The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEKA SAINS TINGKATAN 5 NASHKAH GURU-THE LATEST

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36069448, 2022-05-28 04:52:23

NOTA PEKA

PEKA SAINS TINGKATAN 5 NASHKAH GURU-THE LATEST

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

BAB 4 KADAR TINDAK BALAS
4.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS
Eksperimen 4.2 Mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas

terhadap kadar tindak balas

Kaji situasi di bawah

1. Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji

situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
Anda dibekalkan dengan larutan natrium tiosulfat 0.20, 0.16, 0.12, 0.08, 0.04 mol dm-
3, asid sulfuric 1 mol dm-3, kertas putih dengan tanda X di bahagian tengah, kelalang
kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3, silinder penyukat 10 cm3 dan jam randik

2. Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Pernyataan masalah Format penulisan laporan
b. Tujuan eksperimen eksperimen rujuk kepada
c. Hipotesis nota yang telah diberikan.
d. Pemboleh ubah
e. Radas dan bahan
f. Prosedur
g. Berkomunikasi (Penjadualan data & graf)
h. Mentafsir data
i. Membuat kesimpulan

3. Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
a. Bentukkan graf yang sesuai. (graf garis atau carta bar)
b. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
c. Berikan definisi secara operasi kadar tindakbalas dalam eksperimen ini.
d. Apakah hubungan antara kepekatan bahan tindak balas dengan masa yang
diambil untuk untuk tanda X tidak kelihatan?
e. Bagaimanakah faktor kepekatan mempengaruhi kadar tindakbalas?
f. Cadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dalam eksperimen
ini.
g. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Jelaskan jawapan anda

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap
saintifik dan nilai murni akan dinilai.

51 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KADAR TINDAK BALAS

Pernyataan masalah : Bagaimanakah kepekatan tindak balas mempengaruhi
kadar tindak balas?

K1P1
(Pernyataan masalah)

Tujuan : Untuk mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas
terhadap kadar tindak balas.

K1P2
(Tujuan penyiasatan)

Hipotesis : Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin
tinggi kadar tindak balas
Pembolehubah
(a) dimanipulasikan K1P3
(b) bergerak balas (Hipotesis)
(c) dimalarkan
: Kepekatan larutan natrium tiosulfat
: Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan
: Isipadu larutan natrium tiosulfat, kepekatan dan isipadu

asid sulfurik dan saiz kelalang kon.

K1P4
(Mengawal pembolehubah)

Bahan : Larutan natrium tiosulfat 0.20, 0.16, 0.12, 0.08, 0.04
Radas mol dm-3, asid sulfurik1 mol dm-3 dan kertas putih
dengan tanda ‘X’ di bahagian tengah.

: Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50cm3,
silinder penyukat 10cm3, jam randik

K1P5

(Radas dan bahan

Prosedur
K1P6 (Prosedur)

1. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 dituang dan disukat ke dalam kelalang

kon yang bersih dan kering dengan menggunakan silinder penyukat.
2. Kelalang kon diletakkan di atas tanda ‘X’ pada kertas putih (Rajah 1 (a))

Rajah 1 (a)
K1P7

(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

52 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

3. 5 cm3 larutan asid sulfurik 1 mol dm-3 dituang dan disukat dengan cepatnya ke dalam
larutan natrium tiosulfat dan jam randik dimulakan dengan serentak.

4. Tanda ‘X’ diperhatikan dari atas kelalang kon (Rajah 1 (b))

Rajah 1 (b)
K1P7

(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

5. Jam randik dihentikan sebaik-baik sahaja tanda ‘X’ pada kertas putih tidak kelihatan.

6. Masa yang diambil dicatatkan dalam jadual. Nilai 1 dihitung.
masa

7. Langkah 1 hingga 6 diulangi dengan menggunakan larutan natrium tiosulfat 0.20 mol
dm-3 dengan larutan natrium tiosulfat yang mempunyai kepekatan 0.16, 0.12, 0.08 dan
0.4 mol dm-3

