The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hellotomorrow2018, 2021-09-15 14:29:55

DRAF BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG 2021

DRAF BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG 2021

1

SENARAI
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 SENARAI KANDUNGAN

2 ATUR CARA MAJLIS

3 JAWATANKUASA PIBG SK TAMAN SETIA
SESI 2020/2021

4 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TAMAN SETIA KALI KE-23, TAHUN 2021

5 SENARAI KEHADIRAN AJK PIBG DAN PENTADBIRA
BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA SESI 2020/2021

6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SETIA
KALI KE-22

7 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SETIA
KALI KE-22

8 PENYATA KEWANGAN PIBG SK TAMAN SETIA
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

9 USUL DAN CADANGAN TAHUN 2021

2
1

ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23

SK TAMAN SETIA

9.45 pagi - Ibu bapa, penjaga dan guru-guru mula memasuki mesyuarat
10.00 pagi atas talian menggunakan link Google Meet yang telah
10.45 pagi diberikan.
11.00 pagi
- Majlis Perasmian
11.45 pagi
 Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
 Bacaan doa
 Ucapan Guru Besar SK Taman Setia
 Ucapan Perasmian

- Penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada AJK
PIBG sesi 2020/2021

- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23

 Ucapan alu-aluan Yang DiPertua PIBG
 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung

Ke-22
 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan

oleh Bendahari sesi 2020/2021
 Pembentangan dan pembahasan usul-usul bertulis
 Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021
 Pelantikan pengerusi sementara mesyuarat
 Pelantikan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022
 Ucapan penangguhan

- Mesyuarat berakhir

3

2

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TAMAN SETIA SESI 2020/2021

Penasihat : Pn. Hjh. Sarifah binti Mohamed (Guru Besar)
Yang DiPertua : En. Wan Sazali bin Wan Mohamed
Naib Yang Dipertua : Pn. Hafidah binti Hassan
Setiausaha : Cik Rafiza binti Darus
Bendahari : Pn. Kalthsum binti Rusdi

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA
En. Shazli Imran bin Zainal Maulad

En. Rozahiran bin Samin Taib
En. Sufian bin Ismail

Pn. Siti Fatimah binti Abdul Hamid
Pn. Dian binti Abu Bakar

AHLI JAWATANKUASA GURU
En. Azlan bin Majid

Ustaz Mohd Razi bin Che Hassan
Pn. Siti Hajar binti Ismail
Pn. Faridah binti Abdullah

Pn. Nur Aishah binti Abdul Rahman

JURU AUDIT
Pn. Wan Nurina Azyyati binti W. Mohd Din (Juru Audit Ibu bapa)

Ustaz Mohd Anwar bin Ab. Rahman (Juru Audit Guru)

4

3

JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SETIA KALI KE-23
TAHUN 2021

TARIKH : 25 September 2021 (Sabtu)
MASA : 10.00 Pagi
MEDIUM : Google Meet ( http://meet.google.com/dov-uojf-iwt )

PENGERUSI : Puan Hajah Sarifah binti Mohamed ( Guru Besar )
( PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI I : Tuan Haji Dzulkefli binti Hasim ( PK HEM )
(PK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI II : Encik Mohd Sariffudin bin Ramli

NAIB PENGERUSI III : Puan Shalwana binti Hussain

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

PENYELARAS PROGRAM 1. Menyediakan senarai AJK dan
Cik Rafiza binti Darus tugas.

PENGACARA MAJLIS 2. Memastikan semua
Pn. Roslina binti Ismail perancangan berjalan lancar.

BACAAN DOA 1. Menyediakan teks ucapan yang
En. Mohd Anwar bin Ab Rahman bersesuaian dengan majlis
secara dalam talian.
TEKNIKAL DAN SISTEM PA
En. Azlan bin Abd Majid (K) 1. Menyediakan bacaan doa yang
En. Che Mazlan bin Che Kob bersesuaian dengan majlis.
Pn. Salhafiza binti Md Salim
Pn. Nur Asyikin binti Moksen 1. Memastikan sistem PA berada
dalam keadaan baik.
PERSEDIAAN TEMPAT
En. Mohd Fadzil bin Mohd Bakri (K) 2. Memastikan laptop urus setia
Cik Suzila binti Saad @ Adam mendapat jaringan internet yang
Pn. Wan Nur Suhanim binti Sukri baik.
AJK PIBG (Ibu bapa)
En. Wan Mohamad Hafiz bin Wan Ismail 3. Menjadi Host Google Meet dan
En. Ali bin Mat Nor merekod perbincangan
mesyuarat.

4. Memastikan sistem PA disimpan
dengan baik setelah selesai
majlis.

1. Menyusun atur kedudukan
kerusi dan meja untuk
mesyuarat atas talian.

2. Jumlah penyusunan mengikut
SOP dan keperluan mesyuarat.

3. Memastikan tempat mesyuarat
berada dalam keadaan tersusun
dan bersih sebelum majlis
diadakan.

5

4

PENGUNDIAN ATAS TALIAN 1. Menyediakan medium
Pn. Siti Hajar binti Ismail (K) pengundian yang bersesuaian
En. Yusmanizam bin Yoocub ketika proses pemilihan AJK
Pn. Hasliana binti Abu Hassan baharu.
Pn. Norhana binti Idris
2. Mengira undi yang diperoleh
PENGEMASAN TEMPAT dengan betul menerusi medium
En. Gerald A/L Anthony (K) yang disediakan.
AJK PIBG (Ibu bapa-Lelaki)
Pn. Rosmalina binti Ab Rahman 3. Perlu berkolaborasi dengan
Pn. Siti Masliah binti Mohd Ali Host Google Meet.

BANNER MAYA & SLAID 1. Menyusun semula kerusi dan
En. Muhammad Faiz bin Kamarozaman meja ke tempat asal.
(K)
En. Muhammad Nuraimann bin Che 2. Memastikan tempat mesyuarat
Yusoff dalam keadaan bersih selepas
Pn. Ira Nadzirah binti Abd Aziz digunakan.
Pn. Nur Aishah binti Abd Rahman
1. Menyediakan banner maya dan
BUKU PROGRAM slaid atur cara yang bersesuaian
Cik Rafiza binti Darus (K) dengan atur cara majlis.
Pn. Wan Nur Hazimah binti Wan Husin
2. Menyerahkan softcopy kepada
PENCATAT MINIT MESYUARAT urus setia (Host) yang
Pn. Nasuha binti Mamat (K) mengendalikan Google Meet.
Pn. Noor Zila Wati binti Azmi
Cik Unishadevi a/p Manogeran 3. Banner tersebut digunakan
Cik Prashana Nair a/p Kumaran untuk menggantikan green
screen.
PENDAFTARAN
Cik Nor Syuhada binti Ariffin (K) 1. Menyediakan buku program
Pn. Yahani binti Ishak untuk kegunaan mesyuarat atas
talian.

