KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PejabatAm : 089714194
SekolahKebangsaanJambatanPutih, No. Fax : 089713546
JalanMuhibbah / Jalan Air Panas, Email :
[email protected]
WDT.Bil.184, 91009 TAWAU, SABAH.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 01/2019
TARIKH / HARI : 13 Julai 2019
MASA : 8.00 – 12.00 Tengah hari ( Sabtu )
TEMPAT : Bilik Gerakan S.K. Jambatan Putih, Tawau
PENGERUSI : Pn.Surtinah Binti Amran (Guru Besar )
KEHADIRAN
1 Pn. Surtinah Binti Amran
Guru Besar
2 En. Sabir Bin Mapeala
Penolong Kanan Pentadbiran
3 Pn. Sadiah Binti Sakka
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4 Pn. Norliha Binti Bayong
Penolong Kanan Kokurikulum
5 En. Abdul Rahman Bin Rasjid
6 Cik Reniwati Abdu Rahman
7 Pn. Sarinah Ali Hussein
8 Pn. Siti Jawara Lukman
9 Pn. Basariah Ali Basa
10 En. Ickbar Muyong
11 Pn. Darmawati Sinaming
12 Pn. Ng Sui Fui
13 Pn. Fauziah Hj.Emran
14 Pn. Norakma Binti Ramli
15 Pn. Harjender Kaur
16 En. Joshua AK Jabong
17 Pn. Maridah Abd. Fattah
18 Pn. Rosnah Binti Jamba
19 Pn. Seri Jumaeah Ahmad
20 Pn. Nur Balqis Shafee
21 Pn. Junaida Binti Sanudin
22 En. Sainal Jonggang
23 Pn. Samarnie Binti Sirwa
24 Pn. Karmila Susanti Jumhari
25 Pn. Nur Syamimi Bt. Ahmad Othman
1
26 Pn. Maria Ibrahim
27 Pn. Nor Azniza Binti Aziz
28 Cik Fatin (Guru Praktikum)
29 Cik Elayne (Guru Praktikum)
30 En. Zulhilmi (Guru Praktikum)
31 En. Lewis (Guru Praktikum)
Tidak Hadir
1. En. Jamal Bin Salimin (Bersebab)
2. En. Azlin Bin Unding (Bersebab)
3. En. Baharun Bin Lapaleka (Bersebab)
4. Pn. Maryati Abu Bakar (Bersebab)
5. Pn. Lusyawati Simon (Bersebab)
6. Pn. Musimah Binti Amit (Bersebab)
7. Pn. Nurasilah Binti Omar (Tidak Bersebab)
AGENDA 3.1 : PERUTUSAN PENGERUSI (PN. SURTINAH BINTI AMRAN)
3.1.1 Pengerusi melahirkan rasa besyukur dapat berkumpul bersama-sama.
3.1.2 Bacaan doa Al-Fatihah bagi memulakan mesyuarat.
3.1.3 Pengerusi memaklumkan semua guru perlu mencetak buku pengurusan guru unuk sepanjang
tahun ini. Sentiasa merujuk buku tersebut dalam melaksanakan tugasan sebagai pendidik.
3.1.4 Murid-murid perlu menggunakan kad keluar masuk kelas sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Guru yang berada di dalam kelas boleh menulis nama murid yang
keluar di dalam buku adab murid.
AGENDA 3.2 : PERKARA BERBANGKIT
3.2.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua ketua panitia untuk memastikan perancangan panitia
3.2.2 masing-masing dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dilaksanakan.
3.2.3 Ketua Panitia dilatih untuk menjadi pemimpin pertengahan yang dibantu oleh SISC. Oleh itu,
Ketua Panitia digalakkan untuk membuat inovasi dalam pengurusan panitia masing-masing.
Pengerusi memaklumkan kepada semua Ketua Panitia ataupun guru-guru yang memegang
kewangan sekolah perlu membuat salinan data PCG untuk simpanan masing-masing.
PERBINCANGAN PPROFESIONALISME
AGENDA 3.3 : PELAPORAN PPT TAHUN 1-5
3.3.1 Pn. Darmawati Binti Sinaming membentang tentang pelaporan keputusan tahun 4. Kelas 4
Inovatif, seramai 90% murid lulus dan 10% gagal. Melalui dapatan, peratus murid yang gagal
kebanyakkan adalah mata pelajaran matematik. Oleh hal yang demikian, Pn. Darmawati
memohon untuk unit matematik membantu murid.
2
3.3.2 Pn. Maria Binti Bacho membentang tentang pelaporan tahun 5. Kelas 5 Inovatif, seramai 11
orang menguasai dan 15 orang yang tidak menguasai. Manakala 1 orang murid yang
memperoleh E bagi semua mata pelajaran. Bagi kelas 5 Kreatif, seramai 12 orang yang
memperoleh keputusan E bagi semua mata pelajaran.