Keputusan

Kepekatan larutan natrium 0.20 0.16 0.12 0.08 0.04
tiosulfat (mol dm-3)

Masa yang diambil untuk
tanda ‘X’ tidak kelihatan (s)

(s-1)



K3P1
(Boleh melengkapkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dalam

jadual dengan betul)
K3P2

(Boleh mencatatkan data/pemerhatian yang diperoleh daripada
eksperimen dengan betul)

KONSTRUK 4 : MENTAFSIR DATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN/RUMUSAN

Analisis data

Lukis graf yang berikut

(a) graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa

(b) graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan


KP4

Boleh melukis graf dengan perkara yang berikut : paksi berlabel, skala seragam, plot graf dan bentuk

graf sesuai dengan eksperimen.

53 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

1. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan paling cepat pada kepekatan
0.20 mol dm-3 kerana semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin tinggi
kadar tindak balas.

K4P2 (a)
(Membuat inferens)

2. Apakah hubungan antara kepekatan bahan tindak balas dengan masa yang diambil
untuk untuk tanda X tidak kelihatan?
Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin cepat masa yang diambil
untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan

K4P2 (b)
(Menghubungkait pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerakbalas)

3. Berikan definisi secara operasi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
Kadar tindak balas adalah keadaan yang ditunjukkan oleh masa tindak balas
yang diambil untuk tanda ‘X’ pada kertas putih tidak kelihatan apabila larutan
asid sulfurik dituang ke dalam larutan natrium tiosulfat.

K4P2 (c)
(Mendefinisi secara operasi)

4. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin tinggi kadar tindak balas

(Membuat kesimpulan/rumusan)

KONSTRUK 5 : MENILAI DAPATAN EKSPERIMEN
K5P1
Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
dalam membuat laporan.

1 Bagaimanakah faktor kepekatan mempengaruhi kadar tindakbalas?
Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas

2 Cadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dalam eksperimen ini.
Menggunakan jam randik digital untuk mendapatkan masa yang jitu dan
mengelakkan ralat paralaks.
K5P2

(mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan)

3 Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Ya kerana masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan paling cepat pada
kepekatan larutan natrium tiosulfat 0.20 mol dm-3 jika dibandingkan dengan
kepekatan larutan natrium tiosulfat di bawah 0.20 mol dm-3 menunjukkan bahawa
semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin cepat kadar tindak balas.

K5P3
(Membincangkan kesahan data)

54 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

BAB 4 KADAR TINDAK BALAS
4.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS
Eksperimen 4.2 Mengkaji kesan saiz bahan tindak balas terhadap

kadar tindak balas

Kaji situasi di bawah

1 Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji

situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.

Anda dibekalkan dengan cebisan marmar hancur bersaiz kecil, ketulan marmar
bersaiz besar, asid hidroklorik cair 0.1 mol dm-3, kelalang kon 250 cm3, silinder
penyukat 50 cm3, penyumbat getah dengan salur penghantar, buret, besen, neraca

elektronik, kaki retort dengan pengapit dan jam randik

2 Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Pernyataan masalah Format penulisan laporan
b. Tujuan eksperimen eksperimen rujuk kepada
c. Hipotesis nota yang telah diberikan.
d. Pemboleh ubah
e. Radas dan bahan
f. Prosedur
g. Berkomunikasi (Penjadualan data & graf)
h. Mentafsir data
i. Membuat kesimpulan

3 Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
b. Apakah hubungan antara saiz bahan dengan masa yang diambil untuk mengumpul
30.00 cm3 gas?
c. Berikan definisi secara operasi kadar tindakbalas dalam eksperimen ini.
d. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat
e. Bagaimanakah faktor saiz bahan mempengaruhi kadar tindakbalas?
f. Cadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dalam eksperimen ini.
g. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Jelaskan jawapan anda

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap
saintifik dan nilai murni akan dinilai.

55 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KADAR TINDAK BALAS
EKSPERIMEN 4.3.1

Pernyataan masalah : Bagaimanakah saiz bahan tindak balas mempengaruhi
kadar tindak balas?

