan mudah terbakar, asid kuat, bahan organik, logam aktif secara kimia, serbuk logam, nitrit, klorat, sulfurAsid etanoikAsid kromik, asid nitrik, sebatian hidroksil, etana-1,2-diol (etilena glikol), asid klorik (VII) (asid perklorik), peroksida,permanganatAsid nitrik kuatLogam dan sebatian organikApabila bercampur, kebakaran boleh berlaku atau wasap beracun bagi nitrogen oksida mungkin terbentukAsid oksalik Argentum, merkuri (raksa)Bromin Bahan mudah terbakar, logam seperti besi, kuprum dan aloinya, alkaliEtanol (etil alkohol) Kerosin, spiritFenilamina (anilina) Hidrogen peroksida, bes kuat, asid kuat, zink, aluminium, larutan mengandungi garam ferumFosforus Alkali kaustik, agen penurunanFosforus pentaklorida Air, larutan akueus bahan kimiaHidrogen peroksidaBahan mudah terbakar, logam seperti kuprum, kromium, besi dan garamnya, asid nitrik, kalium manganat (VII) (kalium permanganat), fenilamina (anilina)Hipoklorit Asid, karbon aktifIodinAmmonia (anhidrous atau akueus), garam ammonium, asetaldehid, bahan mudah terbakar, aluminium, logam kimia aktif, serbuk logam, karbaidKalium Air, larutan akueus bahan kimia dan hidrokarbon terhalogenKalsium karbida Air, larutan akueus bahan kimiaKalsium oksida Air, asid kuatKarbon diaktifkan Kalsium klorat (I) (kalsium hipoklorit) dan agen pengoksidaanKlorat(V), Klorat(VII),Asid klorik(VII)Asid, agen penurunan, serbuk logam, sulfur, sebatian organik mudah terbakarKuprum Hidrogen peroksidaMetanal (formaldehid) dan formalinAsid kuat, bes kuat, logam alkali, amina, ammonia, fenolApabila bercampur dengan asid hidroklorik pekat, BCME (bis(chloromethyl)ether), karsinogen yang kuat terbentukNitrat Asid sulfurik


71Jadual 4.4: Pengendalian Bahan Amali yang BerbahayaAktiviti Amali Cara PengendalianAmali menggunakan asid pekat▪ Dalam amali yang menggunakan asid pekat, elakkan daripada menuangkan air ke dalam asid pekat. ▪ Sekiranya asid pekat perlu dicairkan, tuangkan asid dengan cermat ke dalam air. ▪ Jangan sesekali mencampurkan asid pekat kepada klorat. ▪ Gunakan penitis apabila memindahkan asid pekat semasa menjalankan amali.▪ Sarung tangan getah dan gogal digunakan semasa menjalankan amali.Amali yang melibatkan bromin▪ Amali elektrolisis plumbum(II) bromida menghasilkan gas bromin. ▪ Gas bromin berbahaya kepada mata, paru-paru dan kulit.▪ Amali yang melibatkan cecair atau gas bromin perlu dijalankan dalam kebuk wasap. ▪ Dalam amali redoks, air bromin lebih selamat digunakan berbanding dengan cecair bromin.Pemanasan klorat ▪ Pastikan campuran klorat tidak mengandungi fosforus dan sulfur.▪ Pemanasan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur boleh mengakibatkan letupan. Pemanasan ammonium nitrat▪ Sebarang amali pemanasan melibatkan ammonium nitrat hendaklah dielakkan.▪ Bahan ini mungkin meletup apabila dipanaskan walaupun dalam kuantiti sedikit.Penyalaan hidrogen ▪ Nyalaan terbuka mesti dielakkan. ▪ Campuran hidrogen dan oksigen akan meletup apabila dinyalakan.Tindak balas yang melibatkan logam reaktif▪ Amali yang melibatkan logam reaktif seperti natrium atau kalium hendaklah menggunakan kuantiti sedikit sahaja. ▪ Forsep, sarung tangan getah dan gogal hendaklah digunakan untuk mengambil atau memindahkan bahan ini.