3.3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa tahun 4 dan 5 perlu ada peningkatan pencapaian bagi
memastikan tov pencapaian pada hujung tahun untuk setiap murid semakin meningkat dan
memberangsangkan.
3.3.4 En. Sabir Bin Mapeala memohon guru –guru bermula daripada guru prasekolah termasuk guru-
guru tahap 1 memastikan murid-murid sudah pandai membaca agar tiada masalah sekiranya
menganjak ke tahap 2.
3.3.5 Pengerusi menyarankan guru kelas dan guru mata pelajaran untuk menyediakan nama murid
yang lemah dan hantar kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk pelaksanaan intervensi.
AGENDA 3.4 : PELAPORAN PPT TAHUN 6
3.4.1 Pn. Rosnah Binti Jamba membentang pelaporan tahun 6 seperti dalam lampiran.
AGENDA 3.5 : LAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
3.5.1 Pn. Seri Jumaeah Binti Ahmad memberi laporan berkaitan PBD. Seramai 35 orang murid
mencapai TP 2 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
3.5.2 Setakat ini, tidak ada guru yang memberi TP 6 bagi pencapaian murid untuk semua mata
pelajaran.
3.5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa penilaian profesional murid di akhir tahun 6 kelak perlu ada
korelasi diantara keempat-empat slip yang akan diperolehi.
AGENDA 3.6 : LAPORAN PLC
3.6.1 Laporan PLC disampaikan oleh wakil guru iaitu En. Abdul Rahman Bin Rasjid. Sehingga bulan Jun
tahun ini, pelbagai program PLC yang telah dijalankan.
3.6.2 Pelaporan program PLC yang telah dilaksanakan telah dibuat dalam talian internet.
3.6.3 En. Azlin Bin Unding selaku guru penyelaras PLC memohon guru-guru yang ingin membuat PLC
memaklumkan beliau untuk membuat dokumentasi PLC tersebut.
3.6.4 Pengerusi mencadangkan guru-guru melaksanakan Problem Solving Groups dalam pelaksanaan
PLC di peringkat sekolah. Guru-guru boleh duduk berbincang bersama guru dan murid dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan pdp.
3
AGENDA 3.7 : SPLKPM
3.7.1 Laporan SPLKM sentiasa dikemaskini oleh penyelaras En. Jamal Bin Salimin.
AGENDA 3.8 : SKPMg2 STANDARD 4
3.8.1 Laporan dibentang oleh En. Sabir Bin Mapeala. Terdapat 6 aspek dalam dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan iaitu :
1. Guru sebagai perancang
2. Guru sebagai pengawal
3. Guru sebagai pemimpin
4. Guru sebagai pendorong
5. Guru sebagai penilai
6. Guru sebagai pembelajar aktif
3.8.2 Pengerusi menggalakkan guru-guru untuk memantapkan sesi pdp dengan merancang rph
dengan terbaik.
3.8.3 Guru perlu memasukkan keenam-enam aspek tersebut dalam rph dan melaksanakan proses pdp
yang menyeronokkan.
3.8.4 Ketua Panitia perlu membuat jadual pencerapan guru-guru di bawah panitia masing-masing.
AGENDA 3.9 : e-OPERASI
3.9.1 PK 1 iaitu En. Sabir Bin Mapeala memaklumkan kepada semua guru untuk teliti dalam
mengemaskini e-operasi masing-masing. ‘Zero’ ralat sebelum bulan Julai. Bahagian KPM akan
datang memantau dan melawat 10 buah sekolah di daerah Tawau.
3.9.2 Maklumat awal berkaitan tentang ‘tagging option’ perlu dilaporkan kepada En. Mohamad Bin
Nosu sebelum akhir bulan Julai. Beliau juga menggalakkan semua guru untuk tanamkan cinta e-
operasi dengan membukan laman e-operasi setiap hari.
3.9.3 PK 1 berharap agar semua guru sentiasa menyemak e-operasi agar memudahkan proses
persaraan kelak.
3.9.4 Pengerusi memaklumkan kepada PK 1 perlu mencetak maklumat e-operasi setiap guru dan
membuat penyemakan dengan menggunakan pen merah.
AGENDA 4.0 : BUKU KERJA
3.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tahun 2020, pembeliaan dan penggunaan buku kerja hanya
untuk tahun 4,5 dan 6.
4
PENUTUP
Pengerusi memaklumkan kepada semua guru untuk cakna dengan surat pekeliling Ikhtisas Bil
1/1985 berkaitan dengan bidang kurikulum. Segala perbincangan dan maklumat yang telah disampaikan
dalam mesyuarat ini dapat menjadi penambahbaikan di masa akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditetapkan kelak dan berakhir pada pukul 1.40
petang.
Minit Mesyuarat disediakan oleh,
……………………………………………………
( PN. KARMILA SUSANTI JUMHARI )
Setiausaha 1 Kurikulum,
SK. Jambatan Putih,
TAWAU.
SK. 01. Fail PPD Tawau
02. Fail Sekolah
5