2. Membukukan buku program
apabila selesai difotostat
(diberikan kepada AJK PIBG
dan urus setia yang hadir ke
sekolah).

1. Mencatat minit mesyuarat.
2. Menyerahkan catatan minit

mesyuarat kepada Setiausaha
PIBG.

1. Menyediakan borang
pendaftaran secara online atau
offline.

2. Memastikan AJK dan guru yang
hadir mengimbas suhu dan
mendaftarkan nama masing-
masing.

3. Menyerahkan borang
pendaftaran kepada Setiausaha
PIBG pada akhir mesyuarat.

6

CENDERAMATA & SIJIL AJK 1. Menyediakan cenderamata dan
Pn. Nor Farhana binti Abd Razak (K) sijil penghargaan utk AJK PIBG
Pn. Hazrina binti Abd Rauf (16 orang).
Pn. Farisha Assila binti Saharudin
Pn. Kalthsum binti Rusdi 2. Menyerahkan cenderamata dan
sijil kepada AJK PIBG semasa
MAKANAN & MINUMAN AJK/URUS hari kejadian.
SETIA
Pn. Faridah binti Abdullah (K) 1. Memastikan makanan dan
Pn. Che Siti Sapura binti Che Hassan minuman yang ditempah
Pn. Izurni binti Ibrahim mencukupi untuk AJK PIBG dan
Pn. Zuriah binti Ibrahim urus setia yang hadir pada hari
kejadian.
DOKUMENTASI
En. Ahmad Saiful bin Mokhtar@Ali 1. Mengambil gambar sepanjang
majlis untuk tujuan dokumentasi.

7

SENARAI KEHADIRAN AJK PIBG DAN PENTADBIR BAGI
MESYUARAT JAWATANKUASA SESI 2020/2021

BIL NAMA 2020 2021
27/6 10/10 10/4 16/9
1 En. Wan Sazali bin Wan Mohamed
2 Pn. Hafidah binti Hassan
3 Cik Rafiza binti Darus
4 Pn. Kalthsum binti Rusdi
5 En. Shazli Imran bin Zainal Maulad
6 En. Rozahiran bin Samin Taib
7 En. Sufian bin Ismail
8 Pn. Siti Fatimah binti Abdul Hamid
9 Pn. Dian binti Abu Bakar
10 En. Azlan bin Majid
11 Ustaz Mohd Razi bin Che Hassan
12 Pn. Siti Hajar binti Ismail
13 Pn. Faridah binti Abdullah
14 Pn. Nur Aishah binti Abdul Rahman
15 Pn. Wan Nurina Azyyati binti W. Mohd Din
16 Ustaz Mohd Anwar bin Ab. Rahman

KEHADIRAN PENASIHAT DAN PENTADBIR SK TAMAN SETIA
KE MESYUARAT AJK

BIL NAMA 2020 2021
27/6 10/10 10/4 16/9
1 Puan Hajah Sarifah binti Mohamed
2 Tuan Haji Dzulkefli binti Hasim
3 Encik Mohd Sariffudin bin Ramli
4 Puan Shalwana binti Hussain

8

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SETIA KALI KE-22

Tarikh : 29 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Mustika Bakti, SK Taman Setia
Kehadiran : 187 orang

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan

1.1 Ucapan Penasihat - Puan Sarifah binti Mohamed (Guru Besar)

1.1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK
Taman Setia kali ke-22 yang menunjukkan komitmen yang tinggi
bagi merealisasikan visi dan misi sekolah.

Tindakan : Makluman

1.1.2 Guru Besar memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa pihak
sekolah menggalas visi untuk menjadi sekolah cemerlang serta
berusaha membentuk sahsiah pelajar agar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan..

Tindakan : Makluman

1.1.3 Guru Besar menyatakan hasrat agar ibu bapa tidak meletakkan
100% tanggungjawab kepada guru-guru sahaja dalam usaha
membimbing dan membentuk anak-anak di sekolah bahkan ibu
bapa juga seharusnya membantu dengan alternatif lain sewaktu
mereka di rumah bagi mengembangkan lagi bakat dan kemahiran
sedia ada mereka.

Tindakan : Makluman

1.1.4 Tambahan lagi, sokongan daripada ibu bapa ini amatlah perlu
terutamanya dalam memastikan anak-anak membawa peralatan
sekolah seperti alat tulis mencukupi dan buku teks (mengikut
jadual) yang lengkap setiap hari ke sekolah.

Tindakan : Makluman

9

1.1.5 Tidak ketinggalan, Guru Besar juga mengharapkan ibu bapa dapat
memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah
agar masalah murid datang lewat ke sekolah dapat di atasi.

Tindakan : Makluman

1.1.6 Guru Besar mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan
tumpuan dan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak
agar diri mereka tidak tersisih.

Tindakan : Makluman

1.1.7 Guru Besar juga mengharapkan kerjasama yang erat daripada ibu
bapa agar menghadiri setiap program atau majlis yang dianjurkan
oleh pihak sekolah supaya dapat menyuntik semangat belajar
dalam sanubari anak-anak.

Tindakan : Makluman

1.1.8 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
DiPertua PIBG, Dr. Hj. Ismail atas segala sumbangan, sokongan
dan komitmen yang baik sepanjang dua tahun dalam usaha
membangunkan sekolah dari segi prasarana dan juga
perkembangan akademik serta kokurikulum murid.

Tindakan : Makluman

1.1.9 Guru Besar memaklumkan berkenaan pencapaian sekolah dalam
UPSR tahun 2019 seperti berikut :

1.1.9.1 Lonjakan Saujana sebanyak 14% berbanding tahun 2019
1.1.9.2 Bahasa Melayu (Pemahaman) - 100%
1.1.9.3 Bahasa Melayu (Penulisan) - 100%.
1.1.9.4 Bahasa Inggeris (Pemahaman) - 97%
1.1.9.5 Bahasa Inggeris (Penulisan) - 97%
1.1.9.6 Sains - 100%
1.1.9.7 Matematik - 92.4%
1.1.9.8 1 orang (6A), 10 orang (5A)
1.1.9.9 Kedudukan ke-3 keseluruhan bagi PPD Gombak

Tindakan : Makluman

1.1.10 Guru Besar juga memaklumkan berkenaan pencapaian
kokurikulum seperti berikut (2019-2020) :

1.1.10.1 Johan Resensi BI (PPD Gombak)- Ruby Naziha
1.1.10.2 Naib Johan Resensi BM - Sarah Amalia
1.1.10.3 Lencana Keris Emas di Kuala Selangor - 12 orang
1.1.10.4 2 orang Naib Johan Pertandingan pada Hari Puteri
Islam.

