The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ., 2024-05-14 09:46:15

Buku Program HARI GURU SMK S16 2024

HARI GURU SEKSYEN 16 2024

Keywords: Hari Guru SMKS16

HARI GURU Sambutan GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI SMK SEKSYEN 16 Disempurnakan oleh: Puan Nik Asma binti Nik Ahmad Pengetua SMK Seksyen 16


Secangkir Kata Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani Menjadi contoh, mencurah ilmu, Tak kenal lelah, tak tahu jemu; Itulah cikgu, itulah guru, Besar jasanya sejak dahulu. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi dan masa depan murid. Justeru, amatlah wajar jika sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai. Puan Nik Asma binti Nik Ahmad Pengetua SMK Seksyen 16 Pertamanya, marilah kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Seksyen 16 bagi Tahun 2024, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI” itulah tema sambutan hari guru pada tahun ini. Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Ditangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit. Guru-guru yang dikasihi, Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Guru-guru SMK Seksyen 16 yang dikasihi, Hadiah sebesar gunung, saya tak punya. Tapi apa yang mampu saya beri hanyalah doa kepada yang Maha Esa, agar cikgu diberi kesihatan yang baik, kesabaran dalam mendidik anak-anak murid, keberkatan hidup, rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang sejahtera. Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung finggi.


Pengenalan MA TL AMA T PROGRAM Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia


Ikrar Guru Bahawasanya kami Guru guru Negara Malaysia dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukunegara Pada setiap masa


Lagu Guru Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera Puteri Negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukunegara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai, tetap kami tunaikan


PENGERUSI TIMB. PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4 PENGACARA MAJLIS DAN TEKS UCAPAN WAKIL MURID Pn Siti Fatimah binti Megat Fauzi (K) Pengawas(2) Pn Sumaiyah binti Abdullah (K) Pengawas (2) Ajk Pelaksana PENGERUSI KGKT NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI : : : : : : : : : : : PN NIK ASMA BINTI NIK AHMAD (PENGETUA) PN HASNIZA BINTI HAFIDZIN (PK PENTADBIRAN) PN NOOR KHAIRANI BINTI OTHMAN (PK HEM) EN MOHD AFFENDY BIN JAPAR (PK KOKURIKULUM) PN AZLINA BINTI ABDUL GANI@WAHAT (PK PETANG) PN SUHAINA BINTI SURIMAN (PK PPKI) PN SYAHRIZAT BINTI RAHIM PN SYAZWANI BINTI ABDUL GHANI PN SOPHIATUL HUDA BINTI MD SALLEH PN NUUR ATIQAH BINTI IBRAHIM (PAGI) PN NURUL NADHIRAH BINTI ABD KADIR (PETANG) BACAAN DOA Pn Norhana binti Abdul Rashid (K) Pengawas Surau Pn Syazwani binti Abdul Ghani (K) Murid (1) BACAAN IKRAR En Mohd Adib Bin Aziz TEKNIKAL / SIARAYA En Adzman bin Abu Hassan (K) Pengawas (4) Pn Nor Amira binti Aziz (K) Pengawas (3) PERUTUSAN HARI GURU En Mohd Irham bin Aziz (K) En Mohd Adib Bin Aziz BUKU PROGRAM & BANNER Pn Sophiatul Huda binti Md Salleh (K) Pn Noor Ima binti Tajuddin JAMUAN GURU Pn Nor Azah binti Khalid (K) Pn Norhaslinda binti Ghazali Pn Norhana binti Abdul Rashid Pn Hamimi Nasuha binti Nordin @ Musa Murid (5) Pn Nik Nur ‘Izzati binti Rusdi (K) Pn Norhayate binti Ibrahim Murid (2) PERSEMBAHAN KHAS Pn Siti Aishah Che Ramli (K) Cik Farehah binti Azhar (Trainee) Murid (3) Pn. Nor Azira binti Awang (K) En. Muhammad Afham bin Asri(Trainee) Pengawas (3) PENGURUSAN PERMAINAN En Mohd Irham bin Ab Aziz (K) En Adib bin Aziz En Nor Huszaimi Affendi Bin Shamsuddin En Ahmad Zikri bin Masnon(Trainee) Murid (10) Pn Najah Sofiah binti Nasri (K) Pn Nurul Nadhirah Binti Abd Kadir En Muhammad Syahriman bin Zahar (Trainee) ANUGERAH GURU Cik Nuur Atiqah binti Ibrahim (K) Cik Ain Marshitah binti Mustafar (Trainee) Murid (2) Pn Syazwani binti Abdul Ghani (K) (murid 2) CENDERAMATA / HADIAH Pn Zainor Azira binti Zinon Abidin (K) Pn Noor Ima binti Tajuddin Nuur Atiqah binti Ibrahim Murid (3) Pn Nor Azlina binti Nordin (K) Pn Syazwani binti Abdul Ghani Pn Nurul Nadhirah Binti Abd Kadir Pn Nurul Najwa binti Mohd Asri(Trainee) Pengawas (3) PERSIAPAN TEMPAT En Mohd Adib Bin Aziz (K) En Mohd Ibrahim bin Pishol (Trainee) Pengawas (5) En Ramesh A/L Chandramohan (K) Pengawas (3) HIASAN PENTAS Pn Nora Fazira binti Mat Tayab (K) Pn Ainaa Amirah binti Zainol Effendi En Nor Huszaimi Affendi Bin Shamsuddin Cik Fifi Adriana Balqish binti Fazarudin (Trainee) Murid (5) En Muhammad Nasru Fadlin bin Bahari(K)(Trainee) Cik Nur Syaima binti Jameludin(Trainee) KAWALAN MURID En Fazli bin Mat Nor (K) En Mohd Irham bin Ab Aziz Pengawas(10) Pn Syazwani binti Abdul Ghani (K) Pengawas (3) SUMBANGAN / JEMPUTAN Pn Syahrizat binti Rahim PENGURUS PROGRAM Pn Syahrizat binti Rahim Pn Syazwani binti Ghani DOKUMENTASI / FOTOGRAFI Pn Rosmawati binti Omar (K) En Saepullah bin Mohd Sidik (Trainee) Murid (2) En Mohammad Izan bin Ismail (K) Murid (2)