K1P1
(Pernyataan masalah)

Tujuan : Untuk mengkaji kesan saiz bahan tindak balas
terhadap kadar tindak balas.

K1P2
(Tujuan penyiasatan)

Hipotesis : Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin
tinggi kadar tindak balas

K1P3
(Hipotesis)

Pembolehubah : Saiz marmar
(a) dimanipulasikan : Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas
(b) bergerak balas : Suhu//jisim marmar//kepekatan dan isipadu asid
(c) dimalarkan
hidroklorik.

K1P4
(Mengawal pembolehubah)

Bahan : Cebisan marmar hancur bersaiz kecil, ketulan

marmar bersaiz besar dan asid hidroklorik cair 0.20

mol dm-3

Radas : Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50cm3,

silinder penyukat 10cm3 ,penyumbat jam randik

K1P5

(Radas dan bahan

Prosedur

K1P6 (Prosedur)

1. Buret dan besen diisikan dengan air dan kemudian buret ditelangkupkan ke dalam

besen dan diapitkan secara menegak dengan menggunakan kaki retort.

Rajah 1 (a)
K1P7

(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

2. Aras air di dalam buret diselaraskan. Perhati dan bacaan awal buret V0 dicatatkan

56 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

3. Dengan menggunakan silinder penyukat, asid hidroklorik disukat 40cm3 dan dituang ke
dalam kelalang kon yang bersih dan kering.

4. Ketulan marmar ditimbang sebanyak 2 g dengan menggunakan neraca elektronik dan
dimasukkan ke dalam kelalang kon.

5. Kelalang kon ditutup serta merta menggunakan penyumbat getah dengan salur
penghantar. Satu lagi hujung salur penghantar diletakkan di bawah buret. Jam randik
dimulakan.

6. Bacaan buret diperhatikan dan apabila gas yang dikumpul di dalam buret mencapai
30.00 cm3 di dalam buret, hentikan jam randik.

7. Bacaan jam randik diperhatikan dan dicatat.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulam marmar yang bersaiz besar

dengan cebisan marmar yang bersaiz kecil dengan jisim yang sama

K1P7
(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

Keputusan

Saiz marmar Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3
gas (s)

Ketulan marmar yang bersaiz

besar

Ketulan marmar yang bersaiz

kecil

K3P1

(Boleh melengkapkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dalam

jadual dengan betul)

K3P2

(Boleh mencatatkan data/pemerhatian yang diperoleh daripada

eksperimen dengan betul)

57 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

KONSTRUK 4 : MENTAFSIR DATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN/RUMUSAN
1. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.

Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas bagi ketulan marmar bersaiz
kecil lebih cepat kerana semakin kecil saiz bahan tindak balas semakin tinggi
kadar tindak balas.

K4P2 (a)
(Membuat inferens)

2. Apakah hubungan antara saiz bahan dengan masa yang diambil untuk mengumpul
30.00 cm3 gas?
Semakin kecil saiz bahan tindak balas semakin cepat masa yang diambil untuk
mengumpul 30.00 cm3 gas.

K4P2 (b)
(Menghubungkait pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerakbalas)

3. Berikan definisi secara operasi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
Kadar tindak balas adalah keadaan yang ditunjukkan oleh masa tindak balas
yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas apabila marmar bertindak balas
dengan asid hidroklorik

K4P2 (c)
(Mendefinisi secara operasi)

4. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Semakin kecil saiz bahan tindak balas semakin tinggi kadar tindak balas

(Membuat kesimpulan/rumusan)

KONSTRUK 5 : MENILAI DAPATAN EKSPERIMEN
K5P1
Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
dalam membuat laporan.

SOALAN
1. Bagaimanakah faktor saiz bahan mempengaruhi kadar tindakbalas?

Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas

2. Cadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dalam eksperimen ini.
Menggunakan jam randik digital untuk mendapatkan masa yang jitu dan
mengelakkan ralat paralaks.
K5P2

(mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan)

3. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Ya

K5P3
(Membincangkan kesahan data)

kerana masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan paling cepat apabila saiz
bahan tindak balas kecil jika dibandingkan saiz bahan tindak balas besar. Ini
disebabkan jumlah luas permukaan per isipadu bagi bahan tindak balas bersaiz
kecil lebih besar.