10

1.1.10.5 Seorang wakil dalam sukan permainan ke peringkat
negeri.
1.1.10.6 Malaysian Idol Kids – Lakhiesha
1.1.10.7
Tunas bawah 9 tahun mewakili kebangsaan (bola
sepak) - Amjad

Tindakan : Makluman

1.1.11 Guru Besar menyenaraikan beberapa aktiviti/program yang telah
dan akan dilaksanakan pada tahun 2020 seperti berikut :

1.1.11.1 Sukaneka Tahap 1
1.1.11.2 Sukantara Tahap 2
1.1.11.3 Sukan Olahraga Tahunan SK Taman Setia
1.1.11.4 Perjumpaan Ibu bapa Tahun 6
1.1.11.5 Perjumpaan Ibu bapa murid Tahun 6 Gigih (kelompok)
1.1.11.6 Tuan Rumah MTQ Daerah Gombak (12 Mac 2020) -
Murid akan direhatkan kecuali Tahun 6 dan
Prasekolah.

Tindakan : Makluman

1.1.12 Guru Besar menyebut tentang peratus kehadiran murid-murid
pada tahun 2019 yang tidak mencapai 95% kecuali bulan Januari
(96%) dan Februari (95%).

Tindakan : Makluman

1.1.13 Guru Besar berkongsi dengan ahli mesyuarat berkenaan
pencapaian sekolah yang telah dilantik sebagai Sekolah TS 25
(Kohort 2020) yang memerlukan beliau menghadiri bengkel
selama tiga hari untuk tujuan tersebut.

Tindakan : Makluman

1.1.14 Guru Besar memaklumkan tentang kutipan Bantuan Bayaran
Tambahan Persekolahan 2020 kepada murid bukan warganegara
adalah sebanyak RM24.50 seorang.

Tindakan : Makluman

11

1.1.15 Guru Besar juga menyebut tentang kutipan Sumbangan Tahun 6
sebanyak RM 250.00 yang telah dipersetujui oleh ibu bapa murid
Tahun 6 yang hadir dalam Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6.
Tindakan : Makluman

1.1.16 Semasa perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 6 Gigih, Guru
Besar memaklumkan bahawa seramai 7 orang murid tidak lulus
bagi subjek matematik (Ujian Diagnostik). Hal ini mungkin
disebabkan oleh murid kurang berfikir dan tidak memahami
soalan.
Tindakan : Makluman

1.1.17 Guru Besar juga mengharapkan ibu bapa dapat mengehadkan
penggunaan telefon bimbit kepada anak-anak agar mereka tidak
lalai dan dapat lebih fokus dalam pelajaran.
Tindakan : Makluman

1.1.18 Guru Besar memohon maaf kepada ibu bapa jika sekiranya ada
guru-guru yang kurang sabar dan memarahi anak-anak dan
tindakan tersebut tentunya adalah untuk mendidik mereka agar
tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Tindakan : Makluman

1.1.19 Guru Besar mengharapkan sekiranya ada guru-guru yang
merotan anak-anak tanpa sebab yang jelas, ibu bapa boleh
datang ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan daripada guru
berkenaan untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.
Tindakan : Makluman

1.1.20 Guru Besar juga menyebut tentang sumbangan yang diperoleh
daripada ibu bapa menerusi Tabung PIBG yang diedarkan
semasa Mesyuarat Agung PIBG 2019 yang mana pihak sekolah
dapat membeli kerusi dan meja baharu kepada murid dan ada
juga ibu bapa yang menyumbang kerusi untuk murid-murid Tahun
6.
Tindakan : Makluman

12

1.1.21 Guru Besar berkongsi keadaan prasarana pada awal
persekolahan di mana PA System untuk tapak perhimpunan dan
di dewan serta lampu telah dibaiki menerusi dana PIBG selain
salur air runtuh dan dua tangki air di Blok A telah bocor/pecah dan
hal ini telah dimaklumkan kepada PPD untuk tujuan baik pulih.
Tindakan : Makluman

1.1.22 Selain itu, bebola dalam tangki air di Blok B juga telah rosak
hingga menyebabkan tangki penuh dan membanjiri kawasan
Pusat Sumber Sekolah (PSS). Di samping itu, siling PSS juga
telah bocor dan merosakkan buku-buku di kawasan berkenaan.
Tindakan : Makluman

1.1.23 Guru Besar juga menambah lagi berkenaan baik pulih dan
penukaran 10 kepala paip bagi tandas murid yang memerlukan
Guru Besar mendahulukan duit beliau sendiri supaya murid dapat
menggunakan tandas dengan segera.
Tindakan : Makluman

1.1.24 Lanjutan daripada kes tersebut, Guru Besar mengharapkan agar
ibu bapa dapat bersetuju dengan cadangan usul yang merujuk
kepada bantuan kepada pihak sekolah terutamanya sumbangan
RM10 untuk baik pulih tandas yang merupakan masalah utama
yang dihadapi oleh pihak sekolah hampir setiap bulan.
Tindakan : Makluman

1.1.25 Guru Besar mengakhiri ucapan beliau dengan mengharapkan
kerjasama daripada semua pihak dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu
dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada
agama, bangsa dan negara.
Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan Yang DiPertua - Dr. Hj. Ismail bin Mohd @ Abu Hassan
1.2.1 Yang DiPertua mengucapkan terima kasih dan penghargaan
yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan guru yang dapat
menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 ini.

13

Kehadiran ibu bapa ini telah menunjukkan sikap cakna terhadap
anak-anak.