724.4.7 Terdapat beberapa amali yang dijalankan secara demonstrasi. Semasa demonstrasi, langkah-langkah yang berikut mestilah dipatuhi.a. Pastikan jarak yang selamat di antara murid dengan bahan demonstrasi.b. Demonstrasi dijalankan kepada kumpulan murid yang kecil.c. Pastikan alat keselamatan diri digunakan (rujuk 4.4.9).d. Tempat demonstrasi dijalankan hendaklah sesuai dan selamat sama ada di luar atau di dalam makmal sains.e. Melarang murid menghidu atau merasa sebarang bahan kimiaberacun dan mengkakis.f. Mesti cermat dan berhati-hati apabila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN, BERBAHAYA dan MENGKAKIS.4.4.8 Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya dan memerlukantindakan segera. Tumpahan ini boleh mengeluarkan wasap toksik di samping menyebabkan kebakaran dan kemalangan. Sarung tangan getah perlu digunakan semasa membersihkan sebarang tumpahan.Jadual 4.5 menunjukkan prosedur bagi mengendalikan tumpahan yang berlaku.Jadual 4.5: Cara Pengendalian Tumpahan Bahan KimiaBahan Cara PengendalianAsid ▪ Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh dengan air berlebihan dan disalurkan terus ke dalam longkang. ▪ Pepejal natrium bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk meneutralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air.▪ Apabila berlaku tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan penghasilan haba dan percikan asid.Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris▪ Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain atau ditabur pasir.▪ Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan sabun dan air. ▪ Selepas itu, kawasan tumpahan hendaklah dilap sehingga kering.


73Bahan Cara PengendalianMerkuri ▪ Pastikan tingkap dan pintu makmal sains dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup.▪ Jika berlaku tumpahan, tabur serbuk sulfur atau zink ke atas merkuri dan dibersihkan.▪ Penyedut vakum boleh juga digunakan untuk membersihkan tumpahan merkuri.Pelarut mudah meruap/ terbakar▪ Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.▪ Tumpahan yang banyak dibersihkan dengan menggunakan mop sehingga kering. ▪ Mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih.4.4.9 Pemakaian alat keselamatan diri adalah penting semasa mengendalikan pelbagai jenis bahan kimia yang mengkakis, toksik dan bahaya. Antara alat keselamatan diri yang diperlukan adalah seperti kot makmal, alat pelindung bahagian tangan dan mata.a. Pemakaian kot makmal amat penting terutama kepada murid, guru atau pembantu makmal. Kot makmal mestilah selesa dipakai dan mudah dibuka apabila berlaku kemalangan atau pencemaran bahan kimia. b. Sarung tangan getah atau plastik boleh digunakan sebagai perlindungan daripada haba, tindakan kimia dan bahan kimia lain yang berbahaya seperti asid pekat dan alkali pekat. Sarung tangan getah boleh disimpan lama dalam keadaan yang baik dengan menambahkan serbuk talkum.c. Alat pelindung pernafasan digunakan sebagai pelindung daripada asap, wap dan habuk yang boleh menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan. Sebarang kerja yang melibatkan gas toksik seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida perlu dijalankan di dalam kebuk wasap.d. Kasut yang bertutup mestilah sentiasa dipakai ketika berada di dalam makmal sains untuk mengelakkan kecederaan daripada serpihan kaca dan tumpahan bahan kimia.e. Alat pelindung mata seperti gogal keselamatan dan pelindung muka seperti Gambar 4.6, perlu dipakai apabila mengendalikanbahan yang berbahaya seperti asid, bromin, ammonia, pemotongan logam aktif seperti natrium.


74 Gambar 4.5: Contoh Pemakaian Alat Pelindung Mata, Pelindung Muka dan Pelindung Pernafasan4.5 Pengendalian Bahan Biologi4.5.1 Mikroorganismaa. Sebelum pengendalian mikroorganisma, cuci tangan dan pakai sarung getah.b. Sarung tangan getah perlu dipakai sepanjang pengendalian yang menggunakan mikroorganisma.c. Semua permukaan, kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan disinfektan sebelum meninggalkan makmal sains.d. Setelah medium kultur selesai digunakan, bahan tersebuthendaklah dimasukkan ke dalam beg politena dan diikat dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah.e. Peti sejuk dan peralatan yang digunakan untuk menyimpanmedium kultur mestilah dibersihkan dengan bahan disinfektan dan tidak digunakan untuk menyimpan bahan makanan dan minuman kecuali untuk tujuan amali.f. Semasa melakukan kerja pembersihan, kot makmal, sarung tangan dan gogal perlu dipakai.g. Selepas setiap amali melibatkan mikroorganisma, permukaan meja mestilah dilap dengan bahan disinfektan serta merta.h. Tangan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan bahan antiseptik selepas eksperimen, keringkan tangan dengan tisu dan buangkan tisu tersebut ke dalam tempat buangan yang bertutup.i. Semua tumpahan dan kemalangan mestilah direkodkan.