K5P4
(Mewajarkan kesahan data)

58 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

BAB 4 KADAR TINDAK BALAS
4.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS
Eksperimen 4.2 Mengkaji kesan kehadiran mangkin terhadap kadar

tindak balas

Kaji situasi di bawah

Dalam proses Haber iaitu proses penghasilan ammonia ada beberapa
factor yang ditekankan di mana faktor ini memberi kesan terhadap

penghasilan ammonia. Antara faktor tersebut ialah suhu, tekanan dan
mangkin. Mangkin berfungsi mempercepatkan kadar tindak balas.

1. Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk

mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
Anda dibekalkan dengan ketulan zink bersaiz kecil, asid hidroklorik cair 0.1 mol
dm-3, larutan kuprum (II) sulfat 0.5 mol dm-3, kelalang kon 250 cm3, silinder
penyukat 50 cm3, penyumbat getah dengan salur penghantar, buret, besen,

neraca elektronik, kaki retort dengan pengapit, spatula dan jam randik

2. Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Pernyataan masalah Format penulisan laporan
b. Tujuan eksperimen eksperimen rujuk kepada
c. Hipotesis nota yang telah diberikan.
d. Pemboleh ubah
e. Radas dan bahan
f. Prosedur
g. Berkomunikasi (Penjadualan data & graf)
h. Mentafsir data
i. Membuat kesimpulan

3. Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
a. Bentukkan graf yang sesuai (graf garis atau carta bar)
b. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
c. Apakah hubungan antara kehadiran mangkin dengan masa yang diambil untuk
mengumpul 30.00 cm3 gas?
d. Berikan definisi secara operasi kadar tindakbalas dalam eksperimen ini.
e. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat.
f. Bagaimanakah faktor kehadiran mangkin mempengaruhi kadar tindakbalas?
g. Cadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dalam eksperimen
ini.
h. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Jelaskan jawapan anda

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap
saintifik dan nilai murni akan dinilai.

59 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

Pernyataan masalah : Bagaimanakah kehadiran mangkin memberi kesan
terhadap kadar tindak balas?

K1P1
(Pernyataan masalah)

Tujuan : Untuk mengkaji kesan kehadiran mangkin terhadap kadar
tindak balas.

K1P2
(Tujuan penyiasatan)

Hipotesis : Jika mangkin hadir, maka kadar tindak balas meningkat.

Pembolehubah K1P3
(a) dimanipulasikan (Hipotesis)
(b) bergerak balas
(c) dimalarkan : Kehadiran mangkin
: Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas
: Suhu //kepekatan dan isipadu asid hidroklorik.

K1P4
(Mengawal pembolehubah)

Bahan :Ketulan zink bersaiz kecil, asid hidroklorik cair 0.20

mol dm-3 dan larutan kuprum (II) sulfat 0.5 mol dm-3

Radas :Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50cm3,

silinder penyukat 10cm3 ,penyumbat jam randik

K1P5

(Radas dan bahan

Prosedur

K1P6 (Prosedur)

1. Buret dan besen diisikan dengan air dan kemudian buret ditelangkupkan ke dalam

besen dan diapitkan secara menegak dengan menggunakan kaki retort.

Rajah 1 (a)
K1P7

(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

2. Aras air di dalam buret diselaraskan. Perhati dan bacaan awal buret V0 dicatatkan
3. Dengan menggunakan silinder penyukat, asid hidroklorik disukat 40cm3 dan dituang ke

dalam kelalang kon yang bersih dan kering.
4. 2 g ketulan zink ketulan kecil ditimbang sebanyak dengan menggunakan neraca

elektronik dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.

60 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

5. Kelalang kon ditutup serta merta menggunakan penyumbat getah dengan salur
penghantar. Satu lagi hujung salur penghantar diletakkan di bawah buret. Jam randik
dimulakan.