Tindakan : Makluman

1.2.2 Yang DiPetua juga melihat kehadiran mesyuarat didominasi oleh
kaum ibu dan hal ini juga dapat mengeratkan hubungan antara
ibu dengan anaknya dan seterusnya memberi kesan positif
kepada peribadi si anak.
Tindakan : Makluman

1.2.3 Yang DiPertua menyeru ahli mesyuarat untuk memikirkan suatu
langkah yang penting untuk membantu pihak sekolah kerana
sudah menjadi tanggungjawab PIBG menyokong dan
memantapkan pembangunan sekolah dari segi prasarana dan
prestasi akademik murid.
Tindakan : Makluman

1.2.4 Yang DiPertua juga berkongsi pandangan berkenaan
tanggungjawab guru yang semakin mencabar dalam usaha
mendidik anak-anak di sekolah
Tindakan : Makluman

1.2.5 Yang DiPertua mengharapkan hubungan yang baik antara pihak
ibu bapa dengan pihak sekolah dan pihak guru-guru agar
hubungan baik yang terbina ini dapat memantapkan prestasi
murid serta dapat mengenal pasti segala punca kelemahan untuk
penambahbaikkan pada masa hadapan.
Tindakan : Makluman

1.2.6 Yang DiPertua juga mengingatkan ahli mesyuarat supaya cakna
dengan perkembangan zaman yang sangat mencabar. Hal ini
penting kerana tiada ilmu dan didikan yang sempurna kepada
anak-anak akan menyebabkan mereka mudah terjerumus ke
jalan yang tidak baik.
Tindakan : Makluman

14

1.2.7 Ibu bapa dan guru-guru perlu bergabung untuk kejayaan anak-
anak dan semoga Tuhan menghargai dan memberkati usaha
semua pihak.
Tindakan : Makluman

1.2.8 Yang DiPertua menyatakan pendapat beliau berkenaan isu
hukuman yang diberikan oleh guru-guru kepada anak-anak
bahawa pihak ibu bapa akan menerima sekiranya hukuman yang
diberikan itu adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
dan bukan sebaliknya.
Tindakan : Makluman

1.2.9 Yang DiPertua juga menegaskan bahawa didikan yang diberikan
oleh guru-guru dan ibu bapa kepada anak-anak semasa mereka
masih kecil akan memberi ingatan sepanjang hidup. Hal ini
kerana anak-anak ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa dan
guru perlulah membentuk mereka dengan sebaiknya dan
berusaha untuk mengelakkan ketakutan/trauma/kebimbangan
agar tidak menjadi igauan anak-anak atas segala sikap negatif
yang diambil semasa proses mendidik mereka.
Tindakan : Makluman

1.2.10 Yang DiPertua mengharapkan organisasi PIBG yang baharu
akan meneruskan dan merealisasikan cadangan untuk
mewujudkan gelanggang serbaguna yang sehingga kini masih
tidak dapat dilaksanakan disebabkan pelbagai kekangan.
Tindakan : Makluman

1.2.11 Sebelum Yang DiPertua mengakhiri ucapan, beliau
mengucapkan terima kasih atas jemputan sebagai perasmi
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Setia kali ke-22 ini serta beliau
berterima kasih atas segala usaha yang disumbangkan oleh
semua ahli jawatankuasa PIBG, pihak sekolah dan guru-guru
dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini. Seterusnya beliau
merasmikan mesyuarat agung pada hari ini.
Tindakan : Makluman

15

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Ke-21
2.1 Minit Mesyuarat Agung kali ke-21 telah disahkan dengan sedikit pindaan
pada Perkara 1.2.5 di mana kesalahan (Dato’ Yaakub) dan
pembetulannya ialah Dato’ Mohd Pena dan pindaan pada Lampiran A,
pembetulan ejaan pada nama Dato’ Mohamad bin Md. Yasin.
Pencadang : Puan Famiza binti Abd Rajab
Penyokong : Dato’ Mohamad bin Md. Yasin
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan dalam mesyuarat.
Tindakan : Makluman

4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2019.
4.1.1 Puan Kalthsum binti Rusdi selaku Bendahari telah
membentangkan Laporan Kewangan PIBG SK Taman Setia iaitu
Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019.
Tindakan : Makluman

4.1.2 Puan Kalthsum memberi peluang kepada pihak ibu bapa
mahupun guru-guru yang ingin mendapatkan penjelasan lebih
lanjut berkenaan butiran-butiran tertentu yang terdapat dalam
Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2019 sebelum penyata
tersebut disahkan.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Laporan Kewangan telah disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : Encik Wan Sazali bin Wan Mohamed
Penyokong : Dr. Rosemaliza binti Mohd Kamalludeen
Tindakan : Makluman

16

4.2 Wang Sumbangan Tahun 6 bagi tahun 2020.
4.2.1 Jumlah bayaran Sumbangan Tahun 6 yang dipersetujui dalam
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 adalah sebanyak RM
250.00.
4.2.2 Wang sumbangan ini akan digunakan untuk sebarang aktiviti dan
program yang melibatkan murid-murid Tahun 6 sepanjang tahun
2020.
Tindakan : Makluman

4.3 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020
4.3.1 Dr. Haji Ismail bin Mohd @ Abu Hassan selaku Yang DiPertua
PIBG SK Taman Setia mengumumkan pembubaran Ahli
Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020
Tindakan : Makluman

4.4 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2020/2021
4.4.1 Tuan Haji Dzulkefli bin Hasim dilantik sebagai pengerusi
sementara bagi menjalankan pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Taman Setia yang baharu bagi sesi 2020/2021.
Tindakan : Makluman

4.4.2 Pengundian diteruskan setelah Tuan Haji Dzulkefli bin Hasim
mengingatkan ahli mesyuarat bahawa pencalonan AJK PIBG
2020/2021 akan dikira apabila individu tersebut hadir dalam
mesyuarat dan mempunyai anak yang belajar di SK Taman Setia.
Tindakan : Makluman

4.4.3 Yang DiPertua.
Encik Azlan bin Majid telah mencadangkan Encik Wan Sazali bin
Wan Mohamed dan disokong oleh Encik Yusmanizam bin
Yoocub. Selain itu, Encik Amzari bin Aziz mencadangkan agar
mengekalkan YDP yang lama iaitu Dr. Hj. Ismail bin Mohd@Abu
Hassan. Cadangan calon akhirnya ditutup oleh Encik Sufian bin
Ismail. Hasil undian yang dilaksanakan, Encik Wan Sazali bin
Wan Mohamed mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 90 undi

17

dan seterusnya menyandang jawatan Yang DiPertua PIBG bagi
sesi 2020/2021.