754.5.2 Serangga dan haiwan kecila. Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium.b. Pengendalian haiwan kajian perlu dilakukan dengan selamat seperti memakai sarung tangan untuk mengelakkan jangkitan patogen.c. Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan segera.d. Lupuskan haiwan kajian sebaik sahaja selepas amali tamat. Jika haiwan tidak cedera, lepaskan ke habitat asal.e. Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus.f. Hentikan amali jika didapati haiwan tersebut berpenyakit dan lupuskan haiwan tersebut dengan cara seperti di klausa 4.5.2 (e).g. Sebarang luka pada diri hendaklah dibalut dengan sempurna sebelum menjalankan amali ke atas serangga dan haiwan kecil.4.5.3 Tumpahan bahan mikroorganismaa. Tumpahan kultur mikroorganisma mestilah dilaporkan dan dikendalikan oleh guru atau pembantu makmal.b. Ketika kerja pembersihan, sarung tangan, kot makmal dan alat pelindung muka mestilah dipakai. Gunakan alat pelindung pernafasan untuk mengelak daripada tersedut wap yang terbentuk daripada tumpahan.c. Tumpahan mesti ditutup dengan tuala yang direndam dalam bahan disinfektan. Biarkan tuala di tempat tersebut selama 15 minit. Kemudian, lap dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. d. Bahagian yang tercemar mestilah disterilkan dengan bahan yang sesuai. Sekiranya kulit terkena tumpahan, basuh dengan cecair sabun dan air serta-merta. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.e. Bahan kultur atau bahan yang tidak diperlukan mestilah dimusnahkan menggunakan stim di bawah tekanan atau rendam dalam bahan disinfektan selama beberapa jam sebelum dilupuskan. f. Radas makmal yang tercemar dengan mikroorganisma mestilah dirawat dengan cara seperti di klausa 4.5.3 (e) sebelum disimpan.


764.6 Pengendalian Alat ElektrikKemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang tidak betulboleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah berikut:a. Pastikan tangan dan persekitaran kering apabila menggunakan alatelektrik.b. Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau alat.c. Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik dan disambung dengan mengikut kod warna yang betul. Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti dengan segera. Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan menggunakan wayar yang bertebat.d. Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru elektrik yang bertauliah.e. Semua alat elektrik hendaklah diselenggara secara berkala.4.7 Pengendalian Penunu Bunsen Mudah AlihPenunu Bunsen biasa digunakan untuk pemanasan, pensterilan dan pembakaran. Langkah-langkah pengendalian penunu Bunsen adalah seperti berikut:a. Pastikan tiada bahan mudah terbakar dan bahan lain di kawasan kerja amali.b. Letakkan penunu Bunsen di atas kepingan asbestos.c. Gunakan pencucuh atau pemetik api dengan muncung panjang untuk menyalakan penunu Bunsen. Jangan sesekali menggunakan mancis untuk menyalakan penunu Bunsen.d. Nyalakan pencucuh atau pemetik api sebelum menghidupkan gas.Sesuaikan nyalaan dengan memusingkan gelang pada penunu Bunsen untuk mengawal aliran udara dan menghasilkan nyalaan yang sesuai untuk amali (biasanya nyalaan biru sederhana).e. Elakkan daripada membiarkan api terbuka tanpa pengawasan.f. Jangan sesekali meninggalkan makmal sains semasa penunu dihidupkan.Matikan gas apabila penggunaannya selesai. Biarkan penunu seketika sebelum disimpan.