6. Bacaan buret diperhatikan dan apabila gas yang dikumpul di dalam buret mencapai
30.00 cm3 di dalam buret, hentikan jam randik.

7. Bacaan jam randik diperhatikan dan dicatat.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol

dm-3 dengan campuran 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm-3 dan 5 cm3 larutan
kuprum (II) sulfat 0.5 mol dm-3

K1P7
(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

Keputusan

Campuran dalam kelalang kon Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3
gas (s)

Ketulan zink dan asid hidrtoklorik

cair

Ketulan zink, asid hidroklorik cair

dan larutan kuprum (II) sulfat

K3P1

(Boleh melengkapkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dalam
jadual dengan betul)

K3P2

(Boleh mencatatkan data/pemerhatian yang diperoleh daripada

eksperimen dengan betul)

61 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

KONSTRUK 4 : MENTAFSIR DATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN/RUMUSAN

K4P1
(Boleh melukis graf dengan perkara yang berikut:

a. Paksi berlabel dan berunit
b. Skala seragam
c. Plot graf

d. Bentuk graf sesuai dengan eksperimen)

a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas dalam campuran ketulan
zink, asid hidroklorik cair dan larutan kuprum (II) sulfat lebih cepat kerana
kuprum (II) sulfat bertindak sebagai mangkin yang mempercepatkan kadar
tindak balas.

K4P2 (a)
(Membuat inferens)

b. Apakah hubungan antara kehadiran mangkin dengan masa yang diambil untuk
mengumpul 30.00 cm3 gas?
Jika ada kehadiran mangkin maka kadar tindakbalas menjadi cepat

K4P2 (b)
(Menghubungkait pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerakbalas)

62 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

c. Berikan definisi secara operasi kadar tindakbalas dalam eksperimen ini.
Kadar tindakbalas ialah proses di mana masa yang diambil untuk mengumpul
30.00 cm3 gas lebih cepat apabila dalam campuran ketulan zink, asid hidroklorik
cair dan larutan kuprum (II) sulfat.

K4P2 (c)
(Mendefinisi secara operasi)

d. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Jika ada kehadiran mangkin maka kadar tindak balas menjadi cepat.

(Membuat kesimpulan/rumusan)

KONSTRUK 5 : MENILAI DAPATAN EKSPERIMEN
K5P1
Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
dalam membuat laporan.
SOALAN
1. Bagaimanakah faktor kehadiran mangkin mempengaruhi kadar tindakbalas?

Jika ada kehadiran mangkin maka kadar tindak balas menjadi cepat
2. Cadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dalam eksperimen ini.

Menggunakan jam randik digital untuk mendapatkan masa yang jitu dan
mengelakkan ralat paralaks.

K5P2

(mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan)

3. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Ya

K5P3
(Membincangkan kesahan data)

kerana masa yang diambil untuk mengumpul 30.0 cm3 gas hidrogen yang
dihasilkan jika ada kehadiran mangkin larutan kurprum (II) sulfat kadar tindak
balas menjadi lebih cepat.

K5P4
(Mewajarkan kesahan data)

63 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

BAB 5 SEBATIAN KARBON
5.5 MINYAK SAWIT

Eksperimen 5.1 Menghasilkan sabun melalui proses saponifikasi

Kaji dialog di bawah

1 Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
Anda dibekalkan dengan minyak sawit, larutan natrium hidroksida pekat 5 mol
dm-3, air suling, natrium klorida, kertas turas, kertas litmus merah dan biru,
bikar, silinder penyukat, rod kaca, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa
dawai, corong turas, kaki retort, spatula, tabung uji dan kelalang kon.

2 Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Pernyataan masalah Format penulisan laporan
b. Tujuan eksperimen eksperimen rujuk kepada
c. Radas dan bahan nota yang telah diberikan.
d. Prosedur
e. Berkomunikasi (Penjadualan data)
f. Mentafsir data
g. Membuat kesimpulan

3 Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
a. Berikan definisi secara operasi sabun dalam eksperimen ini.
b. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
c. Lukiskan struktur sabun?
d. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Jelaskan jawapan anda

ESKeSmPaEsRa IaMnEdNa m5.1en(BjaUlaKnsUkaaiTnnEtieKfikkSsdpMae/nrSimn1ie6lan7i), kemahiran manipulatif dan amalan sikap
murni akan dinilai.