Tindakan : Makluman

4.4.4 Naib Yang DiPertua.

Puan Cik Siti Sapura binti Che Hassan telah mencadangkan
Puan Hafidah binti Hassan dan disokong oleh Puan Nur Asyikin
binti Moksen. Setelah tiada cadangan calon lain, maka
pencalonan ditutup oleh Puan Salhafiza binti Md Salim dan hal ini
secara langsung jawatan Naib Yang DiPertua disandang oleh
Puan Hafidah binti Hassan.

Tindakan : Makluman

4.4.5 Setiausaha.

Pihak sekolah telah melantik Cik Rafiza binti Darus sebagai
Setiausaha PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2020/2021.

Tindakan : Makluman

4.4.6 Bendahari.

Pihak sekolah telah melantik Puan Kalthsum binti Rusdi sebagai
Bendahari PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2020/2021.

Tindakan : Makluman

4.4.7 Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa.

Ahli mesyuarat telah bersetuju memilih lima orang daripada
lapan nama yang dicalonkan berdasarkan bilangan undian
tertinggi sebagai ahli jawatankuasa ibu bapa dan seorang lagi
calon yang mendapat undian tertinggi akan terus dilantik sebagai
Juru Audit (Ibu Bapa).

Bil. Calon Pencadang/Catatan Jumlah

Undi

1 En. Rozahiran bin En. Azlan bin Majid 90

Samin Taib

2 Pn. Siti Fatimah binti Pn. Salhafiza binti Md 36

Abdul Hamid Salim

3 En. Shazli Imran bin Ustaz Mohd Fadzil bin 28

Zainal Maulad Mohd Bakri

18

4 Pn. Dian binti Abu En. Wan Sazali bin 28
27
Bakar Wan Mohamed

5 En. Sufian bin Ismail En. Mohamad Amzari

bin Aziz

Tindakan : Makluman

4.4.8 Ahli Jawatankuasa Guru.

Pihak pentadbir SK Taman Setia telah sebulat suara memilih
lima orang daripada nama-nama berikut sebagai ahli
jawatankuasa guru.

Bil. Calon
1 En. Azlan Bin Majid
2 Ustaz Mohd Razi Bin Che Hassan
3 Pn. Siti Hajar Bin Ismail
4 Pn. Faridah Binti Abdullah
5 Pn. Nur Aishah Binti Abdul Rahman

Tindakan : Makluman

4.4.9 Juru Audit. Calon

Juru Audit Pn. Wan Nurina Azyyati Binti W. Mohd
Bil. Din
Ustaz Mohd Anwar Bin Ab. Rahman
1 Ibu bapa

2 Guru

Tindakan : Makluman

4.5 Pembentangan dan Pembahasan Usul.

4.5.1 Usul untuk memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sebelum
mulanya waktu persekolahan.

Usul ini sudah dilaksanakan sekian lama.
Tindakan : Makluman

19

4.5.2 Usul supaya mewujudkan group Whatsapp untuk memudahkan
komunikasi dan penyampaian maklumat lebih awal kepada ibu
bapa.
Usul ini telah dilaksanakan di mana semua kelas sudah
mempunyai group Whatsapp.
Tindakan : Makluman

4.5.3 Usul berkenaan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan pada
waktu petang hendaklah dikemukakan dengan surat bertulis dari
pihak sekolah. Ini adalah untuk makluman kepada sekolah agama
dan guru kelas sekolah agama. Tambahan lagi, disertakan sekali
nama dan nombor telefon guru yang bertugas untuk
memudahkan ibu bapa berinteraksi jika sebarang masalah
berlaku.
Pihak sekolah sentiasa mengeluarkan surat bagi semua aktiviti
dan latihan yang dilaksanakan untuk makluman ibu bapa.
Tindakan : Makluman

4.5.4 Usul berkenaan penyediaan tali leher berzip.
Usul ini akan dipanjangkan kepada Kedai Buku.
Tindakan : Makluman

4.5.5 Usul berkenaan penyediaan baju rumah sukan dan baju
kokurikulum lengan panjang bagi pelajar perempuan.
Usul ini akan dipanjangkan kepada Kedai Buku Sekolah.
Tindakan : Makluman

4.5.6 Usul berkenaan cadangan agar meletakkan seorang pengawal
untuk menjaga dan memantau anak-anak sewaktu pulang di pintu
masuk kecil berdekatan Kedai Buku Sekolah.
Pengawal adalah terhad untuk menjaga semua pintu masuk.
Tindakan : Makluman

4.5.7 Usul berkenaan penggunaan aplikasi OSEM (aplikasi
pembelajaran secara online) sebagai tuisyen atau ulang kaji
pelajaran kepada ibu bapa yang berminat.

20

PdPc di sekolah telah diarahkan menggunakan Google
Classroom oleh KPM.

Tindakan : Makluman

4.5.8 Usul berkaitan membenarkan murid memakai jam pintar semasa
dalam kelas atau waktu persekolahan.
Tidak dibenar oleh sekolah demi menjaga keselamatan
berpandukan Buku Peraturan Sekolah m/s 13 Perkara 4.20.
Tindakan : Makluman

4.5.9 Usul berkaitan guru seni membuat kutipan (contoh RM1 x
bilangan murid di dalam kelas) daripada murid yang diajar
sebagai modal untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan
untuk aktiviti kraf yang ingin dilakukan. Jika murid membeli barang
sendiri, akan terjadinya pembaziran jika barang yang dibeli tidak
digunakan semuanya. Dengan adanya kutipan yang dilakukan,
guru dapat membeli barang yang diperlukan dan digunakan
secara sama rata antara murid-murid di dalam kelas. Hal ini dapat
menjimatkan kos dan mengurangkan beban ibu bapa.
Usul ini tidak dapat dilaksanakan memandangkan pihak guru
tidak dibenarkan untuk membuat kutipan wang untuk PdPc.
Tindakan : Makluman

4.5.10 Usul berkenaan penetapan masa kurang daripada 1 minit untuk
ibu bapa turunkan anak-anak pada waktu pagi. Kegiatan ‘lepak
dalam kereta’ di kawasan ‘Drop Off’ sangat menyusahkan orang
lain dan menambah kesesakkan.
Usul ini selalu dipesan semasa perhimpunan dan telah
dikeluarkan surat pada tahun 2019.
Tindakan : Makluman

4.5.11 Usul agar guru memperbanyak kerja rumah untuk murid,
contohnya aktiviti pada buku latihan sekolah yang masih lagi tiada
latihan.
Usul ini akan dipertingkatkan oleh guru mengikut kelas.
Tindakan : Makluman