MAJLIS Ucapan Pengerusi Majlis Semua murid berkumpul di Dataran Bunga Raya Perarakan guru masuk ke Dataran Bunga Raya Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu sekolah Bacaan doa Ucapan Wakil Murid Ucapan Pengetua SMK Seksyen 16, Puan Nik Asma binti Nik Ahmad Ikrar Guru Malaysia Nyanyian Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ Penyampaian hadiah Hari Guru oleh pengawas-pengawas sekolah Persembahan pengawas Sukaneka di Dataran Bunga Raya / Dataran Seroja Jamuan guru (POTLUCK) Rehat murid Murid berkumpul di Dataran Seroja Persembahan guru Anugerah guru Penyampaian hadiah 7:10 pagi 7:30 pagi 8:15 pagi 9:15 pagi 10:00 pagi 11:30 pagi PdPc ATUR CARA SESI PAGI


MAJLIS Ucapan Pengerusi Majlis Semua murid berkumpul di Dataran Bunga Raya Perarakan guru masuk ke Dataran Bunga Raya Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu sekolah Bacaan doa Ucapan Wakil Murid Ucapan Pengetua SMK Seksyen 16, Puan Nik Asma binti Nik Ahmad Ikrar Guru Malaysia Nyanyian Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ Penyampaian hadiah Hari Guru oleh pengawas-pengawas sekolah Persembahan pengawas Sukaneka di Dataran Bunga Raya / Dataran Seroja Jamuan guru (POTLUCK) Rehat murid Murid berkumpul di Dataran Seroja Persembahan guru Anugerah guru Penyampaian hadiah 2:20 petang 2:30 petang 3:25 petang 4:00 petang 4:35 petang 5:30 petang PdPc 6:00 petang Murid solat asar ATUR CARA Seluruh Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Seksyen 16 dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Penutup adalah diharapkan usaha murni kita bersama ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia Penghargaan SESI PETANG


HARI GURU Nukilan Biar penat berdiri, Jangan penat memberi. Biar lelah terduduk, Jangan Lelah membentuk. Biar penat bercakap, Jangan penat berharap. Sedetik bersama cikgu, Lebih bermakna daripada seribu tahun mencari ilmu. SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU! GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI


Click to View FlipBook Version