64 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

Tajuk PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

: Penghasilan sabun melalui proses saponifikasi.

Pernyataan masalah : Bagaimanakah sabun dihasilkan?

K1P1
(Pernyataan masalah)

Tujuan : Untuk menghasilkan sabun melalui saponifikasi.

K1P2
(Tujuan penyiasatan)

Bahan : Minyak sawit, larutan natrium hidroksida pekat 5 mol
Radas dm-3, air suling, natrium klorida, kertas litmus merah
dan biru.

: Bikar, silinder penyukat, rod kaca, penunu Bunsen,
tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas, kaki
retort, spatula, tabung uji dan kelalang kon.

K1P5
(Radas dan bahan

Prosedur

K1P7
(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)

1. 10 cm3 minyak sawit disukat dan dituang ke dalam bikar yang bersih dengan
menggunakan silinder penyukat.

2. 50 cm3 larutan natrium hidroksida pekat 5 mol dm-3 disukat dan dituang ke dalam bikar
mengandungi minyak sawit. Perhatikan dan catatkan perubahan pada campuran di
dalam bikar.

3. Campuran di dalam bikar dididihkan dan dikacau selama 5 minit. Perhatikan dan
catatkan perubahan pada campuran di dalam bikar selepas pemanasan.

65 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

4. Selepas pemanasan campuran dihentikan, 50 cm3 air suling serta tiga spatula natrium
klorida dituang ke dalam larutan di dalam bikar. Perhatikan dan catatkan perubahan
pada campuran di dalam bikar.

5. Campuran di dalam bikar dididihkan dan dikacau sekali lagi selama 5 minit.
6. Hasil campuran dituraskan di dalam campuran dan hasil turasan dibilas dengan air

suling dan dikeringkan.
7. Baki turasan yang kering digoncangkan dengan sedikit air di dalam tabung uji.

Perhatikan dan catat perubahan pada baki turasan yang digoncangkan dengan air dan
sifatnya apabila disentuh dengan jari.
8. Campuran baki turasan dengan air diuji dengan kertas litmus merah dan biru.
Perhatikan dan catatkan perubahan warna, jika ada pada kertas litmus merah dan biru.

K1P6 (Prosedur)

Keputusan

Prosedur Pemerhatian
Campuran minyak sawit dengan natrium
hidroksida
(a) sebelum pemanasan
(b) selepas pemanasan
Penambahan serbuk natrium klorida ke
dalam larutan dalam bikar

Mengoncang baki turasan dengan air

K3P2
(Boleh mencatatkan data/pemerhatian yang diperoleh daripada

eksperimen dengan betul)

KONSTRUK 4 : MENTAFSIR DATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN/RUMUSAN

1. Berikan definisi secara operasi sabun
Sabun ialah bahan yang licin apabila disentuh dengan jari apabila minyak sawit
dicampurkan dengan natrium hidroksida dan dipanaskan.

K4P2(c)
(mendefinisi secara operasi)

2. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Sabun dihasilkan hasil tindak balas antara minyak sawit dengan alkali pekat
(larutan natrium hidroksida pekat) dan dinamakan proses saponifikasi.

K4P3
(Membuat kesimpulan/rumusan)

KONSTRUK 5 : MENILAI DAPATAN EKSPERIMEN
K5P1
Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
dalam membuat laporan.

a. Lukiskan struktur sabun.

66 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
NASKAH GURU

b. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Ya

K5P3
(Membincangkan kesahan data)

Sabun ialah bahan yang licin apabila disentuh dengan jari apabila minyak sawit
dicampurkan dengan natrium hidroksida dan dipanaskan.

K5P4
(Mewajarkan kesahan data)

67 | PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5
CikguAbye’s


Click to View FlipBook Version