21

4.5.12 Usul berkenaan penyediaan pengawal lalu lintas yang memantau
murid pada waktu pagi dan waktu balik di simpang utama masuk
ke jalan sekolah.
Usul ini diluar bidang kuasa pihak sekolah.
Tindakan : Makluman

4.5.13 Usul berkenaan usaha mewujudkan satu saluran yang dapat
membantu ibu bapa mengetahui tahap prestasi akademik anak-
anak. Saluran ini juga dapat membantu ibu bapa memahami cara
penyampaian sistem pendidikan di sekolah. Sebagai contoh, ada
ibu bapa yang kurang arif tentang sistem pengiraan
merit/mata/markah dalam penilaian akademik pelajar.
Usul ini dapat dilihat menerusi usaha pihak sekolah dan pihak
guru-guru melaksanakan Hari Terbuka SKTS dan menerusi group
Whatsapp dalam menyampaikan maklumat kepada ibu bapa.
Tindakan : Makluman

4.5.14 Usul berkenaan pemantauan harga makanan dan mengurangkan
penjualan makanan ringan di kantin.
Usul ini sentiasa dipantau oleh AJK. Kantin juga telah mendapat
markah 98% semasa pemantauan bulan Februari oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tindakan : Makluman

4.5.15 Usul supaya pihak sekolah mengadakan sukan sekolah di Tahap
1 juga mengikut Tahap 2 agar menjadikan murid lebih proaktif dan
berkeyakinan tinggi.
Usul ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini memandangkan
pihak sekolah mengalami kekangan dari segi masa, tempat dan
kos yang tidak mencukupi.
Tindakan : Makluman

4.5.16 Usul berkenaan isu pemakaian tanda nama yang tidak lengkap
pada awal persekolahan kerana tiada ‘standardization
instruction’. Oleh itu, borang tempahan nama diedarkan lebih
awal sama ada sebelum tamat persekolahan atau diletakkan di
kedai buku semasa urusan jualan bermula.

22

Usul ini telah dipanjangkan kepada Kedai Buku Sekolah.
Tindakan : Makluman

4.5.17 Usul berkenaan pengeluaran takwim sekolah pada setiap awal
tahun bagi memudahkan ibu bapa untuk merancang cuti dan
program anak.
Ibu bapa perlulah merancang cuti dan program anak sewaktu cuti
persekolahan dan pengeluaran takwim adalah sukar
memandangkan segala aktiviti dan program yang dikendalikan
oleh pihak sekolah adalah berdasarkan arahan PPD dan untuk
mendapatkan tarikh yang tetap untuk sesuatu program atau
aktiviti adalah tidak muktamad. Hal ini kurang relevan jika takwim
diberikan kepada ibu bapa dan inisiatif yang diambil oleh pihak
sekolah adalah memaklumkan sebulan atau seminggu awal untuk
pengetahuan ibu bapa sekiranya terdapat sesuatu program di
sekolah.
Tindakan : Makluman

4.5.18 Usul untuk meningkatkan lagi kelas agama khususnya kepada
murid Tahun 1, 2 dan 3 seperti belajar cara-cara dan panduan
solat secara berjemaah bersama guru.
Usul ini bergantung kepada silibus yang telah ditetapkan.
Tindakan : Makluman

4.5.19 Usul berkenaan baik pulih tandas bagi terang supaya murid tidak
takut. Paip tandas perlu ditukar dan singki perlu ada air.
Usul ini bergantung kepada sumber kewangan dan dana yang
diperoleh kerana pihak sekolah mengalami kekangan kewangan.
Tindakan : Makluman

4.5.20 Usul agar guru kelas menyediakan buku-buku yang betul-betul
perlu sahaja untuk mengelakkan pembaziran.
Ibu bapa bebas membeli jumlah buku tulis yang dikehendaki
bergantung kepada keperluan. Jika terdapat buku daripada
Jabatan, ibu bapa dikehendaki membeli buku tersebut.
Tindakan : Makluman

23

4.5.21 Usul berkenaan pengelasan jenis kenderaan mengikut ‘Drop Off
Zone’ supaya keselamatan murid lebih terjamin dan mengelakkan
kesesakan terutama pada waktu puncak.
Usul ini selalu dipesan semasa perhimpunan.
Tindakan : Makluman

4.5.22 Usul berkenaan ketiadaan penyediaan pingat atau medal kepada
murid-murid yang terlibat dalam aktiviti Sukaneka Tahap 1 2019.
Pihak sekolah tidak dapat menyediakan pingat atau medal kerana
ketiadaan peruntukan kewangan yang diturunkan oleh pihak
kementerian pada tahun ini untuk aktiviti sukan.
Tindakan : Makluman

4.5.23 Usul berkenaan pengurangan 30 minit waktu persekolahan hari
Isnin kepada 12:30 petang manakala tambah 30 minit pada hari
Khamis kepada 12:30 petang.
Usul ini tidak dapat dilaksanakan kerana penyusunan jadual
waktu adalah selaras mengikut ketetapan PPD.
Tindakan : Makluman

4.5.24 Usul berkenaan cadangan penambahbaikan bagi kes anak-anak
yang masih tidak boleh membaca.
Ibu bapa disarankan untuk datang ke sekolah untuk berbincang
dengan guru berkenaan prestasi anak-anak supaya jalan
penyelesaian yang terbaik dapat diambil.
Tindakan : Makluman

4.5.25 Usul berkenaan pemberian kebebasan kepada murid untuk
memilih kelab uniform, persatuan dan kelab sukan berdasarkan
minat dan kecenderungan murid. Sekolah perlu mengkaji semula
pembahagian aktiviti kokurikulum berdasarkan sistem komputer
(sistem pembahagian sekarang).
Pihak sekolah membuat penyusunan mengikut pembahagian
sama rata bagi setiap unit. Murid yang ingin membuat penukaran
bolehlah berjumpa dengan guru yang berkenaan dan memberi
justifikasi atas tindakan tersebut.
Tindakan : Makluman

24

4.5.26 Usul berkenaan penyemakan semula pelantikan guru kelas yang
sama lebih daripada 1 tahun.
Pihak pentabir sekolah mengetahui guru-guru yang sesuai untuk
menjadi guru kelas. Tambahan lagi, apabila guru kelas
memegang kelas yang sama selama beberapa tahun, guru
tersebut akan lebih mengetahui kebolehan serta kemampuan
murid-murid dengan lagi mendalam.
Tindakan : Makluman