774.8 Pengurusan Peralatan Pecah dan RosakPeralatan kaca dan elektrik hendaklah dikendalikan dengan betul bagi mengelak daripada berlakunya kecederaan dan kemalangan. Langkah-langkah pengurusan peralatan pecah dan rosak adalah seperti berikut:a. Guru dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan dan membersihkan peralatan yang pecah dengan segera.b. Alih dan asingkan setiap peralatan yang telah pecah ke dalam bekas khas yang disediakan. Jangan sesekali meletakkannya kembali ke dalam rak simpanan.c. Guru dan pembantu makmal perlu merekod pada buku peralatan pecah atau buku kerosakan alatan makmal.d. Guru dan pembantu makmal perlu memeriksa alatan yang rosak sama ada boleh dibaiki atau dilupuskan. e. Jika tidak boleh dibaiki dan harus dilupuskan, guru dan pembantu makmal perlu menguruskan pelupusan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS).4.9 Kit Pertolongan CemasSetiap makmal sains mesti disediakan dengan satu kit pertolongan cemas yang lengkap dengan bahan dan peralatan yang diperlukan.a. Kit ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diakses dalam setiap makmal sains.b. Kit pertolongan cemas hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.Kandungan kit pertolongan cemas▪ Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz)▪ Satu gulung kapas yang telah disteril▪ Plaster luka dan plaster berpelekat▪ Penyepit dan gunting▪ Sabun dan tuala▪ Krim antiseptik atau paraffin gauze▪ Larutan antiseptikGambar 4.6: Contoh kit pertolongan cemas


784.10 Pengendalian Situasi Kecemasan dalam Makmal SainsApabila berlaku kemalangan atau kecemasan di dalam makmal sains, guru dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan segera untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum mendapatkan rawatan lanjut. Jadual 4.6 menunjukkan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes kecemasan mengikut jenis kecederaan.Jadual 4.6: Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Berlaku Kes Kecemasan Mengikut Jenis Kecederaan.Jenis Kecederaan Tindakana. Kecederaan mata 1. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan bekas pencuci mata serta-merta atau basuh dengan aliran air sejuk sehingga rasa sakit reda. 2. Elakkan mangsa dari menggosok mata yang cedera atau cuba mengeluarkan objek asing seperti kaca daripada mata.3. Elak menggunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata.4. Tutup mata yang cedera dengan kain kasa yang tebal dan lembut. Hantar mangsa untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.5. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.b. Pitam atau pengsan1. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan dan diselimutkan. Longgarkan pakaian mangsa sekiranya ketat. 2. Jika pernafasan atau nadi berhenti, bantuan pemulihan pernafasan perlu dijalankan serta-merta dan pada masa yang sama dapatkan bantuan ambulans.3. Perhatikan tahap kesedaran mangsa berdasarkan bukaan mata, lisan dan pergerakan.4. Periksa kadar pernafasan dan nadi mangsa secara berterusan. Siasat punca yang menyebabkan mangsa pengsan. Periksa dan rawat sebarang luka yang serius.5. Jangan beri sebarang benda melalui mulut kepada mangsa yang tidak sedar.6. Periksa dan nasihatkan mangsa untuk dapatkan bantuan perubatan.7. Apabila mangsa sedar, berikan air minuman panas untuk tenangkan mangsa.8. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.


79Jenis Kecederaan Tindakanc. Tertelan bahan beracun1. Hubungi hospital yang berdekatan.2. Pastikan jenis racun yang ditelan. 3. Jika bahan beracun tersebut adalah asid pekat atau alkali pekat atau hidrokarbon atau jika mangsa mengalami sawan, jangan rangsang mangsa untuk muntah. 4. Jika mangsa sedar, berikan 2-4 gelas air atau susu dengan serta-merta. d. Terhidu gas beracun1. Buka pintu dan tingkap makmal sains dan alihkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.2. Periksa saluran pernafasan mangsa dan pastikan tidak tersekat.3. Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.4. Jika pernafasan mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan dengan alat bantu pernafasan. 5. Jika nadi mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan CPR (CPR hanya boleh dilakukan oleh individu yang bertauliah sahaja).6. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.e. Keracunan di dalam mulutLudahkan dengan serta-merta dan kumur dengan air yang banyak kemudian dapatkan bantuan perubatan.f. Keracunan secara sentuhan dan penyerapan melalui kulit1. Buka semua pakaian tercemar yang bersentuhan dengan kulit di bawah pancuran air dan basuh bahagian tercemar dengan sabun yang banyak.2. Biarkan mangsa dalam keadaan baring dan diselimutkan.3. Jangan berikan sebarang antidot seperti alkali ke atas asid atau sebaliknya atau pelarut seperti alkohol untuk fenol.4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.5. Basuh tangan dengan sabun jika keracunan secara sentuhan adalah sedikit.6. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.