4.5.27 Usul agar memendekkan waktu balik sehingga jam 1 petang
sahaja kerana ada murid sekolah agama pada waktu petang yang
terpaksa tergesa-gesa mengejar kenderaan dan ada yang pernah
tertinggal van.
Usul ini tidak dapat dilaksanakan kerana pihak sekolah tertakluk
dengan penetapan jumlah waktu PdPc yang telah ditetapkan oleh
pihak atasan.
Tindakan : Makluman

4.5.28 Usul berkenaan permohonan sumbangan daripada pihak sekolah
kepada ibu bapa haruslah disertakan dengan surat
pemberitahuan dan bukan sekadar memberitahu kepada pelajar
sahaja.
Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengeluarkan surat
berkenaan sumbangan kecuali surat tersebut daripada pihak
PIBG.
Tindakan : Makluman

4.5.29 Usul berkenaan penyediaan tabung khas untuk tujuan baik pulih
tandas sekolah serta menampung kos penyelenggaraan tandas
jangka panjang.
Tabung khas telah disediakan semasa mesyuarat untuk ibu bapa
membuat sumbangan seikhlas hati.
Tindakan : Makluman

4.5.30 Usul berkenaan penambahan RM10.00 ke dalam Wang
Sumbangan PIBG yang sedia ada untuk tujuan kos baik pulih dan
selenggara tandas sekolah.

25

Usul ini telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat dengan sebulat
suara. Hal ini menjadikan Wang Sumbangan PIBG yang terkini
bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM70.00 untuk setiap
keluarga.

Tindakan : Makluman

4.5.31 Usul berkenaan penetapan pelaksanaan hukuman rotan terhadap
murid adalah berdasarkan kepada kes-kes tertentu sahaja.
Pihak sekolah tidak dapat membuat penetapan baharu kerana
penetapan hukuman rotan telah ditetapkan oleh KPM.
Tindakan : Makluman

4.5.32 Usul berkenaan penerapan kaedah ‘Psycology Friendly Student’
oleh guru-guru terhadap murid-murid untuk mengelakkan sifat
trauma timbul di hati murid-murid disebabkan elemen ‘Kekerasan’
diamalkan.
Usul ini akan dimaklumkan kepada guru-guru untuk diaplikasikan
semasa sesi PdPc agar penambahbaikan dapat dilakukan.
Tindakan : Makluman

4.5.33 Usul berkenaan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah
sekiranya terdapat guru yang berulang kali melakukan penderaan
ke atas murid-murid.
Pihak sekolah sentiasa berusaha mengatasi masalah ini dengan
memberi nasihat dan peringatan kepada guru-guru agar tidak
bertindak kasar terhadap murid-murid. Sekiranya masih terjadi
kes seperti ini, ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk
berbincang dan mendapatkan penjelasan yang lanjut.
Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain
5.1 Dato’ Mohamad bin Md. Yasin selaku wakil Ahli Jawatankuasa PIBG
bagi sesi 2019 mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG
bagi sesi 2020/2021 yang baharu dilantik dan mengharapkan tugas yang
diamanahkan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan
memberi manfaat kepada sekolah.
Tindakan : Makluman

26

6.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Yang DiPertua, Encik Wan Sazali mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam menggalas tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan bagi menguruskan organisasi PIBG
bagi sesi 2020/2021. Beliau mengharapkan kerjasama yang jitu
daripada semua pihak.
Tindakan : Makluman

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Tindakan : Makluman

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………… ……………………………………............
( RAFIZA BINTI DARUS ) ( WAN SAZALI BIN WAN MOHAMED )
Setiausaha, Yang DiPertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Taman Setia. SK Taman Setia.

27

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SETIA KALI KE-22 TAHUN 2020

BIL NAMA BIL NAMA
1 SALIMAH BINTI HARIANTO 45 ROSEMALIZA MOHD
2 SHARIL AMRUZS BIN ISMAIL
3 SOFIA RADZI KAMALLUDEEN
4 MOHD MUZAMMIL 46 WAN NUR AUNI FADIELA BTE
5 NUR QURRATU'AINI
6 AZLAN BIN AB MAJID WAN MOHAMED
7 SATIGA BINTI ATRAE 47 WAN NUR HAZIMAH BINTI WAN
8 SUZILA BT SAAD @ADAM
9 NURSHAZLIN BINTI ZAKARIAH HUSIN
10 PRASHANA NAIR KUMARAN 48 WAN MOHAMAD HAFIZ BIN WAN
11 NORAISHAH BINTI TAWAKAL
12 NURAINI BINTI HARITO ISMAIL
13 NOR AZIZAN BIN TABRANE 49 FAMIZA ABD RAJAB
14 WAN NUR SUHANIM BT SUKRI 50 MOHAMAD AMZARI AZIZ
15 NASUHA BINTI MAMAT 51 NORHANA BINTI IDRIS
16 KALTHSUM BINTI RUSDI 52 TENGKU AHMAD SAFAWI BIN
17 ALI BIN MAT NOR
18 NORIZAM BT ISMAIL RAJA JALIL
19 SALHAFIZA MD SALIM 53 MOHD RAZI CHE HASSAN
20 MOHD ANWAR BIN AB RAHMAN 54 DR ISMAIL MOHD @ABU HASSAN
21 YUSMANIZAM BIN YOOCUB 55 WAN AB KARIM BIN WAN MIHD
22 SITI HAJAR BT ISMAIL
23 SITI MASLIAH BT MOHD ALI GHAZALI
24 YAHANI ISHAK 56 DZULKEFLI BIN HASIM
25 CHE MAZLAN BIN CHE KOB 57 DIAN BINTI ABU BAKAR
26 NUR AISHAH ABDUL RAHMAN 58 NUR ASYIKIN BT MOKSEN
27 SARIFAH BT MOHAMED 59 WAN SAZALI BIN WAN MOHAMED
28 HAZRINA BINTI ABD.RAUF 60 NAZREEN BIN MOHD TAIB
29 AZIHAZUA AZIRA BINTI AZIZAN 61 HALIMAHTUN BINTI MOHD
30 SUFIAN BIN ISMAIL
31 SALMIAH BINTI SALIHEN ARIFFIN
32 MAYA MURNI BT MOHD YUNUS 62 SAIFUL RAZI BIN SAMSUDIN
33 SITI AISYAH JIPEM BINTI MEGEY 63 DIAN BINTI ABU BAKAR
34 NORSHAKIRIN BT MOHD YUNUS 64 SITI MAHMUDAH
35 MOHD SHAHRULNIZA ISHAK 65 JAINAH BINTI JU’I
36 NORANIZA BINTI ABDUL RAHIM 66 HELIYANTI BTE SALIHEN
37 SHAH NOORAMIE 67 MARIATI BINTI MASJATIM
38 ROSMALINA AB RAHMAN 68 FARIDAH ABDULLAH
39 MAIZURAH BINTI MARSUDI 69 MOHAMAD MUZIRAM BIN
40 ZULHELMI BIN AHMAD
41 HALIMAHTUN BINTI MOHD MAHMOOD
ARIFFIN 70 MARLIA ATIKA BT PUIN
42 AHMAD SYAWAL BIN AB. KADIR 71 PN RAFIZA
43 AHMAD AZHARI BIN MOHD BEE 72 NORHAYATI BINTI ZAKARIA
44 ZULQARNAIN BIN RAZALI 73 MOHAMED SAUFI BIN ABU