80Jenis Kecederaan Tindakanh. Melecur disebabkan api1. Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di bawah air mengalir sehingga kesakitan reda.2. Jika kawasan melecur tidak boleh direndam dalam air sejuk, tuamkan dengan ais.3. Jangan cucuk bahagian yang melecur atau melepuh. 4. Jika kebakaran menyebabkan luka, tutup bahagian melecur dengan kain kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum mendapatkan rawatan lanjut.i. Melecur disebabkan bahan kimia1. Basuh tempat melecur dengan air yang secukupnya. 2. Dapatkan bantuan perubatan selepas memberi rawatan kecemasan. 3. Rawatan kecemasan untuk melecur ringan adalah seperti dalam Jadual 4.7. Jadual 4.7: Prosedur Kaedah Rawatan Mengikut Bahan Kimia4. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.Bahan Kimia Kaedah RawatanAsid▪ Basuh dengan air yang banyak dan bilas dengan 1% larutan natrium bikarbonat. ▪ Bilas dengan air sekali lagi.Alkali ▪ Sama seperti asid tetapi gunakan 1% asid asetik atau cuka untuk bilasan.Bromin▪ Basuh dengan air kemudian bilas dengan ammonia cair (1 daripada 15 bahagian air).Fosforus▪ Basuh dengan air diikuti dengan larutan 3% kuprum sulfat. ▪ Tutup dengan kain basah.Natrium dan kalium▪ Pindahkan logam dengan forsep ke dalam minyak parafin. ▪ Rendamkan anggota yang melecur ke dalam air selama 20 minit. ▪ Tempat melecur dikeringkan dan ditutup dengan kain kasa yang disteril.


81Jenis Kecederaan Tindakanj. Luka ringan dengan sedikit pendarahan1. Lap pada luka dengan kain kasa yang bersih, kering dan steril.2. Bawa ke hospital jika perlu rawatan lanjut.3. Jika kecederaan disebabkan oleh objek kasar dan kotor (contoh: paku karat), maklumkan kepada doktor.k. Pendarahan berlebihan1. Jika pendarahan berlebihan, cuba berikan bantuan kecemasan untuk memberhentikan pendarahan.2. Baringkan mangsa dengan bahagian yang luka ditinggikan. 3. Tekap dengan kuat luka dengan menggunakan kain yang bersih. 4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.5. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.l. Kecederaan 1. Jika kecederaan berlaku disebabkan kaca termometer, mangsa perlu diberikan rawatan lanjutan di hospital dengan segera kerana luka tersebut mungkin dicemari dengan merkuri.2. Jika kecederaan disebabkan oleh objek kasar dan kotor (contoh: paku karat), maklumkan kepada doktor.3. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.m. Patah tulang 1. Jika berlaku kes patah tulang, jangan gerakkan mangsa kecuali terdapat ancaman asap atau kebakaran. 2. Berikan rawatan untuk pendarahan atau trauma dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 3. Jika mangsa perlu dipindahkan untuk rawatan, dapatkan sokongan anduh atau usungan untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius.4. Bahan yang tercemar dengan darah mesti dikendalikan dengan baik melalui langkah-langkah berikut:▪ Elak menyentuh bahan-bahan tercemar darah dengan tangan tanpa pelindung. ▪ Gunakan bahan peluntur (cairkan dengan air dengan nisbah 1:5) untuk membersihkan kawasan tercemar.▪ Sarung tangan, pakaian dan kain lap yang tercemardengan darah hendaklah dimasukkan ke dalam begplastik politena dan diikat untuk dilupuskan.5. Maklumkan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa serta rekodkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.


82 Rujukan _____________________________________________________Kementerian Sumber Manusia (2019), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. http://www.dosh.gov.my. Dicapai pada 30 Ogos 2023.Nutritional Sciences (2022), SOP – Bunsen Burner. http://bridgeslab.sph.umich.edu/protocols/index.php/SOP_-_Bunsen_Burners. Dicapai pada 30 Ogos 2023. Lampiran ____________________________________________________https://drive.google.com/drive/folders/1Na9gogsog5KZSNK6mnb8pfatHPMNrUJw?usp=drive_link▪ Bab 4 Keselamatan di Makmal Sains


Click to View FlipBook Version