BAKAR
74 ABDUL HAFIZ BIN ABD RAHMAN
75 RAIHANAH BINTI TAES
76 SITI FATIMAH BINTI ABDUL

HAMID
77 KHAIRIL HISHAM BIN ABD

RAHMAN
78 NOR SYUHADA BINTI MOHD

ARIFFIN

28

BIL NAMA BIL NAMA
79 NIK ROSELAIMI BINTI MAT TAHAR 126 FADILAH BT ASBI
80 RAFIZA DARUS 127 NORAHASLINA BT NADZRI
81 PHAYILAH YAMA 128 MOHAMED SAUFI ABU BAKAR
82 NORHASLYNDA BINTI MOHD 129 PAIEHA BT JUNIT
130 ROSLIZANI BT YAACOB
ZAKARIA 131 NURHAZNIZA BT OSMAN
83 MOHD SHAHRUL HAZIM BIN 132 SAADIATUL MASTURA

MOHD HAZRY DZULHISYAM
84 SILAWATI DERANI 133 MOHAMAD NASIR B BUJAL
85 ZUL AWIE SHAHNON B SANUDIN 134 LINDA BT JANTAN
86 WAN NURINA AZYYATI BT 135 JURAIDAH ADAM
136 JAMILAH BT MOHD JAMIAN
W.MOHD DIN 137 NOOR SUHAILA BT MOHD ALI
87 NOOR BAIZURA ABD RAZAK 138 SALEHUDIN BIN ABDUL MOIN
88 ISMIATUL HASANAH 139 FAIZAH BT DAUD
89 NORAINI BT MOHAMAD BAYURI 140 RAIHANAH
90 ROHANI BT ABDUL GHANI 141 MOHD YUSOP MANSOR
91 SAFWAN 142 SULAIHA BINTI SUZIH
92 NORHAILI BTE MOHD JALIL 143 AZURA BT WAHAB
93 HASNIYA BT MAT ENI 144 KHAIRIL HISHAM
94 INNA MAISURAH 145 IZLINA HAIREEN BT ZULKIFLI
95 PATMAWATI BT SAID MAHMUD 146 MAISHARATUL AZLIN BT SAHRIL
96 AZELIN AZLINDA BT AMRAN 147 ROZAHIRAN B SAMIN TAIB
97 FARISAH BT NAWAWI 148 RICCA RAHMAN NASARUDDIN
98 FATIN NUR AZZREEN BT AZHAK 149 ROHANAH BT ROKTAN
99 ZULFARIANTI BT YAHYA 150 MARINI BT MOKHTAR
100 NORSHAKIRIN BT MOHD YUNUS 151 WAN NUR AUNI
101 YAHIMAH BT YAHYA 152 SULAIHA BINTI SUZIH
102 HASHIM B KOCHIL 153 AZURA BT WAHAB
103 WAN ABDUL WAHID WAN 154 KHAIRIL HISHAM
155 IZLINA HAIREEN BT ZULKIFLI
LOKMAN 156 MAISHARATUL AZLIN BT SAHRIL
104 NORHANITA ABD JALIL 157 ROZAHIRAN B SAMIN TAIB
105 HUSNITA BT HUSSIN 158 RICCA RAHMAN NASARUDDIN
106 NATHALIA ANGEL 159 ROHANAH BT ROKTAN
107 MASHANIFAH BT MARSUDI 160 MARINI BT MOKHTAR
108 SRI WAHYUNI 161 WAN NUR AUNI
109 AZIHAZUA AZIRA AZIZAN 162 HAFIDAH HASSAN
110 MARIYAH 163 DATO MOHAMAD MD. YASIN
111 ZAHEEMA MAMAT 164 JANNATUL FITRALI BT MOHD
112 NORDIANA BT JAMALUDIN
113 NORAFIZAH MOHD NOR SUZAINI
114 ZAINAL BIN RUSLAN 165 ROSLINA BT ENCHE KOB
115 KAMARUL BAHARIN 166 SUZANTI BT SUMARJOH
116 KHALIJAH BABA 167 MOHD AZRI HUSSIN
117 NORLIZA ABDUL 168 BAKAR B BUJANG
118 ROS IRDAWATI BT ROSNAN 169 AHLAN ISMAIL
119 YULISA BT JAMAAS 170 HAJJAH HALIMAHTUN MOHD
120 MIMIYYUSAIZA
121 LIZA YUSOP LATIP ARIFFIN
122 ROKIAH BT MAHMUD 171 LELA AF MOHD YUNOS
123 ROS SABRUNAWATI BT ROSNAN 172 NORJUNAIDAH BT MANSOR
124 MOHD AZARAI B LIMAN 173 NURHAYATON BT A. AZIZ
125 MOHD ZAIDI MOHD ZAIRI

29

BIL NAMA
174 NANANG BIN ARSYADI
175 NURAINI HARITO
176 MOHAMAD HISYAMUDDIN
177 SUZANA SURIAWATI MAT SAAD
178 NOR AINI BT KHADIR
179 SITI NORLILA BT MOHD

MOSTAJAB
180 ROSE ZAIMAH AHMAD
181 AHMAD FAIRUS MOHAMAD
182 MD SHUKOR B MD ALI
183 RUKIAH BT RAMLI
184 WAN NORZURAINI WAN AHMAD
185 NAZREEN MOHD TAIB
186 AMIRAH RAIHANAH
187 ZUL FADLI

30

PENYATA KEWANGAN PIBG SK TAMAN SETIA
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

31

USUL DAN CADANGAN
TAHUN 2021

CATATAN :
Tiada usul dan cadangan yang diterima daripada
pihak ibu bapa, penjaga dan guru-guru SK Taman Setia.

32


Click to View FlipBook Version